Perayaan.docx

  • Uploaded by: Afiq Zubair
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perayaan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 877
  • Pages: 20
PERAYAAN-PERAYAAN YANG DISAMBUT DI

MALAY SIA

NAMA: QISTINA SAFIYYAH BINTI SHAIRUL’AZAM KELAS: 6 FIRDAUS NAMA GURU: PUAN MONALISA

ISI KANDUNGAN PERKARA

MUKA SURAT

PENGENALAN

1

HARI RAYA

2-3

TAHUN BARU CINA

4-6

DEEPAVALI

7-9

HARI KRISMAS

10-12

HARI GAWAI

13-15

RUMUSAN

16

PENGENALAN

Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum. Kebiasaannya sesuatu perayaan disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku pada sesuatu masa dahulu. Ia juga disambut untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Sambutan hari perayaan di negara ini meliputi perayaan Hari Raya Puasa buat orang islam, Tahun Baru Cina buat orang Cina dan perayaan Deepavali buat orang India. Ketika perayaan ini disambut suasananya pasti dengan kegembiraan dan sedikit hidangan makanan. Semua

rakyat negara ini menanti-nanti setiap perayaan dengan penuh debaran dan semangat tinggi. Sambutan perayaan di Malaysia dapat melahirkan perpaduan antara semua kaum. Oleh itu, memang ada banyak kebaikan jika sambutan perayaan dilaksanakan di negara ini.

HARI RAYA

Hari Raya Aidilfiti merupakan perayaan utama masyarakat islam khususnya bangsa Melayu yang diraikan terbesar di Malaysia. Hari Raya Aidilfitri merupakan kemuncak kepada ibadat puasa di bulan Ramadhan. Sepanjang bulan Ramadhan, umat Islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya. Pada malam sebelum hari raya, lampu atau pelita dipasang untuk menerangi kawasan rumah. Sifat kesetiakawanan ditonjol melalui zakat fitrah yang wajib dikeluarkan sebelum 1 Syawal tatkala Hari Raya Aidilfitri akan dirayakan bersama. Hari Raya Aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan, kunjungmengunjung sesama mereka untuk mengeratkan ikatan silaturrahim. Rumah terbuka yang dilakukan oleh individu, mempersilakan sesiapa sahaja datang ke rumah. Inilah kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia berbanding dengan sambutan Hari Raya di negara-negara lain.

TAHUN BARU CINA Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut secara besarbesaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar meraka iaitu tikus, lembu, harimau, arnab,naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, dan babi. Setiap binatng ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri. Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama. Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama kelurga. Ahli keluarga yang telah berumahtangga akan memberi ‘Angpau’ kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga. ‘Angpau’ membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna merah

dan diisi dengan sejumlah wang. Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina. Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut. Penutup kepada perayaan Tahun Baru Cina ialah Chap Goh Meh.

DEEPAVALI

Perayaan Deepavali disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama ‘Aippasi’ pada bulan Oktober atau November. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita,

meraka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau di kuil. Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga. Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan rumah, ‘Rangoli’ iaitu kolam yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.

HARI KRISMAS

Perayaan Krismas pula akan dirayakan oleh penganut Kristian pada 25 hb Disember sebagai mengingati kelahiran Jesus Christ. Sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan pohon krismas yang dipasang dengan lampu berwarna warni. Bungkusan-bungkusan hadiah akan diletakkan di bawah pokok untuk dibuka pada hari

tersebut. Christmas Carol dinyanyikan di rumah-rumah penganut Kristian oleh kumpulan koir yang diundang. Tuan rumah akan memberi derma kepada kumpulan koir tersebut kerana persembahannya. Pada malam tersebut, mereka bergembira dengan menyanyi dan menari. Kanak-kanak tidak digalakkan mengikut mereka sebaliknya disuruh tidur kerana semasa mereka tidur, mereka percaya Santa Claus akan datang membawa hadiah kepada mereka. Sepertimana perayaan masyarakat lain, pada pagi hari Krismas mereka akan mengunjungi gereja-gereja untuk upacara sembahyang.

HARI GAWAI

Hari Gawai pula disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun. Kuih-muih

tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan disediakan. Tuak merupakan sajian utama perayaan Gawai. Perayaan Gawai bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara ‘miring’ ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pada 12.00 malam upacara minum air pengayu dilakukan dengan harapan supaya panjang umur, sihat dan makmur. Pada pagi 1hb Jun, tepat 7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke tiang pengingat iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang.

RUMUSAN Kesimpulannya, sambutan hari perayaan mestilah diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Pada masa yang sama sambutan ini hendaklah dijadikan satu perayaan kebangsaan yang dinikmati bersama-sama. Generasi muda akan mendapat banyak manfaat daripada sambutan sebegini. Masyarakat yang harmoni akan wujud menerusi perayaan sebegini pada masa hadapan.

Malah, imej negara juga akan turut menjadi lebih baik pada mata masyarakat dunia terutama pelancong asing. Bukan mudah untuk memiliki sebuah sebuah negara yang aman jika rakyatnya berbilang kaum berdasarkan masa masyarakat antarabangsa. Kejayaan Malaysia mengekal keamannya banyak bergantung kepada keupayaan rakyat negara ii menyambut perayaan setiap kaum dengan penuh kegembiraan. Jelaslah, perayaan di negara ini memberikan satu imej yang positif kepada negara dengan begitu mudah.

More Documents from "Afiq Zubair"

Perayaan.docx
April 2020 9
Cerpen Mai.docx
April 2020 3
Back Fill
May 2020 11
Chidori
May 2020 13
Ikrar
May 2020 15