BAB 6 : Mengesan Kerosakan Kad-kad Pilihan
Kad-kad Tambahan / Pengembangan Merujuk kepada kad-kad yang boleh dicantum kepada motherboard. Dicantum kepada slot-slot pengembangan seperti PCI, PCI-x, AGP, ISA, CNR dan seumpamanya. Melengkapkan fungsi PC atau memberi fungsi tambahan. Contoh: o
Kad Grafik
o
Kad Bunyi
o
Kad Modem (internet)
o
Kad Rangkaian (cantumkan PC kepada PC)
o
Kad Olahan Video
o
Kad TV
o
Kad IDE (PATA) dan SATA
o
Kad Firewire dan USB
Mempunyai chipset tersendiri. Perlukan 'driver' untuk berfungsi (supaya PC dapat mengenalinya). Kad Grafik
Biasanya menggunakan slot AGP atau PCI-E (PCI express). Memberi fungsi paparan grafik atau menambah kekuatan paparan grafik PC. Punyai chipset GPU (graphical processing unit) untuk proses grafik 2D dan 3D.
[email protected]
1
BAB 6 : Mengesan Kerosakan Kad-kad Pilihan
Pengeluar chipset grafik utama: i.
nVidia (spt Geforce)
ii.
Ati
(spt Radeon)
iii.
Intel
(spt Intel Extreme Graphic)
iv.
Via
v.
Sis
Pengeluar kad grafik popular: i.
Asus
ii.
Winfast
iii.
Msi
iv.
PowerColor
v.
Gigabyte
vi.
His
vii.
ECS
Kad Bunyi
Biasanya menggunakan slot ISA, PCI dan USB. Mempunyai chipset pemproses audio. Antara jenama popular:
i.
Creative
ii.
Turtle Beach
iii.
Sonic View
iv.
Yamaha
(spt SoundBlaster Live, Audigy, Audigy2, XiFi)
Kualiti mengikut sokongan bunyi: i.
3D surround
ii.
Dolby Digital
iii.
THX
[email protected]
(tapisan hingar bunyi)
(kualiti wayang)
2
BAB 6 : Mengesan Kerosakan Kad-kad Pilihan
iv.
EAX
(untuk bunyi keliling Computer Games)
v.
Jumlah Output Speaker (2, 2.1, 5.1 , 7.1)
vi.
Bit - 16 bit atau 24 bit (sokongan jumlah bunyi)
vii.
Jenis sokongan input (punca masukan bunyi)
Kad Modem
MODEM (modulator/demodulator) menukar isyarat gelombang elektrik (talian telefon) kepada isyarat digital (PC). Membolehkan PC dihubungkan kepada internet melalui perantara ISP (pembekal perkhidmatan internet). Kualiti ditentukan oleh kelajuan maksimum yang disokong (jumlah bit sesaat), keupayaan mengekalkan kelajuan maksimum dan keupayaan mengekalkan sambungan daripada terputus. Kelajuan biasa: 56Kbit/s - 1Mbit/s (Kbit/s = kbps = kilobit per second; Mbit/s = Megabit per second)
Masalah/Kerosakan Secara umumnya, masalah sering berpunca daripada sambungan kad yang telah longgar, kehilangan/kerosakan 'driver' (pemacu) kad, dan terbakar (akibat lebihan arus). Jika kad-kad ini tidak disertakan sekali dengan driver yang betul, PC tidak dapat mengenalpasti ataupun mengendalikan kad tersebut dengan baik. Hal ini boleh disemak menggunakan paparan 'device manager'. Semak tanda '?' ataupun '!'. Tanda '?' menandakan sistem tidak memiliki driver bagi perkakasan tersebut. Tanda '!' pula menandakan sama ada terdapat masalah pada driver yang telah dimasukkan ataupun driver yang salah telah dimasukkan.
[email protected]
3
BAB 6 : Mengesan Kerosakan Kad-kad Pilihan
Kerosakan Kad Grafik Masalah 'driver' (pemacu) 1 Tanda-tanda:
Ada paparan POST (power on self test) dan permulaan boot Windows, tapi skrin tiba-tiba terpadam apabila masuk Windows. Ini biasanya kerana driver yang digunakan bermasalah ataupun kesilapan pilihan driver.
Cara atasi:
Masuk 'safemode' (tekan f8 bila boot), buka 'device manager', delete/uninstall driver kad grafik.
Masalah 'driver' (pemacu) 2 Tanda-tanda:
Jumlah bit warna terhad (tidak boleh mencapai maksimum 32 bit) dan resolusi (saiz paparan) tidak boleh melebih 800 x 600.
Cara atasi:
Semak pada 'device manager' jika terdapat tanda '?' atau '!' untuk kad grafik. Jika ada, klik 2 kali pada tanda tersebut dan pilih install driver bagi kad grafik. Masukkan driver dari CD driver atau dari sumber yang sesuai.
Alternatif untuk mengetahui jenis cip grafik adalah: Klik run>taip cmd>taip debug>taip d c000:0040 atau d c000:0090 (seperti gambar di atas*) *bagi contoh di atas, M26 adalah kad ATI x700 Masalah perkakasan Tanda-tanda:
Tiada paparan apabila PC dihidupkan, ataupun wujud kotak-kotak kecil berwarna (ralat) semasa proses POST.
[email protected]
4
BAB 6 : Mengesan Kerosakan Kad-kad Pilihan
Cara atasi:
1. Matikan bekalan kuasa, ketatkan sambungan kad kepada slot motherboard, dan pastikan setup CMOS memilih kad grafik pada slot yang betul. Install semula driver kad grafik jika perlu. 2. Cabut kad grafik yang disyaki bermasalah, gantikan dengan kad grafik yang lain.
Kerosakan Kad Bunyi Masalah 'driver' Tanda-tanda:
Timbul paparan ralat 'tiada perkakas bunyi' apabila fail audio cuba dimainkan, tiada paparan ikon speaker (imej kecil speaker) pada taskbar berselahan jam PC, ataupun tiada bunyi kedengaran apabila fail audio dimainkan.
Cara atasi:
1. Semak (untuk memastikan) 'device manager' sekiranya ada tanda '?' ataupun '!'. Klik 2 kali pada tanda tersebut dan install driver kad bunyi. 2. Matikan bekalan kuasa, cabut dan ketatkan kembali kad bunyi pada slot motherboard.
Masalah perkakasan Tanda-tanda:
1. *Jika tanda-tanda seperti di atas muncul, gunakan kaedah penyelesaian yang sama seperti yang telah dicadangkan di atas. 2. Windows tiba-tiba 'hang' (keadaan beku dalam persekitaran Windows). Ini boleh berlaku sama ada sewaktu fail audio sedang dibuka ataupun tidak.
Cara atasi:
Pastikan sama ada masalah berpunca dari kad bunyi ataupun tidak. Cabut kad bunyi dan hidupkan semula PC. Biarkan seketika dan perhatikan keadaan PC. Pasang semula Kad bunyi tadi dan hidupkan PC. Perhatikan keadaan PC. Sekiranya PC tidak 'hang' apabila kad dicabut, tetapi 'hang' kembali apabila kad dipasang, ini membuktikan kad bunyi tersebut bermasalah. Gantikannya dengan kad bunyi yang lain.
Kerosakan Modem Masalah driver Tanda-tanda:
Modem tidak dapat dikesan – “Modem not install”
Cara atasi:
1. Semak pada 'device manager' jika terdapat tanda '?' atau '!' untuk kad komunikasi (communication device). Jika ada, klik 2 kali pada tanda
[email protected]
5
BAB 6 : Mengesan Kerosakan Kad-kad Pilihan
tersebut dan pilih install driver bagi kad modem. Masukkan driver dari CD driver atau dari sumber yang sesuai. 2. Jika masih tidak boleh, mungkin masalah perkakasan. Masalah perkakasan Tanda-tanda:
Modem tidak dapat dikesan – “Modem not install”
Cara atasi:
Matikan bekalan kuasa, cabut kad modem dari slot motherboard (biasanya slot PCI), dan semak jika terdapat kesan terbakar pada kad modem. Jika ada, gantikan dengan kad modem yang lain dan install driver kad. Jika tiada, pasang dan kemaskan kembali kad. Ia kemungkinan longgar. Uji untuk sahkan kebolehfungsian. Jika masih tak berfungsi, gantikan dengan kad modem yang lain dan install drivernya.
[email protected]
6