Sains Sosial Bab 3

  • Uploaded by: estefania sofea zahara
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sains Sosial Bab 3 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,721
  • Pages: 33
MODUL 3 SOSIOLOGI

OBJEKTIF MODUL  



  

Menerangkan skop kajian disiplin sosiologi Menjelaskan faktor-faktor mempengaruhi perkembangan disiplin sosiologi Menghuraikan teori-teori yang digunakan dalam disiplin sosiologi Membincangkan bentuk-bentuk masyarkat Menjelaskan budaya masyarkat Membincangkan sikap individu terhadap budaya yang berbeza

PENGENALAN KEPADA SOSIOLOGI 





‘Socius’ – perhubungan dan ‘logos’- perkataan atau kajian. Mula digunakan oleh August Comte (17981857), Bapa Sosiologi pada tahun 1838. Secara umum boleh ditakrifkan sebagai kajian yang dilakukan secara sistematik berkenaan perhubungan dan interaksi di kalangan anggota masyarakat, dan institusi atau sistem sosialnya. Mencakupi kehidupan manusia seperti institusi agama, pendidikan, keluarga, politik, ekonomi dan undang-undang.

SEJARAH PERKEMBANGAN 



Muncul selepas ‘berpisah’ dari ilmu falsafah pada zaman Yunani. Faktor utama yang mempengaruhi perkembangan disiplin ini adalah kegagalan disiplin-disiplin ilmu seperti ekonomi, sains politik untuk menjelaskan dan menyelesaikan fenomena dan masalah yang berlaku dalam masyarakat.

SEJARAH PERKEMBANGAN 





Sumbangan kepada perkembangan bidang sosiologi dapat dilihat pada zaman Revolusi Perindustrian di England dan Revolusi Sosial di Perancis. Semasa Revolusi Perindustrian, ia telah banyak memberi kesan kepada sistem ekonomi, politik, dan kedudukan sosial masyarakat Eropah. Kegagalan ahli sains politik dan ekonomi pada masa itu menyelesaikan masalah menimbulkan minat para sarjana untuk mengkaji dan cuba menyelesaikan masalah tersebut.

SEJARAH PERKEMBANGAN 





Revolusi sosial di Perancis pula berlaku akibat perebutan kuasa di antara Napoleon Bonarphart dan King Louis XVI. Kekejaman pemerintahan dan kegagalan King Louis memperbaiki kehidupan masyarakat di mana tiada keadilan dan kesejahteraan sosial dalam masyarakat. Kajian awal yang mempunyai nilai sosiologikal yang tinggi adalah penulisan Ibn Khaldun yang lahir 465 tahun sebelum August Comte. Beliau telah menulis buku bertajuk Muqaddimah. Kajian beliau menumpukan kepada aspek sejarah, sosial masyarakat, dan pencarian ilmu.

TEORI SOSIOLOGI 



Tokoh sosiologi seperti Charles Darwin, Karl Marx, Charles Cooley, Herbert Spencer dan Talcott Parson-pembangunan Teori Sosiologi. Teori sosiologi menerangkan bagaimana masyarakat berinteraksi dan beroperasi. Contoh Karl Marx percaya bahawa konflik antara manusia menentukan bentuk masyarakat yang akan muncul.

TEORI SOSIOLOGI 

Teori sosiologi yang akan dilihat adalah:1. Teori Evolusi 2. Teori Fungsionalisme Struktural 3. Teori Konflik 4. Teori Interaksionisme Simbolik

TEORI EVOLUSI 



 

Dua tokoh yang mendokong teori ini adalah Auguste Comte (1798-1857) dan Herbert Spencer (18201903). Fokus adalah kepada pengaruh-pengaruh persekitaran sosial yang akan membawa perubahan sosial masyarakat. Didasari oleh Teori Evolusi Charles Darwin. Konotasi penting daripada teori ini adalah cadangan bahawa manusia mengalami perubahan, masyarakat semakin berkembang dan bertambah kompleks selaras dengan perubahan persekitaran sosialnya.

TEORI EVOLUSI 

Dua konsep penting dalam teori ini adalah natural selection atau pemilihan semulajadi dan konsep survival of the fittest atau pengekalan masyarakat yang gagah. Contohnya, masyarakat yang berjaya menyesuaikan dengan perubahan akan terus kekal dan berkembang.

TEORI FUNGSIONALISME STRUKTURAL 



 

Tokoh yang menggariskan teori ini adalah Spencer dan Durkheim. Teori ini menjelaskan bahawa setiap bahagian dalam masyarakat seperti keluarga, sekolah, ekonomi dan negara memainkan peranan menjaga kestabilan masyarakat. Fungsi yang saling interdependent. Contoh keluarga bergantung kepada sekolah untuk mengajar anak-anaknya, sekolah bergantung kepada keluarga dan negara untuk mendapatkan sumber kewangan

TEORI FUNGSIONALISME STRUKTURAL 





Pergantungan di antara fungsi-fungsi ini telah membentuk peraturan sosial yang stabil dikenali sebagai struktur yang mewujudkan kestabilan masyarakat. Sekiranya berlaku masalah yang menjejaskan kestabilan tersebut, maka bahagian-bahagian ini akan disesuaikan bagi mencapai keseimbangan baru. Contohnya, dalam keadaan ekonomi yang mengalami kadar inflasi, pengangguran.

TEORI FUNGSIONALISME STRUKTURAL 







Kestabilan sosial dalam masyarakat dicapai melalui permuafakatan bersama (social census) atau nilainilai yang dipersetujui bersama. Contoh, anak-anak yang perlu dilindungi, tidak dibenarkan melakukan sumbang mahram. Teori ini juga menekakan bahawa manusia mempunyai prasyarat fungsional seperti pengeluaran makanan, pembinaan tempat tinggal dan sebagainya. Manusia saling bergantungan dan berinteraksi di antara satu sama lain dan tidak boleh hidup sendirian.

TEORI KONFLIK 



Teori ini berbeza dari Teori Fungsionalisme Struktural di mana ia percaya bahawa nilai-nilai sosial yang dipentingkan dalam teori tersebut dibentuk oleh golongan berkuasa untuk menindas golongan lemah demi mengekalkan kedudukan mereka. Teori ini menggambarkan bahawa masyarakat sentiasa berada dalam konflik dan mereka lebih menumpukan perhatian kepada konflik sosial dan melihat perubahan-perubahan sosial sebagai sesuatu yang bermanfaat kerana mewujudkan masyarakat yang lebih baik.

TEORI KONFLIK 







Perspektif teori ini bermula dari tulisan Karl Marx berkenaan konflik kelas antara borjuis (memiliki sumber) dan proletariat (golongan pekerja). Konflik yang berlaku seterusnya akan berakhir dengan pembentukan masyarakat tanpa kelas untuk menjamin kesamarataan di kalangan anggota masyarakat. Konflik sosial dalam konteks sekarang lebih melihat konflik yang berlaku di antara kelompok atau masyarakat yang berbeza, seperti konflik antara orang kulit hitam dan putih, wanita dengan lelaki, konflik antara kelompok agama Konflik 13 Mei 1969

TEORI INTERAKSI SIMBOLIK 





Mula diperkenalkan oleh George Herbert Mead (1863-1931). Ia menyatakan bahawa manusia menggunakan simbol-simbol untuk berkomunikasi di antara satu sama lain. Antaranya tulisan, percakapan, bahasa isyarat, gerak geri dan objek. Manusia memberikan makna kepada simbol sama ada dalam bentuk perkataan atau tindakan individu lain.

TEORI INTERAKSI SIMBOLIK 





Proses pemberian makna atau taksiran dikenali sebagai interaksi simbolik. Merujuk kepada interaksi antara individu yang bergantung kepada tafsiran atau makna yang mereka berikan kepada simbol-simbol yang digunakan. Simbol-simbol boleh terdiri daripada pelbagai bentuk seperti objek, bunyi, pakaian, gerakgeri yang memberikan makna yang lebih mendalam kepada individu terlibat.

TEORI INTERAKSI  Berikut merupakan tumpuan dalam teori ini:SIMBOLIK

i. Proses yang mewujudkan makna atau sebab tentang bagaimana sesuatu makna atau sebab yang diberikan kepada situasi individu dan seterusnya bertindak berasaskan kepada makna yang diberikan itu. ii. Hasil daripada interaksi yang berlaku dan makna yang diberikan membawa timbulnya idea berkenaan diri sendiri. iii. Charles Horton berpandangan bahawa tingkahlaku seseorang individu adalah dipengaruhi oleh reaksi orang lain terhadap dirinya. Konsep looking glass self menjangkakan harapan orang lain terhadap diri kita dan seterusnya bertingkahlaku terhadap jangkaan harapan tadi.

FOKUS SOSIOLOGI 



Tumpuan bidang ini adalah amat luas mengkaji mengenai perhubungan manusia, interaksi di kalangan anggota dan institusi sosialnya. Perbincangan dalam fokus sosiologi dilihat dalam dua aspek iaitu masyarakat dan budaya memandangkan ia saling berkait rapat di antara satu sama lain.

MASYARAKAT 



Masyarakat didefinisikan sebagai kelompok manusia yang saling berinteraksi di antara satu sama lain, berkongsi budaya yang boleh membezakannya dari segi pakaian, bahasa, makanan mahupun agama dan juga menetap dalam satu kawasan untuk satu tempoh tertentu. Secara umum, pandangan daripada tokohtokoh sosiologi membahagikan masyarakat dalam dua bentuk iaitu masyarakat bandar dan luar bandar apabila melihat kepada ciriciri interaksi dan pola hubungan sosial yang berlaku.

Konsep Masyarakat menurut Ferdinand Tonnies- Kurun ke1. 19Gemeinshaft - dikenali sebagai the society of tradition merujuk kepada masyarakat pra industri. - Steward (1981) berpendapat interaksi atau hubungan yang berlaku dalam masyarakat sebegini adalah lebih berbentuk personal dan ikatan persaudaraan - Ciri-ciri hubungan sosial dalam konsep ini adalah; mempunyai hubungan bersifat primary, wujudnya perasaan kekitaan, belum wujud pengkhususan pekerjaan

Konsep Masyarakat menurut Ferdinand Tonnies- Kurun ke-19 1. Gesellschaft - dikenali sebagai a society of contract. - Perhubungan di kalangan anggota masyarakat adalah berdasarkan kepada perjanjian atau kontrak yang dipersetujui di kalangan mereka yang terlibat.

Konsep Masyarakat menurut Ferdinand Tonnies- Kurun  Ciri-ciri ke-19e dalam masyarakat Gesellschaft adalah:







Perhubungan di antara anggota ditentukan oleh perjanjian, contohnya perjanjian pembelian kenderaan antara individu dengan institusi kewangan. Hubungan berbentuk perjanjian tidak mewujudkan kemesraan. Hubungan bersifat khusus, dan impersonal di mana interaksi berlaku berasaskan persetujuan melalui perjanjian Mempunyai pengkhususan kerja

BUDAYA 



Culture may be taken as constituting the way of life of an entire society, and this will includes codes of manners, dress, language, norms of behaviour and systems of belief (Collin Dictionary of Sociology (1991:138) Merujuk kepada keseluruhan kompleks kehidupan manusia meliputi pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undangundang, dan kebiasaan yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat.

BUDAYA 





Ahli Sosiologi berpandangan bahawa budaya boleh dibahagikan kepada budaya berbentuk kebendaan dan bukan kebendaan. Budaya berbentuk kebendaan adalah seperti artifak, objek atau segala bentuk ciptaan manusia. Budaya berbentuk bukan kebendaan adalah seperti nilai, norma, dan simbol yang digunakan yang tidak dapat disentuh tetapi dapat dilihat melalui amalan dan tingkah laku.

BUDAYA 



Nilai merujuk kepada idea-idea abstrak yang dianggap penting oleh masyarakat berkenaan yang mungkin boleh berasaskan kepada agama atau kepada kepercayaan yang dianuti atau faktor lain. Norma merujuk kepada peraturan sosial yang mempengaruhi tingkah laku anggota dalam satu kelompok masyarakat. Ia menentukan sama ada sesuatu perkara boleh atau tidak boleh dilakukan. Terbahagi kepada mores dan folkways.

BUDAYA 







Mores merujuk kepada norma yang sangat dipentingkan oleh anggota masyarakat bagi menjamin kestabilan dan kesinambungan masyarakat berkenaan. Biasanya ia dinyatakan secara bertulis atau termaktub dalam undang-undang berkenaan, undang-undang jenayah, undang-undang sivil dan undang-undang syariah. Folkways merujuk kepada norma yang digunakan untuk menyelaraskan tingkahlaku seharian anggota masyarakat. Norma jenis ini biasanya dinyatakan secara lisan atau mengikut adat yang dipentingkan dan diamalkan oleh masyarakat berkenaan. Perlanggaran kepada folkways tidak membawa kepada hukuman berbanding perlanggaran terhadap mores.

KONSEP SOSIOLOGI 

Konsep Etnosentrisme - Diutarakan oleh William G. Sumner (Landis, 1992). - Budaya masyarakat sendiri adalah lebih baik daripada masyarakat lain. - Cenderung kepada perasaan mengagung-agungkan budaya sendiri dan memandang rendah budaya masyarakat lain.

KONSEP SOSIOLOGI 

Konsep Xenocentrisme - Individu melihat budaya masyarakat luar sama ada berbentuk kebendaan mahupun bukan kebendaan lebih baik berbanding budaya masyarakat sendiri. - Kecenderungan memandang rendah budaya sendiri

KONSEP SOSIOLOGI 

Konsep Tempocentrisme - Budaya yang ada sekarang adalah lebih baik dan lebih penting berbanding budaya masa lampau mahupun pada masa depan. - Contohnya anak-anak muda sekarang memandang budaya orang terdahulu sebagai sesuatu yang kolot.

KONSEP SOSIOLOGI 

Konsep Relativisme Budaya - Berpandangan bahawa budaya perlu dinilai dalam konteks masyarakat sendiri dan bukan berasaskan piawai budaya masyarakat lain. - Wujud juga persamaan dalam budaya, misalnya bahasa tertentu yang digunakan, ada sistem keluarga, ada larangan hubungan kelamin antara ahli keluarga dan sebagainya. - Persamaan yang wujud ini dikenali sebagai kesejagatan budaya (Universal Culture).

KONSEP SOSIOLOGI 

Persamaan budaya wujud kerana:- setiap budaya akan mengalami perubahan mengikut keadaan semasa. - Segala bentuk tingkahlaku, adat resam, nilai atau norma yang diamalkan adalah dipelajari dan bukannya hasil dari naluri individu dalam sesebuah masyarakat. - Budaya adalah dikongsi bersama oleh satu kelompok manusia. - Budaya mempunyai nilai-nilai integratif

RUMUSAN 





Ilmu sosiologi mengkaji interaksi yang berlaku sesama manusia, dan juga antara manusia dengan organisasi sosial yang mempengaruhi kehidupan kita. Interaksi ini dipengaruhi oleh budaya yang diamalkan oleh masyarakat berkenaan dan seterusnya membentuk golongan masyarakat yang berbeza dari satu tempat dengan tempat lain. Proses pembentukan budaya ini pula sebahagian besarnya dipengaruhi oleh proses sosialisasi yang dialami oleh setiap individu.

Related Documents


More Documents from "nur safiah"