Cerita Katak Membunuh Gergasi

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Cerita Katak Membunuh Gergasi as PDF for free.

More details

  • Words: 1,888
  • Pages: 10
FALSAFAH DAN LOGIKA JXEA 1104 KARYA KLASIK CERITA BINATANG NAMA : NURLEEYANA AIDA BINTI RAHIMY NOMBOR MATRIK : JEA 080102 NAMA PENSYARAH : PROF. DR. AMRAN BIN MUHAMMAD

SEMESTER PERTAMA (SESI 2008/2009) AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

PENGENALAN Cerita binatang amat popular dalam masyarakat kita. Cerita ini menggunakan binatang sebagai pelaku atau watak dalam cerita. Watak ini diberi sifat manusia, bercakap, berfikir, bertindak, dan melakukan sesuatu seperti manusia baisa. Dengan adanya sifat-sifat sedemikian, watak-watak berkenaan berperanan menjadi watak yang cerdik, bijak, sombong atau mudah tertipu. Kadang-kala diselitkan juga watak manusia yang sebenarnay tetapi bukanlah berperanan sebagai watak utama. Dengan kata lain, watak ini hanya hadir pada namanya sahaja. Cerita-cerita binatang sarat dengan unsur moral disamping menjadi hiburan yang berkesan untuk golongan kanak-kanak. Cerita-cerita jenis ini wujud di mana-mana sahaja di dunia ini, Cuma yang membezakan adalah watak-watak binatang yang menjadi tokoh dalam cerita binatang berkenaan. Dalam masyarakat Melayu binatang yang menjadi watak utama ialah Sang Kancil atau Pelanduk. Selain itu, cerita binatang ini juga dapat dikaitkan asal usul kejadian binatang dan kejadian sifat-sifat tertentu. Contohnya, bagaimana bulu gagak menjadi hitam, mengapa hidung anjing sentiasa basah, mengapa kucing menimbus tahinya, mengapa ular sawa tiada bisa, mengapa ayam tidak memakai kasut, dan sebagainya. Cerita-cerita binatang seperti ini disebut juga cerita asal usul binatang. Sebenarnya cerita binatang dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu, asal usul binatang, epik binatang, dan fabel.

FUNGSI CERITA BINATANG Penciptaan cerita-cerita binatang oleh masyarakat silam mempunyai pelbagai fungsi. Antara fungsi cerita binatang ialah, sebagai suatu bentuk hiburan, sebagai alat pengajaran dan didikan moral. Selain itu, fungsinya ialah sebagai alat kritikan sosial dan sindiran serta sebagai alat untuk memenuhi tuntutan logik pemiki

CERITA KATAK MEMBUNUH GERGASI

SINOPSIS

Cerita ini berlaku pada zaman silam. Pada suatu hari berlaku ribut taufan di suatu kawasan hutan yang menyebabkan banyak pokok tumbang menyembah bumi. Hal ini, menyebabkan gergasi lari dari rumahnya untuk menyelamatkan diri. Semasa melarikan diri gergasi tidak sedar dia terlanggar dan terpijak binatang sehingga menyebabkan banyak binatang yang tercedera, malahan banyak juga yang mati. Apabila ribut reda, gergasi pulang semula ke rumahnya. Gergasi mengerang kesakitan kerana tubuh badannya tercalar dan luka ditimpa dahan-dahan kayu. Gergasi cuba untuk merehatkan badannya sambil menahan kesakitan yang ditangungnya. Namun begitu, hatinya tidak tenang kerana diganggu oleh bunyi bising sekumpulan katak yang tinggal berhampiran dengan tempat kediamannya. Keadaan ini menyebabkan gergasi naik marah lalu turun dari rumahnya dan menuju ke tempat katak. Dalam perjalanan ke lubang katak, gergasi telah memijak dan membunuh banyak binatang-binatang kecil termasuk semut api, ular sawa patah tulangnya, manakala burung pikau tercabut ekornya. Akhirnya gergasi sampai ke lubang katak dan bertidak membunuh kesemua katak yang ada di situ, kecuali seekor katak betina yang menjaga telurnya didalam lubang. Katak betina amat sedih dan kecewa dengan peristiwa malang yang menimpa kaum keluarganya.Demi kasih sayang katak betina kepada kaum keluarganya, ia telah bersumpah untuk menuntut bela dan membalas dendam terhadap terhadap kezaliman gergasi tersebut. Katak betuna telah meminta kerjasama daripada binatang yang menerima nasib yang sama

dengannya, teraniaya oleh perbuatan gergasi tersebut. Antara binatang tersebut ialah semut api, ular senduk(cucu ular sawa), burung pikau, sang harimau dan gajah.

Kesemua binatang tersebut telah bersetuju untuk bekerjasama dan melaksanakan tugas masing-masing. Semut api telah ditugaskan masuk dan mengigit telinga gergasi, manakala burung pikau ditugaskan menepur abu di dapur supaya abu masuk ke dalam mata gergasi dan ular senduk pula akan bersembunyi di dalam tempayan air dan ditugaskan untuk mematuk tangan gergasi. . Selain itu, gajah ditugaskan mengoncangkan rumah gergasi dan sang harimau pula ditugaskan supaya menerkam dan mengigit tengkuk gergasi. Sehubungan itu, dengan kerjasama daripada semua binatang tersebut akhirnaya mereka dapat menewaskan gergasi tersebut. Gergasi telah mati di bawa arus deras kerana terlajak ketika cuba menyelamatkan diri daripada terkaman sang harimau.

FALSAFAH YANG TERDAPAT DALAM KATAK MEMBUNUH GERGASI Mementingkan Diri Sendiri Mementingkan diri sendiri dapat disifatkan dimana seseorang individu tersebut melakukan sesuatu perkara tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Keadaan ini dimana, mementingkan diri sendiri tidak mangambil kira perasaan seseorang individu tersebut. Sikap mementingkan diri sendiri bukan sahaja merugikan diri sendiri bahkan akan membuatkan orang sakit hati dengan perbuatan tersebut. Sebagai contohnya, dalam cerita Katak membunuh Gergasi sikap mementingkan diri sendiri ini dapat dilihat dalam watak gergasi. Hal ini dimana, gergasi yang merasakan dirinya lebih besar serta mempunyai kekuatan yang lebih daripada binatang-binatang lain. Gergasi bersikap mementingkan diri sendiri dengan cara menganiayai serta berlaku zalim terhadap binatang-binatang lain yang lemah dan kecil seperti burung pikau, ular sawa, sang harimau, gajah dan semut api. Akibat perbuatun gergasi yang mementingkan diri sendiri sehingga ada yang menyebabkan binatang tersebut mati dan tercedera.

Kerjasama Atau Tolong-menolong Kerjasama atau tolong menolong adalah suatu perbuatan yang mulia serta baik. Kerjasama atau tolong-menolong ini ini dimana semua pihak sama-sama bersatu padu bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara. Kerjasama atau tolong-menolong ini akan membuatkan sesuatu perbuatan atau perkara yang dilakukan akan lebih teratur dan tersusun.sikap kerjasama serta saling bermuafakat ini harus ditanam dalam diri setiap individu kerana sifat ini memberikan kebaikan terhadap setiap diri individu tersebut. Sebagai contohnya, dalam cerita ini sikap bekerjasama serta saling tolong-menolong diantara satu samalain dapat dilihat dalam watak katak betina, semut api, burung pikau, ular senduk, sang harimau, dan gajah. Semua binatang ini bekerjasama serta saling tolong-menolong untuk

membalas dendam terhadap perbuatan gergasi yang menyebabkan binatang tersebut ada yang terceder serta menyebabkan kaum keluarga mereka terbunuh. Walaupun, semua binatang ini tidaklah sebesar serta sekuat gergasi tetapi dengan adanya semangat kerjasama serta saling tolong-menolong di antara satu sama lain, akhirnya semua binatang tersebut dapat menewaskan gergasi. Keadaan ini dapat dilihat dengan adanya semangat kerjasama serta tolong-menolong sesuatu perkara tentu akan dapat dilakukan dengan lebih jayanya.

Jangan Berlaku Zalim Atau Kejam Terhadap Golongan Yang Lemah Perbuatan zalim atau kejam ini dimana seseorang individu melakukan kejahatan terhadap golongan yang lemah serta tidak berdaya. Mereka yang melakukan kezaliman seperti menindas, membuli, mengherdik, dan lain-lain terhadap mereka yang lemah. Sehubungan itu, perbuatan menzalimi seseorang individu tidak sepatutnya ada dalam diri setiap individu. Perbuatan zalim atau kejam akan mendatangkan kesusahan terhadap diri sendiri serta akan menyebabkan masyarakat membenci kita akibat perbuatan kita sendiri. Situasi ini dimana, setiap perbuatan yang tidak baik, seseorang individu akan mendapat balasan yang setimpal diatas perbuatan mereka. Sebagai contohnya, dalam cerita Katak membunuh Gergasi perbuatan berlaku zalim atau bersifat kejam terhadap golongan yang lemah terpapar melalui watak gergasi..Gergasi telah bertindak kejam serta berlaku zalim terhadap binatang yang lemah seperti katak, burung pikau, semut api, ular sawa, sang harimau dan gajah. Gergasi telah menyebabkan binatang-binatang tersebut mengalami kecederaan serta menyebabkan kaum keluarga mereka terbunuh akibat perbuatan zalim serta tidak berperikemanusian gergasi. Perbuatan yang dilakukan oleh gergasi tersebut menimbulkan kemarahan serta semua binatang tersebut ingin membalas dendam terhadap kezaliman atau kekejaman yang telah dilakukan oleh gergasi terhadap binatang tersebut serta terhadap kaum keluarganya. Oleh

yang demikian berlaku zalim atau kekejaman ini bukannya mendatangkan kebaikan malahan akan merugikan diri setiap individu tersebut.

Tidak Mudah Berputus Asa Dalam melakukan sesuatu perkara setiap individu seharusnya tidak mudah berputus asa serta menyerah kalah jika sesuatu perkara yang dilakukan tidak berjaya. Sehubungan itu, setiap individu tersebut hendaklah kuatkan semangat serta tidak mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara. Sikap tidak mudah berputus asa dan teruskan berusaha akan membuahkan hasil kejayaan dengan kesabaran yang ada dalam diri setiap individu tersebut. Keadaan ini dimana, setiap individu haruslah berfikir terlebih dahulu apabila menghadapi sesuatu masalah dan jangan mudah mengaku kalah serta tidak mudah berputus asa. Sebagai contohnya, dalam cerita Katak membunuh Gergasi sifat tidak mudah berputus asa tergambar melalui watak katak betina. Katak betina tidak mudah mengaku kalah dan tidak mudah berputus asa walaupaun ia sedar bahawa dia tidak mampu untuk menewaskan gergasi yang lebih besar dan lebih kuat daripadanya. Namun, katak betina menggunakan akal fikiran bagaimana cara yang terbaik untuk membunuh gergasi, iaitu dengan cara bekerjasama serta saling tolong-menolong di antara satu sama lain (binatang-binatang yang pernah dianiyai oleh gergasi). Hal ini dapat dilihat, dengan adanya semangat tidak mudah berputus asa serta menyerah kalah dalam melakukan sesuatu perkara akan mendaptkan hasil kejayaan. Oleh itu, sikap tidak mudah berputus asa haruslah disematkan dalam diri setiap individu kerana sikap ini akan mendatangkan kebaikan terhadap diri individu tersebut.

Jangan Bersikap Angkuh Dan Sombong Bersikap angkuh dan sombong ini dimana seseorang bangga diri serta merasakan dirinya lebih berkuasa daripada orang lain. Individu tersebut angkuh serta sombong dengan kekuatan, kehebatan, kebesaran, dan kekuasaan yang ada dalam diri individu tersebut. Sehubungan itu, sikap angkuh dan sombong tidak seharusnya ada dalam diri setiap individu tersebut kerana sikap ini tidak mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri serta merugikan. Sebagai contohnya, sikap angkuh dan sombong terpancar melalui watak gergasi. Gergasi bersikap angkuh dan sombong dengan kekuatan serta kehebatan yang ada pada dirinya. Gergasi telah menganiayai binatang-binatang yang lebih kecil daripadanya serta lemah. Hal ini dimana, gergasi telah menyebabkan binatang-binatang tersebut tercedera. Namun beritu, sikap angkuh dan sombong gergasi ini akhirnya menimbulkan kesusahan kepada dirinya sendiri. Gergasi akhirnya mati dibunuh oleh binatang-binatang tersebut.

Berani Dalam Melakukan Seseuatu Perkara Bersikap berani ini ialah mempunyai kekuatan diri serta berani dalam melakukan sesuatu perkara. Keberanian haruslah ada, kerana sikap berani ini dapat membantu kita dalam melakukan sesuatu perkara. Hal ini dimana, keberanian yang ada dalam diri setiap individu akan dapat membuatkan seseorang individu tabah untuk menghadapi segala cabaran yang terpaksa ditempuhinya dalam melakukan sesuatu perkara. Setiap individu perlu berani dalam menegakkan dan mengadili sesuatu yang benar. Sebagai contohnya, sifat berani dapat dilihat dalam watak katak betina. Katak betina berani menentang gergasi walaupun ia sedar dia tidaklah sebesar serta sekuat gergasi. Katak betina telah menyusun satu strategi dan bekerjasama dengan binatang-binatang lain seperti semut api, ular senduk, berung pikau, sang harimau.dan gajah untuk membalas dendam terhadap perbuaan gaergasi. Keberanian yang ada dalam diri setiap binatang tersebut akhirnya menimbulkan kejayaan apabila gergasi dapat

ditewaskan dan akhirnya mati ditangan binatang tersebut. Oleh ini, keberanian yang ada ini mendatangkan kebaikan serta kejayaan.

Patuh Atau Taat Kepada Arahan Ketua Setiap individu haruslah patuh kepada serta taat setiap arahan yang diberikan dan diamanatkan oleh ketua. Bersikap patuh dan taat adalah penting dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau perkara. Setiap individu sewajarnya menuruti segala arahan yang diberiakn oleh ketua supaya pekerjaan yang dilakukan akan berjalan dengan lebih teratur dan berjalan lancar. Sebagai contohnya, dalam cerita ini binatang-binatang seperti semut api, ular senduk, burung pikau, sang harimau dan gajah patuh serta taat kepad segala arahan yang diberikan oleh katak betina. Binatang-binatang tersebut tidak membantah segala arahan yang diberikan oleh katak betina tersebut. Binatang-binatang tersebut telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing sehingga rancangan mereka untuk membunuh gergasi menghasilkan kejayaan.

Kasih Sayang Kasih sayang ialah perasan kasih dan sayang setiap individu terhadap diri seseorang individu yang lain. Kasih sayang ini bukan sahaja terhadap diri sesama manusia bahkan kasih sayang terhadap binatang juga sama. Keadaan ini dimana, kasih sayang terhadap keluarga, kekasih, binatang dan lain-lain. Sifat kasih sayang adalah sifat yang terpuji perlu ada dalam diri setiap individu sebagai contohnya, katak betina dan binatang-binatang lain merasa sedih dan kecewa kerana kehilangan kaum keluarganya yang disayangi. Atas sifat kasih sayang inilah binatang tersebut bertindak membalas dendam terhadap gergasi yang telah melakukan kezaliman terhadap binatang-binatang tersebut serta kaum keluarganaya.

BIBLIOGRAFI

Awang Sariyan. 2007. Falsafah dan Logika Melayu Selangor : synergymate Sdn Bhd

Hashim Musa. 2001. Falsafah, Logika, Teori nilai dan Etika Melayu. Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu.

Mutiara Sastera Melayu Tradisional (Longman), Ab. Rahman Ab. Rashid, Rosli Saluhudin, dan Zakaria Perngis.

Mutiara

sastera

Melayu

Moden

(Federal

Marshall

Cavendish),

Mohd.

Pauzi.

Dewan Bahasa Dan Puastaka.

Nota Jejak Gemilang Mutiara Sastera Melayu Tradisional, ABSEN, Guru Cermelang, Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah 1.

Related Documents

Jenayah Membunuh
June 2020 23
Kisah Katak
May 2020 13
Cerita
May 2020 54
Cerita
June 2020 51

More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48