Jenayah Membunuh

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jenayah Membunuh as PDF for free.

More details

  • Words: 981
  • Pages: 3
Nama: Suziati Binti Ibrahim SOALAN:

Bincangkan

No Matrik: D20081032364 masalah

remaja masa

kini

berkenaan

masalah

jenayah

membunuh. Sila sertakan bukti-bukti terkini berdasarkan data statistik. Perkataan 'remaja' berasal daripada perkataan Latin bermakna menuju ke arah kematangan. golongan ini sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi dewasa. Remaja boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu awal remaja dan akhir remaja. Awal remaja merujuk kepada remaja ynag berumur alah merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-18 tahun manakala akhir remaja ialah 18-25 tahun. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa. Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial,emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah". Pada tahap ini perubahan pada diri remaja dari segi fizikal, kognitif, emosi dan biologi membuatkan remaja melakukan pelbagau jenayah juvenil. Jenayah juvenil merujuk kepada perlakuan jenayah atau anti-sosial golongan juvenil iaitu remaja. Jenayah jenis ini merupakan sesuatu yang makin membimbangkan semua pihak di seluruh dunia. Ia merupakan satu isu sosial yang penting kerana golongan ini mampu melakukan jenayah berat, namun mereka masih belum boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya. Merujuk petikan daripada Utusan Harian yang bertarikh 8 Februari 2006, empat kanak-kanak berusia tujuh tahun merupakan antara 5,996 juvenil yang ditahan kerana terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah di seluruh negara sepanjang tahun lepas. Penguasa Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Deputi Supritenden Rasdi Ramli berkata dua kanak-kanak berumur lapan tahun, 11 kanak-kanak berumur sembilan tahun, 23 orang berumur 10 tahun dan 23 lagi berumur 11 tahun, juga merupakan antara yang ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah dalam tempoh itu. Menurutnya perangkaan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan bahawa 5,996 remaja itu ditahan kerana terbabit dalam pelbagai kesalahan jenayah termasuk kes bunuh, pecah rumah, samun dan rogol. Menurutnya peringkat umur antara 16 dan 18 tahun merupakan jumlah kumpulan tertinggi kalangan remaja yang terbabit dengan jenayah sehingga menjangkau 4,363

orang remaja, dan ia diikuti dengan kumpulan berumur antara 13 dan 15 tahun seramai 1,472 orang. (Berita Harian, 8 Februari 2006) Jenayah membunuh dalam kalangan remaja di Malaysia semakin menjadi-jadi. Mereka sudah tidak kisah dengan tindakan dan undang-undang kerajaan. Jika dikaji begitu banyak punca berlakunya kes jenayah di kalangan remaja. Antaranya ialah didikan yang kurang sempurna daripada ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa ialah orang yang paling dekat dan yang paling penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah di kalangan anak-anak. Pada zaman teknologi maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab hakiki mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang sempurna. Inilah punca utama yang menyebabkan akhlak pelajar-pelajar dan remaja-remaja runtuh. Natijahnya mereka tergamak melakukan jenayah berat seperti membunuh. Buktinya, statistik serta kajian pihak berkuasa, badan bukan kerajaan (NGO) serta institusi pengajian tinggi tempatan, menunjukkan betapa jenayah pelajar di dalam mahu pun di luar sekolah, bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ia diakui sendiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang memetik statistik menunjukkan peningkatan kes jenayah bunuh, rogol, samun, merusuh, mencuri dan kesalahan lain membabitkan anak muda itu. Selain peningkatan kes, jumlah tangkapan pelajar berumur antara 13 hingga 18 tahun juga turut mencatatkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya. Buktinya, bagi sepanjang 2007, sejumlah 1,836 kes jenayah dilaporkan dengan 3,383 pelajar ditahan. Angka itu meningkat sebanyak 382 kes kepada 2,218 kes tahun lalu yang menyaksikan seramai 3,725 pelajar ditahan. Belum pun reda kejutan akibat kenyataan Musa, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye pula mendedahkan, dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini saja, seramai 295 pelajar berusia antara 13 hingga 18 tahun terbabit pelbagai kes jenayah termasuk membunuh. Sambil mengakui trend itu amat membimbangkan, Lee berkata kebanyakan pelajar itu terbabit dalam kes curi motosikal selain kes pecah rumah, mencederakan orang lain dan rogol. Lebih menyedihkan, walaupun kelab pencegahan jenayah sudah dilancarkan di 3,764 sekolah sejak 1994, ia ternyata tidak berjaya membendung kadar peningkatan jenayah di kalangan pelajar. (Berita Harian, 13 April 2009)

Keadaan juga tiada jauh bezanya di sekolah. Hasil kajian Petunjuk Keselamatan dan Jenayah di Sekolah anjuran Universiti Malaya yang diumumkan tahun lalu, menunjukkan empat masalah utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme atau samseng. Kajian setahun pada 2006 – 2007 dilakukan Pensyarah Fakulti Pendidikan UM Profesor Madya Dr Tie Fatt Hee, membabitkan 740 responden di kira-kira 12 sekolah di Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Terengganu, Sabah dan Sarawak. (Berita Harian, 13 April 2009) Namun begitu, jenayah membunuh ini dapat dibendung jika perhatian dan pendekatan yang lebih diberikan kepada golongan remaja tersebut. Contohnya, ibu bapa hendaklah memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak ketika di rumah kerana segalanya bermula daripada rumah. Pendidikan agama dan nilai-nilai murni mestilah diterapkan supaya anak-anak mereka mendapat menilai antara perkara baik dan buruk. Selain itu, pihak sekolah juga perlu meningkatkan lagi disiplin sekolah bagi menjamin kegiatan salah laku pelajar berkurangan. Setiap kesalahan pelajar seperti ponteng sekolah, merokok, menghisap dadah, atau memukul pelajar lain hendaklah didenda setimpal dengan kesalahan mereka. Ibu bapa mereka juga harus ke sekolah untuk berbincang bagi mencari pendekatan awal dalam mengatasi masalah yang lebih serius. Tetapi Remaja juga haruslah pandai memilih rakan sebaya kerana sememangnya remaja mudah terpengaruh dengan kawan-kawan mereka. Di sini, pibu bapa mesti tahu dengan siapa anak mereka berkawan. Selain itu, undang-undang juga hendaklah diperketatkan dan ditingkatkan lagi. Remaja bawah umur yang melakukan kegiatan jenayah berat seperti bunuh hendaklah dikenakan hukuman mati mandatori bagi memberi pengajaran kepada remaja-remaja lain. Kesimpulannya, para remaja haruslah didedahkan kepada isu-isu semasa, kempen-kempen kesedaran, motivasi dan sebagainya bagi menyedarkan mereka bahawa merekalah generasi pemangkin negara. Golongan remaja ini juga perlu mengetahui bahawa segala kes jenayah akan merosakkan masa depan mereka. Mereka merupakan harapan sebagai generasi pelapis dan sepatutnya bergelut memperlengkapkan diri menjadi insan serba boleh demi masa depan, bukan sebaliknya mencurah tumpuan dan masa muda berharga dengan melakukan pelbagai jenayah seperti mereka yang bertaraf profesional.

Related Documents

Jenayah Membunuh
June 2020 23
Jenayah Siber
May 2020 16
Jenayah Syariah
November 2019 34
Jenayah Kolar Putih
May 2020 17
Lima Huruf Yang Membunuh
November 2019 31