Warisan Puisi

  • Uploaded by: siew chang yee
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Warisan Puisi as PDF for free.

More details

  • Words: 6,033
  • Pages: 29
1

Warisan Puisi Melayu di Malaysia. SIEW CHANG YEE

Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang amat berpegang teguh kepada adat resam dan tradisi mereka. Dalam kehidupan seharian, ia banyak melibatkan norma-norma hidup, peraturan, tradisi dan pantang larang yang wajib dipatuhi. Pengabaian terhadap adat resam itu dianggap sebagai satu kesilapan yang besar sehingga boleh mengakibatkan jatuhnya status atau maruah si pelaku mahupun keluarganya.

Pepatah Melayu yang mengatakan ‘biar mati anak jangan mati adat’ menunjukkan betapa tinggi komitmen masyarakat Melayu terhadap adat resam peninggalan moyang mereka. Kehidupan masyarakat Melayu dilihat berpandukan kepada sistem rasa dan amat sensitif dengan perasaan orang lain. Mereka diasuh dan diterapkan dengan amalan-amalan hidup yang penuh dengan sifat bersopan santun, tidak suka menonjol diri dan sentiasa mengalah sebagai tanda hormat dan toleransi yang tinggi. Oleh yang demikian, sejak zaman tradisional lagi, orang Melayu telah melengkapkan diri mereka dengan mencipta panduan hidup dan peraturan-peraturan yang dikenali sebagai sastera Melayu tradisional berbentuk puisi. Ia dapat dikaitkan dengan insiatif masyarakat dahulu kala dalam menggambarkan kehidupan mereka. Masyarakat Melayu yang pada ketika itu lebih mementingkan tradisi lisan telah menggunakan bantuk-bentuk kesusasteraan Melayu tradisional seperti syair, pantun, peribahasa, pepatah dan perumpamaan bagi menggambarkan pencapaian serta pemikiran mereka.

Namun begitu, peranan dan kedudukan warisan puisi dalam masyarakat moden hari semakin ‘sepi’. Ia semakin dipinggirkan oleh generasi muda yang dilihat semakin tidak

2 meminati warisan tradisi ini. Mereka dikatakan hilang ciri-ciri kemanusiaan dan gagal menghayati keindahan warisan tradisional tersebut. Masyarakat moden yang sarat dengan konsep logik dan mengutamakan soal-soal fizikal, material dan kejasmanian dikatakan hilang sifat kerohanian sebaliknya digantikan dengan aspek-aspek logikal dan objek-objek yang bersifat konkrit.

Dalam penulisan ini, penulis akan cuba mengupas pemikiran masyarakat Melayu dan mengaitkannya dengan warisan puisi tradisional Melayu. Di samping itu, penulis juga akan berusaha untuk mengenal pasti dan menyenaraikan beberapa peranan puisi Melayu dalam kehidupan masyarakat Melayu. Penganalisaan turut akan dilakukan ke atas bentuk-bentuk puisi tradisional Melayu seperti syair, pantun, gurindam, pepatah, peribahasa dan perumpamaan

memandangkan

ia

berperanan

sebagai

sumber

kajian

yang

dapat

menggambarkan pemikiran dan falsafah hidup masyarakat Melayu dari zaman tradisional sehingga ke hari ini.

Ia penting memandangkan bentuk-bentuk puisi ini mengandungi

pelbagai maklumat penting yang tersirat dan tersurat dan berkait rapat dengan pelbagai aspek kehidupan, warisan, aktiviti serta kegiatan ekonomi masyarakat Melayu.

Fokus penulisan akan bertumpu kepada usaha-usaha untuk mengenal pasti jenis-jenis puisi Melayu. Di samping itu, kepentingan dan fungsi puisi dalam masyarakat Melayu tradisional turut akan diteliti. Pada masa yang sama, kesinambungan warisan itu sehingga hari dan hubungan warisan puisi ini dengan masyarakat Melayu turut akan dikupas. Akhir sekali, cabaran warisan puisi tradisional dalam dunia moden dan globalisasi turut akan dibincangkan.

Apabila membicarakan mengenai puisi Melayu, ia merangkumi satu aspek yang amat luas, menakjubkan dan penuh dengan misteri. Masyarakat Melayu tradisional yang dianggap

3 simple, kolektif dan serba kekurangan itu telah menghasilkan puisi-puisi yang begitu banyak dan berkualiti. Kajian-kajian yang lebih serius dan bersifat akademik terhadap warisan puisi tradisional dikatakan hanya bermula pada abad ke-19. Ia dipelopori oleh golongan penulis dan pengkaji Melayu tradisional sebelum diambil alih oleh golongan para sarjana dan pegawaipegawai Eropah. Kesedaran terhadap kepentingan warisan ini telah membawa kepada satu dimensi baru dalam kajian warisan puisi. Ia dilakukan dengan lebih komprehensif dan mendalam oleh golongan pengkaji yang terdidik dalam disiplin sastera dan akademik.

Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi merupakan tokoh yang banyak memberi sumbangan dalam bidang penulisan puisi tempatan. Beliau telah menghasilkan beberapa syair yang penting dan meninggalkan impak yang begitu besar dalam warisan puisi negara. Antaranya ialah ‘Syair Singapura Terbakar’ ( 1820 ), ‘Syair Kampung Gelam Terbakar’ ( 1847 ) dan ‘Kisah Pelayaran Abdullah’ ( 1965 ). Penulisannya beliau banyak mengisahkan lawatannya ke serata tempat termasuklah Singapura, Kelantan dan negeri-negeri Pantai Timur. Dalam karyanya, Abdullah banyak membuat kritikan terhadap golongan bangsawan dan rajaraja Melayu yang dikatakan terlibat dalam aktiviti-aktiviti negatif seperti berjudi, berhutang dan ketagih candu. Perbuatan-perbuatan itu dianggap merugikan bangsa dan menjadikan orang Melayu lemah.

Peranan Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad tidak kurang pentingnya dalam karyanya yang berjudul ‘Gurindam Dua Belas’ (1846 ), beliau berjaya mencipta gurindam-gurindam yang baik dan juga membincangkan perbezaan antara gurindam dengan syair. Manakala dalam kitab ‘Sasilah Melayu dan Bugis dan Sekalian Raja’ ( 1956), Raja Ali Haji menyelitkan syair dalam hampir setiap babak ceritanya dan menjadikannya lebih menarik.

4

Dua sarjana Barat yang banyak menyumbang dalam pengkajian sumber warisan puisi Melayu ialah R.J. Wilkinson dan R.O Winstedt. Kedua-duanya tokoh ini banyak memberi tumpuan kepada perkembangan dan pembentukan pantun. Wilkinson misalnya berpendapat pantun Melayu merupakan satu kebiasaan masyarakat Melayu yang dikongsi bersama masyarakat Nusantara yang gemar menggunakan kata-kata yang bersajak untuk saranan kepada bunyi-bunyi yang berhubungan makna. Sumbangan Winstedt pula boleh dilihat menerusi usahanya mengumpul dan membukukan pantun. Beliau bersama-sama Wilkinson telah menerbitkan sebuah ‘Kumpulan Pantun Melayu’ pada tahun 1961. Winstedt juga telah menulis sebuah buku kecil berjudul ‘Malay Proverbs’ yang telah diterbitkan dalam The Wisdom of The East Series dalam tahun 1950. Ia mengkaji tentang bidalan-bidalan Melayu dan disertakan ertinya dan dikaitkan dengan kebijaksanaan orang Melayu.

Teeuw seorang lagi sarjana barat yang berminat dalam kajian puisi Melayu. Beliau menumpukan perhatian kepada struktur bahasa dan puisi dan berpendapat bahawa struktur puisi sesuatu bangsa ditentukan oleh struktur bahasanya. Antara hasil penulisannya Teeuw ialah ‘The Malay Sha’ir : Problems of Origin and Tradition’ ( 1966 ) dan ‘Modern Indonesia Literature’ ( 1986).

Penglibatan tokoh-tokoh tempatan yang lebih serius dan kajian yang lebih konkrit terhadap puisi Melayu tradisional dipelopori oleh Zainal Abidin bin Ahmad ( Za’ba). Bukubuku telah membicarakan kesusasteraan Melayu lama dan moden serta memaparkan kepelbagaian genre termasuklah seloka, gurindam, nazam, bait dan sajak. Antara karya agung beliau ialah ‘Ilmu Mengarang Melayu’ yang telah diterbitkan pada tahun 1934 dalam versi

5 Jawi. Karya ia mengandungi selok-belok tentang pengajaran menghasilkan karangan yang baik melalui penggunaan bahasa yang baik dan berkesan. Dalam bahagian cabang-cabang bahasa yang tinggi, Za’ba telah membincangkan tentang pelbagai bentuk warisan puisi tradisional masyarakat Melayu termasuklah peribahasa, bidalan, perumpaman, pantun, syair, nazam, gurindam, seloka dan sajak.

Mohd Taib Osman seorang lain sarjana tempatan yang banyak menjalankan kajian terhadap kebudayaan Melayu dan puisi Melayu tradisional. Dalam karya ‘Kesusasteraan Melayu Lama’( 1965 ), beliau membicarakan tentang pantun dan syair berdasarkan pemerhatian dan interpretasinya sendiri. Manakala dalam karya ‘Warisan Puisi Melayu’ ( 1975 ), ia merupakan antologi puisi Melayu lama yang dipetik dari beberapa buah buku puisi termasuklah pantun dan syair.

Kesimpulannya walaupun kajian bersifat ilmiah terhaap puisi Melayu telah banyak dilakukan, namun ia dikatakan masih belum lengkap. Para pengkaji masih belum mampu membentuk satu kaitan antara puisi Melayu tradisional dengan puisi moden. Ia seolah-olah wujud satu jurang pemisah antara kedua-duanya. Selain itu, bidang kajian hanya terbatas kepada pantun dan syair sahaja. Manakala bentuk lain seperti gurindam dans seloka masih belum diberi perhatian yang sewajarnya. Tinjauan terhadap fungsi puisi tradisional juga amat terhad. Penulis dan kajian sebaliknya lebih cenderung dalam mengumpul puisi Melayu yang bersifat sastera lisan dan diterbitkan dalam bentuk tulisan.

Lantaran itu, kajian-kajian dan penulisan puisi Melayu perlu diteruskan dan perhatian perlu diberikan pada aspek-aspek yang telah diabaikan sebelum ini. Ia penting bagi memastikan kesinambungan warisan itu pada masa hadapan.

6

2.0

PENGERTIAN PUISI

Puisi merupakan satu bentuk kesusasteraan Melayu tradisional yang terdiri daripada pelbagai genre atau bentuk. Ia meliputi pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, talibun, teromba, peribahasa. teka-teki, dikir, mantera dan prosa berirama.1 Pada umumnya, puisi merupakan suatu bentuk karangan berangkap yang mempunyai kalimat yag terikat.

Pengertian sebenar puisi amat luas kerana ia dikatakan hidup mengikut perkembangan masyarakat dan manusia. Dari segi etimologinya, puisi dikatakan berasal daripada perkataan Belanda ‘poezie’ yang membawa maksud pantun dan syair hasil daripada pancaran perasaan dan fikiran.2 Manakala dalam bahasa Inggeris, ia ditulis sebagai ‘poetry’. Dalam bahasa Melayu pula, perkataan puisi berasal daripada bahasa Indonesia. Pendita Za’ba dalam karyanya ‘Ilmu Mengarang Melayu’ menterjemahkan puisi sebagai ‘karangan berangkap’. Ia dapat dilihat dalam bukunya itu, di mana Za’ba mengatakan: Dalam bahasa Melayu adalah beberapa karangan berangkap itu dinamakan pantun, shair, bait, gurindam dan seloka iaitu mengikut masing-masing sifatnya dan jalan rangkapnya.3

Kenyataan itu jelas merujuk kepada puisi yang terdiri daripada pelbagai bentuk termasuklah pantun, shair, gurindam dan seloka yang mempunyai keistimewaan tersendiri dalam menunjukkan keindahan warisan tradisional orang Melayu . 1

Harun Mat Piah, Puisi Melayu Tradisional: Nasihat dan Pengajaran, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 2004, hlm.1. 2 Harun Aminurrashid, Kajian Puisi Melayu, Pustaka Melayu, Singapura, 1960, hlm. 1. 3 Zainal Abidin Ahmad, Ilmu Mengarang Melayu, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 2002, hlm.222.

7

Mohd Taib Osman ( 1975 ) dalam ‘Warisan Puisi Melayu’ menyatakan bahawa puisi Melayu tradisional merupakan pancaran masyarakat Melayu lama yang mempunyai maksud yang begitu mendalam walaupun penggunaan kata dan perbendaharaannya agak terhad dan sering kali dianggap beku. Alwi Salim ( 1983 ) dalam ‘Puisi Melayu’ menganggap dunia puisi Melayu penuh dengan fantasi dan misteri. Ia merangkumi ke semua aspek kehidupan masyarakat Melayu termasuklah adat istiadat, perundingan, perdukunan, hiburan dan gurau senda. Pada masa yang sama, beliau turut mengaitkan puisi dengan perkembangan dan likuliku sejarah peradaban masayarakat. Shanon Ahmad ( 1978 ) pula dalam ‘Penglibatan Dalam Puisi’ menegaskan puisi adalah satu cirri perabadan manusia sejak mula dan terus menjadi titik pusat dalams etiap bangsa. Ia bukan sekadar satu hiburan tetapi juga merupakan satu media bagi melahirkan perasaan individu, idea-idea kepercayaan agama dan juga prinsipprinsip moral.4

Menurut Kamus Dewan ( 1994 ) pula, puisi merupakan karangan yang berbentuk sajak yang digunakan untuk mengekspresi pemikiran dan perasaan.5 Sarjana-sarjana Barat turut berminat dalam kajian warisan puisi turut memberi pelbagai pengertian yang berbeza tentang pengertian puisi. Taylor Coleridge misalnya mengatakan puisi itu adalah kata-kata yang terindah dalam susunan yang terindah.6 Carlyle pula beranggapan bahawa puisi merupakan pemikiran yang muzikal sifatnya. 7

4

Shanon Ahmad, Penglibatan Dalam Puisi, Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1978, hlm.5 5 Kamus Dewan, ( edisi Ketiga ), Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 1994, hlm.1063. 6 Shanon Ahmad, Penglibatan Dalam Puisi, hlm.3 7 Ibid.

8 Walau apa pun pengertian terhadap puisi, ia tetap dianggap terlalu subjektif memandangkan puisi itu hidup dan berkembang mengikut peredaran zaman. Namun begitu, berdasarkan kepada ciri-ciri puisi, kita boleh membahagikannya kepada tiga eleman utama. Pertama isinya yang tercakup dalam kata-kata pemikiran, idea atau emosi. Kedua ialah bentuknya yang pelbagai dan meliputi syair, pantun, gurindam, seloka, peribahasa, bidalan, mantera, ghazal dan sebagainya. Ketiga ialah kesannya yang mendalam serta menusuk perasaan kerana puisi banyak melibatkan unsur-unsur perasaan seperti gembira, hiba, jenaka, sindiran dan kasih sayang.

Oleh yang demikian, puisi bolehlah disimpulkan sebagai satu medium manusia meluahkan perasaan serta pengalaman yang disusun dalam bentuk kata-kata yang indah dan bermakna. Ia bukanlah sekadar membentuk bunyi-bunyian yang indah tetapi turut melibatkan ekspresi idea yang tinggi dan mempunyai maksud yang mendalam.

3.0

MASYARAKAT MELAYU DAN WARISAN PUISI

Keakraban masyarakat Melayu dengan warisan puisi sering dikaitkan dengan bangsa dan pemikiran Melayu tradisi. Perkembangan puisi tradisional dilihat banyak dicorakkan oleh tradisi pemikiran Melayu yang dapat dikaitkan dengan kaedah teologis-rasional dan kaedah alegorikal.8 Pemikiran teologis-rasional dikaitakn dengan asapek keagamaan dan kepercayaan masyarakat Melayu tradisional. Sebelum kedatangan Islam, kepercayaan masyarakat Melayu bersifat animistik dan banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur Hinduisme. Maka lahirlah mantera, sebagai bahasa magik untuk memuja roh dan memulihkan penyakit. Pada masa yang sama, gurindam yang berunsurkan agama Hindu turut bermula. Kedatangan Islam yang 8 Worawit Baru@ Haji Ahmad Idris ( pngr. ), Pemikiran Melayu: Tradisi dan Kesinambungan, Dewan bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 2004, hlm.4.

9 berlandaskan soal akidah dan kosmologi Islam berdasarkan wahyu dan hadis mempesatkan lagi perkembangan puisi tradisional yang menerima bentuk-bentuk puisi Arab-Parsi seperti syair, nazam, rubai, masnawi. Ghazal dan qit’ah.

Dalam pemikiran alegorikal pula, ia membincangkan persoalan wujudnya Tuhan dan makhluk.9 Dalam menerangkan hubungan yang kompleks ini, para sarjana Islam seperti Hamzah Fansuri telah menggunakan syair sebagai alat perantaraannya. Syair seperti ‘Syair Perahu Dagang’ dan ‘Syair Ikan Tongkul’ dilihat mengandungi makna-makna yang tersirat dalam memahami hakikat alam ini.

Tradisi lisan telah lama sebati dalam sanubari masyarakat Melayu walaupun telah wujud sistem tulisan seperti rencong, palava dan kawi sebelum zaman praIslam lagi. Kedatangan Islam bersama-sama dengan tulisan jawi telah merancakkan lagi perkembangan ilmu dan sistem catatan masyarakat Melayu tradisional. Namun begitu, tradisi lisan terus berkembang di kalangan masayarakat Melayu terutamanya masyarakat kampung. Puisi tradisional seperti pantun, seloka, peribahasa, bidalan dan mentera dilihat begitu sinonim dengan kehidupan masyarakat Melayu. Pantun misalnya digunakan dalam pelbagai situasi sama ada formal atau tidak formal. Malahan ia turut diterapkan dalam lagu-lagu Melayu.

Selain itu, amalan kepercayaan perubatan tradisional turut menggunakan puisi lisan. Mentera dibaca sebagai jampi dan serapahnya dalam mengubati orang yang sakit ataupun menghalau mahkluk ghaib. Teromba dan teka-teki pula sering digunakan oleh kanak-kanak bagi tujuan hiburan dan juga memeriahkan suasana. Dalam adat Perpatih pula, teromba dan perbilangan memainkan peranan yang cukup penting bagi mengingatkan masyarakat tentang perlunya hidup secara bermaufakat serta saling bertolak - ansur. 9

Ibid, hlm.7.

10

Lantaran itu, hubungan masyarakat Melayu dengan warisan puisi dilhat begitu rapat bak pepatah seperti ‘isi dengan kuku’ dan sukar dipisahkan lagi. Malahan puisi-puisi seprti pantun, syair, sekola, perumpamaan serta peribahasa turus hidup dan diamalkan sehingga ke hari ini.

4.1

FUNGSI WARISAN PUISI MELAYU TRADISIONAL

4.1.1

Nasihat Dan Pengajaran

Salah satu fungsi utama warisan puisi ialah sebagai sebagai nasihat dan pengajaran kepada generasi muda. Di mana nasihat dan pengajaran itu wujud dalam pelbagai bentuk puisi seperti pantun, syair, seloka, peribahasa berirama, nazam, talibun dan teromba. Di mana unsur-unsur nasihat dan pengajaran yang diselitkan dalam puisi itu biasanya bersifat ‘lembut’ demi untuk menjaga hati individu dan pada masa yang sama memberi kesedaran serta mendatangkan kesan yang mendalam.

Harun Mat Piah ( 2004 ) dalam penulisannya Puisi Melayu Tradisional : Nasihat dan Pengajaran telah mengemukakan kepelbagaian fungsi puisi Melayu tradisional dalam masyarakat tersebut. Antaranya ialah nasihat dan pengajaran untuk kanak-kanak, nasihat dan pengajaran menegenai adapt dan etika, nasihat dan pengajaran dalam aspek budi bahasa, nasihat dan pengajaran dalam aspek pendidikan agama dan akhlak serta nasihat dan panduan dalam aspek ekonomi dan sosial. Nasihat dan pengajaran itu ditujukan kepada semua golongan tanpa mengira usia dan status. Misalnya dalam nasihat dan pengajaran kanak-kanak,

11 wujud pantun yang mengingatkan golongan kanak-kanak agar tidak bersikap tamak dan menghormati orang tua. Ia digambarkan seperti berikut:

Burung kenek-kenek, Terbang dalam semak, Pesan datu nenek, Cari harta jangan tamak.

Burung kenek-kenek, Terbang dalam hutan, Pesan datuk nenek, Emak marah jangan lawan.10 Dalam mengingati masyarakat Melayu tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing, nazam yang lebih mengkhusus kepada pengajaran agama, ibadat, akidah dan akhlak sering digunakan untuk tujuan mewujudkan keinsafan. Eleman ini dapat dilihat dalam Nazam: Nasihat dan ingatan tentang mati dan balasan di akhirat:

Hai saudara ini satu nasihat akhir, Faham kamu baik-baik ambil fakir. Kita ini akan mati dudahnya, Tiada tahu bila datang ajalnya. Kalau sungguh kamu yakin pada mati, Jangan pula kamu lalai pada hati.

10

Harun Mat Piah, Puisi Melayu Tradisional: Nasihat dan Pengajaran , hlm. 35.

12 Kepelbagaian fungsi puisi tradisional dalam nasihat dan pengajaran turut dikesan dalam pantun dan syair yang menekankan kepentingan ilmu kepada setiap insan. Ia digambarkan dalam pantun” Rejang Sindir Ilmu”: Menuntut ilmu sebagai panduan dan pegangan hidup.

Kuda aman dari Pasai, Dipacu lalu ke bandar Selan, Akhir zaman muda dan bisai, Tuntutlah ilmu mengenal Tuhan.11

Manakala dalam syair : Kelebihan ilmu pula. Ilmu digambarkan sebagai penerang jalan ke syurga dan ia merangkumi pelbagai aspek ilmu sehinggakan dibandingkan dikiaskan sebagai hamparan luas dan sempadannya adalah di tepi ajal. Lantaran itu, ilmu sering menjadi buruan golongan bijaksana

kerana dikatakan mampu mendatangkan kepuasan

kepada pemiliknya.12

Unsur-unsur nasihat serta pengajaran turut dalam dikesan melalui penggunaan peribahasa, kiasan dan ibarat. Misalnya peribahasa ‘buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali’. Erti peribahasa ini ialah jika kita membuat sesuatu perkerjaan yang baik biarlah berbatas janganlah berlebih-lebihan pada yang bukan tempatnya, tetapi jika perbuatan jahat usahlah sekali-kali dibuat.13 Manakala peribahasa ‘malang tidak dapat ditolak, mujur tak dapat diraih.’14 Merupakan falsafah yang harus dijadikan pedoman oleh kita semua. Ia menjelaskan bahawa semua perkara yang menimpa kita merupakan takdir Tuhan yang tidak dapat dielakkan. Sebagai manusia beriman, kita haruslah sentiasa bersabar dan bersyukur.15 11

Ibid, hlm. 146. Ibid, hlm 152. 13 Suradi Parjo, Peribahasa Warisan, Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura, 1990, hlm. 49. 14 Ibid, hlm. 182. 15 Ibid. 12

13

Kewujudan pelbagai bentuk puisi yang berperanan dalam memberi nasihat dan pengajaran kepada masyarakat jelas menunjukkan betapa lengkapnya warisan puisi Melayu tradisional dan mendidik serta menasihati generasi muda agar berkelakuan baik dan berusaha untuk membentuk jati diri yang positif. Ia jelas bertepatan dengan budaya masyarakat Melayu yang gemar tegur-menegur demi kesejahteraan bersama.

4.1.2

Alat Berkomunikasi

Puisi berfungsi sebagai alat komunikasi bagi masyarakat Melayu dan ia ketara di kalangan rakyat jelata yang lebih cenderung kepada tradisi lisan. Mereka sering menggunakan pantun sebagai puisi yang diungkap untuk mengindahkan lagi ucapan secara berseloroh hinggalah majlis-majlis yang lebih formal seperti pertunangan dan perkahwinan. Ia dapat dilihat dalam pantun orang muda yang sering dikaitkan dengan pantun berkenalan dan pantun berkasihkasihan.16 Ia berfungsi sebagai wadah dalam memulakan bicara bagi mengenali seseorang atau untuk menyatakan perasaan yang terpendam.Berikut diberi contoh-contoh pantun muda yang tergolong sebagai pantun berkenalan dan pantun berkasih-kasihan. Suji-suji daun delima, disuji anak Sultan Bantam. Kalau sudi minta terima, Diharap jangan tuan lupa.17

Maksud: Rangkap pantun di atas membawa maksud salam persahabatan yang dihulurkan itu adalah secara ikhlas dan diharap ia diterima dan persahabatan itu kekal abadi. 16 17

Senu Abdul Rahman, Revolusi Mental, Utusan Publication, Kuala Lumpur, 2004, hlm.26-27. Pantun Melayu, Balai Pustaka, Perchetakan Balai Pustaka, Jakarta, 1984, hlm. 67.

14

Dari Jepang ke Bandar China, singgah berlabuh di Singapura. Bunga yang berkembang siapa bunya, Kami beringin memetiknya.18

Maksud: Rangkap pantun di atas biasanya digunakan semasa merisik dan merupakan cara untuk mendapat maklumat tentang status gadis yang ingin dipinang. Ia dijadikan wadah oleh rombongan lelaki dalam merisik seseorang gadis yang diminati.

Di samping itu, pantun turut digunakan untuk memberi pendapat serta menjelaskan maklumat. Ia sangat berkesan apabila berhujah supaya pendapat itu menjadi lebih berasas.19 Misalnya dalam mempertahankan sesuatu pendapat, seseorang individu itu cuba untuk mendapatkan keyakinan audiens menyatakan :

Ditenun kain dengan kapas, bermacam-macam warna lagi. Perahu lilin layar kertas, berani kulanggar lautan api.20

Dalam komunikasi harian, pantun juga sering digunakan untuk mencabar fikiran dan juga hiburan. Pantun teka-teki misalnya digunakan untuk menguji minda kanak-kanak manakala amalan berbalas pantun dan nyanyian rakyat yang berunsur jenaka pula digunakan 18

Ibid, hlm. 69. Alwi Salim, Puisi Melayu, Fajar Bakti, Petaling Jaya Sdn Bhd, 1983, hlm.11. 20 Ibid, hlm.13. 19

15 untuk tujuan hiburan. Ia dapat dilihat dalam pantun jenaka yang bukan sahaja untuk bergurau senda tetapi turut menyelitkan unsur- unsur nasihat. Tindakan ini bertujuan untuk memelihara hati individu sasaran supaya tidak berkecil hati apabila dikritik. Berikut merupakan beberapa contoh pantun jenaka yang diselitkan dengan unsur-unsur nasihat.

Elok rupanya pohon belimbing, tumbuh di dekat limau tungga. Elok berbini orang sumbing, bila marah tertawa juga.

Bawa perahu ke Tanjung Badar, juru mudi duduk berkemas. Tak tahu akan untung badan, awak tembaga dikatakan emas.

Pantun sebagai cara berkomunikasi dilakukan secara tidak berterus terang tetapi berkias. Cara berkomunikasi ini dapat dilihat dalam amalan bertegur sapa yang dapat diertikan sebagai perhubungan sosial apabila dua anggota budaya bertemu.21 Komunikasi secara tidak langsung ini juga terdapat dalam budaya Melayu seperti kiasan, perumpamaan yang mempunyai ciri tersendiri dan lebih bersifat sindiran . Walaupun ia bertujuan untukmenyindir ataupun mengejek tetapi pemilihan perkataan yang sesuai dan tepat sering mewujudkan satu situasi yang humor dan dapat mengelakkan ketagangan hubungan.

4.1.3

Menyerlahkan Kreativiti Masyarakat Melayu Tradisional.

21 Wan Ab. Kadir Wan Yussoff ( pngr.), Pantun Manifestasi Minda Masyarakat, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1996, hlm. 7.

16

Masyarakat Melayu sememangnya kreatif dan telah dapat melahirkan beberapa jenis puisi. Ia termasuklah pantun, gurindam, seloka, talibun, teromba, mantera dan peribahasa. Menurut Za’ba, pantun adalah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan Melayu betul.22 Ia digunakan oleh masyarakat kampung bagi menggambarkan fikiran-fikiran hiba sayu dan warna-warna perasaan yang indah-indah seperti hal-ehwal berkasih sayang dan pujuk raya yang lemah lembut antara pasangan kekasih.

Manakala gurindam pula dikatakan lahir pada era Hindu dan berasal dari bahasa Tamil iaitu Kirandan.23 Antara cirinya ialah bahasanya yang berirama dan dinyanyikan dengan menggunakan bahasa kiasan dan ibarat. Za’ba mendefinisikan peribahasa sebagai segala susunan cekap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai sejak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataan, luas dan benar tujuannya.24 Beliau juga menggolongkan bidalan, perbilangan, pepatah dan perumpamaan ke dalam keluarga peribahasa kerana setiap itu mengandungi segala sifat-sifat peribahasa.

Seloka yang sarat dengan unsur-unsur humor dikatakan berasal daripada bahasa Sanskrit dan merujuk kepada perkataan menyindir atau mengejek yang diperkatakan dengan cakap yang berangkap. Ia juga merujuk kepada percakapan gurau senda dan jenaka sematamata istimewa jika bercampur dengan rangkap atau pertentangan bunyi di mana-mana.25 Talibun pula, ia dikatakan mempunyai persamaan dengan gurindam, seloka dan teromba. Namun dari segi fungsi, ia lebih umum sebagai selipan, berupa pemerian puitis dalam cerita

22

Zainal Abidin Ahmad, Ilmu Mengarang Melayu, hlm.223. Ibid, hlm.245. 24 Ibid, hlm. 170. 25 Ibid, hlm.250. 23

17 lipur lara yang berbentuk prosa.26 Talibun turut dikenali sebagai bahasa berirama dan terdiri daripada bentuk tidak terikat sama ada berangkap atau tidak.

4.1.4

Amalan Dalam Perubatan Tradisional.

Masyarakat Melayu tradisional merupakan masyarakat yang amat akrab dengan alam. Kehidupan mereka banyak dikaitkan dengan fenomena alam termasuklah aspek kelahiran, penyakit dan kematian. Warisan puisi berbentuk mantera biasanya digunakan dalam amalan perubatan tradisional. Mantera atau jampi merupakan ucapan untuk menimbulkan kuasa sakti dan ia dicipta oleh dukun atau pawang yang bertindak sebagai perantaraan antara manusia dengan makhluk ghaib.27 Mantera merupakan puji-pujian, harapan, permohonan atau katakata keras yang menyeramkan dan ia merujuk kepada puisi bebas dan tidak terikat kepada jumlah baris atau rima tertentu.28

Terdapat pelbagai jenis mantera yang mempunyai kegunaan yang berbeza-beza. Misalnya mantera untuk menghalau hantu, semangat syaitan atau manusia halus, mantera menjaga diri untuk mengelakkan buatan orang dan mentera minyak pengasih yang digunakan untuk mendapatkan seseorang yang diminati. Berikuta adalah contoh mantera pengasih dengan menggunakan asap rokok;

Tembakau Si Raja Ali, Rendang kuali sudu, Aku pintal engkau seperti tali, Aku memakai kasihan rindu, 26

Harun Mat Piah, Puisi Melayu Tradisionl: Nasihat dan Pengajaran, hlm.6. Alwi Salim, Puisi Melayu, hlm.30. 28 Ibid. 27

18 Terindu-rindu aku, Terendang-rendangkan aku, Tidur siang terlihat-lihat aku, Tidur malam termimpi-mimpikan aku, Berkat akau memakai kasihan rindu.29

4.1.5

Artifak Budaya

Puisi merupakan sumber warisan bukan artifak yang mempunyai fungsi yang penting dalam masyarakat Melayu tradisional. Ia merupakan pernyataan melalui bahasa indah dalam membentuk satu lingkaran pemikiran tentang kehidupan manusia, mengutarakan nasihat, menyatakan isi hati atau sekadar untuk menyerikan majlis.30 Ia menjadi pegangan hidup masyarakat tradisional malah merupakan satu kelaziman dalam kehidupan harian masayarakat Melayu.

Sesunguhnya warisan puisi tradisional memberi satu gambaran kasar tentang persoalan hidup masyarakat Melayu pada masa lampau. Misalnya Hikayat Raja-raja Pasai dapat menggambarkan keadaan ekonomi serta strategi orang Melayu menghadapi ancaman Majapahit. Malah ia turut menggambarkan masyarakat melayu pada ketika itu memilik minda yang canggih.31

5.1

KEPENTINGAN WARISAN PUISI

29

Prof. Mohd Taib Osman, Warisan Puisi Melayu, hlm. 163. Wan Ab. Kadir Wan Yussoff ( pngr.), Pantun Manifestasi Minda Masyarakat, hlm. 5. 31 Profesor Diraja Ungku Aziz, Kertas Kerja, Tragedi Pemikiran Melayu, Konvensyen Perdana Melepasi 2020 pada 14-16 Disember 2004, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ( PICC ). 30

19 5.1.1

Sumber Kajian Autentik Tentang Sejarah Kemasyarakatan Melayu

Era kolonialisasi yang begitu panjang, bermula dari tahun (1515) sehingga kemerdekaan Negara pada 1957 menyaksikan keterbergantungan kita kepada hasil-hasil kajian orintalis Barat yang secara terang-terang menulis sejarah Negara berdasarkan kaca mata penjajah tanpa mengambil kira faktor budaya setempat. Malahan sebahagian besar daripada golongan sarjana tersebut merupakan golongan pentabdir yang mempunyai motif yang tersembunyi dalam kajian dan penulisan mereka. Penulisan-penulisan Barat ini sering kali memperkecilkan peranan tokoh dan masayarakat setempat sebaliknya cuba untuk menonjolkan peranan, jasa serta sumbangan golongan penjajah. Ia ternyata satu propaganda Barat dalam menghalalkan penjajahan mereka dan mengagung-agungkan kedudukan serta imej penjajah.

Frank Swettenham misalnya menyatakan faktor kemanusiaan merupakan salah satu faktor utama British campur tangan di negeri-negeri Melayu pada tahun 1874 ternyata sukar diterima. Sebaliknya faktor ekonomi dan persaingan kuasa Barat di Asia merupakan faktor pendorong utama ke arah kolonialisasi British di rantau ini. Menurut Profesor Diraja Ungku Aziz: “… dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak British menolak apa-apa yang datang daripada orang melayu, termasuklah pantun sebagai fort art, menjadikan apa yang dihasilkan oleh orang melayu sebagai second class.32

Oleh itu, sudah tiba masanya, para sarjana tempatan membuat pengkajian, penganalisaan serta menulis semula sejarah Negara dari kaca mata sendiri. Ia bertujuan untuk menghasilkan pensejarahan Malaysia yang lebih seimbang, berorentasikan sumber tempatan dan bersifat

32

Ibid.

20 sentrik Malaysia. Untuk itu, warisan puisi seperti syair, gurindam,

pantun, seloka, bidalan

dan sebagainya ternyata memenuhi kriteria yang diperlukan.

Warisan puisi tradisional Melayu bukan sahaja kaya dengan aspek-aspek adat dan budaya sahaja. Malahan ia sarat dengan pelbagai maklumat penting yang berkaitan dengan corak hidup masyarakat, kegiatan ekonominya, undang-undang serta peraturan, dan juga aspek keagamaannya. Misalnya Syair Haji Abdul Rahman yang ditulis oleh Haji Mohamad Nor merupakan sebuah sumber syair yang masih dalam bentuk asli tulisan tangan Jawi. Ia merupakan sebuah syair yang telah menonjolkan pelbagai fakta dan peristiwa sejarah semasa dan tahap-tahap zaman yang dilalui oleh perantau Jawa. Dari segi ilmu dan pensejarahan, syair ini sangat bernilai kepada para sejarawan dan ahli sains sosial. Ia memaparkan cara pemikiran, sikap, tindakan dan motivasi perantau Jawa untuk mengubah kehidupan, merancang masa hadapan, menolak unsur negatif dan mengamalkan cara hidup yang rasional, terbuka, positif, progresif, berdaya saing, berikhtiar dan sanggup berkorban. 33

Syair Haji Abdul Rahman telah merakamkan proses pembinaan kampong dari peringkat membuka hutan sehinggalah ke proses penanaman padi, sayur dan buah-buahan yang diusahakan oleh masyarakat Jawa di Kampung Parit Jawa, Johor. Di mana, kumpulankumpulan penghijrah ini telah membuka hutan, membina parit, menubuhkan kampong dan menyusun semula kehidupan bermasyarakat.34 Dari segi ekonomi, masyarakat Jawa cukup rajin dan mahir dalam kegiatan pertanian dan hasil-hasil seperti kelapa, pisang, kopi, pinang dan buah-buahan yang dihasilkan akan dieksport ke Singapura.

33

Khazin Mohd Tamrin, Tradisi Merantau dan Syair Hj. Ahmad Rahman, Persidangan Pengajian Melayu Ke-2, Peking Universiti China, 7-14 Oktober, 2002, hlm.1. 34 Ibid, hlm.2

21 Syair setebal 370 halaman ini ternyata dapat memberi memberi gambaran sebenar tentang corak hidup masyarakat Melayu tradisional yang berpegang teguh kepada konsep mencari rezeki dengan menggariskan kewajipan memakmurkan bumi Allah.35 Mereka turut beranggapan rezeki itu tidak datang bergolek tanpa berikhtiar untuk mencari rezeki yang halal dan ia merupakan amalan yang soleh. Ia seterusnya menangkis pendapat bahawa orang Melayu malas berusaha dan tiada tabiat mengumpul kekayaan.

Pada masa yang sama, syair Haji Abdul Rahman ini turut menunjukkan kemampuan sebenar orang Melayu dalam membuka penempatan dan seterusnya memajukannya. Ia dapat dilihat dalam pembangunan di kawasan-kawasan sekitar Muar, Batu Pahat sehinggalah Johor Bharu. Dengan wujudnya sumber autentik ini, para sarjana tempatan dengan mudah dapat menangkis pandangan negatif sarjana Barat yang dengan lantang dan sinis mengkritik serta memperlekehkan sumbangan masyarakat tempatan dalam pembangunan negara. Ini seterusnya akan membawa satu dimensi baru dalam pensejarahan Malaysia dan seterusnya mampu mengembalikan nostalgia kegemilangan negara pada masa silam.

5.1.2

Memupuk Perpaduan Masyarakat

Perpaduan merupakan satu elemen yang menonjolkan identity masyarakat Melayu. Ia banyak dikaitkan dengan sifat bersopan-santun, permuafakatan dan saling bekerjasama

35 Khazin Mohd. Tamrin dan Rahmat Saripan, Kongres Sejarah Malaysia II, Anjuran Persatuan Sejarah Malaysia, 26-28 November 1996 ( Bahagian pertama), hlm 3.

22 antara anggota dalam komuniti. Peranan warisan puisi dalam memupuk perpaduan masyarakat Melayu dapat dilihat dalam petikan teromba yang bertajuk Hidup bermuafakat:

Seikat seperti sirih, serumpun seperti serai, Seciap seperti ayam, sedencing seperti besi, Malu tidak boleh diagih, suka tidak boleh dianjal, Melompat sama patah, menyerudup sama bengkok, Jalan sedondon, selenggang seayun.36

Kepentingan perpaduan turut diterapkan dalam syair dan ia jelas dalam Syair Haji Abdul Rahman. Ia menggmbarkan kehidupan Muhamad Nor yang sentiasa mementingkan sistem rasa, nilai-nilai dan norma budaya muafakat dan gotong-royong. Di mana nilai-nilai ini dikatakan kunci kejayaan sesebuah keluarga, masyarakat dan bangsa. 37Malahan kepentingan perpaduan turut dititikberatkan dengan kata-kata seperti ‘Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.’ Ia memperjelaskan betapa pentingnya perpaduan dalam mencapai kejayaan kerana apabila kita bekerjasama, sesuatu tugasan yang sukar itu akan dapat diselesaikan dengan mudah berbanding dengan situasi di mana kita berbalah semasa sendiri dan seterusnya mendatangkan kemudaratan kepada diri dan masyarakat.

5.1.3

Mempertahankan Sistem Nilai Masyarakat Melayu

Di dalam mana-mana sistem sosial, norma dan nilai yang menentukan identiti sesuatu sesuatu bangsa. Kepelbagaian adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dapat menampilkan satu 36 37

Harun Mat Piah, Puisi Melayu Tradisional: Nasihat dan Pengajaran, hlm.64. Khazin Mohd Tamrin, Tradisi Merantau dan Syair Hj. Ahmad Rahman, hlm. 3.

23 sistem nilai yang dapat membentuk identiti mereka. Menyedari hakikat ini, warisan puisi memainkan peranan penting dalam melahirkan serta memperkukuhkan system nilai masyarakat melayu tradisional. Ia dapat dilihat menerusi karya-karya puisi yang dicipta dan bertemakan adapt dan etika serta aspek budi dan bahasa. Dalam teromba yang bertajuk Persefahaman dan tolong-menolong ia menegaskan:

Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat, Faham sesuai, benar seukur, Bulat segolek, pipih selayang, Rundingan juga selisih, Muafakat jangan bersanggah.38

Manakala dalam memperkatakan pentingnya adat dan etika, pantun berikut cukup jelas dalam menerangkan pentingnya nilai itu dalam sistem kehidupan masyarakat Melayu:

Apalah tanda batang putat, Batang putat bersegi buahnya, Apalah tanda orang yang beradat, Orang beradat tinggi maruahnya. Justeru itu, warisan puisi dilihat memainkan peranan yang penting dengan sentiasa mengingatkan generasi muda untuk mengamal nilai dan norma hidup yang telah dibentuk oleh masyarakat tradisional dalam usaha membentuk jati diri yang utuh. Ia jelas dalam peribahasa yang berbunyi ‘orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa’.

38

Harun Mat Piah, Puisi Melayu Tradisional: Nasihat dan Pengajaran, hlm.56.

24 Dalam memahami peribahasa ini, kita digalakkan agar bersopan-santun dan berbudi bahasa dalam pergaulan seharian dengan bermanis wajah dan berterima kasih kepada mereka yang membantu kita.39 Walaupun, kita perlu mengamalkan sikap menerima dan memberi dalam kehidupan seharian kita namun perlu ditegaskan bahawa tangan yang memberi itu lebih mulia daripada tangan yang menerima.

5.1.4

Membina identiti Bahasa Melayu

Warisan puisi Melayu tradisonal menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu pada masa silam menerusi ungkapan-ungkapan peribahasa, pantun, bidalan, gurindam dan sebagainya berjaya membina satu identiti Bahasa Melayu yang mantap. Ungkapan-ungkapan yang mengandungi falsafah tersendiri disebalik cerminan makna yang tersirat dan begitu indah bahasanya ternyata berjaya mengangkat martabat Bahasa Melayu selaku ‘lingua franca’ masyarakat di Alam Melayu.

Pada masa yang sama, penyerapan unsur-unsur luar dari Arab-Parsi dan Hindu berjaya memperkayakan perbendaharaan kata Bahasa Melayu dan menjamin kesinambungan bahasa itu dalam masyarakat Nusantara. Selain itu, ia juga berjaya mewujudkan satu rangkaian atau persamaan di kalangan penduduk Nusantara. Walaupun ungakapan-ungkapan yang digunakan berlainan dari aspek dialek mengikut tempat dan persekitaran namun pemikiran yang dicernakan itu tetap mempunyai persamaan maksud dan tujuan. Misalnya dalam pepatah Minangkabau yang berbunyi ‘Rajo bana disambah, Rajo nana disanggah’ adalah sama maksudnya dengan ungkapan pepatah Melayu ‘ Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah’.

39

Suradi Parjo, Peribahasa Warisan, hlm. 203.

25 Puisi tradisional bukan sahaja berperanan dalam membina identiti Bahasa Melayu malah ia turut memainkan peranan penting dalam memastikan ia tidak luput ditelan zaman agar ia tidak senasib dengan bahasa-bahasa kuno yang lain seperti Sanskrit dan pallava yang telah pun lesap entah ke mana. Malahan hari ini, Bahasa Melayu seolah-olah ‘ tak hilang cahaya manikam, walau jatuh ke limbahan sekalipun. Merujuk kepada peribahasa ini, ia menjelaskan kukuhnya kedudukan Bahasa Melayu dalam masyarakat kita. Di mana kewibawaannya tidak akan terjejas dalam apa situasi sekalipun walaupun ia menghadapi saingan yang begitu sengit dari bahasa lain terutamanya Bahasa Inggeris.

6.1

KESINAMBUNGAN WARISAN PUISI DALAM MASYARAKAT MELAYU

Kemampuan

puisi

tradisional

dalam

memancarkan

minda

masyarakat

Melayu

membolehkannya terus ‘hidup’ sehingga ke hari ini. Puisi tradisional mencerminkan tabiat, fikiran dan perasaan Melayu. Ia sering mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu ketika merakamkan perasaan hiba, kasih sayang, cemburu, bersyukur atau didorong untuk memberi nasihat, memperkukuhkan pegangan adat dan agama.40 Kesinambungan warisan puisi dalam masyarakat Melayu menyaksikan warisan puisi terus diamalkan dan berkembang mengikut araus perdana. Masyarakat Melayu yang mengadaptasikan warisan puisi dalam kehidupan harian mereka telah mencipta puisi moden yang muncul pada awal-awal tahun 1930an dan berkembang pesat pada tahun 1950an.41

Perkembangan ini membawa kepada lahirnya sajak yang bergerak seiring dengan kebangkitan dan perkembangan kesedaran kebangsaan. Sajak merupakan satu lambang pengucapan yang digunakan oleh penyair-penyair Melayu untuk menyuarakan kesedaran ke 40

Wan Ab. Kadir Wan Yussoff ( pngr.), Pantun Manifestasi Minda Masyarakat, hlm. 9 Kamaruzzaman Abd. Kadir, Nasionalisme Dalam Puisi Melayu Moden, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 1982, hlm. 124. 41

26 arah penentuan untung nasib bangsa dan tanah air mereka sendiri. Peranan penyajak-penyajak seperti Masuri S.N, Tongkat Warrant, Asmara, Afrini Adham, Halim Anuar, A.S Amin, M. Ghazali, A. Samad Said dan Suria Negara telah merancakkan perkembangan sajak dan berjaya menyemarakkan semangat orang Melayu dalam memperjuangkan kedudukan dan kepentingan mereka. Ia dapat digambarkan dalam sajak ‘Masyarakat ‘Sawa Matang’, karya Nhmar Jamil:

Engkau lihat pada masyarakat masyarakat sawo matang segala kemiskinannya segala himpitannya segala penderitaannya.42

Kesedaran yang diperlihatkan oleh penyair ini membayangkan bahawa sajak akan terus menjadi lambang pengucapan mereka untuk memperjuangkan nasib bangsa. Pada masa yang sama, ia turut menanam kesedaran di kalangan masyarakat Melayu untuk berusaha dengan lebih gigih dan tidak lagi terus lalai dan ketinggalan.

7.1

CABARAN DAN HALA TUJU

Walaupun puisi terus berkembang hari ini, namun kewujudan pelbagai cabaran dan rintangan yang sering mengancam kehadirannya. Lantaran itu, sejauh manakah warisan itu masih dihayati oleh generasi kini mula dipersoalkan. Selain itu, hala tuju warisan puisi tradisional yang telah bertapak ratusan tahun itu juga menjadi tanda tanya.

42

Ibid, hlm. 128.

27 Sikap memandang rendah nilai dan peranan Bahasa Melayu merupakan cabaran utama bagi meneruskan kesinambungan warisan puisi. Penggunaan Bahasa Inggeris di sekoalh dan institusi pengajian tinggi terutamanya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik telah melemahkan penggunaan Bahasa Melayu. Peribahasa ‘bahasa menunjukkan bangsa’ gagal bertapak di sanubari masyarakat Melayu moden yang lebih cenderung mengagung-agungkan bahasa asing dan ini mengikis identiti Bahasa Melayu dan seterusnya membantutkan perkembangan dan penghayatan warisan itu.

Dasar Pendidikan Negara juga dilihat gagal berperanan dalam memartabatkan kedudukan warisan puisi tradisional. Para pelajar lebih cenderung ke arah sains dan teknologi berbanding dengan kesusasteraan. Penekanan terhadap mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris ‘melemaskan’ Kesusasteraan Melayu dan menghalang penerapan nilai dan pemahaman tentang fungsi dan peranan warisan puisi dalam perkembangan diri, bangsa mahu pun masyarakat.

Para sasterawan pula berada dalam dilema antara materialisme dengan dunia kreatif yang semakin malap. Ketidakpekaan masyarakat kini terhadap nilai warisan puisi menghalang mereka daripada terus berkarya. Masyarakat

telah hilang minat terhadap karya puisi

sebaliknya begitu rakus mengejar kekayaan duniawi. Lantaran itu, kemunculan karyawankaryawan muda dan berbakat begitu dirasai dan kita masih bergantung harapan terhadap karyawan veteran yang semakin luput ditelan zaman. Perkembangan yang tidak sihat ini bakal melelapkan sinar warisan puisi tradisional kita.

Kebanjiran budaya Barat turut menyumbang kepada kesuraman warisan puisi tradisional. Unsur-unsur hiburan yang rancak dan melalaikan diterap pula dengan budaya

28 kuning seperti ‘punk’ dan ‘skin head’ bukan sahaja membinasakan identiti serta jati diri generasi muda malah membutakan hati mereka terhadap nilai-nilai estetika warisan puisi tradisional.

Lantaran itu, hala tuju warisan puisi tradisional berada di persimpangan. Ia bakal menempuh era kegelapannya sekira masyarakat terus mengamalkan sikap buta hati dan tidak peduli. Kehancuran kemanusiaan akibat peperangan, kesesatan dalam ideologi, kepentingan kebendaan,dan kepuasan sementara akan memudaratkan warisan puisi. Warisan peninggalan moyang kita itu akan terus dilupakan dan itu merupakan satu kerugian yang cukup besar kepada bangsa kita kerana warisan puisi itu merupakan satu amalan ciptaan yang penuh dengan ciri-ciri imaginasi dan dikaitkan dengan kemesraan kita dengan aspek-aspek simbol, kata-kata, warna, dan alam yang tidak mungkin boleh dijual beli dengan wang ringgit.

KESIMPULAN

Warisan puisi Melayu tradisional merupakan satu cabang utama dalam kesusasteraan Melayu. Ia dikatakan lahir hasil daripada sistem rasa masyarakat Melayu tradisional yang banyak menggunakan tradisi lisan dalam kehidupan mereka. Penyusunan kata, pemilihan perkataan yang sesuai, tepat dan indah serta penggunaan tema yang disesuaikan dengan sitausi telah melahirkan warisan puisi tradisional yang telah pun bertapak di negara kita sebelum kedatangan pengaruh Islam lagi.

Fungsi puisi pelbagai dan sering dijadikan perantaraan antara interaksi minda dengan naluri manusia pada sebelah pihak dengan interaksi antara minda dan alam semesta ciptaan Tuhan. Malahan ada yang beranggapan puisi itu bertujuan untuk membersihkan kerohanian

29 kita melalui rasa simpati atau keinsafan. Manakala puisi yang bersifat humor pula dikatakan untuk membetulkan manusia ke arah jalan yang lurus di samping menggelikan hati. Namun begitu, semua bersetuju puisi itu bertujuan untuk menyemarakkan kesedaran agar manusia sedar tentang hidup yang kompleks dan hubang kait antara manusia dengan alam dan penciptaanNya.

Dalam membincangkan kesinambungan puisi dalam masyarakat kini ia dilihat masih terus berkembang tetapi ruang lingkupan semakin terhad. Budaya ini hanya dapat dilihat di majlis-majlis tertentu sahaja dan hanya dipraktikkan oleh segelintir masyarakat. Selain itu, kita juga bersifat ‘selective’ dalam penghayatan terhadap warisan puisi di mana bentuk-bentuk puisi seperti syair, pantun, peribahasa serta sajak masih terus berkembang tetapi pada masa yang sama kita telah mengenepikan bentuk-bentuk puisi lain seperti mantera, gurindam, nazam, maszawi, rubai mahupun ghazal.

Namun begitu, warisan puisi Melayu sebagai sumber kajian mengenai pemikiran falsafah hidup masyarakat Melayu tidak dapat dinafikan. Peranannya itu dapat disokong dengan kukuh berdasarkan perkembangan warisan itu, kesinambungannya sehingga hari ini, serta fungsi serta kepentingannya kepada masyarakat Melayu.

Related Documents

Warisan Puisi
December 2019 26
Warisan
December 2019 20
Puisi
April 2020 38
Puisi
May 2020 37
Puisi
July 2020 30
Puisi
May 2020 38

More Documents from "Arvien"

Malayan Union
December 2019 49
Dap Dalam Politik Malaysia
December 2019 40
Mahathir
December 2019 46
Detik Hitam Politik Malaysia
December 2019 36