Alaysia Adalah Sebuah Negara Yang Unik Kerana Mempunyai Penduduk Yang Menganuti Pelbagai Agama.docx

  • Uploaded by: Cid Are
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Alaysia Adalah Sebuah Negara Yang Unik Kerana Mempunyai Penduduk Yang Menganuti Pelbagai Agama.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 676
  • Pages: 3
ALAYSIA adalah sebuah negara yang unik kerana mempunyai penduduk yang menganuti pelbagai agama. Menurut Jabatan Perangkaan, pada 2010, daripada jumlah penduduk negara ini seramai 28 juta, 61.32 peratus daripada penduduk Malaysia beragama Islam, 19.84 peratus beragama Buddha, 9.24 peratus beragama Kristian, 6.27 peratus beragama Hindu, dan 1.26 peratus menganut agama tradisi lain orang Cina. Selebihnya menganuti agama lain termasuklah Animisme, Sikhisme dan kepercayaan lain. Di Malaysia, agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Bagaimanapun, lain-lain agama adalah bebas untuk dianuti dan diamalkan. Hak ini adalah dijamin oleh Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan. Perkara 11 (2) memperuntukkan - “Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.” Di dalam kes Daud Mamat & Ors v. Majlis Agama Islam/Adat & Anor (2001) 2 CLJ 161, Hakim Mahkamah Tinggi di muka surat 171 memutuskan:“Apart from the above jurisdictional flaw, which could not support their applications, the plaintiffs have unwittingly alluded to art. 11(1) of the Federal Constitution as the main ground of their grouses. This provision reads that every person has the right to profess and practise his religion and, subject to cl. (4), to propagate it. This brief but meaningful article in crystal clear terms guarantees the right and freedom of every citizen, of whatever race or religion to profess and practise his or her beliefs unhindered...” Akan tetapi kebebasan beragama yang dibenarkan oleh Perkara 11 (1) Perlembagaan adalah tertakluk kepada sebarang sekatan yang dikenakan oleh Perkara 11(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan. Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan undang-undang negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan orang yang menganuti agama Islam manakala Perkara 11 (5) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan tidaklah membenarkan apaapa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral. Di dalam kes Hajjah Halimatussaadiah Kamaruddin v. Public Services Commission, Malaysia & Anor. (1994) 3 CLJ 532, perayu, seorang kerani yang berkhidmat dengan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak,

telah dipecat oleh responden selaras dengan satu tindakan disiplin terhadapnya di bawah Perintah Am Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Awam (Kelakuan & Disiplin) (Bab “D”) 1980, kerana memakai purdah sebagai pakaian pejabatnya yang melanggari tatatertib pakaian yang ditentukan bagi pegawai-pegawai perkhidmatan awam oleh Pekeliling Perkhidmatan No. 2 Tahun 1985 yang mana melarang pemakaian pakaian sedemikian. Perayu mencabar keesahan pemecatannya dan berhujah di hadapan Mahkamah Tinggi, antara lainnya, bahawa perenggan 2.2.1 Pekeliling Perkhidmatan tersebut adalah tidak jelas dan tidak dapat dipastikan serta adalah batal dan tidak sah, sebagai melanggari Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan. Hakim Mahkamah Agung di muka surat 538 memutuskan: “It is trite that Article 11(1) of the Constitution guarantees the freedom of religion, where every person has the right to profess and practise his religion. However, such right is not absolute as Article 11(5) provides that this article does not authorise any act contrary to any general law relating to public order, public health or morality. In the context of Service Circular 2 of 1985 prescribing the mode of dress and prohibiting the wearing of an attire covering the face by a lady officer in the public services during work, we are of the opinion that such prohibition does not affect her constitutional right to practise her religion. ” Oleh yang demikian, Mahkamah telah memperkenalkan satu pendekatan yang perlu diambil oleh mahkamah dalam menentukan sama ada sesuatu amalan adalah sebahagian daripada amalan penting sesuatu agama. Pada hemat penulis, hak kebebasan beragama adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan. Walaubagaimanapun hak tersebut adalah tidak mutlak tetapi tertakluk kepada sekatan-sekatan yang diperuntukkan di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan pada umumnya mempunyai kuasa untuk menyekat pengembangan agama lain terhadap umat Islam. Sebagai contoh, dewasa kini semakin ramai penganut agama Islam yang dikatakan murtad atau mempersoalkan ajaran Islam itu sendiri. Untuk membendung gejala ini, pada pandangan penulis adalah wajar untuk kerajaan campur tangan agar masalah ini tidak berterusan. Oleh itu, harus difahami dan diterima dengan hati terbuka bahawa kebebasan beragama yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan bukanlah sesuatu yang mutlak.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/kebebasanberagama-1.486418#ixzz5hyh6BXTj © Utusan Melayu (M) Bhd

Related Documents


More Documents from "Yurika Dewi Safitri Liza"