Ujian Bacaan

  • Uploaded by: SalimHjmatsah
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ujian Bacaan as PDF for free.

More details

  • Words: 556
  • Pages: 5
UJIAN BACAAN

ARAHAN : Baca petikan di bawah ini dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Setiap orang mahu akan kejayaan. Tidak ada orang yang mahu gagal dalam kehidupan. Tetapi untuk mencapai kejayaan, kita perlulah berusaha dan merancang waktu agar tidak terbuang dengan sia-sia. Murid yang cukup bersedia tidak akan berasa runsing menjelang sesuatu ujian atau peperiksaan. Dia dapat menjawab soalan dengan tenang. Ketenangan sangat penting ketika menjawab soalan. Oleh itu, selalulah membuat ulangkaji sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa pun. Bersedialah dari awal dan jangan mudah berputus asa. Dengan dorongan ibu bapa, guru, serta disiplin yang anda amalkan, pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.

1. Siapakah yang mahukan kejayaan ? 2. Siapakah yang tidak akan berasa runsing ? 3. Apakah yang penting ketika menjawab soalan ?

UJIAN BACAAN

ARAHAN : Baca petikan di bawah ini dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Ana melangkah masuk ke rumah dengan wajah yang sedih. Ibu dan ayah terdiam melihatnya. “Usahlah bersedih, Ana. Gagal sekali tidak bererti gagal untuk selama-lamanya,” kata ayah. “Betul, Ana,” kata ibu pula. Ana ketawa. Dia tidak dapat meneruskan lakonan itu lagi. Ibu dan ayah semakin bingung. Tanpa membuang masa Ana memeluk ibu dan ayah lalu memberitahu mereka keputusan peperiksaannya. “Ibu, ayah, Ana mendapat 5A !” Ibu dan ayah begitu gembira. Mereka berdua mengucapkan tahniah kepada Ana. Mereka bangga dengan kejayaan Ana itu.

1. Siapakah yang berasa sedih ? 2. Mengapakah Ana ketawa ? 3. Mengapakah ibu dan ayah begitu gembira ?

UJIAN BACAAN

ARAHAN : Baca petikan di bawah ini dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Aku adalah sebuah tudung saji yang cantik dan berwarna-warni. Aku dibuat daripada mengkuang. Aku dibeli oleh seorang wanita. Setiap hari, tugasku menutup hidangan di atas meja. Aku menghalang lalat menghinggapi makanan. Kadang-kadang aku berehat pada paku di dinding. Lama-kelamaan badanku menjadi uzur dan buruk. Aku tidak dapat menjalankan tugasku dengan sempurna. Lalat dapat masuk melalui badanku dan hinggap pada makanan. Akhirnya, tuanku membuang aku ke dalam tong sampah.

1. Siapakah yang membeli “aku” ? 2. Apakah tugas yang dilakukan oleh “aku” pada setiap hari ? 3. Mengapakah tuan “aku” membuang “aku” ke dalam tong sampah ?

SOALAN SITUASI 1 Kamu seorang pengawas sekolah. Pada suatu hari, kamu dapati seorang murid telah memanjat sebatang pokok berhampiran dengan kantin. Kamu telah menyuruh murid itu turun tetapi dia enggan. Tidak lama kemudian murid itu terjatuh dan tangannya patah. Soalan 1. Apakah tindakan kamu seterusnya ? 2. Nyatakan langkah yang patut kamu ambil untuk mengelakkan murid memanjat pokok ? 3. Apakah pertolongan yang dapat kamu beri kepada murid berkenaan ? SOALAN SITUASI 2 Pada suatu hari kamu telah pergi ke bandar dengan menaiki bas. Kamu mendapat tempat duduk. Tidak lama kemudian, naik seorang perempuan mengandung bersama dengan anaknya yang masih kecil. Dengan spontan kamu berdiri dan memberi tempat duduk kepada perempuan itu. Soalan 1. Mengapakah kamu berbuat demikian ? 2. Pada pendapat kamu, adakah tindakan yang kamu buat itu betul ? Mengapa ? 3. Pada pendapat kamu, bagaimanakah perasaan perempuan itu ? SOALAN SITUASI 3 Kamu mendapati kelas kamu kotor, sampah bersepah di sana-sini dan tingkaptingkap berhabuk. Di dalam longkang kelas kamu dipenuhi dengan sampah dan kulit pembungkus makanan ringan. Soalan 1. Pada pendapat kamu, mengapakah keadaan sedemikian berlaku ? 2. Nyatakan dua langkah yang patut kamu ambil untuk mengatasi masalah itu ? 3. Apakah tindakan yang boleh diambil terhadap murid-murid yang tidak bertugas ?

Related Documents

Ujian Bacaan
May 2020 27
Bacaan
June 2020 26
Bacaan Wudu.docx
November 2019 33
Bacaan Bm.docx
December 2019 21
Bacaan Sholat.docx
December 2019 24
Bacaan Shalat.docx
April 2020 18

More Documents from "masbadai"

Bm Pemahaman
May 2020 42
Tatabahasa Tahun 3
May 2020 27
Ujian Bacaan
May 2020 27