Abdul Rahman Bin Khaldun

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Abdul Rahman Bin Khaldun as PDF for free.

More details

  • Words: 1,159
  • Pages: 8
ABDUL RAHMAN BIN KHALDUN [ IBN KHALDUN ] [ 732-808 H / 1331-1406 M ]

Ibn Khaldun atau nama sebenarnya ialah Waliuddin Abd al-Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan. Dilahirkan di Tunisia pada 1 Ramadhan 732 H / 1331 M dan meninggal dunia di Kaherah, Mesir juga pada bulan Ramadhan iaitu 25 Ramadhan pada tahun 808 H / 1406 M. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga kelas bangsawan yang berketurunan Arab di mana nasabnya sampai kepada seorang sahabat yang bernama Wa’il bin Hajar. Asal-usul keturunan beliau sampai kepada Kabilah Yaman di Hadharamaut. Datuk nenek beliau telah berhijrah ke Qarmunah di Andalusia. Orang pertama yang memasukinya dari kalangan datuk nenek mereka ialah Khalaibin Othman. Beliau digelar dengan Ibn Khaldun dengan menambah huruf Wau dan Nun ke dalam nama Khalid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh pendudk Andalusia.

Bapa beliau adalah merupakan seorang yang fakih di mana dia mengorbankan seluruh kehidupannya untuk fekah dan sastera. Ibn Khaldun dibesarkan di Tunisia di mana beliau memulakan kehidupan beliau dengan mempelajari dan menghafal Kitab Suci Al-Quran dan Tajwid melalui bapa beliau. Ibn Khaldun mendapat pendidikan dalam pelbagai ilmu Islam seperti Al’Hadith, perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa dan mantik. Bapa beliau sentiasa mengambil berat supaya Ibn Khaldun berguru ilmu tersebut pada zaman itu. Antara gurunya ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu Abd Allah al-Jayyana, dan Abd Allah Muhammad bin Abd al-Salam.

Ibn Khaldun pernah memegang jawatan sebagai Al-‘Allamah yang ditawarkan oleh tokoh negarawan Tunisia, kemudiannya mengajar dan memegang beberapa jawatan penting.

Antaranya beliau pernah dilantik menjadi Ahli Persuratan di Istana Fes

(Maghribi), Hajib (setaraf dengan Perdana Menteri) di Boujie / Bujayah (Algeria), menjadi Qadi atau Hakim dan Khatib. Sewaktu di Mesir beliau juga telah dilantik memegang jawatan Hakim Mahkamah Raja.

Ibn Khaldun telah menghasilkan beberapa buah karya yang amat berguna. Antaranya yang paling terkenal di Timur dan Barat ialah karya agungnya yang berjudul Kitab al-‘Ibar, Lubab al-Muhassal, Syifa’ al-Sail, Syarh al-Burdah dan banyak lagi. Kitab al-‘Ibar atau lebih dikenali dengan Muqaddimah merupakan karya beliau yang teragung. Orang-orang Eropah umumnya dan para orientalis khususnya menamakan Muqaddimah sebagaiProlegomena.

Menurut B.Lewis, Muqaddimah hasilkarya Ibn Khaldun

merupakan sebuah ensiklopedia sintesis metodologi sains sosial yang sangat penting, yang boleh membantu ahli-ahli sejarah untuk menghasilkan kajian yang tepat dan ilmiah.

Ibn Khaldun menjadi cendekiawan yang agung sehingga disanjung oleh Barat kerana buah fikirannya, tetapi walau bagaimanpun jarang terdapat umat Islam yang ingin mengkajinya. Sebenarnya, sumbangan pemikiran Ibn Khaldun dalam bidang ekonomi banyak

dimuatkan dalam hasil karya agungnya, Muqaddimah. Antara teori ekonomi

yang terdapat dalam karyanya itu masih lagi relevan dengan masalah ekonomi semasa. Ibn Khaldun telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti keadilan, hardworking, kerjasama, kesederhanaan, dan fairness.

Berhubung dengan keadilan, Ibn Khaldun telah menekankan bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi. Apabila keadilan tidak dapat dilaksanakan, sesebuah negara akan hancur dan musnah. Menurut beliau lagi, ketidakadilan tidak sahaja difahami sebagai merampas wang dan harta orang lain tanpa sebarang sebab dan alasan yang diharuskan. Malah, mengambil harta orang lain atau menggunakan tenaganya secara paksa atau membuat dakwaan palsu terhadap orang lain juga dianggap sebagai merampas harta milik oranglain. Begitu juga sekiranya meminta seseorang melakukan sesuatu yang berlawanan dengan Islam. Beliau mengkategorikan perampas harta oarng lain secara tidah sah hingga memberi kesan kepada kehidupan isteri dan keluarga sebagai paling tidak adil. Menurut beliau lagi, seseorang yang membeli harta seseorang dengan harga yang paling murah juga termasuk dalam ketegori memiliki harta cara yang tidak betul. Ketidakadilan seumpama di atas membawa kepada kejatuhan sesebuah negara dan keruntuhan sesebuah tamadun dengan segera.

Menurut Ibn

Khaldun, atas sebab-sebab tersebutlah semua bentuk ketidakadilan dilarang oleh Islam.

Dari sudut manusia dan ekonomi pula, berdasarkan analasis yang mendalam, didapati kesemua teori ekonomi dan idea Ibn Khaldun tentang manusia adalah berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan falsafah Islam. Ibn Khaldun tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti perekonomiannya seumpama haiwan ekonomi (economic animal). Sebaliknya beliau menganggap manusia itu sebagai manusia Islam (Islamic man / homo Islamic) yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di atas muka bumi ini. Dalam hal ini, Ibn Khaldun menekankan perlunya manusia menjauhi perbuatan jahat. Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai

modal untuk memperbaiki dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat.

Daripada sudut teori pengeluaran, Ibn Khaldun mengemukakan teori bahawa kehidupan perekonomian sentiasa menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dan permintaan.

Menurut beliau pengeluaran berdasarkan kepada faktor

buruh dan kerjasama masyarakat. Bahkan beliau menganggap buruh merupakan faktor terpenting dalam proses pengeluaran walaupun terdapat faktor-faktor lain seperti tanah tersedia, kerana tenaga buruh perlu untuk menghasilkan matlamat akhir. Selain itu beliau berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras harga amat perlu untuk mengekalkan tahap produktiviti. Dalam hal ini beliau menyarankan agar masyarakat melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh orang yang mahir dan cekap. Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi (economic growth) dan pembahagian tenaga buruh bergantung rapat dengan pasaran. Di sini dapatlah dinyatakan bahawa teori pembahagian tenaga buruh, pengkhususan tenaga buruh, dan pertukaran yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun adalah 100 tahun lebih awal daripada Adam Smith (17231790) dan David Ricardo (1772-1823) yang juga mengemukakan teori yang sama.

Manakala dari sudut teori nilai, wang dan harga Ibn Khaldun tidak menjelaskan secara jelas perbezaan antara teori nilai guna (use value) dengan nilai pertukaran (exchange value). Tetapi beliau dengan tegas berhujah bahawa nilai sesuatu barangan bergantung kepada nilai buruh yang terlibat dalam proses pengeluaran. Menurut kata Ibn Khaldun,

“Semua usaha manusia dan semua tenaga buruh perlu digunakan untuk

mendapatkan

modal dan keuntungan.

Tidak ada jalan lain bagi manusia untuk

mendapatkan keuntungan melainkan melalui penggunaan buruh.”

Menurut Ibn Khaldun dari sudut teori pengagihan, harga barangan terdiri daripda tiga elemen utama iaitu gaji atau upah, keuntungan dan cukai. Ketiga-tiga elemen ini merupakan pulangan kepada masyarakat. Oleh sebab itu, beliau membahagikan ekonomi kepada tiga sektor iaitu sektor pengeluaran, pertukaran dan perkhidmatan awam. Menurut Ibn Khaldun lagi, nilai atau harga sesuatu barangan sama dengan kuantiti buruh yang terlibat dalam pengeluaran barangan berkenaan.

Harga buruh merupakan asas

kepada penentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh itu sendiri ditentukan oleh mekanisme permintaan dan pengeluaran dalam pasaran. Manakala keuntungan terhasil daripada perbezaan yang diperoleh oleh peniaga antara harga jualan dengan harga belian.

Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa pendekatan yang dianjurkan oleh Ibn Khaldun ini adalah merupakan yang selari dengan kehendak agama Islam.

Ia adalah merupakan suatu pendekatan yang menepati fitrah kemanusiaan,

bermasyarakat dan bernegara dalam merangka menyusun ekonomi ke arah penjanaan pertumbuhan secara berpanjangan.

Oleh itu, Ibn Khaldun ini sesuailah digelarkan

sebagai bapa ekonomi kerana pemikiran-pemikirannya tentang teori ekonomi yang logis dan realistis. BIBLIOGRAFI

Prof. Dr. Azyumardi Azra, MA. 2003. Epistemologi Sejarah Kritis Ibnu Khaldun. Yogyakarta: Fajar Pustaka Baru.

http://www.alhakelantan.tripod.com http://www.karyanet.com.my

KERTAS TUGASAN FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU ( JXEA 1104 )

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA SEMESTER 1 SESI 2008/2009

NAMA: HAFIDATULSYAFINI BINTI MOKHTARUDIN NO.MATRIK: JEA 080021 TAJUK TUGASAN: ABDUL RAHMAN BIN KHALDUN PENSYARAH: DR. AMRAN MUHAMMAD

KERTAS TUGASAN FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU ( JXEA 1104 ) AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

UNIVERSITI MALAYA SEMESTER 1 SESI 2008/2009

NAMA: HAFIDATULSYAFINI BINTI MOKHTARUDIN NO.MATRIK: JEA 080021 TAJUK TUGASAN: BAWANG PUTIH BAWANG MERAH PENSYARAH: DR. AMRAN MUHAMMAD

Related Documents


More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48