Aku bagaikan hilang di alam nyata mengingati kisah yang silih berganti. Walaupun pilu, itulah hakikat kehidupan. Bukan insan yang hidup di bumi bertuah ini tanpa ada dugaan, desis hati kecil ini. Melihat kanak -kanak bermain layang-layang bersama bapa mereka membuatkan aku teringat waktu aku bermain bersama papaku dulu. “layang-layang ni papa beli untuk Iz masa papa pergi meeting di Kelantan dulu,omel papa menarik perhatian ku yang waktu itu merajuk ingin bermain layang-layang. Betapa bertuah aku lahir ke dunia ini dengan bukti cinta papa dan mama. Tapi malang tak berbau, satu ketika dulu…. ‘hey bro, lu apasal termenung kat padang nie?, sergah Faris menghentikan lamunanku. ‘Esyh, budak bertuah ni dah tak pandai nak bagi salam ke?,omel Iz geram sambil memerhati senyuman yang cukup menampakkan gigi depan faris. Faris Hakimi merupakan anak Dato’ Za’ba. Pengurus syarikat perkapalan yang bersama-sama papa membina Jasa Holdings yang kini mewah tersergam indah di Kota Metropolitan. Bakal pengurus pemasaran dan seorang play boy yang berjaya di kota ini. Siapa yang tak kenal Dato’ Za’ba, orang kaya yang semakin panas di mulut rakan-rakan. Kejayaan mendapatkan kontrak perkapalan jutaan ringgit bagaikan sudah biasa di tangan beliau. Tapi, anaknya tidak pernah bersyukur mendapat papa seperti Dato’ Za’ba. ‘Sorry Iz, aku dah bagi salam sampai berbuih mulut aku ni, bukan kau dengar pon’, hambur faris tanda bergurau. ‘Kenapa kau termenung Iz? Ingatkan Amy ke? Ke kau teringatkan London dan rumah agam yang kau tinggal dengan Amy dulu?, soalan bagaikan peluru machine gun membuatkan Iz ketawa sambil menghilangkan kegusaran di hatinya. Mungkin benar kata faris, aku masih lagi teringatkan Amy. Seorang perempuan yang cukup anggun penampilannya, setiap lelaki yang memandang bagaikan melihat seorang puteri indah yang turun dari kayangan. Tapi sayang, kecantikan itulah yang membutakan hati dan perasaan Amy terhadapnya. Ingat lagi saat mula pertemuan antara aku dan Amy di Universiti of London. Pada waktu itu, aku langsung tidak memandang perjalananku dan Amy waktu itu kelihatan ribut menuju ke kelas dan tiba-tiba, pergh…. ‘Oh my God, sakitnya’,desis Amy bagaikan menggoda. Kelelakianku cukup tergugat saat itu mendengar lirikan menggoda Amy bagaikan meminta simpati. Mahu tidak mahu, aku terpaksa memapahnya ke bilik sakit. Sambil itulah, matanya yang redup memandang aku dan terketika aku terpana melihat keindahan kejadian Allah SAW. Dadaku berombak
deras sewaktu tangannya tiba-tiba terpegang dadaku yang sasa itu. Aku bagaikan mengerti kesakitannya waktu itu dan membiarkannya melakukan aktiviti itu sendirian. Bagiku perempuan hanya merosakkan dan aku tidak akan sesekali jatuh cinta. Setiba di bilik sakit, aku menidurkan Amy di atas katil sambil mengurut kakinya yang semakin membengkak, perasaan bersalah memburu kalbuku. Dalam diam, aku meminta maaf. Amy bagaikan mengerti isyarat mataku yang menunjukkan simpati dan kegusaran. Tapi Amy bijak mengatur langkah, dia biarkan aku di buru resah sepanjang masa. Aku makin teringat detik aku menyelakkan jeans hitam yang dipakainya untuk melihat kesan hentakan di kakinya, terpampan keputihan dan kejelitaannya. Aku bagaikan keawangan saat itu, mulalah berbunga hati ini andai maaf yang ku pinta berbalas. Sebelum aku meneruskan langkah kaki, aku terdengar suara bagaikan memanggil namaku dan aku lantas berpaling. Terpana ketika itu dengan panahan redup mata Amy, siapa tak kenal lagaknya Amy yang tak pernah kalah dalam menggoda lelaki tambahan anak orang kaya. Aku berjalan tanpa menghiraukan godaan Amy sepanjang pulang ke rumah itu. Mercedez hitam pekat hadiah papaku kerana aku berjaya menawan Universiti of London itulah kenderaan kesayanganku. Bukan bermegah walaupun kereta sport merahku bagaikan peminat setiaku untuk dipandu, tetapi aku bagaikan malas mengimbau kembali saat suka duka bersama mamaku dulu. Tamparan kecil Faris yang singgah di bahuku menyedarkan aku dari lamunan bersama Amy. ‘Esyh, sakitlah Faris, kau ni kenapa? Main pukul je? Ada hutang ke?, omel aku bagaikan melepaskan geram dengan perangai nakal Faris. Yelah, siapa tak kenal aku dengan Faris, kat mana aku ada kat situlah melekat si Faris ni. Berkawan dari kecil lagi, bagaikan bertakdir waktu dan ketika yang sama kami dilahirkan, tempat yang sama. Semua itu kenangan yang manis aku bersama Faris. ‘hey kawan, kau ni sejak bila dah pandai mengelamun depan aku ni? Kau ingat aku bercakap dengan rumput ke? Ada ke aku tanya dari tadi lagi, bukan ada respon pon dari kau tu’, marah Faris menunjukkan kenakalannya itu. Aku bagaikan malas melayan keletah keanak- anakan faris. Aku
bagaikan sudah cukup melayan
perasaan takala petang sudah melabuhkan tirai dan malam semakin menampakkan mukanya dikaki bukit. Aku lantas memegang tangan Faris bagaikan memohon maaf dan menariknya mengikut langkah kaki ku ini. Faris tanpa menolak ajakan ku lantas
memaut erat tanganku bagaikan sang kekasih memadu cinta di petang hari layak tingkahnya
itu. Aku membiarkan
kerana kami seperti adik- beradik
layak
panggilannya itu. Berjalan menuju restoran ala jepun membuatkan aku dan Faris tergelak besar, manakan tidak si Faris bercakap bahasa Jepun dengan si tomboy pelayan restoran. Ketika itu, gamaklah restoran bagaikan ada pergaduhan besar. Biasalah Faris ni suka menunjukkan bakat berbahasa Jepun dan Koreanya itu. Aku waktu itu bagaikan hilang arah melihat Hakimi meminta menu dalam bahasa Jepun asli, lokek dengan bahasa membuatkan si tomboy itu menunjukkan penumbuk ke arah Hakimi. Makin besarlah gelak Hakimi melihat keletah si tomboy itu. Sewaktu duduk bersila di meja makan, aku terpandang kelibat manusia yang aku pernah kenali waktu belajar dahulu. Tapi siapakah gerangan empunya diri itu, gerutu aku dalam diri. Aku membiarkan Hakimi menempah makanan kegemarannya itu sedangkan aku masih melihat kelibat siapakah empunya diri yang pernah ku kenal dulu. Mengimbau kembali ketika aku dihanyutkan arus deras ketika bot yang aku naiki dipukul ombak yang ganas umpama ngauman tsunami yang melanda Acheh barubaru ini. Aku bagaikan tersedar dari mimpi dan adakah aku sedang bermimpi ? mencubit mukaku sendiri bagaikan perbuatan yang bodoh. ‘Auhh, sakitnya,’ aku bukan bermimpi rupanya. Teratak zink yang makin usang meneduhkan diriku. Aku terkejut bila ada seorang datang dengan memaut tubuhku yang longlai untuk berada dalam posisi duduk. ‘anak jangan kuat bergerak, dah sebulan anak pengsan disini”, kata- kata pak cik membuatkanku hanyut dalam memori dulu. Tapi aku lupa, kenapa aku disini. “dania, ambilkan makanan untuk budak ni. Dah sedar abah tengok.”, panggil pak cik kearah dapur menghentikan lamunanku. Datang pula seorang
gadis
bagaikan
bidadari
menatang
sebiji
dulang
berisi
makanan
disampingku. “abang, dah sebulan abang pengsan mesti abang lapar. Makanlah bubur ni, dania masakan untuk abang setiap hari tapi hari ni baru abang buka mata”, bagaikan terkesima melihat layanan mereka terhadapku. “Abang makan dulu, dania ke dapur ambilkan abang air. Mesti abang dahagakan?”, sempat dania mengerling sebelum melangkah ke dapur mengambil minuman. Aku bagaikan buruan yang tidap menatap makanan selama setahun. Alangkah lahapnya suapan bubur ke mulutku. Pandai juga dania masakan bubur, omel aku dalam hati. “Assalamualaikum abang, Yah dah balik ni. Dania, tolong mak angkut barang ni ke
dapur nak”, omel Mak Yah memandang Dania yang leka memandangku makan sambil menatapkan segelas air kosong di depanku. “Baik mak, sampuk Dania tanpa berlengah. Sungguh patuh Dania pada orang tua mereka, getus hatiku. “Abang makan perlahan jelah, masih banyak bubur dania masak kat dapur tu”, tegur Dania melihat telatah makanku yang begitu selera. “eh, anak dah sedar ya?”, Tanya Mak Yah. Aku sekadar tersenyum menjawab pertanyaan mak yah kerana mulutku penuh berisi bubur. “makanlah nak, banyak lagi bubur yang Dania masak untuk anak makan”, pesan mak yah membuahkan malu di pipiku. Terserlah ketampanan apabila aku selesai mandi dan menukar baju milik pak Hassan. Walaupun tampak buruk tetapi cukup menunjukkan kehebatan baju tersebut bila dipadankan kebadanku. Hal kehilangan anak korporat terkenal Dato’ Zahari cukup menggemparkan media. Apakan tidak, lelaki buruan media menghilang tiba- tiba. Jelas kelihatan hambar dada majalah tanpa