Sekolah Bestari

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sekolah Bestari as PDF for free.

More details

  • Words: 5,995
  • Pages: 23
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TKU 3023 Information And Communication Technology In Chemistry Assingment : SMART SCHOOL Lecturer name : Madam Asmayati bt Yahaya Group : B (1.00pm-4.00pm)Thursday NAME RAFFINE BINTI BAHARUDIN

MATRIC NO. D20081032309

NOR ASILAH BINTI ABD RAFARD20081032308

1

ISI KANDUNGAN PERKARA

MUKA SURAT

1.0 Pengenalan

1

2.0 Konsep Sekolah Bestari

4

3.0 Objektif dan Matlamat Sekolah Bestari

5

4.0 Perbezaan di antara Sekolah Bestari dengan Sekolah Biasa

6

5.0 Kemahiran dan Pengetahuan yang Perlu Ada Pada Guru Dalam Era Milennium Untuk Memainkan Peranan Efektif Dalam Pendidikan Sekolah Bestari

6-9

6.0 Peranan Guru, Pelajar dan Ibu Bapa Dalam Mencapai Objektif Dan Matlamat Sekolah Bestari

9-11

7.0 Asal-usul tertubuhnya Sekolah Bestari

11

8.0 Konsep pembestarian

12

9.0 Komponen Sekolah Bestari

12

9.1 Pengajaran dan Pembelajaran

12

9.2 Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah

12

9.3 Sumber Manusia

12-13

9.4 Teknologi

13

9.5 Polisi

13

10.0 Status semasa dan cabaran

13-15

11.0 Rasional bagi penubuhan Sekolah Bestari

15

12.0 Ciri-ciri Sekolah Bestari

16-17

13.0 Rasional projek

17-18

14.0 Isu Sekolah Bestari

18-19

15.0 Faedah Penubuhan Sekolah Bestari

19-20

2

16.0 Kesimpulan

21

Bibliografi

1.0 Pengenalan Sejak negara kita mencapai kemerdekaan, kita telah mengalami perubahan yang pesat dalam sistem pendidikan. Bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar-dasar pendidikan negara sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya dalam menghadapi alaf baru yang sangat mencabar ini terutamanya dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”. (Falsafah Pendidikan Kebangsaan)

Bersasarkan petikan di atas, ini jelas menunjukkan bahawa Falsafah pendidikan kebangsaan berhasrat untuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Oleh itu, kerajaan telah mewujudkan Sekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini bagi memperbaiki sistem pendidikan negara di samping menyediakan tenaga kerja mahir bagi menghadapi cabaran alaf baru. “Memandangkan betapa pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukan generasi akan datang, kerajaan telah mengambil langkah menjadikan kewujudan Sekolah Bestari sebagi satu daripada tujuh flagship application dalam projek Mega Koridor Raya Multimedia” (Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia)

Berdasarkan petikan di atas, pengwujudan sekolah bestari ini merupakan

satu

daripada tujuh aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia. Hasrat dan matlamat kerajaan Malaysia adalah menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari. Sekolah Bestari akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar sama ada kuat atau lemah, kaya atau miskin dapat mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang 3

berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Terdapat tiga aspek penting dalam pelaksanaan Sekolah Bestari, pertama ialah menyediakan infrastruktur pelbagai media. Perkakasan akan merangkumi komputer dan alatan berkaitan, peralatan sidang video dan audio dan infrastruktur komunikasi. Perisian akan mengandungi pemproses perkataan, spreedsheet, perisian penjaringan, perisian email, browser, internet, alat pengarang dan perisian latihan. Kedua ialah aspek latihan. Latihan bagi guru-guru amat penting. Gabungan rapi antara latihan intensif dan kaunseling adalah perlu untuk membantu guru menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Ini penting untuk menghapuskan rasa tidak selamat dan rasa tidak berguna yang akan timbul kerana anjakan paradigma yang radikal dalam perkaedahan dan peranan guru. Ketiga ialah aspek bahan kursus. Bahan kursus yang baru, kemaskini dan mencukupi perlu disediakan. Bahan kursus perlu diperkembangkan bagi semua mata pelajaran dan pelbagai jenis pelajar. Bahan kursus perlu mempamerkan ciri-ciri seperti pukal disket yang lengkap, interaktif, mencabar daya kognitif pelajar dan mengandungi penilaian kendiri. Projek Sekolah Bestari ini sebenarnya terbahagi kepada empat fasa utama. Dalam fasa pertama (1996-2002), tumpuan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah melaksanakan Sekolah Bestari rintis. Fasa kedua (2003-2005), tumpuannya adalah memantapkan konsep bestari sekolah rintis. Dalam fasa ketiga (2006-2010), tumpuan KPM adalah untuk membestarikan semua sekolah, manakala dalam fasa keempat (2011-2010), fokus KPM adalah memantapkan pembestarian sekolah tersebut. Pada tahun 1999, terdapat 90 buah sekolah perintis yang melaksanakan konsep, bahan pengajaran dan pembelajaran, kemahiran dan teknologi Sekolah Bestari. Dokumen dasar yang asal tentang Sekolah Bestari Malaysia ialah Smart Schools in Malaysia: A Quantum Leap, yang disediakan pada Januari 1997. Dokumen ini ialah asas bagi dokumen The Malaysian Smart School. A Conceptual Blueprint telah disediakan oleh Pasukan Bertugas Bersama Industri Kementerian Pendidikan Malaysia. Konsep Sekolah Bestari yang terkandung dalam dokumen The Malaysian Smart Schools: A Conceptual Blueprint merupakan idea yang terus berkembang dan sentiasa terbuka kepada perubahan dan kemajuan dalam pedagogi dan teknologi maklumat. Oleh itu, dokumen ini lebih bersifat deskriptif dan perspektif.

4

Selain itu, Pasukan Petugas juga menyediakan dokumen The Malaysian Smart School Implementation Plan yang menyediakan pelaksanaan sekolah-sekolah di seluruh negara untuk menjadi Sekolah Bestari. Projek Sekolah Bestari telah menghasilkan lima Concept Request for Proposal penyelesaian dalam bidang bahan pengajaran dan pembelajaran, sistem penilaian, sistem pengurusan sekolah, infrastruktur teknologi dan integrasi sistem. Kesemua ini telah dilancarkan serentak pada Julai 1997.

5

2.0 Konsep Sekolah Bestari Sekolah Bestari merupakan sebuah institusi pembelajaran yang telah direka bentuk semula secara sistematik dari segi proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan untuk membantu pelajar menghadapi era maklumat. Sekolah Bestari berkembang dengan pembentukan staf yang profesional, sumber yang bertambah dan pentadbiran yang cekap. Ia berasaskan kepada konsep teknologi berhubung dengan mesin pintar (smart machine) melalui pendekatan pengurusan bersepadu secara berpusat (centralized) dan pengagihan kuasa pusat (decentralized). Dalam pengurusan pendidikan sekolah bestari ini kedua-dua pendekatan ini digunakan secara serentak. Sekolah Bestari memberi penekanan kepada perkembangan individu secara menyeluruh dengan memberi fokus bukan sahaja kepada dominan intelektual tetapi juga dominan afektif. Justeru itu, teknologi terbaru digunakan untuk memperkembangkan peranan pengajaran melampaui bilik darjah biasa, mempertingkatkan kualiti pengajaran ke arah akses kendiri iaitu pembelajaran berpusatkan pelajar dan mengikut kadar pembelajaran individu. Bilik darjah masih menjadi fokus pengajaran terus di mana interaksi harian di antara guru dan pelajar lain akan terus menjadi bahagian penting dalam Sekolah Bestari. Selain itu, kurikulum di Sekolah Bestari lebih fleksibel dan terbuka. Ianya dirancang supaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial, reflektif, holistik, global dan terbuka berdasarkan matlamat. Ini menggalakkan pembelajaran holistik, membenarkan kanak-kanak maju mengikut tahap pencapaian masing-masing dan mengambil kira keupayaan, minat dan keperluan pelajar yang berbeza-beza. Kanak-kanak didik dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, disemai dengan nilai murni dan digalakkan meningkatkan kefasihan berbahasa. Kurikulum Sekolah Bestari ini direka untuk membentuk pelajar mencapai perkembangan yang seimbang. Pelajar sebagai pembelajar yang aktif di Sekolah Bestari. Pembelajaran yang berpusatkan budaya berfikir dengan memanfaatkan sumber ilmu dan teknologi serta menggunakannya secara menyeluruh dan bersepadu dalam pelbagai situasi. Sekolah memupuk kemahiran penyelesaian masalah yang kreatif bagi menghadapi situasi baru. Pelajar bertindak dengan berani dalam membuat keputusan dan bertanggungjawab terhadap keputusan itu. Pelajar akan membuat pengembaraan maklumat mengelilingi dunia untuk mencari dan mengumpul data. Pelajar akan dapat mencapai sumber tempatan, kebangsaan dan 6

global. Penjaringan melalu internet juga membolehkan interaksi antara pelajar dan guru-guru yang lain serta orang ramai di seluruh dunia dilakukan. Dunia pelajar akan diperluaskan melalui perhubungan, pendidikan dan sosial. Pembelajaran yang bermakna ini dapat memupuk dan mempertingkatkan segala potensi yang ada pada pelajar secara cekap, ekonomis dan berkesan dengan menggunakan daya fikir, pengetahuan, kemahiran dan teknologi pendidikan era ini dan cabaran masa hadapan memerlukan Sekolah Bestari sebagai wadah ke arah pencapaiannya.

3.0 Objektif dan Matlamat Sekolah Bestari Objektif dan matlamat utama Sekolah Bestari adalah memfokuskan kepada keperluan membangunkan tenaga kerja mahir dalam era maklumat dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sekolah Bestari bertujuan menyediakan tenaga kerja untuk Malaysia sebagai negara industri pada abad ke-21. Ia dianggap sebagai aplikasi perdana projek MSC, di mana

diharapkan

pelajar

produk

Sekolah

Bestari

mempunyai

kemampuan

memperkembangkan Malaysia sebagai pusat teknologi dan telekomunikasi antarabangsa bertaraf dunia. Graduan-graduan Sekolah Bestari menyumbang dalam aktiviti memindahkan ilmu dalam pelbagai bidang. Semuanya bergantung kepada strategi yang disepadukan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merangkumi tujuan pendidikan di Malaysia secara menyeluruh. Ia menyatakan bahawa pendidikan adalah satu usaha berterusan iaitu: “Untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”. (Education in Malaysia,1993)

Bagi mencapai hasrat ini, Kementerian Pendidikan mewujudkan Sekolah Bestari supaya generasi yang dilahirkan dapat memenuhi hasrat dan aspirasi negara seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, secara keseluruhannya, objektif dan matlamat pelaksanaan Sekolah Bestari adalah untuk mendemokrasikan pendidikan, melibatkan penglibatan pihak berkepentingan, memastikan perkembangan menyeluruh individu, membangunkan murid yang seimbang dari segi fizikal, mental, rohani dan emosi dan memberi peluang untuk meningkatkan kekuatan dan keupayaan individu.

7

4.0 Perbezaan di antara Sekolah Bestari dengan Sekolah Biasa Terdapat beberapa perbezaan utama di antara Sekolah Bestari dengan sekolah biasa. Pertama, Sekolah Bestari dihubungkan melalui jaringan kawasan tempatan (LAN) untuk berkongsi maklumat melalui teleconferencing, pangkalan data dan mel elektronik. Kedua, Sekolah Bestari dihubungkan melalui jaringan kawasan luas (WAN) ke sekolah lain dan juga organisasi daerah, negara dan dunia. Selain itu, Sekolah Bestari dapat disesuaikan mengikut kehendak guru, pelajar dan pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi. Teknologi pengajaran bukan sahaja melibatkan penggunaan alat-alat bantuan mengajar tetapi merangkumi semua proses yang kompleks dan bersepadu yang berkaitan dengan pengajaran. Menurut Assosiation of Educational Communications and Technology (AECT, 1979), teknologi pengajaran adalah bersabit dengan proses dan sumber pembelajaran dari segi reka bentuk, pengembangan, penggunaan, pengurusan dan penilaian (Seels and Richey, 1994). Penerokaan atau pencarian maklumat dan pengetahuan baru tentang cara-cara paling baik mereka bentuk sistem pengajaran atau bahan-bahan pengajaran dapat diterokai melalui teknologi pengajaran. Teknologi pengajaran merupakan sebahagian daripada teknologi pendidikan yang mementingkan penggunaan proses saintifik dalam pengalaman pembelajaran (AECT, 1979).

5.0 Kemahiran dan Pengetahuan yang Perlu Ada Pada Guru Dalam Era Millennium Untuk Memainkan Peranan Efektif Dalam Pendidikan Sekolah Bestari Sekolah Bestari bergantung kepada guru bestari. Sumbangan yang amat besar dapat diberikan kepada kebestarian pembangunan masyarakat dan negara melalui kejayaan guru dalam mendidik dan melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi keilmuan, kepimpinan, sahsiah dan kreativiti yang melangkaui zaman. Guru bukan sahaja seorang yang perlu mengorbankan masa dan tenaga tetapi juga meluangkan sedikit masa kepada diri untuk memperkembangkan dan meningkatkan kemahiran serta ilmu dirinya. Guru adalah tonggak kepada sistem pendidikan dan juga merupakan agen perubahan dalam sistem pendidikan. Oleh itu, sebelum negara dapat melahirkan generasi yang bestari, guru itu sendiri perlu membestarikan diri mereka. Antara pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi seseorang guru dalam era kini, untuk menjadikan diri sebagai contoh yang berkesan dalam 8

pendidikan sekolah bestari ialah seorang guru yang bermaklumat dan mengetahui perkembangan terkini. Guru yang bermaklumat adalah guru yang sentiasa melayari internet bagi mendapatkan idea-idea pedagogi sesama seperti pengajaran kontekstual, kontruktisme, pengajaran masteri, pembelajaran akses kendiri dan pembelajaran masa depan dan juga guru yang sentiasa mendapatkan maklumat dalam bentuk fakta terkini. Guru perlulah mempelbagaikan corak dan cara pengajaran sesuai mengikut kehendak pelajar yang mempunyai kecerdasan yang pelbagai. Selain itu, guru bestari juga perlu menghasilkan modul-modul terkini dan selaras dengan kemampuan pencapaian tahap pelajar. Apabila seseorang guru bestari itu mempunyai maklumat dan mengetahui perkembangan terkini, mereka mampu berkongsi maklumat dan menggunakan ilmu dan kemahiran yang ada dalam menyampaikan matlamat pengajaran. Guru itu juga perlu mengubahsuai modul-modul yang sedia ada bagi meningkatkan lagi tahap pencapaian dan kemampuan berfikir para pelajar dengan menambahkan beberapa keperluan penting dalam modul-modul itu. Guru bestari juga perlu berkemampuan dalam mengawal proses pembelajaran mengikut kebolehan dan pencapaian mereka tanpa pelajar merasa jemu dan mereka sentiasa bermotivasi tinggi untuk mencapai tahap yang ditetapkan. Setiap pelajar dianggap mampu mencapai tahap yang mereka tetapkan mengikut masa yang ditentukan oleh mereka sendiri. Seterusnya, guru yang sentiasa bermaklumat dan kemas kini sentiasa satu langkah ke hadapan dalam menguasai teknologi maklumat yang terkini serta mampu menghebahkannya dalam kalangan rakan sejawat supaya ilmu dan kemahiran dapat dikongsi bagi memartabatkan lagi profesion perguruan di mata masyarakat. Untuk menjadi seorang guru bestari yang baik, mereka perlulah sentiasa bertenaga dan bersikap positif. Bertenaga dalam konteks fizikal ialah sentiasa cergas dalam tindakan, pergerakan dan berfikir, dan juga menjaga tahap kesihatan diri dalam keadaan yang baik. Mereka juga tidak kenal dengan erti jemu dan sentisa berfikiran positif, proaktif dan inovatif. Bertenaga dalam konteks pedagogi ialah penyampaian dan kaedah pengajaran. Guru bestari sentiasa menggunakan modul-modul terkini dan mempunyai kepelbagaian yang dapat menarik minat serta meningkatkan tahap pencapaian semua pelajar mereka pada tahap yang ditetapkan. Guru bestari juga sentiasa mengutamakan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan kepada pelajar serta berasaskan kepada pembelajaran aktif dan meletakkan motivasi belajarnya pada tahap yang tinggi . Pelajar-pelajar mereka sentiasa cergas dan proaktif serta 9

ceria dalam melaksanakan semua tugasan di samping menekankan penerapan nilai-nilai murni yang dapat membentuk sikap, mementingkan kecemerlangan bersama dan semangat setia kawan yang tinggi. Guru bestari sentiasa memandang pelajar sebagai seorang pelajar yang berpotensi tinggi yang boleh dikembangkan lagi tahap pencapaian mereka dengan sebaik mungkin. Seorang guru bestari juga tidak perlu memandang rendah dan remeh terhadap potensi pelajar mereka dan jangan pula sesekali menidakkan kebolehan dan idea-idea mereka. Guru bestari juga perlu sentiasa meningkatkan semangat dan daya juang yang tinggi dan keyakinan yang tinggi dalam diri pelajar supaya pelajar sentiasa menyedari akan kebolehan dan kemampuan dalam menyelesaikan masalah dengan kreatif. Guru yang inovatif berkemampuan untuk menukarkan isi kandungan buku teks kepada bahan digital yang menarik dan interaktif. Bahan-bahan animasi yang berwarna-warni boleh diperolehi daripada internet. Selain itu, kamera digital juga boleh digunakan untuk menghasilkan Big Book dalam bentuk persembahan powerpoint ketika mengajar dan membina soalan interaktif seperti mengisi tempat kosong, memadankan kata serta soalan aneka pilihan. Selain itu, guru bestari juga perlu sentiasa bersifat penyayang. Mereka melihat pelajar sebagai satu aset negara yang paling berharga dan perlu digilap dengan penuh rasa tanggungjawab dan penuh keyakinan supaya mereka dapat menjadi warganegara yang berjaya dan menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan negara ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Guru bestari yang bersifat penyayang akan menjadi pembimbing dan pemudah cara dalam menangani sebarang masalah pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Setiap masalah yang diutarakan oleh pelajar mereka sama ada masalah akademik atau peribadi akan ditangani oleh guru dengan sebaik mungkin tanpa menganggap itu sebagai satu beban malah menganggap ini sebagai satu peluang untuk memberikan jalan yang terbaik dan berkongsi idea bersama para pelajar dan secara tidak langsung dapat memberikan peluang kepada pelajar supaya dapat menyelesaikan masalah itu sendiri. Guru bestari perlu sentiasa menyedari dan memahami aspirasi negara dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

untuk melahirkan pekerja-pekerja yang

mahir, sesuai dengan tuntutan negara pada era ini. Guru bestari akan menerima segala amanah yang diberikan dalam membentuk pelajar yang cemerlang sebagai satu agenda yang utama. Guru akan sentiasa berfikiran kritis dan kreatif bagi merangsang pelajar supaya menggunakan segala kebolehan

serta meningkatkan potensi pelajar ke arah yang lebih baik dalam

menghasilkan pekerja-pekerja yang cemerlang dan berketerampilan. 10

Dengan menumpukan kepada perkembangan individu, guru digalakkan untuk membina kemahiran sosial pelajar dan juga menerap nilai moral dan etika yang baik serta nilai profesionalisme yang tinggi. Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran digunakan di Sekolah Bestari. Antaranya, ialah strategi inovatif yang berasaskan teknologi seperti perbincangan dengan rakan jauh, pembelajaran jarak jauh, penggunaan data sebagai sumber maklumat, memproses maklumat dan menghubungkan dapatan. Interaksi pelajar dan guru sama ada dalam kumpulan kecil atau individu masih menjadi sebahagian daripada kursus pengajaran dan pembelajaran.

6.0 Peranan Guru, Pelajar dan Ibu Bapa Dalam Mencapai Objektif

dan

Matlamat Sekolah Bestari Guru berperanan sebagai pembimbing di sisi para pelajar dalam memberikan sokongan psikologi dan galakan. Guru akan bertanggungjawab menyediakan suasana yang menggalakkan pembelajaran ke arah kendiri yang kreatif dan berdikari.

Guru akan

mengenalpasti matlamat mendefinisikan halatuju bagi pelajarnya, memandu kemajuan ke arah matlamat tersebut dan membenarkan pelajar belajar dengan kadar tersendiri. Pelajar juga akan mendapat perhatian secara individu daripada guru. Komputer akan mengambil alih rutin dan penyampaian maklumat dan membebaskan guru daripada tugasan yang remeh supaya mereka dapat menumpukan perhatian terhadap aspek pendidikan yang bersifat kemanusiaan. Sebagai seorang guru bestari, mereka perlu menukar peranan di dalam bilik darjah elektronik, daripada menjadi pembekal maklumat bertukar kepada fasilitator untuk mendorong pelajar-pelajar mengembangkan pengetahuan dan daya pemikiran mereka dalam memilih sumber-sumber maklumat yang baik. Mereka perlu berperanan dan menjadi seorang pemimpin yang konstruktivis di mana guru itu menggalakkan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan pencetus pemikiran pelajar. Dengan itu, kita dapat melahirkan pelajar yang berdikari dan juga berfikiran kritis dan kreatif. Guru itu juga perlu menjadi pemimpin yang inovatif dan kreatif dengan mendalami ilmu dan mahir menggunakan pelbagai strategi untuk menampung keperluan pelajar yang berbeza dari segi kepentingan gaya pembelajaran. Ini penting kerana dapat membantu pelajar yang mempunyai tahap pemahaman dan kecerdasan yang berbeza. Seterusnya, guru itu juga perlu mahir menggunakan teknologi multimedia. Teknologi pada era ini sentiasa berkembang, maka guru dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan teknologi tersebut dan mempelajarinya. Dengan itu, idea-idea baru sentiasa dapat dihasilkan dari semasa ke semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru itu 11

juga perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Ini penting bagi memudahkan cara penyampaian dan maklumat yang akan disampaikan akan diterima dengan jayanya. Penguasaan ilmu yang mantap adalah penting terutamanya dalam subjek yang diajar. Ini juga adalah salah satu pra syarat dalam menjadi seorang guru di Sekolah Bestari. Penguasaan ilmu ini penting supaya guru dapat menyampaikan pengajaran dengan sempurna dan tidak terkialkial apabila pelajar menanyakan soalan. Bagi mencapai matlamat Sekolah Bestari, seseorang guru itu juga perlu menerapkan nilai yang boleh membawa perhubungan ilmu yang diajar dari aspek nilai murni. Penerapan nilai murni boleh dilakukan dengan menjadikan seorang guru itu sebagai role model atau contoh yang baik kepada pelajar. Penanda aras sesuatu kejayaan dalam pembestarian sekolah adalah pelajar itu sendiri. Kebolehan pelajar membuat pilihan dan menyesuaikan diri dengan sistem pendidikan yang kurikulumnya menekankan kepada penggunaan ICT dan para pelajar dapat belajar bagaimana belajar dengan menggunakan segala kemudahan yang disediakan. Pelajar harus dapat merasai bahawa komputer telah memudahkan pemahamannya dalam konsep-konsep yang susah difahami sebelum ini. Pelajar juga boleh meningkatkan kemahiran dan kemampuan mereka dalam ICT daripada sumber-sumber luar seperti di rumah. Namun, tidak dinafikan bahawa akan ada pelajar yang akan ketinggalan kerana tidak mempunyai kemudahan di rumah. Selain itu, pelajar itu juga perlu sentiasa mengaplikasikan ilmu ICT yang dipelajari supaya tidak lagi kekok mengaplikasikannya pada masa hadapan. Dengan itu, pendidikan yang berterusan dapat dicapai. Pelajar itu juga boleh menggunakan kemudahan internet untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru, selain dapat membuat persembahan dengan menggunakan powerpoint sebagai alat dalam membantu pembelajaran. Dalam mencapai matlamat Sekolah Bestari, ibu bapa juga turut memainkan peranannya yang tersendiri. Ibu bapa harus membantu pendidikan anak mereka dan mengambil tahu pelbagai aktiviti yang diceburi oleh anak mereka di sekolah. Ibu bapa seharusnya lebih peka terhadap keperluan semasa pendidikan anak-anak mereka agar kejayaan dapat dicapai. Kepekaan ini mampu menyediakan anak-anak mereka untuk bersaing dalam era globalisasi. Ibu bapa juga boleh membina hubungan dengan pihak sekolah dengan mengikuti segala perkembangan yang berlaku di sekolah seperti anak mereka diajar tentang cara menggunakan komputer. Secara tidak langsung, mereka juga boleh turut mempelajari cara menggunakan IT. Ibu bapa juga boleh menyediakan kemudahan komputer di rumah supaya pelajar dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari di sekolah dapat dipraktiskan di rumah. Ibu bapa juga tidak perlu malu dan turut serta dalam menerokai ilmu baru.

12

7.0 Asal-usul tertubuhnya Sekolah Bestari Pengwujudan Sekolah Bestari ini merupakan satu daripada tujuh aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia ( MSC ) Malaysia. Berlandaskan ini, hasrat dan matlamat kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari." Memandangkan betapa pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukan generasi akan datang, kerajaan telah mengambil langkah menjadikan penjelmaan Sekolah Bestari sebagai satu daripada tujuh ' flagship application ' dalam projek Mega Koridor Raya Multimedia" ( Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia ).

Pada tahun 1999, sembilan puluh buah sekolah perintis akan dijadikan nukleus bagi melaksanakan konsep, bahan pengajaran dan pembelajaran, kemahiran dan teknologi Sekolah Bestari. Dokumen dasar yang asal tentang Sekolah Bestari Malaysia ialah Smart Schools in Malaysia: A Quantum Leap, yang disediakan pada Januari 1997. Dokumen ini ialah asas bagi dokumen The Malaysian Smart School. A Conceptual Blueprint yang disediakan oleh Pasukan Petugas Bersama Industri Kementerian Pendidikan Malaysia. Konsep Sekolah Bestari yang terkandung dalam dokumen The Malaysian Smart School: A Conceptual Blueprint merupakan idea yang terus berkembang berterusan dan sentiasa terbuka kepada perubahan dan kemajuan dalam pedagogi dan teknologi maklumat. Oleh itu, dokumen ini lebih bersifat deskriptif daripada preskriptif. Pasukan Petugas juga menyediakan dokumen The Malaysian Smart School Implementation Plan yang menyediakan pelaksanaan sekolah-sekolah di seluruh negara untuk menjadi Sekolah Bestari. Selain itu ,projek Sekolah Bestari menghasilkan lima 'Concept Requests For Proposals' penyelesaian dalam bidang berikut. Antaranya ialah, bahan pengajaran dan pembelajaran, sistem penilaian, sistem pengurusan sekolah, infrastruktur teknologi, dan teknologi sistem. Kesemua ini telah dilancarkan serentak pada Julai 1997.

8.0 Konsep pembestarian Teachers will need to change their role in the electronic classroom from being information providers to counselors to help students develop know how and judgment to select information sources. Key to success in the Information Age will be making the right judgements between an awesome array of choices. We are examining our education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuing education throughout their lives. ( Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor 1 August 1996) The smart school program will be re-modelled and its implementation fasttracked to enable more schools to benefit, at lower cost to the government. Smart schools will have access to the Internet through the SchoolNet program, which is already at an advanced stage of implementation. Advanced teaching and learning materials developed through the Smart

13

School Pilot program will be utilised for teaching, while the Smart School Management System will be used to improve administration processes. (Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Launch of The Multimedia Super Corridor (M.S.C.) Next Leap, 3 July 2004) … pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan moden mengikut arus pembangunan semasa. Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos. (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7Mei 2005)

9.0 Komponen Sekolah Bestari Terdapat lima komponen utama Sekolah Bestari iaitu: 9.1 Pengajaran dan Pembelajaran Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan tunjang (core) atau jantung kepada Sekolah Bestari. Proses berkaitan dengan kurikulum, pedagogi, penilaian, bahan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan adalah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan murid belajar. Konsep yang diketengahkan adalah bertujuan sebagai pemudah untuk murid melakukan akses kendiri, terarah kendiri dan kadar kendiri. 9.2 Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah Pengurusan dan pentadbiran sekolah adalah ‘pemandu’ atau ‘otak’ kepada Sekolah Bestari yang dilaksanakan dengan bantuan elektronik. Software dalam pengurusan dilihat dapat membantu pihak pentadbir sekolah mengurus sumber dan proses yang menyokong fungsi pengajaran dan pembelajaran dengan cekap dan berkesan. 9.3 Sumber Manusia Sumber manusia adalah merujuk kepada kepakaran dan tanggungjawab pihak berkepentingan untuk memainkan peranan lebih banyak dalam meningkatkan prestasi sekolah. Pihak berkepentingan tersebut termasuk ibu bapa, komuniti, sektor swasta dan sebagainya. Semua pihak tersebut perlu terlibat secara berterusan dalam pembangunan profesional dan pengetahuan dalam pengurusan, pengajaran dan pembelajaran dan aspek-aspek lain Sekolah Bestari. 9.4 Teknologi

14

Teknologi digunakan sebagai peningkatan kemajuan dan pemikiran Sekolah Bestari seperti pengajaran-pembelajaran, pengurusan dan perhubungan dengan pihak luar. 9.5 Dasar Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan Sekolah Bestari, dasar dan peraturan yang sedia ada perlu diubah. Ada kemungkinan besar, dasar dan peraturan baru perlu digubal semula.

10.0 Status semasa dan cabaran Sekolah Bestari secara ringkas boleh didefinisikan sebagai suatu sistem pendidikan yang mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar dengan menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari. Pendekatan ini tidak hanya terhad dalam kurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah juga dalam bidang pengurusan sekolah. Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibestarikan agar pengurus sekolah dapat menguruskan perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih efektif. Walau bagaimanapun, dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari di seluruh negara, KPM kemudiannya telah mengambil langkah bijak dan kos efektif dengan memperkenalkan Program Pembestarian Sekolah. Ini memandangkan untuk membekalkan infrastruktur teknologi penuh sebuah Sekolah Bestari, Kerajaan perlu membelanjakan sebanyak RM1.8 juta, manakala untuk membekalkan infrastruktur teknologi makmal komputer, kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak RM642,000 bagi sebuah sekolah. Oleh itu, alternatif yang terbaik adalah dengan cara membestarikan sekolah sedia ada yang hanya memerlukan peruntukan yang jauh lebih rendah untuk setiap buah sekolah. Program Pembestarian Sekolah memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari pada semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Komponen utama pembestarian sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian sekolah dapat melatih guru dan pelajar berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan pelajar yang mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced). Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira (leveraging) semua inisiatif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware, software dan wetware. Untuk itu, KPM telah pun membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan ICT seperti 15

komputer, pencetak, server, projektor dan rangkaian. Statistik sehingga April 2005 menunjukkan sebanyak 4500 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara telah dilengkapi dengan makmal komputer, sementara 8120 buah sekolah telah dirangkaikan dengan capaian internet berjalur lebar melalui rangkaian SchoolNet. Pelbagai perisian kursus telah dibangunkan, baik oleh pihak KPM mahu pun dengan kerjasama pihak swasta. Perisian kursus untuk kegunaan Sekolah Bestari yang melibatkan empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik telah dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta. Selain daripada menghasilkan perisian kursus untuk digunakan oleh guru dan pelajar dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Pembestarian sekolah melibatkan pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan dengan penggunaan aplikasi Smart School Management System (SSMS), Educational Management Information System (EMIS) dapat membantu memperkemaskan pengaliran dan perkongsian maklumat di peringkat sekolah, jabatan dan kementerian. Latihan kemahiran ICT kepada individu yang terlibat sentiasa diadakan dari semasa ke semasa. Pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan personel di pelbagai peringkat Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Bahagian-bahagian di KPM turut dibimbing dan dilatih menggunakan segala kemudahan ICT yang disediakan.

11.0 Rasional Bagi Penubuhan Sekolah Bestari Seiring dengan penubuhan Malaysia menjurus kepada era teknologi dan pembangunan MSC, bidang pendidikan sememangnya menjadi tunggak kepada perubahan dan pembangunan itu. Oleh itu, terdapat beberapa rasional bagi penubuhan Sekolah Bestari, seperti : - Mewujudkan masyarakat pelajar saintifik dan progresif dengan bertumpukan teknologi maklumat. - Menyediakan tenaga teknokrat untuk perindustrian negara sebagai pekerja ilmu (knowledge worker). - Pengajaran pembelajaran berbantu teknologi di sekolah akan lebih menarik dan berkesan bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Teknologi membolehkan pelajar menikuti program berdasarkan minat dan keupayaan. -Meringankan beban guru dalam tugas pentadbiran seperti kerja-kerja perkeranian, pengurusan dan penilaian pelajar melalui penggunaan sistem pengurusan berbantu teknologi. Dengan ini guru boleh menumpukan lebih masa dan perhatian kepada pemupukan nilai pelajar.

16

Selain itu, inisiatif penubuhan sekolah bestari mempunyai enam tujuan utama . Dua daripada sasarannya adalah tertumpu kepada individu. Pertama menghargai pembangunan individu yang meliputi intelektual, fizikal, emosi dan domain spiritual. Kedua, meyediakan peluang kepada individu untuk membangunkan kekuatan dan kebolehan mereka. Matlamat ketiga adalah berhubung dengan keperluan sosial iaitu untuk menyediakan tenaga kerja yang berfikir berasaskan teknologi. Matlamat keempat dan kelima adalah disasarkan kepada Sistem Pendidikan, iaitu untuk mendemokrasikan pendidikan dengan setiap kanak-kanak mempunyai peluang yang sama untuk belajar, manakala matlamat keenam ialah meningkatkan penglibatan semua golongan seperti ibu bapa, ahli komuniti dan sektor swasta dalam proses pendidikan.

12.0 Ciri-ciri sekolah bestari Sekolah Bestari di malaysia mempunyai ciri-ciri yang berbeza daripada sekolah-sekolah yang sedia ada. Antaranya, sekolah bestari disalurkan melalui jaringan kawasan tempatan (LAN) untuk berkongsi maklumat melalui teleconferencing, pangkalan data dan mel elektronik. LAN menyediakan laluan elektronik untuk pelbagai jenis maklumat (suara, video, data dan teks). Jaringan ini membolehkan perkongsian maklumat antara pelajar, guru dan kemudahan fizikal. Ini menggalakkaan kerjasama antara guru dan pelajar bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, Sekolah Bestari juga dihubungkan melalui jaringan kawasan luas (WAN) ke sekolah lain, organisasi, daerah, negara dan dunia. Sekolah Bestari dihubungkan ke sekolah dan organisasi yang lain sama ada daerah , negeri, negara ataupun seluruh dunia. Beberapa media perhubungan dapat digunakan seperti satelit, siaran dan kabel televisyen, telefon dan gelombang mikro. Perhubungan ini menyediakan pelbagai kemudahan. Malah turut memberi peluang kepada pelajar menjalani pembelajaran jarak jauh. Dengan adanya video konferensi, pihak pentadbir dan guru tidak perlu meninggalkan sekolah bagi menghadiri mesyuarat peringkat daerah dan negeri. Perhubungan WAN pula dapat menyediakan pelbagai sumber secara online bagi membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dari rumah. 17

Sekolah Bestari dapat disesuaikan mengikut kehendak guru, pelajar dan pentadbir dengan adanya pelbagai perisian aplikasi. Persekitaran Sekolah Bestari dapat menampung keperluan setiap kumpulan utama iaitu pelajar, guru dan pentadbir. Sistem teknologi digunakan sebagai alat bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran serta pentadbiran di sekolah yang lebih cekap dan berkesan. Sekolah Bestari mengajar dengan memimpin pelajar belajar dengan cara bekerja. Mereka juga digalakkan menjadi lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri terutamanya dalam menentukan matlamat, memilih urutan kerja dan kaedah pengajaran yang disukai. Malah, mereka juga turut digalakkan memantau dan menilai kemajuan sendiri serta membuat keputusan dengan guru sama ada kerja-kerja pemulihan dan pengayaan perlu dibuat ataupun tidak. Pembelajaran Sekolah Bestari disesuaikan dengan keperluan individu. Mereka tidak hanya menerima pengetahuan secara pasif kerana ia berpusatkan pelajar atau studentcentered. Metode ini digunakan bagi menggalakkan mereka meniliti dan mengaitkan idea dan konsep yang dibawa daripada pengalaman di luar ataupun mata pelajaran lain. Tambahan pula, interaksi pelajar dan guru sama ada dalam kumpulan kecil ataupun individu masih menjadi sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, peranan guru diubah daripada seorang pemberi maklumat kepada fasilitator dalam proses pembelajaran. Oleh itu, peranan guru di dalam bilik darjah adalah sebagai penggalak pembelajaran di mana arah atau matlamatnya ditentukan oleh pelajar sendiri. Sebagai keperluan para pentadbir pula, penggunaan teknologi maklumat berfungsi sebagai alat yang dapat menyimpan data dan memudahkan pentadbir mendapatkan semula data yang banyak. Ia juga memudahkan pentadbir mendapatkan semula data yang banyak. Ia juga memudahkan kerja-kerja memproses dan menyampaikan hasil yang berkaitan untuk pentadbir membuat keputusan. Oleh itu, aplikasi multimedia sangat berguna kepada pentadbir bagi menyediakan laporan dan pembentangan.

13.0 Rasional projek Projek Sekolah Bestari berasaskan kepada keperluan negara dari segi pembangunan ekonomi dan masyarakat. Keperluan utama adalah melahirkan tenaga pekerja berilmu bagi menampung sektor industri di Malaysia yang dijangka akan mencapai status negara maju menjelang abad ke-21. Koridor Raya Multimedia (MSC) telah dibangunkan dengan negara Malaysia berhasrat 18

untuk menjadi pusat telekomunikasi yang berupaya membangunkan dan melaksanakan pemindahan teknologi dan seterusnya berkembang melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan tempatan. Seterusnya diharapkan dapat menghasilkan produk-produk inovatif yang boleh mendapat edaran luas di pasaran dunia. Sistem pendidikan kebangsaan haruslah dapat mengeluarkan lepasan sekolah yang berdaya fikir dan kreatif serta mampu menjana idea dan rekaan baru untuk membangunkan industri berasaskan produk dan perkhidmatan bernilai tambah. Kejayaan negara Jepun , misalnya dengan mengubahsuaikan teknologi yang dipinjam dari barat melalui cara inovatif dengan mengeluarkan produk pintar yang tidak difikirkan oleh pengeluar asalnya memberi inisiatif kepada Malaysia untuk mengikut. Mungkin dengan cara ini, Malaysia akan berjaya bersaing dengan negara maju yang lain supaya tidak ketinggalan dalan arus pembangunan dunia. Anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran di sekolahsekolah perlu dilakukan. Sebaliknya, budaya mementingkan peperiksaan perlu digantikan dengan budaya cintakan ilmu, kecenderungan membuat penyiastan, bersifat ingin tahu dan rajin meneroka bidang-bidang ilmu baru serta menghasilakn penemuan baru. Projek pelaksanaan sekolah bestari ini akan dapat merintis usaha ke arah pengajaran dan pembelajaran bestari yang perlu dimulakan segera bagi memenuhi hasrat di atas. Projek ini akan menumpukan kepada pelaksanaan pendidikan bestari di sekolah yang tidak terpilih dalam sampel sekolah bestari Kementerian Pendidikan. Pelaksanaan projek ini diharapkan akan menjadi contoh yang boleh diikuti oleh sekolah-sekolah bukan sampel yang lain untuk memulakan program pendidikan bestari masing-masing.

14.0 Isu Sekolah Bestari Bagi menentukan keberkesanan dan kejayaan Kementerian Pelajaran Malaysia , polisi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang bertulis perlu supaya dapat membimbing guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun begitu, tidak ramai guru dan staf sekolah yang tahu, faham dan menyokong prinsip-prinsip polisi ini. Malah, sehingga kini, guru-guru yang mengajar di Sekolah Bestari masih belum memahami dengan sebaiknya konsep sebenar sekolah bestari. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia perlu menyebarkan risalah ataupun surat pekeliling yang lebih khusus ke seluruh sekolah di Malaysia.

19

Tindakan ini adalah langkah yang baik bagi menyatakan hala tuju sebenar penubuhan sekolah bestari dan perkara yang perlu dilaksanakan oleh pentadbiran sekolah dan pihak atasan iaitu pegawai pendidikan. Bukan itu sahaja, sebaik-baiknya, Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan bengkel atau seminar yang menerangkan tujuan penubuhan sekolah bestari ini kepada guru-guru dan juga kakitangan sekolah. Dalam pelaksanaan sekolah bestari ini, wujud kelemahan di mana tidak semua pelajar mempunyai komputer di rumah. Kekurangan ini menyebabkan ramai pelajar ketinggalan. Malah, tidak semua pelajar mampu mengaplikasikan ilmu ICT yang dipelajari. Peluang yang diberikan kepada pelajar perlu digunakan semaksimum mungkin kerana mereka berpeluang membangunkan dan menyesuaikan kebolehan ICT di luar waktu persekolahan. Namun, tidak semua pihak sekolah membenarkan pelajar berbuat demikian. Masalah ini timbul kerana pentadbir mempunyai persepsi bahawa pelajar yang tidak mampu menggunakan akan merosakkan kemudahan ICT yang dibekalkan di sekolah. Tindakan ini menyalahi polisi dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang termaktub bagi mewujudkan pelajar yang seimbang dan mampu menguruskan kehidupan selepas menamatkan pengajian. Pelaksanaan projek sekolah bestari memerlukan pembiayaan kewangan yang tinggi bagi membolehkan sekolah dibina dengan kemudahan infrastruktur media, kemudahan sekolah serta latihan kepada guru-guru. Bukan itu sahaja, dengan melaksanakan sekolah bestari, masa pembelajaran pelajar menjadi lebih lama berbanding pengajaran secara tradisional. Konsep sekolah bestari ini agak menyukarkan guru menyelaraskannya dengan tuntutan sukatan pelajaran dan peperiksaan. Akibatnya, sebahagian guru mengambil masa pendidikan jasmani untuk mengajar mata pelajaran lain yang lebih penting. Malah ada juga guru yang menukar kaedah pengajaran mereka kepada format lama kerana sudah ketinggalan jauh (Sharifah Md. Nor, 2002). Masalah menyelenggarakan teknologi maklumat ada kalanya menjejaskan proses pengajaran dan pembelajran. Ini berlaku kerana ada sebahagian sekolah bestari yang hanya mempunyai seorang guru IT ataupun tidak mempunyai guru ynag mengkhusus dalam bidang IT. Kos penyelenggaraan yang tinggi menimbulkan masalah kepada guru dan pihak sekolah kerana masalah ini melibatkan wang, tenaga dan masa.

20

Sebenarnya, pembinaan dan pelaksanaan sekolah bestari bertujuan mencapai hasrat dan mempercepatkan pencapaian wawasan 2020. Melalui pelaksanan ini, kerajaan Malaysia mengharapakan lahirnya tenaga kerja yang pakar dalam teknologi, masyarakat yang mempunyai kualiti hidup yang tinggi serta seimbang dari segi jasmani.\, emosi, rohani dan intelek. Selain itu, kerajaan mahu melahirkan rakyat yang hidup dalam peerpaduan tanpa berpecah belah seperti negara serantau lain.

15.0 Faedah Penubuhan Sekolah Bestari Antara faedah yang dapat diperolehi melalui penubuhan sekolah bestari ini ialah dapat membantu guru dalam meningkatkan kualiti dalam pentadbiran seperti membuat rekod pengajaran seharian. Ia juga dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru, contohnya guru boleh membina blog untuk membantu proses pengajaran. Seterusnya, guru dan pelajar juga boleh berdiskusi dalam jarak jauh. Contohnya, melalui sesi soal jawab dalam menyelesaikan masalah dengan pelajarnya. Kebaikan bagi pelajar pula, mereka boleh menggunakan komputer dengan sebaik mungkin dan membuat tugasan dengan menggunakan program yang terdapat di dalam komputer. Pelajar juga boleh mencari maklumat tentang sesuatu subjek, contohnya mencari gambar tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada zaman perang dunia kedua. Ini dapat membantu pelajar memahami peristiwa itu. Pelajar juga boleh meningkatkan kemahiran menggunakan komputer. Dengan adanya internet, pelajar boleh memuat turun nota-nota atau tugasan yang diberikan oleh guru untuk subjek itu. Contohnya melalui e-learning. Penggunaan ICT juga dapat merangsang minat pelajar untuk belajar.

21

16.0 Kesimpulan Kesimpulannya, Sekolah Bestari akan membantu negara melonjak ke zaman maklumat dengan membekalkan pendidikan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan masa depan negara. Perkembangan Sekolah Bestari juga telah menjadi satu aliran dalam perkembangan pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Sekolah Bestari ini merupakan sekolah yang dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan berpengetahuan serta dijangka dapat bersaing apabila menghadapi wawasan 2020. Pelaksanaan Sekolah Bestari ini penting kepada negara Malaysia seiring dengan hasrat menjayakan pemindahan teknologi di Multimedia Super Corridor (MSC) serta menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan bertaraf dunia. Selain itu, pelaksanaan Sekolah Bestari ini diharapkan dapat menjadikan Malaysia sebagai pusat perhubungan dan telekomunikasi antarabangsa dan model kecemerlangan pendidikan serantau. Kejayaan dalam melaksanakan Sekolah Bestari ini sebenarnya bergantung kepada beberapa perkara seperti komitmen sekolah dalam membuat anjakan paradigma dalam budaya dan proses kerja kini, sokongan daripada pelbagai pihak seperti ibu bapa pelajar, polisi atau dasar, norma dan panduan yang sesuai bagi menyokong sekolah. Amalan-amalan pentadbiran yang cekap dan berkesan di setiap sekolah, agihan teknologi maklumat (IT) yang mencukupi juga membolehkan Sekolah Bestari berfungsi dengan baik.

22

23

Related Documents

Sekolah Bestari
July 2020 28
Sekolah Bestari
June 2020 28
Sekolah Bestari
June 2020 24
Sekolah Bestari
May 2020 30
Sekolah Bestari
October 2019 38
Sekolah Bestari
June 2020 22