Warisan

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Warisan as PDF for free.

More details

  • Words: 353
  • Pages: 1
TAKAFUL Cabang Muamalat Islam yang saling menjamin, menjaga dan memelihara sesama peserta berasaskan kepada konsep Tabarru’.

WARISAN

Faedah simpanan dan perlindungan yang membolehkan anda merancang kewangan demi kesejahteraan anda dan generasi akan datang.

Manfaat Utama • Membolehkan perlindungan diteruskan sehingga umur 88 tahun walaupun sumbangan telah tamat. • Pilihan sumbangan terhad pada umur 55, 60 atau 65 tahun. • Di akhir tempoh kontrak semua amaun terkumpul dan keuntungan dalam Akaun Peserta berserta dengan lebihan Akaun Khas Peserta akan dipulangkan. • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 3 pembayaran. 20% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan daripada Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 40% pada akhir tahun pertama dan kedua dari tarikh keilatan. • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul daripada tahun kedua penyertaan. • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.

Manfaat Perlindungan Komprehensif Pakej perlindungan berikut boleh dimasukkan sebagai manfaat perlindungan komprehensif dengan sumbangan tambahan. • • • • • •

Rider Bertempoh Rider Penyakit Kritikal Rider Manfaat Hospital Rider Pampasan Kemalangan Rider Manfaat Kematian Akibat Kemalangan Rider Manfaat Pembayar - Kontrak Juvana sahaja

Kelayakan Penyertaan Had Umur : 6 bulan hingga 60 tahun (pada tarikh lahir akan datang) Tempoh Penyertaan : Minimum 28 tahun dan maksimum 87 tahun Had Umur Matang : 88 tahun (pada tarikh lahir akan datang) Sumbangan Minimum : RM600.00 setahun Lat Sumbangan :

• • • •

Tahunan Setengah Tahunan Suku Tahunan Bulanan

Perlindungan minimum : RM10,000

Pembahagian Keuntungan/Lebihan Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Etiqa Takaful Berhad.

Pengecualian Cukai Pendapatan Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.

*Penting Fakta penyata ini merupakan keterangan ringkas. Untuk mendapatkan butir-butir lengkap mengenai syarat dan peraturan, sila rujuk kepada kontrak anda.

Pelan ini ditaja jamin oleh: Etiqa Takaful Berhad (266243D) (Dahulunya dikenali sebagai Takaful National Berhad)

Aras 19, Menara C, Dataran Maybank, No 1, Jalan Maarof, 59000 Kuala Lumpur, Malaysia T +603 2297 1888 F +603 2297 2828

www.etiqa.com.my

Etiqa Oneline 1300 13 8888

Related Documents

Warisan
December 2019 20
Lagu Warisan
April 2020 9
2rk4 Warisan
June 2020 16
Warisan Puisi
December 2019 26
2rk2 Warisan
June 2020 12
2rk1 Warisan
June 2020 16