Afirmatif Fr Kitmun & Caiyun

  • Uploaded by: chinese stream
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Afirmatif Fr Kitmun & Caiyun as PDF for free.

More details

  • Words: 4,275
  • Pages: 23
Pengenalan Dasar Afirmatif boleh dikatakan mengutamakan kebajikan dan keistimewaan orang Melayu sahaja. Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 bertujuan meningkatkan pembangunan negara. Ternyata dasar afirmatif seperti DEB merupakan satu dasar yang memberi sedikit keistimewaan kepada kaum peribumi dengan menyediakan peluang dan ruang kepada mereka untuk menyertai sektor ekonomi secara lebih efektif. Ia membetulkan ketidakseimbangan ekonomi di kalangan ras dalam negara yang ingin hidup dalam harmoni. Walaupun kerajaan Malaysia telah menerapkan dasar afirmatif dalam usaha menangani ketidakseimbangan antara kaum Melayu dan lain, namun DEB secara tidak langsung masih tidak menyampingkan kaum-kaum lain yang turut terlibat aktif dalam ekonomi negara. Masalah daerah, pendidikan dan perpaduan antara kaum memainkan peranan penting dalam pembaikan ekonomi menyeluruh bagi orang miskin dan masalah ini hendaklah ditangani secara berkesan dan dengan kaedah yang sistematik. Thomas Sowell dari Hoover Institusi Universiti Stamford telah menerbitkan sebuah buku berjudul 《 Affirmation Action Around the World 》 . Beliau telah membandingkan lima buah negara yang mengamalkan dasar afirmatif. Lima negara tersebut termasuk Amerika Syarikat, India, Malaysia, Sri Langka dan Nigeria. Daripada kajian yang didapati, beliau mendapati banyak kelemahan serta keburukan dalam dasar afirmatif dan memberi amaran kepada pihakpihak yang tertentu yang sedang mengamalkannya.

1

Dasar afirmatif ditujukan kepada golongan yang kecil, tetapi terdapat negara yang mengamalkan dasar afirmatif kepada kaum yang majority. Dasar afirmatif sebenarnya berasal dari tempoh pemerintahan President Amerika Syarikat yang ke-35, John F. Kennedy dalam satu perintah pentadbiran. Dasar ini bukan merupakan sesuatu konsensi tetapi mengelakkan penindasan terhadap kaum minoriti dalam negara pada jangka panjang.

Namun, selepas

pemerintahan Lyndon B.Johnson dan Richard Nixon, dasar afirmatif semakin mengembang, tidak kira dari pembinaan atau kemasukan ke sekolah dan sebagainya. Persatuan-persatuan Cina berusaha untuk menjaga dan membelah kepentingan dan hak komuniti Cina. Sehubungan itu, mereka membantah dasar afirmatif yang mengutamakan keistimewaan orang Melayu dan mengabaikan kepentingan orang bukan Melayu. Melalui DEB, cerdik pandai dan professional Melayu telah dilahirkan, manakala taraf hidup orang Melayu bertambah baik dan kemiskinan dikurangkan.Kebelakangan ini, kontroversi kajian tajaan ASLI telah menunjukkan bahawa "pemilikan ekuiti Bumiputra" dalam DEB telah tercapai. Laman web, Malaysiakini juga melaporkan bahawa satu kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya (UM), bahawa Bumiputra telah mencapai pemilikan ekuiti sebanyak 33% sepuluh tahun yang lalu Sebenarnya, apabila DEB diperkenalkan 35 tahun lalu, ramai Bumiputera khususnya Melayu cuba mencebur diri dalam bidang perniagaan. DEB memberi peluang kepada Melayu menerokai pelbagai bidang perniagaan, termasuk sektor yang tradisinya tidak ada usahawan Melayu.Melalui DEB, lahirlah segolongan usahawan Melayu hebat dan berjaya sebagai tambahan kepada kejayaan beberapa kerat usahawan Melayu sebelumnya. DEB memberi kita harapan menyaksikan kelahiran lebih ramai Melayu hebat dalam perniagaan dan keusahawanan. 2

DEB memberi nafas baru kepada orang Melayu. DEB instrumental dalam menghasilkan lebih ramai individu Melayu yang berpendidikan dan berkemahiran. DEB berjaya meramaikan tenaga profesional dan pengurusan Melayu di peringkat tinggi. DEB telah membuka ruang untuk orang Melayu berpeluang menceburi pelbagai bidang keusahawanan. Ini memangkinkan pertumbuhan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Melalui DEB, kelas menengah Melayu telah berjaya diperbesarkan. DEB telah berjaya menaikkan taraf hidup dan pendapatan orang Melayu. Pada permulaan DEB, orang Melayu hanya berpendapatan 44 sen bagi setiap satu Ringgit pendapatan kaum bukan Melayu. Setelah berakhirnya DEB pada tahun 1990, orang Melayu telah berjaya merapatkan jurang pendapatan kepada 57 sen bagi setiap satu Ringgit, pertambahan sebanyak 30%. Pegangan ekuiti Bumiputera meningkat daripada 2% pada permulaan DEB kepada 19% pada tahun 2000.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato Hussein pada tahun 1971. Matmalat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara serta integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk i.

mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan serta menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. 3

ii.

mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Malaysia sudah merdeka selama 51 tahun dan orang Melayu masih menikmati bantuan

afirmatif yang dilaksanakan melalui DEB dan dasar-dasar yang seumpamanya berterusan selama tiga dekad. Dasar-dasar ini bertujuan bagi mengukuhkan pencapaian sosio-ekonomi orang Melayu agar lanskap ketidakseimbangan sosio-ekonomi di antara Melayu dan bukan Melayu yang wujud pra-tragedi 13 Mei 1969 tidak akan berulang. Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi dalam negara, kerajaan Malaysia telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai DEB. Matlamat utama dasar ini

diperkenalkan ialah

bagi

mewujudkan

perpaduan

negara

dengan

mengurangkan

perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya. Objektif DEB mengenai pencapaian perpaduan negara melalui 2 mata adalah menghapuskan kemiskinan tidak kira ras, dan penstrukturan masyarakat Malaysia untuk menghapuskan pengenalpastian ras dengan pekerjaan, kerjaya dan tempat. Objektif asas DEB ialah: 1. Pengurangan ketaksamaan ekonomi ras

2. Pewujudan peluang pekerjaan 3. Penggalakan pertumbuhan ekonomi menyeluruh.

4

Semenjak berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac yang lalu, semakin ramai ahli politik yang mula menyuarakan pandangan mereka untuk memansuhkan dasar-dasar kerajaan bersifat afirmatif terutamanya DEB. DEB bukan diadili dari nama tapi dari perlaksanaan. Apalah ada pada DEB sekiranya hanya segelintir sahaja yang menikmatinya. Malah polisi menghapus kemiskinan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama adalah lebih releven dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Bantuan melalui Dasar Afirmatif Tidak dapat dinafikan bahawa dasar afirmatif sememangnya bertujuan untuk memberikan keistimewaan kepada golongan kurang bernasib baik bagi mengurangkan jurang ekonomi antara kaum. Dasar Afirmatif seperti DEB dan sistem kuota mengurangkan dan membasmi kemiskinan serta mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia. Menurut Firdaus Hj.Abdullah (1991), walaupun nama DEB lebih menonjolkan unsur atau imej “ekonomi”, namun pada hakikatnya DEB adalah merupakan satu dasar atau strategi politik. Dengan strategi ini diharapkan agar kemunduran ekonomi bangsa Melayu dapat diperbaiki dan dengan demikian kepincangan juga agar kestabilan politik dapat diwujudkan dan keganasan politik seperti peristiwa 13 Mei dapat dielakkan. Orang Melayu yang rata-ratanya pesawah dan petani tinggal di pola petempatan berjajar di kawasan sawah padi seperti Dataran Kedah, Seberang Perak dan Sungai Manik. Petempatan berjajar di sepanjang terusan dan sungai ini tidak menggalakkan mereka menceburi perniagaan. Begitu juga yang menjadi penoreh getah dan tinggal di pola petempatan berselerak dan berkelompok tidak menjalankan perniagaan besar, kecuali kedai runcit. 5

Perniagaan dan perdagangan Cina sukar diterobos kerana sistem perniagaan keluarga, sistem monopoli, kongsi gelap,sistem pemasaran dan lain-lain. Dr Amir Baharuddin dari USM menyeranaikan pelbagai kekangan Bumiputra untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan dan perdagangan. Cara termudah ialah membeli saham dan diserahkan kepada orang Melayu, memiliknegarakan syarikat asing atau agensi kerajaan menjalankan perniagaan. Tetapi pasaran saham tidak selalu melonjak sebaliknya turun naik yang tidak ketentuan. Agensi kerajaan pula tidak mempunyai kemahiran pengurusan syarikat sehingga perniagaan mereka runtuh. Dasar memiliknegara syarikat seperti Guthrie mendatangkan tentangan dari negara British. (http://ms.wikipedoa.org/wiki/DAP_dan_Dasar_Ekonomi_Baru, 16.08.2008) Sebab utama kelahiran DEB berpunca daripada masalah kemunduran bangsa Melayu. Kemunduran bangsa Melayu dalam bidang ekonomi secara relatif jika dibandingkan dengan orang bukan Melayu, terutama orang Cina. Ini telah menimbulkan kepincangan sosio-ekonomi antara kaum di Malaysia dan telah mengakibatkan ketegangan hubungan antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu. Menurut Dato ̕ Seri Sami Vellu, masalah kemiskinan dan sosio-ekonomi merupakan punca utama ketegangan hubungan kaum dan konflik etnik di Malaysia. Namun, kerajaan Malaysia berpendapat bahawa kemiskinan setaraf dengan kemiskinan orang Melayu sahaja. Orang miskin di kawasan luar bandar dan kampung-kampung baru pula diabaikan. Tetapi sebenarnya, orang miskin wujud di dalam pelbagai kaum. Melalui DEB, cerdik pandai dan professional Melayu telah dilahirkan, manakala taraf hidup orang Melayu bertambah baik dan kemiskinan dikurangkan.

6

Kebelakangan ini, kontroversi kajian tajaan ASLI telah menunjukkan bahawa "pemilikan ekuiti Bumiputra" dalam DEB telah tercapai. Laman web, Malaysiakini juga melaporkan bahawa satu kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya (UM), bahawa Bumiputra telah mencapai pemilikan ekuiti sebanyak 33% sepuluh tahun yang lalu Sebenarnya, apabila DEB diperkenalkan 35 tahun lalu, ramai Bumiputera khususnya Melayu cuba mencebur diri dalam bidang perniagaan. DEB memberi peluang kepada Melayu menerokai pelbagai bidang perniagaan, termasuk sektor yang tradisinya tidak ada usahawan Melayu.Melalui DEB, lahirlah segolongan usahawan Melayu hebat dan berjaya sebagai tambahan kepada kejayaan beberapa kerat usahawan Melayu sebelumnya. DEB memberi kita harapan menyaksikan kelahiran lebih ramai Melayu hebat dalam perniagaan dan keusahawanan. DEB memberi nafas baru kepada orang Melayu. DEB instrumental dalam menghasilkan lebih ramai individu Melayu yang berpendidikan dan berkemahiran. DEB berjaya meramaikan tenaga profesional dan pengurusan Melayu di peringkat tinggi. DEB telah membuka ruang untuk orang Melayu berpeluang menceburi pelbagai bidang keusahawanan. Ini memangkinkan pertumbuhan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Melalui DEB, kelas menengah Melayu telah berjaya diperbesarkan. DEB telah berjaya menaikkan taraf hidup dan pendapatan orang Melayu. Pada permulaan DEB, orang Melayu hanya berpendapatan 44 sen bagi setiap satu Ringgit pendapatan kaum bukan Melayu. Setelah berakhirnya DEB pada tahun 1990, orang Melayu telah berjaya merapatkan jurang pendapatan kepada 57 sen bagi setiap satu Ringgit, pertambahan sebanyak 30%. Pegangan ekuiti Bumiputera meningkat daripada 2% pada permulaan DEB kepada 19% pada tahun 2000.

7

Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu Malaysia. Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang yang dibawa masuk oleh British disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perkembagaan Persekutuan Tanah Melayu. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Ketuanan_Melayu, 15.08.2008)

Diskriminasi Diskriminasi didefinasikan sebagai perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan dan sebagainya. Aksi Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebenarnya merupakan perjuangan antidiskriminasi yang sudah berjalan sejak lima tahun lalu. Mereka menentang kebijakan kerajaan Malaysia yang terlalu melindungi etnis Melayu. Pemimpin demonstrasi Uthaya Kumar mengatakan sudah mengajukan surat rasmi kepada PM Malaysia lima tahun lalu untuk berdialog mengenai hak-hak etnik India di Malaysia tetapi tidak mendapat respon sehingga kini. Kebelakangan ini, Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail telah menyifatkan orang Cina di Tanah Melayu sebagai penumpang dan mendapat sokongan daripada sebilangan ahli UMNO. Ini menunjukkan kedudukan orang Cina di Malaysia tidak mendapat hak yang sama seperti orang Melayu di Malaysia secara tidak langsung. Sehingga ke hari, beliau 8

masih enggan meminta maaf kepada kaum Cina dan berpendapat bahawa pernyataannya adalah betul mengakibatkan kemarahan seluruh kaum Cina di Tanah Melayu, Malaysia. Sebelum ini, menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaludin turut membuat kontroversi dengan menyatakan Komuniti Cina di Malaysia akan mengambil untung ke atas kaum Melayu jika UMNO lemah. Ini mengakibatkan kemarahan bukan sahaja kepada komponen Barisan Nasional seperti MCA dan Gerakan, tetapi beberapa pemimpin tertinggi UMNO. Di Pulau Pinang, bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dikritik kerana kelemahan membangunkan semula kawasan Balik Pulau yang terlibat dalam bencana tsunami. Namun, Perdana Menteri mempertahankan Khairy, dan mengatakan media telah salah tafsir beliau. Khairy juga enggan meminta maaf dengan menyatakan pendapatnya adalah betul dan penting terhadap kepentingan Islam dan orang Melayu. Sebenarnya, kaum Cina dan India di Malaysia dianugerahkan taraf penduduk tetap atau warganegara bukan kerana mereka memohon, tetapi kerana penjajah British menjadikan 3 perpaduan kaum sebagai sebahagian dari syarat untuk membolehkan negara ini diberi kemerdekaan. Pernyataan-pernyataan yang dikemukakan di atas telah merobohkan perpaduan antara kaum di negara kita.

Pendidikan Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum. Setiap kaum seharusnya mendapat tuntutan yang sama dari segi pendidikan. Tetapi dengan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia yang ke 8(A), menyatakan bahawa “Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan 9

tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong, dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.” Melalui dasar afirmatif, Universiti Teknologi Mara (UiTM) merupakan salah satu daripada hak-hak istimewa orang Melayu di bawah Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan Canselornya merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Abdul Khalid mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di UiTM dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing supaya meningkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut . Namun, cadangan beliau tidak mendapat sokongan daripada mana-mana pihak kaum Melayu. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin menyifatkan saranan tersebut sebagai populis dan bertujuan memancing sokongan bukan Melayu dan berpendapat bahawa cadangan berkenaan juga satu penghinaan kepada orang Melayu, bumiputera dan institusi pengajian itu sendiri. Sekumpulan pelajar UiTM berarak ke Bangunan SUK Selangor di Shah Alam untuk menyerah memorandum kepada Khalid sebagai membantah syor tersebut. Khaled Nordin turut berpendapat bahawa tindakan membuka UiTM kepada kaum lain akan melambatkan lagi proses menyusun masyarakat, mengimbangi keciciran atau kekurangan di antara bumiputera dan bukan bumiputera.

10

Menurut kajian pada tahun 1985, peratusan pelajar bumiputra sijil professional dan sijil siswazah yang memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA)

adalah 94.5% dan 65%.

(Tantao Malaixiya Jingji Zhengce: 1990: 75) Berbanding dengan tahun 2008, seramai 40,184 orang calon dipilih memasuki 20 IPTA bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia/Matrikulasi/Setaraf untuk mengikuti pengajian Ijazah Pertama sesi akademik 2008/2009. Daripada jumlah itu, 44,263 permohonan diterima daripada calon Bumiputera, 17,959 calon Cina dan 4,921 calon India. Daripada jumlah itu, 24,989 atau 62.19 peratus calon Bumiputera, 12,445 (30.97 peratus) Cina dan 29,750 (6.84 peratus) India. Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk program ijazah di luar negara kepada pelajar bukan bumiputera dinaikkan kepada 45 peratus daripada 10 peratus mulai tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata secara keseluruhan sebanyak 2 000 biasiswa disediakan oleh JPA iaitu 1 100 untuk bumiputera dan 900 untuk bukan bumiputera. Ini bermakna pada tahun 2007, daripada 1,800 biasiswa luar negara JPA, 1,620 diberi kepada bumiputera dan 180 diberi kepada bukan bumiputera. Pada tahun 2008 dengan nisbah yang baru, daripada jumlah 2,000 biasiswa JPA, 1,100 diberi kepada bumiputera dan 900 kepada bukan bumiputera. Ini merupakan pengurangan sebanyak 520 biasiswa untuk bumiputera dan peningkatan sebanyak 720 biasiswa untuk bukan bumiputera. (http://putrawangsa.com/keputusan-kemasukan-ipta-sesi-20082009/, 15.08.2008)

11

Aliran

Sekolah

Sekolah Jenis

Sekolah Jenis

Jumlah

Kebangsaan

Kebangsaan

Kebangsaan

Wang (RM)

Tahun

Sekolah

1972-

Peruntukan Wang

90.81%

Cina 6.93%

Tamil 2.26%

261108367

1978

(RM) Bilangan murid

66.85%

28.08%

5.07%

100% 1565472

(1970)

100%

1991-

Peruntukan Wang

89.72%

8.14%

2.14%

1262844000

1995

(RM) Bilangan murid

72.98%

23.07%

3.95%

100% 2528494

(RMK6)

(1991)

100%

1996-

Peruntukan Wang

96.54%

2.44%

1.02%

1064039000

2000

(RM) Bilangan murid

75.30%

21.07%

3.63%

100% 2826357

(RMK7)

(1996)

100%

2001-

Peruntukan Wang

96.09%

2.73%

1.18%

4900000000

2005

(RM) Bilangan murid

76.04%

20.93%

3.03%

100% 2941156

(RMK8)

(2001)

100%

Jadual 1 : Peratusan peruntukan wang kepada sekolah rendah (http://www.djz.edu.my/resource/wengao/pdf/2005/wengao050914.pdf, 25.08.08)

Dari segi peruntukan wang kepada sekolah-sekolah rendah pula, sekolah kebangsaan mendapat lebih daripada 90% sejak tahun 1972 sehingga ke tahun 2005. Sekolah jenis kebangssan Cina dan Tamil tidak melebihi daripada 9% dan 6%. Ini menunjukkan ketidakadilan kerajaan terhadap peruntukan wang kepada aliran sekolah kaum lain. Pendirian Orang Cina

12

Persatuan Cina Malaysia (MCA), Gerakan dan Parti Tindakan Demokratik (DAP), adalah pendorong umum sikap orang Cina. Parti-parti ini suka merobohkan objektif penstrukturan semula DEB yang bersifat diskriminasi dan tidak adil. Objektif ini menghakis kekuatan ekonomi dan mengancam kehidupan dan masa depan komuniti Cina secara tidak langsung. Sehubungan itu, objektif ini juga menyekat inisiatif dan daya maju orang Cina serta merupakan penghalang kepada pelaburan swasta orang Cina dan pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh. Sebab-sebab yang disebutkan tadi merupakan alasan bagai komuniti Cina berusaha keras untuk mendapatkan keadilan, kesamaan dan meritokrasi; mereka menggesa supaya ditamatkan diskriminasi dan keutamaan bagi orang Melayu. Dato’Kok Wee Kiat, bekas Naib Presiden MCA dan, yang juga merupakan rakan kongsi UMNO dalam Kerajaan Barisan National yang memerintah, barangkali memadatkan pandangan mereka yang paling lembut apabila dia berkata: “DEB menjadi kenyataan pada 1970 dengan persetujuan tanpa tulisan daripada semua ras. Apabila ia luput pada 1990, biarlah is luput dengan aman buat selama-lamanya. Biarlah rakyat Malaysia mula balik ke pangkal jalan atas asas perpaduan, keharmonian dan persahabatan yang memberikan kepada kita Kemerdekaan pada1957.”

(Just Faaland, J.

R.Parkinson dan Rais Saniman: 2005: 166)

MCA (Persatuan Cina Malaysia)

13

Tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh MCA bagai pihak komuniti Cina meliputi setiap aspek masyarakat: politik, bahasa, pendidikan, budaya, perkhidmatan awam, angkatan tentera, penerokaan tanah, ekonomi dan lain-lain. Dari segi politik mereka telah cuba menrizabkan hak MCA untuk memenuhi jawatan Menteri Kewangan dan mereka merungut akan hakikat bahawa hanya Presiden UMNO boleh menjadi Perdana Menteri. Dalam bidang pendidikan, mereka rasakan bahawa sekolah-sekolah Cina telah diabaikan dan Cina kurang diwakili dalam pelbagai institusi pendidikan. Mereka bersungut tentang penyekatan budaya Cina dan tidak rela bertolak ansur mengenai penggunaan bahasa Cina. Mereka memprotes tentang diskriminasi pekerjaan dalam perkhidmatan awam, angkatan tentera dan dalam penerokaan tanah baru dan umumnya menentang DEB melainkan peruntukkan-peruntukkan kemiskinannya. Dalam bidang ekonomi pula, tuntutan-tuntutan MCA seolah-olah hendak membantahkan DEB kecuali objektif pembasmian kemiskinannya, dan menggantikannya dengan apa yang diistilahkan sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang Perpaduan Malaysia. Menurut Dato’Seri Ling Liong Sik, rancangan ini akan mewakili visi masa depan MCA. DEB dikritik sebagai antipertumbuhan, ia mengenakan terlalu banyak kekangan dan bebanan, termasuk peraturan-peraturan berat yang tidak menggalakkan pelaburan swasta Cina. (Just Faaland, J. R.Parkinson dan Rais Saniman: 2005: 175)

DAP (Parti Tindakan Demokratik)

14

Setiausaha Agung DAP, iaitu Encik Lim Kit Siang berulang kali menyatakan bahawa DAP menerima objektif-objektif DEB, tetapi dengan syarat-syarat. Dalam ucapannya di Parlimen beliau berkata: “DAP dan sebilangan besar rakyat Malaysia yang menyokong DAP bersetuju dengan objektif-objektif DEB mengenai pencapaian perpaduan negara melalui proses serampang dua mata, iaitu menghapusan kemiskinan tidak kira ras, dan penstruturan

semula

masyarakat

Malaysia

untuk

menghapuskan

pengenalpastian ras dengan pekerjaan, kerjaya dan tempat. Kami juga menerima jaminan DEB bahawa dalam pelaksanaannya “tiada kumpulan tertentu akan mengalami sebarang kerugian atau merasai sebarang perasaan dirampas hak-haknya, keistimewaannya, pendapatannya, pekerjaannya atau peluangnya”. Apa yang tidak kami sokong, bagaimanapun, ialah sebarang percubaan penstrukturan semula yang selektif, atau penolakan jaminan DEB bahawa tidak akan ada diskriminasi terhadap sebarang kumpulan ras. Kajian semula DEB,

bagaimanapun, menunjukkan bahawa sememangnya ada

penstrukturan semula yang seletif….” (Just Faaland, J. R.Parkinson dan Rais Saniman: 2005: 168)

Dalam beberapa tahun DAP telah menggerakkan usahanya untuk menyerang dan menentang setiap segi DEB dan dasar-dasar Kerajaan yang lain, yang meliputi salah guna hakhak manusia, dasar bahasa, dasar pendidikan, dasar guna tenaga, masalah perumahan dan 15

penjaja, hinggalah kepada kurangnya pewakilan Cina sebagai peneroka FELDA, dan lain-lain. Banyak kali DAP dengan marah bertindak keluar dewan Parlimen dan dewan-dewan undangan bagi membantah Kerajaan. Apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng mencadangkan bahawa DEB dihapuskan di Pulau Pinang, hampir seribu orang Melayu telah mengadakan perhimpunan haram di KOMTAR bagi membantah penghapusan DEB oleh kerajaan baru DAP. Menurut Lim Guan Eng, dasar tersebut akan digantikan dengan dasar baru Barisan Rakyat iaitu Agenda Ekonomi Malaysia dimana secara amnya memberikan hak yang saksama kepada semua rakyat tidak mengira bangsa atau agama. Tetapi adakah penghapusan DEB merupakan sesuatu perkara yang meminggirkan orang Melayu? Pembentukan DEB bermula dengan satu niat yang mulia untuk memperkasa bangsa Melayu kini setelah 50 tahun telah di sabotaj untuk memperkayakan UMNO sahaja. Kita harus memberi peluang kepada Agenda Ekonomi Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Rakyat yang ternyata tidak membelakangkan orang-orang Melayu tetapi dalam masa yang sama memberikan keadilan yang saksama untuk kaum-kaum yang lain. DEB dipergunakan oleh segelintir pemimpin serta kroni mereka untuk mengaut kekayaan dengan berselindung di sebalik DEB dan memberi alasan bahawa dengan penghapusan DEB inilah maka hak mereka akan hilang dan mengakibatkan kemunduran dan kemiskinan. Sekali lagi, Barisan Nasional telah memberi gambaran yang tidak benar kepada rakyat Pulau Pinang seolah terhadap penghapusan DEB oleh Lim Guan Eng telah mengagalkan semua orang Melayu di Pulau Pinang sedangkan selama berpuluh-puluh tahun ramai orang Melayu Pulau Pinang yang tidak mendapat apa yang mereka patut dapat dibawah DEB. 16

Gerakan Pendirian Gerakan terhadap DEB adalah serupa dengan pendirian MCA. Dr.Lim Chong Eu bagi pihak Gerakan, meminta Kerajaan menubuhkan sebuah badan dalam bentuk Majlis Perundingan Negara untuk menilai DEB. Atas asas penilaian ini, “satu strategi pembangunan baru hendaklah dirumuskan untuk beberapa dekad yang akan datang”. Diulangi seruan Gerakan yang menghendaki Dasar Ekonomi Nasional: “… yang di bawahnya perlu ada anjakan penegasan daripada penstrukturan semula masyarakat kepada pembasmian kemiskinan tidak kira ras- selepas tarikh luput DEB pada tahun 1990. Gerakan berpandangan tegas bahawa penstrukturan semula yang dijalankan semenjak tahun 1970 amat berjaya dan bahawa kelas Melayu kaya dan kelas Melayu pertengahan yang besar telah dibina dengan jayanya melalui DEB… Apabila kemiskinan, tidak kira ras, dibasmikan, maka asas perpaduan negara- yang merupakan cita-cita jangka panjang DEB- akan terhampar dengan kukuhnya. (Just Faaland, J. R.Parkinson dan Rais Saniman: 2005: 178)

Dong Jiao Zong 17

Gabungan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Persekutuan Persatuan-persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia(Jiao Zong) dikenali sebagai Dong Jiao Zong yang ditubuhkan pada 27 November 1994. Objektif utama persekutuan ini adalah melindungi bahasa ibunda, melindungi dan mengembang sekolah-sekolah Kebangsaan Cina serta memperjuangkan kesetarafan pendidikan bahasa ibunda. .Ia mengendali semua masalah yang dihadapi dalam pendidikan Cina. Contohnya, kes pembukaan semula Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina ) Damansara. SJK(C) Damansara telah ditutup selama 8 tahun dan hampir . Dong Jiao Zong mengetuai persatuan-persatuan Cina lain tidak berhenti-henti untuk mengadu dan meminta supaya sekolah dibuka semula.

Misi 1. berusaha mengekalkan bahasa Cina sebagai bahasa pengajaran di sekolah kebangsaan Cina. 2. berusaha meningkatkan kedudukan dan layanan yang sepatutnya terhadap sekolah rendah Cina. 3.

berusaha membantah perlembagaan yang tidak adil dan membawa kesan buruk terhadap masa depan sekolah rendah Cina.

4. memupuk sekolah rendah Cina dan persatuan-persatuan Cina membina tadika dengan mencapai pendidikan bahasa ibunda 5. mengembangkan pendidikan kanak-kanak berdasarkan bahasa Cina dengan memperluaskan pengetahuan persatuan Cina dari segi pendidikan kanak-kanak. 18

Organisasi Persatuan-persatuan Jawatankuasa Kerja Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Dong Jiao Zong ditubuhkan pada 27 November 1994. Ahli Jawatankuasa termasuklah Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Persekutuan Persatuan-persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) dan pekerja-pekerja Persatuan Cina yang lain. Pada 25 Disember 1951, Persatuan Guru Sekolah Cina dari kelainan tempat menubuhkan Persatuan-persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong). Persatuan ini memperluaskan kebudayaan komuniti Cina dengan berusaha mendapatkan kedudukan yang saksama dalam pendidikan Cina. Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) pula ditubuhkan pada 22 Ogos 1954. Persatuan ini merupakan ‘penjaga’ sekolah kebangsaan Cina, jika tiada persatuan ini maka tiadalah sekolah Cina. Selama ini, Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia demi bangsa dan negara melahirkan orang yang berbakat dan meringankan bebanan kerajaan dalam bidang pendidikan. Dong Jiao Zong berusaha untuk mengekalkan dan melindungi kekuasaan komuniti Cina. Dong Jiao Zong telah menghadapi banyak rintangan dan kesusahan sejak dahulu lagi. Akhirnya mereka berjaya menjadi persatuan yang berkuasa untuk menyuara dan memberi pendapat serta pandangan terhadap pendidikan Cina di Malaysia.

19

Dong Zong bertanggungjawab terhadap sekolah menengah dan universiti atau kolej manakala Jiao Zong bertanggungjawab pada sekolah rendah dan pendidikan kanakkanak. •

Pada tahun 1966, “Persekutuan Persatuan Cina” ditubuhkan.



Dari tahun 1968 ke tahun1969, “Du Li Da Xue Chou Wei Hui” dan “Du Li Da Xue You Xian Gong Si” ditubuhkan. Pertubuhan ini berperanan membantu pelajar sekolah persendirian mengenai kauseling penerusan pelajaran apabila kerajaan membantah pembinaan Universiti Cina.



Pada tahun 1973, Jawatankuasa Kerja SJK Cina Dong Jiao Zong ditubuhkan. Pertubuhan ini bertanggungjawab untuk menguruskan peperiksaan dan kursus bersepadu 60 buah sekolah persendirian di Malaysia.



Pada tahun 1994, “Dong Jiao Zong Quan Guo Fa Zan Hua Wen Xiao Xue Gong Wei Hui” ditubuhkan untuk mempertahankan lebih daripada 1200 buah SJK Cina, membantu dan memperjuangkan layanan SJK Cina, memperbaiki kemudahan pengajaran serta meningkatkan tahap pengajaran.



Pada tahun 1998, “Dong Jiao Zong Quan Guo Guo Min Xing Gong Wei Hui” ditubuhkan untuk mempertahankan pengarah sekolah menengah jenis kebangsaan, memastikan masa pembelajaran mata pelajaran bahasa Cina tidak dikurangkan serta memastikan guru bahasa Cina tidak menghadapi masalah kekurangan dan peruntukan dari kerajaan mencukupi.

20

Kesimpulan Dasar afirmatif pada hakikatnya memenuhi aspirasi keadilan dalam Islam. Apa yang pasti ialah prinsip keadilan bukanlah bermakna semua orang harus diperlakukan sama-rata. Sebaliknya kezaliman pula yang akan menjelma apabila rakyat yang berlainan taraf sosial dan ekonomi diperlakukan secara sama. Sebab itulah keadilan yang hakiki wajar mengambil kira pelbagai faktor termasuk latar situasi dan realiti setiap orang sebelum melaksanakan sesuatu tindakan demi menjamin kelangsungan kebaikan dan kesejahteraan. Walau bagaimanapun penilaian dan proses pembaikan harus sentiasa dilakukan agar setiap dasar yang dilaksanakan tidak pula disalahgunakan sehingga menimbulkan keresahan rakyat. Kita menghayati secara serius bait-bait di dalam sajak Perjuangan Yang Belum Selesai nukilan Presiden Parti Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad terutamanya di dalam dua bait terakhir; “Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku, kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga, bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa. Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah, dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya.” Bangsa Melayu harus bertanya kepada diri mereka sendiri apa akan jadi kepada mereka pada tahun 2020 setelah Malaysia mencapai status negara maju, dan adakah bangsa Melayu akan kekal sebagai faktor yang dominan atau mereka akan menjadi ibarat melukut di tepi gantang, 21

adanya tidak menambah perginya tidak mengurang. Keputusan di tangan kita, kita boleh mempertahankan sistem tanpa persaingan yang ada sekarang dan mengundang budaya mediokriti atau kita boleh memulakan langkah memperkenalkan persaingan secara yang terurus dan berperingkat dari sekarang bagi membuat lompatan seterusnya ke era baru kecemerlangan bangsa Melayu. (http://www.ybk.org.my/prihatin/prihatin2003/berita2.htm, 08/08/08)

Bibliografi •

Just Faaland, J. R.Parkinson dan Rais Saniman: 2005:Dasar Ekonomi Baru:Pertumbuhan Negara Dan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu:Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.



Tantao Malaixiya Jingji Zhengce: 1990:Huase The Resource & Reseach Centre c/0 Selangor Chinese Assembly Hall:Selangor Chinese Assembly Hall.



http://pembangkang.blogspot.com/2008/03/kenyataan-penghapusan-deb-oleh-yab.html, 05/08/08



http://malaysiahadari.wordpress.com/2008/03/15/protes-deb-di-p-pinang-nasi-sudahmenjadi-bubur/, 05/08/08



http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan1.nsf/31146b8c28fb53f0482567320 029f144/b9e8dd3efcb0d838482567350005a893?OpenDocument, 05/08/08

22



http://www.monash.edu.my/advancement/Monash-in-themedia/May%202008/29%20May%20%20biasiswa%20Jpa%20pelajar%20bukan%20mel ayu%20naik%20kepada%2045%20peratus%20-%20UM.pdf, 06/08/08



http://www.ybk.org.my/prihatin/prihatin2003/berita2.htm, 08/08/08



http://umnolawanpas.wordpress.com/2008/05/29/ketuanan-melayu-sah-di-sisi-undangundang-malaysia/, 10/08/08



http://ms.wikipedia.org/wiki/Ketuanan_Melayu, 10/08/08



http://www.nstp.com.my/Current_News/NST/Monday/National/2317766/Article--news, 11/08/08



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0812&pub=Utusan_Malaysia&s ,ec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm, 11/08/08



http://www.sebaran.com/article888.html, 15/08/08



http://putrawangsa.com/keputusan-kemasukan-ipta-sesi-20082009/, 15/08/08



http://www.kpmu.net/2008/07/nisbah-perlu-lebih-adil/,15/08/08



http://ms.wikipedoa.org/wiki/DAP_dan_Dasar_Ekonomi_Baru, 16/08/08



http://umnolawanpas.wordpress.com/2008/05/29/ketuanan-melayu-sah-di-sisi-undangundang-malaysia/, 20/08/08



http://www.djz.edu.my/resource/wengao/pdf/2005/wengao050914.pdf, 25/08/08



http://unite.blogdrive.com/



http://www.umno-reform.com/urnews1/lonjakan_bangsa_melayu.htm

23

Related Documents

Afirmatif Fr Kitmun & Caiyun
November 2019 28
Afirmatif Slides
November 2019 33
Plexuspink-fr
October 2019 14
Cv Fr
August 2019 23
Sweden - Fr
May 2020 22
Tannounce Fr
June 2020 7

More Documents from "telisca"