Bincangkan Peruntukan Yang Sesuai Berkaitan Dengan Kedudukan Istimewa Melayu

  • Uploaded by: Mohd Noh bin Md. Yunus
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bincangkan Peruntukan Yang Sesuai Berkaitan Dengan Kedudukan Istimewa Melayu as PDF for free.

More details

  • Words: 1,203
  • Pages: 6
BINCANGKAN PERUNTUKAN YANG SESUAI BERKAITAN DENGAN KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU YANG TERDAPAT DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Ia merupakan undangundang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan. “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat berlawanan dengan itu” Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi dan kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini.

Selain itu ia menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

ORANG MELAYU

Orang melayu merupakan suatu bangsa yang sudah lama bertapak di Negara ini. Kewujudannya bermula sebelum kesultanan Melayu Melaka dan seterunsya sehingga kehari ini menjadikan bangsa ini suatu entiti yang sangat penting dalam kewujudan dan pembinaan Negara Malaysia. Oleh kerana sejarahnya serta kedudukan yang penting dalam menjamin kestabilan di Negara ini maka dengan itu suruhanjaya Reid yang diberi tugas untuk menggubal perlembagaan persekutuan telah memasukkan beberapa peruntukkan mengenai

kepentingan

orang

melayu

dalam

perlembagaan

persekutuan.

KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU

Satu ciri menarik Perlembagaan Persekutuan ialah kedudukan unsur-unsur melayu yang dijadikan sebagai unsur tradisi iaitu mengenai kesultanan Melayu, bahasa dan hak keistimewaan orang melayu serta agama Islam yang menjadi agama anutan mereka yang kesemuanya berkait rapat dengan nilai dan kehidupan orang-orang melayu.

Selain menetapkan peruntukan khusus mengenai hal-hal ini,

perlembagaan juga menetapkan bahawa perkara-perkara berkenaan hanya boleh dipinda dengan persetujuan MajlisRaja-Raja.

Sebelum kita menelusuri mengenai peruntukkan yang dinyatakan oleh Perlembagaan mengenai orang melayu, terlebih dahulu kita melihat tafsiran yang diberikan oleh Perlembagaan mengenai maksud melayu. Dalam perkara 160 Perlembagaan Persekutuan, telah mendefinasikan Orang melayu sebagai “ seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa melayu, menurut adat istiadat Melayu dan lahir, sebelum hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari merdeka itu, ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura, atau ia adalah keturunan seseorang yang tersebut”.

Apa yang agak jelas dalam pentafsiran ini ialah terdapat dua aspek kemelayuan yang dianggap penting oleh Perlembagaan. Pertamanya ialah ciri bahasa, agama dan budaya dan yang kedua ialah dari aspek geografi. Dengan ini dapatlah kita fahami bahawa seseorang yang mempunyai ciri yang pertama tetapi tidak mempunyai kaitan dengan Negara ini maka dia bukanlah orang melayu dalam konteks perlembagaan. Misalnya jika seseorang itu memepunyai ciri yang pertama tetapi berasal dari Indonesia atau Brunei ia bukanlah orang melayu yang difahami oleh Perlembagaan.

Kerana kedua-dua Negara tersebut

bukan anggota persekutuan. Oleh yang demikian ,pertalian geografi ini adalah sangat penting kerana ia melibatkan pelbagai hak dan keistimewaan orang melayu yang layak dinikmati oleh mereka yang bangasa melayu

dan

dijamin

oleh

perlembagaan.

PERUNTUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU

Setelah kita melihat pentafsiran melayu dalam perlembagaan, sekarang kita akan melihat pula apakah peruntukan-peruntukan yang dinyatakan oleh Perlembagaan Persekutuan megenai orang melayu, pertama yang perlu kita amati ialah Perkara 153 yang menjamin kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera yang termaktub di bawah klausa (2) perkara 153. Perkara ini juga menggariskan bahawa Yang

Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidamatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit dan lesen perniagaan. Antara sebahagian Peruntukan Perkara 153 adalah sepertiberikut: Perkara 153 (1): Perezapan quota megenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang Melayu. •

Adalah menjadi tanggugjawab Yang di Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentigan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.



Walau apapun yang terkandung dalam perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, Yang di Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di bawah perlembagaan dan dibawah undang-undang Persekutuan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mna-mana Negeri Borneo dan juga untuk menentukan perezapan bagi orang Melayu dan bumiputera mna-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di Pertuan Agong mengenai biasiswa, bantuan atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di Pertuan Agong mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa trade atau perniagaan, dan perezapan permit dan lesen adalh tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini.

Walaubagaimanapun perkara-perkara yang dinyatakan tadi tidak boleh dilaksanakan jika mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang oleh sesiapa pun atau penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yang dinikmati olehnya, atau perlucutan atau penamatan permit dan lesen yang dipegang olehnya. Sebenarnya terdapat beberapa klausa yang dinyatakan dalam perkara ini, Cuma yang dapat kita rumuskan disini terdapat tiga perkara utama yang disebut dalam Perkara 153 mengenai hak keistimewaan yang diberikan oleh Perlembagaan kepada Orang Melayu iaitu kedudukanya dalam perkhidmatan awam, perniagaan(ekonomi) dan pelajaran yang mana ketiga-tiga keistimewaan ini dijamin oleh

perlembagaan

serta

dilindungi

oleh

Yang

di

Pertuan

Agong.

Disamping itu kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselengarakan oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan orang bukan Melayu dalam Rejimen Askar Melayudengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu. Selain itu kedudukan bahasa melayu juga ada dinyatakan didalam perlembagaan. Oleh kerana faktor bahasa menjadi faktor terpenting dalm menentukan jati diri sesebuah Negara, kepeluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan adalahpenting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya. Isu bahasa merupakan salah satu perkara yang dibincangkan semasa perundingan perlembagaan dan proses pembetukannya. Namun isu ini dapat diselesaikan dengan permuafakatan antara kaum. Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa dengan tidak megenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara

152

Perlembagaan

Persekutuan

yang

menyebut:

(1) Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah dalm tulisan yang diperuntukkan melalui

undang-undang

oleh

perlimen.

Dengan

syarat

bahawa-

(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi),atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan (b) tiada apa-apa jua dalam fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam

Persekutuan.

Tujun utama disebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat menyatupadukan pelbagai kaum kearah menjadi sebuah Negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa pengantar Negara ini sejak dahulu lagi. Secara ironinya walaupun dari satu sudut peruntukan khas ini seolah-olah bercanggah dengan kesamarataan layanan perlembagaan keatas semua warganegara persekutuan, namun ia satu pertimbangan untuk menyamakan taraf kaum bumiputera dengan kaum-kaum lain di tanah air bagi menwujudkan keseimbangan, khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan agihan kekayaan khususnya kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan menjelang kemerdekaan. Oleh yang demikian dengan adanya peruntukan-peruntukan yang sedemikian mebolehkan orang Melayu dan bumiputera bersaing dan terus membagun dan maju selari dengan kemajuan dan pembangunan negara selain pengiktirafan kepada orang Melayu yang merupakan bangsa yang sudah lama bertapak di negara ini.

RUJUKAN http://wanz-twins.blogspot.com/2009/01/wajwj.html http://pmr.penerangan.gov.my

Related Documents


More Documents from "afif futaqi"