Sekolah Bestari

  • Uploaded by: NorZaliliwatiZainol
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sekolah Bestari as PDF for free.

More details

  • Words: 2,742
  • Pages: 8
Sekolah Bestari Projek Rintis Sekolah Bestari sebelum ini dilaksanakan oleh Telekom Smart School Sdn Bhd (TSS). TSS ditubuhkan pada Jun 1999 untuk menerajui Projek Sekolah Bestari Koridor Raya Multimedia, MSC. Dua aspek penting yang perlu ada bagi sesebuah sekolah yang akan dinaik taraf menjadi Sekolah Bestari ialah kemudahan infrastruktur IT dan latihan guru. Sehingga 31 Januari 2003, terdapat 7,498 buah sekolah rendah dan 1,881 buah sekolah menengah di seluruh negara menjadikan jumlah keseluruhan sekolah di negara ini ialah 9,379. Dalam jumlah itu, bilangan Sekolah Bestari ialah 387 iaitu 87 yang sedia ada dan 300 buah lagi yang bakal diwujudkan. Mengikut perancangan sebanyak 100 buah Sekolah Bestari pada tahun 2004 manakala 200 pada 2005. (Utusan Pendidikan, 11 November 2003). ‘Sekolah Bestari baru yang bakal diwujudkan menjelang tahun 2005 dijangka akan menampilkan ciri-ciri pendidikan bestari terbaik, lebih dan terkini…tidak semestinya kita akan menggunakan konsep Sekolah Bestari yang sama seperti yang digunakan sebelum ini….(Utusan Pendidikan, 11 November 2003, Chang Foong Mae) ‘…perancangan yang lebih terancang dan sistematik dibuat untuk mencapai sasaran satu komputer bagi setiap 10 orang pelajar di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menjelang pertengahan tempoh pembangunan ini dan seterusnya dipertingkatkan lagi selepas itu kepada satu komputer bagi setiap lima pelajar…’ memetik kata-kata ucapan YB Tan Sri Musa bin Mohamad, Menteri Pendidikan Malaysia semasa perasmian Seminar pembangunan Pendidikan 2001-2010. Strategi yang disepadukan dalam konteks Sekolah Bestari ialah: 1. menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran literasi teknologi 2. melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran berfikiran secara kreatif dan kritis (KBKK) 3. berdikari dan tidak berorientasikan peperiksaan 4. menyokong pembangunan induvidu secara menyeluruh 5. menyediakan peluang untuk meningkatkan potensi dan kebolehan setiap induvidu 6. meningkat penglibatan ‘stakeholders’ 7. pendidikan bersifat demokrasi

PENGENALAN Definasi ‘e-learning’ atau electonic learning ini seringkali berubah-ubah selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini. Ia juga seringkali di salah tafsikan dalam iklan-iklan promosi pendidikan. Secara umumnya, ‘e-learning’ adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN,WAN atau internet) untuk menyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Internet, Intranet, satelit, tape audio/ video, TV interaktif dan CD ROM adalah sebahagian media elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini. Pengajaran boleh dijalankan secara ‘synchronously’ (pada waktu yang sama) atau ‘asynchronously’ (pada waktu yang berbeza). Bahan pengajaran dan pembelajaran boleh disampaikan melalui media ini mempunyai ciri-ciri multimedia seperti teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video. Ia juga harus menyediakan kemudahan untuk ‘discussion group’ serta membolehkan bimbingan dijalankan dalam talian ‘on line’ (Learnframe, 2001)

PERKEMBANGAN ‘E-LEARNING ‘ DI MALAYSIA Perkembangan ‘e-learning’ di Malaysia masih baru jika dibandingkan dengan negara-negara barat dan Singapura. Di Malaysia ianya terarah kepada pembelajaran jarak jauh dan ‘on-line’ yang kebanyakannya ditawarkan di peringkat universiti serta kolej swasta yang mempunyai usahasama dengan universiti luar negara dimana yuran yang dikenakan agak mahal dan tinggi. Di Singapura, ‘e-learning’ sudah berkembang dalam bentuk idea membangun ‘on line repository’ yang membantu industri pendidikan di negara tersebut untuk membentuk kursus-kursus ‘e-learning’ yang baru atau ‘new learning parts’ yang memungkinkan kerja-kerja pengeditan secara segera dan on-line. Menurut Prof. Denial Tan dari NTU Singapura, 2003. Beliau menyatakan bahawa: ‘There’s a lot in common among the tertiary instituions as far as education content is concerned. The content can be broken down into common learning objects which may be an equation, an image, a diagram or full lesson and then recompiled into newlesson or course. This possible only if the educational material has been digitised and made available in digital libraries. This way, educational bodies will be able t access them to create new learning parts which can be edited on the fly to keep them updated’. Kita ketahui bahawa agenda IT Kebangsaan (NITA) telah dilancarkan pada Disember 1996 oleh ‘National IT Council (NITC) yang dipengerusikan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia. NITA memberikan garis panduan bagaimana teknologi maklumat dan komunikasi, ICT dapat digunakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju selaraskan dengan Wawasan 2020 (NITC, 2001). Salah satu inisiatif awal NITC adalah untuk wujudkan Koridor Raya Mltimedia, MSC bagi mencapai NITA. Strategi yang telah dirancangkan oleh NITC ialah ‘e-community, ‘e-public services’, ‘elearning’, ‘e-economy’, dan ‘e-sovereignty’. Kementerian Pendidikan Malaysia dan sektor swasta seperti MIMOS dan Kumpulan Utusan telah dipertanggungjawapkan untuk menjayakan agenda ‘elearning’ kebangsaan. Memetik ucapan YB Tan Sri Musa bin Mohamad, Menteri Pendidikan Malaysia semasa perasmian Seminar Pembangunan Pendidikan 20012010 iaitu: ‘….kepesatan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, pembangunan pendidikan yang dirancangkan ini turut mengambilkira pembudayaan dan penguasaan ICT di kalangan pelajar di negara ini…usaha ini juga untuk merapatkan jurang digital terutamanya menyediakan kemudahan komunikasi melalui internet ke sekolah-sekolah di kawasan luar bandar.. Ia melibatkan perubahan dasar utama pendidikan negara bagi menjana pengeluaran sumber tenaga manusia menjadi negara maju berasaskan sains dan teknologi tanpa mengabaikan kepentingan pembangunan aspek rohani, jasmani damn emosi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk melahirkan warganegara yang progresif, dinamik, patriotik dan bersatu padu.….’

PERBEZAAN ANTARA PEMBELAJARAN TRADISIONAL DAN ‘E-LEARNING’ Di dalam kelas tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru. Guru dianggap sebagai orang yang serba tahu untuk menyalurkan ilmu pengetahuan kepada pelajarnya. Terpulang kepada guru sama ada menggunakan ‘konsep suap’, ‘tipu sunat’ atau pelbagai teori yang telah dipelajari dahulu seperti behaviourisme, kontruktivitisme dan teori kecerdasan pelbagai. Modul pengajaran hanya bergantung kepada buku teks dan pengetahuan pelajar terbatas setakat kandungan dalam buku teks sahaja. Selain itu, sekiranya pelajar tidak faham di dalam kelas dan malu bertanya maka pelajar tersebut akan kekal tidak memahami isi pelajaran yang diajar. Perhatian guru kurang dapat diberikan secara induvidu kerana bilangan pelajar yang ramai di dalam kelas. Jika kelas dipecahkan, bilangan guru perlu ditambah. Penyampaian isi pelajaran bergantung kepada guru untuk mewujudkan persekitaran belajar yang menarik dan menyeronokkn. Pengajaran & pembelajaran hanya dijalankan secara formal iaitu di dalam bilik darjah. Di dalam pembelajaran ‘e-learning’ fokus utamanya adalah pelajar. Suasana pembelajaran ‘e-learning’ akan memaksa pelajar menjadi berdikari dan lebih aktif dalam pembelajarannya kerana perancangan pelajaran dilakukan oleh pelajar itu sendiri. Pelajar membuat perancangan dan mencari maklumat dengan daya usaha dan inisiatif sendiri. Pencarian maklumat tidak terbatas dan terkini kerana bahan pengajaran boleh dipilih sendiri oleh pelajar sama ada dirasakan sesuai atau tidak. Pelajar tidak perlu rasa malu untuk mengulangi tajuk pembelajaran yang sama untuk mencapai tahap kepuasan pemahaman mereka sebelum beralih ke tajuk pelajaran yang lain. Selain itu, masa lebih fleksibel dan kurang tekanan kerana ianya boleh dilakukan di mana sahaja asalkan ada kemudahan komputer dan internet. APLIKASI ‘E-LEARNING ‘ DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI MALAYSIA Kenapa ‘ e-learning’ perlu digunakan di sekolah-sekolah di Malaysia? ‘E-learning’ membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan. Bahan pengajaran dan pembelajaran ‘e-learning’ yang dirancang, disediakan secara profesional dan baik. Mengunakan ciri-ciri multimedia untuk menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan menarik. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta mengikut kesesuaian mereka. Pelajar tidak perlu rasa malu untuk bertanya dan berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman mereka tercapai. Pertanyaan juga boleh dibuat dalam talian. Perbincangan kumpulan yang lebih terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan menggunakan teknologi yang sedia ada. ‘ E-learning’ yang diuruskan dengan baik dapat menyimpan rekod pembelajaran yang berkesan dan sistematik untuk rujukan pelajar, guru, mentor atau fasilitator. ‘Segelintir pelajar-pelajar sekolah di Malaysia sudah mula menggunakan internet sebagai sumber maklumat yang penting.Mereka juga sudah didedahkan kepada bahan

‘e-learning’ yang ada di pasaran tempatan. Ada juga pelajar yang sudah mula mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh mereka melalui rakan sebaya di dalam ‘chat groups’ atau ‘buletin boards’. (Alam Pendidikan Bulletin Board, 2001: Tan,) Penggunaaan sumber ICT yang terancang, menarik dan isi pelajaran yang berkesan akan menghasilkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri yang berikut: 1. pelajar yang lebih bertanggungjawap terhadap pelajarannya 2. pelajar yang boleh menentukan keperluan bahan untuk pembelajarannya 1. pelajar yang bebas melakukan carian maklumat mengikut keperluan, tahap pencapaian dan pengetahuan 2. pelajar yang dapat membina pengetahuan baru berasaskan kepada carian maklumat, komunikasi dua hala dan penemuan kendiri. Dengan ciri-ciri menarik yang ada pada ‘e-learning’ serta minat pelajar terhadap fungsifungsi di dalam internet, maka sudah tiba masanya ianya digunakan dengan meluas bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula kejayaan agenda’e-learning’ kebangsaan (NITA) banyak bergantung kepada perlaksanaan ICT di sekolah. Jika pelajar dapat dibimbing untuk menggunakan ‘e-learning’ dengan cara berfaedah maka ianya akan dapat membantu mengurangkan penggunaan elemen negatif yang lain. Strategi Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran ‘E-Learning’ Empat model dicadangkan untuk perlaksanaan ‘e-learning’ di sekolah-sekolah di Malaysia. Sila rujuk di Lampiran 1. Setiap model yang dicadangkan di bawah mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Pemilihan begantung kepada infrastruktur telekomunikasi dan perkakasan yang sedia ada di sekolah. Modelmodel tersebut ialah: 1. Selective Model Jika bilangan komputer sangat terhad, jika bahan ‘e-learning’ yang berkualiti , ia dapat ditunjukkan kepada pelajar sebagai bahan demontrasi sahaja. . Jika ada beberapa komputer , pelajar diberi peluang untuk mendapat sedikit pengalaman ‘hands-on’. 2. Sequential Model Jika bilangan komputer sedikit. Pelajar dalam kumpulan kecil bergerak dari satu set sumber maklumat ke sumber yang lain. Bahan ‘e-learning’ digunakan sebagai bahan rujukan atau dapatkan maklumat baru. Jika ada beberapa komputer , pelajar diberi peluang untuk mendapat pengalaman ‘hands-on’. 3. Static Station Model Jika bilangan komputer sedikit. Guru mempunyai beberapa sumber berbeza untuk mencapai objektif pengajaran yang sama. Bahan ‘e-learning’ digunakan oleh beberapa kumpulan pelajar manakala pelajar lain menggunakan sumber lain untuk capai objektif pelajaran yang sama.

TAJUK:SEBALIK TABIR SEKOLAH WAWASAN Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 merupakan titik hitam dalam sejarah negara. Walaupun kejadian itu sudah lama berlaku, tidak mustahil ia berulang kembali jika kita gagal memanfaatkan masa dan zaman yang sedang diharungi. Jurang ekonomi antara kaum di Malaysia ketika itu membawa kepada rentetan rusuhan kaum yang menular begitu cepat ke seluruh tanah air. Berlaku penguasaan sumber ekonomi oleh sesetengah kaum hingga menerbitkan rasa tidak puas hati yang ketara di kalangan kaum lain. Akibatnya berlakulah rusuhan kaum yang boleh disifatkan sebagai luahan perasaan penduduk Malaysia pada waktu itu. Malaysia mengalami kekacauan yang sungguh mengaibkan. Lantaran peristiwa itu, pemimpin negara diketuk minda mereka untuk memulihkan semula hubungan antara kaum di negara ini. Kesinambungan usaha itu berlanjutan sehinggalah ke dekat baru ini. Cadangan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, untuk membentuk sistem persekolahan yang lebih bersifat kolektif dan berciri keharmonian kaum dianggap langkah bijak. Sebagai negara yang kian pesat membangun, sudah pasti Malaysia akan mengalami perubahan dalam aspek keperluan negara, khususnya dalam bidang politik, sosial, dan ekonomi. Namun keutuhan Malaysia mengekalkan konsep pemajmukan kaum, jika tidak diimbangi dengan betul, ia akan mewujudkan satu lagi pertentangan kaum. Dalam membicarakan mengenai perpaduan yang lahir dan terbina melalui satu jalinan sistem pendidikan yang berwajah baru, kita perlu melihat di sebalik tabir bagi tujuan pemprosesan wacana Sekolah Wawasan. Hari ini, masih wujud sekolah bersifat perkauman. Masih ada sekolah yang dikhaskan untuk kaum Cina dan India. Bagaimana jika sekolah sebegini masih wujud untuk tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang? Adakah sistem pendidikan sedemikian mampu menjamin perpaduan antara kaum di Malaysia tetap kukuh? Sekolah Wawasan yang dicernakan oleh Perdana Menteri mampu menjadi pemangkin dalam merealisasikan impian Wawasan 2020. Untuk menuju ke matlamat itu, Malaysia perlu bersedia menyediakan elemen manusia yang jauh daripada virus perosak. Bukan mudah bagi negara memastikan ia sentiasa berada dalam kawalan. Pembentukan sistem persekolahan sedemikian adalah veribal kepada pemusatan etnik berjiwa Malaysia. Ini kerana dalam sistem itu bukan saja bangsa Melayu yang akan bersekolah di sekolah berkenaan tetapi akan turut terhimpun pelbagai ras dan agama. Lantaran pertemuan itu, satu wadah pendidikan akan mewujudkan pertembungan budaya dan bangsa. Menurut konsep yang diluluskan itu, sekolah Wawasan merujuk kepada pengelompokan Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah rendah jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan tamil dalam satu kawasan yang sama.

DASAR PENDIDIKAN NEGARA Falsafah Pendidikan Kebangsaan menitikberatkan keharmonian dalam proses penimbaan ilmu. Justeru, langkah bijak itu dianggap sebagai persediaan Malaysia menempuh alaf mendatang, yang sudah pasti lebih mencabar, menuntut ketahanan mental, dan keharmonian manusia yang hidup ketika itu. Tuduhan bahaawa penubuhan Sekolah Wawasan akan melenyapkan identiti sekolah-sekolah vernakular atau jenis kebangsaan, bukan sahaja tidak wajar, malah bertentangan dengan dasar yang telah dipersetujui dalam sistem pendidikan kebangsaan. Akta Pendidikan 1996(Akta 550) dengan jelas memperakukan kewujudan sekolah-sekolah jenis kebangsaan ini sebagai “sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid dari umur enam tahun, menggunakan bahas Cina atau tamil sebagai bahasa pengantar utama, dan menjadikan bahasa kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib”. Dengan adanya perakuan ini, maka tindakan mana-mana pihak yang dengan sengaja, berdasarkan niat tertentu, melenyapkan kewujudan mana-mana sekolah jenis kebangsaan , adalah suatu perlanggran undang-undang. Sebagai jaminan tambahan kepada pengekal identiti sekolah-sekolah jenis kebangsaan, Seksyen 62 Akta Pendidikan 1996 menetapkan supaya Lembaga Pengurus atau Lembaga Pengelola sekolah-sekolah ini tidak dibubarkan, manakala Seksyen 28 memperuntukan kuasa kepada menteri untuk menubuhkan dan meyelengara sekolah-sekolah tersebut. Dengan adanya jaminan undang-undang seperti yang dinyatakan bahawa tuduhan berkaitan penubuhan Sekolah Wawasan itu sengaja dibuat untuk menimbulkan prasangka perkauman dan pertelingkahan politik tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Malah ada yang berpendapat bahawa pelbagai tuduhan itu sengaja dibuat sebagai menunjukkan ketidakpercayaan oleh pihak-pihak tertentu kepada kewibawaan dan keikhlasan kerajaan. “ Dasar Pendidikan akan dikekalkan dan buat masa ini Sekolah Wawasan ini hanyalah sebagai suatu usaha atau komplimentari kepada sistem pendidikan yang sudah wujud dan dalam satu sistem yang berjalan dengan baik. Saya tidak nampak mengapa sesuatu yang baik itu perlu ditentang . jelas sekali pelaksanaan Sekolah Wawasan tidak akan menjejaskan mana-mana pihak…….” - Dato’ Mahadzir Mohd Khir LANGKAH MENJAYAKAN INTEGRASI KAUM Konsep Sekolah Wawasan yang diluluskan oleh kabinet pada tahun1997 adalah menggabungkan tiga sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks yang mana pelajarnya berkongsi menggunakan kemudahan seperti padang dan kantin bagi membolehkan mereka berinteraksi serta berkomunikasi di antara satu sama lain. Matlamat Sekolah Wawasan ini adalah untuk memperkukuhkan hubungan dan perpaduan pelbagai kaum di kalangan para pelajar aliran Sekolah Rendah Kebangsaan dengan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil. Bagaimanapun pelaksanaan konsep Sekolah Wawasan ini telah ditentang oleh pertubuhan yang mewakili masyarakat Cina kerana bimbang sekiranya kewujudan sekolah tersebut akan menjejaskan pentadbiran SRJK Cina dan penggunaan bahasa ibunda di kalangan pelajar daripada aliran berkenaan. Secara tidak langsung hal ini akan menggangu, membantut dan menjejaskan perkembangan serta kewujudan SRJK.

Justeru, sebuah badan bertindak yang dikatakan mendapat sokongan lebih dua ribu buah pertubuhan Cina iaitu rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina malaysia (Suqiu) telah membuat desakan kepada pihak kerajaan supaya membatalkan rancangan Sekolah Wawasan di dalam Tuntutan 17 perkaranya. Manakala parti MCA dan Gerakan pula meminta supaya pihak Kementerian Pendidikan memberikan penjelasan kepada masyarakat cina berhubung kekeliruan dan kebimbangan yang timbul mengenai perlaksanaan konsep Sekolah Wawasan. Kebimbangan yang disuarakan oleh masyarakat Cina bahawa SRJK akan terhapus dan hilang segala ciri-ciri serta identitinya sebenarnya tidak berasas kerana setiap aliran yang bergabung di dalam Sekolah Wawasan ini masih lagi megekalkan sistem pembelajaran serta kurikulum sedia ada. Dengan kata lain SRJK Cina , Tamil, dan Kebangsaan akan terus berada di dalam keadaannya yang asal. Jadi , penempatan penempatan ketiga-tiga aliran ini di dalam satu kawasan yang sama tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu usaha untuk menghapuskan SRJK. Apa yang lebih pentig di sini, penempatan ketiga-tiga aliran sekolah ini dapat dijadikan landasan terbaik untuk mewujudkan integrasi kaum pada peringkat primer lagi. Bak kata pepatah , kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitu juga dengan integrasi kaum dan asimilasi budaya hanya dapat dicapai seandainya usaha memupuk hubungan serta perpaduan kaum itu dimulakan di kalangan pelajar-pe;ajar sekolah rendah dengan membiarkan mereka bergaul, berinteraksi dan bermain bersama-sama. Proses integrasi dan asimilasi seharusnya dibiarkan berlaku secara evolusi serta semulajadi. Sebarang percubaan untuk mewujudkan integrasi dan asimilasi secara paksaan pasti akan menemui kegagalan. Oleh itu konsep Sekolah wawasan merupakan suatu kaedah terbaik bagi merealisasikan integrasi nasional dan menghapuskan tembok pemisah serta mengurangkan jurang yang wujud di antara pelbagai kaum di negara kita. Penempatan SRJK mengikut tempatnya menjadi punca polarisasi kaum di negara ini. Pihak penjajah Inggeris wajar dipersalahkan dalam soal ini kerana merekalah yang bertanggungjawab membuat penempatan yang sedemikian rupa melalui dasar “pecah dan perintah” yang dilaksanakannya. Menerusi perlaksanaan konsep Sekolah Wawasan ini, kita berharap interaksi secara “face to face” yang berlaku di kalangan pelajar dari pelbagai aliran ini dapat menjadi perintis ke arah melahirkan sebuah bangsa Malaysia dalam erti kata yang sebenarnya. Masyarakat Cina dan India tidak seharusnya berasa takut dengan perlaksanaan Sekolah Wawasan ini kerana hal ini tidak menjejaskan penggunaan dan penguasaan bahasa ibunda para pelajar SRJK. Ketegangan hubungan kaum dan masalah yang berkaitan dengan etnik di negara kita sebenarnya berpunca daripada sikap prejudis serta perasaan curiga lantaran kurangnya interaksi dan hubungan yang terjalin di antara mereka. Sebarang usaha ke arah integrasi nasional dan perpaduan kaum tidak boleh dilihat sebagai percubaan untuk membunuh atau menghapuskan budaya, bangsa, dan identiti sesuatu kaum. Dalam hal ini ssemua pihak harus meletakkan kepentingan nasional dan negara pada kedudukan yang paling utama daripada kepentingan peribadi atau kaum masingmasing. Ini dapat dilakukan dengan memberikan sokongan dan dukungan kepada usaha-usaha yang dapat memupuk dan mengukuhkan hubungan kaum yang terdapat di negara kita.

Related Documents

Sekolah Bestari
July 2020 28
Sekolah Bestari
June 2020 28
Sekolah Bestari
June 2020 24
Sekolah Bestari
May 2020 30
Sekolah Bestari
October 2019 38
Sekolah Bestari
June 2020 22

More Documents from ""

Sekolah Bestari
July 2020 28