Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang impak perubahan cuaca dunia terhadap kehidupan dan sebab-sebab berlakunya fenomena perubahan cuaca ini. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata. Pemanasan global merujuk kepada perubahan cuaca yang mendadak menyebabkan keadaan persekitaran menjadi semakin panas, pencairan ais di kutub utara dan di kutub selatan, serta kepupusan hidupan liar. Namun persoalannya, apakah kesan yang terpaksa dihadapi oleh manusia dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini? Panel Suruhanjaya Perubahan Cuaca Bangsa-Bangsa Bersatu sudah membuktikan perubahan cuaca ini memberikan kesan yang negatif kepada manusia. Berdasarkan situasi kini, tidak mustahil akan berlaku perubahan besar cuaca menjelang tahun 2100 nanti. Pada masa itu penduduk dunia akan merasai peningkatan suhu sehingga 30 darjah Celsius. Keadaan ini akan menyebabkan paras laut naik hingga 45 sentimeter serta berlakunya bencana alam yang bersilih ganti. Pada tahun 1998 taufan Mitch yang melanda Amerika Tengah yang mencatatkan kelajuan 180 minit per jam telah menyebabkan 6500 orang maut kerana terperangkap dalam banjir lumpur. Dalam keadaan yang serba kekurangan dari segi bantuan dan keperluan hidup serta sanitasi, banyak penyakit seperti malaria, denggi dan taun mudah merebak. Pada tahun berikutnya puting beliung Orissa melanda India dan Myanmar dan banjir besar melanda Caracas, Venuzuela yang masing-masingnya mencatatkan angka kematian yang tinggi, iaitu hampir 10 ribu dan 30 ribu orang. Manakala pada tahun 2000 pula, hujan lebat dan taufan yang melanda Mozambique menyebabkan kes malaria meningkat lima kali ganda. Isu yang sama, iaitu setiap kali berlaku bencana akan mengundang pelbagai jenis penyakit. Situasi benar-benar berlaku di sekeliling ialah cuaca panas banyak membantu meningkatkan pembiakan nyamuk. Sebaliknya pada musim hujan pula menyebabkan haiwan-haiwan pembawa penyakit seperti lalat, tikus, hama dan sebagainya akan bergerak dengan aktif. Haiwan-haiwan ini akan membawa pelbagai jenis penyakit zoonosis. Tambahan pula, cuaca yang tidak menentu turut memberi kesan kepada peningkatan dan perkembangan mikro seperti bakteria, virus, dan alga serta kelangsungan hidup vektor. Walau bagaimanapun, semua situasi ini tidak terlalu serius di Malaysia kerana infrastruktur kesihatan yang baik. Selain itu, program pencegahan dan pembasmian vektor dan penyakit zoonosis dilaksanakan dengan baik oleh agensi-agensi yang bertanggungjawab. Program pengimunan yang dilakukan banyak membantu mencegah pelbagai penyakit berjangkit ini. Kesedaran rakyat berkenaan kebersihan dan khasiat makanan juga banyak membantu mencegah pelbagai penyakit. Kesan kesedaran pelbagai pihak dan kerjasama dalam mencegah gejala-gejala ini secara tidak langsung membantu meningkatkan status ekonomi negara. Namun, para saintis menyedari keadaan ini tidak akan terus kekal kerana semakin lama timbulnya penyakit semakin kompleks dan cara pencegahannya pula semakin tidak diketahui. Justeru, semua orang digalakkan supaya sentiasa mengambil langkah mencegah seperti yang disarankan oleh kerajaan. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana “Cuaca Penentu Kesihatan Manusia”, Mohd Khairul Anuar Manshor, Dewan Masyarakat, Julai 2008) 1
Soalan 2 : Pemahaman Soalan 2 (a) – Pemahaman Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i)
Jelaskan maksud rangkai kata akan merasai peningkatan suhu dalam petikan di atas. [2 markah]
(ii)
Mengapakah rakyat di negara ini bebas daripada penyakit yang berpunca daripada perubahan cuaca ini? [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah yang harus dilakukan agar bumi ini terselamat daripada kesan-kesan pemanasan global? [4 markah] Soalan 2 (b) – Petikan Drama Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. UMAR
:
SAFIAH : UMAR : SAFIAH :
UMAR
:
SAFIAH : UMAR
:
SAFIAH : UMAR
:
(Tak menjawab. Kemudian tiba-tiba meletakkan majalah dan menghadap penuh pada Safiah) I ingat apa yang you sebutkan tadi. You kata di luar negeri boleh berkhidmat kepada bangsa. (Penuh harapan) Ya, you boleh membangun bangsa dari luar negeri, kan? (Tegas dan yakin) Tidak! Pembangunan kita sekarang harus di negeri kita sendiri. Kita membangun negeri kita dari tanah kita sendiri, bukan dari luar negeri. (Memohon) Tapi, Mar, inilah peluang kita ke luar negeri! (Umar tidak menjawab, mukanya beku. Safiah terdiam seketika, kemudian mencuba lagi) Bagaimana kalau you dihantar mengajar di tempat-tempat yang jauh dari ibu kota ini? (Tegas) Apa salahnya? Semakin jauh dari ibu kota semakin baik. Semakin dekat dengan kampung semakin I suka. (Memandang muka Umar dengan terkejut dan tak percaya) Jadi, you suka balik ke kampung? (Perlahan tapi penuh keyakinan) you tahu Piah, kalau pun I masuk MCS, I akan meminta bekerja di tempat-tempat yang dekat dengan kampung. (Meneliti wajah safiah) Apa salahnya balik ke kampung? Dan berapa orang mahasiswa yang suka ke kampung? Berapa orang? (Tegas dan keras) I setuju kalau mahasiswa-mahasiswa yang keluar dari universiti duduk di kota-kota. Apa yang boleh dibuat di kampung? (Perlahan tapi tegas) Untuk mengubah hutan menjadi baru. Mengubah daerah belukar menjadi pekan. (Antologi Anak Laut, halaman 135-136.)
2
(i)
Nyatakan sebab-sebab Safiah mahu Umar berkhidmat di luar negeri.
[2 markah]
(ii)
Terangkan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan dua lagi persoalan daripada keseluruhan drama ini. [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah impian Umar hendak berkhidmat di kampung sewajarnya menjadi ikutan oleh lulusan universiti yang lain? [4 markah] Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka kata bayan, ‘Belumkah tuan bertemu dengan anak raja itu pada malam tadi? Hai, Siti yang kecil molek, siapa tahu, kalau-kalau suami tuan datang, jadi putuslah asa anak raja itu! Adalah seperti hikayat seorang zahid dengan pandai kayu dan pandai emas dengan pandai bertenun, maka berjalan keempatnya itu kepada sebuah negeri. Demikianlah adanya.” Maka kata isteri Khojah Maimun, “Betapakah hikayatnya?’ Maka sahut bayan, :Tiada sungguh tuan hamba ini berahikan anak raja itu, melainkan tuan hamba berahikan hendak mendengar hikayat juga.’ Maka kata Bibi Zainab itu, “Sesungguhnya aku berahikan anak raja itu, maka adalah yang memberi sejuk hatiku daripada mendengar hikayat beberapa ajaib-ajaib, dan hilanglah berahiku kerana mendengar suaramu berhikayat itu, Maka sekarang hatiku pun terbelenggulah oleh kata yang merdu itu, Segeralah engkau berhikayat, supaya kudengar.’ Maka bayan pun sukacitalah mendengar kata Bibi Zainab itu lalu ia berhikayatlah. (Antologi Anak Laut, halaman 29) (i)
Terangkan maksud memberi sejuk hatiku seperti yang digunakan dalam petikan cerita di atas. [2 markah]
(ii)
Apakah tujuan bayan bercerita kepada Bibi Zainab?
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah faedah mendengar cerita dalam kehidupan kita seharian? [3 markah]
3
Soalan 2 (d) – Sajak Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. ANAK LAUT Segar angin laut Mengembalikan rindunya pada kolek Bagai buih kecil terapung di air Menjaring sedikit rezeki Dan sisik ikan Kulit ketam Kepala sotong Dan Kaki udang yang bersimpati. Seperti kolek terdampar di pasir Menampakkan urat jalur-jalur tua Anak laut itu sudah dapat menerka Langkahnya hampir tiba Pada muara Pencipta. Rahimidin Zahari Kulepaskan Resah Sepi, 1988 Dewan Bahasa dan Pustaka.
(i)
Bagaimanakah keadaan anak laut seperti yang digambarkan dalam sajak? [2 markah]
(ii)
Berikan contoh gaya bahasa personifikasi dan gaya bahasa simile yang terdapat dalam sajak di atas.
(iii) Pada pendapat anda, apakah usaha yang dapat dilaksanakan untuk mengubah nasib para nelayan?
[4 markah] [3 markah]
4
SOALAN 3 : PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA [ 30 markah ] Jawab semua soalan (a)
Tulis satu ayat daripada setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan nama khas. (i) (ii) (ii)
bakar dibakar membakar
(iv) terbakar (v) pembakaran (vi) kebakaran (b)
(c)
[6 markah] Tukarkan ayat-ayat di bawah ini daripada cakap ajuk kepada cakap pindah. “Mengapa kamu pulang lewat?” Tanya Mak Kalsum, ibu Hamdan. “Saya ada kelas tambahan di sekolah ibu.” Jawab Hamdan murid tingkatan tiga Sekolah Menengah Seri Mahkota yang memang terkenal dengan sikap rajinnya itu. “Lain kali kalau ada kelas cakaplah awal-awal, tak lah runsing ibu,” kata Mak Kalsum mengakhiri perbualan. [6 markah] Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahaan penggunan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i)
Dia mengambil masa selama satu minggu untuk mencat rumah banglo itu.
(ii)
Khusus membuat dan mereka fasion pakaian itu dikelola oleh Persatuan Kaum Wanita. Musalmah telah mengubah bunga-bunga itu sehingga banyak orang tertegun melihatnya.
(ii)
(d)
[6 markah] Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu bagi setiapa ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i) Semua pelajar-pelajar di kolej itu memberi latihan yang sesuai dengan keperluan tenaga pekerja sekarang. ii) Kejadian gempa bumi yang meranapkan baki sejarah di kota itu telah menggegarkan masyarakat dunia.
5
iii) Jika mendengar janji-janji manis ketua jabatannya, Umairah amat terpesona kerana ada orang sanggup membantunya mendapatkan jawatannya semula. [ 6 markah] (e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan. Pengalamannya semasa diragut minggu lepas menyebabkan Helen menyesal kerana tidak mengikut nasihat ibunya supaya sentiasa berhati-hati apabila berjalan bersendirian. Selepas peristiwa itu dia sentiasa berwaspada kerana dia tidak tahu apa yang akan menimpanya pada masa hadapan. Helen selalu mengingatkan dirinya agar lebih berhati-hati sebelum perkara yang lebih buruk menimpanya.
[6 markah] SOALAN 4 : NOVEL [15 MARKAH] Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang akan pelajari. (i)
Terminal Tiga karya Othman Puteh
(ii)
Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof
(iii)
Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
(iv)
Bukit Kepong karya Ismail Johari
(v)
Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi)
Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
(vii)
Julia karya Abu Hassan Morad
(viii) Puteri Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad a) Huraikan dua pengunaan teknik plot dalam novel yang anda pelajari [7 markah] b) Huraikan perwatakan watak utama dalam novel yang anda kaji?
KERTAS SOALAN TAMAT
6