570401-03-6165 Soalan 1
“Sebagai golongan yang berada di barisan paling hadapan dalam menjayakan
wawasan
negara,
peranan
guru
amat
penting
untuk
memastikan nilai nasional dapat disempurnakan”. Y.B. Dato’ Sri Hishamuddin bin Tun Hussein Perutusan Hari Guru 2006
Bincangkan bagaimana martabat profesion keguruan dapat ditingkatkan selaras dengan perutusan Y.B. Menteri Pelajaran agar misi nasional dapat disempurnakan.
Pengenalan.
Profession perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia,masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar.Golongan guru hendaklah memastikan martabat keguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan misi nasional kerajaan.
1
570401-03-6165 Mengikut Kamus Dewan,’profesion’ ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. ‘Martabat’ pula ialah kedudukan pada mata masyarakat, darjat, pangkat,tingkat. Dari pengertian tersebut memberi makna bahawa imej profesion keguruan samada tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi para guru dan hasilnya kepada generasi pelajar. Dalam usaha meningkatkan martabat profesion keguruan maka pakatan bijak semua pihak hendaklah digerakkan samada secara langsung atau tidak langsung. Pihak-pihak tersebut ialah
kerajaan khususnya Kementerian
Pelajaran Malaysia serta institusi-institusi yang berkaitan, guru, pelajar, anggota masyarakat , pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kesatuan-kesatuan guru dan pihak swasta.
Peranan kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia. Peranan kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memartabatkan profesion ini merupakan kekuatan utama kerana kerajaan yang bertanggungjawab dalam penggubalan dasar-dasar pendidikan negara. Jika dilihat dalam misi nasional yang telah dilancarkan semasa pembentangan RMK9, Perdana Menteri Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menggariskan lima teras utama iaitu: Teras 1: Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.
2
570401-03-6165 Teras 2 Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi Negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’. Teras 3: Menangani masalah ketidak samaan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif. Teras 4: Meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup. Teras 5: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan. Di antara kelima-lima teras di atas, teras yang kedua merupakan teras yang berkait rapat dengan tindakan kerajaan untuk meningkatkan martabat profesion keguruan.
Dalam
tempoh
rancangan
tersebut,
usaha
dipergiatkan bagi membangunkan modal insan demi memacu transformasi negara ke arah keupayaan ilmu pengetahuan . program besar akan dilaksanakan
Antara
kandungan
untuk meningkatkan martabat profesion
keguruan berdasarkan Laporan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe9) ialah: 1. Menambah baik sistem pendidikan 2.Meningkatkan akses dan kualiti sistem pendidikan di semua peringkat kurikulum dan pengajaran, pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang seragam dan berkualiti, mengkaji aktiviti kurikulum dan kokurikulum peringkat sekolah, kajian terhadap kurikulum latihan perguruan, menambah baik kandungan mata pelajaran, meningkatkan kemahiran pedagogi dan penggunaan ICT yang lebih meluas. 3 Kerjasama antara industri dengan institusi pengajian tinggi untuk responsif kepada keperluan pasaran buruh, meningkatkan keupayaan siswazah tempatan
3
570401-03-6165 untuk kerjaya, program latihan praktikal dan penempatan industri. Sistem Latihan Dual Kebangsaan akan diperbaiki lagi melalui rundingan dengan pihak terbabit, menubuhkan Majlis Penasihat Kebangsaan bagi pendidikan dan latihan bagi memberi panduan mengenai dasar dan strategi berkaitan pendidikan dan industri. 4. Infrastruktur dan kemudahan. Akses
kepada
pendidikan
prasekolah
akan
diperluaskan
dengan
penyediaan lebih banyak kelas prapersekolahan, terutama kawasan luar bandar serta Sabah dan Serawak. 5. Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan. Kualiti pengajaran di sekolah kebangsaan akan dipertingkatkan dengan 100 peratus guru di sekolah menengah dan 25 peratus guru di sekolah rendah akan mempunyai kelayakan ijazah pertama menjelang 2010. Peluang pendidikan untuk kanak-kanak istimewa,pembestarian sekolah dan penggunaan teknologi dan ICT. 6. Melahirkan Institusi Tertiari bertaraf antarabangsa. IPT akan ditanda aras mengikut piawai antarabangsa dan satu sistem penarafan akan diperkenalkan.. Melalui rangka dasar yang telah digariskan oleh kementerian di atas maka Kementerian
Pelajaran
Malaysia
haruslah
memperkukuhkan
dan
memperkemaskan serta membuat reformasi pendidikan sepenuhnya menjelang tahun 2020.
4
570401-03-6165 Teras misi nasional tersebut diperjelaskan lagi secara terperinci dalam Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan (PTPP) 2006-2010 yang telah dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Januari 2007. Kerangka bagi Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan seperti di bawah:
KERANGKA PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010. ASAS PEMBANGUNAN • Misi Nasional • Dasar-dasar Pembangunan Negara • Dasar Pendidikan Kebangsaan. • Islam Hadhari • Pelan Intergriti Nasional
TERAS ASAS PEMBANGUNAN PENDIDIAKN • Akses • Ekuiti • Kualiti • Kecekapan dan keberkesanan Pengurusan Meneliti kepada
PENDEKATAN • Kesamarataan Peluang Pendidikan • Kecemerlangan Institusi Pendidikan TERAS STRATEGIK PIPP • Membina Negara Bangsa • Membangun Modal Insan • Memperkasakan Sekolah Kebangsaan • Merapatkan Jurang Pendidikan • Memartabatkan Profesion Keguruan • Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
MATLAMAT
PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN • Kerjasama dan Komitmen Warga Pendidik • Sistem Penyampaian Bertolak dari misi nasional dan Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan Pendidikan • Sistem Pemantauan dan maka untuk mengangkat martabat profesion keguruan berbagai langkah dapat Penilaian dilaksanakan oleh kementerian seperti:
5
570401-03-6165
1. Membuka peluang peningkatan kerjaya. Kerajaan mewujudkan gred baru guru berasaskan merit dan prestasi tahunan serta menggariskan langkah-langkah bagi menambah perjawatan dan peluasan naik pangkat guru-guru. Menerusi beberapa strategi pelaksanaan penambah baikan perjawatan guru dengan menambah quota bagi gred kenaikan pangkat guru besar dan pengetua cemerlang. Antara strategi memantapkan kerjaya guru, dasar baru kementerian telah mewujudkan:
i. Gred kenaikan pangkat untuk mempercepatkan Khas Untuk Penyandang (KUP) pegawai di kementerian dan di JPN memegang jawatan hakiki . ii. Dalam proses peningkatan pula, konsep Pengetua Cemerlang dan,Jusa C serta Guru Cemerlang Gred Khas diwujudkan .Sekurang-kurangnya seorang Guru Cemerlang bagi setiap sekolah menengah pada Gred DG44. Iii. Meningkatkan quota Guru Cemerlang PPP, Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DG32 serta menambah gred kenaikan pangkat Guru Cemerlang PPPLD sehingga ke Gred DGA34.
2. Pengambilan calon guru.
6
570401-03-6165 Syarat pengambilan calon guru telah diperketatkan sejak 2005 lagi dalam usaha melahirkankan tenaga pengajar yang mahir dan berwibawa. Tiga pelan tindakan telah dirangka mencakupi Program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Calon bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) perlu memiliki ijazah yang menepati bidang yang dipohon, menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (MteST), aktif dalam kokurikulum, melepasi tapisan keselamatan, bebas dari penyalahgunaan bahan dadah dan lulus temuduga. Begitu juga dengan Program kursus perguruan lepasan SPM pula calon perlu melepasi syarat-syarat akademik yang ditetapkan,menduduki Ujian Sahsiah Guru,ujian bertulis Bahasa Inggeris dan lulus temu duga. Kementerian juga telah mengambilkira kelayakan dalam memenuhi Petunjuk Prestasi Utama untuk diberi insentif kepada para guru. Melalui proses seperti ini dapat meyakinkan bahawa guru yang diambil mampu menyumbang dan merealisasikan wawasan negara. Pemilihan guru bukan sekadar akademik semata-mata malah mereka yang aktif dalam kegiatan kokurikulum bagi membentuk modal insan yang cemerlang.
3. Menaik taraf maktab perguruan Institut Pendidikan Guru.
7
570401-03-6165 Dalam usaha melahir dan melestarikan guru yang berkualiti,kementerian telah menaikkan taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG). Pengiktirafan ini telah diluluskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Julai 2005. Dengan menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG),kementerian dapat memantapkan pemilihan bakal guru
dan memberi
latihan serta menambah baik karier keguruan dan persekitaran kerjanya. Proses seperti ini dapat meyakinkan bahawa guru yang diambil merupakan guru yang mampu menyempurnakan misi pendidikan negara. Pada ketika ini terdapat 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara dan melibatkan seramai 3,129 pensyarah serta enrolmen 28,755, dengan ‘Malaysian Quality Framework’ diguna sebagai garis panduan dalam usaha mempertingkatkan kelayakan guru ke tahap siswazah dan memastikan tenaga kerja yang berkualiti dapat dihasilkan. Kementerian juga telah menjenama dan merangkaikan Institut Pendidikan Guru dengan universiti serta kolej terkenal di luar negara dan dalam negara. Mewujudkan Program Khas Pensiswazahan guru, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Program berkembar Praperkhidmatan (Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) dan Program BahasaBahasa Antarabangsa. Langkah kementerian menaik taraf IPG juga mampu melahirkan guru siswazah yang memahami keperluan dan cabaran sekolah kearah mencapai
8
570401-03-6165 sasaran kementerian untuk mengisi 100 peratus guru siswazah di sekolah menengah dan 50 peratus di sekolah rendah menjelang 2010. Semasa membentangkan bajet 2006,Perdana Menteri telah mengatakan bahawa kerajaan akan meningkatkan tahap latihan dan kurikulum termasuk menarik kerjasama dan kepakaran asing dalam bidang perguruan sebagai usaha memartabatkan profesion keguruan (Bernama:30 Sept.2006).
4. Guru Pendidikan Islam. Kementerian juga akan melahirkan guru Pendidikan Islam yang berkualiti dan berkesan dengan menubuhkan Institut Pembangunan Pendidikan Islam (IPPI). Pendidikan Islam merupakan suatu usaha untuk memberi ilmu dan pendidikan berteraskan wahyu kepada penganutnya supaya dapat memahami dan dapat menghayatinya dalam kehidupan demi untuk kebahagiaan diri, keluarga, masyarakat dan negara.(Kementerian Pendidikan Malaysia 1887). Pendidikan Islam juga perlu didedahkan kepada orang yang bukan Islam supaya mereka memahami agama tersebut dan seterusnya dapat mengikis prasangka buruk terhadap Islam dan penganutnya serta tidak mengeluarkan tuduhan yang tidak benar tentang Islam. Pelaksanaan Program j-QAF (Jawi, Khatam Al-Qur’an, Bahasa Arab dan pengukuhan Fardhu Ain) sekolah rendah
juga merupakan langkah untuk
meningkatkan martabat profesion keguruan dan memperkasakan Pendidikan Islam. Kementerian telah merangka strategi pelaksanaan program tersebut yang melibatkan
bahan,
modul,
prasarana,
9
tenaga
guru,
penilaian
dan
570401-03-6165 pemantauan.Tujuannya untuk membentuk dan melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai rohani, bermoral tinggi dan mempunyai perasaan bertanggungjawab yang berteraskan Falsafah Pendidikan Negara.
5 .Kemudahan kediaman guru dan persekitaran kerja yang kondusif. Kemudahan kediaman disediakan supaya guru lebih selesa menjalankan tugas tanpa menghadapi masalah tempat tinggal,terutama untuk guru di luar bandar, pedalaman dan bandar-bandar besar melalui pembinaan kuarters baru serta membaik pulih kuarters yang sedia ada. Bagi keselesaan para guru, peruntukan sebanyak 690 juta ringgit disediakan untuk membina rumah guru dan dan hampir separuh dari peruntukan tersebut untuk projek rumah guru di luar bandar. Selain itu kemudahan bilik guru dan bilik darjah yang kondusif juga akan disediakan
melalui projek naik taraf, membina bangunan tambahan dan
pembinaan bangunan-bangunan baru. Setakat ini telah dikenalpasti sekolah usang sejumlah 5,951buah sekolah rendah dan 870 buah sekolah menengah yang berusia lebih 30 tahun dan
membangunkan infrastruktur yang
membabitkan 767 buah sekolah rendah dan 28 buah sekolah menengah yang belum mempunyai bekalan elektrik selama 24 jam.
10
570401-03-6165 Tindakan-tindakan
lain
kementerian
dalam
mengangkat
martabat
profesion keguruan ialah: 1.Memperkasakan sekolah kebangsaan. Pendidikan awal kanak-kanak merupakan masa yang amat penting dalam melahirkan generasi yang berwawasan. Dalam memperkasakan sekolah kebangsaan, kementerian perlu menambahkan bilangan kelas prasekolah terutama di kawasan luar bandar dan menggunakan Kokurikulum Prasekolah Kebangsaan. Selain itu kementerian menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas yang mencukupi serta berkualiti termasuk melengkapkan prasarana, mengubah suai dan menaik taraf sekolah –sekolah yang usang dan menambah bilangan bilik darjah.
2. Sistem pengawasan dan pemantauan. Kementerian Pelajaran haruslah memperkukuhkan dan memperkemaskan sistem pengawasan dan pemantauan ke atas guru-guru untuk memastikan mereka sentiasa bertugas dengan betul, berdedikasi dan telus. Pemantauan yang sistematik merupakan ciri penting bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran
berjalan
seperti
yang
dirancangkan.
Untuk
mengetahui
keberkesanan pengajaran guru berkesan atau sebaliknya serta mengesan masalah dan membuat pemulihan.
11
570401-03-6165 Proses pemantauan harus dilakukan secara tekal oleh pentadbir sekolah dan jemaah nazir. Laporan pemantauan boleh digunakan untuk pengesahan dan kenaikan pangkat guru.
3. Penguatkuasaan Akta Pendidikan. Semasa menjadi Menteri Pendidkan, Datuk Sri Najib Tun Razak pernah mengatakan. ”Dengan terlaksananya kesemua akta berkenaan membolehkan kita menjalankan transformasi yang menyeluruh kpada sistem pendidikan negara selaras dengan wawasan negara dan tuntutan globalisasi dan zaman maklumat” Dua akta baru telah dikuatkuasakan iaitu Akta Pendidikan 1996 dan Akta Institusi Pendidikan tinggi Swasta 1996. Beliau menjelaskan Akta Pendidikan 1996 bagi membolehkan matlamat pendidikan diperluaskan dan disesuaikan dengan keperluan wawasan dan tuntutan-tuntutan tersebut. Sementara pelaksanaan Akta Institusi Pendidikan Swasta 1996 pula selaras dengan hasrat hendak menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan akademik. Dengan
iltizam
serta
usaha
kementerian
ini
seterusnya
akan
diimplikasikan ke peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) seterusnya ke peringkat sekolah mengikut rangkaian bagi memastikan kejayaan wawasan negara 2020 menjadi suatu kenyataan.
Peranan guru. Para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara. Guru merupakan ejen kepada keberkesanan
12
570401-03-6165 pendidikan. Kedudukan perguruan sebagai suatu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut menghadapi cabaran-cabaran masa kini dan akan datang. Di tangan guru sendiri martabat profesion keguruan dapat ditingkatkan dengan
memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab
terhadap
palajar, ibu bapa, masyarakat, negara, rakan sejawat dan tanggungjawab terhadap profesion keguruan.
1.Mempertingkatkan Profesionalime Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi kaedahkaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik.
2. Mahir IT dan ICT. Bidang keguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai misi
13
570401-03-6165 nasional.
Para
guru
mesti
bersikap
proaktif
dan
terangsang
dengan
perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu IT mesti terlebih dahulu dapat dikuasa oleh para pendidik sebagai golongan yang akan menyebar luaskan kepada para pelajar. Guru juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020, Kerajaan membangunkan koridor raya multimedia (MSC) sebagai pusat telekomunikasi dan penyiaran serantau dan antarabangsa. Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik
dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden.
Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dengan menggunakan semaksima mungkin. Jangan ada di kalangan guru dan pentadbir sekolah yang berfikiran sempit dengan ‘mengunci’ segala peralatan kerana takut rosak. Situasi ini akan merugikan pelajar dan kerajaan .Guru tidak menyalahgunakan teknologi dengan mengunjungi lamanlaman web yang tidak sepatutnya dikunjungi. Guru juga tidak menjadikan alasan teknologi yang dibekalkan sebagai satu masalah kepada mereka.
14
570401-03-6165 3. Berpengetahuan dan berdaya fikir dan berakhlak. Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, ekonomi dan politik.Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari. Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan negara .
4. Berupaya membuat keputusan dan menyelesai masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion mereka bukan sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.
5. Menyedari tanggungjawab. Menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing pelajar untuk mencapai
kemajuan
dan
wawasan,
tanggungjawab terhadap:
15
para
guru
perlu
melaksanakan
570401-03-6165 i.Tanggungjawab terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar, bersikap adil, memupuk nilai murni. ii.Tanggungjawab terhadap ibu bapa seperti mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk kepentingan anak-anak mereka. iii.Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari menyebar
perkara
negatif,
menghormati
masyarakat
setempat
serta
menggalakkan kerjasama dan persefahaman. iv.Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion seperti mengelak dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam kegiatan yang menjejaskan kepercayaan masyarakat, membantu rakan sejawat.
6. Menjadi guru yang berkualiti. Bagi mempertingkatkan profesion perguruan, seseorang guru mempunyai ciri-ciri guru yang berkualiti seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru jika mahu dipandang tinggi oleh masyarakat. Seseorang guru hendaklah mempunyai kualiti-kualiti berikut: -
Peribadi penyayang
-
Profesional dedikasi
-
Sosial inovasi
-
adil
-
peka
-
bermoral
-
kelonggaran
-
mengingati
-
penyesuaian
-
pandai berjenaka
keperluan negara
-
kepimpinan
-
tegas
sikap positif untuk
-
peka
-
16
terhadap
570401-03-6165 -
dedikasi
-
toleransi
pelajar -
alam sekitar
inovatif
-
toleransi
Kualiti guru dapat diperkemaskan dari masa ke semasa dengan latihan, seminar, dan lain-lain kursus dalam perkhidmatan. Penubuhan Institut Aminudin Baki (IAB) dalam meneruskan pelbagai latihan dalam perkhidmatan dalam melahirkan para guru yang lebih efisien.
Peranan pelajar. Pelajar merupakan modal insan yang akan dibentuk oleh guru. Kecemerlangan
pelajar
menjadi
ukuran
keberkesanan
pengajaran
dan
pendidikan para guru serta dilihat oleh berbagai pihak . Kecekapan dan martabat profesion ini dilihat baik jika ramai pelajar mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan awam dan sebaliknya. Analisa peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dibuat setiap kali keputusan diumumkan dan analisa serta komen berbagai pihak akan dapat dilihat. Pandangan umum juga melihat tahap disiplin pelajar di semua peringkat pelajar sebagai angka tunjuk kecekapan profesion keguruan. Sejak akhir-akhir ini masalah pelanggaran disiplin hebat diperbincangkan. Kes-kes jenayah pelajar seperti peras ugut,pembunuhan,rogol,pelacuran,ponteng,vandalisme dan banyak lagi salah laku pelajar semakin kerap diperbincangkan .
17
570401-03-6165 Oleh itu peranan para pelajar sendiri merupakan faktor penting dalam meningkatkan profesion ini. Pelajar mesti menyambut baik program dan dasar yang telah ditetapkan demi untuk
kesejahteraan mereka. Pelajar yang
bermotivasi mempunyai matlamat hidup masa depan. Satu model telah dirangka bagi menunjukkan kepentingan hubungan antara pencapaian akademik dengan motivasi. Motivasi dan matlamat ini mendorong pelajar yang cemerlang disiplin dan cemerlang akademik.
P E L J A R
Mendapat perhatian penuh daripada ibu bapa dan guru
Pencapaian akademik & konsep kendiri tinggi
Cemerlang dan bermotivasi tinggi untuk berjaya
Taraf hidup terjamin
Kurang perhatian daripada ibu bapa dan guru
Pencapaian akademik & konsep kendiri sederhana
Kurang motivasi untuk berjaya
Taraf hidup kabur
Mendapat perhatian penuh daripada ibu bapa dan guru
Pencapaian akademik & konsep kendiri tinggi
Cemerlang dan bermotivasi tinggi untuk berjaya
Tiada matlamat hidup
Model hubungan Antara Pencapaian Akademik Dengan Motivasi.
Peranan ibu bapa dan anggota masyarakat. Peranan ibu bapa dan anggota komuniti juga faktor yang boleh mengangkatkan martabat guru. Ibu bapa sebagai anggota masyarakat mesti
18
570401-03-6165 memainkan peranan yang serius terhadap pendidikan anak-anak mereka. Pendidikan formal di sekolah hanya lebih kurang 6 jam sehari sahaja dan selebihnya pelajar berada di tangan keluarga dan masyarakat. Anggota masyarakat harus memberi maklumat dan maklum balas kepada sekolah serta memberi kerjasama di dalam pelbagai aktiviti pembinaan ilmu yang dijalankan oleh guru dan sekolah. Penglibatan anggota –anggota masyarakat dalam proses pendidikan juga tidak kurang pentingnya, khususnya institusi-institusi Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), jawatankuasa masjid dan surau, RELA serta pihak polis harus sentiasa berdamping dengan sekolah-sekolah dan guru-guru serta mengambil tahu proses pendidikan di sekolah-sekolah di kawasan masing-masing secara tidak langsung Mereka perlu dilibatkan bersama untuk memainkan peranan dalam menentukan persekitaran selamat kepada pelajar dan penduduk setempat. Konsep
“School-Home-Community
mengadakan
program-program
Partnership”
permuafakatan
perlu
diterapkan
dan
perkongsian
dengan yanag
melibatkan pihak sekolah,ibu bapa dan masyarakat setempat. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan pemuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah. Pemuafakatan ini dapat membina kesefahaman tentang tanggungjawab bersama dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah. PIBG juga sebagai pelengkap terhadap fungsi Kementerian Pelajaran
dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan
19
570401-03-6165 suasana sekolah yang selesa. PIBG juga berperanan ke arah menjaga kesetabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat.
Peranan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) seperti PEMADAM dan pertubuhan-pertubuhan belia seperti GPMS, 4B, MAYC, Belia Bimbingan, ABIM, Tamil Bell dan lain-lain juga penyumbang kepada peningkatan martabat profesion keguruan melalui aktiviti-aktiviti penerangan kepada ahli. Sebahagian besar ahli NGO terdiri dari kalangan guru-guru muda dan pelajar yang masih aktif dan bertenaga. Aktiviti-aktiviti kepimpinan, pembinaan semangat, motivasi, gotong royong adalah antara aktiviti positif ke arah mencapai matlamat tersebut.
Lain-lain pihak yang
menyumbang kepada memartabatkan profesion
keguruan ialah seperti badan swasta dan kesatuan-kesatuan guru. Pihak swasta juga harus menjalankan aktiviti-aktiviti membantu kegiatan sekolah dan guruguru di dalam proses pembinaan ilmu ini. Pihak swasta dianjurkan memulakan ‘program mesra pekerja ‘ dengan mewujudkan pusat-pusat penjagaan anak dan taman didikan di tempat-tempat yang berhampiran dengan kawasan industri masing-masing.
Pihak
swasta
juga
boleh
mengambil
sekolah-sekolah
berdekatan sebagai sekolah angkat mereka dan menyediakan peruntukan untuk membantu program-program kecemerlangan di sekolah-sekolah angkat tersebut. Dengan cara ini profesion perguruan akan lebih kukuh dan meyakinkan.
20
570401-03-6165 Kesatuan-kesatuan
guru
juga
memainkan
peranan
dalam
memperjuangkan kebajikan guru demi meningkatkan martabat guru. Persatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga memperjuangkan kebajikan guru-guru siswazah dimana sebanyak 12 perkara
yang membabitkan guru
kumpulan pengurusan dan professional itu telah diperjuangkan. Antaranya ialah tuntutan kenaikan kadar imbuhan tetap perumahan (ITP) bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPPS) gred DG 3 (DG 41) kepada RM400, berbanding hanya RM165 sekarang. Tuntutan-tuntutan lain ialah kenaikan kadar elaun makan, harian, dan penginapan bagi pegawai yang bertugas di luar pejabat serta menuntut tempoh pengesahan jawatan lebih awal daripada tiga tahun sekarang. Turut diperjuangkan ialah skim gaji berasingan bagi pensyarah di politeknik dan maktab serta hadiah pergerakan gaji (HPG) kepada PPPS DG 3 dan DG 2 yang mempunyai kelayakan lebih tinggi terutama peringkat sarjana dan doktor falsafah. Kesatuan
Guru-Guru
Mlelayu
Malaysia
Barat
(KGGMB)
telah
mengadakan Seminar Kebangsaan Kebangsaan Profesion Perguruan 2002, satu resolusi yang menggariskan 27 perkara bagi meningkatkan martabat profesion keguruan telah diserahkan kepada Menteri Pendidikan ,Tan Sri Musa Mohamad
boleh dijadikan panduan betapa peningkatan profesion ini perlu
ditingkatkan.
21
570401-03-6165 Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Profesor Madya Dr.Abdul Rahman Daud manyatakan resolusi tersebut telah melalui proses pemurnian secara teliti bagi memastikan perkara yang hendak di sampaikan jelas dan tepat. Antara perkara yang dicapai ialah; a. Etika profession keguruan sedia ada harus disemak semula bersesuaian dengan cabaran pendidikan kini. Pendedahan semula melalui latihan dalam perkhidmatan yang menfokus kepada etika keguruan dan dipastikan menjadi garis panduan kepada para pendidik. b. Kurikulum pendidikan guru harus mengambil kira kepentingan hubungan
interpersonal
antara
guru
dan
pelajar.
Latihan
dalam
perkhidmatan dan kursus jangka pendek boleh dijalankan untuk tujuan berkenaan. c.
Tatasusila profession keguruan harus memberi tumpuan kepada
ikhtisas dan ilmiah, manakala latihan dalam perkhidmatan perlu dimantapkan dari aspek kesesuaian bidang pendidikan semasa supaya bergerak seiring dengan perkembangan terkini. Sebuah jawatan kuasa mesti
diwujudkan
untuk
meneliti
kepiawaian
dalam
latihan
praperkhidmatan di samping konsep pembelajaran sepanjang hayat harus diterapkan kepada guru supaya peningkatan ilmu dapat dilakukan. d.
Program pengenalan kepada profesion keguruan harus dijalankan
untuk guru permulaan dengan menggunakan konsep mentoran, manakala
22
570401-03-6165 pentadbir pula perlu memainkan peranan lebih berkesan dalam menangani perubahan supaya dapat diterima oleh pendidik. e. Pemantauan harus dilakukan ke atas guru permulaan untuk meningkatkan kredibiliti mereka dalam aspek amalan pengajaran . f.
Budaya profesionalisme harus diterapkan pada semua peringkat
organuisasi pendidikan. Sebuah jawatankuasa peringkat Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah harus dibentuk untuk memastikan budaya profesionalisme diikuti pada setiap peringkat. Dengan
resolusi
yang
digariskan
itu,
sebenarnya
menunjukkan
kesungguhan warga pendidik untuk mengangkat martabat profesion keguruan, seterusnya memastikan profesion ini terus diiktiraf, dihormati, dan dikagumi bagi merealisasikan misi nasional.
Kesimpulan.
23
570401-03-6165 Sebagai kesimpulannya
peningkatan martabat profesion
keguruan
sebagaimana yang dihasratkan oleh kerajaan dapat dilakukan dengan gandingan mantap berbagai pihak khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia, institusi-institusi yang berkaitan serta individu terlibat dalam proses pendidikan. Usaha-usaha yang berterusan dan kemaskini Insya Allah akan dapat menyempurnakan wawasan negara Malaysia bukan saja setakat 2020 bahkan melangkaui masa-masa selepasnya.
24
570401-03-6165 RUJUKAN Awang Had Salleh (1980 ) ”Keguruan dan perguruan di Malaysia : Keperihalan kini dan arah yang ditujui”. KONPEN V,Johor Bharu 6-
8 Disember.
Mok Soon Sang (1996).Pendidikan di Malaysia.Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman.
Sufean Hussin (1993). Pendidikan di Malaysia: Sejarah sistem dan falsafah,Kuala .Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Berita Harian,17 Januari 2007.muka surat 1
Berita Harian, 30 September 2006
http://www.moe.edu.my/hariguru/tatasusila.htm
http://www.moe.edu.my/hariguru/perutusan.2006.html
http://berita.perak.gov.my/Mei 2001/htm
25
570401-03-6165
26
570401-03-6165
27