Gaya Hidup Sihat Final.docx

  • Uploaded by: Selvarani Cadburygurl Rani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Gaya Hidup Sihat Final.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,701
  • Pages: 8
Penglibatan Pelajar Dan Remaja Dalam Penyalahgunaan Bahan Dunia hari ini telah mengiktiraf bahawa dalam sesebuah Negara yang maju dan bertamadun, belia selaku pewaris kepimpinan Negara perlu menyiapkan diri untuk menggalas peranan dan tanggungjawab yang besar. Golongan ini juga mempunyai potensi besar dalam mempengaruhi trend mahu pun sikap masyarakat dalam sesebuah Negara. Mengikut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (1977), definisi umur bagi belia ditetapkan sebagai individu yang berusia antara 15 hingga 25 tahun sahaja (www.un.org). Manakala takrif belia menurut Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia dalam kertas kerja “Cadangan Dasar Pembangunan Belia Negara” (1995), ialah orang yang berumur antara 15 hingga 40 tahun dengan alasan-alasan berikut iaitu Majlis Belia Malaysia 1985 dan juga dianggap golongan yang sudah mencapai taraf matang yang memuaskan dan dapat menerima manfaat maksimum daripada rancangan-rancangan yang disusun.

Sebaliknya, timbul pula permasalahan yang melibatkan golongan belia masa kini, iaitu mudah terdedah kepada pengaruh luar yang songsang dan tidak baik sehingga boleh merosakkan pemikiran dan kreadilibiti. Perkara-perkara tersebut mempengaruhi kehidupan belia melalui pelbagai cara seperti media massa, teknologi dan pengaruh rakan-rakan sebaya. Perkara yang sangat dibimbangi adalah penyalahgunaan bahan dalam kalangan belia. Penyalahgunaan bahan merujuk kepada aktiviti salahguna atau penggunaan sesuatu bahan terlarang seperti dadah atau bahan narkotik, alkohol dan pelbagai jenis bahan dalam jumlah atau dengan kaedah-kaedah yang boleh membahayakan diri individu atau orang lain (Hollen 2009)

1

Dalam konteks ketagihan dadah, bahagian Diagnostik dan Manual Statistic Penyakit Mental (DSM) Persatuan Ahli Psikiatri Amerika Syarikat dan WHO tidak lagi menggunakan istilah penyalahgunaan dadah sebaliknya mereka menggunakan istilah penyalahgunaan bahan yang lebih luas skop dan kemudaratannya kepada pengguna. Penyalahgunaan bahan amat sinonim dengan remaja khususnya dalam kalangan remaja yang berisiko. Pada hari ini penyalahgunaan bahan merupakan salah satu isu kesihatan awam yang diberi perhatian secara signifikan dan dikaitkan dengan pelbagai masalah tingkah laku dan kesihatan mental (World Health Organization Menurut United Nation Office on Drugs and Crime (2007), penglibatan remaja dalam penyalahgunaan bahan secara global, semakin meningkat. Kepopularan dadah rekreasi , gaya hidup yang bebas, pelbagai pengaruh luar serta kesenangan memperolehi bahan psikoaktif telah menyebabkan remaja kini lebih terjebak

dan

terlibat

dalam penyalahgunaan bahan di negara-negara barat. Menurut

Mahmood Nazar Mohamed et al. (2008), trend ini juga telah dipantau di Malaysia dan bilangan remaja yang menyalahgunakan bahan kian bertambah. Dadah bukanlah perkara baru dalam kehidupan seharian manusia kerana penggunaannya telah dikesan sejak berabad-abad yang lalu meskipun tarikh sebenar tidak dapat diketahui. Mengikut laporan Kedudukan Masalah Dadah dan Kemajuan Tindakan Anti Dadah (1985), perbuatan penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar-pelajar sekolah diketahui bermula di awal tahun 1970an. Maklumat yang dikeluarkan, daripada 671 penagih yang pertama kali dikesan adalah terdiri dari pelajar sekolah berumur 14 hingga 18 tahun. Senario ini memperlihatkan bahawa penyalahgunaan dadah yang melibatkan golongan pelajar bukan perkara yang baru tetapi masih berlanjutan sehingga ke hari ini. Penagihan dadah di Malaysia semakin hari semakin membimbangkan, bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan diri individu, bahkan mengundang kepada masalah sosial yang lebih berat sehingga boleh menggugat ketenteraman, keharmonian dan pembangunan sesebuah Negara. Fenomena ini amat merugikan Negara, di mana sebilangan besar 2

golongan yang terlibat adalah terdiri daripada golongan belia yang merupakan generasi pelapis bagi mencorakkan pembangunan Negara di masa akan datang. (Nur Afzan Muhammad, 2012; Samsuddin A.Rahim, 2007).

Ekoran itu, pelbagai usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak terutamanya pihak kerajaan dan sekolah dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia dan pelajar. Misalnya, di peringkat sekolah, AADK telah melaksanakan pelbagai program yang menarik dan inovatif seperti Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR), Program

Sekolah

Anak

Didik

Kami, dan Program

Intervensi

Pelajar

(PIP).

Walaubagaimanapun, kadar penglibatan penyalahgunaan dadah tidak berkurang malah makin meningkat dari semasa ke semasa. Golongan pelajar turut tidak terkecuali menjadi salah satu golongan penyumbang terhadap kadar peningkatan penyalahgunaan dadah. Malah strategi-strategi dan usaha-usaha tersebut sudah tentu akan menjadi lebih berkesan jika dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor yang mempengaruhi remaja dalam penyalahgunaan bahan. Jika faktor risiko dikurangkan dan faktor penjagaan diambil kira, kemungkinan remaja untuk menyalahgunakan bahan akan dikurangkan (Whatcom County, 2000). Bagi menjamin kesejahteraan negara pada masa hadapan, adalah penting untuk melahirkan pelajar yang bebas daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Berdasarkan fenomena yang berlaku, faktor-faktor yang mendorong pelajar untuk mengharungi dadah harus dititikberat dan diselesaikan bagi memastikan gejala dadah dapat dibendung sekaligus mampu mengurangkan kes penagihan berulang.

Faktor-faktor berlakunya penyalahgunaan bahan di kalangan pelajar dan remaja.

3



Pengaruh Rakan sebaya

Antara faktor tunjang yang mendorong pelajar dan remaja dalam penyalahgunaan bahan adalah Pengaruh rakan sebaya. Rakan sebaya memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seseorang remaja. Hal ini kerana, pelajar lebih selesa meluangkan masa dan perasaan mereka dengan rakan yang bersebaya dengan umur mereka. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Saodah Siraj (2000) mendapati bahawa pengaruh rakan sebaya mempunyai kaitan dengan masalah tingkah laku. Ia menunjukkan bahawa pelajar sering diajak oleh rakan untuk melepak di pusat membeli-belah dan turut bersetuju bahawa rakan lebih memahami masalah mereka berbanding ahli keluarga sendiri. Oleh yang demikian, secara tidak langsung pelajar mengikut jejak kaki rakan mereka tanpa menyedari kesan yang bakal ditimpa. Hal ini menyebabkan pelajar mudah menerima pelawaan rakan mereka untuk mencuba dadah. Pendapat ini turut menyokong pendapat Manja Mohd Ludin (1990), kanak-kanak di sekolah menengah biasanya membentuk kelompok mengikut minat masing-masing. Sejauh mana minat seseorang individu itu adalah bergantung kepada sejauh mana kuatnya daya tarikan rakan sebaya . Apabila seseorang itu mula melibatkan diri dengan rakan sebaya yang menggunakan dadah akan wujud daya tarikan untuk mereka juga melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah. Pelajar akan mula terpengaruh apabila rakan mereka sering mempelawa mereka untuk menggunakan dadah. Kebanyakan pelajar mudah mengikut perlakuan rakan yang menjurus kepada penyalahgunaan dadah seperti merokok. Hal ini juga dapat dibukti dalam kajian Tec (1972) di dalam Mohd Arifin (2004) yang telah mengkaji pengaruh kumpulan rakan sebaya ke atas tingkah laku penggunaan marijuana. Hasil daripada kajian tersebut memaparkan penggunaan marijuana sebagai aktiviti soaial yang sering berlaku dalam kumpulan rakan sebaya. Ini menunjukkan bahawa pelajar mudah menjurus kepada perlakuan rakan sebaya .



Ketidakpedulian ibu bapa

Faktor kedua terbesar yang menyumbang kepada penglibatan pelajar dalam menyalahgunakan dadah . Ibu bapa yang sering bergaduh menyebabkan mereka 4

terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Ini menunjukkan bahawa, kegagalan ibu bapa dalam menunjukkan contoh yang baik pada anak-anak. Nilai yang tidak baik akan menyebabkan remaja tertekan dan mula melibatkan diri pada perkara yang negatif seperti penyalahgunaan dadah. Ibrahim (1997) menyatakan bahawa, ibu bapa sememangnya mempunyai peranan dan tanggungjawab yang penting dalam menjaga disiplin anak remaja. Ibu bapa perlu menunjukkan perlakuan yang mempunyai nilai moral yang cukup tinggi sebagai panduan kepada anak-anak mereka. Selain itu, Anak-anak yang mula melangkah ke alam remaja akan mencari ketenangan di luar jika wujud suasana yang tegang di rumah. Teori Keperluan Maslow jelas menyatakan bahawa kasih sayang dan penerimaan ibu bapa, kawan, suami/isteri dan masyarakat merupakan keperluan individu untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Selain itu,, keluarga juga terlalu mementingkan kekayaan duniawi sehingga anak mereka terjebak dalam penyalahgunaan dadah. Ibu bapa menghabiskan masa untuk mengejar kekayaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak. Menurut, Siti Pazmah Idris (1996) dan Lam Choong Kie (2001), ibu bapa yang sibuk dengan urusan masing-masing dan bilangan keluarga yang besar menyebabkan ibubapa tidak menumpukan kepada permasalahan yang dihadapi oleh anak-anak mereka terutama golongan remaja. Kesibukan ibu bapa mencari wang untuk kesenangan hidup menjadikan anak-anak terbiar.

 Persekitaran Sekolah Selain itu, Faktor-faktor sekolah seperti kegagalan pencapaian di sekolah, persekitaran sekolah yang tidak selamat dan kacau bilau, dan kekurangan harapan yang tinggi daripada cikgu turut mempengaruhi penyalahgunaan bahan di kalangan remaja (Substance Abuse and Mental Health Services Administration, Centres for Substance Abuse Prevention, 1999). Brown, Myers, Mott, dan Vik (1994) pula melaporkan bahawa peningkatan penyalahgunaan bahan di kalangan remaja berhubung rapat dengan pencapaian akademik yang kurang memuaskan. Brown, Catalano, Fleming, Haggerty, dan Abbott (2005) juga melaporkan bahawa kegagalan dalam akademik merupakan salah satu faktor yang berisiko dalam peningkatan penyalahgunaan bahan di kalangan remaja. 5

Penglibatan pelajar dalam penyalahgunaan dadah berada di tahap yang kurang memuaskan maka adalah disarankan agar program-program pencegahan dadah dalam kalangan pelajar dibentuk dan digerakkan secara berterusan dari semasa ke semasa. Remaja yang pernah terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah dan berjaya membebaskan diri daripada dadah perlu direkrut, dilatih dan diberikan kemahiran untuk menjadi fasilitator/penceramah dalam aktiviti/program dan kempenkempen pencegahan dadah khasnya di sekolah. Ini kerana remaja merupakan agen pelaksana yang tepat untuk menjalankan aktiviti/program yang berkaitan dengan pencegahan dadah dalam kalangan rakan sebaya kerana mereka lebih memahami kehendak, keperluan dan aspirasi individu yang sebaya dengan mereka. Selain membantu mengukuhkan kepimpinan remaja yang pernah terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah, aktiviti/program tersebut juga dapat membantu rakan-rakan sebaya mereka yang lain untuk tidak terjebak dengan aktiviti penyalahgunaan dadah pada masa hadapan. Secara tidak langsung, remaja-remaja ini dapat membentuk satu jaringan sosial yang menyediakan keperluan sokongan sosial antara rakan sebaya. Pelaburan modal insan terhadap generasi muda amat penting dalam menyediakan golongan ini kepada satu tahap yang dikehendaki dalam mengharungi cabaran era globalisasi. Keterlibatan mereka dengan aktiviti penyalahgunaan dadah disebabkan oleh pelbagai factor perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan agar satu pendekatan baru untuk memerangi masalah penyalahgunaan dadah khasnya dalam kalangan generasi muda dapat dibentuk dan digerakkan dengan lebih berkesan. Ia bertujuan untuk memastikan generasi muda dapat mengamalkan gaya hidup sihat dan seterusnya mampu menyumbang sesuatu yang berguna kepada kesejahteraan dan kemakmuran negara.

6

RUJUKAN

Abuse Prevention (1999). Core Measures Initiative Phase I Recommendations. Dimuat turun pada April 7, 2010 dari http://www.cehd.umn.edu/carei/reports/SIG/docs/CoreMeasures.PDF

Brown, E.C., Catalano,R.F., Fleming,C.B. Haggerty, K.P., & Abott,R.D. (2005). Adolescent Substance Use Outcomes In The Raising Healthy Children Project: A Two-Part

Latent

Growth Curve Analysis. Journal of Consulting and Clinical Psychology, 73(4), 699-710. Lam Choong Kie (2001). Faktor-Faktor Yang Mendorong Pelajar Terlibat Dalam Masalah Vandalisme di Daerah Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda. Laporan Kedudukan Masalah Dadah Dan Kemajuan Tindakan Anti Dadah (1985) World Health Organization Of 2016. Manja Mohd Ludin ( 1990 ). Psikologi Sosiologi Dan Falsafah Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Muhammad Al-Ghazali (1994). Peribadi Muslim. Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri. Osman b. Haji Khalid. 393 – 395 National Center on Addiction and Substance Abuse at Columbia University (CASA). (2004). National Survey Of American Attitudes On Substance Abuse IX: Teen Dating Practices And Sexual Activity. New York. Saodah Siraj (2001). Sikap Dan Pengetahuan Pelajar Terhadap Penggunaan Dadah. Universiti Teknologi Malaysia. Thesis Sarjana Muda. Substance Abuse and Mental Health Services Administration, Centres for Substance. United Nation Office on Drugs and Crime. (2007). The World Drug Report.

7

Lampiran

8

Related Documents


More Documents from ""