Buah Kurma Gaya Hidup Sihat

  • Uploaded by: Nor Anisa Musa
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Buah Kurma Gaya Hidup Sihat as PDF for free.

More details

  • Words: 968
  • Pages: 4
Buah kurma - Makanan untuk gaya hidup sihat >Oleh Faridah Mansoer http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=2512&forum=19& Posting pada: 21-08-03 08:33 > >POKOK tamar atau kurma hanya tumbuh subur di negara Asia Barat, seperti >Arab Saudi, Iran, Iraq dan Mesir. > >Rasulullah s.a.w. mengibaratkan seorang Muslim seperti pokok tamar yang >daunnya tegar tidak pernah tunduk. Sabda baginda, ``di antara banyak >pokok, pokok tamar diibaratkan seperti seorang Muslim yang kuat, di mana >daunnya tegar tidak pernah tunduk.'' >Sedangkan dalam al-Quran, pokok tamar dan buah tamar ini juga disebut >sebanyak 20 kali yang menunjukkan betapa pentingnya tamar terhadap >manusia. > >Menurut kajian saintifik, buah tamar atau kurma mengandungi banyak >khasiat kesihatan. Sains moden juga mengiktiraf buah kurma sebagai >makanan tambahan bagi gaya hidup sihat kerana ia mengandungi elemen asas >untuk kecerdasan mental dan stamina. >Ia mengandungi pelbagai zat yang bermutu berbanding dengan buah-buahan >lain. Di antara kandungannya ialah zat gula, lemak, protein, minyak, >kalsium, zat besi, potassium, fosferus, manganese, copper, magnesium and >vitamin. >Bangsa Arab memakan kurma sebagai makanan seimbang yang sihat. Mereka >lazimnya memakan kurma bersama segelas susu dan yogurt, roti, mentega >dan ikan. Kombinasi ini merupakan makanan seimbang yang cukup untuk >mencerdaskan daya fikir dan stamina anda untuk menjalankan aktiviti >sehari suntuk. Dengan kata lain, sebiji kurma sekurang-kurangnya boleh >disamakan dengan makanan seimbang yang sihat. >Menyedari betapa tingginya khasiat buah kurma itu, maka tidak hairanlah >Rasulullah s.a.w. sendiri menganggapnya sebagai makanan yang memulihkan >tenaga. Ini diperkuatkan dengan hadis Rasulullah yang menyebut, >Rasulullah s.a.w. memulihkan tenaganya selepas berpuasa sehari dengan >memakan buah kurma ketika berbuka puasa sebelum menunaikan solat >Maghrib. >Jika tidak ada buah kurma segar, baginda s.a.w. akan menggantikannya >dengan buah anggur kering dan jika tidak ada juga, memadai baginda >sekadar meneguk segelas air putih. Amalan ini telah menjadi ikutan bagi

>orang Muslim berbuka puasa. > >Sabda Rasulullah: ``Jika ada di antara kamu yang berpuasa, maka >berbukalah dengan beberapa biji kurma. Tetapi jika tidak ada kurma, maka >memadailah dengan minum air putih. Sesungguhnya segelas air adalah bagus >untuk membersihkan sistem tubuh.'' >Kurma sesungguhnya adalah `raja' segala manisan, makanan yang ideal >untuk gaya hidup sihat. Ia mudah dicerna setengah jam selepas >memakannya. Ia memulihkan stamina serta merta. Ini berdasarkan kajian >saintifik bahawa tubuh yang lesu dan kurang bertenaga adalah disebabkan >faktor kekurangan gula dalam sistem darah. Ia menyebabkan seseorang >berasa lapar bukan kerana perut kosong tetapi kerana kekurangan kadar >gula dalam tubuh. Apabila tubuh kita menerima makanan berkhasiat seperti >kurma, rasa lapar akan reda atau berkurangan. Justeru itu sebiji kurma >mengandungi zat gula untuk tujuan stamina. >Menurut kajian sains moden juga, kurma yang kaya dengan kandungan serat >asli amat berkesan bagi mencegah barah dalam perut (abdominal cancer). >Menurut hadis juga, Mariam, iaitu ibu kepada Nabi Isa a.s. memakan buah >kurma ketika menderita sakit hendak bersalin dan juga sepanjang dalam >pantang selepas bersalin. Kurma juga bertujuan memulihkan tenaga selepas >bersalin. >Memakan kurma juga baik untuk seseorang yang sedang berusaha >mengurangkan berat badannya. Caranya, makan beberapa biji kurma sebagai >sarapan setiap pagi, ia akan mengelak seseorang makan berlebihan pada >siang harinya. Atau anda tidak perlu makan tengah hari tetapi >menggantikannya dengan memakan kurma saja, ia amat engenyangkan. >Beberapa kajian juga mengesahkan kurma mengandungi sejenis rangsangan >yang memperkuatkan otot-otot bahagian rahim bagi wanita mengandung pada >peringkat bulan-bulan terakhir kehamilan. Ini membantu melebarkan >pangkal rahim dan membantu ibu supaya mudah melahirkan anak. >Pada waktu yang sama ia mengurangkan pendarahan selepas bersalin. > >Pakar pemakanan pula mengesahkan kurma adalah di antara buah-buahan yang >terbaik untuk wanita selepas bersalin kerana ia mengandungi elemen yang >meredakan rasa murung dan tekanan emosi di kalangan ibu-ibu baru >bersalin. >Kurma juga memperkaya susu ibu dengan pelbagai kandungan zat berkhasiat >bagi menjamin kesihatan bayi untuk membesar dan mencegah bayi daripada >dijangkiti penyakit.Rasulullah s.a.w. juga menekankan pentingnya buah >kurma dan kesan positifnya terhadap pertumbuhan janin dalam kandungan. >Justeru itu baginda s.a.w. mengesyorkan supaya wanita memakan buah kurma >untuk kesihatan bayinya.

>Baginda juga mengesyorkan buah kurma dimakan bagi merawat mereka yang >mengalami sakit jantung. Manakala ilmu sains modern membuktikan >keberkesanan buah kurma bagi mencegah penyakit berkaitan sistem >pernafasan. > >Penemuan terbaru oleh institusi pemakanan mengesyorkan supaya kurma >diberi kepada kanak-kanak yang menderita penyakit berkaitan sistem saraf >atau hyperaktif. >Aisyah r.a., isteri Nabi Muhammad s.a.w. pernah menggunakan buah kurma >bagi merawat mereka yang mengalami pening-pening dan mabuk.Kini sudah >terbukti bahawa kekurangan kadar gula dalam sistem darah dan tekanan >darah rendah antara faktor penyebab pening dan mabuk. >Aisyah sendiri pernah memakan buah kurma bagi mengatasi masalah kurang >berat badannya. Beliau mencampurkan buah kurma dan mentimun bagi >menambah berat badannya.Katanya: ``Mereka sudah berusaha menggemukkan >saya dengan memberi saya pelbagai jenis makanan, namun saya masih kurus. >``Kemudian mereka cuba memberi saya makan mentimun yang dicampur dengan >kurma segar, ternyata berat badan saya bertambah.'' >Kebenaran itu terbukti apabila ahli sains hari ini menemukan bahawa satu >kilo buah kurma mengandungi hampir 3,000 kalori yang sudah mencukupi >bagi keperluan tubuh anda untuk melakukan aktiviti seharian. >Kurma kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral. Apabila kadar >keperluan zat tubuh anda rendah, maka sistem pembuluh darah akan >terjejas dan tidak berupaya berfungsi seperti biasa. Ia boleh >menyebabkan serangan jantung. >Oleh kerana kurma kaya dengan kalsium, ia juga membantu memperkuat >tulang. Apabila kandungan kalsium berkurangan di dalam tubuh >kanak-kanak, maka ia mudah dijangkiti penyakit rickets (lemah tulang) >disebabkan kekurangan vitamin D. Manakala pada orang dewasa, >tulang-tulang mudah reput dan lemah. >Kurma juga penting bagi menjamin kesihatan mata. Ia amat berkesan untuk >mencegah rabun senja.Pada zaman kegemilangan Islam, kurma lazimnya >dihidangkan kepada tentera Islam. Mereka akan membawa kurma bersama >untuk bekalan makanan utama di medan perang. Ini kerana kurma adalah >amat bagus untuk merangsang semangat juang dan bagi memperkuat >otot-otot. Jadi ia amat bagus untuk tentera yang berperang. > >Rasulullah s.a.w. mencampurkan kurma dengan roti, kadangkala baginda >mencampurkan buah kurma segar dengan mentimun atau kurma dengan minyak >ghee.

> >Baginda suka memakan kurma dengan pelbagai jenis bahan lain tetapi jenis >kurma yang amat digemari baginda ialah kurma Ajwah.

Related Documents


More Documents from "dadigareng"