Abdullah Munsyi

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Abdullah Munsyi as PDF for free.

More details

  • Words: 1,216
  • Pages: 7
JXEA 1104 ABDULLAH MUNSYI ( TOKOH FALSAFAH )

NAMA : DEVINA SHARONICA BINTI SISIH LINSAPU NO. MATRIX : JEA080012 NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD

SEMESTER SATU SESI 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

Falsafah Abdullah Munsyi “ Jikalau sekiranya ada umur-umur seribu tahun sekalipun, maka janganlah engkau takut membelanjakan dia sebab menunutut ilmu, itu kerana dapat tiada segala hamba Allah dalam dunia ini semuanya mengkehendaki kebesaran, ilmu itulah tangganya.”

Pengenalan: ( Biodata Tokoh) Abdullah Munsyi atau nama sebenarnya Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi dilahirkan di Kampung Pali atau Kampung Masjid yang terletak di Melaka, pada tahun 1796. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik. Abdullah berasal daripada keluarga India Islam yang berketurunan Arab. Pada tahun 1815, beliau sudah mahir dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Tamil dan Arab. Beliau beristerikan seorang wanita tamil. Pada tahun 1840, beliau berhijrah ke Singapura bersama anak-anakanya selepas isterinya meninggal di Melaka.

Ketika dalam perjalanan

menunaikan haji, Abdullah telah meninggal dunia di Jeddah pada tahun 1854.

Kupasan mengenai tokoh: Berdasarkan falsafah di atas, Abdullah Munsyi cuba menyatakan kepentingan pelajaran atau ilmu. Aliran yang cuba diterangkan oleh Abdullah ialah liberal iaitu usaha dalam meluaskan ilmu pengetahuan. Kelantan

Buktinya apabila Abdullah memuji orang Melayu iaitu perempuan-perempuan

yang

rajin

dalam

membuat

segala

pekerjaan

untuk

menyara

kehidupan

(Abdullah,1965:33). Dia juga turut menyatakan bahawa dia menyukai orang Inggeris namun dia tidak menyetujui semua pendapat dan sikap mereka. Di sini dapat dilihat sikap liberal yang ada pada Abdullah iaitu dia cuba meluaskan pemikiran dengan cara melihat segala aspek dan dia juga turut dapat mengumpulkan ilmu-ilmu yang baru.

Di samping itu, Abdullah juga sedar betapa pentingnya pelajaran atau ilmu dalam kalangan masyarakat dan hal ini jelas dipaparkan dalam Hikayat Abdullah. Baginya, ilmu sangat penting dan berharga daripada harta kemewahan. Setiap kemewahan yang dicapai dimulai dengan ilmu iaitu ilmu merupakan asas kepada sesebuah kejayaan. Bagi mencapai sesuatu kejayaan kita perlulah mengutamakan ilmu pengetahuan seperti mana yang dinyatakan oleh Abdullah Munsyi dalam petikan di atas. Hal ini kerana ilmu sukar dibeli dan memerlukan keikhlasan sangat agar dapat menanamkan sikap cintakan ilmu pengetahuan dalam diri. Dengan itu, falsafah Abdullah sangat wajar digunakan oleh masyarakat setempat kerana bukan sahaja dapat menguntungkan diri sendiri malah untuk bangsa dan masyarakat agar pemikiran masyarakat lebih maju ke hadapan. Abdullah Munsyi turut memperlihatkan akan tanggungjawab manusia dalam menuntut ilmu, kerana ilmu ini sangat penting dalam kehidupan manusia. Berdasarkan pemikiran Abdullah di atas dia ingin bangsanya maju dan juga berilmu sepertimana orang inggeris yang sedang menjajah Tanah Melayu pada ketika itu. Menurut Abdullah juga segala kemuliaan dapat dicapai jika adanya ilmu. Masyarakat seharusnya sedar bahawa ilmu merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh manusia.

Ilmu bukan sahaja dapat dimanfaatkan pada masa sekarang malah akan

menguntungkan kita pada masa hadapan. Oleh itu, semua masyarakat mempunyai tanggungjawab yang sangat besar bagi memastikan generasi akan datang akan lebih berilmu agar mereka dapat memimpin bangsa dan negaranya sendiri. Pemikiran Abdullah boleh dijadikan teladan dan perlu diamalkan oleh masyarakat demi mencapai ilmu yang tinggi. Pemikiran Abdullah juga turut memperlihatkan pentingnya sikap ketekunan dalam mencari ilmu pengetahuan. Menurutnya, selagi ada kesempatan dalam dunia ini kita perlulah tekun mencari ilmu dan ilmu yang dipelajari itu bukan sahaja tertumpu pada satu ilmu, tetapi pelbagai cabang ilmu. Misalnya Abdullah mencari ilmu bukan sahaja mempelajari tentang melayu namun dia juga turut

menpelajari bahasa Inggeris dan Sanskrit. Selain itu Abdullah juga turut mempelajari Injil Matius dalam bahasa inggeris daripada Doktor Marrison.

Abdullah juga

belajar ilmu-limu kira-kira

daripada pihak inggeris. Ketekunannyan ini menyebabkan dia mendapat pelbagai ilmu dari pelbagai bidang. Abdullah juga turut mencari buku-buku dan hikayat-hikayat tua Melayu di mana saja untuk dibaca. Ini kerana sikapnya yang ingin tahu mendalam akan jalan bahasa Melayu yang sebenarnya. Sikap Abdullah yang tekun mencari ilmu ini wajar diikuti oleh masyarakat dalam mencari ilmu kerana seandainya tidak wujud sikap ketekunan dalam diri maka ilmu itu tak akan dapat dicapai. Dalam mencari ilmu, sikap sabar juga perlu wujud. Hal ini turut diperkatakan oleh Abdullah Munsyi sendiri iaitu untuk mencapai sesuatu kejayaan, kesabaran perlu diutamakan demi mencapai cita-cita. Sikap sabar ini jelas ada pada Abdullah ketika dia dihina dan dicerca serta dipulaukan oleh oarang-orang Melaka kerana bergaul dengan orang Inggeris. Walau apa pun yang dihadapinya dia tetap sabar kerana dia sedar betapa pentingnya ilmu itu kepada seseorang. Baginya ilmu itu sukar didapati seandainya tidak ada kesabaran dalam diri seseorang. Oleh itu, masyarakat seharusnya menanamkan sikap sabar dalam diri untuk mendapatkan ilmu-ilmu seperti yang dikatakan dan dilakukan oleh Abdullah Munsyi. Menurut Abdullah Munsyi juga sebelum mencapai sesuatu kejayaan seseorang itu perlulah gigih berusaha. Buktinya, dia tidak mengira siapa gurunya dan dari mana asalnya, yang penting dia mendapat ilmu pengetahuan. Selain bahasa Melayu, dia juga belajar bahasa tamil dan arab. Bahasa Inggeris pula dipelajarinya daripada paderi-paderi Inggeris. Usaha yang tiada mengenal jemu ini telah meluaskan ilmu pengetahuan terutama mengenai simpulan perkataan, ikatan perkataan, rangkai perkataan, kuasa dan tujuan perkataan serta ilmu bahasa yang lain. Bagi mencapai sesuatu kejayaan ilmu perlu diutamakan dan gigih berusaha agar dapat meluaskan ilmu pengetahuan. Kita perlulah

mencari inisiatif agar dapat memperolehi ilmu dan jangan tunggu dikerah baru berusaha. Sikap gigih ini perlu dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat untuk memajukan diri dan generasi yang akan datang. Selain itu, tokoh ini juga turut menyatakan bahawa untuk mencapai kebesaran ilmu perlulah dilakukan dengan cara merendah diri ketika menimba sesuatu ilmu. Sikap merendah diri Abdullah dapat dilihat daripada pengenalan Hikayat Abdullah dan sewaktu dia diminta mengajar bahasa Melayu. Sikap rendah diri ini telah sebati dengan jiwanya dan dia tidak pernah menonjolkan kepandaiannya walaupun dia sudah dianggap bijak dan berilmu. Di sini kita dapat melihat bahawa ilmu yang ada pada Abdullah menyebabkan dia disanjung tinggi oleh para pelajarnya. Benarlah kata-kata beliau iaitu ”ilmu itu tangganya”. Oleh sebab itu, masyarakat perlulah merendah diri ketika menuntut ilmu kerana itu merupakan salah satu langkah untuk berjaya. Dengan adanya ilmu dan merendahkan diri maka apa yang kita hajati akan tercapai. ” Imu itulah tangganya ” kata Abdullah Munsyi dan hal ini menyatakan bahawa kita perlu berani mencari ilmu sebelum mencapai suatu kebesaran. Hal ini jelas kepada Abdullah Munsyi sebelum dia disanjungi oleh orang lain iaitu dia berani mempelajari ilmu baru seperti bahasa Inggeris walaupun ditentang keras oleh masyarakat. Orang Melayu Melaka ketika itu terlalu memuliakan adat dan tradisi nenek moyang sehingga mereka tidak mahu menerima pembaharuan yang dibawa oleh pihak British. Namun berbeza dengan Abdullah, dia mempelajari Injil daripada paderi kerana dia ingin menimba lebih banyak ilmu selain daripada al-Quran dan hikayat-hikayat Melayu. Abdullah juga berani mengkritik golongan raja kerana melarang rakyatnya mempelajari bahasa Inggeris. Dia amat berharap orang Melayu akan maju ke hadapan dan mempelajari ilmu-ilmu baru justeru itu dapat mengikis dan meninggalkan fahaman kolot yang menghalang kemajuan dalam bidang ilmu.

Keberanian beliau dapat menyedarkan masyarakat betapa pentingnya ilmu dan

menyebabkan timbulnya iri hati dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, untuk mencapai kejayaan kita perlu berani mencari ilmu dari pelbagai cabang ilmu. Sikapnya ini wajar diteladani oleh masyarakat.

Kesimpulan: Pemikiran Abdullah ini sangat penting bagi masyarakat kerana dengan ilmu semua perkara yang dikehendaki dapat diperolehi, di samping itu kemajuan juga dapat dicapai. Selain itu, ilmu merupakan tunggak utama sesuatu kejayaan atau pencapaian seseorang dan falsafah yang dipegang oleh Abdullah Munsyi ini perlu dijadikan pegangan masyarakat dalam menunutut ilmu.

Bibliografi:

1)Johan Jaafar, Mohd. Thani Ahmad, Safian Hussain. 2006. Sejarah Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 2)Siti Aisah Murad. 1996. Abdullah Munsyi dan Masyarakat Melayu. Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Related Documents

Abdullah Munsyi
October 2019 40
Abdullah Munsyi
October 2019 40
Abdullah
December 2019 48
Abdullah
June 2020 27
En Abdullah
August 2019 43
Abdullah Azzam
July 2020 23

More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48