Perancangan_akademik_sadn 1033-pjj Semester Januari 20192020 (jj191)-2.pdf

  • Uploaded by: Cid Are
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perancangan_akademik_sadn 1033-pjj Semester Januari 20192020 (jj191)-2.pdf as PDF for free.

More details

  • Words: 3,256
  • Pages: 18
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

PACE - UUM

PERANCANGAN AKADEMIK SEMESTER JULAI SESI 2019/2020 (JJ191)

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

PENGAJIAN JARAK JAUH PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

1

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

PACE - UUM

SINOPSIS KURSUS Kursus ini merupakan pengenalan kepada sejarah pembinaan negara ini, iaitu meliputi tempoh masa dari zaman pra merdeka hingga kepada pembentukan dasar-dasar kerajaan selepas kemerdekaan. Berdasarkan matlamat ini, topik-topik penting yang akan dibincangkan adalah seperti Sistem Masyarakat Melayu Tradisi dan perubahanperubahan; kehadiran masyarakat majmuk dan kesannya, Nasionalisme dengan memberi tumpuan kepada pertumbuhan dan perjuangan politik Melayu yang menjiwai cita-cita memerdekakan negara; perkembangan parti politik dan pilihanraya, dasar-dasar dan Perlembagaan serta kepentingannya dalam membina generasi baru Malaysia dengan menggunakan sejarah sebagai asas pembinaan negara bangsa.

OBJEKTIF KURSUS Pada akhir kursus, pelajar-pelajar dijangka akan dapat : 1 2

3

Memahami fakta-fakta berkenaan sejarah Malaysia yang menjadi asas kepada pengetahuan kursus Kenegaraan Malaysia. Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kesinambungan, perubahan dan perkembangan sosio-politik serta kemasyarakatan Malaysia. Mengaplikasikan pengetahuan kenegaraan dalam usaha untuk membentuk jati diri dan memiliki semangat patriotik yang tinggi.

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS ________________________________________________________________________ Pada akhir kursus ini pelajar akan : 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Menyatakan dan membincangkan faktor asas yang telah berlaku dalam perkembangan sejarah Malaysia Menyenaraikan faktor yang telah menjadi titik pengubah utama dalam sejarah Negara. Menerangkan natijah daripada titik pengubah tersebut. Mengenalpasti implikasi hasil dari perubahan yang berlaku ke atas perkembangan sosio-ekonomi dan politik negara. Menganalisis perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam sejarah Malaysia. Mengaplikasikan pengetahuan kenegaraan dalam menjana semangat patriotisme, nasionalisme, kesukarelawanan dan kepimpinan dikalangan pelajar.

2

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

PACE - UUM

KAEDAH PENGENDALIAN KURSUS ________________________________________________________________ Kursus ini dikendalikan secara pembelajaran kendiri. Pelajar diberikan modul kursus yang akan menjadi rujukan utama kepada kursus ini. Modul ini dilengkapkan dengan soalan-soalan sebagai latihan untuk menguji kefahaman pelajar. Di samping itu, pelajar dinasihat mendapatkan bahan-bahan bacaan lain bagi meningkatkan kefahaman tentang sejarah dan perkembangan negara kita dalam semua aspek terutamanya yang menyentuh mengenai sosio-politik dan kemasyarakatan. Perbincangan dan soalan daripada bukubuku rujukan boleh dicuba bagi meningkatkan kemahiran pelajar untuk menganalisis halhal yang berkaitan topik yang dibincangkan dalam kursus ini. Bagi membantu pelajar memahami isi kandungan modul dengan lebih jelas, empat sesi pertemuan bersemuka diantara pelajar dan pensyarah telah ditetapkan, termasuk satu sesi untuk peperiksaan pertengahan semester. Manakala peperiksaan akhir semester diadakan pada sesi pertemuan yang berasingan. Pertemuan bersemuka ini akan menekankan kepada sesi perbincangan dan soal jawab. Selain itu pelajar juga akan diminta membuat "presentation" berdasarkan topik tertentu yang ditetapkan oleh pensyarah. Selaras dengan itu, pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi tujuan "presentation". Jumlah pelajar bagi setiap kumpulan MESTILAH TIDAK LEBIH 6 Orang. Pelajar juga dikehendaki membaca dan meneliti kandungan modul sebelum menghadiri sesi pertemuan bagi membolehkan perbincangan dilakukan dengan lancar. Jadual sesi pertemuan disertakan dalam bahagian yang seterusnya. Bagaimanapun, jadual tersebut tertakluk kepada pindaan. Oleh itu, sentiasa berhubung dengan pihak PLK -UUM untuk mendapatkan maklumat terkini.

PENILAIAN KURSUS Penilaian akan dilakukan berdasarkan tugasan, peperiksaan pertengahan semester dan peperiksaan akhir semester. Ketiga-tiga komponen ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam bahagian seterusnya. Agihan markah adalah seperti berikut: Tugasan Individu Berbentuk Esei "Presentation” (Tugasan Berkumpulan) Peperiksaan Pertengahan Semester Peperiksaan Akhir

15% 15% 30% 40%

Jumlah Keseluruhan

100%

3

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

PACE - UUM

TUGASAN & PRESENTATION POSTER

Satu tugasan INDIVIDU berbentuk esei akan diberikan kepada setiap pelajar. Setiap tugasan akan membawa 15% daripada markah keseluruhan. Tugasan hendaklah dibuat mengikut format yang diedarkan bersama dengan soalan tugasan. Tugasan mestilah diserahkan kepada pensyarah pada tarikh yang ditetapkan. Penyerahan tugasan hendaklah dibuat pada pertemuan yang ketiga. Kelewatan menyerahkan tugasan pada waktu yang ditetapkan akan dikenakan penalti dalam bentuk potongan markah. Soalan tugasan akan diedarkan oleh pensyarah pada pertemuan bersemuka yang pertama. Soalan tugasan pada semester ini adalah berdasarkan tema. Penulisan tugasan sebaikbaiknya adalah berasaskan sumber primer. ”Presentation” Tugasan Berkumpulan dengan 15% markah mewajibkan pelajarpelajar membuat tugasan dan ”presentation” berdasarkan topik yang diberikan oleh pensyarah. Topik-topik adalah berdasarkan tema atau soalan yang ditetapkan oleh penyelaras. PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER ________________________________________________________________ Peperiksaan pertengahan semester akan diadakan pada pertemuan yang ketiga. Peperiksaan akan merangkumi pelajaran dari Bab 1 hingga bab 5 dan markah keseluruhan peperiksaan ini ialah 30 Markah. Masa yang diberikan ialah 2 jam sahaja. Peperiksaan akan dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A adalah berbentuk soalan-soalan objektif sebanyak 40 soalan, yang lebih berbentuk menguji kefahaman pelajar mengenai perkara-perkara asas yang berkait dengan perkembangan negara kita. Bahagian B pula mengandungi soalan struktur yang bertujuan menguji kemampuan pelajar menjawab dengan tepat dan ringkas mengenai fakta-fakta penting mengenai Malaysia. PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

Peperiksaan akhir semester akan diadakan pada pertemuan terakhir yang mana tarikh, masa dan tempat sebenar akan ditetapkan dan diberitahu oleh pihak PACE kelak. Peperiksaan akhir ini adalah bersifat komprehensif, iaitu merangkumi keseluruhan modul. Masa yang diperuntukkan bagi peperiksaan ini adalah 2 1/2 jam. Peperiksaan akan dibahagikan kepada dua bahagian.

4

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

PACE - UUM

Bahagian A adalah berbentuk soalan-soalan objektif sebanyak 50 soalan, yang lebih berbentuk menguji kefahaman pelajar mengenai perkara-perkara asas yang berkait dengan perkembangan negara kita. Bahagian B pula mengandungi soalan berbentuk soalan esei yang bertujuan menguji kemampuan pelajar menjawab dengan cara perbahasan dan perbincangan mengenai fakta-fakta penting mengenai Malaysia. Markah dinyatakan diakhir setiap soalan untuk dijadikan panduan mengenai masa yang sewajarnya diperuntukkan untuk menjawab soalan tersebut.

RUJUKAN UTAMA

Modul Kenegaraan Malaysia Zulhilmi Paidi et al 2018, Kenegaraan Malaysia. Sintok : UUMPress. Zulhilmi Paidi, Rohani Ab Ghani, Mohamad Idris Salleh, Ismail Yusoff & Jazliza Jamaluddin, 2011. Malaysia : Pembinaan Negara dan Bangsa. Petaling Jaya : Pearson – Prentice Hall.

RUJUKAN TAMBAHAN ________________________________________________________________ Asnarulkhadi Abu Samah dan Jayum A. Jawan (ed.), 1997. Kenegaraan Malaysia. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia. Crouch, H., 1996. Government and Society in Malaysia. Australia : Allen & Unwin Lukman Taib, 1997. The Politics and Governments of South East Asia. Kuala Lumpur : Golden Books Centre Sdn. Bhd. INTAN, 1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur : INTAN Milne, R.S. & Mauzy, Diane K., 1992. Politik dan Kerajaan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Rohani Abdul Ghani & Mohd Idris Saleh (Penyelenggara), 2008. Malaysia : Perkembangan Bangsa dan Negara. Sintok : Unit Kenegaraan Malaysia UUM Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani, 2003. Pendidikan Negara Bangsa. Bentong : PTS Publications Sdn Bhd.

5

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

PACE - UUM

KANDUNGAN KURSUS

Bil. 1.0

2.0

3.0

4.0

5.0

6.0

Tajuk Pengenalan 1.1 Kursus Kenegaraan Malaysia 1.2 Kepentingan Kenegaraan dalam Pembentukan Negara Bangsa Kepentingan Sistem Masyarakat Melayu Tradisi Sebagai Asas Pembinaan Negara Bangsa 2.1 Struktur Ekonomi Masyarakat Melayu Tradisi 2.2 Struktur Politik Masyarakat Melayu Tradisi 2.3 Struktur Sosial Masyarakat Melayu Tradisi 2.4 Nilai-Nilai Murni Masyarakat Melayu Tradisi dan peranannya dalam membentuk Negara Bangsa Kolonialisme 3.1 Definisi Konsep 3.2 Kedatangan Penjajah 3.3 Dasar dan Kesan Penjajahan Nasionalisme 4.1 Definisi Konsep Nasionalisme 4.2 Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme 4.3 Malayan Union 4.4 Tindak balas Masyarakat dan Penentangan Kemerdekaan 5.1 Rundingan ke arah kemerdekaan 5.2 Pilihanraya 1952, 1955 5.3 Kemunculan dan Perkembangan Parti-Parti Politik 5.4 Suruhanjaya Reid dan Perlembagaan Persekutuan 5.5 Pakatan Murni dan Unsur-unsur Tradisi 5.6 Pengisytiharan Kemerdekaan Darurat dan Ancaman Terhadap Kemerdekaan 6.1 Pertapakan Fahaman Komunis 6.2 Perkembangan dan Gerakan Bersenjata 6.3 Darurat dan Rundingan Baling

Jam

4 jam

6 jam

5 jam

4 jam

7 jam

4 jam

6

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

7.0

8.0

9.0

10.0

PACE - UUM

Penubuhan Malaysia 8.1 Idea dan Cadangan Awal 8.2 Langkah Perlaksanaan 8.3 Reaksi, Cabaran dan Halangan

3 jam

Jentera Pentadbiran Kerajaan 8.1 Definisi dan Konsep 8.2 Proses Pembentukan dan Pengurusan Pentadbiran 8.3 Masalah dan Cabaran Perlembagaan Malaysia 9.1 Definisi dan Konsep 9.2 Perlembagaan Malaysia 9.3 Unsur-Unsur Tradisi 9.4 Masalah dan Cabaran

3 jam

3 jam

Dasar-Dasar Kerajaan 10.1 Konsep Pembentukan Dasar 10.2 Kepentingan Dasar-Dasar Kepada Negara 10.3 Dasar-Dasar yang Telah Dilaksanakan

3 jam

TENAGA PENGAJAR

Pensyarah Dr. Haji Zulhilmi Bin Paidi

Telefon 013-4699418

E-mel [email protected] [email protected]

7

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

PACE - UUM

JADUAL SESI PERTEMUAN, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER, DAN PEPERIKSAAN AKHIR

Tarikh

Pertemuan

25-26/01/2019 (Jumaat & Sabtu) 2.30 pm – 6.30 pm

Pertemuan Bersemuka

Perbincangan Keseluruhan Kursus Perbincangan Bab 1, 2 dan 3 Pembahagian Kumpulan

22 - 23/01/2019 (Jumaat & Sabtu) 2.30 pm – 6.30 pm

Pertemuan Bersemuka

Perbincangan Bab 4, 5 dan 6 “Presentation” Kumpulan

4 Jam

15-16/01/2019 (Jumaat & Sabtu) 2.30 pm – 6.30 pm

Pertemuan Bersemuka

Perbincangan Bab 7 dan 8 Peperiksaan Pertengahan Semester

4 Jam

05-06/01/2019 (Jumaat & Sabtu) 2.30 pm – 6.30 pm

Pertemuan Bersemuka

Perbincangan Bab 9 dan 10 “Presentation” Kumpulan Perbincangan Keseluruhan

4 Jam

Peperiksaan Akhir Semester

2 1/2 Jam

10 - 17/05/2019

Modul

Tempoh

4 Jam

8

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

PACE - UUM

PANDUAN BELAJAR Kursus SADN 1033 Kenegaraan Malaysia merupakan satu kursus yang membincangkan mengenai perkembangan, kesinambungan dan perubahan sosio-politik serta sejarah negara kita. Kursus ini diharap dapat membantu anda untuk memahami senario yang wujud di Malaysia. Sistem pendidikan jarak jauh menagih usaha dan komitmen tinggi pelajar terhadap program yang diikuti. Berbeza dengan pelajar sepenuh masa, anda hanya mendapat bimbingan yang minimum daripada tenaga pengajar. Semuanya bergantung kepada diri anda sendiri. Sebagai panduan, buat permulaan anda perlu meneliti objektif kursus ini agar anda mendapat gambaran secara kasar apa yang bakal anda peroleh pada akhir semester nanti. Apabila memulakan sesuatu bab, pastikan anda membaca objektif bab berkenaan dan setelah selesai bab tersebut, lihat semula objektif berkenaan untuk menilai sendiri sama ada anda berjaya memenuhi objektif tersebut atau sebaliknya. Jika anda belum berpuas hati, cuba lagi dengan lebih tekun sehingga anda merasa tahap kefahaman anda meningkat. Selain daripada modul ini, anda juga dinasihatkan supaya membaca rujukan tambahan dan mengikuti perkembangan semasa bagi membolehkan anda membincangkan konsepkonsep asas anda pelajari dari kursus ini. Walaupun anda mungkin mengalami kesukaran pada permulaan, pendedahan sebegini berupaya membolehkan anda mengaitkan konsepkonsep tersebut dengan perkembangan semasa. Modul ini juga mengandungi latihan dalam bentuk Soalan Dalam Teks (SDT) dan Soalan Penilaian Kendiri (SPK). SDT merupakan soalan yang dikemukakan selepas bahagian tertentu dalam bab bagi menguji kefahaman anda terhadap bahagian berkenaan. SPK pula terdapat di akhir setiap bab untuk menilai kefahaman anda terhadap keseluruhan bab. Walaupun cadangan jawapan kepada SDT dan SPK disediakan, anda dinasihatkan mencuba dahulu soalan-soalan yang dikemukakan sebelum melihat cadangan jawapan ini. Pendedahan kepada berbagai soalan akan meningkatkan lagi kefahaman anda terhadap topik-topik yang dibincangkan. Bagaimanapun, semua ini terpulang kepada pelajar sendiri. Pelajar yang mempunyai inisiatif dan berusaha dengan tekun sudah pasti akan mendapat kejayaan yang lebih baik. Selamat belajar.

9

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

PACE - UUM

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA PANDUAN DAN ARAHAN PENYEDIAAN TUGASAN

1. Anda akan diberi soalan tugasan pada pertemuan pertama. 2. Tugasan anda hendaklah bertaip menggunakan kertas berukuran A4 dengan langkau dua baris. 3. Setiap helai kertas tugasan perlu mempunyai kod dan nama kursus sebagai header di sebelah kanan dan nombor matrik anda sebagai footer di sebelah kanan. Ini adalah untuk menjamin keselamatan andainya terdapat muka surat dari kertas tugasan anda yang tercerai. 4. Penilaian dilakukan berdasarkan kepada hujah dan pandangan yang anda utarakan. Penilaian juga diberi kepada kekemasan tugasan dan keselarasan teknik penulisan. Tugasan anda hendaklah tidak kurang 20 muka surat (double spacing). Selain itu, gaya persembahan, keboleh bacaan, dan format keseluruhan tugasan juga akan dinilai.

10

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

PACE - UUM

TEMA UNTUK TUGASAN INDIVIDU & BERKUMPULAN SEMESTER JULAI SESI 2019/2020 (JJ191)

TEMA TUGASAN INDIVIDU 1. TEMA BERKAITAN BERKAITAN PELESTARIAN KETARA (INTANGIBLE HERITAGE).

WARISAN

TAK

-

TARIAN TRADISI (CONTOHNYA : TARIAN ASYIK, TARIAN PELANDUK ETC )

-

HIBURAN TRADISI (CONTOHNYA : BORIA, WAYANG KULIT ETC )

-

PERMAINAN TRADISI (CONTOHNYA : GASING, WAU ETC)



TAKRIFAN WARISAN TAK KETARA IALAH WARISAN BUDAYA YANG MERUJUK KEPADA CARA HIDUP DAN BUDAYA KEHIDUPAN TERUTAMNYA YANG SEMAKIN HILANG.

TOPIK TUGASAN & PRESENTATION BERKUMPULAN 1. " Matlamat 1 Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. " Merujuk kepada kenyataan di atas, jelaskan dengan lebih lanjut cabaran ethnosentrisme dan nasionalisme kepada idea ” 1 Malaysia” terutamanya berkenaan kestabilan sosiopolitik dan kemajuan ekonomi. 2. Demokrasi berparlimen adalah salah satu ciri yang wujud dalam perlembagaan persekutuan Malaysia. Bincangkan apakah yang dimaksudkan demokrasi berparlimen itu berdasarkan peruntukan yang sedia wujud di dalam perlembagaan Malaysia. 3.

” Antara matlamat dasar pendidikan negara ialah perpaduan dan keharmonian kaum di Malaysia. Ini secara umumnya dikatakan hanya dapat dikekalkan dan dimantapkan jika semua kaum menerima hakikat sejarah dan realiti sosio-politik yang wujud di negara ini" Berdasarkan kefahaman anda tentang "Dasar Pelajaran Kebangsaan" dan "Falsafah Pendidikan Negara", berikan satu analisis terhadap kenyataan di atas.

11

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

PACE - UUM

4. "Dasar Ekonomi Baru (DEB) satu kegagalan ” Berdasarkan kefahaman anda tentang "DEB", berikan satu analisis terhadap kenyataan di atas menurut perspektif Malaysia pada hari ini. 5.

”Perpaduan dan keharmonian kaum di malaysia dikatakan hanya dapat dikekalkan dan dimantapkan jika semua kaum menerima hakikat sejarah dan realiti sosio-politik yang wujud di negara ini" Berdasarkan kefahaman anda tentang "kompromi merdeka" dan prinsip "quid pro quo", berikan satu analisis terhadap kenyataan di atas.

6.

Peristiwa darurat yang berlaku selama 12 tahun bermula dari 1948 hingga 1960 merupakan salah satu peristiwa pahit dalam lipatan sejarah kita. Ia mengorbankan 12,000 nyawa selain kerugian hrta benda yang tak terhingga. Biarpun sudah lebih 60 tahun berlalu, darurat tetap penting sebagai peringatan buat generasi masakini." Merujuk kepada kenyataan di atas, jelaskan dengan lebih lanjut cabaran-cabaran dan pengajaran-pengajaran yang lahir dari peristiwa penting ini dan bagaimana ia dapat memberikan pengajaran kepada seluruh rakyat malaysia terutamanya tentang aspek mempertahankan kemerdekaan yang sedia ada.

7.

” Penerimaan Sabah dan Sarawak kepada cadangan gagasan Persekutuan Malaysia merupakan satu rahmat kepada Persekutuan Tanah Melayu” Berdasarkan kenyataan di atas sila bincangkan dari aspek sosial, politik dan ekonomi, mengapa pemimpin dan penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju dengan cadangan pembentukan sebuah Persekutuan Malaysia pada 16 september 1963.

8.

”Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dimansuhkan secara rasmi pada 16 September 2011 oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak ” Bincangkan kepentingan akta ini dan juga akta baharu yang menggantikannya terutamanya dalam menghadapi ancaman terrorisme pada hari ini

9. ”PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) sebagai dasar kerajaan dengan hasrat melahirkan remaja Malaysia yang mempunyai daya saing yang tinggi dan berdisplin serta sayangkan negara.” Berdasarkan kenyataan di atas, bincangkan kepentingan program PLKN dalam aspek melahirkan generasi Y yang lebih sayang dan cintakan negara.

***BSEBARANG PERUBAHAN TOPIK AKAN DIMAKLUMKAN MENERUSI ONLINE LEARNING. *MOHON LIMA TUGASAN TERBAIK DI SERAHKAN KEPADA PENYELARAS KURSUS

12

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

PACE - UUM

PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

TUGASAN

DISEDIAKAN UNTUK [ NAMA PENSYARAH ]

DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK PUSAT

Tarikh Akhir

Pertemuan III

Tarikh Penerimaan

13

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

PACE - UUM

Serahan

14

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

PACE - UUM

TEKNIK PENULISAN TUGASAN Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk karya yang eksklusif dan mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Ia sangat penting dalam menentukan nilai dan mutu serta tahap kesarjanaan setiap penulisan yang dikemukakan oleh penulis. Selain dari pencernaan idea, penghujahan yang bernas dan ketulenan penyelidikan, teknik penulisan dan sumber rujukan juga merupakan satu perkara yang turut menjadi penentu kepada mutu dan tahap penulisan. Sumber Rujukan Terdapat lima jenis pengkelasan sumber dalam penyelidikan kualitatif. 1. Sumber Arkeologi Merupakan bahan-bahan tinggalan sejarah yang menjadi “trade-mark” kepada satu-satu peristiwa sejarah yang pernah berlaku di sesebuah tempat. Ia termasuklah prasasti-prasasti, kota-kota lama, candi, bahan-bahan tembikar dan batu bersurat. Bahan-bahan ini mempunyai nilai sejarah yang sangat tinggi. 2. Sumber Awalan atau Sumber Primer Sumber-sumber yang termasuk dalam pengkelasan ini merupakan sumber yang belum diterbitkan dan selalunya merupakan bahan simpanan peribadi dan arkib serta jabatan-jabatan kerajaan. Bahan-bahan seperti ini termasuklah buku catatan, rekod kelahiran dan kematian, minit mesyuarat, rekod-rekod kementerian, dokumen-dokumen awam seperti Perbahasan Parlimen dan Perbahasan Dewan Rakyat, Kertas Perintah, Perlembagaaan, Penerbitan Kerajaan Persekutuan dan Negeri seperti Warta Kerajaan Persekutuan, Warta Kerajaan Negeri, Laporan Kerajaan Persekutuan dan Laporan Jawatankuasa. Terdapat juga dokumen awam yang tidak diterbitkan seperti Dokumen Kerajaan seperti surat menyurat yang mempunyai sebagai pengenalan pasti seperti Straits Settlements Records, NL13 A32. 1826. Surat S.G. Bonham, Acting Resident of Singapore, kepada John Anderson, Secretery to the Government Prince of Wales, Singapore and Malacca, 23 Disember 1826. Selain dari itu Dokumen Pertubuhan Antara bangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan UNESCO contohnya Director- General of UNESCO report, Paris. Selain dari itu laporan-laporan polis dan catatan mahkamah juga merupakan sumber awalan. 3. Sumber Sekunder Ia dikenali juga sebagai sumber kedua iaitu hasil karya yang dihasilkan berdasarkan kepada sumber-sumber awalan. Antara jenis sumber sekunder ini termasuklah buku-buku dan jurnal. Contoh yang baik ialah buku yang ditulis oleh Abdullah Ahmad, Tengku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia 1963-1970,

15

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

PACE - UUM

Berita Publishing, Kuala Lumpur, 1987 kerana menggunakan banyak bahanbahan awalan. 4. Sumber Tertiary Ia juga dikenali sebagai sumber ketiga yang merupakan hasil penulisan yang sebahagian besarnya menggunakan rujukan dari sumber kedua dan digunakan sebagai rujukan dan bahan bacaan di peringkat sekolah menengah. Pendekatan yang digunakan dalam sumber ketiga lebih ringkas dan merupakan isu-isu yang telah banyak diperbincangkan serta kurang analitikal. 5. Sumber Lisan Merupakan rekod-rekod temubual dengan tokoh yang terlibat secara langsung atau mereka yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa yang bersejarah.

CIRI-CIRI YANG PERLU ADA DALAM TUGASAN Tidak ada satu ketetapan yang khusus tentang perkara di atas. Ia bergantung kepada kesesuaian jenis tugasan dan kajian yang dijalankan oleh seseorang. Namun demikian, secara umumnya setiap tugasan selalunya perlu mengandungi perkara-perkara berikut: 1. Bahagian Pengenalan yang merupakan bahagian yang menyatakan idea-idea utama atau garis kasar yang ingin dinyatakan dalam teks. Contohnya sekiranya tugasan merupakan satu kajian mengenai “Sejarah Baling: Pertemuan Tunku dan Chin Peng”, bahagian pengenalan akan menerangkan mengenai geo-strategik Pekan Baling. 2. Teks utama ataupun Isi-Isi Bahagian ini hendaklah disusun dengan rapi agar terdapat kesinambungan hujah yang baik dan dapat menjelaskan permasalahan yang diteliti. Ini kerana ia sangat mempengaruhi keterangan dan penjelasan yang dikemukakan. Tugasan yang baik ialah tugasan yang mampu memuatkan fakta-fakta yang mencukupi dan menghujahkannya dengan berkesan. Ia dapat dilakukan hanya melalui pembacaan dan pengumpulan bahan-bahan rujukan yang banyak. 3. Setiap fakta yang diambil dari mana-mana rujukan perlu dinyatakan sumber dengan menggunakan kaedah APA 6th edition, nota kaki (foot notes) ataupun nota hujung (end notes). 4. Bahagian Akhir ataupun Kesimpulan Merupakan bahagian rumusan hujah atau analisis secara ringkas.

16

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

PACE - UUM

NOTA KAKI ATAUPUN NOTA HUJUNG Nota kaki ata nota hujung merupakan rujukan yang digunakan dalam teks. Setiap fakta yang dirujuk perlu diletakkan nombor secara berturutan. Contoh-Contoh 1. R.G. Collingwood, Idea Sejarah, (terjemahan oleh Muhad Yusuf Ibrahim), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1985, hal. 323. 2. M.A. Kaplan, et al., Vietnam Settlement: Why 1973 Not 1969, American Enteprise Institute Public Policy Research, Washinton D.C., 1973, hal. 47. 3. Sekiranya rujukan buku yang sama secara berturutan maka ia ditulis sebagai : Ibid., hal 48. 4. Sekiranya rujukan tersebut secara berselang dengan rujukan lain maka ia ditulis sebagai: Collingwood, hal. 300.

SENARAI RUJUKAN ATAU BIBLIOGRAFI Bahagian akhir yang perlu ada dalam satu-satu penulisan ilmiah ialah senarai rujukan ataupun bibliografi. Ia merupakan senarai rujukan yang telah digunakan sepanjang penulisan. Senarai rujukan perlu disusun mengikut susunan abjad yang teratur. Contoh-Contoh 1. Buku Buku yang ditulis oleh seorang pengarang Collingwood , R.G., Idea Sejarah, (terjemahan oleh Muhd Yusuf Ibrahim), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1985. Buku yang ditulis oleh lebih dari 3 orang pengarang Kaplan, M.A., et al., Vietnam Settlement: Why 1973 Not 1969, American Enteprise Institute Public Policy Research, Washinton D.C., 1973.

17

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

PACE - UUM

2. Jurnal Samuel Huntington, “Peradaban Barat: Unik Bukan Sejagat” dalam Pemikir, April-Jun, Utusan Melayu , 1997, (1-14). 3. Bahan- bahan yang tidak diterbitkan seperti disertasi dan latihan ilmiah Nik Anuar bin Nik Mahmud, “Anglo-Thai Relations 1945-1954”, PhD. Dissertation, University of Hull, 1988. 4. Akhbar Berita Harian, 30 Ogos 2001.

SEKIAN TERIMA KASIH

18

Related Documents


More Documents from "martini"