Sinopsis Novel Panas Salju

  • Uploaded by: Amrie
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sinopsis Novel Panas Salju as PDF for free.

More details

  • Words: 1,176
  • Pages: 5
( PANAS SALJU ) BAB 1 - Zulkifli sekeluarga dalam perjalanan ke kampung isterinya di Kampung Sungai Baru Melaka. Kemudian, mereka ternampak sebuah kereta terjunam ke dalam sungai. Zulkifli membantu pasangan sikh yang berada di dalam kereta itu. Pada mulanya Bushrah tidak mahu menolong namun dia terpaksa akur. Pasangan sikh itu dihantar ke Hospital Seremban. Setelah tiba di sana hari sudah lewat malam. Keesokan harinya, mereka pergi ke Felda Ulu Tebrau menghadiri majils perkahwinan adik Zulkifli, Narizah. Dalam perjalanan keretanya rosak, dengan bantuan seorang lelaki Cina kereta Zulkifti dapat diperbaiki.

BAB 2 - Zulkifli melihat banyak perubahan di Felda Ulu Tebrau. Semasa majlis perkahwinan berlangsung, Zulkifli berjumpa Maliyudi bersama isterinya Saleha Brigtte Abdullah bersama anak-anaknya. Zulkifli menceritakan tentang penyakit yang dihadapi oleh anaknya Nadhirah kepada Maliyudi. Maliyudi berasa kasihan kepada Nadhirah. Maliyudi mencadangkan kepada Zulkifli supaya menceritakan perkara ini kepada pihak akhbar.

BAB 3 - Zulkifli dan Bushrah berbincang mengenai penyakit Nadhirah. Zulkifli mengambil keputusan mendedahkan masalahnya di akhbar. Pada rnulanya Bushrah malu namun, dia terpaksa akur dengan keputusan suaminya. Bushrah mahu Nadhirah sihat selalu. Di samping itu Zulkifli membuat permohonan untuk tukar kerja ke Hospital melaka kerana sudah jemu berulang alik ke Kuala Lumpur.

BAB 4

- Zulkifli ke pejabat utusan Malaysia menyatakan hasratnya. Wartawan yang menemubualnya bernama Mohd Yusuf. Mohd Yusuf berasa simpati terhadap penyakit Nadhirah. Selepas itu, Zulkifli ke Hospital Kuala

Lumpur untuk membuat permohonan bertukar ke Hospital Melaka. Kemudiannya dia pergi menjemput isterinya.

BAB 5 - Pada hari itu Zulkifli dan Bushrah ke kursus ”Anak Cemerlang” anjuran Institut Pembangunan Kanak-kanak ataupun ringkasannya NURY. Zulkifli dan Bushrah pergi ke atas kesedaran untuk menimba ilmu bagi mendidik anak supaya menjadi cemerlang. Setelah tamat kursus itu, Bushrah mencadangkan untuk menghantar Nazli ke Tadika NURY apabila umurnya cukup empat tahun.

BAB 6 - Penderitaan Nadhirah yang mengidap penyakit rosak hati dan hempedu tersiar di Utusan Malaysia. Mereka tidak menyangka Nadhirah menghidap penyakit kronik pada usia semuda itu. Sementara itu, Nadhirah tidak ke sekolah pagi itu. Gurunya menasihatinya agar berehat sahaja di rumah. Di sekolah, Bushrah menjadi tumpuan rakan-rakanya, sekolah tempat Bushrah berkerja juga telah melancarkan kutipan derma untuk keluarga Bushrah.

BAB 7 - Tan Sri Shamsuddin sedih membaca kisah Nadhirah. Dia ialah Pengarah Sapura Holdings. Beliau kemudian segera menghubungi isterinya, Puan Sri Sapura untuk menyatakan hasratnya. Kemudian beliau menelefon rumah Nadhirah pula. Nadhirah yang menjawab panggilan itu. Pada sebelah malam pula, Tan Sri Shamsuddin menelefon sekali lagi dan dijawab oleh Zulkifli. Tan Sri Shamsuddin memintanya datang ke pejabatnya pada keesokan hari.

BAB 8 - Zulkifli bertemu dengan Tan Sri Shamsuddin di Pejabatnya dan membincang mengenai kesanggupan Tan Sri Shamsuddin membantu keluarganya. Sebelum pulang, Tan Sri Shamsuddin menyerahkan kepada Zulkifli cek RM50,00 sebagai permulaan sumbangannya. Sebelum pulang, Zulkifli segera ke Bank Simpanan Nasional untuk menyimpan cek itu.

BAB 9

- Berita kesedihan Bushrah mendermakan hatinya mendapat pelbagai reaksi. Namun dia tidak mempedulikannya. Wartwan Mohd Yusuf telah mewawancara Bushrah mengenai perkara itu. Zulkifli pula menyokong dan menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh isterinya itu.

BAB 10 - Nadhirah dan ibunya, Bushrah menonton filem Panca Delima . Zulkifli menaip skrip drama di dalam bilik dan dia tidak mahu sesiapa pun menganggunya. Nadhirah dan Bushrah khusyuk mendengar lagu ”Berkorban Apa Sahaja” yang dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan lagu ”kasihnya ibu” yang dinyanyikan oleh biduanita Saloma. Mereka terpesona mendengar lagu itu.

BAB 11 - Zulkifli menerima surat dari Muliyadi yang berada di England. Muliyadi menyatakan bahawa dia berjaya melanjutkan pelajaran peringkat Ph.D. Dia juga berkata, pada musim cuti panas ini dia akan pergi ke Perancis untuk ke rumah isterinya. Sebulan selepas itu, Muliyadi menyatakan dia dilantik menjadi pensyarah kanan ITM. Akhir surat Muliyadi, dia berharap agar Nadhirah dan Bushrah akan selamat semasa dalam pembedahan itu dijalankan.

BAB 12 - Zulkifli , Bushrah dan Nadhirah pergi ke unit hati, Hospital Kuala Lumpur. Mereka ada temu janji bersama doktor Gheethano. Sudah bertahun Dr. Gheethan merawat Nadhirah. Zulkifli dan Bushrah mendengar dengan khusyuk apa yang diterangkan oleh Dr. Gheethan.

BAB 13 - Zulkfli sekeluarga pulang ke kampung di Melaka. Pak Ramli, ayah mertuanya ada bersama kerana dia sudah tidak bekerja sebagai penambang lagi berikutan pembinaan sebuah jambatan baru. Bushrah menceritakan nasib Nadhirah kepada keluarganya. Mereka terkejut kerana tidak tahu Nadhirah menghidap penyakit kronik.

BAB 14

- Nadhirah tidak ke sekolah berikutan penyakitnya yang semakin serius. Ketika itu, dia sedang mendengar lagu ”Kasihnya ibu” dari radio. Cikgu Khairani selalu meberi soalan latihan. Beliau memberi peransang agar Nadhirah tabah serta beliau mendoakan keselamatan Nadhirah.

BAB 15

- Zulkifli mengadakan majlis kenduri doa selamat dan tahlil sempena pemergian mereka ke London. Semua penduduk dikawasan

kediamannya datang. Zulkifli membawa Nadhirah berjumpa imam Ghazali. Imam Ghazali turut mengutip derma untuk membantu mereka sekeluarga.

BAB 16

- Zulkifli sekeluarga akan berlepas ke London. Murid-murid Bushrah bersama guru-guru di sekolah Bushrah turut melawat mereka. Turut hadir Tan Sri Shamsuddin bersama isterinya, Puan Sri Sapura. Akhirnya, mereka berangkat ke London.

BAB 17 - Akhirnya, Zulkifli sekeluarga selamat tiba di Landon. Cuaca di Landon cerah. Muliyadi datang melawat mereka. Muliyadi bersimpati melihat Nadhirah yang dahulu cergas tiba-tiba menjadi lemah.

BAB 18

- Zulkifli, Bushrah dan Nadhirah solat Subuh berjemaah. Selepas itu, mereka bersarapan bersama-sama. Zulkifli dan Bushrah bertikam Iidah siapa yang patut derma hati kepada Nadhirah. Menjelang pukul 10.30 pagi, mereka pergi ke Hospital King’s College untuk berternu dengan Dr. Tan Kai Chah.

BAB 19 - Dr. Tan Kai Chah mula

pembedahan ke atas Nadhirah dan Bushrah. Pada p Padakul 8.00 pagi, Bushrah dibius dan dipotong sebahagian hatinya. Tepat pukul 2.00 petang, Nadhirah dibius dan dibedah. Pembedahan kembar itu mengambil masa selama 14 jam dan akhirnya pembedahan itu berjaya. Doktor Tan Kai Chah menasihati Bushrah dan Nadhirah berada di Hospital selama 2 minggu.

BAB 20

– Muliyadi dan Zulkifli menziarahi Bushrah dan Nadhirah. Mereka kelihatan masih lemah. Seminggu kemudian, Bushrah dibernakan pulang manakala Nadhirah perlu berada di Hospital beberapa hari lagi.

BAB 21

- Hari minggu kota Landon cerah dan Muliyadi membawa keluarga Zulkifli bersiar-siar di beberapa tempat. Tempat pertama yang dilawati mereka ialah Istana Buckingham yang dibuka kepada pelancong pada tahun 1993. Muliyadi mencadangkan supaya mereka melawat Sungai Thames, Muzium British, Zoo London dan Westminster Abbey. Pada hari itu, mereka mendapat banyak pengetahuan dan pengalaman yang manis.

BAB 22 - Sebelum pulang ke Malaysia, Zulkifli melawat Dr. Tan Kai Chah. Zulkifli mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Tan Kai Chah

kerana banyak membantu keluarganya. Muliyadi menghantar Zulkifli ke lapangan terbang Heathrow.Kemudian, pesawat MAS meninggalkan Britain.

BAB 23 - Kapal terbang yang dinaiki Zulkifli sekeluarga terpaksa mendarat di Batu Berendam, Melaka kerana Lapangan Terbang Subang terbakar. Mereka sekeluarga terus menjemput Nazli di rumah ibu bapa Bushrah. Mereka terlalu rindukan Nazli.

BAB 24 – Lima tahun sudah berlalu. Nadhirah kini telah berusia 19 tahun dan telah melanjutkan pelajaran ke ITM dan mengikuti kursus Diploma Perakaunan. Zulkifli mendapat tawaran berkeja di Mingguan Malaysia sebagai pengarang sastera. Pada pagi Jumaat, tepat jam 4.00 pagi, Bushrah menghembuskan nafas buat kali yang terakhir. Kini, Nadhirah berjaya menamatkan pengajian dan mendapat pekerjaan di Bank Islam. Dia juga bakal berkhawin dengan doktor Bedah di Hospital Kuala Lumpur. Nazli juga berjaya melanjutkan pelajaran ke Sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar.

Related Documents

Sinopsis Panas Salju
May 2020 17
Analisis Panas Salju
June 2020 25
Panas-salju-_nota1
June 2020 17
Sinopsis Novel Remaja
April 2020 6
Salju
April 2020 16

More Documents from "niki"

Cerpen
April 2020 28
Kezaliman Manusia
April 2020 16