Unit 4

  • Uploaded by: balamurali
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Unit 4 as PDF for free.

More details

  • Words: 3,487
  • Pages: 20
SOSIALISASI DAN PEMBENTUKAN TABIAT MORAL

UNIT 4

A 1002 / Unit4/ halaman 1

SOSIALISASI DAN PEMBENTUKAN TABIAT MORAL

OBJEKTIF AM

Un it

4

Memahami sosialisasi, pembentukan Tabiat Moral dan mengklasifikasikan agen-agen sosial l

OBJEKTIF KHUSUS Di akhir unit ini anda dapat : • • • •

menghuraikan norma-norma sosial dan kawalan sosial mengklasifikasikan agen-agen sosialisasi menerangkan amalan nilai murni dalam kehidupan keluarga, rakan sebaya, jiran dan masyarakat menjelaskan agen-agen sosialisasi dapat mempengaruhi pemupukan nilai-nilai yang terdapat pada diri.

Unit 4-1

SOSIALISASI DAN PEMBENTUKAN TABIAT MORAL

A 1002 / Unit4/ halaman 2

INPUT

4.0 PENGENALAN Sosialisasi adalah proses di mana seseorang individu mempelajari dan menerima nilai, sikap, kemahiran yang dipunyai oleh masyarakat bagi membentuk personalitinya yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut. Sosialisasi adalah proses seumur hidup. Tanpa sosialisasi seseorang tidak dapat berinteraksi, bekerja sebagai satu kumpulan atau melakukan kawalan diri. Sosialisasi bukan sahaja menolong seseorang memainkan peranan sosialnya dengan sempurna tetapi secara keseluruhannya ia juga boleh dikatakan sebagai alat untuk mengekalkan kumpulan dan masyarakat. Idea-idea, nilai-nilai dan pola-pola tingkah laku yang menyatukan masyarakat akan terus kekal walaupun ahli-ahlinya berganti. Sosialisasi berlaku secara sedar atau tidak sedar. Walaupun kanak-kanak diajar secara langsung (delibrate) cara-cara tingkah laku, sikap-sikap dan nilai-nilai yang baik di rumah dan di sekolah, tingkah laku, sikap dan nilai kumpulan dalam masyarakat yang lain secara tidak langsung juga akan dipelajari oleh kanak-kanak hasil daripada tingkah laku-tingkah laku atau perbuatan-perbuatan orang-orang dewasa di sekitarnya. Ramai ahli sosiologi berpendapat bahawa kita tidak dilahirkan sebagai manusia, tetapi kita menjadi manusia melalui proses interaksi sosial atau sosialisasi. Sosialisasi mengubah organisme bilogikal kepada insan sosial. Melalui sosialisasilah seseorang belajar isi kandung kebudayaannya. Melalui sosialisasilah kebudayaan manusia dapat dipindahkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Kawan! Mari kita tengok tujuan sosialisasi

Ye la.. ada kat bawah kaki aku tu haa..

Proses sosialisasi bertujuan untuk : a. mengajar asas-asas kehidupan dalam masyarakat b. menanamkan aspirasi-aspirasi masyarakat

Unit 4-2

SOSIALISASI DAN PEMBENTUKAN TABIAT MORAL

A 1002 / Unit4/ halaman 3

c. menyebarkan kemahiran-kemahiran yang penting dalam masyarakat d. mengajar untuk memenuhi peranan-peranan sosial. Tiga perkara mesti berlaku untuk memastikan kejayaan sosialisasi : a. Seseorang mesti faham apa yang diharapkan daripada mereka. Ia mesti tahu tingkah laku apa yang patut dipelajari sebagaimana yang diingini oleh masyarakat. b. Seseorang mesti berusaha memenuhi kehendak-kehendak masyarakat. Untuk bertingkah laku sebagai mana yang dikehendaki, individu boleh mempelajari kemahiran-kemahiran intelektual, sosial dan fizikal daripada ibu bapa, sekolah dan sumber-sumber lain daripada persekitaran. c. Seseorang mesti akur dan rela mengikut peraturan-peraturan masyarakat.

‘Norma’ tu nama orang ka..

e..eeh bukanlah, cuba lihat kat bawah tuu..

4.1. NORMA SOSIAL Norma sosial merupakan kelakuan yang standard yang dimiliki oleh anggota sesuatu kumpulan dan anggota kumpulan itu dijangka akan mematuhinya. Sebagai tingkahlaku yang standard, norma sosial merupakan peraturan yang ditentukan dan dipersetujui oleh sebahagian besar anggota masyarakat dengan mengambil kira mengenai munasabah atau tidaknya tingkah laku itu. Norma sosial boleh dianggap sebagai suatu garis panduan bagi anggota masyarakat bertingkah laku mengikut sesuatu situasi. Penerimaan serta kepatuhan kepada norma sosial adalah penting bagi mewujudkan perpaduan di dalam sesuatu kelompok atau masyarakat. Beberapa norma sosial yang diterima oleh kebanyakan masyarakat ialah seperti larangan terhadap perlakuan membunuh, merogol, mencuri dan merompak. Tanpa norma sosial sistem masyarakat akan terganggu atau menjadi kacau bilau. Apabila sesuatu perlakuan dianggap sebagai satu norma atau bersifat normatif, kita sebenarnya menekankan hakikat bahawa perlakuan itu mematuhi atau bersesuaian dengan jangkaan dan kehendak masyarakat umumnya. Tingkah laku yang tidak mematuhi norma sosial atau bertentangan dengan harapan sebilangan besar ahli masyarakat adalah dianggap sebagai ‘penyimpangan’ atau ‘deviance’ atau ‘lencongan’. Dalam masyarakat yang menganggap keikhlasan sebagai satu standard kelakuan atau norma, maka penipuan adalah penyimpangan. Norma sosial wujud akibat dari interaksi

Unit 4-3

SOSIALISASI DAN PEMBENTUKAN TABIAT MORAL

A 1002 / Unit4/ halaman 4

sosial. Ia mencerminkan jangkaan dan harapan bersama mengenai tingkahlaku yang diingini dalam sesuatu kelompok. Norma sosial dipelajari melalui proses sosialisasi dan penghayatan. Norma sosial bukannya sesuatu yang tetap. Ia berubah dari semasa ke semasa mengikut keadaan masyarakat. Pengetahuan yang baru dan keadaan yang berubah boleh menyebabkan berkembangnya norma-norma baru. Folkways dan mores sesuatu masyarakat mempunyai hubungan rapat dengan norma sosial masyarakat tersebut. Folkways adalah cara-cara bertingkah laku yang dianggap wajar dalam sesuatu masyarakat seperti sikap bersopan santun dan berbudi bahasa. Ia berasaskan kepada adat resam dan tradisi yang diwarisi dari generasi ke generasi melalui proses sosialisasi. Folkways berbeza daripada masyarakat kepada masyarakat lain. Ia tidak dikuatkuasakan melalui undang-undang, tetapi oleh kawalan sosial yang tidak formal. Perbuatan yang melanggar folkways biasanya tidak dianggap sesuatu yang serius. Mores pula merupakan norma sosial yang lebih asas bagi kehidupan sosial. Ia menentukan standard moral bagi sesuatu tingkah laku. Anggota sesuatu masyarakat adalah wajib mematuhi mores dan ketidakpatuhan akan mengakibatkan hukuman tidak formal yang keras seperti ejekan, hinaan dan penyingkiran dari kelompok-kelompok yang berkenaan. Jadi mores adalah satu bentuk kawalan sosial. Satu contoh mores yang boleh dikatakan sejagat ialah pantang larang mengenai sumbang kadim.

4.2. KAWALAN SOSIAL Kawalan sosial adalah cara yang digunakan oleh masyarakat untuk mempengaruhi tingkah laku ahlinya supaya mereka mematuhi norma-norma sosial, tradisi dan pola-pola tingkah laku yang penting bagi melicinkan perjalanan masyarakat itu. Kawalan sosial boleh bercorak positif atau negatif dan kedua-dua bentuk ini juga boleh bersifat formal atau tidak formal. Kawalan sosial positif adalah ganjaran yang diterima oleh seseorang yang mematuhi apa yang diharapkan oleh masyarakat. Ganjaran yang diberi boleh jadi dalam bentuk senyuman, hadiah, kenaikan gaji atau pangkat, atau pemberian pingat untuk menunjukkan seseorang itu telah berjasa kepada masyarakat dan negara. Satu bentuk kawalan sosial yang lebih asas adalah bergantung kepada penghayatan individu mengenai norma sosial, nilai dan jangkaan penghayatan individu mengenai norma sosial, nilai dan jangkaan peranannya melalui proses sosialisasi. Akibat daripada proses ini, individu didorong untuk mematuhi norma-norma sosial yang dipercayainya. Kawalan sosial yang negatif adalah berdasarkan kepada amaran serta ancaman terhadap hukuman. Ketakutan terhadap hukuman seperti denda, penjara, kesakitan, kematian dan sebagainya diandaikan dapat menghalang individu daripada melakukan tingkah lakuUnit 4-4

SOSIALISASI DAN PEMBENTUKAN TABIAT MORAL

A 1002 / Unit4/ halaman 5

tingkah laku yang tidak diingini atau ditegah oleh masyarakat. Masyarakat tidak boleh wujud tanpa kawalan sosial. Kawalan-kawalan sosial negatif yang boleh digunakan oleh masyarakat ke atas ahlinya yang tidak patuh kepada norma-norma atau peraturan-peraturan masyarakat adalah seperti : 1. Menggunakan kekerasan fizikal seperti merotan, memukul ataupun mengancam dengan tujuan menakutkan seseorang supaya ia patuh kepada peraturan untuk mengelak daripada mengalami kesakitan. Cara kawalan sosial sebegini merupakan cara yang paling lama digunakan oleh manusia. 2. Tekanan ekonomi di mana seseorang tidak diberi peluang untuk mendapatkan keperluan-keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat perlindungan. Setiap orang mempunyai keperluan ini terus dapat dinikmatinya dan supaya ia tidak mengalami kesusahan, seseorang akan akur kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh masyarakat. 3. Pujukan kumpulan di mana individu didapati cenderung untuk menukar pendapat asalnya supaya pendapatnya secocok atau hampir sama dengan pendapat kumpulan yang dianggotainya. Pujukan kumpulan ini boleh menjadi pendorong untuk individu melakukan sesuatu seperti mengambil dadah, meminum minuman keras pada kali pertama dan sebagainya. Oleh kerana kita ambil berat kepada apa ahli kumpulan fikir terhadap kita, biasanya pendapat dan tingkah laku kita akan kita sesuaikan dengan kehendak kumpulan yang kita anggotai. 4. Cemuhan atau kritikan juga merupakan alat untuk kawalan sosial. Kanak-kanak biasanya akan akur kepada perintah bagi mengelakkan dirinya daripada dikritik atau menjadi bahan ketawa rakan-rakannya. Orang dewasa sentiasa cuba tidak melakukan sesuatu yang salah untuk mengelakkan dirinya daripada dipandang sebagai bodoh dan ‘bangang’. 5. Pemulauan juga digunakan untuk kawalan sosial. Pemulauan dilakukan dengan tidak menegur atan menjauhkan diri daripada orang yang melakukan kesalahan sosial. Ketakutan pemulauan ini membuatkan seseorang patuh kepada peraturan sosial yang ada. Dalam kes kesalahan jenayah pemulauan digunakan untuk menghukum penjenayah dengan menghantarkannya ke suatu tempat yang asing atau ke tempat yang tidak ada penduduk yang ramai. Pemulauan seseorang ke pulau atau negeri asing berlaku dalam sejarah. Kawalan sosial yang formal melibatkan sistem tatacara dan sistem kewibawaan seperti undang-undang, peraturan dan berbagai badan tertentu untuk melaksanakannya. Sistemsistem tatacara dan kewibawaan itu menentukan ganjaran atau hukuman yang dikenakan dalam kes-kes tertentu. Pasukan polis, mahkamah, penjara, hospital sakit jiwa dan pusat pemulihan akhlak adalah antara badan kawalan sosial yang diadakan untuk menjamin

Unit 4-5

SOSIALISASI DAN PEMBENTUKAN TABIAT MORAL

A 1002 / Unit4/ halaman 6

supaya anggota masyarakat akur kepada norma-norma sosial. Ahli-ahli badan kawalan sosial pula terdiri daripada polis, hakim, peguam dan pegawai-pegawai penjara. Antara fungsi-fungsi badan kawalan sosial ialah : 1. Mengenakan balasan ke atas orang yang bersalah 2. Mengenakan hukuman ke atas penjenayah 3. Memulihkan orang yang bersalah dengan memberikan pendidikan agama, sesi kaunseling dan latihan vokasional. Kawalan sosial tidak formal biasanya ditunjukkan dalam bentuk pendapat umum melalui pujian dan teguran, misalnya seseorang pelajar yang didapati menconteng sesuatu yang lucah di atas mejanya perlu ditegur. Berbeza daripada kawalan sosial formal pujian dan teguran yang diberikan oleh masyarakat kepada mereka yang patuh atau yang melanggar norma sosial tidak ditetapkan, ia bergantung kepada situasi-situasi tertentu. Menurut Crosbie (1975), terdapat empat jenis kawalan sosial tidak formal : 1. Penggunaan ganjaran sosial seperti naik pangkat. Insentif seperti ini adalah untuk menggalakkan ahli-ahli dalam kelompok mematuhi nilai-nilai dan norma-norma yang ditetapkan. 2. Penggunaan kawalan sosial negatif seperti hukuman atau kritikan 3. Penggunaan pujukan, iaitu dengan cara menimbulkan keinsafan pada diri individu yang telah menyeleweng. 4. Norma masyarakat ditakrif mengikut kehendak individu terutamanya oleh individu yang berstatus tinggi. Teori-teori kawalan sosial mengandaikan bahawa masyarakat perlu mengawal sifat-sifat manusia yang cenderung kepada sifat haiwan. Untuk mewujudkan dan mengekalkan peraturan sosial dalam masyarakat, kecenderungan manusia mengajar kepentingan dirinya sehingga berlaku perang di antara satu sama lain mestilah dihadkan. Tanpa kawalan sosial manusia akan melakukan keganasan dan berbagai tindakan yang mementingkan diri sendiri seperti perbuatan membunuh, merompak, menyamun, menipu dan sebagainya.

Unit 4-6

SOSIALISASI DAN PEMBENTUKAN TABIAT MORAL

A 1002 / Unit4/ halaman 7

AKTIVITI 4A

1. Sosialisasi adalah proses di mana seseorang itu mempelajari dan menerima nilai, sikap, kemahiran yang dipunyai oleh masyarakat bagi membentuk personalitinya yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut. Proses sosialisasi ini adalah bertujuan untuk ... i. menanamkan aspirasi-aspirasi masyarakat ii. mengajar untuk memenuhi keperluan sosial iii. mengajar asas-asas kehidupan dalam masyarakat iv. menyebarkan kemahiran yang penting dalam masyarakat A. i, ii dan iii B. i, iii dan iv C. ii, iii dan iv D. i, ii, iii dan iv 2. Norma sosial merupakan kelakuan yang standard yang dimiliki oleh anggota sesuatu kumpulan dan anggota kumpulan itu dijangka akan mematuhinya. Sebagai tingkahlaku yang standard, norma sosial merupakan peraturan yang ditentukan dan dipersetujui oleh … A. B. C. D.

semua anggota masyarakat segelintir anggota masyarakat sebahagian besar anggota masyarakat kaum-kaum tertentu di dalam masyarakat

Unit 4-7

SOSIALISASI DAN PEMBENTUKAN TABIAT MORAL

A 1002 / Unit4/ halaman 8

3. Kawalan sosial digunakan seseorang individu terhadap seseorang yang tidak patuh kepada norma-norma masyarakat. Antara berikut yang manakah kawalan sosial positif. A. B. C. D.

Pujukan Ganjaran Tekanan ekonomi Menggunakan kekerasan

Unit 4-8

SOSIALISASI DAN PEMBENTUKAN TABIAT MORAL

A 1002 / Unit4/ halaman 9

MAKLUMBALAS 4A

1. D. i, ii, iii dan iv 2. C. sebahagian besar anggota masyarakat 3. B. Ganjaran

Unit 4-9

SOSIALISASI DAN PEMBENTUKAN TABIAT MORAL

A 1002 / Unit4/ halaman 10

INPUT

4.3. PERANAN AGEN-AGEN SOSIALISASI

1. KELUARGA Keluarga adalah agen sosialisasi yang banyak mempengaruhi perkembangan kanakkanak. Lazimnya ibu bapa akan mengajar anak-anaknya mengenai apa yang harus dilakukan dan apa yang harus dilarang. Daripada ibu bapa, kanak-kanak itu akan mempelajari kemahiran, sikap, norma dan nilai-nilai seperti kejujuran, amanah, rajin, bersih dan hormat menghormati. Kanak-kanak semasa dilahirkan diibaratkan seperti sehelai kain putih. Ini bermakna kanak-kanak itu tidak jahat dan tidak baik. Bagaimana personalitinya dibentuk adalah bergantung kepada keluarganya, rakan sebayanya, sekolahnya dan unsur-unsur lain yang terdapat dalam alam sekitarnya. Pada peringkat awal, kanak-kanak menghabiskan sebahagian besar masanya dengan keluarganya. Cara ibu bapa mengasuh anaknya adalah berbeza. Bagi ibu bapa yang garang dan autokratik, anak-anak membesar menjadi individu yang patuh, pasif, takut memberi pandangan dan kurang berinisiatif. Sebaliknya, ibu bapa yang bersifat laissez-faire atau terlalu berlembut dengan anak serta cepat melayani segala permintaan mereka akan mendapati bahawa anak-anak itu akan membesar menjadi individu yang kurang bertanggung jawab, terlalu bergantung kepada orang lain, kurang berikhtiar dan kurang menghormati orang-orang tua. Keluarga yang bersifat demokratik, iaitu di mana ibu bapa sentiasa berbincang secara terbuka, melibatkan anak dalam membuat keputusan seperti menentukan tempat peranginan yang hendak dikunjungi serta menerangkan sebab-sebab mengapa anak-anak dihukum akan berjaya membentuk individu yang lebih tinggi keyakinan dirinya. Selain

Unit 4-10

SOSIALISASI DAN PEMBENTUKAN TABIAT MORAL

A 1002 / Unit4/ halaman 11

itu anak-anak itu juga lebih aktif, bersopan santun, gemar berkongsi satu-satu masalah dan lebih bersifat mementingkan hal lahiriah daripada hal batiniah diri sendiri (ektrovert). Segala nilai dan norma yang ditekankan oleh ibu bapa akan cepat mempengaruhi perkembangan personaliti anak-anak mereka. Sebagai contohnya, Encik Zaidi baru sahaja pulang dari pejabat. Dia berasa letih dan ingin berehat. Tiba-tiba telefon berdering. Anaknya Nasir telah mengetuk pintu biliknya kerana panggilan itu adalah untuknya. Encik Zaidi meminta Nasir memberitahu pemanggil bahawa dia tiada di rumah. Situasi di atas jelas menunjukkan amalan menipu. Kalaulah situasi seperti ini berlaku berulang kali, Nasir akan berpendapat bahawa dalam kehidupan sehari-hari kita, amalan menipu tidaklah salah. Saiz keluarga juga mempengaruhi sosialisasi seseorang individu. Pertuturan dan interaksi adik beradik akan menggalakkan individu itu bertutur dengan lebih cepat dan lebih luas perbendaharaan katanya. Anak-anak dalam keluarganya yang besar mempunyai tugasan masing-masing manakala anak tunggal atau anak keluarga kecil lebih dimanjakan. Nilainilai serta sikap yang dihargai oleh adik beradik juga akan mempengaruhi seseorang individu itu.

2. SEKOLAH Apabila kanak-kanak bersekolah, interaksinya dengan masyarakat menjadi bertambah luas. Ia bukan sahaja sekadar biasa dengan peraturan-peraturan dan amalan-amalan keluarganya, ia akan sedar bahawa alam persekolahan juga mempunyai peraturanperaturan yang ketat yang memerlukannya berkelakuan baik. Di sekolah kanak-kanak bukan sahaja belajar sosialisasi secara formal yang ditentukan oleh kurikulum sekolah tetapi ia juga melalui kurikulum tersembunyi dengan cara menyesuaikan diri dalam suasana baru sekolah seperti beratur mengikut giliran, mengikut peraturan, bekerjasama dengan orang lain dan bersaing dalam aktiviti-aktiviti sekolah. Guru-guru dan rakan sebayanya menjadi orang-orang yang penting kepadanya. Adalah didapati guru-guru memainkan peranan yang penting selepas ibu bapa dalam perkembangan moral kanakkanak. Cara pentadbiran sekolah, persekitaran sekolah. personaliti dan pergaualan guru besar dan guru lain, termasuk kaki tangan sekolah, mempunyai pengaruh terhadap perkembangan moral kanak-kanak di sekolah.

Unit 4-11

SOSIALISASI DAN PEMBENTUKAN TABIAT MORAL

A 1002 / Unit4/ halaman 12

3. RAKAN SEBAYA Seseorang kanak-kanak juga dipengaruhi oleh rakan sebayanya. Apa yang mereka cakapkan, lakukan, bahasa yang digunakan, semua ini akan meninggalkan kesan ke atas kanak-kanak. Sosialisasi melalui rakan sebaya adalah yang paling efektif berbanding dengan sosialisasi melalui keluarga mereka kerana sosialisasi rakan sebaya berlaku secara tidak formal dan tidak sengaja. Kumpulan rakan sebaya adalah kumpulan yang mengandungi individu yang biasanya mempunyai umur dan taraf yang hampir sama. Kumpulan rakan sebaya boleh jadi kumpulan bermain kanak-kanak, satu geng, atau satu ‘clique’. Aktiviti kumpulan rakan sebaya adalah berbentuk sukarela, ahlinya terdiri daripada yang sama taraf dan dipilih berdasarkan suka sama suka. Dalam kumpulan rakan sebaya mereka suka tanpa diganggu oleh pihak yang lebih berkuasa seperti ibu bapa atau sekolah. Mereka belajar berdikari dan membentuk peraturan, nilai dan norma kumpulan tersendiri. Kumpulan rakan sebaya, terutama peringkat remaja, mempunyai pengaruh kuat ke atas tingkah laku individu. Kesan buruk rakan sebaya boleh berlaku apabila ahli kumpulan dikehendaki menolak nilai-nilai ibu bapa dan masyarakat, dan mengikut nilai norma kumpulannya. Pada peringkat remaja ahli kumpulan rakan sebaya biasanya mempunyai sub-budaya tertentu, mereka mempunyai cara bercakap, jenis-jenis pakaian, muzik, nilai dan norma kumpulan rakan sebayanya. Jurang generasi kerap berlaku pada peringkat ini. Walau bagaimanapun harus diingat bahawa tidak semua kumpulan rakan sebaya membelakangkan nilai dan norma yang dipegang oleh keluarga dan masyarakat, terdapat kumpulan rakan sebaya yang diwujudkan dengan bantuan dan restu daripada keluarga ahli-ahli kumpulan rakan sebaya masing-masing. Adalah didapati kumpulan rakan sebaya hari ini memainkan peranan penting dalam proses sosialisasi individu berbanding dengan masa dahulu.

4. AGAMA Agama di dapati mempunyai hubungan dengan perlakuan moral. Ramai berpendapat agama adalah penting untuk mencapai perlakuan moral yang baik. Adalah didapati kanak-kanak yang menghadiri kelas-kelas agama lebih jujur daripada kanak-kanak yang tidak menghadiri kelas agama. Ramai berpendapat kanak-kanak menggunakan ajaran agama sebagai petunjuk dalam proses perkembangan moral mereka. Walau bagaimanapun, terdapat juga kes-kes di mana orang-orang yang percayakan agama tidak menggunakan prinsip-prinsip moral yang tinggi dalam perlakuan mereka seharian. Ini kerana tidak ada keimanan di dalam diri mereka. Sekiranya kanak-kanak ini diberi didikan agama yang kuat dan berpegang kepada keimanan nescaya mereka tidak akan

Unit 4-12

SOSIALISASI DAN PEMBENTUKAN TABIAT MORAL

A 1002 / Unit4/ halaman 13

melakukan sesuatu yang bercanggah dengan moral manusia malahan agama itulah yang akan membentuk jiwa, moral dan akhlaknya kerana di dalam agama itu ada cara dan kaedah untuk membentuk akhlak-akhlak yang baik dan berjiwa luhur kepada tuhan seperti yang terkandung di dalam agama Islam.

5. MEDIA MASSA Ada pendapat yang mengatakan media massa mempunyai pengaruh sosialisasi sama kuatnya seperti pengaruh rakan sebaya dan sekolah. Media massa yang merangkumi surat khabar, majalah, radio dan terutama televisyen boleh meninggalkan kesan yang negatif dan positif ke atas sosialisasi seseorang. Pengaruh baik atau buruk yang diterima oleh kanak-kanak melalui media massa bergantung kepada apakah bahan atau unsur yang didedahkan kepada mereka. Rancangan-rancangan televisyen mempunyai tema yang berbagai. Tema yang baik seperti cerita di mana orang yang baik selalu mendapat kejayaan dan sebaliknya orang jahat menerima hukuman atau balasan dapat membantu perkembangan pertimbangan moral kanak-kanak. Kanak-kanak patut digalakkan untuk menonton rancangan sedemikian. Sebagai ibu bapa dan guru yang bertanggung jawab adalah menjadi tanggung jawab mereka untuk mendidik kanak-kanak supaya mereka tahu memilih apakah rancangan televisyen dan bahan-bahan bacaan yang baik dan sesuai untuk mereka.

Unit 4-13

SOSIALISASI DAN PEMBENTUKAN TABIAT MORAL

A 1002 / Unit4/ halaman 14

AKTIVITI 3B

1. Keluarga adalah agen sosialisasi yang banyak mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Keluarga yang bersifat laissez faire akan menyebabkab kanak-kanak menjadi … A. patuh, pasif, takut memberi pendapat dan kurang berinisiatif B. lebih bersifat mementingkan hal lahiriah daripada kebatinan C. tinggi keyakinan diri, aktif, bersopan santun, gemar berkongsi satu-satu masalah D. individu yang kurang bertanggung jawab, terlalu bergantung kepada orang lain, kurang berikhtiar dan kurang menghormati orang tua.

2. Ramai ahli sosiologi berpendapat bahawa kita tidak dilahirkan sebagai manusia, tetapi kita menjadi manusia melalui proses interaksi sosial atau sosialisasi dan di dalam sosialisasi itu sendiri mempunyai agen-agennya yang memainkan banyak peranan. Berikut adalah agen-agen sosialisasi dalam Pendidikan Moral kecuali... A. B. C. D.

agama budaya keluarga rakan sebaya

Unit 4-14

SOSIALISASI DAN PEMBENTUKAN TABIAT MORAL

A 1002 / Unit4/ halaman 15

3. Kanak-kanak yang mendapat pendidikan agama lebih baik mengamalkan nilainilai moral dalam perlakuan seharian kerana mereka ... A. meniru rakan sebaya B. biasa melakukan nilai yang baik C. mengikut amalan ibu bapa mereka D. diajar dengan kaedah-kaedah tertentu supaya mengamalkan nilai-nilai yang baik.

Dah jawab …jom, jom kita tengok jawapan lak !!

Unit 4-15

SOSIALISASI DAN PEMBENTUKAN TABIAT MORAL

A 1002 / Unit4/ halaman 16

MAKLUMBALAS 3B 1. D. individu yang kurang bertanggung jawab, terlalu bergantung kepada orang lain, kurang berikhtiar dan kurang menghormati orang tua. 2. B. Budaya 3. D. diajar dengan kaedah-kaedah tertentu supaya mengamalkan nilai-nilai yang baik.

Hai… lega rasanya.. senang pula tu..

Unit 4-16

SOSIALISASI DAN PEMBENTUKAN TABIAT MORAL

A 1002 / Unit4/ halaman 17

PENILAIAN KENDIRI

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA.

1. Bagi memastikan kejayaan sosialisasi seseorang itu mestilah ... i. berusaha memenuhi kehendak mereka ii. akur dan rela mengikut peraturan mereka iii. faham apa yang diharapkan daripada mereka iv. mempelajari kemahiran yang penting dalam masyarakat A. B. C. D.

i dan ii i, ii dan iii i, iii dan iv ii, iii dan iv

2. Kawalan sosial digunakan oleh masyarakat untuk mempengaruhi tingkah laku mereka agar mematuhi norma-norma sosial. Berikut di bawah ini adalah bukan fungsi badan kawalan sosial. A. Memberi pujian dan teguran B. Mengenakan hukuman ke atas penjenayah C. Mengenakan balasan kepada orang yang bersalah D. Memulihkan orang yang bersalah dengan memberikan pendidikan agama dan kaunseling.

Unit 4-17

SOSIALISASI DAN PEMBENTUKAN TABIAT MORAL

A 1002 / Unit4/ halaman 18

3. Kanak-kanak dilahirkan ibarat kain putih. Ibubapalah yang bertanggung jawab dalam membentuk bagaimana personaliti anak-anak mereka. Manakah di antara berikut cara pendidikan anak yang paling baik dan berkesan. A. B. C. D.

Autokratik Demokratik Lassez faire Konservatif

4. Hatim merupakan seorang pensyarah di salah sebuah universiti tempatan. Barubaru ini dia telah dianugerahkan pingat cemerlang oleh jabatannya. Penganugerahan ini merupakan satu contoh ... A. penggunaan norma B. penggunaan pujukan C. kawalan sosial positif D. kawalan sosial negatif 5. Rakan sebaya sangat efektif mempengaruhi kanak-kanak. Ada kumpulan rakan sebaya yang positif dan sesuai dengan masyarakat. Siapakah yang mempengaruhi rakan sebaya tersebut ? A. Ahli kumpulan rakan sebaya B. Jiran kumpulan rakan sebaya C. Ketua kumpulan rakan sebaya D. Ibu bapa kepada rakan sebaya

TAHNIAH le dah berjaya jawab, tapi tengok dulu maklumbalas di sebelah tu haa... betul ke salah ! .

Unit 4-18

SOSIALISASI DAN PEMBENTUKAN TABIAT MORAL

A 1002 / Unit4/ halaman 19

MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

1. B. i, ii dan iii 2. A. Memberi pujian dan teguran 3. B. Demokratik 4. C. kawalan sosial positif 5. D. Ibu bapa kepada rakan sebaya

Dah selesai, lega rasanya... Jom! Kita minum duluuu.

Unit 4-19

SOSIALISASI DAN PEMBENTUKAN TABIAT MORAL

A 1002 / Unit4/ halaman 20

Unit 4-20

Related Documents

Unit 4
June 2020 7
Unit 4
December 2019 16
Unit-4
December 2019 12
Unit 4
May 2020 18
Unit 4
May 2020 7
Unit 4
April 2020 9

More Documents from ""

Unit 4
May 2020 6
Unit 0 Pm
May 2020 5
Unit 5
May 2020 9
Unit 10
May 2020 10
Auto Cad 6
June 2020 8
Auto Cad 3
June 2020 5