Bab 2 - Baikpulih Perisian

  • Uploaded by: Mohd Syamsul Ariff
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab 2 - Baikpulih Perisian as PDF for free.

More details

  • Words: 1,685
  • Pages: 9
BAB 2 : Mengesan & Membaikpulih Kerosakan Perisian

MENGESAN DAN MEMBAIK PULIH KEROSAKAN PERISIAN Kandungan:



Kepentingan DOS dan Windows



Kerosakan Perisian Sistem



Kerosakan Perisian Aplikasi

Kepentingan DOS dan Windows Kepentingan DOS & Windows DOS dan Windows adalah dari kategori Perisian Sistem (Operating System - OS). OS diperlukan bagi membolehkan sesebuah komputer untuk berfungsi dengan baik dan teratur bagi melaksanakan sesuatu kerja. Tanpanya, sesebuah komputer boleh diibaratkan seperti sebuah jasad yang tidak bernyawa. Antara fungsi sesebuah OS ialah: –

Mengorganisasi / mengendali aktiviti komputer



Mengatur memori



Mengawal proses input / output data



Mengurus fail



Mengurus direktori

DOS DOS (Disk Operating System) telah dibangunkan oleh pengasas syarikat Microsoft iaitu Bill Gate & Paul Allen. Pada asalnya, mereka berdua telah membangunkan DOS untuk kegunaan komputer peribadi (personal computer – PC) yang dibina oleh syarikat IBM.

[email protected]

1

BAB 2 : Mengesan & Membaikpulih Kerosakan Perisian

IBM (International Business Machine) adalah sebuah syarikat gergasi komputer pada masa tersebut. IBM yang pada awalnya adalah pembekal dan pembangun komputer berkuasa tinggi untuk kegunaan perniagaan, mula menyedari peluang perniagaan yang besar sekiranya komputer dapat dijadikan produk yang mampu dimiliki oleh semua orang. Untuk itu, IBM mula membangunkan sebuah komputer kecil berkuasa rendah yang boleh digunakan untuk kegunaan peribadi. Komputer kecil ini diberi jolokan nama PC (personal computer). Walaupun pada dasarnya PC telah tercipta, ia tidak mampu dioperasikan dengan baik tanpa OS yang sesuai. DOS yang telah dibangunkan oleh Bill Gate dan Paul Allen telah menambat hati IBM. Ia telah memenangi kontrak IBM dan dipasang pada setiap produk PC yang telah diedarkan. Revolusi PC ini telah membawa suatu perubahan yang besar kepada dunia perkomputeran. Memandangkan pulangan berjuta, malahan berbilion ringgit ringgit daripada revolusi ini, banyak syarikat penghasil perkakasan komputer mula tertarik dengan idea penghasilan PC. Hasilnya sebuah komputer setara PC IBM (IBM compatible PC) dihasilkan. Namun begitu, ia juga memerlukan sebuah OS untuk difungsikan dengan betul. Untuk itu, Microsoft telah menghasikan sebuah DOS khas untuk kegunaan PC klon ini. Secara umumnya, DOS terdiri daripada 2 jenis iaitu: 1. PC-DOS (dibangunkan untuk kegunaan IBM PC) 2. MS-DOS (dibangunkan untuk kegunaan IBM compatible PC – klon bagi IBM PC) DOS adalah sebuah OS berasaskan teks ‘command line’. Ia menggunakan beberapa set arahan untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Komputer PC yang kita gunakan pada masa kini bukanlah PC yang asal tetapi sebaliknya adalah hasil perkembangan PC klon yang menggunakan OS MS-DOS. Setiap tugas yang ingin dilaksanakan dalam persekitaran DOS perlu ditaipkan dalam bentuk ‘command line’ (baris arahan) khas. Walaupan terdapat puluhan arahan yang

[email protected]

2

BAB 2 : Mengesan & Membaikpulih Kerosakan Perisian

boleh dilaksanakan dalam DOS, ia secara umumnya boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu: 1. Arahan Dalaman DOS (internal DOS command) 2. Arahan Luaran DOS (external DOS command)

Arahan MS-DOS MS-DOS berfungsi bukan dengan hanya satu fail sahaja. Untuk membolehkan MSDOS berfungsi dengan baik, ia memerlukan beberapa fail khas termasuklah fail command.com,

msdos.sys,

io.sys,

autoexec.bat,

config.sys,

himem.sys,

oakcdrom.sys, fdisk.exe dan lain-lain lagi. Setiap fail ini mempunyai kepentingan masing-masing dan diperlukan untuk melaksanakan sesuatu arahan tertentu. Di bawah ini disenaraikan 2 jenis arahan dalam MS-DOS, contoh arahan bagi jenisjenis tersebut, berserta dengan fail yang diperlukan untuknya dilaksanakan: 1. Internal DOS Command –

Arahan sedia ada dalam fail command.com

– Spt: copy, del, move, ren, cd, rd, dir, md, vol, type, date, time, ver. 2. External DOS Command –

Arahan yang memerlukan fail-fail khusus (selain fail command.com)

– Spt: xcopy, diskcopy, deltree, edit, scandisk, chkdsk, fdisk, format.

Senggaraan dengan MS-DOS Selain membolehkan sesebuah PC dioperasikan dengan baik, MS-DOS juga boleh digunakan untuk tujuan senggaraan. Berikut adalah di antara beberapa kategori senggaraan yang boleh dilakukan dalam MS-DOS: 1.

Pengurusan Cakera Storan Chkdsk, scandisk, fdisk, format, diskcopy, defrag, smartdrv.

[email protected]

3

BAB 2 : Mengesan & Membaikpulih Kerosakan Perisian

2.

Pengurusan Fail Copy, xcopy, del, deltree, move, ren, cd, dir, md, rd, attrib.

3. Paparan Maklumat edit, type, time, date, ver, vol, systeminfo.

Windows dan Senggaraan dalam Windows Windows adalah produk terbaru Microsoft; hasil evolusi MS-DOS. Berbanding DOS yang hanya berbentuk arahan teks, Windows adalah lebih mudah dikendalikan dan mesra pengguna kerana menggunakan konsep GUI (Graphical User Interface). GUI adalah paparan berbentuk objek dan imej pada skrin monitor. Seperti DOS, Windows juga boleh digunakan untuk menjadikan sesebuah komputer berfungsi dengan baik. Selain itu, Microsoft juga membekalkan Windows dengan beberapa program kecil yang boleh digunakan untuk tujuan senggaraan sistem. Program-program ini digelar program utiliti (utility program). Berikut disenaraikan beberapa kategori program utility ini: 1. Utiliti Pengurusan Cakera Storan –

Format, disk defragmenter, disk cleanup, scandisk, backup.

2. Utiliti Baikpulih Sistem –

System restore, msconfig, regedit, sysedit,

Selain program utiliti tersebut, pengguna juga boleh mendapatkan program utiliti lain yang dihasilkan oleh pihak ketiga (3rd party). Produk ini adalah program yang dihasilkan oleh syarikat lain sebagai tambahan untuk kegunaan OS seperti Windows. Antara program utiliti yang harus pengguna dapatkan ialah: 1.

[email protected]

Program Antivirus

4

BAB 2 : Mengesan & Membaikpulih Kerosakan Perisian



Digunakan untuk mengesan dan membuang virus, worm, dan Trojan horse, iaitu program kecil yang boleh merosakkan sistem dan mencuri data.

2.

Program pengesan dan penghapus spyware/adware −

Digunakan untuk mengesan dan membuang program spyware atau adware, iaitu program / kod-kod kecil yang mampu mencuri data dan mengganggu operasi sistem.

3.

Program pembersih registry (pendaftar) Windows

− Registry (pendaftar) boleh dianggap sebagai pangkalan data (database) yang menyimpan semua maklumat sistem dan konfigurasi (ketetapan) sistem. Registry boleh dirosakkan atau ‘dibebani’ akibat serangan virus, worm atau trojan horse. Selain itu, proses pemasangan/pembuangan (install/uninstall) program yang tidak sempurna juga boleh merosakkan registry. Untuk itu, sebuah program utiliti pembersih registry boleh digunakan. Selain mengurangkan gangguan ke atas sistem, ia juga mampu melajukan sistem yang menjadi perlahan akibat gangguan tersebut. 4.

Program pengurus memori −

Digunakan untuk mengurus memori sementara komputer (RAM-Random Access Memory). Pengurusan ini penting bagi memastikan operasi sistem komputer sentiasa berjalan lancar dan tidak tersekat-sekat. Walaubagaimanapun,

ia

bukanlah

suatu

kemestian

tetapi

penggunaannya amat digalakkan bagi sistem bermemori rendah. 5.

Program pengurus cakera storan

− Walaupun Windows ada menyediakan utiliti pengurusan cakera storan (scandisk dan disk defragment), ramai yang berpendapat ia tidak cukup berkuasa untuk mengurus cakera storan dengan berkesan. Utiliti daripada pihak 3rd party ini biasanya mampu melaksanakan tugas ini

[email protected]

5

BAB 2 : Mengesan & Membaikpulih Kerosakan Perisian

dengan lebih pantas dan berupaya meningkatkan kelajuan operasi sistem melalui penyusunan fail yang lebih sistematik.

6.

Program pengurus instalasi (kemasukan) program.



Ia digunakan untuk memastikan proses instalasi dan pembuangan program berlaku dengan lancar dan bersih. Ia dapat memastikan registry bersih daripada maklumat instalasi program yang telah dibuang dan membuang semua fail lapuk program tersebut daripada sistem.

Bilakah Senggaraan DOS dan Utility Windows Ini Boleh Digunakan? Secara umumnya, ia boleh digunakan dalam situasi berikut: 

DOS –

Jika Windows tidak boleh dibuka / rosak. Dalam situasi ini, DOS akan digunakan sama ada untuk tujuan senggaraan / baikpulih sistem ataupun ‘backup’ data.



Utiliti Windows –

Semasa dalam Windows normal (biasa).



Dalam keadaan ‘safe mode’ (Windows yang minima - tanpa driver dan services). Persekitaran ‘safe mode’ biasanya digunakan untuk tujuan senggaraan sistem Windows. Lazimnya, dalam persekitaran ini, driver (pemacu fungsian perkakasan), program pemula (startup program), dan ‘services’ (perkhidmatan tambahan dalam Windows) akan diabaikan. Virus, worm, trojan horse dan adware lazimnya akan diaktifkan bersama-sama ‘services’ ataupun ‘startup program’. Oleh itu, persekitaran ‘safe mode’ boleh digunakan untuk menyingkirkan kesemua masalah ini. Utiliti ‘regedit’ (pengubah pendaftar) boleh digunakan untuk mengubah

[email protected]

6

BAB 2 : Mengesan & Membaikpulih Kerosakan Perisian

pendaftar Windows bagi membuang ‘service’s dan ‘startup program’ yang disyaki bermasalah. p/s: Kadangkala instalasi driver yang salah juga boleh menyebabkan Windows tidak boleh dihidupkan. Untuk itu, persekitaran ‘safe mode’ boleh digunakan untuk menangani masalah ini dengan membuang kembali driver yang telah disalah pasang tadi. 

Utiliti 3rd party –

Kebanyakan diguna dalam persekitaran Windows normal.

– Ada sebahagiannya diguna tanpa persekitaran Windows – untuk baikpulih / backup. Ini bermaksud komputer akan diboot (dimulakan) dengan program tersebut tanpa melalui OS.

Kerosakan Perisian Sistem Perisian Sistem (OS) adalah nyawa bagi sistem komputer. Sekiranya berlaku kerosakan padanya, sesebuah komputer tidak akan berfungsi dengan betul. Antara OS yang utama yang boleh didapati di pasaran ialah Windows, Unix, Mac OS dan Linux. Kesemua OS ini pada dasarnya mempunyai fungsi dan kaedah perlaksanaan kerja yang lebih kurang sama. Oleh kerana kebanyakan daripada kita menggunakan OS Windows di pejabat mahupun di rumah, perbincangan berkaitan kerosakan perisian sistem ini akan hanya menyentuh OS Windows sahaja dengan anggapan ia boleh diimplimentasikan kepada OS-OS yang lain. Terdapat pelbagai punca yang boleh mendatangkan kerosakan kepada Perisian Sistem (OS). Antaranya ialah: –

komputer dimatikan dengan cara yang salah



Kehilangan/kerosakan fail sistem OS



Serangan virus

 Baikpulih dengan: –

Reinstall OS (install semula/baiki)

[email protected]

7

BAB 2 : Mengesan & Membaikpulih Kerosakan Perisian



Fresh Install (install baru)



Buang virus, adware/spyware, worm.



Baiki registry (pendaftar) Windows.



Pasang perisian firewall, antivirus, adware remover.



Fungsikan/gunakan utiliti system restore.

Kerosakan Perisian Aplikasi Perisian Aplikasi ialah perisian tambahan yang digunakan untuk melaksanakan suatu tugasan spesifik pengguna. Ia tidak boleh berfungsi dengan sendiri tanpa sokongan perisian sistem (OS). Contoh perisian aplikasi yang biasa digunakan ialah perisian otomasi pejabat seperti Microsoft Office, perisian olahan gambar Photoshop, perisian rekabentuk berbantu komputer seperti CAD, dan pemain muzik mp3 seperti Winamp. Seperti juga perisian sistem, punca dan kaedah baikpulih perisian aplikasi adalah lebih kurang sama. Bezanya ialah, kerosakan perisian aplikasi biasanya tidak akan mengganggu fungsi asas komputer. Oleh itu, jarang kita dengar komputer tidak boleh dihidupkan sekiranya perisian aplikasi tertentu bermasalah! Bagi membolehkan perisian aplikasi yang bermasalah ini berfungsi semula, senggaraannya boleh dilakukan dalam persekitaran Windows normal ataupun ‘safe mode’. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan perisian aplikasi gagal berfungsi. Antaranya ialah:

– Komputer dimatikan dengan cara yang salah. Ini termasuklah mematikan komputer terus pada punca bekalan kuasa (soket) ataupun masalah ‘blackout’.

– Kehilangan/kerosakan fail sistem perisian aplikasi. Ini boleh terjadi akibat tabiat mematikan komputer dengan cara yang salah ataupun masalah serangan virus.

– Serangan virus dan adware. Selain menyalin dan mengubah fail sistem, ia juga berkemungkinan menempelkan kod-kod kecil yang akan mengganggu fungsi asal perisian aplikasi tersebut.  Baikpulih dengan:

[email protected]

8

BAB 2 : Mengesan & Membaikpulih Kerosakan Perisian



Reinstall/fresh install perisian aplikasi tersebut



Buang virus, adware, spyware

[email protected]

9

Related Documents


More Documents from ""