Cerpen

  • Uploaded by: Amrie
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Cerpen as PDF for free.

More details

  • Words: 514
  • Pages: 4
CERPEN : RAHSIA SINOPSIS Amar menceritakan rahsia yang disimpannya selama sepuluh tahun lalu. Pesawat Boieng 737 terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Qu kerana tidak stabil sebagai akibat dipanah petir. Amar dan anaknya, Zulfakar turut berada dalam pesawat itu untuk menemui isterinya di Bandar Tzon. Amar diminta membantu Kapten Rashid untuk mengendalikan pesawat tersebut. Semasa membuat pendaratan kecemasan, tayar pesawat telah terbakar. Akhirnya, pesawat itu mendarat di atas landasan yang becak. Para penumpang berpusu-pusu menyelamatkan diri. Amar berusaha membantu Zulfakar, tetapi gagal kerana Zulfakar terperangkap di dalam pesawat itu. Tiba-tiba, pesawat itu meletup. Sejak kejadian itu, Amar sentiasa berada di landasan tersebut. Setiap kali hujan turun, dia berharap agar Zulfakar yang terkorban akan kembali. Ekoran daripada kejadian itu, hubungan Amar dengan isterinya terputus. Kesudahannya, Amar terpaksa menerima hakikat bahawa anaknya telah mati.

TEMA Ketenangan dan kebijaksanaan juruterbang sewaktu melakukan pendaratan cemas. Kapten Rashid dan Amar berusaha mendaratkan pesawat ketika cuaca buruk dan keadaan pesawat hampir meletup. Dengan tenang mereka mengendalikan pesawat yang sukar dikawal itu. Secara bijaksana mereka mematikan enjin supaya pesawat dapat turun dengan cepat.

PERSOALAN -

Bijak bertindak. Berfikiran rasional dan tidak mudah panik. Kesyukuran kepada tuhan. Ketentuan tuhan. Ketabahan. Kasih sayang.

WATAK DAN PERWATAKAN WATAK - Watak utama dalam cerpen ini ialah Amar. - Watak sampingan terdiri daripada Kapten Rashid dan Zulfakar. PERWATAKAN AMAR - Isterinya bernama Siti Zubaidah. - Anaknya bernama Zulfakar. - Berpengalaman dalam mengendalikan kapal terbang. - Penyayang. - Sentiasa tenang. - Bijak bertindak. - Suka membantu. KAPTEN RASHID - Ketua juruterbang. - Bijak bertindak. - Tegas mengeluarkan arahan. - Tenang. - Bertanggungjawab. ZULFAKAR - Anak kepada Amar dan Siti Zubaidah. - Masih kecil. - Rindu akan ibunya. - Meniggal dunia dalam peristiwa kapal terbang meletup semasa pendaratan cemas di Lapangan Terbang Qu.

PLOT PERMULAAN - Amar menceritakan peristiwa yang berlaku sepuluh tahun yang lalu. Amar dan anaknya, Zulfakar menaiki pesawat untuk pulang menemui isterinya, Siti Zubaidah di Bandar Tzon. PERTENGAHAN - Selepas penolong juruterbang terkana kejutan elektrik, Kapten Rashid meminta bantuan Amar untuk mengendalikan pesawat itu. Tiba-tiba hubungan dengan menara kawalan terputus kerana cuaca buruk. Mereka terpaksa melakukan pendaratan cemas di sebuah lapangan terbang lama. Akhirnya dengan kebijaksanaan serta pengalaman Kapten Rashid dan Amar, mereka berjaya melakukan pendaratan. Para penumpang berebut-rebut untuk keluar dari pesawat. Hal ini menyebabkan Amar dipijak dan tercedera lalu terjatuh ke dalam sungai. KLIMAKS - Tiba-tiba, kapal terbang itu meletup. Anak Amar, Zulfakar turut terkorban dalam nahas tersebut. PELERAIAN - Hantu yang dikatakan berkeliaran di padang rumput di Lapangan Terbang Qu itu ialah Amar yang mencari anaknya.

GAYA BAHASA SIMILE – bagai tempat simpan mayat; bagai disengat sekawan tebuan. METAFORA – air kedukaan; ribut perasaan. PERSONIFIKASI – gelap lagi peristiwa yang berarak di ingatan Amar; kakinya dipanjat kesejukan. BAHASA ARAB – Assalamualaiku; insya-Allah. BAHASA INGGERIS – head-set; control column; heading indicator; diverter strips.

NILAI -

Kasih sayang. Tanggungjawab. Kesabaran. Rasional. Keberanian. Kesyukuran. Berserah kepada tuhan.

PENGAJARAN - Kita hendaklah bersabar dalam menghadapi sebarang bahaya. - Janganlah mudah panik atau cemas apabila berhadapan dengan sebarang masalah. - Janganlah terlalu mempercayai hantu atau kepercayaan yang karutmarut. - Kita hendaklah berserah kepada tuhan setelah berusaha sedaya upaya.

Related Documents

Cerpen
November 2019 40
Cerpen
June 2020 33
Cerpen
May 2020 20
Cerpen
June 2020 18
Cerpen
October 2019 33
Cerpen
May 2020 32

More Documents from ""

Cerpen
April 2020 28
Kezaliman Manusia
April 2020 16