6 2
(BIL 642) 23 - 29 Julai 2007
BAHASA MELAYU KERTAS 2
BH PILIH D6 23 emel
Bahagian A dan C Oleh Cikgu Faiz Bahagian A (Gambar Tunggal) Pengenalan: * Gambar tunggal terdiri daripada satu gambar sahaja. * Calon mesti meneliti keseluruhan gambar dan meneliti maklumat yang terdapat dalam gambar. * Bina lima ayat sahaja dengan menggunakan nombor. * Masa yang dicadangkan untuk menjawab bahagian ini ialah 15 minit.
LATIHAN MINGGU INI Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.
Soalan perbincangan: Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.
2 3 4 5 Bahagian C
Langkah 2: Baca dan cari kunci soalan * Baca keseluruhan soalan dan cari kunci soalan. * Kunci soalan bagi soalan perbincangan ini ialah ‘tentang’. Oleh itu, calon boleh membina apa sahaja ayat yang terdapat dalam gambar. Langkah 3: Bina rangka ayat * Contoh:
Pengenalan: * Calon diminta membuat ulasan berdasarkan bahan rangsangan. * Ulasan yang dibuat mestilah dalam satu perenggan. * Masa yang dicadangkan untuk menjawab bahagian ini ialah 20 minit. * Markah yang diperuntukkan ialah 20 markah. Soalan perbincangan: Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Seorang peniaga
- memasukkan buah-buahan
Budak perempuan dan ibunya
- memilih buah pisang
Sarah : Zaki : Sarah :
Seorang peniaga
- menimbang berat buah mangga
Zaki
Seorang peniaga
- berteriak memanggil pelanggan
Semua gerai buah-buahan - dipenuhi pelanggan Langkah 4: Bina lima ayat lengkap * Tulis lima ayat sahaja berdasarkan rangka ayat. * Pasti setiap ayat mempunyai nombor. * Semasa menulis ayat, berhati-hati dengan tulisan, struktur ayat, ejaan, imbuhan dan tanda baca. * Jawapan contoh: 1. Seorang peniaga buah-buahan memasukkan beberapa biji manggis ke dalam plastik. 2. Seorang budak perempuan dan ibunya sedang memilih buah pisang sebelum membelinya. 3. Seorang peniaga menimbang berat buah mangga yang hendak dibeli oleh seorang lelaki. 4. Seorang peniaga berteriak memanggil pelanggan untuk membeli buah-buahan yang dijualnya. 5. Semua gerai buah-buahan dikunjungi pengunjung yang hendak membeli buah-buahan di situ. Langkah 5: Menyemak * Selepas menulis jawapan, semak struktur ayat, penggunaan perkataan, tanda baca, imbuhan dan ejaan. * Pastikan ayat yang dibina berkaitan gambar dan pastikan ayat gramatis yang dibina. Info Didik: l Jangan tulis maklumat yang tidak terdapat dalam gambar walaupun betul. l Semak selepas membuat ayat agar tidak melakukan kesalahan struktur ayat, ejaan, kosa kata, imbuhan dan tanda baca.
:
Wani : Zaki
:
Sarah : Zaki : Wani :
Zaki
:
Sarah : Zaki
- menegur perbuatan salah - mengaku atas kesalahan yang dilakukan
Langkah 3: Membuat rangka ulasan * Membuat rangka ulasan agar mudah membuat teks ulasan. * Contoh: - Mengapakah mesti menegur perbuatan yang salah? - Mengapalah mesti mengaku kesilapan yang dilakukan? * Jawapan kepada rangka ulasan boleh dijadikan teks ulasan. Langkah 4: Membuat ulasan * Buat ulasan berdasarkan rangka ulasan. * Jawapan contoh: Antara pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas ialah kita mestilah menegur perbuatan salah yang dilakukan agar tidak mengulangi perbuatan tersebut. Contohnya, Sarah dan Wani menasihati Zaki. Seterusnya, kita hendaklah bertutur dengan sopan dan berbudi bahasa. Contohnya, Zaki yang bercakap dengan kasar janganlah kita ikuti. Selain itu, kita haruslah menyiapkan kerja sekolah yang diberi sebagai tanda murid yang berdisiplin. Di samping itu, kita juga mesti sedar dan insaf atas kesalahan yang kita lakukan agar tidak mengulangi perbuatan yang salah itu lagi. Contohnya, Zaki sedar akan kesilapan yang dilakukan. Akhir sekali, kita patut menghargai bantuan orang lain kepada kita sebagai tanda berbudi bahasa. Contohnya Zaki mengucapkan terima kasih kepada Sarah dan Wani.
Jawapan: 1
Langkah 1: Memahami dan meneliti gambar * Teliti dan cari maklumat yang terdapat dalam gambar. * Rangka idea seperti siapa / apa / di mana / bila / mengapa.
* Contoh:
:
Wani : Sarah :
Zaki, boleh saya bercakap dengan kamu sebentar. Ha, kamu hendak apa? Saya mendapat tahu, kamu telah menconteng dinding sekolah. Cakap baik-baik sikit. Jangan tuduh sebarangan tanpa bukti. Lagi pun suka hati akulah hendak buat apa. Mengapa kau sibuk? Sebagai pengawas sekolah, kami perlu ambil tahu dan melaporkan setiap kesalahan yang dilakukan. Ha, laporlah! Aku sikit pun tak takut. Aku memang benci kepada Cikgu Rizal kerana selalu mendenda aku. Mengapakah Cikgu Rizal selalu mendenda kamu? Aku selalu tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi. Zaki, sebenarnya Cikgu Rizal sayangkan kamu dan mahu kamu berjaya. Cikgu Rizal mendenda kamu kerana kamu telah melakukan kesalahan. Jika kamu membuat kerja sekolah itu, tentu kamu tidak didenda. Zaki, kamu mesti sedar dan faham. Terima kasih, Wani dan Sarah kerana telah menyedarkan saya. Saya berjanji akan menyiapkan kerja sekolah dan tidak melakukan perbuatan yang melanggar peraturan sekolah. Baguslah, kerana kamu telah sedar. Mari kita padam contengan yang telah kamu lakukan tadi. Baiklah, terima kasih Wani dan Sarah kerana sudi membantu saya. Sama-sama. Sama-sama
Langkah 5: Menyemak * Selepas menulis jawapan, semak struktur ayat, penggunaan perkataan, tanda baca, imbuhan dan ejaan. * Pastikan ulasan yang dibina berkaitan dengan petikan. LATIHAN MINGGU INI Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Mahayadin : Borhan : Mahayadin : Borhan
:
Mahayadin : Borhan :
Mahayadin : Borhan :
Mahayadin : Borhan :
Mahayadin : Borhan
:
Apa khabar, Borhan? Oh, Mahayadin! Saya sihat sahaja. Tahniah saya ucapkan atas kejayaan kamu yang telah mendapat anugerah olahragawan sekolah. Terima kasih. Saya pun tidak menyangka boleh mendapat kejayaan ini. Saya berasa sangat gembira atas kejayaan ini dan saya percaya kejayaan ini hadiah kepada warga sekolah yang banyak memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada saya. Adakah kamu puas dengan kejayaan ini? Oh, tidak sama sekali. Ada banyak lagi yang perlu saya usahakan untuk berjaya ke peringkat yang lebih tinggi. Saya berazam untuk mewakili negara suatu hari nanti. Adakah kamu rasa hebat dengan kejayaan ini? Oh, tidak! Saya sama seperti pelajar yang lain. Cuma nasib saya yang agak baik dan masih banyak lagi yang perlu saya belajar. Saya masih perlu tunjuk ajar daripada guru-guru dan sokongan daripada rakan-rakan. Saya mahu kejayaan ini dikongsi bersama dengan seluruh warga sekolah. Apakah harapan kamu? Saya harap akan terus berjaya untuk mengharumkan nama sekolah. Saya juga berharap agar rakan-rakan yang lain akan terus berusaha bersungguh-sungguh walaupun banyak halangan kerana bukan senang untuk berjaya. Saya doakan awak berjaya. Terima kasih kerana sudi berbual dengan saya. Sama-sama
Jawapan:
Langkah 1: Baca dan fahami soalan * Baca keseluruhan soalan dan cari kunci soalan. * Berdasarkan soalan di atas, kunci soalan ialah pengajaran. Langkah 2: Baca dan fahami petikan * Baca petikan dengan teliti dan fahami kandungannya. * Semasa membaca kenal pasti dan garis pengajaran yang terdapat dalam petikan. * Senaraikan pengajaran yang dikesan.
PELAJARAN MINGGU DEPAN: Bahagian B (Perbahasan)