Dakapan Bestari

  • Uploaded by: Zulkurnain bin Abdul Rahman
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Dakapan Bestari as PDF for free.

More details

  • Words: 2,148
  • Pages: 9
DAKAPAN BESTARI : PENDEKATAN ROHANIAH DAN PEMBELAIAN EMOSI Oleh: Arif Fadzilah bin Abu Talib Zainudin bin Abd Samad Sek Keb Parit Sapran, Kayu Ara Pasong. ABSTRAK Emosi merupakan kurniaan Tuhan yang tidak ternilai, namun begitu manusia amat kurang mengambil perhatian ke atasnya, kecuali apabila berlaku sesuatu timpaan negatif atau konflik antara dua pihak atau lebih. Pendekatan Dakapan Bestari ini ditumpukan kepada 4 orang pelajar peserta kelas pemulihan khas; pembelaian emosi individu adalah menjadi subjek kajian, di mana emosi adalah ”kunci” kepada peleraian kemelut psikologi yang membayangi hidup dan minda mereka, terasa disisihkan, serta terasa ada kekurangan padanya. Kajian ini berlandaskan kepada teori Emotional Intellingence yang di kemukakan oleh Daniel Goleman, diperkukuhkan dengan teori Multiple Intelligences oleh Howard Gardner, dan mempunyai potesi cerah untuk digabungkan dengan Teori Spiral oleh Imam Ghazali. Subjek kajian adalah tertumpu kepada pelajar kelas pemulihan khas. Guru Pemulihan Khas bertindak sebagai pelaksana kepada modus operandi yang disenaraikan dalam proposal yang telah dikemukakan terlebih dahulu. Instrumen kajian adalah terdiri dari hardware dan soft ware yang ada di sekolah serta penggunaannya adalah sebagai finishing touch sesudah emosi pelajar berkenaan dapat distabilkan untuk jangka pendek. Bagi tujuan jangka panjang pembelaian emosi ini ditumpukan kepada komunikasi harian serta body contact yang dilakukan sekerap mungkin. Hasil kajian adalah jangka panjang dan tidak dapat dinyatakan dalam tempoh yang pantas kerana pelajar bermasalah pembelajaran ini mempunyai kestabilan emosi yang volatile; ia boleh berubah kepada keadaan lain pada bila-bila masa.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU: Empat pelajar sekolah ini yang bermasalah tegar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran memang menjadi beban utama kepada guru berkaitan. Mereka amat tidak berminat untuk duduk dalam sesi pemerolehan ilmu kerana terasa kekurangan dan tidak mampu untuk mendepani serta mengikuti tahap pembelajaran biasa . Berbagai helah yang mereka cipta supaya tidak dilibatkan dalam sesi berkenaan. Guru kelas biasa sememangnya akan berang terhadap mereka ini kerana dalam keadaan biasa mereka yang demikian akan mampu mempengaruhi pelajar lain untuk tidak memberi tumpuan kepada perjalanan sesi pembelajaran ketika itu. Perhatikan…as Goleman (1998, p. 19) states, “When IQ test scores are correlated with how well people perform in their careers the highest estimate of how much difference IQ accounts for is about 25 percent (Hunter & Hunter, 1984; Schmidt &Hunter, 1981). A careful analysis, though, suggests a more accurate figure may be no higher than ten percent and perhaps as low as four percent” (Sternberg, 1997). Guru Pemulihan bertindak sebagai pemudah cara untuk menyuburkan sifat minat belajar dan mampu meningkatkan pencapaian. Pendekatan latih tubi dalam kelas pemulihan khas tidak mendatangkan kesan, kerana pelajar-pelajar ini tidak mempunyai daya tumpuan yang panjang, mereka hanya mampu bertahan tidak lebih dari 10 minit dalam setiap sesi pertemuan dengan guru pemulihan di dalam bilik pemulihan khas. Sehubungan dengan itu kekuatan guru dan iltizam para pengkaji adalah satu sumbangan yang amat berharga untuk membangunkan pelajar bermasalah tegar ini. 2.0 ISU KEPRIHATINAN: Ketiadaan tumpuan dan kebosanan yang mendalam merupakan masalah utama kepada empat pelajar yang menjadi subjek kajian ini. Pendekatan secara Multiple Intelligences yang dikemukakan oleh Howard Gardner nampaknya kurang mendatangkan hasil kepada mereka, kerana ia bersifat rencam dan perlukan masa yang panjang untuk dapat mereka ikuti. Pendekatan ini diubah suai dengan mengambil aspek yang boleh diapplykan ke atas mereka dan tumpuan dibuat keatas pembelaian bakat serta perkembangan emosi mereka dengan harapan agar mereka mampu untuk ”berlembut” dan tekun untuk menghadapi pembelajaran. Sejajar dengan….when it comes to the question of whether a person will become a “star dengan performer” (in the top ten percent, however such performance is appropriately assessed) within

1

that role, or be an outstanding leader, IQ may be a less powerful predictor than emotional intelligence (Goleman 2002).

Rajah 1 Rajah 1 di atas digunakan sebagai asas penilaian kepada cara mana pelajar ini harus didekati. Selepas ujian pra dibuat berasaskan kepada instrumen yang berupa bahan permainan / pengamatan dapat dikategorikan pelajar terpilih ini tergolong kepada kelompok self smart. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN: 3.1 OBJEKTIF AM: Pelajar Kelas Pemulihan Khas 100% berpeluang menjadi pelajar normal dan mampu memperoleh ilmu pengetahuan 3.2 OBJEKTIF KHUSUS:

1. 2. 3. 4.

Membantu 4 ( empat ) orang pelajar pemulihan khas bermasalah belajar untuk belajar; Membangun emosi 4 ( empat ) orang pelajar pemulihan khas untuk berminat belajar; Menanam kesedaran kepada 4 ( empat ) orang pelajar sedar ” Masih ada yang sayang ”; Mewujudkan suasana seronok untuk belajar kepada 4 ( empat ) orang pemulihan khas;

2

4.0

KUMPULAN SASARAN:

Pelajar tahun 2 hinggan tahun 5 Lelaki - 03 orang Perempuan - 01 orang Jumlah - 04 orang

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN: 5.1 TINJAUAN MASALAH: Tumpuan diberikan kepada pemerhatian, temu bual, dan kunjung ziarah keatas 4 orang pelajar terpilih. 5.1.1 PEMERHATIAN: Para pengkaji membuat pemerhatian keatas empat (4) pelajar yang telah terpilih untuk mengenal pasti di manakah masalah utama mereka di segi pergaulan dan komunikasi. 5.1.2 TEMU BUAL: Temu bual ke atas pelajar terpilih dibuat secara tidak langsung, ini disebabkan oleh mereka tidak boleh membaca dan menulis dengan sempurna. Perbualan dimulakan dari bercorak umum kepada yang bercorak khusus. Perbualan secara lemah lembut dan berhemah adalah menjadi agenda utama kerana pelajar-pelajar ini mudah tersentuh perasaannya dan cepat menjadi bosan. 5.1.3

KUNJUNG ZIARAH:

Latar belakang pelajar yang dikaji amat penting untuk diketahui, maka usaha mengunjungi dan menziarahi keluarga pelajar ini dijalankan. Ia bertujuan untuk mendapatkan gambaran jelas bagi membuat keputusan tindakan seterusnya berlandaskan kepada paradigma keluarga pelajar keatas pentingnya belajar. 5.2 ANALISA TINJAUAN MASALAH: Para pelajar telah diuji oleh guru kelas menggunakan modulnya terkandung dalam Program modul KIA2M bagi Tahun 1 dan pelajar dari Tahun 2 ke Tahun 5, sistem carry forward adalah diteruskan , dirujuk oleh guru kelas kepada guru pemulihan khas untuk tindakan selanjutnya. Setiap penemuan masalah yang baharu akan direkodkan oleh guru pemulihan khas. 5.2.1 ANALISA PEMERHATIAN: Memujuk dan melayani emosi 4 pelajar ini telah dapat memecah tembok komunikasi yang mengekang mereka dari mendekati pelajaran. Perasaan yang tenang, aman serta selamat telah banyak membantu untuk mereka lebih berkeyakinan dan juga mempercepat kemampuan mereka bagi mencapai sasaran yang masih jauh untuk dicapai. 5.2.2. HASIL PEMERHATIAN: Tingkah laku pelajar dalam bergaul dijadikan subjek utama bagi menentukan cara mana mereka boleh dibantu untuk dipulihkan. 5.2.3.ANALISA TEMU BUAL: Perbualan santai dan mesra antara guru, pengkaji dengan pelajar pemulihan khas ini telah menghasilkan banyak manfaat yang boleh membantu menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Dapatan menarik adalah pelajar telah berterus terang mengenai apakah masalah yang mereka hadapi, apa yang mereka sukai, apa yang mereka tidak suka untuk diminta melakukan dan sebagainya. 5.2.4. HASIL TEMU BUAL: Pelajar bersedia memberi kerjasama secara lisan; mengapa mereka gemar mengasingkan diri dan kurang berinteraksi dengan pelajar lain. Penyebab utama mereka berkelakuan demikian adalah mereka terasa rendah diridan perlukan bantuan orang lain. 5.2.5.ANALISIS KUNJUNG ZIARAH:

3

Mengunjungi keluarga pelajar ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat latar keluarga, sosio ekonomi keluarga , dan pandangan keluarga terhadap masalah pelajaran anak-anak mereka. 100% ibu bapa berpandangan positif dan menaruh harapan agar anak mereka dapat maju dalam mengikuti pelajaran. 5.2.6. HASIL KUNJUNG ZIARAH: Pertemuan dengan keluarga 4 orang pelajar pemulihan khas ini telah membantu guru pemulihan khas untuk memilih pendekatan sesuai untuk menjalankan usaha pengajaran dan pembelajaran formal. 5.2.7TINDAKAN DIJALANKAN: Tindakan yang dijalankan adalah proses berturutan dari pemerhatian, temu bual,dan kunjung ziarah. Pendekatan yang dibuat oleh guru pemulihan adalah: Sentuhan fizikal = bersalaman Dakapan bestari = body contact ( untuk pelajar lelaki sahaja ) Belaian emosi = menghibur / kecindan Bicara bestari = kata perangsang Setiap kali pengajaran kelas pemulihan khas berlangsung setiap hari. 5.3 PELAKSANAAN TINDAKAN: 5.4.1. PEMERHATIAN: Responden diperhatikan oleh pengkaji dalam masa 14 hari, pemerhatian ini dibuat diluar pengetahuan ke empat-empat pelajar berkenaan, tingkalah laku mereka ternyata berbeza dengan pelajar normal yang biasanya gembira dan mudah bergaul dengan ramai rakan.100% pergerakan mereka di sekolah menjurus kepada berada di dunia sendiri dan amat jarang mereka dapat menumpukan perhatian kepada hal pelajaran. 5.4.2.

TEMU BUAL:

Perbualan dibuat oleh pengkaji dan guru pemulihan khas dengan 4 pelajar pemulihan khas ini. Pada peringkat awal mereka begitu sukar untuk mendengar, menjawab, dan memahami pertanyaan. 95% apa yang dikatakan oleh mereka tidak lahir dari hati sanubari mereka. Sebaliknya mereka menyembunyikan keadaan sebenar dan tiada kesungguhan untuk menjawab pertanyaan temu bual. 5.4.3.

KUNJUNG ZIARAH:

Empat keluarga pelajar dikunjungi, perbualan secara santai dan terbuka dilakukan dengan ibu bapa pelajar. Tiada soalan tetap dikemukakan kerana kunjungan ini semata-mata bertujuan untuk melihat latar belakang keluarga serta di tahap manakah sosio ekonomi mereka.

5.5.

REFLEKSI KAJIAN:

Bagi melindungi identiti pelajar, mereka di kodkan dengan A, B,C, dan D, ia menjelaskan: 5.5.1 SIKAP DAN KESUNGGUHAN UKURAN SKALA LIKERT: 0 Tidak tahu 1 Tidak faham 2 Faham 3 Sangat faham FASA AWAL KOD PELAJAR 0 A / B / C / D /

1

2

3

1

2

3

FASA PERTENGAHAN KOD PELAJAR

0

4

A B C D

/ / / /

FASA TERKINI KOD PELAJAR A B C D

0

1 /

2

3 /

/ /

5.5.2. SIKAP DAN KESUNGGUHAN PRESTASI UMUM PELAJAR UKURAN SKALA LIKERT: 0 Tiada kesan 1 Peningkatan minimum 2 Peningkatan normal 3 Peningkatan maksimum FASA AWAL KOD PELAJAR A B C D

0 / / / /

1

FASA PERTENGAHAN KOD PELAJAR 0 1 A / B C / D / FASA TERKINI ( SELEPAS 6 BULAN ) KOD PELAJAR 0 1 A / B C D

2

3

2

3

/

2

3 /

/ /

PENJELASAN PENCAPAIAN : ( SEHINGGA BULAN OGOS 2007 ) KOD PELAJAR

TARIKH MASUK

PRESTASI ASAL

PRESTASI SEMASA

PRESTASI TERKINI

A

01/06/05

Tidak menguasai bacaan dan tulisan

Dapat menguasai vocal : a,e,i,o u dan konsonan: j,s,z, p

Menguasai beberapa huruf tertentu sahaja.Contoh a,b,c,d,e,f,g,I,j,k,o,s,z

Umur: 9 Tahun

Boleh membaca Perkataan mudah. Contoh: Api, Abu

5

KOD PELAJAR

TARIKH MASUK

PRESTASI ASAL

PRESTASI SEMASA

PRESTASI TERKINI

B

15/05/07

Telah kenal huruf vokal

Telah menguasai perkataan mudah dalam kemahiran KVK + KV+KVK dan boleh membaca ayat mudah

Telah boleh membaca dan menulis perkataan KVKK + KVKK CONTOH: 1.Kang + kung ( KVKK+KVKK) 2.Long+kang ( KVKK+KVKK ) 3.Jeng+king ( KVKK+KVKK )

KOD PELAJAR

TARIKH MASUK

PRESTASI ASAL

PRESTASI SEMASA

PRESTASI TERKINI

C

01/06/05

Hanya menguasai vocal: a, o , i dan konsonan: c, k, t, z

KOD PELAJAR

TARIKH MASUK

PRESTASI ASAL

D

10/01/07

Hanya menguasai vocal: a,e,i, o , u dan konsonan: p,y,s,c,t

Umur: 9 Tahun

Umur : 11 Tahun

Umur : 8 Tahun

Telah menguasai vocal dan konsonan dalam kemahiran 12: KVK+KK Telah boleh membaca ayat mudah: KV+KV/KV+KVKV+ KVK/ KVK

PRESTASI SEMASA

Mulai menguasai perkataan yang melibatkan kosnsonan bergabung(diagraf) Contoh: Nganga (KKV+KKV) Nyanyi (KKV+KKV) Lenga (KVK +KV ) Punya (KVK + KV ) Sunyi (KVK+KV) PRESTASI TERKINI

Telah menguasai vocal dan konsonan

Boleh membaca perkataan mudah KV+KV Contoh:

Mencantum KV + KV dengan baik

Batu (KV+KV ) Dahi ( KV+KV) Bola (KV+KV ) Meja (KV+KV)

6

PERUBAHAN PELAJAR A

GRAF PERKEMBANGAN 12

10

8

TAHAP KEMAHIRAN

Series2

6

Series1

4

2

0 AW AL

PERTENGAHAN JULAT MASA

TERKINI

PERUBAHAN PELAJAR B

35

30

25

20 TAHAP KEMAHIRAN

Series1 Series2

15

10

5

0 AWAL

PERTENGAHAN JULAT MASA

TERKINI

PERUBAHAN PELAJAR C

35

30

25

20 Series2

TAHAP KEMAHIRAN

Series1

15

10

5

0 AW AL

PERTENGAHAN JULAT MASA

TERKINI

PERUBAHAN PELAJAR D

16

14

12

10 TAHAP KEMAHIRAN

Serie s2 Serie s1

8

6

4

2

0 AW AL

PERTEN GAHAN JULAT MASA

TERK INI

7

PERUBAHAN PENCAPAIAN 5 4.5 4 3.5 3 SKALA LIKERT 2.5 2 1.5 1 0.5 0

PEREMPUAN LELAKI 1 LELAKI 2 LELAKI 3 AWAL

PERTENGAHAN

TERKINI

JULAT MASA

6.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN: Pengkaji akan datang dicadangkan supaya dapat menyelami lebih dalam hati sanubari pelajar berkenaan dan jika mempunyai kemampuan teknikal boleh dilaksanakan ujian fisiologi bagi mengesan kecacatan fizikal untuk memudahkan pelaksanaan pemulihan. Dicadangkan juga agar dapat diadakan sesi muzakarah antara pelajar, guru pemulihan, dan pengkaji supaya ia terarah kepada pembinaan insan seimbang rohani dan jasmani walau pun ia tidak sepandai pelajar normal. Pengkaji akan datang dicadangkan juga supaya lebih menumpu kepada cara mana dapat membantu pelajar bermasalah pengelihatan dan pendengaran yang kurang acute tetapi tidak cukup serius untuk di serahkan kepada kelas pendidikan khas. Pelajar kelas pemulihan khas memerlukan kasih sayang seorang pendidik dan sekalung keyakinan agar mereka dapat menilai diri mereka sendiri serta berhasrat untuk memajukan dirinya. Usaha gigih guru dan pengkaji adalah penting bagi menghasil satu pendekatan yang lebih berkesan berasaskan teori Emotional Intelligence yang dikemukakan oleh Daniel Goleman dan Multiple Intelligences oleh Howard Gardner ia boleh digabung kaitkan dengan Teori Spiral yang kemukakan oleh Imam Ghazali. KESIMPULAN: Pelajar pemulihan Khas mempunyai potensi untuk meningkat maju dan dapat sama-sama bersaing dalam medan kehidupan dengan usaha bantuan berterusan yang berteraskan belaian emosi, pengembangan minat, pemupukan bakat,serta pengiktirafan RUJUKAN

1. Abu Hamid Muhamed bin Muhammad Al Ghazali,( 1980). “Ihya Ulumiddin Jilid 1”. Indonesia: Penerbit Aisli.

2. Bradberry, Travis and Greaves, Jean ( 2005). “The Emotional Intelligence Quick 3. 4. 5.

Book” New York: Newman and Schuster. Gardner, H (1975). “ The Shattered Mind” New York : Knopf. Gardner, H (1993).”Multiple Intelligences: The Theory in Practice”. New York: Basic. Goleman, D (1996). “Emotional Intelligence:Why it can matter more than IQ”. London: Bloomsbury.

8

9

Related Documents

Dakapan Bestari
December 2019 20
Bestari
November 2019 26
Sekolah Bestari
July 2020 28
Sekolah Bestari
June 2020 28
Sekolah Bestari
June 2020 24
Jkuasa Bestari
May 2020 10

More Documents from "mazni bin othman"