OBJEKTIF MODUL Mendefinisikan bidang kajian antropologi Menjelaskan skop, pendekatan serta kaitan
bidang antropologi dengan bidang sains sosial lain Membincangkan pelbagai teori, perspektif dan pendekatan yang digunakan dalam kajian manusia dan kebudayaan Mengenalpasti cabang-cabang dan pengkhususan kajian yang wujud dalam disiplin antropologi Membincangkan teknik-teknik kajian disiplin antropolgi Mengaplikasikan ilmu antropologi di dalam kehidupan seharian
PENGENALAN Antropologi merupakan satu bidang penting
dalam sains sosial. Antropologi seperti bidang psikologi dan ekonomi juga menumpukan kajian ke atas manusia. Persoalan? Apakah beza bidang Antropologi dengan bidang-bidang Sains Sosial lain? Bidang ini muncul sebagai alat untuk manusia meneroka hakikat kewujudan mereka dengan berbekalkan pendekatan saintifik.
DEFINISI ANTROPOLOGI Merujuk kepada kajian manusia. Perkataan Greek iaitu “antropos” –manusia
dan “logos”-kajian. Abdullah (1985) merujuk bidang ini sebagai satu disiplin ilmu yang mengkaji manusia dari aspek fizikal dan tingkahlaku kebudayaan. Skop bidang ini tidak terhad kepada manusia sahaja malah perlu dikaitkan dengan faktorfaktor sekeliling. Persoalan? Sejauhmanakah persekitaran memainkan peranan mempengaruhi
SKOP & PENDEKATAN KAJIAN Skop kajian bidang ini meliputi dua dimensi
utama iaitu:i. Kewujudan manusia secara fizikal ii. Kebudayaan yang lahir daripada proses interaksi manusia sesama sendiri dan persekitaran Kenapa bidang ini dikatakan sebagai satu bidang yang unik di awal kemunculannya? Penekanan kepada kajian masyarakat primitif dan mempunyai struktur organisasi mudah Pendekatan kajian berbentuk holistik
SAMBUNGAN….. Pendekatan
ini penting bagi persoalan mengenai
menjawab kehidupan
pelbagai manusia. Ember & Ember (1995)- Persoalan-persoalan asas; ‘Bila’, ‘di mana’ dan ‘kenapa’ manusia wujud di muka bumi. ‘Bagaimana’ dan ‘kenapa’ populasi manusia zaman moden mempunyai ciri-ciri fizikal berbeza (warna kulit, ketinggian dan sebagainya). ‘Bagaimana’ dan ‘kenapa’ masyarakat manusia zaman dahulu dan sekarang
SEJARAH ANTROPOLOGI Bermula sejak timbul keperluan di kalangan
kuasa penjajah Eropah untuk memahami masyarakat sebagai subjek penjajahan mereka. Merupakan disiplin ilmu yang muncul lewat daripada bidang Sains Sosial yang lain. Abdullah (1985) berpandangan bidang ini mula muncul di Amerika pada tahun 1851 apabila terbit karya oleh Lewis Henry Morgan “League of Iroquis” dan di Eropah pada tahun 1859 apabila terbit karya Charles Darwin bertajuk “Origin of Species”
SAMBUNGAN… Sebelum berakhir abad ke-18, masyarakat
Eropah beranggapan mana-mana masyarakat yang tidak mengamalkan corak perlakuan, pemikiran dan budaya mereka sebagai masyarakat primitif (savage atau barbarian) Berlaku pertembungan budaya dan kesannya masyarakat Eropah pada masa itu mula mengandaikan budaya mereka mempunyai darjat yang lebih tinggi. Apabila bermula era penjajahan maka masyarakat Eropah mula menyedari peri pentingnya kajian sistematik dilakukan untuk
SAMBUNGAN…. Perkembangan disiplin ini wujud didokongi
oleh faktor teknologi. Disiplin ini berkembang agak lewat kerana kesukaran untuk manusia menjelajah ke seluruh dunia. Perkembangan teknologi pengangkutan dan komunikasi telah memperkayakan perkembangan bidang ini.
PERKEMBANGAN ANTROPOLOGI Tokoh penting dalam disiplin ini; Lewis H.
Morgan dan Edward B. Taylor. Memperkembangkan pemahaman manusia terhadap konsep budaya dalam masyarakat yang dilihat dalam konteks evolusi. Karya Morgan bertajuk “League of Iroquis” merupakan kajian antropologi saintifik yang pertama dibuat ke atas kaum Indian di Amerika dan seterusnya diperkembangkan dalam “Ancient Society”. Edward B.Taylor melalui pemikiran evolusinya berpendapat bahawa agama juga berkembang melalui tahap evolusi sama
SEJARAH PERKEMBANGAN TEORITIKAL Sejarah
perkembangan teoritikal akan membincangkan beberapa teori penting yang muncul sepanjang perkembangan teori ini hinggalah ke hari ini. Teori yang dikemukakan oleh Morgan dan Taylor menjadi pencetus kepada perkembangan teori ini, Antaranya adalah:1. Teori Evolusi Manusia 6. Budaya dan Personaliti 2. Evolusionisme Marxist 7. Evolusionisme Baru 3. Partikularisme Sejarah 8. Ekologi
TEORI EVOLUSI MANUSIA
Morgan merupakan pendokong utama idea
evolusi. Dalam karya beliau “Ancient Society”, beliau telah menggariskan proses evolusi sosial dan kebudayaan manusia kepada tiga (3) peringkat iaitu, savagery, barbarism dan civilization. Ketiga-tiga peringkat ini dibahagikan pula kepada pecahan-pecahan yang membentuk tujuh peringkat.
EVOLUSIONISME MARXIST
Golongan Marxist telah terpengaruh dengan
idea evolusi Morgan. Karl Marx beranggapan bahawa budaya mengalami proses evolusi melalui beberapa peringkat iaitu komunisme primitif, masyarakat perhambaan, feudalisme, kapitalisme, dan akhirnya komunisme. Di tahap akhir proses evolusi ini (komunisme), golongan kelas atasan akan dijatuhkan oleh kelas bawahan lalu mewujudkan masyarakat tanpa kelas.
PARTIKULARISME SEJARAH
Merupakan satu bentuk reaksi penentangan
terhadap idea evolusi manusia yang dipelopori oleh Morgan dan keseluruhan doktrin yang didokongi oleh golongan Marxist dan golongan Darwinis. Franz Boas, pendokong teori ini berpendapat teori evolusi tidak didasari oleh data dan maklumat yang saintifik dan menentang teknik kajian berbentuk “arm chair” iaitu kajian yang tidak menggunakan kerja lapangan (ethnographic fieldwork). Boas berpendapat setiap budaya mempunyai sejarahnya dan perkembangan bahasa dan
TEORI DIFUSI
Teori ini muncul atas dasar pendapat berbeza. Menurut teori ini, budaya manusia
berkembang kerana manusia cenderung meniru antara satu sama lain dan hasil daripada perkongsian dan penyebaran unsurunsur budaya dari satu tempat ke satu tempat. Budaya berkembang bukan disebabkan oleh keupayaan manusia mencipta atau meneroka benda baru. Pendokong teori ini cuba mencari ciri-ciri persamaan yang mungkin wujud dalam budaya berbeza. Teori ini sering dikritik kerana tidak mampu
FUNGSIONALISME DAN FUNGSIONALISME STRUKTUR
Dikaitkan dengan perkembangan antropologi
di Britain. Kajian oleh tokoh antropologi British iaitu Branislaw Malinowski dan A.R Radciffe Brown antara bahan yang menjadi sumber rujukan penting. Malinowski terkenal dengan kajiannya ke atas penduduk Trobriand, manakala Radcliffe Brown memperkembangkan idea fungsionalisme yang dikemukakan oleh Malinowski dan menamakannya Fungsionalisme Struktur. Malinowski memusatkan perhatian beliau kepada individu, iaitu keperluan individu dari
Sambungan… Radcliffe-Brown
menganggap keperluan individu adalah kurang penting, sebaliknya, perlu diberi perhatian ialah interaksi antara individu (social process) yang membentuk struktur atau sistem sosial. Pendekatan Fungsionalisme menekankan kepada kerja lapangan sebagai teknik kajian penting bagi ahli-ahli antropologinya,
BUDAYA DAN PERSONALITI Pendekatan
ini menggunakan pendekatan
psikologikal. Berkait rapat dengan teori psikologi Sigmund Freud Penekanan diberikan kepada kaitan di antara personaliti dan kebudayaan. Ia dilihat bermula dari peringkat kanak-kanak di mana pengalaman mereka memperngaruhi corak perlakuan, personaliti dan amalanamalan kebudayaannya apabila dewasa.
EVOLUSIONISME BARU Dikaji
semula memandangkan Teori Evolusionisme Morgan dan Taylor telah banyak menerima kritikan dan cabaran, terutamanya daripada skima partikularisme sejarah Boas. Pendekatan teori mereka bersifat sebabmusabab dan berbentuk penjelasan unilinear. Evolusionisme baru dikaji semula oleh Leslie White dan memperbaiki kesilapan yang wujud dalam Teori Evolusi Morgan dan Taylor. White berminat terhadap kajian saintifik ke atas budaya. Beliau berpendapat budaya merupakan kunci
Sambungan Menurut beliau, sains sedang melalui satu
proses evolusi di mana pemahaman manusia tentang budaya mewakili tahap terakhir. Evolusi budaya menurut beliau, sebahagian besar dipengaruhi oleh jumlah tenaga dan teknologi yang digunakan dalam sesebuah masyarakat. Maksudnya, sebanyak mana tenaga dapat dijana dan digunakan per kapita selama setahun akan menentukan arah dan tahap perkembangan budaya sesebuah masyarakat.
EKOLOGI BUDAYA Julian
Steward menekankan kepada kepelbagaian dalam mengkaji budaya dan menolak keseragaman dalam tahap-tahap perkembangan budaya sebagai berkembang mengikut arah tertentu. Menekankan kepada kepentingan interaksi pelbagai faktor seperti persekitaran, cuaca, bentuk muka bumi dan faktor-faktor budaya seperti kegiatan ekonomi, adat resam, struktur organisasi sosial, teknologi dan seumpamanya.
CABANG-CABANG ANTROPOLOGI
Secara umum, disiplin antropologi tidaklah
hanya tertumpu kepada pengkajian tentang budaya sahaja. Dua cabang utama dalam disiplin ini adalah:1. Antropologi Fizikal 2. Antropologi Budaya Antropologi Fizikal terbahagi kepada Kajian Evolusi Manusia, dan Kajian Variasi Manusia. Antropologi Budaya terbahagi kepada Arkeologi, Antropologi Linguistik dan Etnologi.
ANTROPOLOGI FIZIKAL 1. Kajian Evolusi Manusia Dikenali juga
sebagai
Paleontologi/Paleoantropologi Manusia. Mengkaji perkembangan manusia dari awal kewujudan hingga sekarang. Kajian dan kesimpulan dibuat tentang bagaimana manusia mula-mula muncul di bumi ini. Bahan-bahan tinggalan manusia (fosil) dijadikan sebagai data dan maklumat perkembangan manusia. Ini seterusnya menggalakkan pengkaji untuk mengkaji haiwan-haiwan yang mempunyai
ANTROPOLOGI FIZIKAL
2. Kajian Variasi Manusia Kajian ini menerangkan perbezaan
fizikal yang wujud dalam masyarakat yang berbeza. Dilakukan untuk mengenalpasti asal-usul serta salasilah keturunan manusia melalui ciriciri fizikalnya. Bukan sahaja memahami asal-usul manusia tetapi boleh digunakan untuk meramal apa akan berlaku apabila kita melalui keadaankeadaan tertentu. Pengetahuan ini digunakan dengan meluas dalam kajian forensik untuk mengenalpasti identiti manusia dengan hanya berbekalkan tulang-tulang.
ANTROPOLOGI BUDAYA Mengkaji pelbagai aspek budaya yang wujud
dalam masyarakat. Menurut E.B. Taylor, budaya merujuk kepada keseluruhan cara hidup yang merangkumi ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni, undang-undang, adat istiadat dan kebolehan serta amalan-amalan lain yang diperolehi manusia sebagai anggota masyarakat. Terbahagi kepada tiga bidang iaitu:1. Arkeologi 2. Antropologi Linguistik 3. Etnologi
ANTROPOLOGI BUDAYA
1. Arkeologi Kajian antropologi berasaskan pencarian dan
penerokaan artifak. Pengkhususan arkeologi adalah mencari dan menganalisis artifak tinggalan manusia prasejarah. Artifak-artifak ini mampu menerangkan aspek-aspek budaya manusia zaman dahulu kala dan perubahan-perubahan dalam masyarakat tersebut dan punca kepada perubahan tersebut. Contohnya, penemuan perkakas-perkakas yang dibuat daripada batu menandakan
ANTROPOLOGI BUDAYA
2. Antropologi Linguistik Merujuk kepada antropologi
budaya yang mengkaji bahasa untuk melihat perubahan dan ciri-ciri sosial masyarakat. Ahli Antropologi Linguistik berminat mengkaji kepelbagaian dan perubahan dalam struktur bahasa serta pertuturan yang wujud dalam masyarakat manusia. Faktor penghijrahan menunjukkan berlakunya perhubungan di antara dua kelompok masyarakat. Konteks sejarah, Antropologi Linguistik dikaitkan juga dengan era penjajahan.
ANTROPOLOGI BUDAYA
Kefahaman bahasa merupakan unsur penting
dalam kerja lapangan. Dua bentuk kajian dalam Antropologi Linguistik adalah:1. Sejarah Linguistik 2. Linguistik struktur Sejarah Linguistik mengkaji bagaimana bahasa berubah mengikut masa, manakala Linguistik Struktur mengkaji perubahanperubahan yang berlaku dalam struktur bahasa kontemporari.
ANTROPOLOGI BUDAYA 3. Etnologi Skop kajian
Etnologi lebih luas meliputi kesemua aspek yang menjadi skop kajian arkeologi dan antropologi linguistik. Perkara yang membezakan di antara dua cabang tersebut adalah teknik kajian, dan juga penekanannya kepada unsur budaya yang lebih kontemporari. Tumpuan bidang ini adalah kepada corak pemikiran dan perlakuan manusia membentuk budaya. Contohnya institusi sosial seperti keluarga dan perkahwinan, kesenian, adat istiadat,
TEKNIK KAJIAN ANTROPOLOGI Nilai saintifik sentiasa diberi penekanan dalam
kajian antropologi. Memandangkan kekangan yang wujud tidak memungkinkan kajian yang benar-benar objektif dapat dilakukan. Contohnya konsep masyarakat yang begitu abstrak dan perlakuan manusia sentiasa berubah-ubah menghalang pengkaji melihat sesuatu fenomena sosial dalam konteks yang benar-benar saintifik. Memandangkan kekangan yang dihadapi maka antropologi mengambil dua pendekatan umum dalam kajiannya iaitu pendekatan
TEKNIK ETNOGRAFI Teknik ini merujuk kepada teknik di mana
para pengkaji melakukan kerja lapangan untuk mendapatkan data dan bahan kajian. Teknik ini menekankan kepada pemerhatian secara langsung dan kebebasan dalam membuat pemerhatian. Berikut merupakan teknik Etnografi yang digunakan oleh pengkaji :1. Pemerhatian 2. Pemerhatian turut serta 3. Temubual dan Perbualan 4. Catatan sejarah hidup 5. Kajian jangka panjang
KAJIAN TINJAUAN Menekankan kepada nilai empirikal, analisis
statistik, dan generalisasi umum bagi satu populasi manusia yang besar dan pelbagai. Contohnya banci penduduk. Perbezaan di antara teknik ini berbanding teknik etnografi adalah teknik ini menggunakan kaedah yang lebih bersistematik dan seragam. Teknik Etnografi kurang menekankan kepada keseragaman atau aspek kuantitatif dalam kajian yang disebabkan oleh jenis kajian yang dijalankan memerlukan lebih fleksibiliti dari pengkaji dalam mendapatkan maklumat.
ANTROPOLOGI GUNAAN Tidak dapat kita nafikan bahawa kita sentiasa
berinteraksi dengan persekitaran. Dalam proses interaksi ini, mewujudkan pelbagai unsur nilai dan kebudayaan yang akhirnya akan mempengaruhi kehidupan kita. Aplikasi kegunaan ilmu antropologi ini dapat dilihat dalam tiga (3) bidang ini iaitu:1. Antropologi Perbandaran 2. Antropologi Perubatan 3. Antropologi Pendidikan
RUMUSAN Antropologi
merupakan bidang kajian kemanusiaan yang menumpukan kepada aspek fizikal dan kebudayaan manusia dan masyarakat. Antropologi cuba mewujudkan satu bentuk kajian yang sistematik kepada manusia dan mengambilkira kepelbagaian konteks kebudayaan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan individu dan masyarakat. Hasil kajian ini menggunakan teknik-teknik yang berbagai dapat membantu manusia memahami perubahan yang berlaku dalam