Bab6(geografi)

  • Uploaded by: jovena
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab6(geografi) as PDF for free.

More details

  • Words: 1,113
  • Pages: 27
• Bentuk muka bumi negara kita terdiri daripada kawasan tanah tinggi , tanah pamah , lembangan dan pinggir laut. • Kawasan tanah tinggi yang diliputi oleh hutan hujan tropika penting sebagai kawasan tadahan air bagi sungai-sungai negara kita. Semenanjung Malaysia Kawasan Tanah Tinggi

Tanah Pamah

Terletak di bahagian tengah

Terletak di sepanjang pantai barat,pantai timur dan selatan

Sabah Kawasan Tanah Tinggi Terletak di kawasan pedalaman

Tanah Pamah Terletak di pantai timur pantai dan pantai barat

Sarawak Kawasan Tanah Tinggi

Tanah Pamah Terletak di kawasan pedalaman

Terletak di sepanjang pantai barat

Banjaran Banjaran Titiwangsa

Negeri Negeri Sembilan

Banjaran Kledang

Perak

Banjaran Bintang

Perak

Banjaran Benom

Pahang

Banjaran Tahan

Pahang

Banjaran Crocker

Sabah

Banjaran Brassey

Sabah

Banjaran Tama Abu

Sarawak

Banjaran Kapuas Hulu

Sarawak

→Kawasan Tanah Tinggi ~Banjaran utama di Semenanjung Malaysia ialah : a.Banjaran Titiwangsa b.Banjaran Bintang c.Banjaran Kledang d.Banjaran Tahan e.Banjaran Benom f.Banjaran Pantai Timur ~Banjaran Titiwangsa -Merupakan tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia. -Membahagikan Semenanjung Malaysia kepada pantai barat dan pantai timur. ~Gunung Korbu (2183m) merupakan kemuncak tertinggi di Banjaran Titiwangsa. ~Gunung Tahan(2187) di Banjaran Tahan merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia.

~Banjaran utama di Sabah ialah: -Banjaran Crocker -Banjaran Brassey ~Gunung Kinabalu(4101m)ialah kemuncak tertinggi di Banjaran Crocker dan gunung tertinggi di Malaysia. ~Banjaran-banjaran utama di Sarawak ialah : -Banjaran Tama Abu -Banjaran Kapuas Hulu ~Gunung Murud (2425m) merupakan kemuncak tertinggi di Sarawak terletak di Banjaran Tama Abu.

Pembentukan Banjaran Gunung di Malaysia



Proses lipatan terjadi apabila kerak bumi menerima kuasa himpitan dan menyebabkan kerak bumi berlipat



Bahagian lipatan yang melengkung ke atas dinamakan lintap mungum atau antiklin dan bahagian inilah yang membentuk gunung lipat



Bahagian lipatan yang melengkung ke bawah dinamakan lintap lendut atau siklin dan bahagian inilah yang membentuk lembangan saliran

Sistem Gunung Lipat Muda di Asia •

Banjaran gunung di Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada sistem gunung lipat Asia



Terbentuk kira-kira 30 juta hingga 50 juta tahun lalu



Ciri utamanya ialah permukaan gunung itu yang agak kasap dan tinggi Sistem Gunung Lipat Tua di Asia



Terbentuk kira-kira 240 juta tahun lalu



Telah mengalami gondolan



Permukaan gunung-ganang lebih rata dan tidak begitu tinggi

→ Kawasan Tanah Pamah -Kawasan yang datar atau beralun. -Kawasan ini mempunyai ketinggian kurang daripada 180 meter dari aras laut. -Jaluran tanah pamah terletak di antara pinggir laut dengan banjaran gunung dan bukit di sepanjang laut di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. -Kawasan paling sesuai untuk petempatan,sistem pengangkutan,kegiatan pertanian dan perindustrian.

• Di Semenanjung Malaysia,kawasan tanah pamah yang paling lebar dan luas terletak di kawasan pantai barat -Dataran pantai timur pula lebih sempit,terputus-putus dan berpasir. -Di selatan,terdapat kawasan tanah pamah yang beralun. • Di Sabah kawasan tanah pamah terbentang luas di kawasan delta atau di dataran pinggir laut. -Dataran pantai timur Sabah lebih lebar manakala dataran pantai baratnya pula lebih sempit. • Di Sarawak,kawasan tanah pamah terbentang luas di kawasan delta atau di dataran pinggir laut. -Dataran pantai menyusur sepanjang kawasan pantai

→Kawasan Pinggir Laut • Pantai ialah bahagian pinggir laut yang terbentuk hasil daripada

pengangkutan dan pemendapan bahan-bahan seperti pasir,batu kelikir atau lumpur yang dibawa oleh arus ombak.

• Tanjung dan teluk juga adalah bentuk muka bumi yang terdapat di pinggir

laut.Tanjung ialah daratan yang menganjur ke laut,manakala teluk pula ialah bahagian batuan lembut membentuk pantai yang melengkung ke arah dataran.Kedua-dua bentuk muka bumi ini terbentuk apabila terdapat susunan batuan keras dan lembut yang berselang-seli.Lapisan batuan lembut yang dihakis ombak akan membentuk tanjung.



Pulau ialah tanah daratan yang dikelilingi oleh laut.Terdapat pulau yang terpencil dan pulau dalam satu kumpulan yang dikenali sebagai gugusan.



Tebing tinggi adalah tanah tinggi yang bercerun tegak menghadap laut dan bertebing curam.Tebing tinggi amat penting untuk pembinaan rumah api bagi panduan kapal-kapal laut.



Pentas benua ialah bahagian dasar laut cetek yang berhampiran dengan pantai.Pentas benua terletak pada kedalaman 180 meter dari permukaan laut.

→Saliran •

Kebanyakan sungai utama di Semenanjung Malaysia berpunca dari Banjaran Titiwangsa dan mengalir masuk ke Selat Melaka dan Laut China Selatan.



Di Sarawak,sungai-sungai berpunca daripada banjaran gunung di pedalaman dan mengalir ke Laut China Selatan.



Manakala di Sabah pula,sungai sungai mengalir dari kawasan tanah tinggi di pendalaman menuju ke Laut China Selatan,Laut Sulu dan Laut Sulawesi.



Sungai Rajang (563km) adalah sungai terpanjang di Malaysia.



Sungai Pahang (402km) merupakan sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia.

→Pola Saliran



Terdapat tiga pola saliran utama di Malaysia,iaitu pola ranting,jejala dan jejari/sepunca.



Selain itu,terdapat beberapa pola saliran lagi,iaitu pola sejajar,pola setumpu dan pola bersirat.



Pola ranting terbentuk di lembangan sungai yang mempunyai struktur batuan yang sama keras.Pola ranting berbentuk seperti ranting pokok.

→Pola ranting



Pola jejala terbentuk di kawasan hulu yang mempunyai lapisan batuan keras berselang-seli dengan batuan lembut.Anak-anak sungai ini mengalir bersudut tepat memasuki cawangan-cawangan.

Pola jejala



Pola jejari/sepunca berbentuk seperti jejari roda.Pola jejari/sepunca terbentuk apabila sungai-sungai mengalir keluar dari satu punca.punca sungai-sungai ini adalah dari kemuncak tanah tinggi atau sebuah tasik di tanah tinggi.

Pola jejari/sepunca



Pola sejajar terbentuk apabila anak-anak sungai mengalir dan bercantum dengan sungai utama secara selari.Pola sungai seperti ini dapat ditemui di kawasan yang bercerun curam.

Pola sejajar



Pola setumpu terdapat di kawasan tanah rendah.Pola ini terbentuk apabila sungai mengalir masuk ke kawasan paya atau tasik.

Pola setumpu



Pola bersirat dapat ditemui di kawasan delta dan dataran banjir.Pola ini terbentuk apabila aliran sungai menjadi perlahan kerana memasuki kawasan tanah pamah.

Pola bersirat

Profil Panjang dan Profil Rentas Sungai •

Aliran sungai dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu: (a) Hulu (b)Tengah (c)Hilir • Sepanjang aliran sungai dari hulu ke hilir,terdapat beberapa bentuk muka bumi iaitu,jeram,air terjun,likuan sungai,likuan terpenggal,tasik ladam,tasik dan delta. • Aliran sungai bahagian hulu,tengah dan hilir adalah berbeza. •

Aliran sungai di bahagian hulu: -aliran sungai adalah deras -mempunyai daya menghakis yang kuat menyebabkan dasar sungai menjadi dalam dan alur sungai di peringkat hulu berbentuk ‘V’ -antara bentuk muka bumi di peringkat hulu ialah jeram,air terjun dan lubang periuk



Aliran sungai di bahagian tengah: -aliran sungai tidak sederas aliran di bahagian hulu - cerun sungai yang lebih landai menyebabkan aliran sungai berlikuliku -lurah bentuk ‘U’ terbentuk mengakibatkan sungai giat melebarkan tebingnya



Aliran sungai di bahagian hilir: -alirannya menjadi semakin perlahan -sungai memasuki kawasan yang lebih datar -sungai membawa lebih banyak muatan(bahan hakisan) -proses pemendapan giat berlaku mengakibatkan lembah sungai landai dan rata dan menghasilkan bentuk muka bumi seperti dataran,lanar,tetambak sungai dan delta

♥ Soalan ♥

• • •

• •

Bentuk muka bumi negara kita terdiri daripada kawasan apa? Apakah nama bahagian lipatan yang melengkung ke bawah? Kemanakah sungai-sungai di Sarawak yang berpunca daripada banjaran gunung di pedalaman mengalir? Terdapat berapakah pola saliran utama di Malaysia dan namakan? Aliran sungai dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:?

♥Anna Yati ♥Cyril Jovena ♥Maryanne Telen ♥Fatricia

More Documents from "jovena"

Bab6(geografi)
May 2020 22