BAB 8 : Mengesan Kerosakan Pencetak
MENGESAN KEROSAKAN PENCETAK Kandungan: • • •
Kegunaan dan Kendalian Pencetak Gejala dan Punca Kerosakan Pencetak Mengesan Kerosakan Komponen-komponen Utama Pencetak
Kegunaan dan Kendalian Pencetak 3 pencetak utama: 1. Pencetak Dot Matriks 2. Pencetak Laser 3. Pencetak Semburan Dakwat Pencetak Dot Matriks • •
Dari kategori Impact Printer (teknologi hentaman) Mempunyai jejarum halus sebagai kepala cetak.
•
Menggunakan Riben sebagai dakwat.
[email protected]
1
BAB 8 : Mengesan Kerosakan Pencetak
•
Jejarum akan menghentam reben mengikut susunan tertentu bagi menghasilkan imej atau teks di atas kertas.
•
Semasa proses hentaman (cetakan), reben yang telah digunakan akan digulung bagi memastikan cetakan akan sentiasa menggunakan reben yang masih baru. * untuk jimat, reben yang telah habis masih boleh digunakan dengan menggulung kembali reben ke tempat asal (awas, kualiti telah berkurang) Kelebihan:
1. Kos dakwat reben murah
Kekurangan:
1. Bunyi terlalu bising 2. Cetakan perlahan 3. Kualiti paling rendah berbanding pencetak jenis lain.
[email protected]
2
BAB 8 : Mengesan Kerosakan Pencetak
Pencetak Laser • •
Menggunakan teknologi laser atau LED (light emitting diod) Apabila menerima signal (data), sinaran laser akan dipancarkan ke atas drum/roda sensitif cahaya mengikut bentuk tertentu.
•
Kawasan yang menerima pancaran bercas negatif. Cas-cas ini akan menarik serbuk dakwat (digelar toner*) dari bekas serbuk dakwat.
•
*Toner adalah serbuk yang dibina oleh 2 bahan utama Apabila toner digelek oleh fuser), bahan plastik toner pigmen melekat pada kertas.
• • •
diberi cas (positif). Ia :- pigmen dan plastik. rod pemanas (digelar akan cair dan dakwat
Dakwat berpindah ke atas kertas akibat tarikan cas kertas. Kertas ini akan digelek di antara rod-rod besi yang panas (fuser). Setelah digelek, toner melekat atas kertas.
Kelebihan:
1. Cetakan paling pantas 2. Bunyi paling perlahan 3. Dakwat kalis air
Kelemahan: 1. Harga toner sangat mahal 2. Kebanyakannya tidak sokong cetakan teks jenis simbol
[email protected]
3
BAB 8 : Mengesan Kerosakan Pencetak
Kebanyakan pencetak laser menggabungkan bekas toner, dan drum dalam satu katrij pakai buang.
Pencetak Semburan dakwat • •
•
Ia menggunakan konsep semburan dakwat berkelajuan tinggi. 2 teknologi semburan: o Gelembung udara Apabila pencetak menerima signal, plat pemanas pada kepala cetak akan dipanaskan. Pemanasan ini akan menghasilkan gelembung udara. Gelembung udara ini menyebabkan dakwat terpancut keluar dari kepala cetak dengan kelajuan tinggi. o Getaran /Pengembangan Cas elektrik dibekalkan kepada batu kuarza. Batu kuarza akan mengembang. Pengembangan akan menolak dakwat keluar.
Dakwat disembur (pancut) dalam corak tertentu di atas kertas bagi menghasilkan imej atau teks.
[email protected]
4
BAB 8 : Mengesan Kerosakan Pencetak
Kepala pencetak (printer head) beserta pembesaran pemancut dakwat (nozzle)
Saiz lubang pemancut (nozzle) adalah sangat kecil berbanding saiz rambut manusia
Siaz dakwat disukat dengan nilai pl (pico liter). 1liter = 1,000,000,000,000pl (10-12)
[email protected]
5
BAB 8 : Mengesan Kerosakan Pencetak
•
2 jenis kepala cetak o Kepala cetak dilekat bersama-sama katrij dakwat o Kepala cetak dilekat bersama pencetak dengan katrij berasingan
Kelebihan:
1. Cetakan pantas 2. Bunyi perlahan 3. Hasil cetakan agak baik 4. Menyokong cetakan teks simbol dan imej berwarna 5. Harga berpatutan 6. Harga katrij berpatutan
Kelemahan: 1. Cetakan biasa tidak kalis air 2. Kepala cetak mudah rosak (tersumbat)
[email protected]
6
BAB 8 : Mengesan Kerosakan Pencetak
Gejala dan Punca Kerosakan Pencetak Secara umumnya, komponen pencetak adalah amat sensitif kepada habuk, kekeringan, dan lembapan. Antara gejala atau tanda-tanda kerosakan adalah: 1. Pencetak gagal dikesan oleh komputer (PC) 2. Hasil cetakan tidak kemas atau tiada dakwat keluar 3. Kertas gagal dilalukan pada laluan kertas (tersangkut) Kerosakan ini biasanya berpunca akibat kelalaian dan kesilapan pengguna seperti: 1. Tidak memasang kabel dengan betul. 2. Tidak memasang bekalan kuasa ataupun bekalan kuasa telah rosak. 3. Tidak memasukkan (install) driver*. 4. Menjatuhkan bendasing (seperti klip kertas, pin telekung, sarung pen dan sebagainya) di dalam laluan kertas pencetak. 5. Meletakkan pencetak ditempat yang agak berhabuk dan tidak sesuai. * driver – perisian yang membolehkan komputer mengawal perkakas tambahan dengan betul.
Mengesan Kerosakan Komponen-komponen Utama Pencetak Bagi memudahkan diagnosis, pembahagian pencetak kepada komponen umumnya boleh digunakan. Komponen-komponen Utama Pencetak 1. Mekanisma kepala cetak • Berfungsi menghasilkan cetakan
•
Masalah biasa & tanda-tandanya:i. Dakwat habis atau kepala cetak kering (dakwat kering nozzle). 1. kertas keluar tanpa hasil cetakan 2. dakwat cetakan terputus-putus / tidak jelas 3. cetakan warna memberikan warna berlainan ii. Kedudukan penganjak kepala cetak tidak diselaraskan 1. Cetakan herot-berot (tidak rata)
[email protected]
7
BAB 8 : Mengesan Kerosakan Pencetak
•
iii. ‘Fuser’ (roda pemanas pencetak laser) tidak berfungsi 1. Dakwat tidak melekat pada kertas Cara atasi:i. Jika dakwat kering, gantikan dengan katrij dakwat baru atau isi semula dakwat. ii. Jika dakwat masih ada tetapi cetakan bermasalah; bersihkan kepala cetak (lubang nozzle) dengan kain lembap (suam). Jika tidak selesai, gantikan kepala cetak baru. iii. Bagi cetakan herot-berot, gunakan utiliti pencetak (perisian yang disediakan bersama-sama pencetak) untuk membetulkan kedudukan kepala cetak (alignment). iv. Bagi masalah ‘fuser’; semak bekalan kuasanya. Gantikan dengan baru jika perlu.
2. Mekanisma penyuap kertas (feeder) • Berfungsi membekalkan kertas dan menyediakan laluan kertas untuk cetakan
• •
Masalah biasa & tanda-tandanya:i. Kertas tersangkut semasa print Cara atasi:i. Semak sama ada motor penyuap berfungsi atau tidak. ii. Semak gear-gear penyuap dan minyakkan (guna gris) iii. Semak laluan kertas dan buang bendasing ( pin baju, pin kertas, daun kering, kertas gula-gula, atau sampah lain) yang mungkin tersangkut pada laluan kertas.
3. Bekalan Kuasa • Mengubah voltan arus ulangalik rumah kepada voltan rendah arus terus bagi kegunaan litar pencetak • Masalah biasa & tanda-tandanya:i. Tiada kuasa (lampu pencetak tidak menyala) • Cara atasi:i. Semak sambungan bekalan kuasa. ii. Uji voltan masuk dan voltan keluar. Jika ada voltan masuk tetapi tiada voltan keluar, bekalan kuasa telah rosak. iii. Ganti bekalan kuasa baru (atau baiki)
[email protected]
8
BAB 8 : Mengesan Kerosakan Pencetak
4. Litar kawalan • Menterjemah arahan pengguna dan mengawal pergerakan pencetak bagi menghasilkan cetakan yang dikehendaki
• •
Masalah biasa & tanda-tandanya:i. Ada kuasa tetapi hasil cetakan tidak keluar. Cara atasi:i. Ganti komponen yang mungkin terbakar.
5. Palam antaramuka • Menyediakan sambungan antara komputer kepada pencetak
Palam USB
Palam Serial
• •
Palam LAN (rangkaian) dan palam komunikasi lain pencetak
Masalah biasa & tanda-tandanya:i. Komputer gagal mengesan kehadiran pencetak. Cara atasi:i. Semak sambungan kabel PC-pencetak. ii. Cuba semak masalah ‘driver’ pada ‘Device Manager’. Jika ada tanda ? atau !, masukkan (install) driver yang betul bagi pencetak. iii. Jika tiada masalah driver, cuba gantikan kabel sambungan PCpencetak dengan yang lain. iv. Jika masih tidak dikesan, mungkin palam sambungan pada PC atau pada pencetak bermasalah. (Palam pada PC boleh diuji dengan menghubungkannya kepada perkakasan lain. Jika palam PC elok, PC boleh mengesan perkakas tersebut). v. Bagi pencetak sambungan LAN (rangkaian), semak alamat IP pencetak. Pastikan alamat IP ada dan dalam kumpulan sama (betul).
[email protected]
9