Bab 7 - Pemacu Storan

  • Uploaded by: Mohd Syamsul Ariff
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab 7 - Pemacu Storan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,899
  • Pages: 9
BAB 7 : Mengesan Kerosakan Pemacu Storan Data

Pemacu Storan Data Merujuk kepada storan sekunder iaitu storan kekal. Ia bermaksud data yang disimpan di dalamnya tidak hilang walaupun setelah bekalan kuasa dimatikan. 3 Jenis storan: 1. Storan Magnetik 2. Storan Optikal 3. Storan Flash

1. Storan Magnetik

Ia menggunakan konsep gelombang magnet yang merakam kod-kod digital mewakili data. 2 yang popular ialah cakera keras (hdd) dan cakera liut (fdd - disket). Contoh storan lain yang menggunakan konsep ini ialah pemacu Zip, pemacu Jaz, pemacu LS120, dan pita magnetik.

2. Storan Optikal

Ia menggunakan konsep pantulan dan biasan cahaya bagi mewakili kod-kod 1 0 iaitu kod digital mewakili data. Pancaran cahaya laser akan mengenai permukaan cakera optikal yang berlekuklekuk kecil dan seterusnya dipantul kembali ataupun terbias. Kawasan yang memantulkan kembali cahaya mewakili nilai 1 dan yang membias/menghalang cahaya mewakili nilai 0.

[email protected]

1

BAB 7 : Mengesan Kerosakan Pemacu Storan Data

Antara beberapa format cakera optikal yang popular ialah CD-DA (audio), CD-ROM (data komputer), CD-R, CD-RW, DVD-ROM, DVD+R, DVD-R, DVD+RW, dan DVD-RW.

3. Storan Flash

Ia hanya melibatkan litar terkamil yang berfungsi menyimpan data secara kekal walaupun tanpa bekalan kuasa. Berbeza dengan 2 jenis storan di atas, ia digelar ingatan 'solid state' kerana tidak memerlukan sebarang komponen bergerak seperti motor dan penghayun. Contoh storan Flash ialah cip BIOS, CompactFlash, SmartMedia, Memory Stick, kad PCMCIA jenis I dan II, dan Kad memori permainan video.

Cakera Keras Ia terdiri daripada beberapa mekanisma: o

Plat berbentuk cakera yang keras (disalut medium bermagnet)

o

Lengan penghayun (pemegang kepala baca tulis)

o

Kepala baca tulis

o

Motor (pemutar plat cakera)

o

Litar pengawal

Lazimnya terdapat beberapa plat cakera dalam satu cakera keras. Cakera-cakera ini dipasang kepada motor. Kelajuan pusingan motor: o

5400rpm

o

7200rpm

[email protected]

(rpm - revolutions per minute - pusingan seminit)

2

BAB 7 : Mengesan Kerosakan Pemacu Storan Data

o

10000rpm

Kepala baca tulis diletakkan dihujung lengan penghayun bagi membolehkan ia melalui keseluruhan permukaan plat cakera. Lengan penghayun akan dihayunkan pergi-balik seperti mana sebuah diafragma pembesar suara berfungsi (konsep penolakan kutub magnet). Biasanya ada dua kepala baca tulis untuk satu plat cakera; satu atas, satu dibawah. *jarak antara kepala baca tulis kepada cakera adalah sekitar 0.000002 inci. Jika tersentuh, cakera keras boleh rosak. Apabila cakera berputar, ia akan menghasilkan kusyen udara yang menyebabkan kepala baca tulis seperti terapung di atasnya. Litar pengawal berfungsi mengawal kelajuan pusingan motor, kadar hayunan lengan, ketepatan capaian data, dan kelajuan pindahan data.

Pemacu Disket Ia menggunakan konsep yang sama dengan cakera keras. Bezanya, cakeranya tidak disertakan sekali dalam pemacu; sebaliknya ia adalah komponen berasingan. Oleh itu disket juga digelar storan 'portable' kerana ia boleh bawa keluar dan dikongsi di antara PC (komputer peribadi). Cakera magnetik disket dibina dari bahan plastik yang disalut oksida logam. Apabila bahan ini didedah kepada medan magnet, ia akan menyimpan aruhan tersebut secara kekal. Mekanismanya: o

Motor pemacu

o

Kepala baca tulis

o

Motor penetapan / penganjak

o

Bingkai mekanikal

o

Litar kawalan

[email protected]

3

BAB 7 : Mengesan Kerosakan Pemacu Storan Data

Disket (cakera liut) masa kini ialah jenis 3.5 inci. Ia terdiri daripada perumah dan pelindung ruang baca tulis yang melindungi cakera liut nipis di dalamnya. Apabila disket dimasukkan ke dalam pemacu disket, mekanisma pada bingkai mekanikal akan membuka pelindung ruang baca tulis disket dan membenarkan kepala baca tulis menyentuh cakera liut. Bingkai mekanikal juga memastikan disket kekal pada kedudukannya dan boleh dikeluarkan menggunakan tombol keluaran yang disediakan. Motor pemacu berfungsi untuk memusingkan cakera liut, manakala kepala baca tulis akan dilalukan di atas cakera menggunakan bantuan motor penganjak. Litar kawalan berfungsi untuk mengawal kadar putaran disket, penetapan kedudukan kepala baca tulis, dan semakan perlindungan tulis semula disket.

Pemacu CD-ROM Mekanismanya: o

Motor pemutar cakera

o

Mekanisma pemancar dan penerima pancaran laser (kepala baca)

o

Motor penetapan / penganjak

o

Motor penggerak 'tray' (pemegang cakera cd-rom)

o

Bingkai mekanikal

o

Litar kawalan

[email protected]

4

BAB 7 : Mengesan Kerosakan Pemacu Storan Data

Seperti disket, cakera cd-rom juga adalah jenis storan 'portable' (boleh dibawa keluar untuk diguna di komputer / pemacu cd-rom lain). Dengan menekan butang 'eject', tray cd-rom akan dikeluarkan daripada pemacu. Butang tersebut adalah sebahagian daripada komponen litar pengawal. Apabila cakera cd-rom dimasukkan, ia akan dikekalkan ditempatnya oleh bingkai mekanikal. Bingkai ini juga mempunyai mekanisma kecemasan untuk pengeluaran cakera secara paksa. Ia adalah lubang halus yang terdapat dihadapan pemacu cakera cd-rom; dan apabila jarum dicucuk ke dalamnya, ia akan menolak pengunci / gear yang akan menolak tray keluar. Litar pengawal akan mengesan kehadiran cakera cd-rom dan seterusnya memutarkan cakera. Untuk membaca kandungan cakera, motor penganjak akan menggerakkan kepala baca pada kadar tertentu di atas cakera. Kepala baca akan memancarkan cahaya laser yang akan mengenai permukaan berkilat cakera cd-rom. Jika dipantulkan kembali (diterima oleh kepala baca), PC memahaminya sebagai kod 1. Sebaliknya jika cahaya dibiaskan (tidak diterima kembali oleh kepala baca), PC menganggapnya sebagai kod 0. Gambungan kod 0 1 ini akan mewakili data.

Bagi cakera cd-rom yang bercalar, kesilapan akan berlaku ke atas perwakilan kod ini akibat perubahan permukaan pantulan/biasan. jika cakera bercalar (tidak terlalu dalam) pada permukaan plastik (polycarbonate), ia masih boleh ditampal dan digunakan; tetapi jika bercalar di bahagian atas (permukaan bercetak), cakera boleh dianggap telah rosak sepenuhnya.

[email protected]

5

BAB 7 : Mengesan Kerosakan Pemacu Storan Data

Bagaimana kod 0 1 dimasukkan ke dalam cakera: Untuk cakera cd-rom biasa, terdapat 2 kawasan iaitu datar (rata) dan berlopak. Jika pancaran laser terkena kawasan datar, ia akan memantul kembali dan mengenai diod pengesan cahaya pada kepala baca. Ia mewakili kod 1. Namun, jika pancaran laser terkena lopak, cahaya akan terbias dan tidak dipantul kembali. Ini mewakili kod 0.

Untuk cakera cd-r (cakera boleh tulis), ia masih menggunakan kaedah pantulan dan pembiasan cahaya bagi mewakili kod 0 1. Oleh kerana cahaya laser tidak mampu menghasilkan lopak seperti pada cakera cd-rom biasa, satu lapisan khas digunakan (ditempatkan) di antara permukaan berkilat dan plastik pelindung. Apabila pancaran laser yang cukup kuat mengenai permukaan tersebut, ia akan mengubahnya menjadi legap (tidak lut cahaya). Apabila pancaran laser mengenai permukaan legap tadi, cahaya tidak akan dipantulkan dan ini akan mewakili kod 0. Sebaliknya jika pancaran laser mengenai bahagian yang tidak diganggu (tidak dibakar pancaran laser), pancaran akan menembusinya dan memantul kembali setelah terkena permukaan berkilat cakera. Jika cahaya dikesan oleh diod pengesan, ia akan mewakili kod 1. Cd-rw (cakera boleh tulis dan padam) pula adalah pembaikan ke atas teknik cd-r. Berbanding dalam cd-r yang mana bahantara antara lapisan berkilat dan plastik pelindung yang tidak boleh diubah kepada bentuk asalnya setelah ditulis, bahantara yang digunakan bagi cd-rw boleh diperbaiki setelah ditulis (dipanaskan pada suhu tertentu untuk menjernihkan kembali permukaan yang legap).

[email protected]

6

BAB 7 : Mengesan Kerosakan Pemacu Storan Data

Masalah / Kerosakan Secara umumnya, masalah yang lazim berlaku ialah kegagalan sistem untuk mengenali pemacu storan. Antara puncanya ialah kesilapan meletakkan 'jumper' pada bahagian belakang pemacu storan, kabel data longgar, ataupun kabel kuasa longgar atau tidak berfungsi dengan baik. Cakera storan jarang menghadapi masalah 'driver'. Ini kerana sistem operasi Windows mampu mengenali dan mengendalikannya dengan baik.

Kerosakan Cakera Keras Oleh kerana kesemua komponennya terbina dalam, boleh dikatakan kerosakan yang berlaku pada fizikalnya mustahil untuk dibaiki oleh juruteknik biasa. Yang sering berlaku ialah berlaku pertindihan data pada sektor cakera (cross link), sektor rosak (bad sector), dan kelembapan capaian/penjejakan data. Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan utiliti 'scandisk' untuk membaiki masalah 'cross link' dan 'bad sector', serta utiliti 'defragment' untuk penyusunan fail bagi melancarkan proses capaian/penjejakan data. Masalah 'bad sector'

walaubagaimanapun boleh berlaku secara logikal dan fizikal. Hanya

masalah yang berlaku secara logikal sahaja boleh diperbaiki. Masalah yang berlaku secara fizikal (seperti tercalar) tidak mampu dibaiki oleh utiliti 'scandisk'. Cakera keras yang menghadapi masalah 'bad sector', selalunya akan mengeluarkan bunyi aneh (seperti tersekatsekat) dan menyebabkan operasi sistem menjadi semakin lambat (capaian data perlahan). Kadang-kala data yang disimpan di dalamnya juga akan hilang/rosak. Oleh itu, cakera keras seperti ini sudah tidak sesuai digunakan lagi sebagai cakera storan utama sistem. Ia sama ada perlu ditukar dengan yang baru ataupun dijadikan sebagai cakera storan untuk menyimpan failfail tidak penting.

Kerosakan Pemacu Disket Masalah yang biasa berlaku ialah: 1. Kepala baca kotor 2. Disket tersumbat (tidak boleh keluar) 3. Tidak boleh baca 4. Tidak boleh tulis 5. Disket rosak

[email protected]

7

BAB 7 : Mengesan Kerosakan Pemacu Storan Data

Masalah kekotoran pada kepala baca biasanya menyebabkan: 

Bunyi aneh semasa disket dibaca



Kandungan disket lambat dibaca



Disket tidak boleh dibaca

Untuk mengatasi masalah ini, kepala baca tulis perlu dicuci dengan alkohol sama ada menggunakan 'cotton bud' (pengorek telinga) ataupun disket pencuci. Masalah disket tersumbat biasanya akibat: o

Kerosakan pada mekanisma bingkai mekanikal

o

Kerosakan pada pelindung disket

Biasanya masalah ini timbul akibat pelindung kepala baca disket yang tersangkut pada bingkai mekanikal. Untuk mengatasinya, buka perumah pemacu disket dan perhatikan bahagian mana yang tersangkut, dan kemudian cungkil atau cabut disket keluar. Pasang semula perumah dan uji fungsi pemacu tersebut. Masalah disket tidak boleh dibaca boleh disebabkan oleh: o

Kerosakan disket

o

Kepala baca tulis kotor

Cuba cuci kepala baca tulis dan kemudian uji semula. Jika masih tidak boleh baca, bermakna disket mungkin rosak. Uji semula dengan disket lain yang elok. Jika masih tidak boleh, maka pemacu disket mungkin rosak. Jika disket boleh dibaca tapi tidak boleh ditulis; ini biasanya bukan masalah pemacu. Semak pelindung tulis pada bucu bawah disket (bertanda mangga). Jika terbuka (kunci), tutupkannya kembali. Jika masih tidak boleh, semak pula setup CMOS. Pastikan tiada 'setting' untuk menghalang tulis dalam disket. Bagi disket yang rosak, ia lazimnya sudah tidak boleh dibaiki/digunakan sepenuhnya. Ini boleh dilihat sekiranya timbul paparan "Disk is not formated". Pastikan dahulu kepala baca tulis adalah bersih (cuci atau buktikan kebolehfungsiannya menggunkan disket lain). Guna utiliti 'scandisk' dan semak permukaan disket yang disyaki bermasalah. Jika masih tidak elok, disket perlu dilupuskan. * oleh kerana disket adalah storan jenis magnetik, elakkan meletakkannya di tempat panas, berhampiran bahan bermagnet atau tempat berhabuk.

[email protected]

8

BAB 7 : Mengesan Kerosakan Pemacu Storan Data

Kerosakan Pemacu CD-ROM Masalah lazim yang berlaku ialah kegagalan pemacu membaca cd-rom. Antara puncanya ialah: 1. Kepala baca kotor 2. Cd-rom kotor / bercalar 3. Cd-rom rosak 4. Motor pemacu rosak (tidak berfungsi) 5. Litar kawalan rosak Jika cakera cd-rom tidak boleh dibaca: 1. Cuci kepala baca menggunakan cd pencuci (cd dengan berus halus). Pastikan cakera cdrom bersih dan tidak terlalu bercalar. Jika kotor, bersihkan dengan kain lembut. Jika bercalar pada permukaan plastiknya, rawat menggunakan cecair perawat cd (menampal lubang calar). 2. Jika masih tidak boleh, cuba lihat cakera cd-rom di bawah cahaya lampu. Jika terdapat ketelusan terlalu jelas (nampak lampu) pada garis calar, ini bermakna permukaan berkilat (pemantul) cd telah terhakis. Ini bermakna cakera cd-rom telah rosak sepenuhnya. 3. Jika tidak, cuba dengar bunyi pemacu cd apabila cd mula dimasukkan. Jika tiada bunyi motor pemutar (pemusing cd-rom), motor pemutar mungkin telah rosak. 4. Jika ada bunyi (dan lampu LED di hadapan pemacu berkelip-kelip), mungkin motor penganjak kepala baca telah rosak. 5. Buka perumah pemacu dan kenalpasti masalah. Biasanya masalah timbul akibat wayar motor kepada litar pengawal telah putus. Jika cakera cd-rom tidak boleh dikeluarkan:

1. Cucuk lubang kecemasan (lubang kecil di hadapan pemacu) dengan jarum halus yang panjang. Jika dicucuk dengan betul, tray cd akan dikeluarkan sedikit. Tarik tray keluar sepenuhnya dan keluarkan cakera cd-rom. 2. Jika tray tidak boleh dikeluarkan (tersangkut), berkemungkinan cakera cd telah pecah di dalam pemacu. Menggunakan pemutar skru, buka perumah pemacu dan keluarkan cakera cd-rom dan serpihannya (jika ada). Tutup kembali perumah dan uji fungsi pemacu tersebut menggunakan cd lain.

[email protected]

9

Related Documents

Bab 7 - Pemacu Storan
May 2020 23
Storan
June 2020 21
Pemacu 1
June 2020 7
Bab 7
December 2019 45
Bab 7
June 2020 40
Bab 7
May 2020 52

More Documents from "munasir"