Dap Dalam Politik Malaysia

  • Uploaded by: siew chang yee
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Dap Dalam Politik Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 5,318
  • Pages: 18
1

DAP Dalam Politik Malaysia: SatuTinjauan Dari Manifesto, Pencapaian Dan Cabaran

Parti Tindakan Demokratik atau lebih sinomin Democratic Action Party (DAP ) telah ditubuhkan pada 18 Mac 1966 sejurus pemisahan Singapura dari Malaysia pada tahun 1965. Ia merupakan serpihan People’s Action Parti ( PAP ) yang diasaskan oleh Lee Kuan Yew. DAP yang berorentasikan sosialis telah memperjuangkan ideologi ‘Malaysian-Malaysia’. Walaupun dipelopori oleh pemimpin-peminpin Cina, DAP telah bergerak atas landasan bukan perkauman dan berjaya mendapat sokongan daripada para pengundi di bandar-bandar besar terutamanya di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan.

DAP yang dibentuk atas dasar ‘non-communal’ dilihat memperjuangkan konsep negara Malaysia yang bebas, demokratik dan sosialis berasaskan prinsip kesaksamaan kaum, keadilan sosial dan ekonomi. Dasar perjuangannya yang melaung-laungkan persamaan hak antara kaum di Malaysia membolehkan DAP mendapat sokongan padu yang masyarakat bukan Melayu khususnya kaum Cina. Ini membolehkan DAP bertapak dengan kukuh di dalam arena politik Malaysia sejak awal penubuhannya.

Menurut DAP, terdapat beberapa prinsip asas yang harus dicapai bagi pembentukan sebuah negara bangsa Malaysia yang berjaya dalam negara yang berbilang kaum. Prinsip-prinsip tersebut ialah ( DAP, 1981, hlm. 10): i. .

Sebagai sebuah negara yang majmuk, DAP menentang sebarang layanan istimewa

kepada mana-mana kaum yang memonopoli

kepentingan ekonomi dan politik. Ia penindasan kepada kaum lain.

dianggap

sebagai satu

2

ii.

DAP turut perjuangkan kebebasan mutlak dalam dan ia mengecam corak pemerintahan diktator dan ia percaya bahawa setiap individu perlu diberi kebebasan beragama, menyuarakan pendapat, serta berhimpun.

iii.

Demokrasi yang benar-benar demokrasi, iaitu peluang rakyat melibatkan diri dalam semua peringkat institusi

politik.

Pada masa yang sama, emokrasi tidak seharusnya dihadkan kepada pilihanraya dan

pemerintahan

golongan majoriti

sahaja. Ia juga harus melibatkan toleransi dan jaminan kebebasan dan hak-hak kumpulan minoriti.

iv.

Dalam sosialisme berdemokratik pula, DAP pertahankan hak bekerja dan menjaga kebajikan manusia dalam semua kelas, hak menikmati alam sekitar yang bersih , hak mendapat pendidikan dan latihan mengikut pilihan sendiri.

Menurut Vasil ( 1980 ) asas perjuangan dan prinsip parti DAP boleh dilihat dengan jelas dalam ‘ Deklarasi Setapak ’ yang diumumkan pada 29 Julai 1967 ( Vasil, 1980: 160 ) . Ia telah diluluskan oleh para pewakilan DAP yang hadir pada Jamuan Makan Malam Tahunan yang Pertama DAP. Secara asasnya, DAP berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum, serta kesaksamaan sosial ekonomi berasaskan institusi demokrasi berparlimen ( DAP, 1981: 26 ). Dalam aspek bahasa, pendidikan dan budaya pula, DAP menerima penggunaan bahasa Melayu dan mengakui statusnya sebagai bahasa rasmi tetapi turut menekankan kebebasan penggunaan bahasa lain dalam masyarakat. Ia mendesak agar bahasa Cina, Tamil dan Inggeris turut diberi

3

peranan dalam pentadbiran, pendidikan dan media massa. Dari segi sosioekonomi dan budaya, DAP memperjuangkan persamaan hak dan mengkritik pengeksplotasian ke atas tenaga manusia berdasarkan kaum, ekonomi, sosial, dan kawasan bandar dengan luar bandar.

Satu lagi deklarasi yang dikeluarkan oleh DAP ialah ‘Deklarasi Demokrasi Kebudayaan’ yang dilakukan ketika Jamuan Makan Malam DAP yang kedua pada 1 Jun 1968. Ia memberi penekanan kepada aspek bahasa, pendidikan dan kebudayaan. Ia menjelaskan bahawa hanya dengan keinsafan nasional dan kepentingan bersama dari segi kewilayahan, sosial, dan ekonomi yang mampu menyatupadukan rakyat Malaysia. Kepelbagaian bahasa, budaya dan bangsa perlu diterima dan merupakan kekuatan negara. Kemuncak deklarasi ini ialah perbahasan kebudayaan marathon yang berlangsung di Oditorium MARA, Kuala Lumpur pada 24 November 1968. Perbahasan yang dipengerusikan oleh Presiden PPP, D.R. Senivasagam telah menyaksikan perbahasan yang hebat antara perwakilan DAP dengan Gerakan dengan status kesusasteraan negara. Wakil DAP dengan lantang telah menegaskan kesusasteraan negara terdiri daripada semua hasil karya yang diilhamkan oleh rakyat Malaysia samaada dalam bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris dan ia tidak terhad kepada karya dalam bahasa Melayu ataupun Indonesia sahaja.

Penglibatan DAP dalam politik Malaysia sejak penubuhannya berjaya merancakkan lagi scenario politik negara. Ia telah muncul sebagai jaguh masyarakat Cina pada era 60an sehingga 70 an. Selepas itu, ia mula mengubah dasar perjuangannya ke arah

kemasyarakatan dan

memberi tumpuan kepada isu-isu alam sekitar, hak pekerja, ketelusan serta kecekapan jentera pentadbiran negara. Perjuangan DAP boleh dibahagikan kepada beberapa tahap yang berbeza mengikut kronologi masa iaitu era kemunculan serta pengukuhannya pengaruhnya di sekitar tahun 1966 sehingga 1969. Ia kemudiannya diikuti era kesuramannya di sekitar tahun 70 an sebelum bangkit semula dalam dua siri pilihan raya iaitu pilihan raya 1986 dan 1990. Namun begitu, DAP gagal mengekalkan rentak cemerlangnya apabila mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya 1995dan gagal memcatat keputusan yang memberansangkan pada pilihan raya 1999. Abad ke-21 pula menyaksikan prestasi DAP yang semakin meningkat dalam 2 siri pilihan raya iaitu 2004 dan 2008.

4

Kemunculan DAP dalam arena politik negara bermula dalam PIlihan Raya Umum 1969 apabila parti tersebut bertanding dalam 24 daripada 104 kerusi parlimen dan 57 daripada 282 kerusi negeri yang dipertandingkan( DAP, 1981: 26). Dalam manifestonya, DAP memberi penekanan kepada pengenalan demokratik dalam politik, ekonomi dan sosial dengan tunpuan ke arah ‘Towards a Malaysian Malaysia’ ( Ting Chew Peh, 1976: 181.). Ia berjaya memenangi 13 kerusi parlimen dan 31 kerusi dewan undangan negeri dengan meraih 11.9% undi iaitu kira-kira 286,606 undi bagi kawasan parlimen. DAP dan PPP telah berjaya menafikan kemenangan Perikatan di Selangor dan Perak. Namun begitu, kejayan DAP dicemari oleh keganasan apabila rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur pada 13 Mei dan menyaksikan parlimen digantung. Tindakan tersebut jelas merencatkan rentak cemerlang DAP apabila Setiausaha Pengelolanya Lim Kit Siang ditahan di bawah ISA dan turut menyaksikan pergolakkan dalaman parti sehinggakan Setiausaha Agungnya Goh Hock Guan meletak jawatan.

Penstrukturan semula Parti Perikatan yang membawa kepada penggabungan parti-parti seperti UMNO, MCA, MIC, GERAKAN dan PAS telah menjadikan DAP sebagai parti pembangkang dominan dalam politik negara dan ia terus memainkan peranannya sebagai ‘watch dog’ dalam kerajaan. DAP telah mengkritik dengan lantang dasar-dasar kerajaan yang dianggap tidak kondusif dan menyekat amalan demokrasi seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, ISA, Akta Rahsia AUKU. Namun begitu, dengan dana serta publisiti yang terhad DAP gagal menyaingi kekuatan jentera Barisan Nasional yang mengukuhkan cengkamannya ke atas negara dalam beberapa siri pilihan raya sepanjang era 70an sehingga ke awal 80 an. DAP yang kemudiannya di sertai oleh PAS muncul sebagai parti pembangkang yang hanya mampu menguasai beberapa kawasan di kubu kuat masing-masing. DAP dengan sokongan pengundi Cina sekadar memberi saingan yang bermakna kepada Barisan Nasional di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan. PAS pula mempunyai pengaruh yang terbatas di Kelantan dan negeri-negeri Melayu Utara.

5

Selepas pilihan raya 1982, corak perjuangan DAP mulai mengalami perubahan yang setara. DAP yang gagal mendapat sokongan daripada kaum lain khususnya Melayu mulai memperlihatkan corak perjuangan yang menekankan kepada keadilan, hak, dan kepentingan bagi semua rakyat tanpa mengira kaum. DAP telah mengkritik dasar pemerintahan Barisan Nasional yang dianggap tidak demokratik, berat sebelah serta berlakunya amalan penyelewengan yang berleluasa. Ini juga secara langsung mempersoalkan keberkesanan serta kemampuan kerajaan Barisan Nasional mewujudkan sebuah negara plural yang bebas dan demokrasi.

Tempoh 1982-1990, merupakan satu jangka masa yang benar-benar menguji kecekapan serta ketahanan kerajaan pimpinan Dr. Seri Mahathir Mohamad. DAP seakan-akan mendapat satu inspirasi baru dengan mendedahkan beberapa krisis serta skandal yang melibatkan Kerajaan Pusat, negeri mahupun komponen-komponen BN. Keadaan itu diperburukkan lagi dengan konflik dalaman UMNO sehingga membawa kepada pengharaman parti tersebut pada tahun 1988. Dalam keadaan yang ternyata genting dalam Barisan Nasional, Operasi Lalang telah dilancarkan dengan alasan memastikan keselamatan dalam negara. Dalam tangkapan secara besar-besaran itu, beratus pemimpin dari pelbagai pertubuhan dan parti politik telah ditahan. Antara pemimpin-pemimpin DAP yang telah ditahan termasuklah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, P. Patoo, Tan Seng Giaw, Ker Kim Hock, V. David, Lau Dak Kee, Wee Choo Keong, Song Sang Kwee, Sim Tong Hin, Yong Khar Ming, Eng Seng Chai dan Hu Sepang ( DAP, 1993: 374-375). Tindakan kerajaan yang dianggap tidak demokratik dan menafikan hak bersuara rakyat telah mencetuskan protes daripada pertubuhan-pertubuhan Cina yang turut terkena tempiasnya apabila empat pengerak utama United Chinese School Committees’ Asociation Malaysia dan United Chinese School Teachers Association of Malaysia ditahan di bawah ISA. Mereka terdiri daripada Lim Fong Seng, Sim Mow Yu, Tuang Pik King dan Kua Kia Soong ( Kua, 2005: 163) .

6

Kakalutan yang berlaku dalam era 80an itu tersebut memberi peluang terbaik kepada DAP untuk bangkit semula dan ia jelas dipergunakan sepenuhnya. Dalam melihat prestasi barisan pembangkang pula, ia hanya memperlihatkan sedikit peningkatan terutamanya DAP yang memenangi 24 kerusi parlimen termasuk 4 di Sabah dan 1 di Sarawak. Ia memperolehi 975,544 undi ( 21.1% ) di seluruh negara dan merupakan pencapaian terbaik parti itu selepas kesuraman yang berpanjangan akibat daripada rusuhan kaum 1969. Penambahan sebanyak 15 kerusi parlimen menyaksikan DAP mencatat peningkatan hampir 300 % dan ini telah membolehkan DAP muncul sebagai parti kedua terbanyak memperolehi undi selepas UMNO yang meraih, 1,474,063 undi. Malah perolehan undi DAP jauh lebih baik berbanding MCA mahupun Gerakan yang masing-masing hanya mendapat 589,289 dan 149,644 undi sahaja. Pencapaian DAP di Semananjung turut membanggakan, ia berjaya memperolehi 19 kerusi parlimen peningkatan sebanyak 10 kerusi berbanding pilihan raya 1982 dengan mendapat 887,544 undi. Ia berjaya mendapat undi melebihi 100,000 di 4 buah negeri yang ditandinginya iaitu di Perak ( 182,000 ), Wilayah Persekutuan ( 163,000 ), Pulau Pinang ( 148,000 ) dan Selangor (109,000 ) ( DAP, 1991: 78 ). Pencapaian gemilang DAP di Semananjung Malaysia telah membolehkannya muncul sebagai wakil utama masyarakat Cina dan ia telah diulas dalam akhbar Shin Min Daily yang berpendapat “ DAP had become the representative of the Chinese where among the 17 parlimentary seats secured by the MCA, only four were Chinese-majority seats, 10 of them had a clear Malay-majority, while the remaining three were mixed constituencie ( Sankaran Ramanathan dan Mohd. Hamdan Adnan, 1988: 54-55 ).

Pilihan Raya Umum 1990 pula menyaksikan dua perkembangan terbaru dalam politik negara. Pertama kemunculam semula pakatan pembangkang yang mantap bagi mencabar kekuasaan Barisan Nasional dan memperlihatkan usaha ke arah sistem dua parti. Kedua, penglibatan ahli-ahli NGO dari pertubuhan Cina ke dalam DAP ( Kua, 2005: 179). Ia diketuai oleh Lim Fong Seng, Pengerusi Dong Zong yang disertai oleh beberapa aktivis masyarakat Cina yang disegani seperti Lee Ban Chen, Kua Kia Soong, Chong Joon Kin dan Ngeow Yin Ngee. Tiga daripada mereka termasuk Kua Kia Soong ( PJ ) Wei Xiang (Kluang ) dan Lee Bna Chen ( Bakri ) telah bertanding atas tiket DAP dalam pilihan raya 1990.

7

Dalam Pilihan Raya 1990 yang diadakan pada 21 Oktober, pakatan pembangkang berjaya memenangi 53 kerusi parlimen termasuk 4 kerusi yang dimenangi oleh calon Bebas di Sarawak. DAP mendapat 20 kerusi, PBS 14 kerusi, Semangat 46 pula 8 kerusi dan diikuti PAS yang menawan 7 kerusi. Pakatan ini telah meraih 47% undi popular bagi kerusi parlimen yang dipertandingkan di seluruh negara. Ia menampakkan peningkatan sebanyak 24 kerusi berbanding 29 kerusi yang diperolehi oleh pembangkang dalam pilihan raya umum 1986. Di Semenanjung Malaysia pula, barisan pembangkang memperolehi 33 kerusi parlimen dengan DAP mendapat 18 kerusi, Parti Semangat 46 menawan 8 kerusi dan PAS pula memenangi 7 kerusi.

Pencapaian pakatan pembangkang 1990 bagi peringkat negeri di Semenanjung Malaysia tidak kurang hebatnya apabila gabungan Angkatan Perpaduan Ummah berjaya menawan Kelantan. Manakala DAP pula nyaris-nyaris membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang. DAP muncul sebagai parti pembangkang yang mempunyai perwakilan yang teramai dalam undangan negeri iaitu 45 orang hanya kekurangan 3 kerusi sahaja untuk menawan Pulau Pinang. Ia berjaya menempatkan wakilnya di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali di Perlis, Kelantan dan Terengganu yang tidak ditandingi oleh parti itu d engan mendapat tambahan 8 kerusi undangan negeri. PAS yang memenangi 33 kerusi undangan negeri iaitu 24 kerusi di Kelantan, 8 kerusi di Terengganu dan 1 kerusi di Kedah telah mencatatkan penambahan sebanyak 18 kerusi. Parti Semangat 46 yang bertanding buat kali pertama turut tidak mengecewakan apabila memperolehi sejumlah 19 kerusi undangan negeri iaitu 14 kerusi di Kelantan, 2 kerusi di Terengganu, dan masing-masing satu di Pahang, Selangor dan Johor.

Kegagalan Perikatan Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah mengambil alih pucuk kepimpinan negara membawa kepada lunturnya kerjasama di kalangan parti pembangkang. Di mana kerjasama yang wujud di kalangan parti-parti pembangkang dalam pilihan raya 1995

amat terhad dan tidak seakrab tahun 1990. Bibit kehancuran pakatan

pembangkang bermula apabila DAP bertindak meninggalkan pakatan Gagasan Rakyat lantaran daripada tindakan PAS memperkenalkan Hukum Hudud di Kelantan( Edmund Terence Gomez, 1996: 5 ). Pada masa yang sama, AMIPF pula telah memohon untuk menyertai Barisan Nasional

8

manakala PBS pula telah mencuba nasibnya di Semenanjung dengan bertanding di sembilan kerusi iaitu tujuh di Pulau Pinang dan masing-masing satu di Johor dan Kedah. Masalah juga tercetus di dalam Angkatan Perpaduan Ummah di mana segelintir pemimpin Semangat 46 berpendapat, wakil-wakil mereka tidak dapat menjalankan tugas mereka dengan bebas kerana terpaksa

mengikut

jari

telunjuk

PAS.

Fenomena

ini

membawa

kepada

wujudnya

ketidaksefahaman antara Semangat 46 dan PAS dalam soal membuat keputusan dan perundingan menjalankan pentadbiran di Kelantan ( Utusan Malaysia, 26 Mac, 1994 ).

Pilihan raya umum 1995 telah dilangsungkan pada 25 April 1995 dan ia telah menyaksikan perubahan dalam pemikiran rakyat dan langkah kerajaan dalam memperkenalkan program liberalisasi ternyata berkesan dalam menawan hati para pengundi. Isu-isu agama, pendidikan, bahasa dan budaya dianggap sebagai isu lapuk dan gagal menarik perhatian sebilangan besar pengundi. Rakyat Malaysia dilihat semakin matang pemikirannya dan telah bertindak dengan rasional apabila menjadikan aspek pembangunan dan kestabilan sebagai kriteria utama dalam memilih pucuk kepimpinan negara.

Dalam Pilihan Raya Umum 1995, penguasaan Barisan Nasional meningkat semula dengan menguasai 65.15% atau 3,894,877 undi di peringkat parlimen manakala di peringkat undangan negeri pula, Barisan Nasional cemerlang dengan 3,206,610 undi atau 66.98% undi. Barisan Nasional ternyata mencapai kejayaan yang terbaik dalam sejarah parti itu dengan memenangi 162 daripada 192 kerusi parlimen dan 338 kerusi undangan negeri yang dipertandingkan. Manakala prestasi parti pembangkang ternyata merosot akibat daripada perubahan sikap pengundi dan berlakunya peralihan undi dari pembangkang ke Barisan Nasional. Parti-parti pembangkang di Semenanjung Malaysia kehilangan 12 daripada kerusi parlimen yang dimenanginya dalam pilihan raya 1990 dengan hanya mendapat 21 kerusi kali ini.

DAP hanya dapat mengekalkan 8 kerusi parlimen dengan kehilangan 10 daripada 18 kerusinya di Semenanjung Malaysia. Ia hanya berjaya mengekalkan kerusi parlimen Kepong,

9

Bukit Bintang, Seputeh dan Cheras di Wilayah Persekutuan. Manakala di Pulau Pinang, ia memenangi kerusi Bagan, Tanjong dan Jeluntong. DAP yang menaruh harapan untuk menafikan majoriti 2/3 BN terpaksa menelan ubat yang cukup pahit apabila tiga tonggak utamanya tersungkur dalam pilihan raya kali ini. Dr. Chen Man Hin tumpas di parlimen Rasah dan kerusi undangan negeri Temiang, Negeri Sembilan. Ekoran daripada kekalahan ini, Dr. Chen telah bernekad untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi DAP. Lim Kit Siang juga menghampiri penghujung karier politiknya apabila tewas mengejut di Parlimen Bukit Bendera dan Undangan Negeri Kebun Bunga. Karpal Singh, Naib Pengerusi DAP turut mengalami nasib yang sama di kerusi tradisinya di Jelutong dan kerusi Undangan Negeri Kampung Keramat.

Keputusan yang di luar jangkaan itu memberi satu tampran hebat kepada DAP dan kekecewaannya diluahkan oleh Lim Kit Siang dalam kenyataan akhbarnya, ‘We accept the decision of the people and as I promised there will not be a Tanjong 4 since Tanjong 3 had failed. This is the end of politics for me as for Penang is concerned’ ( NST. 26 April, 1995 ). Kegagalan DAP turut dirasai di Perak apabila ia gagal buat kali pertama dalam sejarah, parti tersebut gagal memenangi sebarang kerusi parlimen. DAP hanya mampu menguasai kerusi undangan negeri Sitiawan dan berputih mata apabila Barisan Nasional memenangi kesemua 6 kerusi parlimen dan 14 kerusi undangan negeri yang diperuntukkan di daerah Kinta. Dalam mengulas kekalahan itu, ia dikatakan para penyokong DAP telah bertindak memulau parti tersebut yang bekerjasama dengan PAS. Ia jelas dalam laman web rasmi DAP Perak: ‘ Many DAP supporters warned that the DAP is taking too great a political risk in cooperating with PAS in the coming general elections. There even traditional DAP voters, who had consistently given their votes to that party in every general election in the past, who had said that they would not vote the Rocket this time because of DAP’s cooperation with PAS, although they will not vote for Barisan either.

Kegagalan DAP turut dikaitkan dengan sabotaj MCA dan GERAKAN yang bertindak membakar sentimen pengundi Cina dengan ancaman perisitiwa 13 Mei dan juga hukum hudud. Media

10

massa diperalatan untuk menyebarkan propanganda kerajaan sebaliknya pembangkang tidak diberi peluang yang wajar bagi mempertahankan diri mereka.

Kegagalan kerjasama pembangkang dalam Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah tidak melemahkan semangat parti-parti pembangkang untuk terus mencari formula bagi menyaingi Barisan Nasional. Krisis kepimpinan dalam Barisan Nasional yang berakhir dengan penyingkiran Dato Seri Anwar Ibrahim telah menyaksikan pertembungan antara Barisan Nasional dengan Barisan Alternatif. Parti KeADILan Nasional yang ditubuhkan telah mengepalai barisan pembangkang dalam usaha mencabar Barisan Nasional bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang lebih adil, demokrasi dan progresif dalam Pilihan Raya 1999. Sekali lagi parti-parti pembangkang telah berjaya bekerjasama di bawah satu pakatan dan seterusnya memberi saingan yang sengit kepada Barisan Nasional. Ia mengulangi Pilihan Raya Umum 1990 yang menyaksikan barisan pembangkang mencatat keputusan yang agak memberangsangkan. Walaupun gagal mengambil alih kerajaan,, barisan pembangkang telah bertindak sebagai kerajaan alternatif kepada Barisan Nasional di dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu.

Di mana dalam pilihan raya kali ini, BA telah menawan 42 kerusi parlimen dan 113 kerusi undangan negeri berbanding hanya 30 kerusi parlimen dan 56 kerusi undangan negeri pada pilihan raya 1995. PAS muncul sebagai parti pembangkang yang terkuat dengan memenangi 28 kerusi parlimen dan 98 kerusi negeri dengan menawan Terengganu di samping mengekalkan kekuasaannya di Kelantan. Manakala di negeri Kedah dan Pahang pula, PAS turut berjaya meletakkan asas yang kukuh apabila ia menawan 18 kerusi undangan negeri di negerinegeri berkenaan. DAP menyusuri dengan mendapat 10 kerusi parlimen dan 11 kerusi undangan negeri dengan meneruskan sisa-sisa perjuangannnya di Melaka dan Perak yang menempatkan 8 daripada 11 kerusi undangannya. KeADILan pula memperolehi 5 kerusi parlimen dan 4 kerusi negeri.

11

Pilihan raya 1999 jelas meninggalkan impak yang amat mendalam kepada DAP. Ia seolah-olah menjadi detik penamat kepada kesinambungan parti itu. Walaupun DAP mampu menebus kekalahan teruk pada 1982 dengan mencapai prestasi yang cemerlang pada 1986 dan 1990 tetapi fenomena itu tidak berulang dalam pilihan raya 1999. DAP seolah-olah telah kehilangan ‘daya penariknya’ dan hanya mampu memenangi 10 kerusi parlimen dengan mencatat pertambahan satu kerusi berbanding pilihan raya 1995. Situasi yang hampir sama berlaku di peringkat undangan negeri apabila DAP hanya berupaya untuk memenangi 11 kerusi. Senario ini telah membuktikan Teori Pendulum atau Ayunan tidak lagi sesuai digunakan untuk menilai arah sokongan dan pengundian masyarakat Cina yang pada kebiasaannya memberikan undi mereka kepada BN dan pembangkang selang setiap lima tahun.

DAP yang menaruh harapan untuk menafikan majoriti 2/3 BN terpaksa menelan ubat yang cukup pahit apabila tiga tonggak utamanya tersungkur dalam pilihan raya kali ini. Dr. Chen Man Hin tumpas di Parlimen Rasah dan kerusi Undangan Negeri Temiang, Negeri Sembilan. Ekoran daripada kekalahan ini, Dr. Chen telah bernekad untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi DAP. Lim Kit Siang juga menghampiri penghujung karier politiknya apabila tewas mengejut di Parlimen Bukit Bendera dan Undangan Negeri Kebun Bunga. Karpal Singh, Naib Pengerusi DAP turut mengalami nasib yang sama di kerusi tradisinya di Jelutong dan kerusi Undangan Negeri Kampung Keramat. Dalam melakukan ‘post-mortem’ ke atas prestasi yang buruk di Kinta, para pemimpin tertinggi DAP, Dr. Chen Man Hin dan Lim Kit Siang berpendapat bahawa kerjasama dengan PAS yang mengakibatkan parti itu ditolak pengundi Cina. Perjuangan PAS yang ingin menubuhkan sebuah negara Islam ternyata telah menimbulkan kerisauan di kalangan pengundi Cina. Menurut Lok Swee Chin, situasi bertambah buruk apabila MCA telah memanipulasikan isu ini dengan memburuk-burukkan DAP dengan dakwaan bahawa parti itu telah mengorbankan prinsip serta pendiriannya tentang kewujudan Malaysia yang sekular. Di samping itu, Lim Kit Siang dituduh sebagai agen Nik Aziz dalam usaha mewujudkan sebuah negara Islam di Malaysia. Kegagalan DAP dalam memperjelaskan isu ini sehingga ke akar umbi telah mendatangkan padah kepada parti itu.

12

Walaupun telah berundur daripada BA, DAP dilihat cuba untuk membuat satu pakatan baru dengan parti keADILan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-11. Beberapa siri rundingan telah diadakan di antara kedua-dua pihak namun ia gagal mencapai kata putus. DAP dan keADILan dikatakan bersaing di negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Perak dan Selangor apabila Parti keADILan mengumumkan hasratnya untuk bertanding kira-kira 60% kerusi di ketiga-tiga negeri itu. DAP ternyata kurang senang dengan kenyataan parti keADILan itu yang dilihat seolah-olah membelakangkannya. Kemampuan untuk muncul dengan satu pakatan yang bernafas baru semakin tipis apabila PAS bertindak mengumumkan ciri-ciri negara Islam parti itu menerusi dokumen ‘ Negara Islam’pada 12 November 2003. Tindakan PAS mendapat reaksi negatif KeADILan yang menyifatkan pengumuman dokumen itu tidak kena masanya dan boleh memecah belahkan pakatan pembangkang. Ini kerana istilah negara Islam itu dikatakan akan terus menimbulkan salah faham dan ketakutan yang tidak perlu di kalangan sesetengah pihak, terutamanya bukan Islam.

Pilihan Raya Umum 2004 telah menyaksikan kejayaan cemerlang Barisan Nasional. Ia berjaya memenangi 198 daripada 219 kerusi parlimen yang dipertandingkan di seluruh negara dan meraih 63.7% undi popular. Barisan Nasional turut berjaya menguasai semula Terengganu apabila ia memenangi 28 daripada 32 kerusi undangan negeri yang dipertandingkan. Gelombang Barisan Nasional turut dirasai di Kelantan apabila ia berjaya menembusi kubu tradisi PAS dan menafikan majoriti 2/3 kerajaan PAS di Kelantan. Barisan pembangkang pula hanya memperolehi 20 kerusi parlimen dengan mendapat 33.7% undi popular iaitu PAS mendapat 15.1% undi, DAP mendapat 10% undi dan Parti KeADILan pula mendapat 9% undi. Barisan Alternatif ternyata hilang punca dalam pilihan raya kali ini dan hanya mendapat 8 kerusi parlimen berbanding 42 dalam Pilihan Raya Umum 1999. DAP yang bertanding secara bersendirian berjaya mencatatkan sedikit kebangkitan dengan mendapat 12 kerusi parlimen dan menguasai semula kerusi Ketua Parti Pembangkang.

Kejayaan menambah bilangan kerusi dalam pilihan raya 2004 telah dijadikan titik

13

penolak bagi kebangkitan semula DAP dalam arena politik negara. Walaupun ia hanya mampu mencapai sedikit peningkatan sahaja iaitu pertambahan 2 kerusi parlimen dan 4 kerusi undangan negeri tetapi ia member nafas baru kepada parti tersebut untuk terus memperjuangkan nasib penduduk Malaysia atas konsep tidak komunal. Konflik di antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

dan kegagalan kerajaan mengawal kenaikan harga barangan

terutamanya harga petroleum telah digunakan sepenuhnya oleh DAP dalam Pilihan Raya Sarawak ke-9 yang telah diadakan pada Mei 2006. DAP berjaya memenangi 6 kerusi dengan penambahan sebanyak 5 kerusi berbanding pilihan raya yang lalu. Ia ternyata berjaya mendapat sokongan para pengundi Cina di bandar-bandar besar seperti Kuching, Bintulu dan Sibu. Di Kuching, DAP memenangi kerusi Kota Sentosa, Pending dan Batu Lintang. Manakala di Bintulu ia mempertahankan kerusi Kidurong di samping memenangi kerusi Bukit Assek di Sibu dan Meradong di Bintangor ( The Rocket, August 2006) . Kemenangan DAP di Sarawak telah menampakkan sokongan masyarakat Cina di Bumi Kenyalang terhadapnya dan merupakan tamparan hebat kepada Parti Bersatu Rakyat Sarawak ( SUPP) yang kehilangan 8 daripada 19 kerusi yang ditandingniya.

Kejayaan pembangkang yang memenangi 9 kerusi undangan negeri di Sarawak dilihat sebagai satu mesej rakyat Sarawak kepada Kerajaan Persekutuan. Ia menunjukkan perasaan kurang senang rakyat terhadap beberapa isu yang gagal diselesaikan setelah sekian lama. Persoalan tentang tanah adat, royaliti minyak, pembangunan serta kemudahan infrastruktur yang telah mendorong kepada peralihan undi terutamanya pengundi Cina dan sedikit sebanyak mendorong kepada kekalahan Barisan Nasional di bandar-bandar besar di Kuching, Sibu dan Bintulu.

Pilihan Raya ke-12 yang telah dilangsungkan pada 8 Mac 2008 dan ia menyaksikan pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah negara. Barisan Nasional dicabar hebat oleh

14

pakatan pembangkang yang diterajui oleh bekas timbalan menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kelemahan jentera pentadbiran kerajaan serta kegagalan Barisan Nasional mengotakan janji-janji pilihan rayanya menjadi kritikan parti pembangkang yang menuntut rakyat untuk membuat perubahan dengan menyokong parti pembangkang dalam usaha mewujudkan sebuah negara Malaysia yang lebih dinamik dan progresif. Parti pembangkang yakin mampu menyaingi Barisan Nasional berdasarkan sokongan semasa dan isu-isu yang diutarakan. Pada masa yang sama, angin perubahan begitu dirasai dan kehadiran pengundi muda terutamanya di bandar-bandar besar begitu ghairah untuk melihat perubahan dalam landskap politik negara yang telah dicengkam oleh Barisan Nasional sejak begitu lama.

Dalam Pilihan raya kali ini, DAP telah bertanding di kesemua negeri kecuali Kelantan dan Terangganu. Ia mempertaruhkan 46 calon di peringkat parlimen manakala di peringkat negeri, ia meletakkan 102 calon. Parti tersebut berazam untuk menafikan majoriti 2/3 kerusi di parlimen Barisan Nasional dalam usaha dan mengekang parti tersebut terus berkuasa. DAP telah memberi tumpuan pada Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan. Dari segi pemilihan calon pula, ia telah membariskan satu senarai gabungan calon baru dan lama yang ternyata Berjaya memikat para pengundi Cina. Penyertaan beberapa tokoh masyarakat dari pelbagai bidang seperti Dr P. Ramasamy, Tony Pua, Jeff Ooi dan Teo Nie Ching jelas berjaya memberi satu imej baru kepada parti tersebut di samping mengekalkan pemimpin-pemimpin veterannya seperti Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Fong Po Kuan, Teresa Kok, Ngeh Koo Ham, Tan Seng Giaw, dan Tan Kok Wai. Satu lagi perkembangan menarik dalam pilihan raya kali ini ialah kemunculan ramai calon-calon India dan ia begitu ketara di Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan. Di Pulau Pinang, ia diketuai oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh yang bertanding di Bukit Gelugor manakala anaknya Jagdeep Singh Deo pula bertanding di DUN Datuk Keramat, Dr P. Ramasamy yang bertanding buat kali pertama telah bertanding di kerusi Parlimen Batu Kawan dan DUN Perai, A. Tanasekran bertanding di DUN Bagan Dalam dan Sanisvara Nethaji Rajaji telah bertanding di DUN Seri Delima. Di Perak, senarai calon India, diketuai oleh penyandang kerusi Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran, M. Manogaran di Parlimen Teluk Intan, Sivasubramaniam di DUN Buntong, Keshvinder Singh di DUN Malim Nawar

15

dan Sivanesan a/l Achalingam di DUN Sungkai. Di Negeri Sembilan pula, DAP mempertaruhkan Johnson Fernandez di Parlimen Seremban, Gunasekaren Palasamy di DUN Senawang, Veerapan di DUN Repah dan Arumugam a/l Kauppah di DUN Rahang.

Dalam usaha untuk menafikan majoriti kerusi BN di parlimen dan merampas seberapa banyak kerusi DUN di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan, DAP telah menyusun strategi dengan membawa masuk ramai calon-calon baru dari luar ke negeri-negeri berikut. Di Pulau Pinang misalnya, Dr P. Ramasamy, Jeff Ooi telah dipertaruhkan disamping Lim Guan Eng. Manakala di Selangor, kepimpinan negeri diterajui oleh calon dominannya Teng Chang Kim di DUN Sungai Pinang dan diperkuatkan lagi dengan kehadiran ‘iron lady’ DAP Teresa Kok di DUN Kinrara . Mereka disertai oleh beberapa muka baru yang berpotensi seperti Tony Pua di Parlimen PJ Utara, Teo Nie Ching di Parlimen Serdang, Gobind Singh Deo di Parlimen Puchong, EaYong Wah di DUN Seri Kembangan dan Yap Lum Chin di DUN Balakong. Di Perak pula, Kehadiran Lim Kit Siang, Kulasegaran dan Fong Po Kuan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Ipoh Timur, Ipoh Barat dan Batu Gajah telah menunjukkan kesungguhan DAP menjadikan Perak sebagai kubu kuatnya di samping Pulau Pinang.

Dalam manifestonya, DAP menegaskan bahawa ‘Malaysia Boleh Lebih Baik Lagi’. Ia menyeru para pengundi untuk berubah dan tidak lagi terpedaya dengan helah serta janji manis Barisan Nasional. Lantaran itu DAP berpendapat sudah tiba masanya bagi rakyat Malaysia untuk berubah demi demokrasi, kualiti hidup yang lebih baik dan masa hadapan yang lebih cerah untuk generasi yang akan datang ( Manifesto DAP 2008 ). Dalam manifestonya, DAP memberi penekanan kepada lapan perkara utama dalam usahanya membawa perubahan drastik dalam negara. DAP membidas kelemahan pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang bukan sekadar gagal memenuhi janji pilihan rayanya malah dikatakan gagal melaksanakan tugasnya dengan sempurna. Kadar jenayah dan gejala rasuah negara semakin meruncing dan ia meletakkan rakyat jelata dalam keadaan yang tertekan. Pada masa yang sama, kenaikan harga barangan serta krisis kekurangan bekalan penting seperti gula, gandum, minyak masak serta susu menyusahkan rakyat jelata

16

memandangkan kadar inflasi semakin tinggi. Oleh yang demikian, rakyat digesa menolak perwakilan Barisan Nasional yang tidak mejalankan kewajipan mereka dengan sempurna.

Parti tersebut berjanji

akan memperbaiki keselamatan dalam negeri dengan

mempertingkatkan lagi kecekapan anggota polis serta menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan salahlaku Polis. Ia turut akan berusaha dalam perbaiki mutu kehidupan rakyat Malaysai dengan menyediakan kemudahan asas yang lebih baik di samping membasmi kemiskinan tegar. Dalam memastikan negara terus berdaya saing, DAP memberi penekanan kepada dasar Ekonomi ‘Utamakan Malaysian’ apabila wujudkan peluang pekerjaan yang saksama dan mengurangkan jurang pendapatan serta berusaha untuk membawa masuk pelabur luar ke Malaysia. Dalam usaha untuk menyediakan pendidikan yang lebih bermutu, DAP berikrar untuk mempelawa tokoh akademik terkemuka dari luar untuk menstruktur semula IPT negara di samping menawarkan insentif yang lumayan kepada pakar pensyarah. Dalam isu alam sekitar, usaha ke arah perlindungan hutan dan penghutanan semula diberi perhatian. Tahap pengagngkutan awam akan dipertingkatkan agar ia lebih efisen. Kesaksamaan gender dan memperkasakan belai turut terkandung dalam agenda parti tersebut di mana peluang yang secukupnya akan diberikan kepada belia untuk mencapai potensi penuh diri mereka. Manakala segala diskriminasi terhadap wanita akan dihapuskan. DAP bertekad untuk membentuk sebuah kerajaan yang bersih dan telus sekiranya ia berkuasa nanti. Segala akta yang menindas seperti IAS, OSA, AUKU dan PPPA akan dihapuskan.

Pada masa yang sama, ia turut akan menghormati demokrasi dan kebebasan asasi manusia. Pilihan raya tempatan akan diadakan semula dan fungsi serta keberkesanan Suruhanjaya Pilihan Raya akan dikaji semula. Ia turut berazam untuk menghormati kebebasan beragama dan mengekalkan identiti kepelbagaian budaya di Malaysia.

Pilihan raya 2008 mencatatkan keputusan yang terbaik bagi DAP dalam sepanjang penglibatannya dalam arena politik negara.

jIa berjaya memenangi 28 kerusi parlimen

dengan mencatatkan peningkatan sebanyak 16 kerusi berbanding pilihan raya 1999.

17

Kejayaan tersebut semakin bermakna bagi parti tersebut apabila beberapa calonnya berjaya menewaskan pemimpin utama Barisan Nasional ia termasuklah kejayaan Dr P. Ramasamay menewaskan Tan Sri Koh Tsu Koon di Parlimen Batu Kawan, Nga Kor Ming menewaskan Datuk M Kayveas di Parlimen Taiping, Teo Nie Ching menewaeskan Hoh Hee Lee di Parlimen Serdang dan Tony Pua menewaskan Datin Paduka Chew Mei Fun di Parlimen Pj Utara. Di peringkat negeri pula, kejayaan DAP dilihat lebih menyerlah, ia berjaya memenangi 73 kerusi DUN dan mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kerusi di setiap negeri yang ditandinginya. Di samping itu, DAP juga berjaya membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang serta mempunyai ahli DUN yang teramai di Perak. Manakala di Selangor pula, DAP memenangi 13 kerusi DUN dan berganding bahu dengan parti Keadilan dan PAS bagi membentuk kerajaan negeri. Di Negeri Sembilan dan Melaka pula, pengaruh DAP semakin ketara, ia berjaya memenangi 10 kerusi DUN di Negeri Sembilan dan 5 di Melaka. Pencapaian

DAP

di

negeri-negeri

lain

turut

mencatatkan

peningkatan

yang

memberansangkan. Ia memenangi 4 kerusi DUN di Johor, 2 di Pahang dan masing-masing 1 di Kedah dan Sabah.

Dalam mengulas kejayaan DAP, Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP beranggapan kejayaan DAP bersama parti-parti pembangkang yang lain menafikan 2/3 kerusi parlimen Barisan Nasional sebagai kejayaan rakyat dan juga penanda ke ‘Malaysian First’( Rocket, April/May 2008 ). Kejayaan DAP menguasai Pulau Pinang serta mempunyai perwakilan yang ramai di Perak dan Selangor dilihat sebagai platform terbaik bagi parti tersebut merealisasikan wawasan Malaysian-Malaysia. Ia jelas menunjukkan keghairahan rakyat untuk melihat perubahan dalam negara. Mereka menuntut sebuah negar yang lebih demokrasi, terbuka, telus serta adil. Lantaran itu, politik perkauman yang diamalkan oleh Barisan Nasional sejak 50 tahun yang lalu tidak lagi relevan dengan perkembangan negara.

Kesimpulannya, kemerdekaan negara pada 1957 memulakan satu lembaran baru dalam sejarah negara. Namun begitu, kita mesih mewarisi sisa-sisa penjajahan Barat dan kewujudan masyarakat majmuk yang berbilang etnik, bahasa, agama dan budaya pelbagai membawa kepada satu scenario politik yang tidak hegemoni dalam negara. Tuntutan serta aspirasi kaum

18

yang berbeza dijelma dalam pertubuhan-pertubuhan politik yang berlandaskan perkauman dan ia mengakibatkan masalah polarisasi kaum semakin serius dan kemunculan Parti Tindakan Demokratik yang lebih sinonim dengan panggilan DAP membuka ruang ke arah penyelesaian permasalahan tersebut. Ia yang diwujudkan sebagai sebuah parti sosialis yang berlandaskan perjuangan tidak komunal serta bermotifkan kesaksamaan politik, ekonomi dan sosial ternyata mendapat sokongan daripada masyarakat bandar yang rata-ratanya pengundi bukan Melayu. Walaupun begitu, perjuangan DAP dalam politik Malaysia penuh dengan liku-liku beranjau dan kemampuannya untuk terus bertahan sebagai parti pembangkang selama 42 tahun pernubuhannya bukan sesuatu yamg mudah. Pada dasarnya perjuangan DAP boleh dibahagikan kepada beberapa kerangka masa yang berbeza iaitu era kemunculan dari tahun 1966 sehingga 1969, zaman kegelapan 1970 sehingga 1985, zaman kebangkitan 19861990, kesuraman yang berterusan 1991-1998 serta tempoh peralihan 1999-2004. Ia mencapai zaman keemasannya pada 2006-2008 namun persoalan yang timbul di sini ialah mampukah DAP meneruskan rentak kecemerlangannya dalam era globalisasi ini yang menuntut satu corak perjuangan yang lebih terbuka dan agresif.

Related Documents


More Documents from "siew chang yee"

Malayan Union
December 2019 49
Dap Dalam Politik Malaysia
December 2019 40
Mahathir
December 2019 46
Detik Hitam Politik Malaysia
December 2019 36