DASAR KEWANGAN DAN DASAR FISKAL
Seperti yang kita lihat di artikel jurnal di mukasurat sebelum ini, aktiviti pengeluaran di China pada bulan Mac 2009 telah menurun untuk bulan ke-lapan berturut-turut dan tempahan baru masih tidak menampakkan pertambahan. Ini menunjukkan bahawa ekonomi negara China masih pulih dari krisis ekonomi pada tahun lepas.
Untuk mempercepatkan lagi pemulihan ekonomi negara China, dasar kewangan dan dasar fiskal harus dilaksanakan serentak. Seperti yang dipelajari, dasar kewangan merupakan langkah-langkah kerajaan melalui bank pusat mengubah kadar bunga atau jumlah bekalan wang dalam ekonomi untuk mempengaruhi tingkat kegiatan ekonomi negara, manakala dasar fiskal pula ialah dasar kerajaan mengubah perbelanjaan kerajaan dan struktur percukaian untuk mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat dalam ekonomi.
Pada masa kemelesetan ini, kerajaan China perlu melaksanakan dasar kewangan yang mengembang dengan menurunkan kadar bunga dan pertambahan bekalan wang dalam ekonomi untuk meningkatkan pelaburan dan perbelanjaan penggunaan. Perbelanjaan agregat bertambah kerana pelaburan merupakan salah satu komponen perbelanjaan agregat, AS = C + I + G + ( X – M ). Di mana,
AS =
penawaran agregat
C
=
Penggunaan
I
=
Pelaburan
G
=
Perbelanjaan Kerajaan
X
=
M = (X–M)
=
Eksport Import Eksport Bersih
Selain itu, dasar fiskal yang mengembang turut perlu dilaksanakan melalui pertambahan perbelanjaan kerajaan dan pengurangan cukai untuk meningkatkan perbelanjaan agregat. Pengurangan cukai perniagaan akan menambahkan keuntungan selepas cukai dan boleh menambahkan insentif untuk firma meningkatkan pelaburan.
Pertambahan dalam perbelanjaan agregat akan meningkatkan kegiatan ekonomi dan mengurangkan masalah pengangguran. Ini disebabkan pertambahan perbelanjaan agregat bakal meningkatkan pengeluaran barang atau perkhimatan. Kilang-kilang di negara China akan mendapat tempahan baru yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Maka, pertumbuhan ekonomi yang pesat dengan kadar perumbuhan adalah positif dapat diwujudkan bagi memulihkan keadaan ekonomi negara China dengan kadar yang lebih cepat.
PENGANGGURAN
Menurut artikel, sektor swasta negara Amerika Syarikat telah memberhentikan seramai 742000 orang pekerja pada bulan Mac. Ini kerana, ekonomi negara tersebut masih lagi dipengaruhi oleh krisis ekonomi 2008 dan kekal lemah.
Perbelanjaan sektor pembinaan Amerika Syarikat mengalami kejatuhan buat lima bulan berturut-turut. Penurunan perbelanjaan ini menyebabkan kebanyakan syarikat di negara tersebut menerima tempahan baru yang sedikit dan untuk mengurangkan kos pengeluaran syarikat, mereka terpaksa mengambil keputusan untuk memberhentikan sebahagian daripada pekerja mereka. Dengan itu, pengangguran di negara Amerika Syarikat kian meningkat.
Pengangguran dapat didefinisikan sebagai golongan tenaga buruh yang tidak
berkerja tetapi masih aktif mencari pekerjaan baru. Tenaga buruh di sini merujuk kepada mereka yang berusia 16 tahun dan lebih, yang tidak dipenjarakan, dimasukkan ke hospital atau pusat penjagaan yang lain.
Pertambahan bilangan penganggur di Amerika Syarikat dengan bilangan tenaga buruh tidak berubah akan meningkatkan kadar pengangguran di negara tersebut berdasarkan formula berikut:
KadarPengangguran
BilanganPenganggur X 100% TenagaBuruh
Jenis pengangguran ini sebenarnya ialah pengangguran kitaran atau pusingan yang disebabkan oleh keadaan ekonomi yang turun naik akibat perubahan perbelanjaan agregat. Ketika ini, ekonomi negara Amerika syarikat mengalami kemelesetan, permintaan bagi barang-barang akan berkurangan dan menyebabkan firma terpaksa mengurangkan aktiviti pengeluaran dan seterusnya penggunaan buruh.
Kadar pengangguran yang tinggi akan menjejaskan prestasi pertumbuhan ekonomi.
Tambahan
pula,
lebihan
kapasiti
mesin-mesin
perusahaan
akan
menyebabkan tahap pelaburan berkurangan secara tidak langsung. Pengangguran juaga kan menyebabkan kutipan cukai pendapatan berkurangan secara tidak langsung. Maka, kerajaan terpaksa mengurangkan perbelanjaan bagi pembangunan ekonomi. Selain itu, ekonomi juga tidak dapat beroperasi pada tahap maksimum. Pembaziran sumber-sumber pengeluaran akan menjurus kepada pengeluaran output yang rendah daripada output potensi.