Arahan Am : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D. Antaranya ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul itu. Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut. Hari ini, Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah sekolah Abu. Sebelum itu, guru-guru dan muridmurid sibuk membuat persediaan. Kelas Abu ditugasakan untuk menghias pentas, mereka menyusun pasu-pasu bunga di sekeliling pentas. Kelas Aminah pula ditugaskan untuk menyusun kerusi, tempat duduk para jemputan, ibu bapa , dan murid-murid. Murid-murid yang mengambil bahagian giat berlatih. Mereka akan mempersembahkan acara nyanyian, tarian, dan lakonan. Semua murid menjalankan tugas masing-masing dengan baik. Mereka ingin menjayakan Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah itu. 1. Apakah yang diadakan di sekolah Abu? A. B. C. D.
Hari Ibu Bapa Hari Penyampaian Hadiah Hari Ucapan Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah
2. Apakah tugas kelas Abu? A. B. C. D.
Membersihkan dewan Menghias pentas Menyusun kerusi meja Membuat persembahan
3. Acara-acara yang dipersembahkan adalah seperti berikut kecuali A. B. C. D.
berjenaka bernyanyi menari lakonan
4. Sebelum hari ucapan dan penyampaian hadiah, siapa yang sibuk membuat persediaan? A. B. C. D.
Guru-guru Murid-murid Ibu Bapa Guru-guru dan murid-murid
5. Mengapakah semua murid menjalankan tugas dengan baik? A. B. C. D.
Mereka ingin mengharumkan nama sekolah Mereka ingin mendapat hadiah Mereka ingin menjayakan Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah Mereka giat berlatih
1
Soalan 6 – Soalan 11 Baca petikan di bawah, kemudian jawap soalan-soalan yang berikut. Pada suatu hari, seekor singa sedang tidur di bawah pokok. Seekor tikus terpijak ekornya. Singa terjaga dan sangat marah. Singa menangkap tikus itu dan ingin memakannya. Tikus merayu supaya dilepaskan. Singa lalu melepaskannya. Tikus berjanji akan membalas budi baik singa. Pada suatu hari, singa terkena jerat pemburu. Singa meronta-ronta di dalam jaring tetapi tidak berjaya melepaskan diri. Tikus terdengar suara singa mengaum lalu datang menolongnya. Ia menggigit tak jaring itu. Akhirnya, singa dapat melepaskan diri. Sejak hari itu, mereka menjadi kawan baik. 6. Mengapa singa terjaga dari tidurnya? A. B. C. D.
Ia berasa lapar Ia diganggu oleh tikus Ia terdengar bunyi yang ganjil Ia tertembak oleh pemburu.
7. Mengapa singa ingin memakan tikus? A. B. C. D.
Ia marah Ia kasihan kepadanya Ia lapar Ia ingin menolongnya
8. Singa terkena jerat siapa? A. B. C. D.
Tikus Harimau Pemburu Penduduk Kampung
9. Bagaimana tikus mengetahui singa terkena jerat? A. B. C. D.
Binatang lain yang memberitahunya Ia terdengar suara singa mengaum Singa memberitahunya Tikus ternampak singa terkena jerat
10. Bagaimana singa melepaskan diri? A. B. C. D.
Dengan bantuan Sang Harimau Singa melepaskan diri sendiri Pemburu yang melepaskan singa Dengan bantuan tikus
11. Bagaimana sifat tikus itu? A. B. C. D.
Mengenang budi Baik hati Membalas dendam Taat setia
2
Soalan 12 hingga Soalan 17 Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalam berikut. Lalat ialah serangga yang kotor, ia suka hinggap pada benda kotor. Ia mempunyai enam kaki dan sepasang sayap. Lalat bertelur di tempat yang lembap, telurnya kecil putih. Telurnya menetas menjadi berenga yang berupa ulat. Kemudian, ia menjadi kepompong. Dari kepompong itu, keluarlah lalat, lalat suka hinggap pada tempat kotor yang banyak kuman. Kuman lekat pada kaki lalat, apabila ia hinggap pada makanan kita, makanan itu akan kena kuman. Lalat membawa penyakit taun. Kita mesti tutup makanan kita dengan baik dan menjaga kebersihan rumah. 12. Lalat ialah seranggan yang _____________ A. B. C. D.
bersih harum busuk kotor
13. Lalat mempunyai berapa pasang kaki? A. B. C. D.
sepasang dua pasang tiga pasang lima pasang
14. Lalat bertelur di mana? A. B. C. D.
Tempat yang gelap Tempat yang kering Tempat yang lembap Tempat yang terang
15. Telur lalat menetas menjadi apa? A. B. C. D.
Beluncas Ulat Kepompong Berenga
16. Apabila lalat hinggap pada makanan, makanan itu terkena _______________ A. B. C. D.
kuman kumuh racun ruam
17. Lalat membawa penyakit apa? A. B. C. D.
Selsema Taun Malaria Demam denggi
3
Soalan 18 hingga Soalan 20 Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan yang bergaris di bawah 18. Pakaian yang dijual di pasar raya itu sangat cantik. A. B. C. D.
buruk lama hodoh jelek
19. Seteru Kamal di dalam kelas itu ialah Jusoh A. B. C. D.
Kenalan Hamba Musuh Sahabat
20. Ayah sedang membaiki paip yang bocor itu. A. B. C. D.
merosakkan memulihkan menjaga membetulkan
Soalan 21 hingga Soalan 35 Jawab soalan-soalan di bawah dengan membulatkan perkataan yang sesuai 21. Sebuah ______________ telah terhempas di Pahang A. B. C. D.
helikopter lori kereta bas
22. Emak sedang ___________ ikan di dapur A. B. C. D.
menangkap memotong menyiang mengerat
23. Cikgu Siti sedang ______________ kertas ujian bulanan murid-murid Tahun Tiga. A. B. C. D.
memeriksa menyalin mengulang menulis
24. “ ________________ akan pergi ke pameran itu ,” kata Samud dan Salim. A. B. C. D.
Saya Kami Kita Mereka
4
25. “ _______________ akan berangkat ke luar negara esok ,” titah Sultan Perak. A. B. C. D.
Saya Patik Hamba Beta
26. Pakaian yang dibeli oleh bu sungguh ________________ A. B. C. D.
cantik kemas jimat kurus
27. Budak yang _______________ itu telah dimarahi oleh guru. A. B. C. D.
baik sabar nakal tampan
28. Ayah memjumpai beberapa ______________ peluru di dalam semak itu. A. B. C. D.
biji buah laras butir
29. ______________ nama anak awak yang belajar di luar negara itu? A. B. C. D.
Siapakah Apakah Bagaimanakah Mengapakah
30. ______________ letaknya rumah Cikgu Zurina? A. B. C. D.
Bilakah Di manakah Bagaimanakah Siapakah
31. Pada waktu tengah malam, Lorong Budi itu sangat ______________ A. B. C. D.
kecil gelap lurus terang
32. Pada musim hujan, ayah akan memakai baju yang ______________ A. B. C. D.
panjang besar nipis tebal
5
33. Pak Ucop membeli beberapa ______________ durian di pasar tani. A. B. C. D.
buah bongkah longgok ketul
34. Ramzah sedang ______________ surat kepada sahabatnya Julia A. B. C. D.
menulis membaca melukis menerima
35. _____________ besar nanti, saya mahu menjadi peguam. A. B. C. D.
Apabila Atau Kerana Walaupun
Soalan 36 hingga Soalan 41 Pilih perkataan yang paling sesuai untuk mengisi tempat-tempat kosong yang bernombor dalam petikan di bawah. Pada hujung minggu yang ___________, sekolah saya telah mengadakan temasya Hari Sukan bagi tahun ini. Pelbagai acara telah ______________. Saya turut ________________ bahagian. Rumah Biru telah menjadi johan sementara Rumah Kuning ______________ naib johan. Rumah Merah, iaitu rumah saya, ______________ tempat yang ketiga. Semua ahli rumah saya _______________ untuk berusaha bersungguh-sungguh agar dapat menjadi johan pada tahun hadapan.
36. A. B. C. D.
lampau lalu esok sudah
37. A. B. C. D.
diadakan disajikan dirancangkan dibuatkan
38. A. B. C. D.
ambil pengambilan diambil mengambil
39. A. B. C. D.
menjadikan jadi menjadi dijadikan
6
40. A. B. C. D.
menerima mendapat dianugerahkan dihadapi
41. A. B. C. D.
berazam beringat bermuka berusaha
Soalan 42 hingga Soalan 47 Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan ditempat kosong dalam ayat di bawah ini. 42. Salimah __________________ basikal ke sekolah. A. B. C. D.
memandu menunggu mendayung mengemudi
43. Lembu itu telah ______________ Pak Ali. A. B. C. D.
menggigit membaham menanduk menelan
44. Harimau ialah binatang yang ______________ daging. A. B. C. D.
memakan menggigit mengunyah mengoyak
45. Guru Besar _______________ di perhimpunan itu. A. B. C. D.
berucap berkata berhujah berpidato
46. Puan Asmah sangat rindu ____________ anaknya. A. B. C. D.
pada tentang kepada akan
7
47. Pameran buku itu berlansung _____________ hujung bulan April. A. B. C. D.
ke hingga di kepada
Soalan 48 hingga Soalan 50 Pilih kata nama am yang terdapat dalam ayat di bawah ini. 48. Kucing yang comel itu suka bermain. A. B. C. D.
kucing comel suka bermain
49. Malaysia sebuah negara yang maju. A. B. C. D.
Malaysia negara yang maju
50. Saya mengelap meja itu sehingga bersih. A. B. C. D.
saya mengelap meja bersih
8