Asbabun Nuzul

  • Uploaded by: Shazana Binti Muhamed Sa'ad
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Asbabun Nuzul as PDF for free.

More details

  • Words: 7,576
  • Pages: 33
1.1 PENGENALAN

Mempelajari isi kandungan Al-Quran dapat menambahkan perbendaharaan baru, meluaskan pandangan dan pengetahuan, meningkatkan perspektif serta menemukan sesuatu perkara baru. Selain itu, dengan mempelajari Al-Quran juga dapat menambah keyakinan mereka yang mempelajarinya terhadap keunikan isi kandungan Al-Quran yang jelas membuktikan bahawa Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang sebagai penciptanya.

Sehingga kini, pelbagai usaha telah dijalankan untuk mengkaji isi kandungan Al-Quran. Ternyata semakin banyak kita mengkaji dan membahaskannya semakin menyedarkan kita betapa terbatasnya kemampuan manusia berbanding keagungan dan kebesaran Allah SWT sebagaimana firman-Nya:

Ï&Î#÷WÏϑÎ/ $uΖ÷∞Å_ öθs9uρ ’În1u‘ àM≈yϑÎ=x. y‰x Ζs? βr& Ÿ≅ö7s% ãóst6ø9$# y‰Ï uΖs9 ’În1u‘ ÏM≈yϑÎ=s3Ïj9 #YŠ#y‰ÏΒ ãóst7ø9$# tβ%x. öθ©9 ≅è% ∩⊇⊃∪ #YŠy‰tΒ Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan". (Surah Al-Kahfi: ayat 109)

Menurut Imam Jalaluddin as-Sayuthi, jika diteliti terdapat dua cara pendekatan Al-Quran iaitu:

1. Pendekatan yang Tidak Didahului dengan Pertanyaan.

Pendekatan ini boleh dilihat dalam ayat-ayat Al-Quran yang mengandungi perintah secara langsung dan larangan kepada kaum mukminin. Biasanya pendekatan ini menggunakan ayat-ayat Al-Quran yang didahului dengan ayat seperti

1

(#θãΖtΒ#u tÏ%©!$# $y㕃r'‾≈tƒ iaitu “Wahai orang-orang yang beriman … ”. Orang yang merasa diseru melalui ayat ini akan merasa terpanggil untuk mendengar seruan tersebut lalu tergerak hatinya untuk melaksanakan perintah Allah SWT. Contohnya firman Allah SWT:

… 3“sŒF{$#uρ Çdyϑø9$$Î/ Νä3ÏG≈s%y‰|¹ (#θè=ÏÜö7è? Ÿω (#θãΖtΒ#u tÏ%©!$# $y㕃r'‾≈tƒ Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti …” (Surah Al-Baqarah ayat 264)

Di samping seruan secara langsung atau larangan kepada kaum mukminin, terdapat juga seruan yang ditujukan kepada Nabi SAW tetapi secara tersiratnya ayat tersebut sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum muslimin sebagaimana firman Allah SWT: ….. Ÿ

( öΝà6−/u‘ ©!$# (#θà)¨?$#uρ ( nÏèø9$# (#θÝÁômr&uρ €∅ÍκÌE£‰ÏèÏ9 £èδθà)Ïk=sÜsù u!$|¡ÏiΨ9$# ÞΟçFø)‾=sÛ #sŒÎ) ÷É<¨Ζ9$# $pκš‰r'‾≈tƒ

Maksudnya: “Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan iddahnya dan hitunglah masa iddah itu (dengan betul) serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhanmu …” (Surah At-Thalaq: ayat 1)

Walau bagaimanapun, terdapat juga pendekatan tanpa menggunakan sebutan atau seruan yang khusus tetapi secara langsung menerangkan hukum, perintah atau larangan. Contohnya sebagaimana firman Allah SWT:

2

ìì‹Ïÿxœ ª!$#uρ 3 Ĩ$¨Ψ9$# š÷t/ (#θßsÎ=óÁè?uρ (#θà)−Gs?uρ (#ρ•Žy9s? χr& öΝà6ÏΨ≈yϑ÷ƒX{ Zπ|Êóãã ©!$# (#θè=yèøgrB Ÿωuρ ∩⊄⊄⊆∪ ÒΟŠÎ=tæ Maksudnya: “Dan janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. dan (ingatlah), Allah Sentiasa Mendengar, lagi Sentiasa Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah, ayat 186)

Pendekatan yang tidak didahului dengan pertanyaan ini adalah wajib dipatuhi dan dilaksanakan manakala larangan-larangannya hendaklah dijauhi tidak kiralah sama ada ayat tersebut dimulai dengan seruan secara langsung atau ditujukan kepada Nabi SAW ataupun yang tidak menggunakan kata seruan terutamanya berhubung hal-hal syariat.

2. Pendekatan sebagai jawapan terhadap pertanyaan yang diajukan kepada Nabi SAW.

a. Pertanyaan kaum muslimin yang ditujukan kepada Nabi SAW mengenai perkara-perkara yang belum ada ketetapan daripada Allah SWT ataupun sebagai penjelasan yang lebih lanjut terhadap sesuatu ketetapan yang masih memerlukan penjelasan.

Contoh ayat seperti ini adalah seperti berikut:

(#θãΖÏΒ÷σã‹ø9uρ ’Í< (#θç6‹ÉftGó¡uŠù=sù ( Èβ$tãyŠ #sŒÎ) Æí#¤$!$# nοuθôãyŠ Ü=‹Å_é& ( ë=ƒÌs% ’ÎoΤÎ*sù Íh_tã “ÏŠ$t6Ïã y7s9r'y™ #sŒÎ)uρ ∩⊇∇∉∪ šχρ߉ä©ötƒ öΝßγ‾=yès9 ’Î1 Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia 3

berdoa kepadaku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahku) dan hendaklah mereka beriman kepadaku supaya mereka menjadi baik serta betul.” (Surah al-Baqarah ayat 186)

Pertanyaan lain yang berkenaan dengan keajaiban alam yang dijawab oleh Allah SWT dalam al-Quran seperti:

ÏΒ šVθãŠç6ø9$# (#θè?ù's? βr'Î/ •ŽÉ9ø9$# }§øŠs9uρ 3 Ædkysø9$#uρ Ĩ$¨Ψ=Ï9 àM‹Ï%≡uθtΒ }‘Ïδ ö≅è% ( Ï'©#ÏδF{$# Çtã štΡθè=t↔ó¡o„ * šχθßsÎ=ø è? öΝà6‾=yès9 ©!$# (#θà)¨?$#uρ 4 $yγÎ/≡uθö/r& ôÏΒ šVθã‹ç7ø9$# (#θè?ù&uρ 3 4†s+¨?$# ÇtΒ §ŽÉ9ø9$# £Å3≈s9uρ $yδÍ‘θßγàß Maksudnya:

“Mereka

bertanya

kepadamu

(Wahai

Muhammad)

mengenai

(peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat haji dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya." (Surah Al-Baqarah: ayat 189) Jawapan yang diberikan dalam Al-Quran adalah berhubung dengan kepentingan umat-Nya sepanjang masa, baik yang berkenaan dengan ibadah, pergaulan hidup, perdagangan, kebudayaan serta yang berkaitan dengan kehidupan manusia seharian.

Selain daripada pertanyaan seperti ini, terdapat juga bentuk permohonan fatwa kepada Rasulullah SAW. Di dalam Al-Quran disebutkan bahawa fatwa yang diminta adalah berkaitan dengan kehidupan bekeluarga, perkahwinan dan masalah waris. Contohnya firman Allah SWT:

4

‘yϑ≈tGtƒ ’Îû É=≈tGÅ3ø9$# ’Îû öΝà6ø‹n=tæ 4‘n=÷Fム$tΒuρ £ÎγŠÏù öΝà6‹ÏGø ムª!$# È≅è% ( Ï!$|¡ÏiΨ9$# ’Îû y7tΡθçGø tGó¡o„uρ Èβ≡t$ø!Èθø9$# š∅ÏΒ tÏ yèôÒtFó¡ßϑø9$#uρ £èδθßsÅ3Ζs? βr& tβθç6xîös?uρ £ßγs9 |=ÏGä. $tΒ £ßγtΡθè?÷σè? Ÿω ÉL≈©9$# Ï!$|¡ÏiΨ9$# ∩⊇⊄∠∪ $VϑŠÎ=tã ϵÎ/ tβ%x. ©!$# ¨βÎ*sù 9Žöyz ôÏΒ (#θè=yèø s? $tΒuρ 4 ÅÝó¡É)ø9$$Î/ 4’yϑ≈tFu‹ù=Ï9 (#θãΒθà)s? χr&uρ Maksudnya: “Dan mereka meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hak dan kewajipan) kaum perempuan. Katakanlah olehmu: "Allah akan memberi keterangan (fatwa) kepada kamu mengenai mereka dan juga (ada difatwakan dalam) apa yang selalu dibacakan kepada kamu dalam Kitab (Al-Quran) ini mengenai perempuan-perempuan yatim yang kamu tidak memberi kepadanya apa yang telah ditetapkan menjadi hak mereka dan yang kamu suka berkahwin dengan mereka dan juga mengenai anak-anak yang lemah (yang masih kecil lagi). Dan (kamu juga diwajibkan) supaya menguruskan (hak dan keperluan) anak-anak yatim dengan adil. Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu lakukan (kepada mereka), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya." (Surah An-Nisa’ : ayat 127)

b. Di samping pertanyaan atau permohonan fatwa yang diajukan oleh kaum muslimin, terdapat juga pertanyaan daripada orang-orang yang ingkar dengan dakwah Rasulullah SAW. Pertanyaan seperti ini kebanyakannya terdapat dalam ayat-ayat Makkiyah yang isi kandungannya adalah berkenaan dengan perkara

asas

dalam

agama.

Pertanyaan-pertanyaan

yang

diajukan

mengandungi perlawanan dan penentangan seperti:

1. Masalah kiamat, terdapat dalam Surah al-A’raf ayat 187, al-Ahzab ayat 163 dan seluruh Surah al-Naziat. 2. Masalah roh, terdapat dalam Surah Al-Isra’ ayat 85. 3. Masalah kejadian masa lampau, terdapat dalam Surah al-Kahfi ayat 83.

Dengan gambaran yang telah disebutkan, jelaslah menunjukkan bahawa ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan mempunyai latar belakang dan peristiwa yang berbeza-beza. Allah SWT berfirman: 5

çµ≈oΨù=¨?u‘uρ ( x8yŠ#xσèù ϵÎ/ |MÎm7s[ãΖÏ9 y7Ï9≡x‹Ÿ2 4 Zοy‰Ïn≡uρ \'s#÷Ηäd ãβ#uöà)ø9$# ϵø‹n=tã tΑÌh“çΡ Ÿωöθs9 (#ρãx x. tÏ%©!$# tΑ$s%uρ ∩⊂⊄∪ Wξ‹Ï?ös? Maksudnya: “Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan AlQuran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (Wahai Muhammad) dengannya dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.” (Surah Al-Furqaan, ayat 32

Oleh itu, untuk lebih memahami isi kandungan Al-Quran, kita perlu mengetahui latar belakang sebab penurunannya atau dikenali sebagai “asbabul nuzul”. Dengan mengetahui asbabul nuzul ayat-ayat Al-Quran kita akan lebih memahami erti dan makna ayat tersebut. Dengan demikian, hilanglah keraguan dalam mentafsirkan ayat-ayat tersebut.

1.2 PENGERTIAN ASBABUL NUZUL

Menurut Joni Tamkin Borhan dan Che Zarina Shaari (1995), kaedah bahasa Arab menggariskan kata “Asbab al-Nuzul” terdiri daripada dua suku kata iaitu “Asbab” dan “Nuzul”. Kata “Asbab” ialah kata jama’ daripada kata sebab yang bererti “sebab”. Sementara kata “Nuzul” pula adalah kata benda (masdar) daripada kata kerja (fi’il) “nazala” yang bererti “telah turun”. Oleh itu, frasa “Asbab al-Nuzul” bererti “sebab-sebab turun” yang bermaksud “sebab-sebab turunnya ayat-ayat al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah SWT”.

Dari sudut istilah pula, para mufassirin mendefinisikan “Asbab al-Nuzul” sebagai “apa-apa yang menyebabkan penurunan sesuatu ayat atau beberapa ayat atau pemberian jawapan terhadap sebabnya ataupun menerangkan hukumnya pada masa berlakunya peristiwa itu.”

6

Rosmawati Ali @ Mat Zin (1997) menyatakan pengertian “asbabul nuzul” dari sudut bahasa membawa makna sebab-sebab turunnya ayat Al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w. Manakala dari sudut istilah pula “Asbabul Nuzul” membawa maksud apa-apa yang menyebabkan penurunan sesuatu ayat atau beberapa ayat atau pemberian jawapan terhadap sebabnya ataupun untuk menerangkan hukumnya pada masa berlakunya peristiwa itu.

Dalam kaedaan lain, ulama’ mentakrifkan “asbabul nuzul” sebagai penurunan ayat untuk menjelaskan peristiwa yang berlaku atau menjawab pertanyaan yang dikemukakan kepada Nabi Muhammad SAW atau memberi penjelasan hukum terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku.

Mengikut Dawud Al-Aththar (1994), “Asbabul Nuzul” ialah sesuatu yang melatarbelakangi turunnya satu ayat atau lebih sebagai jawapan terhadap sesuatu peristiwa atau menceritakan sesuatu peristiwa atau menjelaskan hukum yang terdapat dalam peristiwa tersebut.

H. Aboe Bakar (1973), menjelaskan bahawa perkataan “nazala” dengan segala bentuknya yang diterjemahkan dengan perkataan “turun” banyak dijumpai sama ada dalam Al-Quran mahupun hadis Nabi SAW.

Allah SWT berfirman:

∩⊇⊃∈∪ #\ƒÉ‹tΡuρ #ZŽÅe³u;ãΒ āωÎ) y7≈oΨù=y™ö‘r& !$tΒuρ 3 tΑt“tΡ Èd,ptø:$$Î/uρ çµ≈oΨø9t“Ρr& Èd,ptø:$$Î/uρ Maksudnya: “ Dengan cara yang sungguh layak serta berhikmat Kami turunkan AlQuran dan dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan; dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (bagi orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar).” (Surah Al-Isra’ ayat 105)

Dalam sebuah hadis disebutkan yang mafhumnya, “Sesungguhnya Al-Quran ini diturunkan dalam tujuh macam cara membacanya (qiraat).” 7

Selain itu, “nazala” bererti juga dalam Bahasa Arab menempati atau memasuki sebagaimana firman Allah SWT:

∩⊄∪ t,Î!Í”∴ßϑø9$# çŽöyz |MΡr&uρ %Z.u‘$t7•Β Zωu”∴ãΒ Í_ø9Ì“Ρr& Éb>§‘ ≅è%uρ Maksudnya: "Dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, tempatkanlah daku di tempat yang engkau berkati dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat ." (Surah Al-Mukminun ayat 29)

Kadang kala perkataan “nazala” juga membawa maksud “turun dari atas ke bawah” sebagaimana firman Allah SWT:

∩⊇∪ Í‘ô‰s)ø9$# Ï's#ø‹s9 ’Îû çµ≈oΨø9t“Ρr& !$‾ΡÎ) Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar.” (Surah Al-Qadr ayat 1)

Maka dengan ayat ini, Malam Nuzul Al-Quran itu dinamakan Malam Lailatul Qadar.

1.3 CONTOH-CONTOH ASBABUL NUZUL

Terdapat beberapa contoh sebab-sebab turunnya ayat yang telah dijelaskan oleh Imam Jalaluddin As-Sayuthi, antaranya ialah:

i. Ayat 107 dan 108, Surah At-Taubah Allah SWT berfirman:

ôyϑÏj9 #YŠ$|¹ö‘Î)uρ šÏΖÏΒ÷σßϑø9$# š÷t/ $K)ƒÌø s?uρ #\ø à2uρ #Y‘#uŽÅÑ #Y‰Éfó¡tΒ (#ρä‹sƒªB$# šÏ%©!$#uρ öΝåκ¨ΞÎ) ߉pκô¶tƒ ª!$#uρ ( 4o_ó¡ßsø9$# āωÎ) !$tΡ÷Šu‘r& ÷βÎ) £à Î=ósuŠs9uρ 4 ã≅ö6s% ÏΒ …ã&s!θß™u‘uρ ©!$# šUu‘%tn βr& ‘,ymr& BΘöθtƒ ÉΑ¨ρr& ôÏΒ 3“uθø)−G9$# ’n?tã }§Åc™é& î‰Éfó¡yϑ©9 4 #Y‰t/r& ϵ‹Ïù óΟà)s? Ÿω ∩⊇⊃∠∪ šχθç/É‹≈s3s9 8

∩⊇⊃∇∪ š̍Îdγ©Üßϑø9$# =Ïtä† ª!$#uρ 4 (#ρ㍣γsÜtGtƒ βr& šχθ™7Ïtä† ×Α%y`Í‘ ϵ‹Ïù 4 ϵ‹Ïù tΠθà)s? Maksudnya: “Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan sematamata ". padahal Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta. Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya Masjid (Qubaa' Yang Engkau bina Wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).” (Surah At-Taubah, ayat 107-108)

Ada dikemukakan dalam suatu riwayat bahawa ketika Rasulullah SAW sedang bersiap-siap untuk berangkat ke Perang Tabuk, datanglah segolongan orang-orang yang membangunkan Masjid Dhirar. Mereka berkata, “Ya Rasulullah! Kami telah membina sebuah masjid untuk orang sakit serta untuk menunaikan sembahyang malam pada musim sejuk dan musim hujan. Kami mengharapkan tuan untuk sembahyang dan mengimami kami.”

Rasulullah SAW menjawab, “Aku sudah bersiap sedia untuk pergi dan jika kami pulang insya-Allah kami akan datang untuk mengimami kalian semua.”

Ketika baginda pulang dari Tabuk, baginda berhenti sebentar di Zi Awan iaitu satu tempat jaraknya sejam dari Madinah. Maka turunlah ayat berikut:

9

ôyϑÏj9 #YŠ$|¹ö‘Î)uρ šÏΖÏΒ÷σßϑø9$# š÷t/ $K)ƒÌø s?uρ #\ø à2uρ #Y‘#uŽÅÑ #Y‰Éfó¡tΒ (#ρä‹sƒªB$# šÏ%©!$#uρ šχθç/É‹≈s3s9 öΝåκ¨ΞÎ) ߉pκô¶tƒ ª!$#uρ ( 4o_ó¡ßsø9$# āωÎ) !$tΡ÷Šu‘r& ÷βÎ) £à Î=ósuŠs9uρ 4 ã≅ö6s% ÏΒ …ã&s!θß™u‘uρ ©!$# šUu‘%tn Maksudnya: “Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan

masjid

untuk menimbulkan

kemudharatan

(kepada

orang-orang

mukmin), dan kerana kekafirannya serta untuk memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ". Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.” (Surah At-Taubah: ayat 107)

Ayat tersebut melarang Rasulullah SAW untuk bersembahyang di Masjid Dhirar kerana masjid itu didirikan untuk memecahbelahkan umat. Lalu baginda memanggil Malik bin ad-Dakhsyin dan Ma’nu bin Adi atau saudaranya Ashim bin Adi dan bersabda: “Berangkatlah kalian semua ke masjid yang dihuni oleh orang-orang zalim dan hancurkan serta bakar masjid tersebut.” Lantas mereka berdua melaksanakan perintah Rasulullah SAW.

(Diriwayatkan oleh Ibnu Marduwaih daripada Ibnu Ishaq daripada Ibnu Syihab az-Zuhri daripada Ibnu Akimah al-Laitsi daripada Abi Rahmin al-Ghifari yang mendengar bahawa Abi Rahmin termasuk di antara para sahabat yang menyertai Bai’ah Ridwan).

Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa setelah sekian lama Rasulullah mendirikan Masjid Quba, terdapat beberapa orang Kaum Ansar yang berdekatan dengan Masjid Quba di antaranya ialah Yakhdad mendirikan Masjid Nifaq. Bersabdalah Rasulullah SAW kepada Yakhdad: “Celaka engkau Yakhdad, engkau bermaksud melakukan sesuatu yang aku pun tahu maksudnya.” Yakhdad menjawab, “Saya tidak bermaksud apa-apa kecuali mengharapkan kebaikan.”

10

Maka turunlah ayat 107, Surah At-Taubah sebagai penjelasan bahawa terdapat orang-orang yang mendirikan masjid dengan maksud untuk memecah belahkan umat. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Marduwaih daripada alUfi daripada Ibnu Abbas).

×Α%y`Í‘ ϵ‹Ïù 4 ϵ‹Ïù tΠθà)s? βr& ‘,ymr& BΘöθtƒ ÉΑ¨ρr& ôÏΒ 3“uθø)−G9$# ’n?tã }§Åc™é& î‰Éfó¡yϑ©9 4 #Y‰t/r& ϵ‹Ïù óΟà)s? Ÿω ∩⊇⊃∇∪ š̍Îdγ©Üßϑø9$# =Ïtä† ª!$#uρ 4 (#ρ㍣γsÜtGtƒ βr& šχθ™7Ïtä† Maksudnya: “Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya kerana sesungguhnya Masjid (Qubaa' yang engkau bina Wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya Engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orangorang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).” (Surah At-Taubah ayat 108)

Dalam suatu riwayat ada dikemukan bahawa Amir berkata kepada sebahagian kaum Ansar yang sedang mendirikan masjid; “Teruskanlah dirikan masjidmu dan aku akan berangkat ke Kaisar Raja Rom dan kembali membawa tentera Rom untuk mengusir Muhammad dan sahabat-sahabatnya.”

Ketika masjid itu selesai didirikan, mereka datang menghadap Nabi SAW dan berkata:

“Kami

telah

selesai

mendirikan

masjid

kami

dan

kami

sangat

mengharapkan agar tuan sembahyang di masjid kami itu.”

Maka turunlah ayat 108, Surah at-Taubah yang melarang Nabi SAW untuk sembahyang di masjid yang didirikan untuk menghancurkan umat Islam. (Diriwayatkan oleh Ibnu Marduwaih daripada Ali bin Abi Thalhah daripada Ibnu Abbas).

Manakala dalam riwayat yang lain, ada dikemukakan bahawa kaum munafik mendirikan masjid untuk menandingi masjid Quba dengan harapan Abi Amir arRahib akan menjadi imam mereka di masjid itu apabila dia berkunjung ke sana. 11

Setelah masjid itu selesai didirikan mereka datang menghadap kepada Rasulullah SAW dan berkata, “Kami telah selesai mendirikan masjid, oleh kerana itu kami mengharapkan agar tuan sembahyang di masjid kami.”

Maka turunlah ayat ini (Surah At-Taubah ayat 108) sebagai larangan kepada Rasulullah SAW untuk bersembahyang di Masjid Dhirar iaitu masjid yang didirikan untuk menghancurkan umat Islam. (Diriwayatkan oleh Al-Wahidi daripada Saad bin Abi Waqas).

ii. Surah An-Naba

Allah SWT berfirman:

∩⊄∪ ÉΟ‹Ïàyèø9$# Î*t6¨Ζ9$# Çtã ∩⊇∪ tβθä9u!$|¡tFtƒ §Νtã Maksudnya: “Tentang apakah mereka bertanya-tanya? Tentang berita yang besar (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya)” (Surah An-Naba’ ayat 1-2)

Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim daripada Al-Hasan bahawa ketika Nabi Muhammad SAW diutuskan sebagai seorang rasul mereka bertanya tentang berita yang dibawa oleh Rasul mengenai Hari Kiamat. Maka penurunan ayat di atas adalah berhubung dengan peristiwa tersebut.

iii. Ayat 55, Surah Al-Maidah

tβθãèÏ.≡u‘ öΝèδuρ nο4θx.¨“9$# tβθè?÷σãƒuρ nο4θn=¢Á9$# tβθßϑ‹É)ムtÏ%©!$# (#θãΖtΒ#u tÏ%©!$#uρ …ã&è!θß™u‘uρ ª!$# ãΝä3–ŠÏ9uρ $uΚ‾ΡÎ) Maksudnya: “Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, dan Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).” (Surah Al-Maidah, ayat 55)

12

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa seorang peminta sedekah telah datang kepada Ali bin Abi Talib ketika dia sedang bersembahyang sunat. Lalu dia menanggalkan cincinnya dan diserahkan kepada si peminta sedekah tersebut. Maka turunlah ayat ini:

tβθãèÏ.≡u‘ öΝèδuρ nο4θx.¨“9$# tβθè?÷σãƒuρ nο4θn=¢Á9$# tβθßϑ‹É)ムtÏ%©!$# (#θãΖtΒ#u tÏ%©!$#uρ …ã&è!θß™u‘uρ ª!$# ãΝä3–ŠÏ9uρ $uΚ‾ΡÎ) Maksudnya: “Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, dan Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).” (Surah Al-Maidah, ayat 55)

Hadis ini saling diperkuatkan oleh hadis-hadis yang berikut: 1. Diriwayatkan oleh Abdul Razak daripada Abdul Wahab bin Mujahid daripada bapanya daripada Ibnu Abbas. 2. Diriwayatkan oleh Ibnu Al-Marduwaih melalui perawi lain daripada Ibnu Abbas. 3. Diriwayatkan oleh Ibnu Marduwaih daripada Ali. 4. Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir daripada Mujahid daripada Ibnu Abi Hatim daripada Salamah bin Kuhail.

Contoh-contoh asbabul nuzul ayat yang telah dinyatakan tadi menunjukkan bahawa asbabul nuzul itu tidaklah dalam satu bentuk sahaja, sebaliknya ada kalanya ia berupa pujian terhadap sesuatu sikap, pemecahan masalah, jawapan kepada sesuatu pertanyaan, menerangkan kesalahan dalam sesuatu kejadian, penjelasan terhadap suatu hukum atau yang lainnya sesuai mengikut keperluan. (Dawud Al-Aththar, 1994). 1.4 KEPENTINGAN DAN FAEDAH MENGETAHUI ASBABUL NUZUL

Mempelajari dan mempunyai pengetahuan tentang ilmu asbabul nuzul memberi banyak faedah kepada seseorang individu dan kelompok masyarakat. Antara kelebihan dan kepentingan ilmu tersebut ialah: 13

1. Penegasan Bahawa Al-Quran Benar-benar dari Allah SWT.

Menurut Muhammad Shaleh Al-‘Utsaimin (1989), kadang kala Nabi Muhammad SAW apabila ditanya tentang sesuatu perkara, Baginda SAW akan berdiam diri tanpa sebarang jawapan sehingga turun wahyu dari Allah SWT. Mungkin kerana masalah yang ditanyakan adalah berhubung dengan perkaraperkara yang hanya Allah sahaja mengetahuinya seperti hal-hal ghaib dan sam’iyyat, oleh itu Baginda SAW memerlukan kepastian jawapan daripada Allah SWT. Contoh firman Allah SWT yang menjawab beberapa persoalan ialah :

∩∇∈∪ WξŠÎ=s% āωÎ) ÉΟù=Ïèø9$# zÏiΒ ΟçFÏ?ρé& !$tΒuρ ’În1u‘ ̍øΒr& ôÏΒ ßyρ”9$# È≅è% ( Çyρ”9$# Çtã štΡθè=t↔ó¡o„uρ Maksudnya : “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit". (Surah al Isra’, ayat 85)

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa pada suatu hari Nabi SAW berjalan di sekitar Madinah dengan bertongkat bersama dengan Ibnu Mas’ud dan lalu di hadapan kedua-duanya segolongan kaum Yahudi. Lantas salah seorang di antara mereka berkata: “Mari kita bertanya kepadanya.” Mereka pun berkata: “Terangkan kepada kami tentang roh.” Kemudian Nabi SAW berdiri dan mengangkat kepalanya ke langit dan terlihat Baginda sedang diberi wahyu. Maka turunlah ayat ini (Surah al Isra’, ayat 85) berhubung dengan peristiwa tersebut. (Diriwayatkan oleh alBukhari daripada Ibnu Mas’ud)

Manakala dalam riwayat yang lain, dikemukakan bahawa kaum Quraisy berkata kepada kaum Yahudi: “Ajarkan kepada kami akan sesuatu yang ditanyakan kepada orang ini (Muhammad). “Berkatalah orang Yahudi: “Tanyalah kepadanya tentang roh”. Kemudian mereka bertanya kepada Nabi mengenai perkara itu. Maka turunlah ayat ini (Surah al-Isra’, ayat 85) sebagai jawapan terhadap pertanyaan tersebut. (Diriwayatkan oleh at-Tirmizi daripada Ibnu Abbas). 14

Ibnu Katsir ada mengemukakan bahawa perkara yang disebutkan ini sebagai berikut: Dari kedua-dua kejadian ini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa ayat ini turun pada kedua peristiwa itu. Demikian juga mengikut pendapat al-Hafiz Ibnu Hajar tetapi dengan penambahan bahawa Nabi SAW mendiamkan diri ketika ditanya oleh Yahudi adalah untuk menunggu penjelasan yang lebih jauh tentang itu. Sekiranya bukan kerana menunggu penjelasan yang lebih jauh, tentu apa yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari itu lebih sahih.

Menurut pendapat Imam Sayuthi apa yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari itu adalah lebih sahih kerana perawinya hadir pada waktu peristiwa itu terjadi sedangkan Ibnu Abbas tidak hadir dalam peristiwa tersebut.

2. Membantu

untuk

Memahami

Makna

Ayat,

Tafsirannya

dan

Menghilangkan Kekeliruan Tentang Maksud Sesuatu Ayat.

Firman Allah SWT:

∩⊇⊇∈∪ ÒΟŠÎ=tæ ììÅ™≡uρ ©!$# āχÎ) 4 «!$# çµô_uρ §ΝsVsù (#θ—9uθè? $yϑuΖ÷ƒr'sù 4 Ü>̍øópRùQ$#uρ ä−̍ô±pRùQ$# ¬!uρ Maksudnya: “Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat dan limpah kurniaan-Nya), lagi Sentiasa Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah, ayat 115)

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa Ibnu Umar membaca ayat ini dan kemudian menjelaskan persitiwanya iaitu ketika Rasulullah SAW dalam perjalanan dari Mekah ke Madinah, Baginda SAW telah menunaikan sembahyang sunat di atas kenderaan mengadap bersesuaian dengan arah tujuan kenderaannya. (Diriwayatkan oleh Muslim, Tarmizi dan Nasa’i daripada Ibnu Umar).

15

Dalam riwayat lain pula dikemukakan bahawa turunnya ayat 115 Surah AlBaqarah membolehkan kita untuk menunaikan sembahyang sunat di atas kenderaan menghadap sesuai dengan arah tujuan kenderaan. (Diriwayatkan oleh Al-Hakim daripada Ibnu Umar. Hadis ini sahih menurut syarat Muslim terutama isnadnya.)

Manakala dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ketika Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, Allah SWT telah memerintahkan untuk menghadap ke arah Baitul Maqdis sebagai kiblat ketika menunaikan sembahyang. Maka gembiralah kaum Yahudi, Rasulullah SAW telah melaksanakan perintah itu untuk beberapa belas bulan lamanya tetapi di dalam hati Baginda SAW tetap ingin menghadap ke kiblat Nabi Ibrahim (Kaabah Mekah).

Oleh itu, Baginda selalu berdoa kepada Allah SWT sambil menghadap muka ke langit menanti turunnya wahyu. Maka turunlah ayat “qad nara taqalluba wajhika fis-sama-i” hingga ke akhir ayat surah 144, Surah Al-Baqarah. Kaum Yahudi menjadi bimbang dengan turunnya ayat ini sehingga mereka berkata: “Apakah yang menyebabkan mereka membelok dari kiblat yang mereka hadapi selama ini?” Maka Allah SWT menurunkan ayat 115 Surah Al-Baqarah ini sebagai jawapan ke atas pertanyaan orang Yahudi. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan Abi Hatim daripada Ali bin Abi Thalhah daripada Ibnu Abbas. Isnadnya kuat dan ertinya pun membantu sehingga dapat dijadikan asas turunnya ayat tersebut.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa Rasulullah SAW mengutus suatu pasukan perang di antaranya Jabir. Pada suatu malam yang gelap gelita mereka tidak mengetahui arah kiblat. Berkatalah satu golongan di antara mereka: “Kami tahu arah kiblat iaitu arah ini (sambil menunjuk ke arah utara).” Maka mereka sembahyang dan membuat garis sesuai dengan arah sembahyang mereka.

Pada keesokan harinya setelah matahari terbit garisan yang mereka buat itu tidak menunjukkan arah kiblat yang sebenarnya. Apabila sampai di Madinah, mereka bertanya kepada Rasulullah tentang perkara tersebut. Selepas itu, Baginda terdiam. Maka turunlah ayat ini sebagai penjelasan di atas peristiwa tersebut.

16

(Diriwayatkan oleh ad-Daraquthni dan Ibnu Marduwaih daripada al-Arzami daripada ‘Atha daripada Jabir).

Menurut riwayat yang lain pula dikemukakan bahawa Rasulullah SAW telah mengirimkan suatu pasukan perang. Mereka diliputi oleh kabus yang tebal sehingga tidak mengetahui arah kiblat yang sebenar. Namun mereka tetap menunaikan sembahyang.

Ternyata

setelah

terbit

matahari

sembahyang

mereka

tidak

menghadap kiblat. Oleh itu, apabila tiba kepada Rasulullah SAW, mereka menceritakan perkara tersebut. Maka Allah SAW menurunkan ayat ini yang membenarkan ijtihad mereka. (Diriwayatkan oleh Ibnu Marduwaih daripada Al-Kalbi dari Abi Salleh daripada Ibnu Abbas.)

Dalam riwayat lain pula dikemukakan bahawa ketika turun ayat: “Ud’uni astajib lakum” (Surah Ghafir, 60) yang bermaksud: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doamu”. Maka para sahabat bertanya: “Ke mana kami menghadap?”. Maka turunlah ayat Surah Al-Baqarah ayat 115 sebagai jawapan terhadap pertanyaan mereka. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir daripada Mujahid)

Kesimpulannya, jika dilihat dari segi zahir ayat ini, ia menunjukkan bahawa umat Islam boleh menghadap ke arah mana sahaja ketika menunaikan solat. Tidak menjadi kewajipan untuk menghadap ke arah kiblat sama ada ketika musafir atau pun tidak, ketika solat fardhu atau pun solat sunat. Walau bagaimanapun, hal ini ternyata sangat bercanggah dengan dalil-dalil yang mewajibkan umat Islam menghadap ke arah Masjidil Haram ketika bersembahyang. Oleh itu, dengan mengetahui asbabul nuzul sebenar ayat tersebut, pastinya tidak akan timbul sebarang kekeliruan dan percanggahan. Dengan ini jelaslah bahawa pengetahuan terhadap asbabul nuzul sangat penting dalam memahami makna ayat, tafsirannya dan menghilangkan kekeliruan tentang maksud sesuatu ayat.

17

3. Dapat Mengetahui Hikmah Diperundangkan Sesuatu Hukum.

Ÿ tβθä9θà)s? $tΒ (#θßϑn=÷ès? 4®Lym 3“t≈s3ß™ óΟçFΡr&uρ nο4θn=¢Á9$# (#θç/tø)s? Ÿω (#θãΨtΒ#u tÏ%©!$# $pκš‰r'‾≈tƒ Maksudnya:

“Wahai

orang-orang

yang

beriman,

janganlah

kamu

hampiri

sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan…” (Surah An-Nuur, ayat 43)

Imam Jalaluddin As-Sayuthi menyatakan bahawa Asbabul Nuzul ayat tersebut sebagaimana dijelaskan dalam suatu riwayat bahawa Abdur Rahman bin Auf telah menjemput Ali dan sahabat-sahabatnya makan di rumahnya. Kemudian dia menghidangkan mereka dengan minuman arak sehingga mereka mabuk. Apabila tiba waktu sembahyang, Ali telah diangkat untuk menjadi imam. Pada waktu itu, Ali membaca dengan keliru ayat ini, “qulya ayyuhal kafirun, la a’budu mata’ budu, wa nahnu na’budu mata’ budu”. Maka turunlah ayat 43, Surah An-Nisa’ sebagai larangan menunaikan sembahyang pada waktu mabuk. (Diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmizi, Nasa’I, al-Hakim daripada Ali).

Di

samping

mengetahui

hikmah

diperundangkan

sesuatu

hukum,

pengetahuan tentang asbabul nuzul juga dapat menjelaskan perhatian syarak terhadap kepentingan umum dalam menghadapi kesemua peristiwa yang terjadi ke atas manusia. Perhatian yang diberikan ini menunjukkan Allah menyayangi umatNya serta menyediakan sesuatu yang terbaik kepada mereka.

4. Mengetahui Bahawa Asbabul Nuzul Tidak Akan Terkeluar daripada Sesuatu

Hukum

yang

Umum

Walaupun

Ada

Dalil

Lain

yang

Mengkhususkannya.

Joni Tamkin Borhan dan Che Zarina Shaari (1995) menjelaskan apabila sesuatu lafaz diturunkan dalam bentuk umum dan terdapat pula dalil tentang pengkhususannya, maka pengetahuan melalui ilmu asbab al-nuzul akan dapat

18

membantu para mufassirin membatasi pengkhususan tersebut. Sebagai contoh, firman Allah SWT :

ë>#x‹tã öΝçλm;uρ ÍοtÅzFψ$#uρ $u‹÷Ρ‘‰9$# ’Îû (#θãΖÏèä9 ÏM≈oΨÏΒ÷σßϑø9$# ÏM≈n=Ï ≈tóø9$# ÏM≈uΖ|ÁósãΚø9$# šχθãΒötƒ tÏ%©!$# ¨βÎ) ∩⊄⊂∪ ×ΛÏàtã Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan, mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar.” (Surah An-Nuur, ayat 23)

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Khasif bertanya kepada Said bin Jubair; “Manakah yang lebih besar dosanya, zina atau menuduh orang berzina?” Said menjawab, “Zina.” Khasid bertanya lagi: “Bukankah Allah telah berfirman dalam ayat ini (Surah An-Nuur, ayat 23) yang menjelaskan bahawa orang yang menuduh orang lain berzina akan dilaknati Allah di dunia dan akhirat. Said berkata: “Ayat ini diturunkan khusus berkenaan dengan kejadian Aisyah. (Diriwayatkan oleh atTabarani daripada Khasif. Dalam sanadnya terdapat Yahya al-Hamani yang dhaif)

Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa ayat ini turun khusus berkenaan dengan isteri-isteri Nabi. (Diriwayatkan oleh at-Tabarani daripada ad-Dhahhak bin Muzalim)

Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa ayat ini turun khusus berkenaan dengan peristiwa Aisyah. (Diriwayatkan pula oleh Ibnu Abi Hatim daripada Said bin Jubair daripada Ibnu Abbas)

Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa Aisyah dituduh dan beliau sendiri tidak mengetahuinya dan kemudiannya baru diketahui setelah ada yang menyampaikan adanya tuduhan itu.

19

Ketika Rasulullah SAW berada di tempat Aisyah, turunlah wahyu sehingga baginda SAW membetulkan duduknya serta menyapu mukanya. Setelah itu, Rasulullah SAW bersabda: “Dengan memuji syukur kepada Allah dan bukan kepada tuan.” Kemudian Rasulullah SAW membacakan ayat ini (Surah An-Nuur, ayat 2326). (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir daripada Aisyah).

Ayat ini diturunkan secara khusus menceritakan tentang peristiwa yang menimpa Aisyah atau ia adalah berkenaan Aisyah dan isteri-isteri Baginda SAW yang lain. Kenyataan ini bersandarkan riwayat yang dibawa oleh Ibnu Abbas mengenai firman Allah SWT, “Sesungguhnya orang yang menuduh…”, itu turun berkenaan dengan Aisyah secara khusus.

Sementara itu, Ibnu Abbas juga meriwayatkan, “Ayat tersebut adalah berkenaan Aisyah dan isteri-isteri Rasulullah SAW. Allah tidak akan menerima taubat orang yang melakukan perkara itu (menuduh mereka berzina). Tetapi menerima taubat orang yang menuduh seorang perempuan yang beriman selain isteri-isteri Nabi SAW. Kemudian Ibnu Abbas membaca:

(#θè=t7ø)s? Ÿωuρ Zοt$ù#y_ tÏΖ≈uΚrO óΟèδρ߉Î=ô_$$sù u!#y‰pκà− Ïπyèt/ö‘r'Î/ (#θè?ù'tƒ óΟs9 §ΝèO ÏM≈oΨ|Áósßϑø9$# tβθãΒötƒ tÏ%©!$#uρ ¨βÎ*sù (#θßsn=ô¹r&uρ y7Ï9≡sŒ ω÷èt/ .ÏΒ (#θç/$s? tÏ%©!$# āωÎ) ∩⊆∪ tβθà)Å¡≈x ø9$# ãΝèδ y7Í×‾≈s9'ρé&uρ 4 #Y‰t/r& ¸οy‰≈pκy− öΝçλm; ∩∈∪ ÒΟ‹Ïm§‘ Ö‘θà xî ©!$# Maksudnya:

“Dan orang-orang

yang

melemparkan

tuduhan (zina) kepada

perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah An-Nuur, ayat 4-5)

20

Berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah An-Nuur ayat 4 dan 5 tersebut, orang yang menuduh perempuan-perempuan yang beriman (kecuali isteri-isteri Nabi) berzina akan mendapat pengampunan sekiranya mereka bertaubat. Penerimaan taubat orang yang membuat tuduhan ini walaupun merupakan pengkhususan kepada keumuman firman Allah SWT dalam Surah An-Nuur ayat 2325, tidak pula merangkumi orang-orang yang menuduh Aisyah dan isteri-isteri Nabi yang lain kerana ayat 23-25 tersebut tidak pernah menyebut soal penerimaan taubat. Oleh itu, sesiapa yang menuduh isteri-isteri Nabi melakukan perbuatan zina tidak akan mendapat pengampunan. 5. Mengkhususkan Sesuatu Hukum yang Dinyatakan dalam Lafaz yang Umum.

Faedah ini adalah bagi mereka yang berpandangan bahawa sesuatu hukum itu diambil kira berdasarkan sebabnya yang khusus dan bukannya dari lafaznya yang umum. Sebagai contoh, firman Allah SWT:

zÏiΒ ;οy—$x yϑÎ/ Νåκ¨]u;|¡øtrB Ÿξsù (#θè=yèø tƒ öΝs9 $oÿÏ3 (#ρ߉yϑøtä† βr& tβθ™6Ït䆨ρ (#θs?r& !$yϑÎ/ tβθãmtø tƒ tÏ%©!$# ¨t|¡øtrB Ÿω ∩⊇∇∇∪ ÒΟŠÏ9r& ë>#x‹tã öΝßγs9uρ ( É>#x‹yèø9$# Maksudnya: “Jangan sekali-kali engkau menyangka (Wahai Muhammad, bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan - jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 188)

Menurut suatu riwayat, Marwan berasa ragu-ragu dengan maksud ayat ini kerana lafaznya yang umum. Lalu Marwan berkata kepada penjaga pintunya: “Hai Rafi’, berangkatlah kamu menuju ke tempat Ibnu Abbas dan katakanlah kepadanya bahawa sekiranya orang akan diseksa kerana merasa gembira dengan apa yang diperolehinya dan ingin dipuji atas apa yang mereka tidak kerjakan, pasti kita semua 21

akan diseksa.” Maka berkatalah Ibnu Abbas: “Apakah yang menjadi masalah bagi kalian semua tentang ayat ini (Surah Ali ‘Imran, ayat 188).”

Penurunan ayat ini adalah berkenaan dengan ahli kitab. Ketika Nabi SAW bertanya

kepada

mereka

tentang

sesuatu,

mereka

menutupinya

dengan

memberikan jawapan yang tidak munasabah dengan pertanyaan tersebut. Kemudian mereka keluar dan memberitahu kepada kawan-kawan mereka bahawa mereka telah menjawab pertanyaan Rasulullah SAW dengan jawapan yang tidak ada sangkut paut dengan pertanyaan tersebut dengan harapan mendapat pujian di atas perbuatan tersebut. (Diriwayatkan oleh as-Syaikani dan yang lainnya daripada Hamid bin Abdur Rahman bin Auf).

Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa apabila Rasulullah SAW pergi berjihad, tinggallah beberapa orang munafik yang tidak turut serta dalam jihad tersebut dan mereka gembira kerana dapat melakukan pekerjaan seharian mereka. Namun begitu setelah Rasulullah SAW kembali daripada peperangan dengan membawa kemenangan, mereka meminta maaf dengan memberikan pelbagai alasan sambil bersumpah dengan harapan perbuatan itu dipuji walaupun mereka tidak ikut serta dalam jihad tersebut. Maka turunlah ayat 188 dari Surah Ali ‘Imran. (Diriwayatkan oleh as-Syaikani daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam riwayat yang lain pula ada dikemukakan bahawa ketika Rafi’ bin Khudaij dan Zaid bin Thabit sedang duduk bersama dengan Marwan, berkatalah Marwan: “Apakah sebabnya penurunan ayat ini (Surah Ali ‘Imran, ayat 188)?”. Rafi’ menjawab, “Penurunan ayat ini adalah berkenaan dengan sebahagian daripada orang-orang munafik. Apabila Rasulullah SAW akan pergi berjihad, mereka meminta izin untuk tidak serta dengan memberitahu bahawa mereka sesungguhnya ingin turut serta tetapi urusan seharian yang menghalangnya untuk menyertainya. Maka turunlah ayat ini berkenaaan dengan keadaan mereka.”

Marwan seolah-olah tidak percaya kepada Rafi’ sehingga Rafi’ merasa bersalah. Maka berkatalah Rafi’ kepada Zaid bin Thabit “Demi Allah saya bertanya kepada engkau, apakah engkau mengetahui kejadian yang aku katakan tadi?” Zaid 22

menjawab: “Ya”. (Diriwayatkan oleh Abdu dalam tafsirnya daripada Zaid bin Aslam dan diriwayatkan juga oleh Abi Hatim daripada beberapa tabi’in seperti itu juga).

Menurut pendapat Ibnu Hajar: berdasarkan kepada kedua hadis tersebut dengan menggunakan kaedah tariqatul jam’i dapatlah dibuat kesimpulan bahawa penurunan ayat tersebut (Surah Ali ‘Imran, ayat 188) adalah berkenaan dengan kedua peristiwa tersebut yang hampir sama kejadiannya.

Seterusnya Ibnu Hajar ada mengemukakan bahawa al-Farra’ menceritakan bahawa sebab penurunan ayat ini adalah berkenaan dengan kaum Yahudi yang tidak mengakui Muhammad sebagai rasul dengan berkata, “Kami Ahli Kitab yang pertama, sembahyang dan taat.”

Dijelaskan pula oleh Ibnu Jarir bahawa penurunan ayat ini (Surah Ali ‘Imran, ayat 188) adalah berkenaan dengan semua kejadian yang telah disebutkan.

1.5 CARA MENGETAHUI SEBAB NUZUL

Menurut Rosmawati Ali @ Mat Zin (1997), untuk mengetahui sebab nuzul tidak boleh hanya dengan melalui akal atau pendapat iaitu Bi al-Ra’yi tetapi mestilah dengan riwayat yang sahih, pendengaran, juga hendaklah mereka menyaksikan sendiri ayat tersebut diturunkan atau pun mereka yang mengetahui sebab-sebabnya dan mengkaji tentangnya yang terdiri daripada sahabat, tabi’in dan mereka yang bertungkus-lumus mengkaji ilmu ini yang terdiri daripada kalangan para ulama’ yang ternyata boleh dipercayai. Jelaslah dari situ, untuk mengetahui Asbab Nuzul bukanlah perkara yang mudah dan boleh diketahui cukup atau sekadar dengan membuat penelitian dan kajian semata-mata, namun ia mestilah dengan berdasarkan panduan dan riwayat yang sahih. Untuk itu, ulama’ salaf dan ahli Tafsir begitu teliti dan sangat berhati-hati dalam perkara ini, di mana ulama mengetahui Asbab Nuzul dan perkara yang berkaitan dengan sebab penurunan Al-Quran dengan melalui riwayat para Tabi’in dan para sahabat atau juga melalui riwayat yang secara sah berasal daripada Nabi. 23

Apa yang jelas dan pastinya, walaupun dalam setengah keadaan, ulama mengetahui Asbab Nuzul dengan berdasarkan riwayat daripada tabi’in dan sahabat, namun riwayat yang diterima itu bukanlah sebagai pendapat biasa tetapi ia merupakan riwayat yang marfu’ iaitu riwayat yang berdasarkan kepada Nabi, maka ia dapat diterima sebagai riwayat yang sahih.

Berkaitan dengan pentingnya riwayat yang sah berdasarkan kepada Nabi atau riwayat yang marfu’ itu, adalah untuk diterima sebagai hukum atau sah. Hak tersebut sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Wahidi, “Adalah tidak sah menyatakan sesuatu pendapat berkaitan dengan Asbab Nuzul, kecualilah dengan bersandarkan kepada riwayat yang sah ataupun dengan mendengar sendiri secara langsung daripada mereka yang menyaksikan turunnya ayat, mengetahui sebabnya serta berusaha bersungguh-sungguh untuk menelitinya”.

Untuk itu, ulama salaf begitu teliti untuk memperkatakan atau mengeluarkan pendapat berkaitan dengan Asbab Nuzul, kecualilah dengan riwayat dan pengetahuan yang jelas. Hal tersebut dapat dilihat sebagaimana yang dinyatakan oleh Muhammad Ibnu Sirin seorang tokoh ulama besar dari kalangan tabi’in yang meninggal dunia pada tahun 110H. Beliau berkata, “ketika aku bertanyakan kepada ‘Ubaidah mengenai sebuah ayat Al-Quran, maka mereka yang mengetahui tentang Al-Quran itu diturunkan semuanya telah meninggal dunia”.

Daripada kata-kata ‘Ubaidah tersebut menjelaskan tentang para sahabat yang arif dan mengetahui berkaitan dengan Al-Quran dan Asbab Nuzul semuanya telah meninggal dunia, antara lain para sahabat sahaja yang memang mengetahui berkaitan dengan Asbab Nuzul. Dari situ juga kita fahami bahawa pendapat dan riwayat yang dijadikan pegangan berkaitan dengan Asbab Nuzul adalah riwayat dan ucapan para sahabat yang secara pastinya menunjukkan kepada Asbab Nuzul.

Keadaan lain, Imam As-Suyuti berpendapat bahawa pendapat dan riwayat daripada tabi’in juga boleh diterima apabila pendapat dan riwayat itu jelas menunjukkan Asbab Nuzul , walaupun riwayat itu adalah bertaraf Mursal atau Hadis 24

Mursal. Imam As-Suyuti berhujah di mana Tabi’in juga merupakan kalangan mereka yang thiqah dan tergolong daripada kalangan mereka yang menerima riwayat daripada para sahabat dan dikenali umum sebagai orang yang teliti dan ahli Tafsir. Selain daripada itu, tidak mungkin dan tidak munasabah ulama tabi’in yang begitu warak, bertaqwa dan berilmu serta dikenali sebagai seorang yang thiqah sanggup melakukan pendustaan terhadap Nabi atau Al-Quran. Contohnya antara mereka dari kalangan tabi’in ialah Mujahid, Ikrimah dan Sa’id bin Jubair.

1.6 PANDANGAN ULAMA TERHADAP ASBAB NUZUL

Banyak ulama yang menganggap bahawa betapa pentingnya mengetahui Asbab Nuzul sesuatu ayat. Oleh kerana itu, pelbagai usaha telah mereka jalankan untuk mengkaji dan mengumpulkan bahannya. Mereka itu terdiri daripada Imam AlWahidi, Ibnu Daqiequl’ied dan Ibnu Taimiyyah.

Imam Al-Wahidi berpendapat bahawa untuk mengetahui tafsir sesuatu ayat Al-Quran, tidak mungkin tanpa mengetahui, latar belakang peristiwa dan kejadian tentang penurunannya. Sementara Ibnu Daqiequl’ied pula berpendapat bahawa keterangan tentang kejadian turunnya ayat merupakan cara yang kuat untuk memahami makna ayat Al-Quran.

Ibnu Taimiyyah pula berpendapat bahawa mengetahui Asbab Nuzul ayat, menolong kita memahami makna ayat, kerana mengetahui kejadian turunnya itu memberikan kita asas untuk mengetahui penyebabnya.

Pernah terjadi dalam sejarah, para ulama salaf mengalami kesulitan di dalam mentafsir beberapa ayat Al-Quran. Akan tetapi setelah mereka mengetahui asbab nuzulnya, hilanglah kesulitan tersebut.

Imam Al-Wahidi berpendapat bahawa perbincangan mengenai “Asbabul Nuzul Quran” secara

tidak dibenarkan tanpa mengetahui riwayatnya atau mendengar

langsung

daripada

orang-orang

yang

menyaksikan

mengetahui sebab-sebabnya dan mendalami ilmunya. 25

turunnya

serta

Dalam sejarah dikemukakan bahawa Muhammad bin Sirrin pernah bertanya kepada Ubaidah tentang makna suatu ayat di dalam Al-Quran. Ubaidah menjawab: “Bertaqwalah kepada Allah serta mengakulah dengan jujur bahawa orang yang mengetahui sebab-sebab diturunkan ayat itu kembali.”

Oleh kerana itu, untuk mengungkap kembali kejadian tersebut, perlu mengkaji dengan mendalam riwayat tentang penurunan ayat tersebut, berdasarkan hadishadis Rasulullah SAW.

Menurut Al-Hakim dalam kitab “Ulumul Hadis”, apabila seorang sahabat yang menyaksikan penurunan wahyu dan ayat-ayat Al-Quran berkata bahawa ayat ini diturunkan tentang si fulan dapatlah dibuat kesimpulan bahawa hadis itu adalah “musnad”. Orang yang sependapat dengan beliau ialah Ibnu Shalah.

Ibnu Taimiyyah berpendapat bahawa kadang-kadang terdapat suatu riwayat yang menceritakan maksud sesuatu ayat yang mana dalam ayat tersebut telah jelas maksudnya. Hadis seperti ini menerangkan ayat tersebut dan bukannya mengenai asbab nuzulnya.

Kadang-kadang terdapat perbezaan pendapat di antara para ulama tentang ucapan para sahabi, apakah ia termasuk di dalam asbab nuzul atau tafsir. AlBukhari memasukkannya ke dalam musnad (seperti istilah musnad Imam Ahmad) sedangkan para ulama lain tidak menganggapnya sebagai musnad kecuali apabila di belakangnya menyebut sebab turunnya ayat tersebut.

Az-Zarkasyi menyebut di dalam kitabnya Al-Burhan: “Daripada adat para sahabat dan tabi’in dapat diketahui apabila salah seorang berkata, “Turunnya ayat ini di dalam perkara ini maka maksud kata-kata ini adalah bahawa ayat tersebut mengandungi hukum-hukum tentang sesuatu dan bukan sebagai Asbab Nuzulnya.

Imam Sayuti pula berpendapat bahawa asbab nuzul sesuatu ayat bukan sekadar menceritakan sesuatu ayat itu turun disebabkan oleh kejadian tertentu (seperti riwayat Al-Wahidi tentang Surah Al-Fiil). Riwayat yang dikemukakan oleh Al26

Wahidi itu sekadar memberitahu kejadian yang lalu sebagaimana sejarah Nabi Nuh, kaum ‘Aad, Kaum Thamud, sejarah mendirikan Baitullah dan sebagainya.

1.7 PENUTUP Al-Quran yang diturunkan berfungsi sebagai sumber rujukan utama umat Islam supaya tidak tersasar. Di dalamnya terkandung pelbagai peristiwa yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran kerana kandungannya menceritakan tentang peristiwa yang telah berlaku, semasa dan akan berlaku. Jelaslah bahawa Al-Quran bukanlah ciptaan manusia kerana hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui tentang sesuatu yang berlaku. Akal manusia yang terbatas tidak mampu untuk mencipta sesuatu yang setanding dengan Al- Quran mahupun seumpamanya. Mempelajari asbab nuzul sesuatu ayat merupakan salah satu usaha kita untuk mendalami alquran selain daripada membacanya. Apabila kita mengetahui tentang asbab sesuatu ayat, keyakinan kita kepada Allah SWT dan dienullah ini pasti meningkat.

Namun begitu, tidak semua ayat al-Quran mempunyai asbab nuzul kerana terdapat juga ayat-ayat yang turun bertujuan untuk menceritakan kisah-kisah yang berlaku pada masa dahulu sebagai pengajaran dan teladan kepada manusia. Antaranya seperti kisah nabi-nabi yang terdahulu, kejadian, perkara-perkara ghaib, peristiwa hari akhirat, nikmat syurga serta azab neraka dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kesemuanya mampu memberi manfaat yang tidak terhingga kepada manusia dalam melayari hidup di dunia yang penuh dengan cabaran ini.

27

2.0 SAMBUTAN NUZUL QURAN DI MALAYSIA

Peristiwa penurunan Kitab Suci Al-Quran atau Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa agung dalam sejarah umat Islam. Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan dari Luh al-Mahfuz ke Bayt al-'Izzah di langit dunia secara keseluruhan (jumlatan

wahidatan),

kemudian

diturunkan

secara

beransur-ansur

kepada

Rasulullah SAW selama 23 tahun. Perkara ini berdasarkan firman Allah SWT: 4 Èβ$s%öà ø9$#uρ 3“y‰ßγø9$# zÏiΒ ;M≈oΨÉit/uρ Ĩ$¨Ψ=Ïj9 ”W‰èδ ãβ#uöà)ø9$# ϵŠÏù tΑÌ“Ρé& ü“Ï%©!$# tβ$ŸÒtΒu‘ ãöκy− Maksudnya: “Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Sambutan Nuzul Al-Quran telah lama menjadi tradisi di kalangan masyarakat Islam, khususnya di Malaysia. Malah sebahagian negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Kelantan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Terengganu dan Selangor telah mengisytiharkan cuti pada setiap 17 Ramadhan sempena sambutan Nuzul Al-Quran. Sambutan ini bertujuan memperingati tarikh mulanya wahyu (ayat-ayat Al-Quran) diturunkan dan rahmat kepada seluruh alam.

Nuzul Al-Quran merupakan hari yang penuh rahmah di mana umat manusia mendapat petunjuk dengan diturunkan Kitab Suci Al-Qur'an sebagai panduan hidup. Bagi mengimarahkan sambutan Nuzul al-Quran dan mengembalikan kehebatan AlQuran, gerakan bersepadu dari semua pihak perlu digembleng termasuklah pihak media, kerajaan dan masyarakat. Pelbagai program direncana sebagai pengisian pada hari tersebut sama ada di peringkat kebangsaan, negeri, daerah, kampung dan sekolah-sekolah dengan pelbagai program dan aktiviti keagamaan seperti tadarus, ceramah agama dan marhaban.

28

Saban tahun apabila tibanya bulan Ramadhan, timbullah polemik berhubung isu bidaah menyambut Nuzul Al-Quran kerana masih tidak ditemukan dasarnya secara jelas di dalam Al-Quran mahupun Hadis Nabi SAW. Namun sehingga kini, kebanyakan pihak terus mengamalkannya malah ia menjadi kebiasaan yang sudah berurat nadi dan menjadi suatu tradisi yang baik. Apatah lagi kerajaan pusat dan negeri telah memperuntukkan wang bagi menampung perbelanjaan program-program yang dijalankan bagi menyambut Nuzul Al-Quran di pelbagai peringkat.

Di masjid-masjid besar selalunya akan diadakan iftar jama’ie atau berbuka puasa beramai-ramai diikuti dengan Solat Maghrib dan Isyak berjemaah, Solat Tarawikh. Selain itu, tokoh-tokoh ilmuwan agama yang terkenal juga akan dijemput untuk memberi ceramah agama perdana mengenai Nuzul Al-Quran. Majlis-majlis ini selalunya akan diakhiri dengan Tadarus Al-Quran beramai-ramai. Program-program ini akan diadakan pada setiap malam dan biasanya digiatkan menjelang sepuluh malam terakhir Ramadhan. Di samping program-program berbentuk pengisian rohani, pada hari tersebut juga umat Islam biasanya akan bergotong-royong menyediakan juadah berbuka puasa pada sebelah petang. Di masjid-masjid misalnya, aktiviti memasak bubur lambuk untuk disedekahkan kepada orang ramai sudah tidak asing lagi.

Di peringkat institusi pendidikan dan sekolah pula, program-program yang dijalankan tidak kurang bezanya dengan program-program yang dianjurkan di peringkat kebangsaan dan negeri. Doa selamat turut dibacakan pada hari tersebut bagi memohon keberkatan Ilahi. Selain itu, terdapat aktiviti-aktiviti yang boleh disertai oleh pelajar-pelajar sekolah bagi meraikan sambutan Nuzul Quran ialah pertandingan-pertandingan yang bersesuaian dengan mereka seperti pertandingan hafazan, tafsir, tilawah, nasyid, syarahan dan lain-lain. Suasana sambutan di sekolah lebih meriah kerana murid-murid berasa seronok dan bersemangat menyambut hari tersebut. Pelbagai program dianjurkan seawal bulan Ramadhan lagi seperti pertandingan nasyid, menyampaikan khutbah, bercerita, melukis dan mewarna, dan sebagainya. Pertandingan seperti ini bukan sahaja dapat mengasah bakat murid-murid, malahan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka terhadap sejarah dan pengetahuan Islam secara tidak langsung. 29

Sambutan Nuzul Al-Quran di negara ini dilihat lebih meriah dengan penglibatan daripada media massa seperti radio dan televisyen. Rancanganrancangan yang pelbagai telah disusun berunsurkan keagamaan khususnya berkaitan dengan al-Quran untuk menarik minat umat Islam di samping menjadi contoh kepada orang yang bukan Islam. Sambutan Nuzul Al-Quran diimarahkan lagi dengan pelbagai majlis keagamaan seperti forum-forum, ceramah-ceramah, tadarus al-Qur'an dan sebagainya. Meskipun penganjuran majlis-majlis seumpama ini dilihat masih belum mencukupi, namun apa yang lebih penting dan utama, umat Islam seharusnya memahami, menghayati dan mengamalkan segala isi yang terkandung di dalam al-Quran agar dapat dijadikan pegangan dan pedoman dalam menjalani kehidupan seharian.

Selain bertujuan memperingati tarikh mulanya wahyu (ayat-ayat Al-Quran) diturunkan, sambutan Nuzul Al-Quran juga bertujuan menguatkan keyakinan umat terhadap kebenaran Al-Quran sebagai Wahyu Allah yang luar biasa dan mengajak umat untuk mengamalkan isinya. Umat Islam harus memiliki keyakinan bahawa Islam itu hadir membawa rahmat yang sekaligus memancarkan keindahan agama yang suci. Rahmat yang hadir bersama terutusnya junjungan besar Nabi Muhammad SAW 1400 tahun lalu. Oleh itu, sempena sambutan Nuzul Al-Quran, perkara-perkara khusus yang boleh dilakukan ialah: -

Memupuk kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

-

Mengamalkan sunnah Baginda SAW.

-

Melaksanakan semua suruhan dan menjauhi larangan Allah SWT.

-

Mengikut agama Islam sepenuhnya.

-

Mengamalkan cara kehidupan yang digariskan oleh Islam.

-

Sentiasa ingat dan berselawat ke atas Nabi junjungan SAW.

-

Mengamalkan adab kehidupan Baginda SAW ketika susah atau senang.

-

Memandang berat perkara yang bercanggah syariah.

-

Membaca Al-Quran dan sentiasa beriman kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

30

Bagi membuktikan kasih sayang terhadap Kitab Suci Al-Quran, umat Islam hendaklah mengikhlaskan ibadah hanya kepada Allah SWT. Mentauhidkan Allah adalah bukti paling kukuh menunjukkan kita mengikuti ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya. Sambutan Nuzul Al-Quran bukan sahaja perlu disambut pada malam 17 Ramadhan semata-mata sebaliknya penghayatan terhadap Al-Quran merupakan proses sepanjang kehidupan. Untuk merealisasikan makna mencintai Al-Quran, umat Islam perlulah berusaha mempelajari, memahami dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran serta menyebarkan pengajaran yang terkandung di dalamnya kepada seluruh umat manusia. Oleh itu, perkara-perkara yang perlu dilakukan walaupun selepas berlalunya sambutan Nuzul Al-Quran ialah:

1. Mempelajari Al-Quran, memahami dan mengamalkan serta menyebarkan ajarannya. Antara tanda mencintai Rasulullah SAW

adalah dengan

memanfaatkan Al-Quran yang menjadi mukjizat Baginda SAW dalam segala aspek kehidupan seharian.

Ibnu Mas'ud berkata: ”Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya, kecuali Al-Quran. Apabila dia mencintai al-Quran, maka dia mencintai Allah dan Rasul-Nya.”

2. Al Quran hendaklah sentiasa dibaca dan ditadabbur (dihayati). Firman Allah SWT:

∩⊄∪ É=≈t6ø9F{$# (#θä9'ρé& t©.x‹tFuŠÏ9uρ ϵÏG≈tƒ#u (#ÿρã−/£‰u‹Ïj9 Ô8t≈t6ãΒ y7ø‹s9Î) çµ≈oΨø9t“Ρr& ë=≈tGÏ. Maksudnya: “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad),

Kitab

yang

banyak faedah dan

manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatNya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. “ (Surah Shod, ayat 29) 31

3. Al Quran mestilah sentiasa dipelajari dan dilaksanakan.

Hal ini telah diperingatkan dalam Al-Quran, firman Allah SWT:

.tã š‚θãΖÏFø tƒ βr& öΝèδö‘x‹÷n$#uρ öΝèδu!#uθ÷δr& ôìÎ7®Ks? Ÿωuρ ª!$# tΑt“Ρr& !$yϑÎ/ ΝæηuΖ÷t/ Νä3ôm$# Èβr&uρ 3 öΝÍκÍ5θçΡèŒ ÇÙ÷èt7Î/ Νåκz:ÅÁムβr& ª!$# ߉ƒÌãƒ $uΚ‾Ρr& öΝn=÷æ$$sù (#öθ©9uθs? βÎ*sù ( y7ø‹s9Î) ª!$# tΑt“Ρr& !$tΒ ÇÙ÷èt/ ∩⊆∪ tβθà)Å¡≈x s9 Ĩ$¨Ζ9$# zÏiΒ #ZŽÏWx. ¨βÎ)uρ Maksudnya: “Dan hendaklah Engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (hukum di dalam al Quran) dan janganlah Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjagajagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah Hanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari amat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.” (Surah al Maaidah, ayat 49)

Walaupun

sambutan

Nuzul

Al-Quran

di

semua

peringkat

adalah

memberangsangkan tetapi masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki. Ini bertujuan agar segala program yang dijalankan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Berbeza dengan sambutan peristiwa-peristiwa lain, Nuzul Al-Quran berkait rapat dengan sejarah Islam itu sendiri. Oleh itu, seharusnya umat Islam lebih menumpukan kepada program-program yang boleh mencetuskan kesedaran dan keinsafan dalam diri.

Begitu juga dengan perbelanjaan yang digunakan, perlu dielakkan daripada berlakunya pembaziran. Ini kerana perbuatan membazir ini merupakan perkara yang disukai syaitan laknatullah sebagaimana firman Allah SWT :

32

∩⊄∠∪ #Y‘θà x. ϵÎn/tÏ9 ß≈sÜø‹¤±9$# tβ%x.uρ ( ÈÏÜ≈u‹¤±9$# tβ≡uθ÷zÎ) (#þθçΡ%x. tÍ‘Éj‹t6ßϑø9$# ¨βÎ) Maksudnya :

“Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-

saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra’, ayat 27)

Sebagai mukmin sejati, kita seharusnya mengelakkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT dan rasul-Nya kerana apa yang penting di sisi Allah SWT adalah ketakwaan dan keikhlasan seseorang hamba-Nya. Oleh itu marilah kita sama-sama menghayati sambutan Nuzul Al-Quran sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Sempena Nuzul Al-Quran pada tahun-tahun akan datang marilah sama-sama kita berazam untuk terus beriman dengan Al-Quran dengan cara membaca, menghafaz dan mengamalkan suruhan serta meninggalkan segala larangan Allah SWT sebagaimana yang terkandung di dalam Kitab Suci Al-Quran.

33

Related Documents


More Documents from "Achmad Hafirul"