Bab 5 - Motherboard

  • Uploaded by: Mohd Syamsul Ariff
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab 5 - Motherboard as PDF for free.

More details

  • Words: 1,623
  • Pages: 8
BAB 5 : Mengesan Kerosakan Papan Litar Utama

MENGESAN KEROSAKAN PAPAN LITAR UTAMA Kandungan: • • • • •

Fungsi dan Pengendalian Papan Litar Utama Kerosakan Semasa Proses Boot Kerosakan Slot-slot Pengembangan dan Chipset Mengenalpasti Pesanan-pesanan Kesalahan Senggaraan dan Baikpulih Papan Litar Utama

Fungsi dan Pengendalian Papan Litar Utama Secara umumnya, papan litar utama atau ‘motherboard’ adalah antara komponen paling penting sebuah sistem komputer. Diantara fungsinya:

1. Menghubungkan kesemua komponen-komponen utama komputer (CPU, memori RAM, GPU / grafik, cakera keras, peranti I/O). 2. Mengawal perhubungan dan kawalan fungsi setiap komponen. 3. Diagnosis masalah dan ralat fungsi sistem komputer.

Gambar 1: Papan litar utama format ATX

[email protected]

1

BAB 5 : Mengesan Kerosakan Papan Litar Utama

1.

Papan Litar Utama (motherboard) Sebagai Tapak Sambungan Setiap Komponen Komputer Sewaktu proses pemasangan sistem, biasanya motherboard akan diuji terlebih dahulu bersama-sama mikropemproses (CPU), memori (RAM), dan kad grafik. Kesemua komponen ini akan dipasang bersama-sama dan dihubungkan dengan sebuah monitor pada palam VGA kad grafik. Sambungkan bekalan kuasa (power supply unit -PSU) kepada motherboard dan pintaskan pin ‘power on’ untuk menghidupkan sistem. Apabila paparan POST kelihatan pada skrin, sistem itu telah sedia dan boleh digunakan.

Gambar 2: Pemasangan dan ujian komponen utama komputer Pintaskan kembali pin ‘power on’ selama 10 saat untuk mematikan sistem. Pasang motherboard ke dalam perumah komputer (casing) dan sambungkan kesemua komponen yang diperlukan ke dalam slot atau palam yang sesuai. Berikut adalah ringkasan slot/soket motherboard dan komponen yang boleh disambungkan kepadanya: Slot / Soket Soket CPU Slot memori Slot AGP / PCI-E Slot PCI Palam IDE Palam FDD

[email protected]

Komponen Mikropemproses Memori RAM (SDRAM, DDRAM) Kad Grafik Kad Bunyi, Kad Rangkaian, Kad Modem, Kad TV, Cakera Keras, Pemacu CD-ROM, Pemacu DVD Pemacu Cakera Liut (floppy)

2

BAB 5 : Mengesan Kerosakan Papan Litar Utama

2.

Kawalan Fungsi Setiap Komponen Selain menjadi tapak yang menghubungkan setiap komponen komputer, motherboard juga berfungsi untuk mengawal fungsi setiap komponen. Untuk itu, motherboard dimuatkan dengan beberapa cipset kawalan dan setiapnya unik untuk kawalan komponen tertentu sahaja. Dibawah disenaraikan beberapa cipset yang utama dan fungsinya: Cipset Northbridge Southbridge BIOS (EEPROM)

Kawalan Mikropemproses CPU, memori RAM, Kad Grafik (slot AGP /PCI-Express), Grafik bina dalam (onboard) Slot PCI, Palam IDE, Palam FDD, Palam SATA, Palam USB, Palam I/O* (peranti input/ouput) Uji & kawal fungsi komponen (proses POST & CMOS setup)

Gambar 3: Pelan asas papan litar utama *Palam I/O biasanya dikawaloleh cip khas Super I/O untuk motherboard versi lama [email protected]

3

BAB 5 : Mengesan Kerosakan Papan Litar Utama

3.

Diagnosis dan Kawalan Fungsi Komponen Bagi memastikan setiap komponen berfungsi dengan betul, motherboard akan melaksanakan proses semakan yang dikenali sebagai POST (Power On Self Test) sebaik sahaja komputer dihidupkan. Berikut adalah ringkasan proses yang berlaku: Komputer dihidupkan ↓ BIOS dimulakan ↓ Mulakan proses 'POST' (diagnosis kehadiran/keadaan perkakasan) ↓ Semak/kemaskini CMOS (cip yang simpan maklumat perkakasan & cara guna perkakasan) ↓ Memulakan program OS (operating system - seperti Windows, Linux, ataupun Unix) Rajah 1: Turutan proses apabila komputer dihidupkan (dikenal sebagai BOOT) Tujuan proses POST adalah: • Semak kehadiran perkakasan • Uji fungsi asas perkakasan • Maklumkan ralat / kerosakan kepada pengguna Proses POST sebenarnya adalah proses ujian yang dilakukan oleh sistem pengoperasi kecil pada motherboard, digelar BIOS (Basic Input Output System). Tanpa BIOS, motherboard tidak dapat berfungsi. BIOS adalah aturcara kecil yang disimpan di dalam sebuah cipset digelar ROM (Read Only Memory). BIOS lazimnya dibina untuk menyokong perkakasan tertentu sahaja. Bagi memastikan ia mampu menyokong teknologi / perkakasan baru, cipset ROM telah digantikan dengan cipset baru digelar EEPROM (Electronically Erasable Programmable ROM – memori boleh padam dan diprogramkan semula). Oleh itu, BIOS pada masa kini lazimnya boleh diperbaharui (update) untuk menyokong perkakasan baru. Kebanyakan perkakasan mempunyai BIOS. Lazimnya BIOS pada motherboard akan berinteraksi dengan BIOS perkakasan lain (seperti BIOS kad grafik) bagi mengetahui maklumat perkakasan tersebut. Maklumat perkakasan ini seterusnya akan disimpan di dalam cip CMOS** (Complementary Metal Oxide Semiconductor) iaitu cip yang mampu menyimpan maklumat perkakasan dan ketetapan pengguna. Sewaktu BIOS membaca maklumat perkakasan, data yang diperolehi akan dibandingkan dengan data yang disimpan di dalam CMOS. Jika terdapat perbezaan, maklumat di dalam CMOS akan digantikan (update). CMOS adalah memori jenis meruap (tidak kekal). Bagi memastikan datanya tidak hilang, sebuah bateri digunakan bagi membekalkan kuasa padanya sewaktu komputer dimatikan. Selain menyimpan maklumat terkini perkakasan, CMOS juga menyimpan maklumat tarikh dan masa. **pada masa kini, cip CMOS telah digabungkan bersama-sama chipset Southbridge

[email protected]

4

BAB 5 : Mengesan Kerosakan Papan Litar Utama

Gambar 4: Contoh paparan CMOS setup Paparan CMOS Setup boleh digunakan bagi mengubah arahan dalam CMOS. Antara perkara yang boleh kita lakukan dalam CMOS setup (atau BIOS setup) adalah: • Melihat maklumat berkenaan perkakasan • Menukar tarikh dan masa sistem • Mengawal fungsi perkakasan • Menukar keutamaan BOOT*** bagi mencari OS (Operating System) *** Proses carian OS boleh berlaku pada harddisk, cd-rom, disket, USB, ataupun rangkaian. Bagi memasuki persekitaran CMOS Setup, tekan salah satu daripada kombinasi kekunci berikut sewaktu proses POST: • • • •

Del F2 F10 Ctrl + Alt + Esc

Jujukan kekunci ini bergantung kepada jenis BIOS yang digunakan (biasanya maklumat ini akan dipaparkan pada skrin monitor semasa komputer dihidupkan). Antara jenis BIOS yang ada di pasaran adalah: •

• •

• •

Phoenix Award (kini dimiliki oleh Phoenix) Phoenix-Award American Megatrends Inc.(AMI) Insyde

[email protected]

Gambar 5: Cip BIOS

5

BAB 5 : Mengesan Kerosakan Papan Litar Utama

Kerosakan Semasa Proses Boot Proses Boot adalah istilah bagi komputer yang dihidupkan dan memulakan sistem pengoperasi (OS) seperti Windows. Walau bagaimanapun, proses boot ini boleh terganggu sekiranya berlaku sebarang masalah sewaktu proses berlangsung. Berikut adalah ringkasan proses boot; Komputer dihidupkan ↓ Bekalan Kuasa uji kestabilan kuasa ↓ CPU mulakan BIOS ↓ BIOS laksanakan proses 'POST' ↓ BIOS grafik dibaca ↓ Maklumat memori RAM dan CPU dibaca ↓ POST baca maklumat perkakasan & bandingkan dengan maklumat dalam memori CMOS ↓ Maklumat CMOS diperbaharui ↓ BIOS mulakan carian OS (proses bootstrap) ↓ Memulakan program OS ↓ OS ambil alih kawalan PC dari BIOS Rajah 2: Turutan proses komputer dihidupkan dan memulakan OS

Kerosakan Slot-slot Pengembangan dan Chipset Kerosakan yang melibatkan slot-slot pengembangan dan chipset lazimnya adalah kerosakan yang serius dan tidak dapat dibaiki (oleh juruteknik biasa). Antara faktornya: • Arus berlebihan o Apabila berlaku lebihan arus, chipset dan komponen lain boleh rosak. Apabila chipset rosak, slot pengembangan yang dikawalnya akan turut gagal berfungsi. • Kebocoran kapasitor o Ini boleh berlaku akibat beban (arus) berlebihan, bahan binaan kapasitor tak bermutu, atau faktor dimakan usia. • Litar pintas Gambar 6: o Ini terjadi apabila dua (atau lebih) litar yang tidak Kebocoran berpasangan bersambung akibat: Kebocoran elektrolit kapasitor (cecair) kapasitor, ataupun kesilapan pintasan jumper.

[email protected]

6

BAB 5 : Mengesan Kerosakan Papan Litar Utama

Mengenalpasti Pesanan-pesanan Kesalahan Bagi memudahkan diagnosis, pesanan-pesanan kesalahan (error code) semasa proses POST boleh dijadikan panduan. Setiap pesanan atau kod kesalahan menandakan kerosakan yang tertentu bergantung kepada jenis BIOS yang digunakan. Kod kesalahan atau kod ralat ini ditunjukkan dalam 2 cara: 1. Paparan kod ralat pada skrin 2. Bunyi kod ralat Kod ralat pada skrin dipaparkan dalam bentuk teks. Kesalahan seperti ini boleh dikatakan tidak begitu serius kerana tidak melibatkan unit pemprosesan **** komputer. Contohnya adalah: • Kesilapan maklumat CMOS (akibat kesilapan ketetapan CMOS atau bateri CMOS habis) • Peranti I/O (mouse atau keyboard) bermasalah • Pemacu storan data (harddisk, Gambar 7: Kod ralat BIOS disket) bermasalah **** Unit pemprosesan merujuk kepada fungsi gabungan motherboard, CPU, dan RAM

Untuk kod bunyi pula, kod ralat adalah berbeza mengikut jenis BIOS. Maklumat di bawah boleh dijadikan panduan bagi mengenali kod ralat bunyi: 1. Bunyi frekuensi tinggi/rendah (bunyi siren) Ini bermakna suhu CPU anda terlalu panas. Semak:  kipas CPU sama ada berpusing atau tidak (semak kabel kuasanya)  sambungan heatsink (sirip penyejuk) CPU - disambung betul atau tidak  sentuhan heatsink - menyentuh CPU dengan baik atau tidak (semak juga pad atau cecair silikon/penyejuk pada heatsink) 2. Kod bunyi (beep code) BIOS AMI Satu bunyi beep pendek akan kedengaran apabila proses boot berjaya. Bunyi beep 1 pendek 2 pendek 3 pendek 4 pendek 5 pendek 6 pendek 7 pendek 8 pendek 9 pendek 10 pendek

[email protected]

Kod kesalahan Kegagalan System RAM refresh Kesalahan litar memory parity Kegagalan memori asas 64KB Kegagalan system timer Kegagalan CPU Kegagalan 8042 – Gate A20 (keyboard) Kesilapan Processor exception interrupt Kegagalan memori baca/tulis Paparan (grafik) Kesilapan checksum cip ROM BIOS Kesilapan pendaftar baca/tulis CMOS shutdown

7

BAB 5 : Mengesan Kerosakan Papan Litar Utama

11 pendek 1 panjang, 3 pendek 1 panjang, 8 pendek

Kesilapan memori Cache Kegagalan ujian memori Conventional/Extended Kegagalan ujian Paparan/Retrace

3. Kod bunyi BIOS Award Sama seperti AMI, satu bunyi beep akan kedengaran apabila proses boot berjaya. Kodkod Award di bawah adalah sebagai rujukan dan mungkin berbeza mengikut jenama motherboard yang digunakan (kod mungkin diubah oleh pembuat motherboard). Bunyi beep 2 pendek 1 panjang, 1 pendek 1 panjang, 2 pendek 1 panjang, 3 pendek 1 panjang, 9 pendek Beep panjang berterusan Beep pendek berterusan

Kod kesalahan Kesalahan ubahsuai CMOS Kesalahan DRAM atau motherboard Kesalahan monitor atau kad grafik Kesalahan keyboard Kesalahan ROM BIOS Kesalahan DRAM Kesalahan bekalan kuasa

4. Kod bunyi BIOS IBM Biasanya, satu bunyi beep pendek kedengaran apabila BIOS IBM memulakan proses POST, diikuti proses POST biasa yang menandakan PC berjaya boot dengan normal. Bunyi beep 2 pendek 1 panjang, 1 pendek 1 panjang, 2 pendek 1 panjang, 3 pendek 3 panjang Beep pendek berterusan Berterusan Tiada

Kod Kesalahan Kesalahan initialization Kesalahan motherboard Kesalahan adapter video (MDA, CGA) Kesalahan adapter grafik EGA/VGA Kesalahan adapter keyboard 3270 Masalah bekalan kuasa atau motherboard Masalah bekalan kuasa, motherboard, atau keyboard Masalah bekalan kuasa atau motherboard

5. kod bunyi BIOS Compaq Komputer akan .berbunyi beep pendek sekali apabila proses boot berjaya. Bunyi beep 2 pendek 1 panjang, 1 pendek 1 panjang, 2 pendek

[email protected]

Kod kesalahan Kesalahan umum Kesalahan ROM BIOS checksum Kesalahan adapter Video

8

Related Documents

Bab 5 - Motherboard
May 2020 23
Motherboard
November 2019 43
Motherboard
June 2020 25
Motherboard
May 2020 35
Motherboard
December 2019 44
Motherboard
May 2020 39

More Documents from ""