1
PEMIKIRAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD SIEW CHANG YEE Falsafah dan pemikiran Melayu merupakan satu bidang kajian yang amat menarik. Ia merupakan satu bentuk wacana untuk memahami secara mendalam bagaimana orang Melayu membentuk falsafah hidup mereka dalam usaha untuk mempertingkat serta memperbaiki status mereka dalam pelbagai bidang kehidupan. Antara perkara yang sering diperbincangkan ialah mengenai kemajuan, permasalahan sikap, penguasaan terhadap pelbagai bidang ilmu dan juga kemampuan orang Melayu untuk terus bersaing dalam era globalisasi. Lantaran itu, dalam tugasan ini penulis akan memberi tumpuan terhadap permasalahan orang Melayu menerusi pemikiran Dr. Mahathir Mohamad . Dalam mengupas permasalahan itu, aspek kemiskinan serta kemunduran orang Melayu akan dibincangkan dengan teliti dan mendalam. Di mana tiga karya utama Dr Mahathir Mohamad iaitu Dilema Melayu ( 1970 ), The Challenge ( 1986 ) dan Melayu Mudah Lupa ( 2001 ) akan dijadikan rujukan asas dalam tugasan ini. Ia penting bagi mendapatkan ‘ frame of thinking’ Dr. Mahathir Mohamad terhadap permasalahan orang Melayu yang berkisarkan kepada permasalahan kemunduran serta kemiskinan masyarakat itu. Di samping ketiga-tiga buku tersebut, penulis turut akan merujuk kepada beberapa siri penulisan ahli akademik lain yang menulis tentang Dr. Mahathir Mohamad. Antara buku yang dijadikan rujukan dalam menyiapkan tugasan ini ialah The Malay Dilemma Revisited ( 1999 ) oleh M. Bakri Musa, The Other Side of Mahathir ( 1994 ) oleh Zainuddin Maidin, Kolokium Pemikiran Tun Dr. Mahathir ( 2004 ) yang disunting oleh Ramlah Adam, Reflections: The Mahathir Years ( 2004 ) yang disunting oleh Bridget Welsh dan Paradoxes of Mahathirism: An Intellectual Biography of Mahathir Mohamad ( 1995 ) oleh Khoo Boo Teik. Rujukan serta pembacaan tambahan ini penting
2 dalam proses memahami pemikiran Dr Mahathir Mohamad dan seterusnya mendapat satu gambaran kasar tentang ‘ mode of thinking’ beliau. 1.1
POLA PEMIKIRAN MASYARAKAT MELAYU
Falsafah pemikiran Melayu memasuki satu tahap baru dengan kemunculan Abdullah Munsyi . Ia merupakan satu titik pemisah kepada penulisan-penulisan yang berunsurkan mytopoeism Melayu yang sarat dengan unsur-unsur tahyul, mitos, legenda yang dimanifestasikan dalam karya-karya pra-Islam dan dicampur aduk dengan pengaruh Hindu-Buddha. Menurut Mohd Wahiduddin b. Abd. Wahab ( 1965 ) : ‘…there is nothing legendary or mythical in his writing and that is a break way from traditional Malay writing of legends and romance century round the court’.1 Pemikiran Abdullah Munsyi jelas menonjolkan cirri-ciri pembaharuan dan ia memberi tumpuan kepasa aspek kehidupan masyarakat massa dan melihat sesuatu peristiwa itu dari kaca mata masyarakat biasa dan tidak lagi terikat dengan pemikiran tradisional. Menurut Shaharuddin Maarof ( 1998): ‘ Abdullah Munsyi merupakan pelopor dalam pemikiran moden Melayu. Beliau melihat serta mengkaji secara kritis kemiskinan dan kemunduran orang Melayu serta kaitannya dengan kepimpinan, nilai sosial dan juga sikap mereka terhadap aspek pembangunan.’2
Kedatangan kuasa Barat serta kemajuan dalam pendidikan telah melahirkan cendiakawan Melayu yang sedar tentang peminggiran serta kemunduran bangsa mereka dalam arus pembangunan. Ia seterusnya membawa kepada kelahiran tiga aliran utama dalam pemikiran Melayu iaitu konservatif, reformist dan sekular. Persoalan yang berlegar di kalangan pendukung aliran-aliran ini pada ketika itu ialah sama ada untuk menolak,
1
Mohd Wahiduddin b. Abd. Wahab, Abdullah Munsyi: As a Historian, Tesis Sarjana Muda, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1965, hlm. 5. 2
Dr Shaharuddin Maaruf, Malay Ideas on Development: From Fuedal Lord to Capitalist, Times Book International, Singapore, 1988, hlm.25.
3 terima atau adaptasikan sistem serta ilmu Barat ke dalam Islam. Ia mengakibatkan kecelaruan serta perbalahan di kalangan ahli akademik Islam. Aliran konservatif yang dipelopori oleh kaum tua dipengaruhi oleh ideologi alGhazali lebih menjurus kepada penekanan konsep Jabariyyah yang mengatakan manusia tidak berkuasa ke atas perbuatannya. Di mana nasib atau rezeki seseorang sudah ditentukan sejak azali lagi dan manusia tidak memiliki daya ikhtiar untuk mengubah kehendak Allah. Aliran ini dilihat menjadikan manusia itu pasif dan bergantung kepada takdir semata-mata. Aliran konservatif ini menjadi pegangan golongan hierarki agama, elit Melayu tradisional dan golongan ulama. Menjelang tahun 1906, telah menyaksikan kelahiran aliran reformis yang didukung oleh Gerakan Reformis Islam iaitu golongan yang mendapat pendidikan di Arab. Mereka terpengaruh dengan Gerakan Islam di Timur Tengah yang diketuai oleh Syed Jamaluddin Al-Afgahari dan Syed Muhammad Abduh. Gerakan ini mengesa umat Islam untuk bangkit dan menentang perluasan kuasa Barat dan juga membersihkan agama Islam daripada segala unsur-unsur yang khurafat dan memudaratkan agama itu.3 Gerakan reformis di Tanah Melayu didukung oleh tokoh-tokoh terbilang seperti Skeikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Haji Abbas bin Mohd Taha dan Sheikh Mohd Salim al-Kalali. Mereka menekankan perlunya proses ‘Culture Sintesisi’ dan penyesuaian ilmu-ilmu Barat dengan Islam agar ia tidak bertentangan dengan akidah orang Melayu. Aliran reformis memberi penekanan kepada penggunaan akal dalam kehidupan harian dan juga mengatur kehidupan kita pada masa hadapan. Kemerosotan pengaruh reformis menyaksikan kelahiran aliran pemikiran yang lebih radikal iaitu aliran sekular yang lebih bersifat kebaratan. Ia menegaskan perlunya untuk menyingkirkan budaya hidup tradisional yang luput dan mengekang kemajuan orang Melayu. Ia menggalakkan penerimaan ilmu-ilmu Sains dan menumpukan kepada ilmu yang bersifat akliah yang dianggap sebagai tunjang kekuatan manusia. Lantaran itu, orang Melayu perlu menguasai ilmu sains agar mampu bersaing dengan kaum lain kerana 3
Sohaimi Abdul Aziz (ed.), Syed Syeikh Al-Hadi: Cendekia dan Sasterawan Ulung, Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 2003, hlm. 37.
4 beranggapan bahawa ilmu-ilmu yang bersifat naqliah sahaja tidak mampu menyelesaikan masalah kerana ia kurang praktikal. Pengaruh aliran ini semakin kuat sejak tahun 19401960 dengan kemunculan Asas 50 yang menonjolkan pemikiran sekular mereka menerusi penghasilan novel, cerpen, majalah dan akhbar. Golongan intelektual yang terdedah kepada humanisme Barat ini memperjuangkan konsep ‘modernity’ dan mengagungagungkan sistem kapitalis Barat dan mengenepikan sIstem lama yang dianggap menjumudkan orang Melayu. Kemuncak kepada perkembangan aliran ini adalah di sekitar tahun 60an yang menyaksikan terbitnya ‘Revolusi Mental’ pada tahun 1969 yang ditaja oleh Pemuda UMNO. 4 Secara ringkasnya, perkembangan pemikiran Melayu di negara kita dicorakkan oleh tiga aliran utama dan seterusnya telah membentuk satu mood of thinking yang berbeza-beza di kalangan golongan intelektual mahupun ahli politik. Ia seterusnya membawa kepada proses pengabungjalinan aliran pemikiran pada zaman moden ini. Proses itu telah melahirkan aliran-aliran pemikiran yang lebih moderate dan refleksible pada masa ini. 2.1
IMBASAN PERJUANGAN DR MAHATHIR MOHAMAD
Penglibatan Dr Mahathir Mohamad secara aktif dalam politik bermula seawal tahun 1964. Profesionnya sebagai seorang doktor banyak membantu beliau dalam karier politiknya. Dr Mahathir Mohamad dikenali sebagai Dr. UMNO dan banyak membantu golongan miskin dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki taraf hidup orang Melayu yang dibelenggu kemiskinan.5 Kejayaan memenangi kerusi parlimen kawasan Kota Setar pada tahun 1964 telah melonjakkan nama Dr Mahathir di arena politik. Dalam usaha memperjuangkan nasib bangsa Melayu, beliau telah muncul sebagai nasionalis Melayu yang paling dominan dalam era 60an. Kelantangan menyuarakan pendapatnya tentang perlunya memelihara 4
Dr Shaharuddin Maaruf, Malay Ideas on Development: From Fuedal Lord to Capitalist, hlm.138.
5
M. Rejendran, Mahathir Mohamad: Prime Minister of Malaysia, IBS BUKU Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1993, hlm. 2.
5 serta mempertahankan ketuanan Melayu menjadikan Dr Mahathir Mohamad begitu sinomin dengan orang Melayu. Namun begitu, ia menimbulkan kebimbangan di kalangan orang Melayu yang melihatnya terlalu agresif dan bersifat racist. Justeru itu, Lee Kuan Yew mengecam beliau sebagai golongan ultra-Melayu.6 Dalam mengulas kecaman itu, Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa: ‘ I have misinterpreted and misunderstood, even at the time when I was lebelled as Ultra. I felt that the label was a political gimmick, and that image is unacceptable to a large majority of Malaysians. When I was a member of Parliament, all I was talking about was the Malays should have a fair share in this country- no more than that.’ 7 Walaupun semakin mendapat sokongan orang Melayu, kelantangan menyuarakan ideanya yang pro-Melayu secara terbuka telah memakan dirinya. Dr Mahathir telah tewas dalam Pilihan Raya 1969 kepada Haji Yusof Rawa dan dalam mengulas kekalahan itu, Dr Mahathir mendakwa dia telah dikhianati oleh pengundi Cina. Menurut Khoo Boo Teik ( 1995 ), dalam Paradoxes of Mahathirism,: ‘ He had caused some difficulties for himself by his outspoken views on the advancements of the Malays. For his opinions, he was labeled ‘ a Malay Ultra’ by Chinese, who voted heavily against him.’8
Kekalahan itu telah merencatkan perkembangan politik Dr Mahathir Mohamad. Beliau mula mensasarkan kekecewaannya terhadap prestasi Parti Perikatan dalam Pilihan Raya 1969 yang dianggapnya berpunca daripada kelemahan pentadbiran Tunku Abdul Rahman yang dikatakan terlalu banyak berkompromi, tidak serius dan komited terhadap perjuangan bangsa Melayu dan tidak mempunyai visi bagi masa hadapan negara. 9 6
Zainuddin Maidin, The Other Side of Mahathir, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1994, hlm. 16. 7
Khoo Boo Teik, Paradoxes of Mahathirism: An Intellectual Biography of Mahathir Mohamed, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1995, hlm. 20. 8
Ibis, hlm. 21. 9
Zakry Abadi, Mahathir: dalam Dilema Melayu, Gelanggang Publishing, Kuala Lumpur, 1992, hlm. 17.
6
Ia seterusnya telah mencetuskan satu polemik politik yang berpanjangan antara Dr Mahathir Mohamad yang terus mengkritik pentadbiran Tunku Abdul Rahman sehinggalah pada 17 Jun 1969, dalam sepucuk suratnya kepada Tunku, Dr Mahathir telah mendesak beliau untuk meletakkan jawatan. Di dalam surat tersebut, Dr Mahathir Mohamad mendakwa : ‘ Tunku hanya mendengar serta menerima pendapat daripada segelintir pegawai dikelilingnya. Pada masa yang sama, golongan itu tidak memberi nasihat yang sewajarnya. Lantaran itu, Tunku menjadi sasaram kebencian orang Melayu dalam UMNO mahupun PAS terutamanya mereka yang kehilangan anggota keluaarga mereka dalam tragedi 13 Mei. Tunku dikatakan perlu bertanggungjawab dalam insiden itu kerana kegagalan beliau memahami situasi perkauman pada masa itu dan gagal menghalang tragedi berdarah itu daripada tercetus.’10
Kritikan yang keras itu jelas menimbulkan perasaan kurang senang Tunku Abdul Rahman dan ia berakhir dengan pemecatan Dr Mahathir dari UMNO pada 12 Julai 1969. Namun begitu, ia bukan penghujung karier beliau dalam politik, sebaliknya Dr Mahathir Mohamad semakin lantang dalam menyuarakan pendapatnya sehinggalah terhasilnya buku Dilema Melayu yang diterbitkan pada tahun 1970 di Singapura. Antara analisanya dalam buku tersebut, Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa keharmonian antara kaum di Tanah Melayu tidak tulen bahkan tidak berakar umbi.11 Perselisihan kaum yang serius tidak berlaku sebelum ini tidak hanyalah kerana ada penyesuaian dan sedikit tolak ansur. Dalam mengkritik pucuk kepimpinan negara pula, Dr Mahathir Mohamad melihat kerajaan pimpinan Tunku banyak berlaku kepincangan dan penyelewengan.12 Penindihan tugas dalam kerajaan dan parti sering menimbulkan kecelaruan. Kepentingan parti sering 10
Khoo Boo Teik, Paradoxes of Mahathirism: An Intellectual Biography of Mahathir Mohamed,
11
Mahathir Bin Mohamad, Dilema Melayu, (terj ), Federal Publications, Kuala Lumpur, 1982,
12
Ibid, hlm. 11-12.
hlm. 22. hlm. 6.
7 dibelakangkan dan pendapat Majlis Tertinggi serta ahli tidak lagi dihiraukan. Lantaran itu parti menjadi lemah dan gagal mencatat keputusan yang baik dalam pilihan raya. Pandangan yang telah diutarakan oleh Dr Mahathir Mohamad dalam Dilema Melayu ( 1970 ) telah dinyatakan dengan penuh ketegasan walaupun ia menyentuh sesetengah subjek yang dianggap sebagai sensitif dan kontroversial pada ketika itu. Namun begitu, ia telah menjadi satu karya ilmiah yang akan dikenang oleh orang Melayu buat selamalamanya kerana ia telah muncul ketika orang Melayu sedang menghadapi dilemma, jalan buntu, dan kehampaan kerana kemerdekaan yang dicapai gagal memberi satu pembelaan dan orang Melayu terus dibelenggu kemiskinan dan ketinggalan dalam arus pembangunan.13 Buku tersebut telah diharamkan kerana dianggap terlalu kontroversi dan membahayakan keamanan negara. Walaupun begitu, penerbitan Dilema Melayu serta surat terbuka Dr Mahathir Mohamad telah berjaya mengembalikan namanya dalam arena politik negara. Beliau dianggap sebagai hero dalam idealisme kepimpinan Melayu yang berani bersuara demi mempertahankan hak serta ketuanan Melayu. Masyarakat Melayu telah melihat penulisan itu satu pandangan yang kritis dari seorang nasionalis Melayu yang peka dengan nasib bangsa yang hidup melarat di tanah air sendiri. Perubahan pucuk kepimpinan menyaksikan kembalinya Dr Mahathir Mohamad dalam UMNO pada tahun 1972. Sejak itu, beliau tidak menoleh ke belakang dan telah diberi kepercayaan dalam UMNO mahupun kerajaan dalam memegang pelbagai jawatan penting. Namun begitu matlamat perjuangan Dr Mahathir Mohamad masih belum selesai, beliau terus berusaha untuk menyedar serta memajukan bangsanya melalui penulisan. Ia telah membawa kepada lahirnya karya The Challenge pada tahun 1976. Dalam meniti arus kemajuan, beliau melihat orang Melayu sedang menghadapi kekeliruan.14 Lantaran itu dalam penulisan, The Challenge, Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa orang Melayu sedang berhadapan dengan tiga cabaran iaitu diri mereka, agama mereka dan politik mereka. Ini kerana ketiga-tiga perkara ini saling bergantungan dan bakal 13
Prof. Dato’ Dr. Ahmad Fawzi Haji Mohd. Basri, Kolokium Tun Dr. Mahathir, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme, Melaka, 2004, hlm. 26. 14
Ibid, hlm. 39.
8 menentukan kejayaan serta keupayaan bangsanya, Melayu. Aspirasi Dr Mahathir dalam melihat orang Melayu setanding dengan bangsa lain tidak pernah terpadam walaupun setelah beliau menjadi perdana menteri. Ia dapat dilihat dalam tegurannya terhadap orang Melayu dalam buku Melayu Mudah Lupa ( 2001 ) yang merupakan kompilasi ucapan Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung UMNO pada 21 Jun 2001. Dalam penulisannya Dr Mahathir Mohamad mengajak orang Melayu untuk mengimbas semula kehidupan orang Melayu semasa zaman penjajahan dan mengingatkan mereka bahawa pencapaian orang Melayu masih rendah. Beliau menggesa orang Melayu untuk terus mengejar ilmu agar dan sentiasa mengingati perjuangan tokoh-tokoh pada masa yang lampau. Kemuncak karier politik Dr Mahathir Mohamad tiba pada 18 Julai 1981 apabila beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Pada tahun yang sama, Dr Mahathir Mohamad menang tanpa bertanding sebagai Presiden UMNO. Ia seterusnya menandakan bermulanya era Mahathirism di Malaysia yang telah berlangsung lebih daripada 20 tahun. Era pentadbiran Dr Mahathir Mohamad dianggap sebagai satu era pentadbiran yang penuh dengan kontroversi. Menurut Rajendran ( 1993 ) dalam Mahathir Mohamad: Prime Minister of Malaysia, Dr Mahathir Mohamad: ‘ …seen to be the most controversial figure ever hold this premier position. He is seen by many as the only prime minister who had the audacity to be very blunt and had no fear of “rocking the boat”. 15 Namun begitu, Dr Mahathir Mohamad berjaya mengatasi segala permasalahan itu dengan begitu baik. Lantaran itu, beliau sentiasa disanjungi oleh rakan serta dihormati oleh lawannya. Beliau dianggap sebagai ‘ the ultimate survivor as he has managed to remain unscathed crisis during his leadership’16
15
M. Rejendran, Mahathir Mohamad: Prime Minister of Malaysia, hlm. 1.
16
Ibid.
9 3.1
PEMIKIRAN DR MAHATHIR MOHAMAD MENGENAI PERMASALAHAN ORANG MELAYU
Kerangka pemikiran Dr Mahathir Mohamad banyak dipengaruhi oleh corak pemikiran golongan reformis yang dipelopori oleh Zaba dan Syeikh al-Hadi. Ia bertujuan untuk untuk memperbaiki cara berfikir dalam kehidupan umat Islam. Ia menyeru orang Melayu untuk keluar dari belenggu kemiskinan dan kemunduran dengan mendekati ilmu-ilmu yang bersifat akliah terutamanya ilmu-ilmu yang bersifat saintifik. Di mana kedua-dua tokoh ini berpendapat pengetahuan manusia perlu dihasilkan melalui kaedah-kaedah saintifik. Lantaran itu untuk mencapai kemajuan, orang Melayu perlu menerima dan menguasai sains Barat. Ia kemudiannya membawa kepada perkembangan aliran sekular modernist di dalam jiwa Dr Mahathir Mohamad. Corak pemikiran sekular ini jelas dalam pandangan beliau tentang kemiskinan dan kemunduran orang Melayu. Beliau melihat kemiskinan dan kemunduran itu daripada pelbagai sudut. Ia termasuklah aspek pendidikan, pemilikan harta, nilai-nilai yang positif serta keyakinan diri. Dalam melihat punca-punca kemunduran dan kemiskinan orang Melayu, Dr Mahathir Mohamad memberi penekanan kepada faktor baka dan alam sekitar. Dalam mengulas faktor pengaruh baka, beliau menyatakan bahawa kajian-kajian saintifik telah pun membuktikan bahawa zuriat yang dilahirkan akan mewarisi baka ibu bapa yang lebih menonjol dan menolak konsep lazim yang menyatakan zuriat hendaklah merupakan perwatakan yang lebih sederhana dari sifat-sifat utama kedua-dua ibu bapa. 17 Justeru itu, beliau menegaskan bahawa ‘satu perkara yang diterima umum ialah faktor-faktor keturunan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan sesuatu kaum.’18
17
Mahathir Bin Mohamad, Dilema Melayu, (terj ), hlm. 20.
18
Ibid, hlm. 19.
10 Dalam usaha untuk mempertahankan pendapatnya, pandangan Cyril Dean Darlington, seorang pakar genetik telah dipetik. Di mana tinjauan Darlington telah digunakan untuk melihat aspek pembiakan keturunan orang melayu termasuklah soal perkahwinan di antara sepupu atau kaum keluarga yang terdekat. Dr Mahathir Mohamad mengulas: ‘Amalan begini biasa berlaku di kalangan orang melayu. Pengaruh keturunan boleh juga menimbulkan kesan buruk di dalam masyarakat yang menggalakkan setiap berkahwin, tidak kira sama ada orang itu sihat atau tidak. Oleh itu, orangorang yang cacat tubuh badan atau otak juga dikahwinkan dan beranak pinak.’19
Setelah melihat pengaruh baka dalam perkembangan bangsa, Dr Mahathir Mohamad turut membicarakan tentang pengaruh alam sekitar dalam pembentukan watak manusia. Orang Melayu dikatakan mundur dan malas kerana alam sekitar yang melingkungi kehidupan mereka subur, tidak banyak halangan untuk memperoleh makanan, justeru itu ia membentuk keperibadian orang Melayu yang relatif selesa. Selain itu, Dr Mahathir Mohamad turut melihat pengaruh pekerjaaan orang Melayu terhadap diri mereka. Beliau menyatakan: ‘Sebilangan besar orang Melayu terlibat di dalam penanaman padi, iaitu satu pekerjaan bermusim. Kerja-kerja sebenarnya hanya masa selama dua bulan dan masa lapangnya begitu panjang. Pada masa yang sama, iklim negeri ini panas dan lembab tidak begitu menggalakkan kerja-kerja berat ataupun daya pemikiran yang lebih aktif. Oleh itu, penduduknya lebih suka duduk rehat-rehat atau berbual-bual dengan jiran tetangga dan rakan-rakan mereka’.20
Dr Mahathir Mohamad telah membuat satu perbandingan dalam melihat pengaruh baka dan alam sekitar dalam kehidupan orang Melayu . Di mana beliau melihat kesengsaraan hiduporang Cina akibat daripada malapetaka dan peperangan yang berlaku di Tanah Besar China telah membentuk satu jati diri yang kuat di mana masyarakat itu.
19
Ibid, hlm. 2.
20
Ibid, hlm, 25.
11 Di mana menurut Dr. Shaharuddin Maaruf ( 1988 ), ‘ In that process, the weak in mind and body lost out to the strong and the resourceful’21 Pada masa yang sama, masyarakat Cina menghalang perkahwinan pembiakan seketurunan dan amalan itu telah pun diamalkan sejak beribu-ribu tahun dahulu. Berdasarkan analisa yang dilakukan oleh Dr Mahathir Mohamad jelas dapat dilihat pengaruh baka dan alam sekitar sebagai satu punca kemiskinan dan kemunduran orang Melayu. Lantaran itu, beliau berpendapat orang Melayu dan tidak mampu menghadapi cabaran pendatang China dan terpaksa mengalah. Orang Cina yang terkenal dengan keazaman yang tinggi serta kerajinan telah mula mengambil alih peranan orang Melayu dalam sektor ekonomi dan seterusnya meminggirkan mereka dari arus kemajuan. Punca kedua, kemunduran orang Melayu juga berkaitan dengan tatasusila dan sistem nilai mereka. Beliau melihat ia sebagai satu faktor yang memandu kehidupan manusia. Perbincangan terhadap isu ini dapat dilihat dalam ulasan Dr Mahathir Mohamad: ‘ Sesuatu bangsa itu berbeza bukan sahaja disebabkan olef fasiognomi, bahasa dan tempat tinggalnya tetapi juga oleh kebudayaannya. Kebudayaan terjalin erat dengan tatasusila dan sistem nilai sesuatu bangsa. Kesusilaan dan sistem nilailah yang melahirkan kesusasteraan, seni kreatif dan visual dan lain-lain manifestasi yang biasanya membentuk kebudayaan.’ 22
Dr Mahathir Mohamad beranggapan sistem nilai tradisional Melayu tidak menggalakkan pertumbuhan ciri keusahawanan serta tidak mementingkan persaingan. Ia melahirkan orang Melayu yang tiada keyakinan diri, tidak memnting masa, kurang bertanggungjwab serta tidak produktif. Ia disebabkan oleh pemahaman yang salah serta menyesatkan di kalangan umat Islam yang mengamalkan kehidupan yang tidak mementingkan unsur duniawi dan hanya memberi keutamaan dalam soal keagamaan 21
Dr Shaharuddin Maaruf, Malay Ideas on Development: From Fuedal Lord to Capitalist, hlm.
141. 22
Mahathir Bin Mohamad, Dilema Melayu, (terj ), hlm. 183.
12 sahaja.23 Justeru itu orang Melayu menjadi anti pembangunan serta tiada tabiat menabung kerana tidak mementingkan material . Pada keseluruhannya, Dr Mahathir Mohammad melihat kemunduran serta kemiskinan orang Melayu turut dilemahkan oleh sistem tatasusila dan nilainya. Khoo Boo Teik ( 1995 ) telah menyenaraikan beberapa kelemahan ketara dalam sisitem nilai nilai dan tatasusila orang Melayu. Antaranya ialah orang Melayu menghargai nywa tetapi nampaknya tidak menghargai sepenuhnya apa yang dikatakan nywa dan tujuannya. Ini kerana walaupun menghargai kehidupan, mereka seolah-olah tidak tahu matlamat hidup mereka. Selain itu, orang Melayu turut dikatakan kurang berjaya dalam perniagaan kerana tidak faham tentang kemampuan wang dan sifat orang Melayu yang terlalu tertib dan sopan santun sering dieksplotasi oleh bangsa lain. Sebaliknya mereka lebih gemar menahan diri dan tidak suka menyakitkan hati orang lain. Dalam memperkatakan kemiskinan di kalangan orang Melayu, Dr Mahathir Mohamad turut melihat dasar kapitalis sebagai punca kepada kemunduran itu. Kehadiran kuasa-kuasa Barat sememangnya telah merobek sistem pentadbiran dan politik Melayu di Tanah Melayu. Sikap rakus dan menindas penjajah yang tanpa segan silu mengeksploitasi sumber negara telah menjadikan orang Melayu seolah-olah ‘melukut di tepi gantang’. British yang mula bertapak di Pulau Pinang selepas pembukaanya pada tahun 1786 telah mengukuhkan penguasaanya terhadap Tanah Melayu selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Dasar ‘pecah dan perintah’ telah digunakan dalam usaha mengawal kepentingan mereka di Tanah Melayu. Mereka bertindak sebagai pemisah atau ‘ buffer ’ antara orang Melayu dengan pendatang.24 Imigran Cina ditempatkan di kawasan lombong dan bandar manakala imigran India pula dihantar ke kawasan estet dan pinggir bandar. Masyarakat Melayu yang majoritinya petani dan nelayan digalakkan untuk terus 23
M. Bakri Musa, The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia, Merantau Publisher, USA, 1999, hlm. 8. 24
Mahathir Bin Mohamad, Dilema Melayu, (terj ), hlm. 144.
13 menetap di kawasan luar bandar. Mereka mawarisi pelbagai masalah seperti kemiskinan, kadar buta huruf yang tinggi serta kekurangan kemudahan asas yang menjadikan mereka terus tertinggal dan tenggelam dalam arus pembangunan. Dalam Melayu Mudah Lupa ( 2001 ), Dr Mahathir Mohammad menyatakan dasar kapitalis penjajah mengakibatkan orang Melayu tertinggal jauh dalam bidang ekonomi berbanding dengan kaum yang lain.25 Penjajah membolot 60% daripada kekayaan negara dan bakinya dikuasai oleh bukan Melayu. Majoriti orang Melayu menjadi petani dan nelayan dengan pendapatan yang amat rendah.26 Kemiskinan dan kemunduran orang Melayu boleh dilihat daripada beberapa aspek. Antaranya ialah dari aspek pendidikan di mana Dr Mahathir Mohamad memberi penekanan perlunya menguasai ilmu-ilmu yang bersifat akliah agar orang Melayu mampu trus bersaing dengan bangsa lain. Menurut, M. Bakri Musa, dalam penulisan Education – A Blemished Legacy: ‘ Malaysia educational achievement is racially skewed across the three main racial groups, with the indigenous Malay majority lagging behind the Chinese and Indian minorities.’27 Lantaran itu, Dr Mahathir Mohamad dalam karyanya Melayu Mudah Lupa (2001) menyatakan orang Melayu tidak begitu menitik beratkan penguasaan ilmu.
28
Mereka
hanya menumpukan kepada fardu ain dan ibadat-ibadat wajib. Sikap itu dibidas Dr Mahathir Mohamad yang menjelaskan ilmu-ilmu lain tidak kurang pentingnya dalam Islam dan Islam mewajibkan penguasaannya kerana ia berkaitan dengan menjamin kesejahteraan dan keselamatan umat islam daripada cengkaman musush-musuh Islam. Sikap orang melayu terhadap ilmu turut diulas dengan panjang lebar dalam karya 25
Dr Mahathir Mohamad, Melayu Mudah Lupa, Pelanduk Publications, Selangor Darul Ehsan, 2001, hlm. 21. 26
Ibid, hlm 22. 27
M. Bakri Musa, Education -A Blemished Legacy in Reflections: the Mahathir Years, Bridget Welsh ( ed. ), Southeast Asia Studies Program, Washington, 2004, hlm. 450. 28
Dr Mahathir Mohamad, Melayu Mudah Lupa, hlm. 15
14 Cabaran ( 1982 ). Di mana Dr Mahathir Mohamad menyatakan orang Melayu berada dalam dilema pelajaran. Kedatangan Barat dan sistem pendidikan sekular gagal dimanfaatkan oleh orang Melayu yang menerimanya dengan penuh prejudis.29 Orang Melayu terus berpegang kepada pemikiran yang disifatkan jumud dan enggan menerima unsur-unsur pembaharuan . Ia jelas dalam The Challenge ( 2002 ) yang menyatakan bahawa: ‘ When the British began colonizing the Malay states and setting up schools to train staff for their government, education among the Malays was still confined to aqidah and ibadah in Islam. The concept of education as a means of disseminating knowledge, wheather general or specialized for training of workers, was new and alien to them. They viewed with suspicion the development of the school system introduced by the British regarding such education as foreign and secular. They were particulary worried about its effect on their religion, Islam’30
Lantaran itu, Dr Mahathir Mohamad beranggapan bahawa kemiskinan ilmu di kalangan orang Melayu telah mengakibatkan kemunduran orang Melayu dan beliau menegaskan bahawa mereka akan terus ketinggalan sekiranya tidak sanggup menerima dan melakukan sebarang perubahan. Kemiskinan dan kemunduran orang Melayu turut dilihat dari segi keperibadian mereka. Dr Mahathir Mohamad beranggapan orang Melayu kekurangan nilai-nilai yang diperlukan untuk bersaing dalam dunia globalisasi. Beliau menegaskan orang Melayu tidak ‘fit’ untuk bersaing dengan bangsa lain. Di mana dalam system ekonomi kapitalis era globalisasi ini, ia mengutamakan konsep ‘ survive of fitness ’.31 Keperibadian Melayu yang sederhana, sering merendah diri dan tidak suka menonjol diri dianggap tidak sesuai dalam era ini. Ia mengakibatkan orang Melayu ditindas dan 29
Mahathir Mohamad, Cabaran, Penerbitan Pustaka Antara, Kuala Lumpur, 1982, hlm.33.
30
________________, The Challenge, Pelanduk Publications, Selangor, 2002, hlm. 21-22. 31
Dr Shaharuddin Maaruf, Malay Ideas on Development: From Fuedal Lord to Capitalist, hlm. 142.
15 dimanipulasi di tanah air sendiri.32 Ini kerana mereka dianggap lemah dan sering menunjukkan teleransi yang tinggi dan bersedia untuk berkompromi tanpa mengambil pendirian yang tegas. Lantaran itu, Dr Mahathir Mohamad menggesa orang Melayu untuk bersifat lebih agresif dan sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang di luar jangkaan. Perubahan sikap ini penting kerana beliau beranggapan amalan sopan santun orang Melayu yang diasuh untuk berakhlak baik dipergunakan oleh orang bukan Melayu untuk terus menekan orang Melayu. Misalnya British menganggap sifat memberi hormat dan mengalah orang Melayu itu sebagai bukti kelemahan dan rendah diri orang Melayu.33 Dr Mahathir Mohamad berpendapat kehidupan di dunia ini perlu ada keseimbangan antara kebendaan serta nilai kerohanian. Oleh itu, beliau berkata umat Islam hendaklah melucutkan anggapan bahawa dunia ini untuk orang bukan islam dan akhirat pula untuk orang Islam.34 Tanggapan ini dilihat sebagai punca kemiskinan ekonomi orang Melayu. Ini kerana tanpa kemajuan dan pencapaian kebendaan, umat Islam akan terus bergantung kepada orang bukan Islam untuk kebanyakan dari keperluan mereka. Memandangkan permasalahan ini, beliau menegaskan bahawa: ‘ Malays should develop their capitalism and their survival may depend on it’35 Selain itu, Dr Mahathir Mohamad turut beranggapan tumpuan semata-mata terhadap politik akan melemahkan orang Melayu. Ia mengakibatkan beliau menyangkal system pengaggihan sebelum ini yang menampakkan orang Melayu memegang kuasa politik manakala orang bukan Melayu pula menguasai sektor ekonomi. Sebaliknya beliau menyaran orang Melayu untuk belajar dan berkongsi kepakaran dengan orang Cina yang dominasi ekonomi negara. Ia perlu dalam proses pembelajaran kemahiran serta selokbelok perniagaan. 32
Mahathir Bin Mohamad, Dilema Melayu, (terj ), hlm. 190.
33
Ibid, hlm. 140.
34
Ucapan-ucapan mengenai Islam oleh Dr Mahathir Mohamad dalam Mahathir: Riwayat Gagah Berani, J. Victor Morais ( terj. ), Arena buka Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1982, hlm. 250. 35
Dr Shaharuddin Maaruf, Malay Ideas on Development: From Fuedal Lord to Capitalist, hlm. 141.
16
Kemiskinan dalam ekonomi orang Melayu juga dikaitkan dengan kekurangan pengalaman serta pengurusan yang kurang cekap.36 Dr Mahathir Mohamad berpendapat orang Melayu gagal memanfaatkan peluang perniagaan yang sedia ada walaupun mendapat pelbagai bantuan dari pihak kerajaan. Mereka terus ketinggalan dalam sektor ekonomi kerana dikatakan suka mengaut untung dengan cepat dan tidak memahami potensi sebenar wang. Justeru itu, orang Melayu gagal memperkembangkan potensi diri dalam dunia perniagaan. Kegagalan orang Melayu menguasai ekonomi negara
dalam dilihat Dasar
Ekonomi Baru ( DEB ) yang menyaksikan mereka tidak mampu memiliki 30% equiti negara. Malah ia mencatatkan penurunan dari masa ke semasa. Trend ini dapat dilihat dalam pegangan saham bumiputera dalam tahun 1990 yang merosot dari 19.3% kepada 19.1% pada tahun 1999.37 Selain itu, orang Melayu turut mencatat kadar kemiskinan yang tertinggi. Ia ketara di kawasan luar bandar dengan kadar kemiskinan sebanyak 12.4% pada tahun 1999.
38
Dalam melihat pendapatan purata orang Melayu pula, 40%
daripadanya mencatat pendapatan sebanyak RM 742 sahaja dan ia semakin ketara di luar bandar dengan pendapatan sebanyak RM 620 sebulan.39 Situasi ini jelas menggambarkan kemiskinan serta kemunduran ekonomi orang Melayu yang telah pun diwarisi sejak bergenerasi yang lalu.
Kemiskinan dan kemunduran ekonomi orang Melayu turut disentuh Dr Mahathir Mohamad dalam Melayu Mudah Lupa ( 2001 ), di mana beliau mengkiritk sikap orang
36
Ucapan-ucapan mengenai Islam oleh Dr Mahathir Mohamad dalam Mahathir: Riwayat Gagah Berani, J. Victor Morais ( terj. ), hlm. 251. 37
Lee Hwok aun, The NEP, Vision 2020 and Dr Mahathir Continuity Dilemma, in Reflections: the Mahathir Years, Bridget Welsh ( ed. ), hlm. 276. 38
Ibid. 39
Ibid.
17 Melayu
yang
tidak
sanggup
membuat kerja
berat dan susah.40
Sebaliknya
menyerahkannya kepada golongan imigran dalam soal melombong bijih dan juga kerja di estet. Akhirnya apabila harga bijih dan getah melambung orang Melayu hanya mampu melihat orang Cina dan India mengaut keuntungan yang berlipat ganda. 4.1
DR MAHATHIR MOHAMAD: PEMULIHAN DAN DILEMA MELAYU
Dr Mahahir menyaran orang Melayu agar orang Melayu memeriksa diri dan kemudiannya mencari alternatif yang terbaik untuk melakukan perubahan. Ia haruslah berlandaskan ilmu dan beliau menyatakan bahawa: ‘ Sebelum kita membincangkan kejadian-kejadian umum dalam pengalaman manusia dalam alam sekitarnya serta sikap orang Melayu terhadap kejadiankejadian ini, barangkali ada faedahnya jika kita mengingati kembali rumusanrumusan umum tentang nilai-nilai etika orang Melayu untuk melihat bagaimana kedudukannya berbanding dengan nilai-nilai etika yang dianjurkan oleh ahli-ahli falsafah dahulu kala.’41
Dalam itu, Dr Mahathir menyaran orang Melayu untuk merenung saranan Plato untuk membina jati diri yang positif dengan memiliki tiga sifat utama iaitu kesederhanaan, keberanian dan kebijaksanaan serta kesabaran. Beliau turut menggesa orang Melayu untuk berusaha, rajin dan kuat bekerja serta menuntut ilmu. Pada masa yang sama mengakui kelemahan diri dan mempelajari segala kecekapan dan berpegang pada nilainilai murni untuk menghindari kemungkaran. Dr Mahathir Mohamad juga melahirkan keyakinan bahawa tatasusila dan nilai budaya adalah satu keperluan dalam kehidupan manusia. Sekiranya mereka ingin berjya dalam kehidupan, maka mereka perlu mengambil langkah-langkah pembetulan dan untuk orang Melayu, beliau menyarankan: 40
Dr Mahathir Mohamad, Melayu Mudah Lupa, hlm. 27.
41
_________________, Dilema Melayu, (terj ), hlm. 188.
18
‘ Analisa tentang sistem nilai orang Melayu ini jelas menunjukkan bahawa sistem ini boleh menghalang kemajuan dan daya saing orang Melayu dalam masyarakat berbilang kaum. Memang betul bukan semua nilai itu buruk di mana iman yang teguh itu memanglah baik kerana dengan sendirinya ia akan menjadi daya penggerak. Tidak ada sebab Islam, jika ditafsir dengan betul, tidak dapat mencapai kesejahteraan rohaniah dan juga kemajuan ebendaan bagi orang Melayu’42
Lantaran itu, Dr Mahathir menyeru orang Melayu untuk mengakui kelemahan dalam sistem nilai dan tatasusila mereka. Ia perlu sekiranya mereka inginkan perubahan dan bertolak dari situ, Dr Mahathir Mohamad yakin orang Melayu ada harapan dan masih boleh memperbaiki kehidupan mereka untuk keluar dari belenggu kemiskinan dan kemunduran. KESIMPULAN Kedatangan kuasa Barat telah membawa satu senario politik yang baru di negara kita. Ia menyaksikan keruntuhan zaman kegemilangan Melayu dan bermulanya sejarah penjajahan yang panjang . Pada masa yang sama, ia turut mengubah struktur penduduk di Tanah Melayu. Kemasukan imigran Cina dan India secara beramai-ramai sejak abad ke18 lagi telah membentuk satu masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Namun begitu, ia turut menyaksikan terpinggirnya orang Melayu dalam arus pembangunan dan mereka ternyata gagal memperolehi sebarang manfaat daripada kemajuan itu. Malah situasi ini tidak berubah setelah negara mencapai kemerdekaan . Ia telah menimbulkan kesedaran golongan intelektual Melayu tentang nasib bangsa mereka. Pada saat-saat inilah munculnya Dr Mahathir Mohamad., seorang nasionalis tulen Melayu yang begitu lantang menyuarakan pendapatnya serta menuntut hak orang Melayu selaku bumiputera. Idea serta pemikirannya banyak disalurkan menerusi penulisan dan antaranya ialah Dilema Melayu yang dianggap penuh kontroversi dan pernah diharamkan di negara kita. 42
Mahathir Bin Mohamad, Dilema Melayu, (terj ), hlm. 204.
19
Di mana dalam karya itu, Dr Mahathir Mohamad cuba memberi tafsiran beliau mengenai pendapat orang Melayu. Beliau berjaya membuat satu analisa yang begitu mendalam tentang faktor kemunduran orang Melayu, masalah ekonomi serta sistem nilai mereka. Beliau turut menegaskan bahawa orang Melayu yang mundur sewajarnya diberi pembelaan yang sewajarnya bagi membolehkan mereka terus hidup. Manakala dalam The Challenge pula, Dr Mahathir Mohamad melihat cabaran terhadap orang Melayu tidak lagi dari kuasa luar sebaliknya dari diri mereka. Ia dikaitkan dengan sikap mereka terhadap agama, penerimaan unsur-unsur luar dan kemampuan orang Melayu membentuk satu organisasi dan disiplin yang tinggi dalam mengurus kehidupan mereka. Dalam karya Melayu Mudah Lupa pula, Dr Mahathir mengingatkan orang Melayu tentang sejarh silam bangsa itu, terutamanya semasa era penjajahan serta pasca kemerdekaan. Ia dianggap sebagai satu refleksi kehidupan orang Melayu yang semakin senang dan lupa pada sejarah perjuangan dahulu dan mengambil sikap tidak endah dalam usaha kerajaan memartabatkan bangsa itu. Kesimpulannya, pemikiran Dr Mahathir Mohamad berkiblatkan sekular modernist dan ia terjelas terpapar dalam tiga siri penulisan yang telah dibincangkan secara panjang lebar. Belaiu melihat satu-satunya cara bagi orang Melayu untuk meperbaiki diri ialah menerusi perubahan sikap dan penerimaan ilmu-ilmu sains dan moden yang dianggap sebagai tunjang kekuatan dunia pada masa ini.
SENARAI RUJUKAN Welsh Bridget (ed. ). 2004. Reflections: The Mahathir years. Washington: Southeast Asia Studies Program.
20 Khoo Boo Teik . 1995. Paradoxes of Mahathir : An Intellectual Biography of Mahathir Mohamad. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Mahathir Bin Mohamad . 1982. Dilema Melayu . ( terj. Ibrahim Saad ) Selangor: Federal Publications Sdn Bhd. ___________________. 1982. Menghadapi Cabaran. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. ___________________. 1986. The Challenge. Petaling Jaya: Pelanduk Publication. ___________________. 2001. Melayu Mudah Lupa. Petaling Jaya: Pelanduk Publication. M. Bakri Musa. 1999. The Malay Dilemma Revisited: Race Dynamics in Modern Malaysia. USA: Gilroy. Moris, Victor. J. 1982. Mahathir: Riwayat gagah Berani. ( terj. Abdul Razak b. Abdul Rahman ). Kuala Lumpur: Arenabuku. Rajendran M. 1993. Mahathir Mohamad Prime Minister of Malaysia. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn Bhd. Ramlah Adam ( peny. ). 2004. Kolokium Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. Melaka: Institusi Kajian Sejarah dan Patriotisme.
Shaharuddin Maaruf. 1988. Malay Ideas on Development: From Feudal Lord to Capitalis. Singapore: Times International. Zainuddin Maidin. 1994. Mahathir di Sebalik Tabir. Kuala Lumpur: Utusan Publications
21 & Distributiors Sdn Bhd. Zakry Abadi. 1992. Mahathir Dalam Dilema Melayu. Kuala Lumpur: Gelanggang Publishing Hasil Penulisan SIEW CHANG YEE UKM 2004/2007