Bestari

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bestari as PDF for free.

More details

  • Words: 1,494
  • Pages: 7
PENGENALAN Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.

KONSEP PEMBESTARIAN Teachers will need to change their role in the electronic classroom from being information providers to counselors to help students develop know how and judgment to select information sources. Key to success in the Information Age will be making the right judgements between an awesome array of choices We are examining our education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuing education throughout their lives Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor 1 August 1996

The smart school program will be re-modelled and its implementation fast-tracked to enable more schools to benefit, at lower cost to the government. Smart schools will have access to the Internet through the SchoolNet program, which is already at an advanced stage of implementation. Advanced teaching and learning materials developed through the Smart School Pilot program will be utilised for teaching, while the Smart School Management System will be used to improve administration processes. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Launch of The Multimedia Super Corridor (M.S.C.) Next Leap, 3 July 2004

Pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolahsekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan moden mengikut arus pembangunan semasa. Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005

PAKAH PEMBESTARIAN SEKOLAH?

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengugunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengapliksikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Skeolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced). SKOP PEMBESTARIAN SEKOLAH

Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan (leverage) kepada semua inisistif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi Pengurusan, Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan Sumber Manusia. Fokus Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua sekolah akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan; • • •

Menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi Menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap Memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf sekongan

Pembestarian Sekolah akan menfaatkan tiga (3) elemen utama iaitu yang telah dilaksanakan ke sekolah-sekolah melalui projek-projek Kementerian seperti berikut; • • • • • • •

Projek makmal Komputer Sekolah Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Rangkaian SchoolNet Rancangan TV pendidikan Projek Rintis Sekolah Bestari ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran yang Berasaskan ICT

• • •

Perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta Latihan ICT Guru Pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah

Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut keutamaan dan keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah. DASAR DAN MATLAMAT Dasar Pembestarian semua sekolah merangkumi dasar ICT iaitu; • • •

ICT untuk semua pelajar ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai mata pelajaran dan komponen mata pelajaran ICT digunakan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan

Matlamat Pembestarian Sekolah ialah untuk mengoptimumkan potensi murid di semua sekolah Malaysia dengan menggunakan ICT sebagai pengupaya kepada pengajaran dan pembelajaran. STATUS SEMASA DAN CABARAN

1. Sekolah Bestari secara ringkas boleh didefinisikan sebagai suatu sistem pendidikan yang mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar dengan menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari. Pendekatan ini tidak hanya terhad dalam kurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah juga dalam bidang pengurusan sekolah. Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibestarikan agar pengurus sekolah dapat menguruskan perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih efektif. 2 Walau bagaimanapun, dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari diseluruh negara, KPM kemudiannya telah mengambil langkah bijak dan kos efektif dengan memperkenalkan Program Pembestarian Sekolah. Ini memandangkan untuk membekalkan infrastruktur teknologi penuh sebuah Sekolah Bestari, Kerajaan perlu membelanjakan sebanyak RM1.8 juta, manakala untuk membekalkan infrastruktur teknologi makmal komputer, kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak RM642,000 bagi sebuah sekolah. Oleh itu, alternatif yang terbaik adalah dengan cara membestarikan sekolah sedia ada yang hanya memerlukan peruntukan yang jauh lebih rendah untuk setiap buah sekolah.

3. Program Pembestarian Sekolah memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari pada semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Komponen utama pembestarian sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian sekolah dapat melatih guru dan pelajar berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan pelajar yang mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced). 4. Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira (leveraging) semua inisiatif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware, software dan wetware. Untuk itu, KPM telah pun membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan ICT seperti komputer, pencetak, server, projektor dan rangkaian. Statistik sehingga April 2005 menunjukkan sebanyak 4500 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara telah dilengkapi dengan makmal komputer, sementara 8120 buah sekolah telah dirangkaikan dengan capaian internet berjalur lebar melalui rangkaian SchoolNet. 5. Pelbagai perisian kursus telah dibangunkan, baik oleh pihak KPM mahu pun dengan kerjasama pihak swasta. Perisian kursus untuk kegunaan Sekolah Bestari yang melibatkan empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik telah dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta. Selain daripada menghasilkan perisian kursus untuk digunakan oleh guru dan pelajar dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). 6. Pembestarian sekolah melibatkan pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan dengan penggunaan aplikasi Smart School Management System (SSMS), Educational Management Information System (EMIS) dapat m,embantu memperkemaskan pengaliran dan perkongsian maklumat di peringkat sekolah, jabatan dan kementerian. 7. Latihan kemahiran ICT kepada individu yang terlibat sentiasa diadakan dari semasa ke semasa. Pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan personel di pelbagai peringkat Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Bahagian-bahagian di KPM turut dibimbing dan dilatih menggunakan segala kemudahan ICT yang disediakan FOKUS PEMBESTARIAN SEKOLAH Fokus pembestarian sekolah dalam tempuh pelan tindakan ini ialah bagi memastikan semua sekolah akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan; • • • •

Menyediakan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi (hardware) Menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap (software) Memberi latihan berterusan kepada semua guru, pentadbir dan staf sokongan (wetware) Memastikan wujudnya sistem penyelenggaraan

STRATEGI PELAKSANAAN Menyediakan hardware yang lengkap dengan mengambil kira inisiatif sedia ada seperti; • • • • •

Sekolah Bestari Makmal Komputer SchoolNet PPSMI TV Pendidikan

Melengkapkan perisian dan bahan-bahan digital seperti; • • • •

perisian sistem dan aplikasi perisian kursus sekolah bestari perisian kursus PPSMI Program TV Pendidikan

Memberi bimbingan dan latihan; • • • •

Asas Penggunaan Komputer Penggunaan Kompuiter untuk Pengajaran dan Pembelajaran Penggunaan Perisian Kursus Penggunaan TV Pendidikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran

SCHOOLNET Projek SchoolNet • •

Projek SchoolNet melibatkan penyediaan capaian Internet jalur lebar untuk 10,000 buah sekolah di seluruh negara. Prasarana SchoolNet menyediakan kemudahan belajar tanpa sempadan yang melangkaui bilik darjah biasa.

Mengapa SchoolNet diwujudkan? • • • •

Menyediakan infrastruktur komunikasi bagi melaksanakan program sekolah bestari di semua sekolah-sekolah di Malaysia. Merapatkan jurang digital di antara pelajar-pelajar sekolah di bandar dan luar bandar. Memoden dan mempertingkat keberkesanan sistem pendidikan negara. Mewujudkan suasana pendidikan interaktif.

Wawasan SchoolNet • •

Mewujudkan masyarakat berilmu bagi merealisasikan k-ekonomi. Mewujudkan masyarakat yang celik IT.



Membentuk tenaga kerja mahir sejajar dengan matlamat Wawasan 2020.

Tanggungjawab Menjalankan Projek SchoolNet • •

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK). Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Bagaimana Projek SchoolNet Dibangunkan? Bagi mempastikan kesemua 10,000 buah sekolah di Malaysia menikmati Projek SchoolNet dengan kelajuan 1Mbps “downlink” dan 128Kbps “uplink”, tiga (3) jenis teknologi digunakan:•

• •

Talian Langganan Digital Asimetrik (ADSL) iaitu teknologi memancarkan maklumat digital dengan menggunakan talian telefon (copper) untuk kawasan Bandar. Wayarles iaitu teknologi memancarkan isyarat digital melalui gelombang udara untuk kawasan terpencil. Terminal Bukaan Amat Kecil (VSAT) iaitu teknologi pemancaran dan penerimaan isyarat digital melalui satelit dan stesen bumi untuk kawasan luar Bandar.

Sebarang laporan kerosakan oleh pihak sekolah mengenai Projek SchoolNet hendaklah dirujuk kepada Pusat Panggilan berikut :1-300-88-2888 dan emel [email protected]

Related Documents

Bestari
November 2019 26
Sekolah Bestari
July 2020 28
Sekolah Bestari
June 2020 28
Sekolah Bestari
June 2020 24
Jkuasa Bestari
May 2020 10
Dakapan Bestari
December 2019 20