Selamat sejahtera. Formalisme dalam matematik merupakan suatu disiplin formal yang berbentuk simbolik diwakili oleh simbol-simbol tanpa berpandukan kepada pelbagai pengertian. Fahaman Formalisme merupakan alam nyata yang terdiri daripada objek-objek yang terhingga sahaja yang boleh disusun dalam bentuk unsur nombor-nombor terhingga. Falsafah formalisme juga digelar sebagai golongan absolutist (falsafah bebas nilai). Golongan formalisme ini melibatkan pembentangan yang jelas tentang langkah-langkah yang digunakan dalam manamana prosedur diikuti dengan usaha yang meluas untuk memastikan penghafalan. Dalam formalism ini, ia menjadi asas pemikiran matematik tertumpu kepada penyelesaian matematik dalam bentuk rangkaian simbol sahaja. Oleh itu, pada pendapat saya, guru-guru boleh menggunakan fahaman formalism dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam bilik darjah. Contohnya, guru-guru harus mengajar sesuatu topik matematik kepada murid-murid dengan menggunakan perwakilan simbol yang dinyatakan dalam kaedah formalisme ini. Contohnya, dalam topik pengguaan anu dalam penolakan. Soalan :- Jumlah murid di Sekolah kamatchy ialah 745 orang. Y orang telah berpindah ke sekolah lain. Bilangan murid yang tinggal ialah 231 murid. Carikan Y murid tersebut ? Dalam penyelesaian ini, guru boleh menggunakan penggunaan simbol Y untuk mencari murid yang telah keluar dari sekolah tersebut. Ayat matematik ialah :- 745 – Y = 231. Pengajaran melalui pengaplikasian nombor dan simbol ini, murid-murid mudah memahami sesuatu konsep pembelajaran dengan jelas.
Pada pandangan saya, guru-guru hanya tertumpu pada penghabisan buku teks. Pembelajaran Matematik untuk kefahaman bukan perkara mudah. Ramai pelajar sukara memahami konsep yang disampaikan oleh guru. Jadi mereka menyelesaikan masalah dengan cara menghafal sesuatu konsep. Cara ini memang tidak memanfaatkan sesiapa pun.
Apabila pelajar diberikan penyelesaian masalah, pertama mereka perlu mengikut empat tahap Model Polya. Daripada penyelesaian yang panjang, pelajar tahu merumuskan serta memindahkan segala data kepada simbol atau rangkaian yang berbentuk ayat pendek. Pelajar berasa lebih selesa apabila ayat penyelesaian yang panjang dipindahkan ke simbol atau nombor serta memudahkan pelajar mencari jawapan. Misalnya, dalam topik algebra. https://muhammadsaffuan.weebly.com/jurnal/anu-oh-anu Soalan : Keluarga Saleh mempunyai 5 orang anak lelaki. urutan umur anaknya dadri yang termuda hingga yang pertama iaitu, 2. y,(2y-2), (y+2) dan (y+4). Jika jumlah keseluruhan kelima0lima anaknyaialah 21 tahun, berapakah umur anaknya yang tertua ? Teknik Menjawab: