Pemacu 1

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pemacu 1 as PDF for free.

More details

  • Words: 570
  • Pages: 4
KERTAS KONSEP PROGRAM PEMBELAJARAN MASA CUTI 1 ( PEMACU 1 )

1.0 Pengenalan. Pemacu merupakan singkatan kepada program pembelajaran masa cuti. Pemacu adalah merupakan satu program yang terancang bagi menyediakan latih tubi kepada semua pelajar tingkatan lima disepanjang cuti penggal persekolahan.

2.0 Konsep program. Program ini berkonsepkan kerja rumah dan pembelajaran kendiri, dimana pelajar diminta menyiapkan tugasan yang diberi semasa mereka bercuti dirumah. Bantuan ibubapa diperlukan bagi memantau pelajar-pelajar menyiapkan tugasan mereka. Namun program pemacu ini bukan merupakan program berorientasikan peperiksaan,dimana tiada pemarkahan akan dibuat oleh guru kepada pelajar hasil kerja pelajar. Namun guru-guru diminta menyemak dan memberikan panduan kepada pelajar jika terdapat masalah timbul dalam proses pelajar menyiapkan tugasan tersebut. Pelajar akan dibimbing dalam waktu pengajaran dan pembelajaran oleh guru yang berkaitan dengan tugasan tersebut.

3.0 Objektif program. Antara objektif program ini ialah : i. ii. iii. iv. v.

Menyediakan satu modul yang selaras bagi seluruh pelajar tingkatan lima dimana iannya merangkumi semua subjek dalam SPM. Modul latihan lebih berfokus, dimana pihak panitia mengenalpasti skop atau topik yang perlu diberi penekanan. Pelajar dapat memanafaatkan masa cuti dengan lebih berkesan dan terancang Perkongsian pintar antara ibubapa dan guru dapat dijalin dimana ibubapa juga dapat memantau perkembangan anak-anak dari aspek akademik semasa mereka bercuti. Melahirkan pelajar yang dapat menguruskan masa dengan baik,kerana program ini berkonsepkan pembelajaran kendiri dan ‘open book test’.

4.0 Kaedah pelaksanaan. Program ini dirangka untuk dijalankan secara berterusan. Ianya akan dimulakan dengan Pemacu 1 dan seterusnya Pemacu 2 dan Pemacu 3. Namun ianya juga bergantung kepada keperluan, permintaan dan faktor sokongan kewangan. Program ini dijalankan dengan semua panitia mata pelajaran diminta menyediakan modul latihan atau tugasan yang mengambil kira aspek masa, jumlah latihan/tugasan, kemampuan pelajar untuk menyelesaikannya dan format dan skop yang berfokus kepada peperiksaan SPM. Semua latihan dan tugasan ini akan dicetak dan diagihkan kepada semua pelajar tingkatan lima. Disamping itu ibubapa diminta untuk menandatangani dimuka hadapan modul ini bagi memantau anak-anak agar dapat menyiapkan latihan/tugasan semasa cuti persekolahan.

Guru-guru diminta membimbing sekiranya ada masalah semasa pelajar menyiapkan latihan/tugasan. Guru-guru juga diminta menyemak latihan/tugasan ini semasa proses P&P apabila pelajar-pelajar kembali kesekolah selepas bercuti. Satu laporan tentang prestasi pelajar dalam menyelesaikan latihan/tugasan hendaklah diserahkan kepada penyelaras setelah selesai setiap program pemacu ini dijalankan.

5.0 Kesimpulan. Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar program ini dapat melahirkan pelajar yang dapat menguruskan masa dengan baik. Ianya juga diharapkan akan menjana pelajar yang lebih berfokus terhadap masa depan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berjaya. Disamping itu juga program ini diharapkan dapat mewujudkan momentum kearah persediaan pelajar terhadap peperiksaan SPM.

Disediakan oleh: Rozman Bin Abdul Aziz

• • • •

Kepada pelajar PKA sila gunakan modul ini untuk latih tubi bagi memantapkan penguasaan terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Kemahiran menjawab set soalan tahun lepas akan banyak membantu untuk menjawab soalan peperiksaan SPM sebenar Diharapkan modul ini dapat membantu untuk peningkatan pencapaian pelajar dalam menghadapi SPM Bimbingan guru amat diperlukan dalam memberikan panduan kepada pelajar tentang kaedah menjawab soalan, terutamanya kertas 2.

Disediakan oleh: ROZMAN BIN ABDUL AZIZ

Pemantapan P&P melalui perhimpunan rasmi sekolah

Pengenalan Perhimpunan rasmi sekolah merupakan sesuatu yang penting untuk dilaksanakan. .....u r dancing in my mind when this song playing onair............ im sorry my dear cupcake.....i'm taken. laf u forever.......... Take a good care of urself...... will keep both my eyes on you...................from distance

ku mencintai mu sedalam-dalam hati ku ku mencintai mu..lebih dari apa pun..meskipun tiada satu orang pun yg tahu ku mencintai mu.sedalam-dalam hati ku…

Related Documents