5.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI Sunday, March 29, 2009, 5:36:23 PM |
[email protected] (EVOLUSI HOT9) 5.1 PERANAN IBUBAPA Peranan ibubapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukan moral yang baik. Selain itu, ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa mereka bersama dengan anak-anak mereka dengan memberi keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu, tingkatkan penghayatan anakanak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsipprinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yabg mulia, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak. 5.2 PENDEKATAN AKEDEMIK Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akedemik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah.Hal ini boleh membantu para remaja dari terjebakdengan pelbagai gejala sosial yang tidak elok. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti pengunaan komputer, video, bantuan alat pandang dan teknik pengajaran luar kelas.Ianya juga haruslah dikawal setiap penggunaan teknologi pada masa kini dari mengelak remaja menyalah gunakan teknologi tersebut. 5.3 MEWUJUDKAN SISTEM PERUNDANGAN DI SEKOLAH Peruntukan undang-undang di sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.
4.0 KESAN-KESAN Sunday, March 29, 2009, 5:35:42 PM |
[email protected] (EVOLUSI HOT9) 4.1 KESAN KE ATAS INDIVIDU Masalah sosial remaja kian meruncing dan semakin ramai yang terjebak.Hal ini mendatangkan kesan ke atas individu itu sendiri.Kesan yang amat ketara dapat dilihat ialah ke atas kehidupan remaja itu sendiri.Kehidupan remaja mereka dipersiakan begitu begitu sahaja.Kadang-kadang mereka tidak sedar apa yang mereka lakukan .Masa mereka dibuang begitu sahaja tanpa melakukan aktiviti yang berfaedah.Selain itu,seseorang individu itu akan mengalami kemunduran didalam pelajaran .Hal ini berlaku apabila mereka selalu ponteng kelas sekaligus akan menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan dunia luar.Tambahan pula dunia sekarang yang penuh mencabar memungkinkan lagi remaja mudah terjebak dengan gejala sosial. Kesannya juga ialah para remaja ini sangat mudah terpengaruh dengan pelbagai kegiatan negatif kerana remaja ini memiliki sifat-sifat negatif.Remaja mudah tepesong dengan pengangan hidup mereka, jadi apabila pengaruh luar mula mendekati mereka tanpa berfikir panjang mereka mudah mengikuti gejala tersebut.Pemikiran remaja sebenarnya dipenuhi dengan keburukan jadi tidak hairan jika mereka melakukan sesuatu tindakan itu diluarkawalan mereka.Pergaulan bebas dalam kalangan remaja juga akan menimbukan pelbagai masalah khususnya remaja perempuan yang semakin hari semakin meningkatnya masalah dalam kalangan mereka.Apa yang kita perhatikan sekarang ramai perempuan–permpuan yang mengandung anak luar nikah.Hal ini demikian disebabkan berlakunya hubungan seks rambang.Apabila ini berlaku maka kes pembuangan anak pula terjadi dan remaja yang lari dari rumah pun akan semakin meningkat. 4.2 KESAN KE ATAS MASYARAKAT Masalah sosial remaja memang tidak asing lagi bagi masyarakat.Masyarakat kini memandang rendah kepada golongan remaja.Hal ini demikian disebabkan sikap remaja itu sendiri yang mencorakkan identiti mereka .Masalah sosial remaja ini juga banyak mendatangkan kesan kepada masyarakat.Antara kesannya ialah kehidupan masyarakat tidak lagi aman kerana banyak kes sosial remaja seperti merompak,mencuri,meragut dan sebagainya semakin berleluasa.Jadi,masyarakat akan sentiasa bimbang akan keselamatan mereka walau berada di rumah sendiri.Masyarakat sentiasa hidup dalam ketakutan ,sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga.Hal ini menimbulkan ketidakselesaan kepada masyarakat kerana mereka seolah-olah tiada hak untuk hidup secara aman dan tidur dengan lena. Selain itu,kegiatan vandalisme dalam kalangan remaja juga akan menyusahkan masyarakat kerana kegiatan ini melibatkan harta benda awam.Jadi,apabila mereka melakukan kegiatan ini sekaligus akan menyusahkan orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan tersebut.Sebagai contoh apabila kebakaran berlaku orang ramai tidak dapat menghubungi bomba kerana telefon awam tidak dapat digunakan kerana gara-gara sesetngah remaja yang suka merosakkan harta benda awam.Hal ini bukan sahaja menyusahkan orang ramai malah boleh mengorbankan nyawa seseorang.Kegiatan seperti merempit juga sering menimbulkan masalah kapada
masyarakat kerana mereka juga menggangu masyarakat.Sebagai contohnya ialah biasanya remaja akan melakukan lumba haram pada sebelah malam jadi,kebanyakan masyarakat pada masa itu sudah tidur.Apabila hal ini berlaku jadi masa rehat masyarakat akan terganggu oleh bunyi bising yang ditimbulkan oleh remaja tersebut. 4.3 KESAN KE ATAS NEGARA Kesan masalah sosial remaja amat ketara kepada Negara kerana remaja merupakan tonggak masa depan Negara.Remaja juga yang akan mencorakkan identiti dan mentadbir Negara kelak. Sekiranya bukan mereka siapa lagi yang akan mengurus negara takkanlah kita hendak menyerahkan negra kita kepada orang asing.Sekiranya masalah remaja tidak dapat dibendung maka semakin hari remaja akan berkurang dan Negara juga akan semakin hilang tenga muda sama ada dalam Negara ataupau dalam bidang tenaga kerja.Negara juga akan dipandang serong oleh Negara lain disebabkan kelemahan dalam pentadbiran.Hal ini demikian remja yang terlibat dengan masalah social semakin ramai jadi,tidak hairanlah sekiranya masayarakat Negara lain memandang rendah pada negra kita. Kesannya juga akan merugikan Negara dari segi kos perbelanjaan iautu mengeluarkan wang untuk membaiki harta awam yang rosak.Hal ini disebskan kegiatan vandalisme yang dilakukan para remaja.Wang banyak dihabiskan untuk membaiki barang yang rosak tetapi sekiranya hala ini tidak berlaku wang tersebut boleh disalurkan kepada yang memerlukan seperti membantu mereka yang lebih memerlukan.
3.0 FAKTOR-FAKTOR Sunday, March 29, 2009, 5:35:09 PM |
[email protected] (EVOLUSI HOT9) 3.1 Antara faktor utama berlakunya masalah sosial di kalangan remaja pada hari ini adalah kelemahan dan keruntuhan institusi keluarga terutamanya kekurangan kasih sayang, perhatian, asuhan dan didikan akhlak daripada ibu bapan kepada anak- anak. Ibu bapa yang dibuai kebendaan dan mementingkan karier serta wang selalu mengabaikan tanggungjawab mereka keatas anak-anak di rumah. Anak-anak dibiarkan hanyut dalam dunia khayalan yang menjerumuskan mereka ke lembah kehinaan. Mereka mudah meyimpang daripada lunas yang murni dan berakhlak,kini mereka hidup bebas tanpa segan silu dan tidak menghiraukan masyarakat apabila melakukan pelbagai gejala sosial. Kebebasan tanpa pedoman, batasan dan didikan agama akan berakhir dengan kehancuran. Setiap remaja tiada pilihan melainkan menjadikan agama sebagai sumber penjana remaja cemerlang. Diri remaja perlu dikukuhkan dengan unsur kerohanian yang mantap sehingga berupaya melakukan jihad menentang segala cabaran masa depan yang lebih hebat.Remaja perlu mengetahui, memahami dan menghayati matlamat hidup di dunia.Mereka perlu sedar dari mana mereka datang, kenapa mereka dijadikan dan kemana mereka akan dikembalikan. Hal ini menjadikan remaja bertanggungjawab kepada diri sendiri, agama, bangsa, dan negara. Mendekatkan diri dengan agama adalah peluang menjamin masa depan remaja yang lebih cerah dan cemerlang. Pegangan agama yang kukuh dan berkesan perlu bagi menimbulkan keinsafan dan kesedaran supaya remaja memanfaatkan masa remaja dengan menimba ilmu dan kesedaran supaya remaja menghormati guru demi kebahgiaan dunia dan akhirat. Remaja juga perlu mempunyai
daya tahan dari segi fizikal dan mental bagi merialisasikan cita-cita diri, agama, bangsa dan negara. Ciri-ciri jati diri, waja diri dan kawalan diri yang kukuh perlu dimiliki oleh remaja. Ia berfungsi mengawal perasaan, emosi dan nafsu yang dapat menjerumuskan ke lembah gejala sosial yang hina. 3.2 Faktor kedua ialah factor rakan sebaya, persekitaran masyarakat, media massa dan kelemahan undang-undang memburukkan lagi keadaan. Hal ini juga menjadi pemangkin kepada meluasnya gejala sosial di kalangan remaja. Bagi remaja yang tercicir dalam persekolahan, kewujudan peluang-peluang pekerjaan di kawasan bandar ekoran pertumbuhan aktiviti perindustrian mengakibatkan penghijrahan meluas ke kawasan bandar. Penghijrahan remaja dari kampung bagi mencari pekerjaan di bandar-bandar mendatangkan pelbagai kesan langsung dan tidak langsung seperti masalah sosial, keluarga serta perubahan nilai dan sikap. Terdapat pelbagai unsur negatif yang disalurkan melalui media massa terutamanya media elektronik seperti filem ganas dan lucah yang tidak sesuai dengan agama, akhlak, budaya timur dan wawasan negara. Laporan televisyen dan akhbar menunjukkan gejala sosial remaja berlaku selepas menonton filem berunsur ganas.Mereka seolah-olah terpengaruh dengan apa yang mereka lihat. Desakan keluarga dan kuasa sivik membantu menghalang remaja daripada terlibat dengan aliran muzik rock yang negatif dan kesan umum daripada rakaman video. Permainan video dan pengaruh televisyen cukup sinonim dengan pelbagai masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja. 3.3 Faktor ketiga yang menjadi penyebab ialah ialah mereka tidak dapat mengawal nafsu diri, tidak mendengar nasihat orang tua,ingin mencuba dan ingin meniru. Nafsu yang paling jahat menghantui jiwa remaja ialah terdorong kepada kegiatan jahat dan hidup berfoya-foya yang hanya dikejar ialah keseronokan dan kemewahan tanpa memikirkan masa depan. Mereka melakukan perkara-perkara yamg melampaui batas dan boleh menggelapkan naluri mereka, sehinggakan terjebak dalam lembah maksiat sematamata nengejar keseronokan dan kemewahan. Pengabaian bimbingan, asuhan dan pendidikan remaja mengakibatkan kelahiran pelbagai gejala sosial seperti samseng sekolah, budaya lepak, tidak minat belajar, vandalisme, berjudi, lari dari rumah, penyalahgunaan dadah dan pil khayal,bohjan, pengguguran dan pembuangan anak, budaya punk,skinhead, black metal, lumba haram dan sebagainya. 2.0 DEFINISI GEJALA SOSIAL REMAJA Sunday, March 29, 2009, 5:34:12 PM |
[email protected] (EVOLUSI HOT9) Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif atau buruk anggota masyarakat yang bertentangan dengan tatasusila ketimuran dan nilai-nilai murni serta yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.Manakala secara perundangan pula tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mengtakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkutan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu
ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan .