Waqaf

  • Uploaded by: Shazana Binti Muhamed Sa'ad
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Waqaf as PDF for free.

More details

  • Words: 3,162
  • Pages: 14
1.1 PENGENALAN

Waqaf dan ibtida’ merupakan salah satu cabang daripada Ilmu Tajwid. Tidak sempurna bacaan seseorang melainkan dengan mengetahui waqaf dan ibtida’. Hal ini disebut oleh Ibnu Al-Anbari, kata beliau: “Sebahagian daripada kesempurnaan memahami Al-Quran itu ialah dengan mengetahui tempat waqaf dan ibtida’. Sesungguhnya bab waqaf amat besar kadarnya dan tinggi bahayanya (kalau tidak tahu) kerana tidak mungkin memahami makna Al-Quran serta mengambil dalil syar’ie melainkan dengan mengetahui tempat penceraiannya (waqaf).”

Seseorang yang mempelajari waqaf dan ibtida’ lazimnya dapat merasakan keindahan Al-Quran yang mempunyai pelbagai makna yang berlainan. Bahkan mereka juga pastinya mengkagumi betapa mukjizatnya lafaz Al-Quran sebagai kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya hanya Baginda s.a.w yang amat memahami makna yang tersurat dan tersirat.

Menurut Mohamad Abd Manaf (2004), keindahan Al-Quran melalui waqaf dan ibtida’ dapat dilihat dalam kebanyakan ayat-ayat Al-Quran, antaranya:

1. Firman Allah s.w.t:

                  Maksudnya: “Sesungguhnya diharamkan kepada mereka (umat Nabi Musa a.s) memasuki tanah suci (Palestin) selama empat puluh tahun, mereka sesat di padang pasir selama masa tersebut, maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasiq itu.” (Surah Al-Maidah: ayat 26)

18

Ayat ini memberi dua makna yang berlainan, jika diwaqafkan di antara dua tempat:

i.

Jika diwaqafkan pada kalimah (  ) membawa makna “bahawa mereka diharamkan memasuki tanah suci (Palestin) selama-lamanya dan di dalam masa tersebut mereka akan tersesat di padang pasir selama empat puluh tahun”.

ii.

Jika diwaqafkan pada kalimah (  ) membawa makna “Bahawa mereka diharamkan memasuki tanah suci selama empat puluh tahun dan di waktu yang sama mereka sesat di padang pasir.”

2. Firman Allah s.w.t:

             Maksudnya: “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad), berdukacita dengan sebab kata-kata mereka itu, sesungguhnya segala kemuliaan itu hanyalah bagi Allah s.w.t yang Maha Mendengar lagi Amat Mengetahui.” (Surah Yunus: Ayat 65) Jika diwaqafkan pada kalimah (  ) maka pendengar akan memahami bahawa orang kafir yang berkata, “Sesungguhnya segala kemuliaan itu hanyalah bagi Allah s.w.t” bahkan fahaman ini adalah salah kerana jika kata-kata tersebut daripada orang kafir kenapa Nabi Muhammad s.a.w berdukacita, sedangkan Allah s.w.t melarang Nabi Muhammad s.a.w bersedih di atas kata-kata mereka yang mencela Baginda s.a.w. Oleh itu, wakaf di atas kalimah (  ) adalah menjadi kesalahan yang besar. Sepatutnya qari mewaqafkan bacaannya pada kalimah (

 ). Ini

membezakan di antara kata-kata orang kafir dan kata-kata Allah s.w.t. Maka waqaf pada kalimah (  ) dikenali sebagai Waqaf Tam (sempurna).

19

3. Firman Allah s.w.t:

                           Maksudnya: “Tidak benarlah kata mereka itu, bahkan sesiapa yang melakukan kejahatan dan ia diliputi oleh dosa-dosa, maka mereka adalah ahli neraka yang kekal di dalamnya, dan sesiapa yang melakukan amal yang soleh mereka itulah ahliahli syurga, mereka kekal di dalamnya.” (Surah Al-Baqarah: ayat 81-82) Jika diwakafkan pada kalimah (  ) maka ia menyalahi firman Allah s.w.t dan janji-janjinya, kerana maknanya ialah “bahawa orang-orang yang melakukan kejahatan dan ia meliputi dosa-dosa besar maka ia adalah ahli neraka, kekal di dalamnya dan orang-orang beriman.”

Ini menunjukkan bahawa orang-orang beriman juga dimasukkan ke dalam neraka. Makna yang sedemikian ini menyalahi janji-janji Allah s.w.t dan firman-Nya. Oleh itu, wajib bagi qari mewakafkan pada (    ) untuk membezakan tempat yang didiami oleh orang-orang mukmin dan orang-orang yang berdosa. 4. Firman Allah s.w.t:

 

          

                         

20

Maksudnya: “Dan demikianlah juga ketetapan janji Allah s.w.t, Tuhanmu terhadap orang-orang yang kafir kerana sesungguhnya mereka ialah ahli neraka, malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji Tuhan-Nya.” (Surah Al-Mu’min: ayat 6-7) Jika diwakafkan pada kalimah (  ) membawa makna bahawa malaikat yang memikul Arasy juga di kalangan ahli neraka. Oleh kerana itu, wajib diwaqafkan pada kalimah (  ) iaitu di akhir ayat dan maknanya yang membezakan di antara ahli neraka dan para malaikat yang tidak berdosa dengan Tuhannya.

Menurut Mohd Rahim Jusoh (2001), tidak terdapat waqaf yang wajib ataupun haram di dalam Al-Quran kecuali waqaf tersebut memberi makna yang tidak dikehendaki syara’ maka ianya menjadi wakaf wajib dan haram. Ini kerana hukum waqaf pada asalnya adalah selagi mana tidak ada perkara yang menegah atau melazimkannya. Hal ini telah dijelaskan oleh Imam Ibnu Al-Jazari: “Dan tiada di dalam Al-Quran itu daripada waqaf yang wajib dan tiada juga yang haram melainkan sesuatu yang mempunyai sebab.”

Sebaliknya,

hukum mempelajari

waqaf

adalah

wajib

mengikut

kata

sesetengah para ulama’. Mereka berdalilkan kata Sayyidina Ali ketika ditanya tentang makna “Tartil” dalam firman Allah s.w.t:

       Maksudnya: “Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan Tartil." (Surah Al-Muzammil: ayat 4)

Lalu jawab Sayyidina Al Imam 'Ali Bin Abi Talib Karamallah Wajhah yang mafhumnya bermaksud “Tartil iaitu mentajwidkan setiap huruf serta mengetahui segala (jenis) waqaf.”

21

Perkara ini turut dikukuhkan lagi dengan kata-kata ulama’ antaranya Imam Ibnu Al-Jazari pernah berkata: “Dan setelah kamu mentajwidkan setiap huruf maka tidak dapat tidak (mesti) mengetahui akan segala waqaf.” Manakala Imam Abu Hatim Al-Sajistani menegaskan, “Barangsiapa yang tidak mengetahui hukum (caracara) waqaf maka ia dianggap jahil mengenai Al-Quran.” 1.2 PENGERTIAN WAQAF

Waqaf dari sudut bahasa ialah menahan atau berhenti. Manakala dari segi istilah, waqaf bermaksud memutuskan bacaan atau menghentikannya pada suatu kalimah dengan tempoh satu pernafasan sebagai ukurannya, serta masih berniat menyambung bacaan itu setelah mengambil nafas. Sekiranya tiada niat untuk meneruskan bacaan, maka ia tidak dinamakan waqaf sebaliknya qat’u. (Abu Najihat Al-Hafiz, 2002)

1.3 BAHAGIAN WAQAF

Menurut

Mohamad

Abd

Manaf

(2004),

para

ulama’

qurra’

telah

membahagikan waqaf kepada empat bahagian iaitu: 1.3.1 Waqaf Ikhtiari (‫ﺇﺧﺘﻴﺎﺭﻱ‬

‫)ﻭﻗﻒ‬

Waqaf ikhtiari adalah waqaf pilihan yang boleh dilakukan oleh pembaca tanpa sebarang tempat tertentu. Menurut Abdul Qadir Leong (2003), para ulama’ qurra’ berselisih pendapat pada bilangan dan namanya, pendapat yang termasyhur dan paling adil telah diterangkan oleh Imam Abu ‘Amr Al-Dani dan Ibnu Al-Jazari iaitu: (i) Waqaf Tam (‫ﺗﺎﻡ‬

‫)ﻭﻗﻒ‬

- Berhenti yang Sempurna

Iaitu waqaf pada kalimah yang tidak mempunyai hubungan dengan kalimah yang selepasnya dari segi lafaz dan makna. Contoh:

     22

(Surah Al-Baqarah: Ayat 5)

Apabila seseorang pembaca Al-Quran bertemu dengan waqaf jenis ini, lebih elok jika ia berhenti dan kemudian meneruskan semula bacaannya dengan kalimah yang selepasnya. (ii) Waqaf Kafi (‫ﻛﺎﰲ‬

‫)ﻭﻗﻒ‬

- Berhenti yang Memadai

Iaitu waqaf pada kalimah yang tidak mempunyai hubungan dengan kalimah selepasnya dari segi lafaz tapi mempunyai hubungan dari segi makna. Contoh:

      (Surah Al-Baqarah: Ayat 6)

Sekiranya bertemu dengan waqaf ini ketika membaca Al-Quran, lebih elok jika ia berhenti. Walau bagaimanapun, sekiranya ia ingin memulakan semula bacaannya, hendaklah ia mengulangi semula kalimah sebelumnya atau pada kalimah ia berhenti kecuali jika ia berhenti pada hujung ayat, maka lebih elok ia meneruskan dengan kalimah yang berikutnya. (iii) Waqaf Hasan (‫ﺣﺴﻦ‬

‫)ﻭﻗﻒ‬

- Berhenti yang Baik

Iaitu waqaf pada kalimah yang boleh memberi faham akan maknanya yang jelas tetapi mempunyai hubungan dengan kalimah atau ayat selepasnya dari segi lafaz. Contoh:

    

(Surah Al-Fatihah: Ayat 2)

Apabila bertemu dengan waqaf ini semasa membaca ayat Al-Quran, maka lebih elok jika berhenti dan meneruskan semula bacaannya dengan kalimah yang selepasnya seperti keadaan Waqaf Tam. (iv) Waqaf Qabih (‫ﻗﺒﻴﺢ‬

‫)ﻭﻗﻒ‬

- Berhenti yang Tidak Baik

Iaitu waqaf pada kalimah yang tidak memberi faham akan maknanya kerana berhubung kuat dengan kalimah selepasnya dari segi lafaz dan makna. Tidak harus waqaf padanya kecuali darurat dan (jika berlaku) wajib memulakan dengan kalimah sebelumnya.

23

Contoh: Waqaf pada kalimah  daripada     (Surah Al-Fatihah: Ayat 2) Wakaf ini tidak diharuskan dan seseorang pembaca Al-Quran itu dikira berdosa serta boleh jatuh kufur jika ia melakukannya dalam keadaan sengaja dan mengetahui maknanya. Sebaliknya, jika terpaksa berhenti pada kalimah tersebut, maka hendaklah diulangi semula kalimah yang sebelumnya apabila hendak memulakan atau meneruskan bacaan. 1.3.2 Waqaf Idhtirari (‫ﺇﺿﻄﺮﺍﺭﻱ‬

‫)ﻭﻗﻒ‬

Waqaf Idhtirari adalah waqaf terpaksa (darurat) yang dilakukan oleh pembaca kerana kehabisan nafas, terbersin, menguap dan sebagainya. Hukum bernafas di tengah kalimah adalah haram kerana ia merosakkan bacaan. Walau bagaimanapun, bagi seseorang yang kesempitan nafas maka hendaklah ia memilih akhir kalimah tertentu dan waqaf padanya serta bolehlah bernafas kemudian menyambung semula bacaan dengan menjaga ibtida’ (permulaan) yang betul. 1.3.3 Waqaf Intidzari (‫ﺇﻧﺘﻈﺎﺭﻱ‬

‫)ﻭﻗﻒ‬

Waqaf Intizhari adalah waqaf tangguh yang dilakukan oleh pembaca kerana membaca wajah (qiraat) yang lain daripada wajah-wajah bacaan yang diterima. Diharuskan ketika seseorang itu sedang bertalaqqi dengan gurunya dengan membaca bacaan-bacaan Qiraat tujuh atau sepuluh. Cara untuk memulakan semula bacaan adalah sama seperti Waqaf Idhtirari dan Waqaf Ikhtibari iaitu dengan mengulangi semula kalimah yang sebelumnya atau pada kalimah yang diberhentikan jika sesuai dengan maksudnya. 1.3.4 Waqaf Ikhtibari (‫ﺇﺧﺘﺒﺎﺭﻱ‬

‫)ﻭﻗﻒ‬

Waqaf Ikhtiari adalah waqaf pengetahuan yang dilakukan oleh pembaca bertujuan untuk menerangkan perbezaan antara maqtu’ dan maushul, ithbat dan mahdzuf, menyoal dalam peperiksaan atau mengajar orang ramai. Untuk memulakan bacaan, seseorang itu perlu mengulangi semula kalimah yang sebelumnya atau pada kalimah yang ia berhenti. 24

1.4 TANDA-TANDA WAQAF DALAM RASM UTHMANI 1.4.1 (‫)ﻻ‬

: ‫ﺇﺷﺎﺭﺓ ﻋﺪﻡ ﺍﻟﻮﻗﻒ‬

Menurut Mohamad Abd Manaf (2004), tanda waqaf

(‫)ﻭﻗﻒ ﳑﻨﻮﻉ‬

(‫ )ﻻ‬bermaksud Waqaf Mamnu’

iaitu waqaf yang dilarang sekiranya sengaja waqaf padanya. Walau

bagaimanapun, dimaafkan bagi pembaca Al-Quran jika waqaf padanya ketika darurat. Tanda waqaf (a) Jika

(‫)ﻻ‬

(‫)ﻻ‬

ada dua keadaan iaitu:

di tengah ayat bermaksud La Taqif

(‫)ﻻ ﺗﻘﻒ‬

iaitu dilarang waqaf.

Contohnya dalam firman Allah s.w.t:

                               Maksudnya: “Sungguh, orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah iaitu Kitab dan menjualnya dengan harga murah, mereka hanya menelan api neraka ke dalam perutnya, dan Allah tidak akan menyapa mereka pada Hari Kiamat dan tidak akan menyucikan mereka. Mereka akan mendapat azab yang sangat pedih.” (Surah Al-Baqarah: Ayat 174) (b) Jika

(‫)ﻻ‬

di hujung ayat bermaksud La Taqta’

(‫)ﻻ ﺗﻘﻄﻊ‬

iaitu dilarang qata’

(berhenti terus). Contohnya dalam firman Allah s.w.t: ‫ﻻ‬

         Maksudnya: “Maka celakalah orang-orang yang bersolat.” (Surah Al-Ma’un: Ayat 4)

Menurut Abdul Qadir Leong (2003), dalam Al-Qur’an Rasm Uthmani, tanda waqaf

(‫)ﻻ‬

menunjukkan jenis berhentinya adalah Waqaf Qabih

(‫ )ﻭﻗﻒ ﻗﺒﻴﺢ‬. Oleh

itu, tidak elok berhenti ketika bertemu dengan waqaf ini. Jika diteruskan juga 25

bacaan, akan menyebabkan pembaca Al-Quran menghentikan bacaan pada rangkai kata yang tidak sempurna maknanya. Ini kerana makna dan lafaznya masih terikat dengan kata-kata berikutnya. Sekiranya berhenti juga disebabkan tidak cukup nafas atau bersin, maka hendaklah dimulakan semula bacaan dengan mengulang dari kalimah sebelumnya hingga akhir ayat.

Manakala Nik Jaafar Nik Ismail (1997) menegaskan pembaca Al-Quran hendaklah berhenti ketika bertemu dengan tanda-tanda waqaf dari jenis Waqaf Qabih. Ini kerana melakukan waqaf pada mana-mana kalimah atau ayat tidak sempurna atau tergantung, boleh mencacatkan kalimah atau mengubahkan kefahaman makna ayat yang dikehendaki. 1.4.2 (‫)ﺝ‬

: ‫ﺇﺷﺎﺭﺓ ﻭﻗﻒ ﺟﺎﺋﺰ‬

Mengikut Mohamad Abd Manaf (2004), tanda waqaf

(‫)ﻭﻗﻒ ﺟﺎﺋﺰ‬

(‫)ﺝ‬

merupakan Waqaf

Jaiz

iaitu waqaf yang harus sama ada hendak berhenti untuk waqaf atau

meneruskan bacaan untuk washal. Contohnya tanda waqaf

(‫)ﺝ‬

yang terdapat

dalam firman Allah s.w.t:

      Maksudnya: “Dan juga pada diri kamu sendiri. maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti) itu?” (Surah Al-Dzariat: Ayat 21)

Menurut Nik Jaafar Nik Ismail (1997), Waqaf Jaiz berlaku pada mana-mana ayat yang telah sempurna pada lafaz (i’rab) tetapi masih ada hubungan pada makna (cerita) dengan ayat yang berikutnya. Abdul Qadir Leong (2003) menjelaskan Wakaf Jaiz adalah tanda harus berhenti untuk waqaf pada mana-mana rangkai kata yang tidak sampai merosakkan maknanya. Oleh itu, seseorang pembaca Al-Quran harus hukumnya untuk memberhentikan bacaan padanya atau meneruskan bacaannya.

Dalam Al-Quran Rasm Uthmani, tanda waqaf Al-Bayyinah, ayat 5, Allah s.w.t berfirman: 26

(‫)ﺝ‬

boleh dilihat dalam Surah

                  Maksudnya: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.”

Maka harus bagi pembaca Al-Quran menghentikan bacaan pada kalimah

 lalu harus memulakan bacaan pada kalimah  . 1.4.3 (‫)ﻡ‬

: ‫ﺇﺷﺎﺭﺓ ﻭﻗﻒ ﻻﺯﻡ‬

Menurut Mohamad Abd Manaf (2004), tanda waqaf

(‫)ﻭﻗﻒ ﻻﺯﻡ‬

(‫)ﻡ‬

bermaksud Waqaf Lazim

iaitu waqaf yang dibiasakan atau dimestikan (ulama’ melazimkan

waqaf padanya). Contohnya dalam Surah Al-Qamar, ayat 6, Allah s.w.t berfirman:

          Maksudnya: “Oleh itu, berpalinglah dari mereka (Wahai Muhammad dan janganlah dihiraukan). (Ingatlah) masa (malaikat) penyeru menyeru (mereka pada hari kiamat) kepada perkara yang tidak diingini (oleh orang yang bersalah).”

Selain dinamakan Waqaf Lazim, ia juga dinamakan Waqaf Tam

(‫)ﻭﻗﻒ ﺗﺎﻡ‬

iaitu berhenti sempurna. Menghentikan bacaan pada rangkai kata yang sempurna maknanya; tidak terikat lafaz (dari segi i’rab) dan maksudnya dengan kata-kata yang berikutnya. (Abdul Qadir Leong, 2003)

Nik Jaafar Nik Ismail (1997) menjelaskan Waqaf Lazim ialah waqaf pada mana-mana ayat yang telah sempurna pada lafaz dan pada makna. Di mana jika diwasalkan ianya boleh menghubungkan maksud makna yang dikehendaki. 27

Hukumnya elok diwaqafkan dan dimulakan dengan ayat yang berikutnya. Makruh jika diwasalkan. Contohnya:

             Maksudnya: “Hanyasanya orang-orang yang menyahut seruanmu itu ialah mereka yang mendengar (yang mahu menurut kebenaran); sedang orang-orang yang mati Allah bangkitkan mereka semula (pada Hari Kiamat kelak), kemudian mereka dikembalikan kepadanya untuk menerima balasan.” (Surah Al-An’am: Ayat 36) Maka bolehlah menghentikan bacaan pada kalimah  lalu memulakan bacaan dari kalimah  .

1.4.4 (



) : ‫ﻗﻴﻞ ﻭﻗﻒ ﺃﻭﱃ‬

Menurut Mohamad Abd Manaf (2004), tanda waqaf (

(‫ )ﻭﻗﻒ ﺃﻭﱃ‬waqaf



) bermaksud Waqaf Aula iaitu

lebih utama. Nik Jaafar Nik Ismail (1997) menyatakan bertajwid

pada membaca Waqaf Aula atau dinamakan juga Waqaf Kafi

(‫)ﻭﻗﻒ ﻛﺎﰲ‬

adalah

sama seperti Waqaf Jaiz dari segi hukumnya iaitu harus jika hendak diwasalkan tetapi adalah lebih baik jika diwaqafkan. Contohnya terdapat Surah Al-Nahl, ayat 30:

                          Maksudnya: “Dan kemudian dikatakan kepada orang yang bertaqwa, “Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?, Mereka menjawab, “Kebaikan”. Bagi mereka yang berbuat baik di dunia mendapat (balasan) yang baik. Dan sesungguhnya negeri Akhirat pasti lebih baik. Dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertaqwa.”

Dalam Al-Quran Rasm Uthmani, tanda ( ) menunjukkan jenis berhenti Waqaf



Kafi dan adalah lebih utama untuk berhenti padanya. Ini kerana Wakaf Kafi bermaksud menghentikan bacaan pada rangkai kata yang sempurna dari segi 28

lafaznya tetapi maknanya masih terikat dengan kata-kata berikutnya. Contohnya dalam Surah Yaasin, ayat 52, Allah s.w.t berfirman:

              Maksudnya: “Mereka berkata, “Celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur)?” Inilah yang dijanjikan (Allah) Yang Maha Pengasih dan benarlah Rasul-rasul-Nya.” Maka boleh menghentikan bacaan pada kalimah 

lalu memulakan

bacaan pada  . 2.4.5 (



) ‫ﻭﺻﻞ ﺍﻭﱃ‬

Mohamad Abd Manaf (2004) menyatakan tanda (



) bermaksud Washal Aula iaitu

(‫ )ﻭﺻﻞ ﺃﻭﱃ‬washal lebih utama. Walau bagaimanapun, diharuskan waqaf tetapi lebih baik diwashalkan. Tanda waqaf ini dalam Al-Quran Rasm Uthmani menunjukkan jenis berhentinya adalah Waqaf Hasan

(‫)ﻭﻗﻒ ﺣﺴﻦ‬.

Contohnya dalam ayat berikut:

                      Maksudnya: “Dan barangsiapa menentang Rasulullah s.a.w (Muhammad) setelah jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin. Kami biarkan dia dalam kesesatan yang telah dilakukannya itu dan akan Kami masukkan dia ke dalam neraka jahannam dan itu seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah An-Nisa’: Ayat 115)

Menurut Abdul Qadir Leong (2003), Waqaf Hasan ialah menghentikan bacaan pada rangkai kata yang sempurna makna pada dirinya tetapi makna dan lafaznya masih terikat dengan kata-kata yang berikutnya. Oleh itu, adalah lebih utama untuk

29

pembaca Al-Quran menyambung bacaan tanpa berhenti waqaf apabila bertemu dengan tanda ini. Contohnya:

          Maksudnya: “Mereka berkata: Demikianlah Tuhanmu berfirman, (Kami hanya menyampaikan sahaja); Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui". Maka dibolehkan menghentikan bacaan pada kalimah  tetapi lebih baik sekiranya pembaca Al-Quran itu mengulangi bacaan dari kalimah  hingga akhir ayat. Ini kerana walaupun pada dasarnya ayat yang bertanda (



) dan dikategorikan

sebagai Waqaf Hasan telah sempurna (boleh difahami) tetapi masih ada hubungan dengan lafaz dan makna ayat yang berikutnya. (Nik Jaafar Nik Ismail, 1997). 1.5 PENUTUP

Sememangnya tidak terdapat sebarang dalil khusus daripada Al-Quran dan AsSunnah yang menyentuh tentang hukum wajib mahupun haram melakukan waqaf pada mana-mana ayat di dalam Al-Quran. Ini kerana pada zaman Rasulullah s.a.w ilmu yang menerangkan tentang waqaf dan ibtida’ tidak diperlukan kerana sebarang masalah yang berhubung dengan pembacaan Al-Quran akan terus dirujuk kepada baginda s.a.w. Berbeza situasinya pada masa kini, di mana seseorang pembaca AlQuran perlu mengetahui kedudukan waqaf yang sesuai agar ayat yang dibaca membawa makna yang selaras dengan kehendak syara’. Hal ini sebenarnya telah dipermudahkan dengan kewujudan tanda-tanda tertentu di dalam Al-Quran Mushaf Rasm Uthmani yang menunjukkan kedudukan dan hukum sesuatu waqaf.

Kesimpulannya, Al-Quran hendaklah dibaca secara `tartil' iaitu bacaan yang terang, jelas dan betul mengikut ilmu tajwid. Memperelokkan suara ketika membaca Al-Quran dapat menyentuh perasaan sesiapa yang mendengar sekaligus bacaan itu mampu menusuk ke dalam jiwa pendengarnya. Namun begitu, di sebalik seni bacaan Al-Quran, kita hendaklah sentiasa meneliti makna ayat, memahami kandungan dan pengertian yang disampaikan daripada Al-Quran itu sendiri. 30

Al-Quran juga hendaklah diajarkan kepada seluruh umat Islam iaitu dengan disebarkan

seluas-luasnya

agar

umat

Islam

dapat

terus

melaksanakan

tanggungjawab untuk mengamal dan memelihara Kitabullah ini. Manakala mempelajari Al-Quran dan seterusnya mengajarkannya pula merupakan sunnah Rasulullah s.a.w yang amat dituntut kepada seluruh umat Islam sebagaimana sabda Baginda s.a.w yang bermaksud: "Sebaik-baik kamu adalah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya."

Sebagai umat Islam, kita wajib bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dikurniakan nikmat petunjuk Al-Quran. Justeru, kita perlu menjadikan Al-Quran sebagai pegangan hidup demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Usah biarkan jiwa dan hidup ini kosong tanpa pedoman Al-Quran. Sabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi daripada Ibnu Abbas, maksudnya: "Sesungguhnya mereka yang tidak mempunyai sedikit Al-Quran dalam jiwanya samalah seperti rumah yang hampir roboh."

Jelaslah daripada hadis daripada Rasulullah s.a.w ini menunjukkan bahawa Al-Quran diturunkan untuk dihayati dan diamalkan. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa istiqamah dalam membaca Al-Quran dan berusaha untuk menghafaznya. Dengan membaca al-Quran, kita dapat menambahkan ketenangan, keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Bahkan dengan membaca Al-Quran, kita mampu membersihkan jiwa, sekaligus mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah s.w.t sebagaimana maksud Rasulullah s.a.w: "Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya."

31

Related Documents

Waqaf
October 2019 38
Waqaf
June 2020 16
Barang Waqaf
October 2019 33
Waqaf Maimunah.docx
June 2020 18
Waqaf La Washal.docx
December 2019 28

More Documents from "Muhammad dhuhaa"