Cerpen Mai.docx

  • Uploaded by: Afiq Zubair
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Cerpen Mai.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,587
  • Pages: 5
Sarapan Hebat Oleh: Maisarah Safiyyah “Cepatlah bangun Imran, mandi dan solat Subuh. Nanti lewat pula pergi sekolah.” “Cepat mandi Imran, buat apa dalam bilik air itu lama sangat?” “Cepat pakai baju dan bersiap, nanti lewat nak sarapan.” “Cepat Imran, nanti sejuk pula makan atas meja itu.” Begitulah keadaan Imran pada setiap pagi hari persekolahan. Puas ibunya, Puan Ashikin, berleter setiap pagi. Mujurlah ibunya penyabar. Kalau tidak, tak tahulah apa akan jadi. Itulah Adam Imran, murid tingkatan tiga yang bijak, tetapi suka bertangguh dan benci sarapan. “Ibu, malaslah nak sarapan pagi-pagi ni. Lagipun takut lewat pula sampai sekolah nanti.” Rungut Imran seperti biasa. “Eh, kenapa nak takut pula? Lewat itu Imran sendiri yang cipta. Jadi, Imran hendaklah bertanggungjawab atas tindakan Imran sendiri.” “Ibu dah kejutkan awal. Kenapa Imran tak nak bangun? Bukannya hari ini sahaja, tetapi setiap hari.” Balas Puan Ashikin geram. “Kalau Imran bangun awal tadi, semuanya akan jadi tenang dan tidak kelam-kabut seperti ini.” leter Puan Ashikin. ‘Dah, jangan buang masa lagi. Makan saja apa yang terhidang di depan Imran.” perintah Puan Ashikin. “Ibu, boleh tak Imran bawa bekal makanan sahaja? Nanti Imran makan makanan ini di sekolah. Imran tidak ada selera untuk makan pagi-pagi ini.” rayu Imran. “Minum dulu air yang ibu sediakan depan mata kamu itu. Memanglah tiada selera, badan Imran lemah kerana kurang air dalam badan. Lepas minum, mesti Imran akan berselera nak makan,” pujuk Puan Ashikin lembut. “Ish, ibu suka paksa orang!” Imran mengomel sambal meneguk air dalam keadaan terpaksa. “Jangan lupa baca doa makan terlebih dahulu,” pesan Puan Ashikin sambal tersenyum. Begitulah Imran. Memang perlu selalu diingatkan. Kalau tidak, asyik lupa sahaja. Memang benar kata ibunya. Selepas minum air, selera makan Imran bangkit untuk menjamah sarapan. Mukanya Nampak segar dan bertenaga. Berselera betul Imran menjamah roti yang disapu madu lebah. “Ibu, sedap juga sarapan yang ibu buat ini. Ibu, kenapa ibu sapu roti ini dengan madu lebah?” soal Imran sambal mengunyah makanannya.

“Madu lebah mengandungi gula asli iaitu glukosa dan fraktosa yang mudah dihadam. Bukan itu sahaja, madu lebah juga mempunyai banyak vitamin seperti vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan C. “Wow! Patutlah nabi pun suka makan madu lebah!” kata Imran kepada ibunya. “Betul kata Imran itu. Madu lebah uda mempunyai pelabagi zat lain seperti magnesium, potassium, kalsium dan zat besi,” jelas Puan Ashikin. “Ibu, kenapa ibu selalu suruh Imran sarapan? Adam boleh sahaja makan pada waktu rehat di sekolah nanti?” soal Imran bersungguh. “Sebab ibu sayangkan Imran,” jawab Puan Ashikin ringkas. “Apa maksud ibu?” balas Imran. “Sarapan penting untuk badan dan minda Imran. Sarapan tidak boleh dilewatkan kerana sarapan sama penting dengan berbuka puasa. Nabi Muhammad SAW pun melarang kita melewatkan berbuka puasa,” jelas Puan Ashikin. “Buka puasa? Ibu ini nak buat kelakar pula pagi-pagi ini,” kata Imran. “Ibu tidak buat kelakarlah Imran. Ini ialah fakta. Sarapan adalah makanan pertama yang yang kita makan selepas bangun tidur. Oleh itu, sarapan pagi sangat penting,” “Cuba Imran eja breakfast,” sambung Puan Ashikin. ‘Senang sahaja, ibu. B, R, E, A, K, F, A, S, T!” Imran mengeja dengan pantas. “Bagus! Pandai anak ibu,” puji Puan Ashikin sambal tersenyum. “Break bermaksud berbuka, fast pula bermaksud puasa,” jelas Puan Ashikin. ‘Ya, betul kata ibu,” “Manusia tidur lebih kurang lapan jam sehari. Semasa bulan Ramadan, manusia berpuasa selama lebih kurang lapan jam sehari juga. Betul tidak?” soal Puan Ashikin. ‘’Maknanya, semasa kita tidur, kita seperti berpuasalah?” soal Imran. “Tepat sekali!” Oleh disebabkan itu, sarapan itu penting. Kalau sarapan tidak diambil, otak dan badan akan mejadi lemah. Bagaimana nak belajar dengan baik jika otak Imran tidak bertenaga,” “Bila otak dapat makanan yang cukup, otak dapat bekerja dengan lancer dan sempurna,” sambung Puan Ashikin. “Orang yang tidak bersarapan seperti bateri yang lemah, betul tak ibu?” soal Imran. “Pandai pun Imran beri contoh. Seronok tak kalau main kereta mainan jika baterinya lemah?” “Bosan! Keretanya jalan tersangkut-sangkut,” Puan Ashikin dan Imran ketawa. Selepas bersarapan dan memeluk ibunya, Imran bergegas menuju ke kereta. Ayahnya, Encik Ahmad, sudah lama menunggu di dalam kereta.

Dalam perjalanan ke sekolah, Imran berbual dengan ayahnya. “Ayah sudah sarapan pagi ini?” soal Imran. “Dah, mestilah. Ayah tak pernah melewatkan sarapan. Bangun tidur sahaja, ayah akan minum air yang dicampur dengan madu lebah seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.” “Selepas solat Subuh, ayah dan ibu akan sarapan bersama-sama,” jawab Encik Ahmad. “Oleh itu, jika ayah atau ibu kejutkan, Imran mesti bangun dan jangan bertangguh. Nanti bolehlah kita menunaikan solat Subuh secara berjemaah dan sarapan bersamasama,” Encik Ahmad menasihati anaknya. “Kenapa ayah minum air selepas bangun tidur?” soal Imran kehairanan. “Apabila kandungan air dalam badan kita berkurang, cecair di dalam badan pun berkurang. Kesannya, badan kita akan mejadi lemah dan tidak bertenaga,” jawab Encik Ahmad. “Kenapa ayah meletakkan madu dalam air?” soal Imran lagi. “Nabi Muhammad SAW suka minum air yang dicampur dengan madu. Apabila madu dicampur dengan sedikit air, madu itu akan terus meresap ke dalam darah dalam masa tujuh minit sahaja.” “Wahh, itu sangat hebat!” sampuk Imran. “Otak akan jadi lebih segar dan gembira selepas mendapat tenaga. Otak kita dapat bekerja dengan cemerlang dan lancar,” terang Encik Ahmad Panjang lebar. “Patulah setiap pagi Imran berasa malas, penat dan tidak bersemangat sebelum ini. Nasib baik Imran sudah bersarapan tadi,” kata Imran. “Baguslah macam itu,” puji Encik Ahmad. “Bila kita ambil berat tentang otak kita, otak kita pun akan bekerja dengan baik untuk kita,” sambung Encik Ahmad.

Kata-kata ibu dan ayahnya masih terngiang-ngiang di telinga Imran. Imran berasa sangat teruja untuk memberitahu kawan-kawannya tentang betapa pentingnya sarapan. “Adham, sudahkah kau bersarapan pagi tadi?” tanya Imran.

“Aku tidak suka bersarapan. Waktu rehat nanti aku akan makan di kantin. Kenapa kau tanya tentang perkara ini, Imran?” soal Adham sambil mengerutkan dahi. “Sebelum ini, aku pun seperti kau juga. Pagi tadi, aku baru tahu bahawa sarapan itu sangat penting untuk otak dan badan kita,” jawab Imran bersungguh-sungguh. “Macam mana kau tahu, Imran?” tanya Adham. “Ibu dan ayah aku yang beritahu,” jawab Imran tersenyum. “Eh , Naz,kau sarapan tak pagi tadi?” tanya Adham pada kawan baiknya, Nazril. “Sarapan? Aku tak pernah bersarapan sebelum pergi ke sekolah. Kenapa tiba-tiba kau bertanya tentang sarapan? Kau nak belanja aku ke?” soal Nazril sambal ketawa kecil. “Nampaknya kita bertiga ini sama sahaja. Mungkin disebabkan ini, kita selalu mendapat markah yang rendah dalam ujian,” keluh Imran. “Eh, kenapa pula? Apa kaitan sarapan dengan markah ujian kita?” kata Naz sambil menggaru kepalanya. Sedang mereka asyik berbual, tiba-tiba… “Bangun semua, selamat pagi cikgu,” teriak Haris, selaku Ketua Kelas Tiga Abu Bakar. “Selamat pagi semua, sila duduk,” jawab Cikgu Noor. Cikgu Noor ialah guru kelas Tiga Abu Bakar. Beliau mengajar subjek Bahasa Melayu. “Hari ini saya mahu mengadakan pengucapan awam atau public speaking. Seperti biasa, tajuk adalah bebas dan masa yang diberi ialah lima minit,” kata Cikgu Noor. Semua murid tingkatan Tiga Abu Bakar kelihatan cemas. Ada yang tiba-tib aloya dan sakit perut. “Untuk pengucapan awam hari ini, nama yang akan dipilih ialah….” Cikgu Noor berhenti seketika. Tiba-tiba kelas Tiga Abu Bakar senyap sunyi. Semua murid kecut perut dan berdebar-debar. Jantung mereka berdegup kencang. Mengikut kajian, pengucapan awam ialah perkara nombor satu yang paling ditakuti oleh manusia di serata dunia. Jadi tidak hairanlah jika semua murid Tiga Abu Bakar sedang berdebar-debar. “Dengan segala hormatnya dipersilakan Adam Imran untuk memberikan ucapan,” sambung Cikgu Noor. Terkejut Imran apabila namanya dipanggil. Mujurlah Imran mengambil sarapan pagi tadi. Kalau tidak, silap-silap boleh pengsan dibuatnya. Semua murid yang lain berasa lega dan kembali ceria selepas nama Imran disebut oleh Cikgu Noor. Ramai yang tersenyum dan mengurut-urut dada mereka. Walaupun berdebar dan masih terkejut, Imran bangun dan berjalan ke depan dengan yakin. Sambil berjalan, otaknya ligat berfikir mencari idea. Mulutnya terkumat-kamit seperti membaca mantera.

Aduh! Matilah aku. Apa aku perlu cakap? Imran bercakap seorang diri. Blink! Tiba-tiba Imran mendapat satu idea. Tidak seperti sebelum ini, otak Imran agak perlahan memproses maklumat pada waktu pagi. Mujurlah hari ini, otaknya berjalan dengan lancar. Mungkin kerana Imran mengambil sarapan yang sihat pagi tadi. “Bismillahirrahmanirahim…” Imran memulakan bicara dengan penuh yakin. Imran memberi ucapan dengan penuh semangat sehingga kawan-kawannya terlopong mendengar cerita Imran. Tutur bicaranya lancar seperti air terjun. Isi ucapannya mantap dan tersusun rapi. Cikgu Noor sangat berpuas hati dengan keseluruhan penyampaian Imran. Cepat sungguh masa berlalu sehingga Imran tidak perasan bahawa masa telah tamat. Imran menutup bicaranya dengan ucapan terima kasih. Seluruh kelas memberikan tepukan yang gemuruh. Suasana kelas 3 Abu Bakar sungguh gamat dengan bunyi tepukan dan sorakan. “Tahniah, Adam Imran. Ucapan seperti inilah yang cikgu tunggu selama ini. Syabas!” puji Cikgu Noor sambal menepuk-nepuk bahu Imran. Tutur kata Imran yang sangat jelas dan teratur menyebabkan isinya dapat disampaikan dengan baik sekali. Terbukti, Imran mampu mengingat cerita ibu dan ayahnya dan tidak sia-sia Imran meluangkan masa mendengar nasihat mereka pagi tadi. “Imran, cikgu sangat bangga dengan kamu. Boleh kamu kongsikan apa rahsia kamu? Bagaimana kamu dapat memberikan ucapan yang sungguh hebat pagi tadi?” pinta Cikgu Noor. “Tiada rahsia pun, cikgu. Sebelum ini saya tidak mengambil sarapan sebelum pergi ke sekolah. Tetapi, pagi tadi ibu saya paksa saya untuk mengambil sarapan. Semasa bersarapan, ibu menceritakan kepada saya tentang betapa pentingnya sarapan. Itulah rahsia saya, cikgu,” jawab Imran malu-malu. “Baguslah begitu. Maknyanya kamu bukan sahaja berkongsi ilmu yang sangat penting pada pagi ini. Malah, kamu juga buat apa yang kamu cakap. Hebat!” puji Cikgu Noor. Imran hanya tersengih-sengih bangga. Dia tidak sabra mahu balik ke rumah dan mengucapkan terima kasih kepada ibu bapanya. Bayangkan jika dia tidak bersarapan dan tidak mendengar nasihat ibu dan ayanya pagi tadi. Sudah tentu dia kan terpinga-pinga apabila namanya dipanggil tadi. Malah mungkin pengucapan awamnya akan menjadi peristiwa yang paling memalukan dalam sejarah hidupnya.

Related Documents

Cerpen
November 2019 40
Cerpen
June 2020 33
Cerpen
May 2020 20
Cerpen
June 2020 18
Cerpen
October 2019 33
Cerpen
May 2020 32

More Documents from ""

Perayaan.docx
April 2020 9
Cerpen Mai.docx
April 2020 3
Back Fill
May 2020 11
Chidori
May 2020 13
Ikrar
May 2020 15