KERAJAAN DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA PROGRAM BERTERUSAN JARAK JAUH (PBJJ) PUSAT UKM,BANGI,SELANGOR.
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN SEMESTER 1 SESI 2009-2010 Tugasan: Bincangkan peruntukan yang sesuai berkaitan dengan kedudukan istimewa Melayu seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan
YAP HUI HSIEN G75859 Email: yhhjan @streamyx.com Tel; 012 692 1623 PENSYARAH; PROF MADYA DR.MOHAMMAD AGUS YUSOFF
1.0
Pengenalan
2.0
Perkara 153 –Perezapan quota mengenai perkhidmatan,permit dsb untuk orang Melayu
3.0
Perkara 89 –Tanah rezab orang Melayu
4.0
Perkara 90 –Peruntukan khas mengenai tanah adat di Negeri sembilan dan Melaka dan tanah pegangan orang melayu di terengganu
5.0
Kesimpulan
1
Yap hui hsien –G75859 12. Bincangkan peruntukan yang sesuai berkaitan dengan kedudukan istimewa Melayu seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan. 1.0 Pengenalan Sebelum kita melihat kepada peruntukan yang dinyatakan dalam perlembagaan mengenai orang Melayu terlebih dahula kita melihat tafsiran mengenai maksud Melayu..Dalam Perlembagaan Persekutuan di dalam perkara 160 telah mendefinasikan orang Melayu sebagai seseorang yang menganuti
agama islam dan bertutur dalam bahass
Melayu,menurut adat istiadat Melayu dan (a) lahir
sebelum
hari merdeka
di
Persekutuan atau di Singapura atau ibubapa telah lahir di Persekutuan atau di Singapura pada hari merdeka dan menetap di Persekutuan dan diSingapura atau (b)ia adalah keturunan seseorang tersebut. Ia adalah agak jelas penafsiran ini terdapat dua aspek kemelayuan yang di anggap penting oleh perlembagaan.Yang pertama ialah cirri bahasa,agama dan budaya dan yang keduanya ialah dari aspek geografi. Maka dengan ini jelaslah jika seseorang mempunyai ciri yang pertama tetapi tidak mempunyai kaitan dengan Negara ini maka dia bukanlah Melayu dalam konteks perlembagaan. Misalan orang yang berasal dari Indonesia atau Brunei mempunyai ciri yang pertama sahaja bukanlah orang Melayu yang di fahami oleh Perlembagaan kerana kedua-dua buah Negara bukan anggota persekutuan. Oleh itu pertalian geografi adalah sangat penting kerana ia melibatkan pelbagai hak dan keistimewaan orang Melayu yang layak dinikmati oleh orang melayu yang di jamin oleh perlembagaan.
2
Yap hui Hsien-G75859 Setelah kita menafsirkan melayu dalam perlembagaan ,marilah kita melihat kepada peruntukan-peruntukan yang di nyatakan dalam perlembagaan Persekutuan mengenai orang Melayu. 2.0 Perkara 153 Perkara 153 dalam perlembagaan yang menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera yang termaktud di bawah kluasa (2) Perkara 153. Dalam perlembagaan persekutuan ,perkara 153 iaitu perezapan quota mengenai perkhidmatan,permit dan sebagainya untuk orang Melayu. (1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agung memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak
dan
kepentingan-kepentingan
sah
kaum-kaum
lain
mengikut
peruntukan Perkara ini. (2) walaupun apapun yang terkandung dalam perlembagaan ini, tetapi tertakluk Kepada peruntukan perkara ini,yang Di pertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di bawah perlembagaan dan di bawah undang-undang Persekutuan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara Kedudukan istimewa orang melayu dan Bumiputera mana-mana antara negeri Sabah dan sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang melayu dan Anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran Yang di fikirkan munasabah oleh yang di Pertuan Agong daripada jawatan dalam Perkhidmatan awam selain perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan daripada Biasiswa,danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamaNya atau
kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh
KerajaanPersekutuan dan apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang3
Yap Hui hsien-g75859
Undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, Maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini,daripada Permit dan lesen itu. (3) Bagi menentukan, mengikut Fasal (2), perezapan bagi orang Melayu,dan bumiputera mana-mana negeri Sabah dan sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan
awam
dan
mengenai
keistimewaan,pelajaran atau latihan
bissiswa,bantuan
dan
lain-lain
atau kemudahan-kemudahan khas,yang di
pertuan Agung boleh memberi apa-apa arahan am sebagaimana yang di kehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana suruhanjaya yang di maksudkan oleh bahagian 10 atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab atas pemberian biasiswa,bantuan atau lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan – kemudahan khas itu dan suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan-arahan itu dengan sempurna. Misalan penubuhan institut pendidikan awam yang menampung sebahagian besar orang melayu dan bumiputera seperti Institut Teknologi Mara yang kemudiannya di naikkan taraf menjadi Universiti Teknologi Mara.Sejarah penubuhan Universiti Teknologi Mara berlandaskan polisi afirmatif
iaitu di tubuhkan khusus bagi
membangunkan ekonomi orang melayu. Dengan tanggungjawab tersebut, Universiti Teknologi Mara di tubuhkan untuk menjadi sebuah institusi khusus yang berperanan melatih dan melahirkan anak Melayu dalam aktiviti perniagaan yang sangat jauh ketinggalan dengan bangsa lain pada ketika itu. 4
Yap Hui Hsien-G75859 (4)Pada menjalankan tugas-tugasnya
di bawah Perlembagaan ini dan di bawah
undang-undang persekutuan mengikuti fasal (1) hingga (3) yang Di pertuan Agung tidak boleh melucutkan jawatan awam yang dipegang oleh seseorang atau melucutkan biasiswa,bantuan atau lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahankemudahan khas yang di nikmati oleh orang itu. (5) perkara ini tidaklah mengurangkan kuasa peruntukan perkara 136. (6) Jika sesuatu permit atau lesen untuk menjalankan apa-apatred atau perniagaan adalah di kehendaki oleh undang-undang persekutuan yang ada maka yang di pertuan Agung boleh menjalankan tugas-tugasnya di bawah undang-undang itu mengikut apaapa cara, atau memberi apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab di bawah undang-undang itu atas pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang di kehendaki bagi menentukan perezapan apa-apa kadar mengenai permit atau lesen itu untuk orang Melayu dan buliputera mana-mana negeri –negeri Sabah dan Sarawak se bagaimana yang di fikirkan patut oleh Yang Di pertuan Agung dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sempurna. (7) Tiada apa-apa jua dalam perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya di lucutkan apa-apa hak ,keistimewaan,permit atau lesen seseorang yang terakru kepada orang itu atau yang di nikmati atau di pegang oleh orang itu ataupun untuk memberi kuasa supaya di tolak permintaan daripada seseorang untuk membaharui sesuatu permit atau lesen itu atau memberi kuasa supaya enggan memberi sesuatu permit atau lesen kepada waris,pengganti atau penerima serahak seseorang itu pembaharuan atau pemberian itu di jangka menasabah pada ghalibnya. 5
Yap Hui hsien-G75859 Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana undang-u W Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana undang-und
8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana undang-undang
persekutuan
apa-apa
permit
atau
lesen
dikehendaki
bagi
mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu —
(a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang di nikmati atau di pegang oleh orang itu ; atau ((bbb
(b) memberi kuasa supaya ditolak permintaan daripada seseorang untuk membaharui sesuatu permit atau lesen itu atau memberi kuasa supaya enggan memberi sesuatu permit
atau lesen kepada waris,pengganti atau penerima serahak seseorang jika
pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan-peruntukan yang lain dalam undang-undang itu,di jangka munasabah pada ghalibnya ataupun menahan seseorang daripada memindah milik bersama dengan perniagaannya sesuatu lesen yang boleh dipindahmilik bagi menjalankan perniagaan ;atau (c) jika dahulunya tiada kaitan dikehendaki apa-apa permit atau lesen bagi menjalankan tred atau perniagaan itu,memberi kuasa supaya enggan memberi sesuatu permit atau lesen kepada seseorang bagi menjalankan sesuatu tred atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide sebelum sahaja mula berkuatkuasa undang-undang itu,ataupun memberi kuasa supaya ditolak kemudiannya permintaan daripadaa 6
Yap Hui hsien-G75859 Mana-mana orang itu untuk membaharui sesuatu permit atau lesen ,atau memberi kuasa suapaya enggan memberi sesuatu permit atau lesen itu kepada waris,pengganti atau penerima serahak mana-mana orang itu jika mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu pembaharuan atau pemberian itu di jangka menasabah pada ghalibnya. (8A) walau apapun yang terkandung dalam perlembagaan
ini,jika dalam sesuatu
universiti,maktab atau yayasan pelajaran lain yang memberi pelajaran selepas daripada Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dengannya bilangan tempat-tempat yang di tawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab atas pengelolaan universiti,Maktab atau yayasan pelajaran itu kepada calon-calon yang berkelayakan bagi tempat-tempat itu maka sahlah bagi Yang Dipertuan agung menurut perkara ini memberi apa-apa arahan sebagaimana yang di kehendaki kepada pihak berkuasa bagi menentukan perezapan itu sesuatu kadar daripada tempat-tempat itu bagi orang melayu dan bumiputera mana-mana negeri-negeri sabah dan sarawak mengikut sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang Di Pertuan Agung dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sempurna.
(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak. (9A) Dalam Perkara ini ungkapan “anak negeri” berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A. (10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini 7
Yap hui hsien –G7585 Misalan dengan penubuhan dasar Ekonomi Baru yang bermatlamat untuk menyusun semula masyarakat iaitu meningkatkan penyertaan Bumiputera sebanyak 30% dalam pemilikan saham dan ekonomi Malaysia. 3.0 Perkara 89 tanah Rezab orang melayu Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberikan kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu Diraja dengan pengecualian orang bukan Melayu seperti dalam Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu. Perkara 89 – tanah simpanan orang Melayu Jika
mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang menjadi tanah rezab orang melayu
sebelum sahaja hari merdeka mengikut undang-un dang yang ada maka tanah itu boleh terus menerus menjadi tanah rezab orang melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya di peruntukkan oleh badan perundangan negeri itu dengan suatu Enakmen;(a) yang diluluskan oleh sebilangan besar daripada bilangan semua ahli dewan negeri itu dan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi :dan (b) yang dipersetujui melalui ketetapan setiap Majlis Parlimen yang diluluskan oleh majoriti jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu dan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang mengundi
8
Yap hui hsien-G75859 (1A)
Apa-apa undang-undang yang dibuat di bawah Fasal (1) yang membuat
peruntukan bagi pelucuthakan atau pengembalian kepada Pihak Berkuasa Negeri, atau bagi pelucutan, pemunyaan mana-mana tanah simpanan Melayu, atau apa-apa hak atau kepentingan mengenainya, disebabkan mana-mana orang, atau mana-mana perbadanan, syarikat atau badan lain (sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan) yang memegangnya tidak lagi layak atau berwibawa di bawah undang-undang yang berkaitan yang berhubungan dengan tanah simpanan Melayu untuk memegangnya, tidaklah menjadi tidak sah atas alasan ketidakselarasan dengan Perkara 13. (2)Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang pada masa ini bukan tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang yang sedia ada dan yang belum dibangunkan atau dicucuk tanam boleh diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang itu: Dengan syarat bahawa-(a) jika mana-mana tanah di sesuatu Negeri diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu di bawah Fasal ini, suatu keluasan tanah simpanan Melayu di bawah Fasal ini, suatu keluasan tanah yang sama dengan luas tanah itu di dalam Negeri itu yang belum dibangunkan atau dicucuk tanam hendaklah diadakan bagi pemberian hakmilik umum; dan (b) jumlah keluasan tanah di sesuatu Negeri yang pada masa ini diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu di bawah Fasal ini tidak boleh pada bila-bila masa melebihi jumlah keluasan tanah di Negeri itu yang telah diadakan bagi pemberian hakmilik umum menurut perenggan (a).
9
Yap Hui hsien-G75859 (3) Tertakluk kepada Fasal (4), Kerajaan mana-mana Negeri boleh, mengikut undangundang yang sedia ada, mengisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu-(a) mana-mana tanah yang diambil oleh Kerajaan itu melalui perjanjian bagi maksud itu; (b) mana-mana tanah lain, apabila permohonan dibuat oleh tuan punya tanah itu, dan dengan persetujuan tiap-tiap orang yang mempunyai hak atau kepentingan mengenainya, dan hendaklah, mengikut undang-undang yang sedia ada, dengan serta-merta mengisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu, dalam hal jika mana-mana tanah terhenti menjadi tanah simpanan Melayu, mana-mana tanah lain yang sama jenisnya dengan tanah itu dan yang luasnya tidak melebihi keluasan tanah itu. (c)-(Dimansuhkan) (4) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh membenarkan diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu mana-mana tanah yang pada masa perisytiharan itu dipunyai atau diduduki oleh seseorang yang bukan seorang Melayu atau yang mengenainya atau ke atasnya orang itu ketika itu mempunyai apa-apa hak atau kepentingan. (5) Tanpa menjejaskan Fasal (3), Kerajaan mana-mana Negeri boleh, mengikut undangundang, mengambil tanah untuk menempatkan orang Melayu atau kaum lain, dan mewujudkan amanah bagi maksud itu. (6) Dalam Perkara ini "tanah simpanan Melayu" ertinya tanah yang disimpan untuk diberi hakmilik kepada orang Melayu atau kepada anak negeri bagi Negeri tempat terletaknya tanah itu; dan "orang Melayu" termasuklah mana-mana orang yang, di bawah undangundang Negeri tempat dia bermastautin, dikira sebagai orang Melayu bagi maksud perizaban tanah. 10
Yap Hui Hsien-G75859
(7) Tertakluk kepada Perkara 161A, Perkara ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun apa-apa peruntukan lain dalam perlembagaan ini; tetapi (tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan lain yang sedemikian) tiada tanah boleh dikekalkan atau diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara ini dan Perkara 90. (8) Peruntukan Perkara ini hendaklah terpakai bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mengikut cara yang sama sebagaimana peruntukan Perkara ini terpakai bagi sesuatu Negeri, kecuali bahawa Fasal (1) dalam pemakaiannya bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hendaklah diubahsuaikan supaya dibaca bahawa mana-mana tanah di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang sebaik sebelum Hari Merdeka ialah tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang yang sedia ada boleh terus menjadi tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Akta Parlimen yang diluluskan oleh majoriti jumlah bilangan ahli setiap Majlis Parlimen dan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi di dalam setiap Majlis Parlimen.
11
Yap Hui hsien-G75859 4.0-Perkara 90 Peruntukan khas mengenai tanah adat di negeri Sembilan dan Melaka dan tanah pegangan orang melayu di Terengganu. (1) Tiada apa –apa jua dalam Perlembagaan ini boleh menyentuh sahnya apa-apa sekatan yang di kenakan oleh undang-undang ke atas pemindahan milik atau pemajakan tanah adat di negeri Sembilan atau negeri melaka,atau pemindahan milik atau pemajakan apa-apa kepentingan mengenai tanah itu. (1A) Bagi maksud fasa (1)(A) ”pemindahan-milik” termasuklah gadaian,perpindahan atau perletakhakan,atau perwujudan sesuatu lien atau amanah,atau permasukan sesuatu caveat,atau apaapa bentuk lain urusan atau perlupusan dari apa-apa jua perihal atau jenis; dan (B) ”pajakan” termasuklah sesuatu tenansi dari apa –apa jua bentuk atau jangka masa.
(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, undang-undang yang sedia ada di Negeri Terengganu mengenai tanah pegangan Melayu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga diperuntukkan selainnya oleh suatu Enakmen Badan Perundangan Negeri itu yang diluluskan dan dipersetujui sebagaimana yang diperihalkan dalam Fasal (1) Perkara 89.
12
Yap hui Hsien-G75859 (3)
Apa-apa Enakmen Badan Perundangan Negeri Terengganu yang sedemikian boleh
membuat peruntukan bagi tanah simpanan Melayu yang bersamaan dengan undangundang yang sedia ada yang berkuat kuasa di mana-mana Negeri lain yang ber-Raja; dan dalam keadaan sedemikian Perkara 89 tersebut hendaklah berkuat kuasa berhubung dengan Terengganu tertakluk kepada ubah suaian yang berikut, iaitu: (a)
dalam Fasal (1), sebutan mengenai tanah yang merupakan tanah simpanan Melayu
sebaik sebelum Hari Merdeka mengikut undang-undang yang sedia ada hendaklah digantikan dengan sebutan mengenai tanah yang sebaik sebelum lulusnya Enakmen tersebut itu merupakan tanah pegangan Melayu; dan . b) tertakluk seperti yang disebut terdahulu, apa-apa sebutan mengenai undang-undang yang sedia ada hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Enakmen tersebut.
Kesimpulannya: Kedudukan istimewa orang Melayu ini bagaimanapun diimbangi dengan kepentingan sah kaum lain yang secara amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewarganegaraan dalam perlembagaan, hak menganut dan mengamalkan agama masing-masing, hak menggunakan bahasa ibunda dan paling penting hak untuk mendapat layanan yang sama rata.Hak ini juga dibatasi oleh peruntukan dalam perlembagaan .
13
RUJUKAN: INTERNATIONAL LAW BOOK SERVICES Perlembagaan Persekutuan (hingga 10hb Jun 2009) http://www.jpapencen.gov.my/cat289562/published/Perlembagaan%20PersekutuanMa.Html
http://www.malaysianbar.org.my/berita/komen_undang_undang/keistimewaan_uitm.html http://www.sa-free.org/?p=19 http://www.obeyone.com/?p=239 Wu Min Aun. The Malaysian Legal System Pearson Malaysia Sdn Bhd Safwan.com:Melayu dalam Perlembagaan persekutuan http: www:prihatin .net/ole-ole-dari-beijing/90-mencari-makna-diri-melayu-bahagian-3-k http://sampah.sementoji.net/v1/?p=8` http://pemudaenggang.wordpress.com/2008/04/16/artikel-153-perlembagaan-malaysiake....