Bab6

  • Uploaded by: estefania sofea zahara
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab6 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,220
  • Pages: 71
BAB 6 PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

OBJEKTIF 1. Memahami integrasi politik yang wujud antara pelbagai etnik di Malaysia melalui penubuhan Parti Perikatan. 2. Membincangkan peristiwa rusuhan etnik Mei 1969 dan kerajaan darurat. 3. Mengenalpasti penyusunan semula politik di Malaysia untuk menyatupadukan rakyat pelbagai etnik dan konsep Rakyat Malaysia Baru. 4. Mengenalpasti dasar-dasar yang dijalankan oleh kerajaan bagi mewujudkan perpaduan dan keharmonian antara kaum.

6.1 PENGENALAN 







Malaysia mempunyai penduduk pelbagai etnik yang turut berbeza dari aspek agama, kebudayaan, pekerjaan dan kepentingan-kepentingan lain. Tugas utama kerajaan ialah mewujudkan satu suasana politik yang stabil supaya masyarakat berbilang kaum dapat hidup dalam suasana harmoni. Kesan dari zaman penjajahan menyulitkan integrasi antara etnik yang berbeza. Kerajaan telah berusaha bertungkus-lumus mewujudkan integrasi politik dan perpaduan nasional dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia selepas merdeka.

6.2 INTEGRASI POLITIK 

Integrasi politik bermaksud pertukaran dari memberikan sepenuh kesetiaan kepada kaum etnik sendiri kepada memberikan sepenuh kesetiaan yang berbentuk semangat kebangsaan kepada sesebuah negara (Rabushka, 1968).



Menurut Karl Deutsch, integrasi politik merupakan proses dan keadaan. Sebagai satu keadaan, negara yang mengamalkan integrasi politik tidak lagi berhadapan dengan masalah pertelingkahan antara kaum. Sebagai satu proses pula, integrasi politik akan menyebabkan berlakunya perubahan di mana keamanan akan wujud dalam sesebuah negara (Rabushka, 1968).



Satu kaedah untuk mewujudkan integrasi politik -pilihanraya setiap lima tahun --pemimpin-pemimpin parti politik yang memerintah negara hendaklah empunyai semangat perundingan dan kerjasama dikalangan parti-parti politik bagi memastikan penyertaan bersama dalam proses pentadbiran negara.

PARTI PERIKATAN 



Satu keistimewaan Malaysia, partiparti politik perkauman telah dapat mencipta hubungan kerja antara satu sama lain. Kerjasama yang pertama antara parti perkauman ialah semasa pilihanraya setempat pada tahun 1952, apabila cawangan UMNO Selangor bergabung dengan MCA.

Wujudnya parti Perikatan 

UMNO & MCA – 1952



MIC masuk 1955



RUSUHAN ETNIK MEI 1969 DAN KERAJAAN DARURAT

Pilihanraya Persekutuan tahun 1969 



Dipenuhi isu-isu sensitif mengenai pendidikan dan bahasa. Semenjak merdeka, Malaysia telah berhadapan dengan ancaman luaran dan dalaman yang telah meredakan tuntutan kelompok etnik demi perpaduan negara.





Pada tahun 1969, faktor-faktor tersebut tidak wujud lagi. Setiap kelompok etnik melihat pilihanraya tahun itu sebagai peluang untuk mengekalkan kepentingan sendiri terhadap pencerobohan kelompok lain.

Keputusan pilihanraya - satu pukulan teruk kepada Parti Perikatan 



Masih memegang majoriti kerusi dalam Dewan Rakyat, tetapi merosot daripada 89 pada tahun 1964 kepada 66, dan jumlah undi merosot dari 58.4% pada tahun 1964 kepada 48.5% pada tahun 1969











Perarakan antara parti politik pada 13 Mei bertukar, menjadi keganasan yang sukar dikawal di seluruh Kuala Lumpur Keadaan darurat telah diisytiharkan di bawah artikel 150 dari Perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan telah dibubarkan dan Malaysia diperintah oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, selama 18 bulan. Berikutan peristiwa tersebut, Tunku Abdul Rahman telah meletak jawatan sebagai pemimpin UMNO dan Perdana Menteri. Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih tugas mentadbir negara

PENYUSUNAN SEMULA POLITIK 







Februari 1971, berlaku pindaan perlembagaan yang diluluskan oleh Dewan Rakyat setelah pemerintahan berparlimen dipulihkan. Pindaan-pindaan tersebut bertujuan menghapuskan isuisu sensitif di kalangan rakyat pelbagai etnik supaya pemerintahan secara demokrasi berparlimen dapat berjalan dengan lancar serta memperbetulkan keadaan yang tidak seimbang dalam sektor-sektor tertentu. Sebarang perbincangan umum, walaupun oleh ahli-ahli parlimen, mengenai perkara-perkara yang menyentuh kuasa dan taraf Raja-raja Melayu, hak-hak istimewa orang Melayu, kewarganegaraan, bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan Islam sebagai agama rasmi negara dianggap sebagai menghasut (Leonard dan Barbara Andaya, 1983).





Pindaan tersebut juga menentukan kuota bilangan pelajar bumiputera di Institusi Pengajian Tinggi sebagai satu cara mewujudkan keseimbangan etnik dalam profesion. Tindakan ini bertujuan untuk mengkhususkan tempat belajar bagi anakanak Melayu dan kaum Bumiputera lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dalam bidang pengajian tertentu seperti kejuruteraan, perubatan dan sains.









Kesan yang paling penting dari pindaan perlembagaan ialah sekatan melakukan perbincangan mengenai isu sensitif. Justeru kerajaan mudah melaksanakan dasar-dasarnya. Parlimen dan pihak media menjadi alat pengesahan dan sebulat suara dan tidak lagi menjadi pengkritik terhadap tindakan kerajaan. Istilah ‘muhibah’ yang bermakna berbaikbaik antara semua kumpulan etnik menjadi cogankata kerajaan selepas tahun 1969

Barisan Nasional 

1971 -Tun Abdul Razak telah meluaskan gabungan Perikatan untuk membentuk satu Barisan Nasional yang terdiri daripada 10 parti politik, termasuk PAS, untuk bertanding dalam pilihanraya Persekutuan tahun 1974.

Pilihanraya Persekutuan bulan Ogos 1974 



Barisan Nasional berjaya mengatasi perbalahan antara parti mengenai pembahagian kerusi yang pernah menggentingkan suasana dalam Parti Perikatan. Kepimpinan Tun Abdul Razak, -mengenakan disiplin yang ketat sehingga Barisan Nasional dapat menghadapi pilihanraya tersebut dengan jayanya.



Kejayaan Tun Abdul Razak melalui dasar-dasar yang sederhana yang dapat mengurangkan ketegangan serta menghapuskan kecurigaan dikalangan kumpulan-kumpulan etnik.

Tun Abdul Razak digantikan oleh Datuk Hussein Onn, anak kepada pengasas UMNO iaitu Dato’ Onn bin Jaafar. - seorang yang berpengalaman dalam bidang politik nasional. Semasa pemerintahannya, beliau mampu menangani sebarang isu sensitif dalam politik Malaysia. 

PENDIDIKAN UNTUK MENYATUKAN PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA 

Masyarakat berbilang kaum dan agama- aliran pendidikan dan amalan budaya yang berbeza antara kaum telah menyukarkan usaha menyatupadukan penduduk Malaysia.





Timbul kesedaran tentang kepentingan penyatuan rakyat melalui pendidikan. Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk membentuk satu identiti baru.

Pandangan anda 

Pendidikan dapat mewujudkan integrasi – cadangkan caranya.

2







Usaha ke arah penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan dibuat menerusi Laporan Razak 1956. Ordinan tersebut disemak semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib yang dibentuk selepas Pilihan Raya Kebangsaan pada tahun 1959 - dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran, Dato’ Abdul Rahman Talib dengan tiga orang ahli MCA seorang ahli MIC dan empat orang ahli UMNO. Dikenali sebagai Laporan Rahman Talib 1960 yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961.



Seterusnya (1961), Dasar Pendidikan Kebangsaan telah digubal untuk mewujudkan perpaduan kaum melalui pendidikan. Dasar ini memberi penekanan kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti, pemantapan pemikiran dan perpaduan negara.

Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan 

MODUL – PG 87-88

RAKYAT MALAYSIA BARU 



Kerajaan berusaha mewujudkan 'rakyat Malaysia baru'. - menolak konsep asimilasi yang mahu menukar setiap orang di Malaysia supaya menjadi orang Melayu. Sebaliknya kerajaan menggalakkan integrasi masyarakat supaya menentukan satu identiti Malaysia yang mempunyai terasnya tradisi-tradisi kebudayaan dan bahasa orang Melayu. Rancangan kemajuan tanah kerajaan, skim galakan ekonomi dan program latihan teknik menyumbang ke arah memberi orang Melayu bahagian yang lebih besar dalam ekonomi negara.





Tetapi kadar kemiskinan dikalangan orang Melayu luar bandar semakin membimbangkan. Kesudahannya, ramai keluarga Melayu dari luar bandar berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan.

KE ARAH PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA 

MODUL PG 90-92

TERIMA KASIH

BAB 7

ISLAM HADHARI DAN HUBUNGAN ETNIK

OBJEKTIF 1. Memahami latarbelakang dan sejarah kedatangan Islam dan etnik di Tanah Melayu. 2. Mengenalpasti prinsip-prinsip Islam hadhari, pendekatan serta tujuannya. 3. Membincangkan tentang prinsip-prinsip Islam terhadap hubungan antara etnik. 4. Menerangkan tentang kesan penggunaan pendekatan Islam terhadap aspek sosial, ekonomi dan politik

ISLAM HADHARI DAN PENGERTIANNYA  



 

Pengertian Islam Pengertian Islam dari segi bahasa diambil daripada kata kerja “salima” yang mengandungi tiga makna iaitu Pertama : Tulen dan suci dari sebarang kecacatan zahir dan batin. Kedua : Damai, aman dan sejahtera. Ketiga : Taat dan menyerah

Pengertian Hadhari 



“Hadhari” berasal daripada “hadharah” yang bermaksud kemajuan dan peradaban. Perkataan hadharah ini telah dipelopori penggunaannya oleh pemikir-pemikir Islam seperti Ibnu Khaldun, Malik Bennabi dan Said Hawa yang meletakkan penggunaan hadharah ini untuk kemajuan yang seimbang antara aspek material dan spiritual (Mahayudin Yahaya,1998).

Takrif Islam Hadhari secara lengkap 





Pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif Tamadun Islam (JAKIM,2005: 9). mempunyai sifat-sifat kemajuan dan peradaban. menumpukan pembangunan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan dari sudut keilmuan, pembangunan fizikal, ekonomi, kewangan, kesihatan dan sebagainya.





Menekankan konsep kehidupan yang cemerlang dan bermutu, seimbang dan pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban serta memenuhi tuntutan rohani dan jasmani (Ismail Ibrahim, 2005).

Pendekatan Islam Hadhari 

“Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh berdasarkan kepada prespektif tamadun Islam” (JAKIM, 2005: 3).



aspek ekonomi, undang-undang, pendidikan dan lain-lain lagi.



Modul-pg99

PRINSIP ISLAM TERHADAP HUBUNGAN ETNIK 

Persoalan tentang kepelbagaian agama, kepercayaan, bangsa dan etnik dalam negara Islam telah berlaku semenjak negara Islam pertama dibangunkan oleh Rasulullah SAW di Madinah di mana telah wujud kebebasan beragama, kebebasan mengemukakan pandangan dan lainlainnya jelas tertera dan didoktrinkan dalam Perlembagaan Madinah (Sahifah Madaniyyah)

Cetusan minda. 

Beri contoh bagi setiap satu: interaksi /  permuafakatan/  kepentingan/ suatu masyarakat kepada masyarakat lain di Malaysia. 

Prinsip Sosial Islam Terhadap Hubungan Etnik 





Perhubungan dalam masyarakat memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan keamanan dan kesejahteraan. Islam telah menyediakan asas yang utuh melalui tiga dasar utamanya iaitu aqidah, syariah dan akhlak. Melalui dasar ini terbinalah hak dan tanggungjawab untuk mengatur perhubungan dalam masyarakat yang sesuai dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Islam.





Dalam Islam beberapa asas penting perlu di jadikan pegangan oleh setiap anggota masyarakat bagi melahirkan masyarakat yang harmoni. Asas-asas tersebut ialah-102-108

Prinsip Ekonomi Islam Terhadap Hubungan Etnik 



Dalam sistem ekonomi, Islam memberikan penekanan iaitu untuk memenuhi keperluan harian bagi setiap anggota masyarakat, membenarkan dan mengalakkan interaksi dalam aktiviti ekonomi. Individu Islam atau jemaah Islam tidak dilarang untuk menjalankan aktiviti ekonomi dengan orang bukan Islam .

Prinsip Politik Islam Terhadap Hubungan Etnik 

Bagi sebuah negara Islam, orang bukan Islam merupakan golongan yang dikategorikan sebagai golongan yang berlindung di bawah pemerintahan Islam (zimmi) .

BAB 8

HUBUNGAN ETNIK KE ARAH MASYARAKAT BERINTEGRASI

OBJEKTIF 1. Memahami situasi masyarakat majmuk di negara Malaysia. 2. Mengenalpasti konsep-konsep tertentu dalam usaha membina masyarakat berintegrasi. 3. Mengetahui peranan yang perlu dilaksanakan oleh organisasi tertentu untuk merealisasikan kewujudan masyarakat berintegrasi di Malaysia

KEMAJMUKAN MALAYSIA: 

Masyarakat Semenanjung Malaysia khasnya dan Malaysia amnya selalu dianggap sebagai sebuah masyarakat majmuk atau masyarakat berbilang kaum (Muhammad Idris Salleh et al., 1994).



Tahun 2000, - 65.1 peratus penduduk Malaysia adalah Melayu dan Bumiputera, 26 peratus Cina dan 7.7 peratus India (Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin, 2004).



Ketiga-tiga etnik yang dinyatakan di atas mengamalkan kebudayaan, adat resam, agama dan bahasa masingmasing.



Malaysia juga mempunyai suku kaum lain seperti Serani, Orang Asli, Bajau, Kadazan dan Murut di Sabah dan Kedayan,Melanau, Kayan, Bidayuh dan Iban di Sarawak.



Agama seperti Islam, Hindu, Kristian, Buddha, Konfucious, Taois, Animisme dan lain-lain – diamalkan.

Perpaduan Negara 

Perpaduan negara ialah satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu

Integrasi Nasional 

Ialah satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negerinegeri dalam Malaysia bagi membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identiti sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan RukunNegara.

Integrasi Wilayah 

Integrasi wilayah boleh dianggap sebagai satu konsep persefahaman antara rakyat tanpa mengira wilayah atau kawasan asal mereka.

ISU-ISU HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 

Pembahagian etnik dilihat dengan jelas dari segi perbezaan bahasa, agama, kesetiaan politik, pekerjaan, pengasingan kediaman (terutama di bandar-bandar) dan aspek-aspek lain dalam kehidupan bermasyarakat.



Ketidaksamarataan dalam pembangunan ekonomi, perbezaan pengezonan penduduk terutama dalam konteks bandar-desa dan ketidaksamarataan yang ketara dalam agihan pendapatan dan pola pemilikan.

KE ARAH MASYARAKAT BERINTEGRASI: PERANAN ORGANISASI 

Perbincangan mengenai hubungan etnik di peringkat negara memerlukan kita mengenal tabii unsur-unsur yang menjadikan wujudnya sebuah negara.



Perlembagaan menjadi panduan Perlu adanya hubungan yang baik di antara pelbagai masyarakat.



Pemimpin dan Kerajaan 

Pemimpin dan kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam proses menyubur, membentuk dan mengukuhkan konsep masyarakat berintegrasi dikalangan rakyat.



Keadaan dan kedudukan fizikal masyarakat perlu diperbetulkan agar ia menjadi lebih seimbang yang mana akan mempermudahkan jalinan kerjasama.



Kerajaan seterusnya perlu bersedia untuk menghadapi segala rintangan yang mungkin wujud dari golongan tertentu yang mungkin tidak berpuas hati atau ingin melihat keamanan dan keharmonian tidak wujud dalam negara.



Kerajaan juga perlu mengambil berat mengenai kaedah penyampaian dasar-dasar ini kepada golongan sasaran. Ini kerana kaedah yang betul dalam penyampaian akan memberi kesan yang baik kepada bakal penerima dasar-dasar.

Rakyat 

Tanggungjawab masyarakat dalam proses untuk mewujudkan masyarakat berintegrasi di negara ini bolehlah dimulakan dengan cuba sedaya upaya untuk memahami identiti bangsa yang pelbagai dengan menekankan semangat muhibbah, hormat menghormati bekerjasama dan bertoleransi.



Komuniti belia perlu mengambil perhatian untuk mempelajari dan memahami identiti bangsa masyarakat yang pelbagai dalam usaha membentuk masyarakat berintegrasi yang lebih erat dan berkekalan (Dr. Sarjit Singh Hill, 2006).



Semangat patriotisme yang tinggi perlu ada dalam diri setiap masyarakat yang mengaku sayang dan cintakan negara Malaysia .



Masyarakat juga perlu memberi sokongan kepada setiap perancangan yang dikemukakan oleh kerajaan dalam usaha untuk membentuk masyarakat berintegrasi.



Program-program yang dianjurkan untuk kebaikan rakyat seperti Rukun Tetangga (RT), Kuiz Bina Bangsa, Debat Perpaduan, Kempen Kibar Jalur Gemilang, Pertandingan Lagu Patriotik dan sebagainya perlu diberi respon yang sewajarnya.

Cadangkan 

Satu program awam yang mampu meningkatkan kerjasama dan integrasi antara masyarakat.

   

   

Program anak angkat-cross culture Sukan melibatkan semua kaum-bagi suatu kawasan/ kejiranan Program kebudayaan semua bangsa-mencantumkan semua bangsa/ budaya Program kesihatan terbuka-senaman pelbagai mengikut kecenderungan pelbagai kaum-semua dibuat Program perarakan kebangsaan-melibatkan semua kaum dengan pakaian tradisional Program sosial melibatkan budaya kaum2-cthmasakan sesuatu kaum Pesta muzik tradisional-melibatkan semua kaum Hari terbuka bagi semua perayaan-berpusat

Media 



Menurut Mohamad Zaini Abu Bakar (2005: 84), pihak media perlu bertindak memaparkan program yang dapat memupuk perpaduan etnik. Mereka boleh menjadi ejen yang dapat merapatkan hubungan antara kerajaan dan rakyat.



Tayangan-tayangan berbentuk drama kemasyarakatan yang menyerapkan unsur-unsur kekeluargaan, melibatkan semua etnik dan berjiwa Malaysia perlu diberi keutamaan.

TERIMA KASIH

Related Documents

Bab6
May 2020 21
Bab6
December 2019 28
Bab6 Formalisme
October 2019 17
Bab6-interaksi
October 2019 33
Bab6(geografi)
May 2020 22
Bab6.docx
November 2019 26

More Documents from "Ridwan Zulfikar"