Unit 5

  • Uploaded by: balamurali
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Unit 5 as PDF for free.

More details

  • Words: 4,005
  • Pages: 21
PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA

UNIT 5

A 1002 / Unit5/ halaman 1

PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT DAN NEGARA

OBJEKTIF AM

Un it

5

Memahami tentang peranan individu di dalam masyarakat dan negara

OBJEKTIF KHUSUS Di akhir unit ini anda dapat : • •

menerangkan peranan individu di dalam masyarakat dan negara mengeluarkan pendapat / idea ke arah kecemerlangan masyarakat

Unit 5-1

PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA

A 1002 / Unit5/ halaman 2

INPUT

5.0 PENGENALAN Iindividu mempunyai peranan yang sangat besar terhadap masyarakat dan negara. Peranan individu ini dapat dikategorikan kepada : a. diri sendiri b. keluarga c. warga tua d. budaya ikram e. kejiranan f. masyarakat dan negara

5.1. DIRI SENDIRI

eleh ! pasal apa nak malu.. saya curi pun pakai seluar jugak !

Abu ! kenapa dengan kamu ni.. tak malu ke dengan diri kamu sendiri.

5.1.1 Menjaga maruah dan nilai diri a. Kasih sayang Kasih sayang adalah nilai cinta dan sayang yang sejati dan tidak berbelah bahagi terhadap seseorang atau sesuatu. Nilai ini terbit daripada hati yang ikhlas dan rela serta tidak dapat dipengaruhi oleh sesiapa atau ap-apa saja. Seseorang yang mempunyai nilai kasih sayang akan mengambil berat dalam menghargai sesuatu yang disayangi, misalnya dia dia menjaga ibu bapa, anak-anak atau kaum keluarga dengan baik. Sentiasa memikirkan atau mengutamakankepentingan orang lain, menawasi setiap perkara dengan teliti dan mengelakkan berlakunya cacat cela yang akan menjejaskannya. b. Hormat menghormati Hormat menghormati adalah nilai saling menghargai serta memberikan layanan yang bersopan atau memberikan pandangan yang tinggi di antara satu sama lain. Secara khususnya, nilai hormat menghormati patut diamalkan bukan sahaja di antara individu bahkan antara institusi yang lain. Unit 5-2

PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA

A 1002 / Unit5/ halaman 3

Seseorang yang mempunyai sifat hormat menghormati akan bersikap sopan bila bertutur dengan orang lain, memberikan layanan yang baik kepada tetamu, sentiasa menghargai orang lain biarpun berlainan bangsa, mementingkan perpaduan dan bersikap faham memahami dalam pelbagai aspek supaya dapat hidup dalam rukun aman dan damai. c. Amanah Amanah ialah sikap bertanggung jawab yang dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain terhadap diri kita. Sikap ini penting diamalkan kerana dapat mengelakkan timbulnya perasaan pra sangka di antara anggota masyarakat. Orang yang amanah tidak akan menyalahgunakan kuasa yang dipertanggungjawabkan kepdanya, berpegang teguh kepada janji, mengendalikan hal-hal kewangan yang diamanahkan dengan baik dan segala tugas yang diberikan akan dilaksanakan dengan sempurna dan disiapkan tepat pada waktu yang dijangkakan. d. Adil Keadilan bermaksud sesuatu perbuatan, peraturan, keputusan dan sebagainya yang saksama dan tidak berat sebelah. Keadilan merujuk juga kepada pertimbangan yang objektif dan yang sewajarnya terhadap sesuatu perkara sebelum sebarang keputusan mengenainya diambil agar tidak menimbulkan rasa tidak puas hati pada mana-mana pihak. Orang yang mengamalkannya akan sentiasa mengkaji tanpa mementingkan diri sendiri, sebarang keputusan yang diambil tidak dipengaruhi oleh desakan emosi dan apa-apa tindakan yang dibuat semata-semata untuk menegakkan keadilan tampa mengira warna kulit, bangsa, agama, kedudukan dan keturunan mereka yang terlibat dengan tindakan tersebut. e. Kesyukuran Kesyukuran adalah nilai yang berasaskan rasa terima kasih,penghargaan,puas hati terhadap apa-apa yang diterima seada-adanya dan apa apa nikmat yang diperolehi.Nilai ini membentuk individu menjadi manusia yang tidak mementingkan diri sendiri dan jauh daripada sifat tamak,sombong dan bermegahmegah. Melalui amalan ini juga seseorang individu akan merasa bertanggungjawab dan kasihan belas terhadap individu yang lain.Lantaran itu,dia bersedia membantu orang lain yang berada dalam kesusahan. 5.1.2 Menjaga Kesihatan dan Kebersihan. Kebersihan dapat didefinisikan sebagai keadaan yang bersih atau tidak kotor.Kebersihan fizikal pula bermaksud kebersihan yang membabitkan anggota badan atau jasmani dan alam semulajadi. Kebersihan fizikal dapat dibahagikan kepada 2 komponen iaitu kebersihan diri dan persekitaran.

Unit 5-3

PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA

A 1002 / Unit5/ halaman 4

Kebersihan mental pula ialah kebersihan yang berkaitan dengan pemikiran atau rohani.Kebersihan mental juga terdiri daripada 2 komponen iaitu pertuturan dan kelakuan yang sopan,pemikiran yang sihat dan membina. 5.1.3 Menuntut ilmu Seseorang individu itu mesti cuba mendapatkan ilmu supaya mencapai kemajuan diri sendiri. Apabila seseorang itu mendapat ilmu dia akan menyumbangkan bakti kepada masyarakat. Seseorang individu yang mempunyai pendidikan akan berdisiplin tidak kira di rumah atau di tempat kerja. Ini akan menjalinkan hubungan baik dan bertimbang rasa di dalam masyarakat. a. Bertanggungjawab. Bertanggungjawab adalah nilai yang ada pada orang yang sanggup memikul sesuatu kewajipan atau tugas dan melaksanakannya dengan sempurna.Segala kewajipan yang diamanahkan akan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan gigih sehingga sesuatu tugas itu dapat dilaksanakan dengan sempurna. b. Semangat Bermasyarakat. Semangat bermasyarakat adalah nilai kemahuan dan kesediaan untuk bercampur dan melakukan sesuatu untuk kebaikan bersama dan sekumpulan orang yang hidup bersama disesuatu tempat. c.Toleransi Toleransi ialah nilai tolakansur,yakni bersikap mahu saling memberi dan menerima.Nilai ini diamalkan dengan sikap sabar serta menghormati pendapat,fikiran,hak dan kepercayaan orang lain. Sesungguhnya nilai ini penting sekali diamalkan khususnya dalam Negara yang berbilang kaum,agama dan budaya,ianya diamalkan dengan sebaik baiknya kerana ia dapat mengelakkan pergeseran atau rasa tidak puas hati diantara satu sama lain.

Unit 5-4

PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA

A 1002 / Unit5/ halaman 5

Sayang ! bahagia tu tak dapat dibayangkan dengan kata-kata, apatah lagi dengan satu perkataan !

Abang ! apa makna ‘bahagia’ dalam satu perkataan bang..

5.2 KELUARGA 5.2.1 Membentuk keluarga bahagia Bahagia atau derita kehidupan sesebuah keluarga bermula dari rumah. Perkataan “BAHAGIA“ melambangkan sesuatu yang indah dan menyeronokkan. Kebahagiaan boleh dihubungjalinkan bukan sahaja dengan tingkat pencapaian kebendaan tetapi lebih menekankan kepada rasa keseimbangan yang mendalam terbit dari jiwa yang tenang. a. Memberi kasih sayang. Kasih-sayang memberi pengaruh dalam kehidupan seseorang.Kasih sayang merupakan satu cetusan emosi terhadap sesuatu atau seseorang .Ia melibatkan suasana,sikap dan harapan seseorang atau sesuatu yang lain. Cara menunjukkan kasih sayang antaranya iaitu melalui perlaksanaan tanggungjawab,jangan menyembunyikan perasaan cinta dan kasih saying dan sokonglah ucapan ucapan itu melalui sentuhan ,belaian dan pemahaman yang ikhlas. b. Mengambil berat kebajikan isteri/suami dan anak- anak. Berusaha meluangkan masa bersama keluarga supaya dapat memahami masalah dan kemahuan keluarga dan cuba mengatasinya. c. Mengingati tarikh-tarikh penting dalam keluarga. Berusaha mengingati tarikh-tarikh istimewa setiap ahli keluarga seperti ulang tahun perkahwinan, hari lahir dan sebagainya. 5.2.2 Menyediakan makanan. a. Membeli keperluan bersama-sama. Ahli keluarga mesti membeli barang keperluan bersama–sama supaya dapat membahagikan kerja. Ini juga tidak akan menyusahkan seseorang individu sahaja.

Unit 5-5

PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA

A 1002 / Unit5/ halaman 6

b. Saling membantu. Ahli keluarga mesti saling membantu dalam berbagai perkara seperti penyediaan makanan,cuci pinggan mangkuk dan lain-lain.Dalam hubungan ini akan menimbulkan keadaan kemesraan keluarga. 5.2.3. Menyediakan tempat tinggal dan pakaian. Semasa perayaan seseorang individu boleh menyediakan pakaian ahli keluarga dan juga menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk keluarga dan membentuk suasana yang ceria.

5.2.4 Pendidikan anak-anak. a. Sentiasa membimbing anak-anak. Sentiasa membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah,berbincang tentang pelajaran anak-anak dan menyemak buku latihan pelajaran anak-anak. b. Memberi motivasi kepada anak-anak. Tunjukkan rasa kagum dan bangga jika anak-anak mendapat markah yang tinggi atau kepujian dalam ujian atau peperiksaan di sekolah,ini akan menambahkan lagi keyakinan anak-anak.Berikan pujian untuk menguatkan lagi semangatnya untuk belajar dan mencapai kejayaan. c. Memberikan contoh teladan yang baik. Mestilah ada model yang boleh dijadikan contoh untuk diteladani oleh anak-anak.Model yang terbaik ialah ibubapa sendiri. 5.2.5 Menghormati orang yang lebih tua. Berbicara dengan sopan dan lemah lembut serta sentiasa merendahkan diri suara dan pandangan mata sewaktu berbicara.Meminta izin sebelum melakukan sesuatu seperti sewaktu hendak keluar rumah. Memenuhi permintaan orang tua dan tidak menyinggung perasaan mereka.

Unit 5-6

PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA

A 1002 / Unit5/ halaman 7

5.3 WARGA TUA Dalam mana-mana komposisi penduduk, satu daripada komponennya ialah warga tua. Lazimnya, warga tua dianggap sebagai individu yang berumur 55 tahun ke atas. Pada umur ini, sebahagian besar daripada mereka telahpun berpencen dan tidak berkhidmat di mana-mana lagi. Oleh itu, ada yang mula merasa seolah-olah mereka tidak berguna lagi. Ada yang hilang pangkat dan kedudukan istimewa. Kita seharusnya memberi penghormatan dan pengiktirafan yang sewajar kepada mereka. Di dalam sesebuah masyarakat yang sedang membangun, usur kebendaan amat dititik beratkan. Lantaran itu, sesiapa yang dapat memberi sumbangan dalam bentuk tenaga dan masa mendapat ganjaran. Sebaliknya warga tua yang biasanya telah berpencen adakala dihampakan. Ada yang menarik diri setelah berhenti dari memegang jawatan mereka.Ada pula ahli-ahli keluarga yang mula menganggap warga tua sebagai satu beban dari segi ekonomi. Lantaran itu, warga tua dari keluarganaya akan dihantar ke rumah Warga Tua atau ke mana-mana sahaja rumah kebajikan. Kanak-kanak haruslah dididik dari awal tentang kasih sayang dan penghormatan yang semestinya diberikan kepada ibu bapa yang tua. Kaum pemuda pemudi hendaklah juga menyedari tentang tanggung jawab mereka kepada orang tua.Dengan adanya kesedaran ini, golongan muda tidak akan cuba lari dari tanggung jawab tersebut dan Rumah Warga Tua tidak akan mengalami kesesakan. Selain daripada kasih sayang dan perhatian yang ditunjukkan oleh ahli-ahli keluarga, penghormatan terhadap warga tua hendaklah ditunjukkan juga oleh majikan dan agensiagensi berkenaan. Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat penyayang, pihak majikan dan agensi-agensi berkenaan telah diseru agar mengatur program untuk memenuhi objektif tersebut. Pelbagai program dapat dilaksanakan di Rumah Warga Tua, antaranya seperti mengadakan Hari warga Tua, pertunjukan pentas dan program lawatan berterusan oleh ahli-ahli sukarelawan dari politeknik, maktab dan universiti dan institusi lain. Program seperti ini akan dapat menonjolkan bahawa warga tua masih diingati, dihormati dan disayangi.

Unit 5-7

PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA

A 1002 / Unit5/ halaman 8

Banyak pihak kebajikan telah mengaturkan langkah untuk mengenang budi warga tua. Sebagai contoh, pesara biasanya diraikan dengan suatu majlis yang menonjolkan sumbangan mereka dan diucapkan terima kasih. Selain itu, cenderamata khas disampaikan. Tambahan lagi, ada pula pesara yang diberi sijil dan pingat cemerlang untuk memperingati jasa dan khidmat baiknya. Sesetengah badan swasta juga menawarkan tambang istimewa untuk warga tua, seperti syarikat Sistem Penerbangan Malaysia hanya mengenakan tambang separuh harga untuk warga tua. Ada juga syarikat bas dan keretapi yang berbuat demikian. Keistimewaankeistimewaan seperti ini akan menunjukkan kepada warga tua bahawa mereka itu penting dan seharusnya dilayan dengan istimewa.

Bawa belayar pisang emas Belayar pergi ke pulau damai Warga tua warga emas Kuburpun panggil mai, mai..

Unit 5-8

PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA

A 1002 / Unit5/ halaman 9

AKTIVITI 5A

1. Hormat menghormati adalah nilai saling menghargai serta memberikan layanan yang bersopan atau memberikan pandangan yang tinggi di antara satu sama lain. Secara khususnya, nilai hormat menghormati patut diamalkan bukan sahaja di antara individu bahkan antara institusi yang lain. Berdasarkan kenyataan di atas berikan contoh-contoh yang sesuai.

2. Kebahagiaan boleh dihubungjalinkan bukan sahaja dengan tingkat pencapaian kebendaan tetapi lebih menekankan kepada rasa keseimbangan yang mendalam terbit dari jiwa yang tenang. Jelaskan bagaimanakah cara untuk membentuk keluarga bahagia.

3. Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat penyayang, pihak majikan dan agensi-agensi berkenaan telah diseru agar mengatur program untuk memberikan penghormatan kepada warga tua. Terangkan apakah program yang perlu diadakan untuk memenuhi objektif tersebut.

Unit 5-9

PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA

A 1002 / Unit5/ halaman 10

MAKLUMBALAS 5A 1. Contohnya ialah bersikap sopan bila bertutur dengan orang lain, memberikan layanan yang baik kepada tetamu, sentiasa menghargai orang lain biarpun berlainan bangsa, mementingkan perpaduan dan bersikap faham memahami dalam pelbagai aspek supaya dapat hidup dalam rukun aman dan damai. 2. Membentuk keluarga bahagia ialah : a. Memberi kasih sayang. Kasih-sayang memberi pengaruh dalam kehidupan seseorang.Kasih sayang merupakan satu cetusan emosi terhadap sesuatu atau seseorang .Ia melibatkan suasana,sikap dan harapan seseorang atau sesuatu yang lain. b. Mengambil berat kebajikan isteri/suami dan anak- anak. Berusaha meluangkan masa bersama keluarga supaya dapat memahami masalah dan kemahuan keluarga dan cuba mengatasinya. c. Mengingati tarikh-tarikh penting dalam keluarga. Berusaha mengingati tarikh-tarikh istimewa setiap ahli keluarga seperti ulang tahun perkahwinan,hari lahir dan sebagainya. 3. Pelbagai program dapat dilaksanakan, antaranya seperti mengadakan Hari warga Tua, pertunjukan pentas dan program lawatan berterusan ke Rumah Warga Tua oleh ahliahli sukarelawan dari politeknik, maktab dan universiti dan institusi lain. Banyak pihak kebajikan telah mengaturkan langkah untuk mengenang budi warga tua. Sebagai contoh, pesara biasanya diraikan dengan suatu majlis yang menonjolkan sumbangan mereka dan diucapkan terima kasih. Selain itu, cenderamata khas disampaikan. Tambahan lagi, ada pula pesara yang diberi sijil dan pingat cemerlang untuk memperingati jasa dan khidmat baiknya. Sesetengah badan swasta juga menawarkan tambang istimewa untuk warga tua, seperti syarikat Sistem Penerbangan Malaysia hanya mengenakan tambang separuh harga untuk warga tua. Ada juga syarikat bas dan keretapi yang berbuat demikian.

Unit 5-10

PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA

A 1002 / Unit5/ halaman 11

INPUT na kita ke ! t a g In kan budaya ikram ni.. budaya

Ya encik.. sayang Encik !

5.4. BUDAYA IKRAM Budaya ikram merujuk kepada satu-satu budaya yang mementingkan kebajikan orang lain selain daripada ahli-ahli keluarga sendiri. Sesebuah masyarakat yang berbudaya ikram merupakan sebuah masyarakat yang dipenuhi dengan nilai-nilai penghormatan, kasih sayang, belas kasihan, bertimbang rasa, murah hati, saling faham memahami dan saling bermaafan. Inilah merupakan masyarakat Malaysia yang hendak dibentuk menjelang tahun 2020. Di sekolah, budaya ikram akan dibentuk melalui Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama Islam. Selain itu, penerapan nilai-nilai murni merentasi kurikulum akan terus ditekankan agar insan yang dihasilkan itu bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi akan juga merupakan insan yang sedia membantu rakan dalam kesusahan, jiran yang memerlukan bantuan atau orang lain yang memerlukan pertolongan. Melalui kegiatan kurikulum dan kokurikulum yang mengandungi nilai-nilai murni seperti baik hati, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat, maka adalah nyata bahawa budaya ikram dapat dipupuk di kalangan pelajar sekolah mahupun pusat pengajian tinggi.

Maaf ! boleh saya masuk ke rumah cik nii... kita kena budayakan budaya ikram ni !

Minta maaf la encik ! tak boleh masuk, bapa tak ada di rumah. Encik boleh tunggu kat luar.. 3 hari lagi balik lah bapa saya tu !

Unit 5-11

Abu.. lepas ni tolong ambilkan kain jiran kita tu ye.. kesian ! jiran kita tu buta orangnya

PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA

A 1002 / Unit5/ halaman 12

5.5 KEJIRANAN Kejiranan didefinisikan sebagai hubungan erat di kalangan masyarakat yang hidup berbaik-berbaik, bertolak ansur, tolong menolong dan bekerjasam dengan jiran tetangga. Jiran adalah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita. Masyarakat yang mengamalkan sikap kejiranan dapat mewujudkan suasana harmoni dan aman sesama mereka dan juga paling penting kepada negara dalam usaha membangun dan memajukan negara baik ketika senang mahupun susah. Peranan kejiranan dalam masyarakat dan negara 1. Bantuan ketika kecemasan Jiran adalah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Segala perkara ke atas diri kita, ahli keluarga, harta benda dan sebagainya terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Kerana itu, jiran adalah orang yang paling dekat untuk meminta pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan dan kematian. Pertolongan seperti ini yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atau sanak saudara. 2. Menjaga keharmonian masyarakat Segala perkara yang mencemar keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengans emangat kerjasama, prihatin dan kesatuan sesama jiran. Gejala-gejala sosial seperti bersekedudukan, berkhalwat, mendera anak, lari dari rumah, bohsia, bohjan dan banyak lagi dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkan kepada pihak berwajib setiap kali menyedari berlaku perkara-perkara ganjil dan meragukan 3. Menjaga kebajikan penduduk setempat Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah tentu dapat menjana satu aktiviti yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat setempat. Pelbagai jawatankuasa boleh diwujudkan seperti menubuhkan Jawankuasa Pembangunan Insan Remaja. Maka pelbagai aktiviti dapat disusun bagi memenuhi keperluan dan kebajikan golongan remaja seperti kem motivasi dan program jati diri. Program ini dapat dijayakan jika melahirkan sikap persefahaman dan persepakatan yang mantap sesama jiran.

Unit 5-12

PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA

A 1002 / Unit5/ halaman 13

4. Integrasi nasional Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Bagi memastikan perpaduan dan kemakmuran ini kekal ianya perlu dimulai dengan hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat toletansi, percaya mempercayai dan perkonsian pendapat antara mereka. 5. Bertegur sapa Amalan bertegur sapa sesama jiran adalah titik permulaan terjalinnya hubungan yang erat dan mesra. Membiasakan diri bertanya khabar dan kesihatan diri serta anak-anak jiran dapat menghubungkan kepada amalan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman sesama jiran. Amalan bertegur sapa perlu dilakukan oleh setiap orang dan menjadi syarat utama dalam membentuk hubungan akrab sesama jiran. 6. Kunjung mengunjung Meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah jiran dapat mengeratkan dan menghidupkan lagi semangat hidup berjiran. Kita akan lebih mengenali jiran apabila berkunjung dan menziarahinya. Ini kerana peluang masa berbicara yang lebih panjang dan suasana rumah yang lebih tenteram memungkinkan kita mengenali dan menyelami suka dan duka jiran secara lebih dekat. 7. Menghulurkan bantuan Kemuncak hubungan kejiranan yang baik adalah apabila sanggup mengenepikan kesenangan dan kerehatan diri semata-mata untuk membantu jiran pada masa diperlukan. Pengorbanan seumpama ini sememangnya tidak mudah dilupakan oleh sesiappun apatah lagi jiran yang teredekat. Semakin kerap kita menolong jiran, semakin kuat ikatan kejiranan. 8. Bergotong royong Aktiviti bergotong royong membersihkan kawasan perumahan, masjid, balairaya, membaiki rumah atau jambatan akibat banjir, ribut dan kebakaran sememangnya dapat memupuk dan menyemai semangat kejiranan.

Unit 5-13

PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA

A 1002 / Unit5/ halaman 14

Nanti.. nanti.. Muthu ! bagi aku yang besar ni.. berat sangat tu. Hidup bermasyarakat ni kena bantu membantu, tak gitu Muthu !

5.6 MASYARAKAT DAN NEGARA 5.6.1 Hormat menghormati a. Hormat kepada raja dan Negara i. Menghormati raja berperlembagaan dan lambing-lambang kebesaran Negara ii. Berusaha mengetahui dan mengenal nama-nama pemerintah dan menghormati mereka. iii. Peka terhadap perkembangan pembangunan dan pentadbiran Negara iv. Menghargai jasa dan sumbangan yang dicurahkan oleh pemimpin dan memberi sokongan yang padu kepada mereka. b. Hormat kepada hak asasi i. ii. iii.

menyedari dan mengambil berat tentang hak-hak individu sebagaimana yang terkandung dalam perlembagaan Malaysia berhati-hati dan berwaspada dalam pertuturan dan perlakuan supaya tidak menyinggung perasaan mengambil kira semua pihak.

c. Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan i. ii. iii.

perlu menyedari isu-isu berkaitan agama dan kebudayaan tidak menghina dan menganggu adapt, kepercayaan, keagamaan dan adapt resam orang lain bertolak ansur dan memahami adapt dan kebudayaan untuk mengelakkan pertelingkahan

5.6.2 Semangat cinta kepada negara i. ii. iii. iv.

Menjadi warga Negara yang bertanggung jawab dengan mendukung prinsipprinsip rukunegara Bersedia berkorban dan memberikan sumbangan kepada Negara Menumpahkan taat setia kepada Negara Cinta kepada keamanan dan keharmonian, iaitu : - mewujudkan keamanan di dunia Unit 5-14

PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA

-

A 1002 / Unit5/ halaman 15

mengelakkan kehancuran dan kemusnahan akaibat daripada peperangan dan lain-lain bersedia menghulurkan bantuan kepada negara-negara miskin

5.6.3 Kasih sayang a. Sayang kepada nyawa i. ii. iii.

Menghargai nilai nyawa dengan sebaik-baiknya Bersedia berkorban demi menyelamatkan nyawa Menjaga dan mengawal perasaan, nafsu serta tingkah laku daripada melakukan pembunuhan, penganiayaan dan lain-lain.

b. Sayang kepada alam sekeliling i. ii. iii.

Menghargai dan menyayangi alam sekitar Menjaga kebersihan Melindungi alam daripada kemusnahan persekitaran dan sumber alam

5.6.4 Kerjasama a. Persaudaraan i. ii. iii.

Mewujudkan perhubungan yang erat sesame anggota masyarakat Tidak mengamalkan sikap perkauman dan diskriminasi antara kaum Menganggap anggota masyarakat sebagai saudara

b. Tanggung jawab bersama i. ii.

Menjaga hak dan kepentingan sendiri serta tidak menganggu orang alin Sentiasa menghargai, menyokong dan melibatkan diri dalam sesuatu hal dengan harapan dapat memberikan manfaat untuk kepentingan bersama.

c. Gotong royong i. ii. iii. iv.

Melibatkan diri dalam kegiatan masyarakat dengan rela hati Sanggup bergaul dan bekerja bersama-sama tanpa mengira pangkat, kedudukan, kaum dan lain-lain. Tidak mengharapkan upah Menyedari manfaat yang boleh didapati daripada amalan gotong royong

d. Toleransi i.

Mengamalkan sikap sabar, tenang dan tidak terburu-buru apabila menghadapi sesuatu situasi

Unit 5-15

PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA

ii. iii.

A 1002 / Unit5/ halaman 16

Tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh dengan tujuan menjaga keharmonian Sanggup bertolak ansur dan sentiasa menghormati pendapat dan kepercayaan orang lain

e. Perpaduan i. ii. iii. iv.

Menyedari pentingnya amalan nilai perpaduan dan berusaha mewujudkan perasaan kekitaan dan persefahaman Bergaul mesra dengan semua kaum dengan tidak mewujudkan sikap perkauman Mementingkan kasih sayang antara anggota keluarga dan masyarakat Bersatu padu dan sanggup bekerjasama untuk keamanan dan kemajuan Negara

f. Semangat bermasyarakat i. Bermuafakat - Bertolak ansur dan mempunyai fikiran terbuka dalam sebarang aktiviti, mesyuarat dan kegiatan yang membabitkan kumpulan - Berkerjasama dan mendapatkan persetujuan bersama mengenai sesuatu perkara - Mempunyai rasa tanggung jawab dalam masyarakat dan Negara ii. iii. -

Kejiranan Mengamalkan semangat kejiranan tanpa mengira kaum, keturunan, agama, warna kulit dan pangkat Menghormati sesame jiran dan tidak ada perasaan iri hati Tidak menyakiti hati jiran Peka terhadap isu-isu moral Bermaksud sentiasa menyedari, mengambil berat dan berusaha mencari penyelesaian untuk mengatasi masaalah demi kebaikan bersama Memberi sumbangan dalam menyelesaikan masaalah yang wujud dalam masyarakat Menyedari tanggung jawab sebagai anggota masyarakat Mementiongkan kesejahteraan dan keselamatan masyarakat tanpa mengira kaum, agama, keturunan dan lain-lain. Sama-samalah kita memasyarakatkan masyarakat kita.

Unit 5-16

PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA

A 1002 / Unit5/ halaman 17

AKTIVITI 5B

1. Di antara perkara-perkara penting di dalam masyarakat dan negara ialah kasih sayang. Huraikan apakah yang perlu ada pada kasih sayang.

2. Jelaskan maksud budaya ikram yang anda faham.

3. Berikan pandangan anda bolehkah sekolah mendidik pelajar-pelajar menjadi masyarakat berbudaya ikram.

Unit 5-17

PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA

A 1002 / Unit5/ halaman 18

MAKLUMBALAS 5B 1. a. Sayang kepada nyawa i. Menghargai nilai nyawa dengan sebaik-baiknya ii. Bersedia berkorban demi menyelamatkan nyawa iii. Menjaga dan mengawal perasaan, nafsu serta tingkah laku daripada melakukan pembunuhan, penganiayaan dan lain-lain. b.

Sayang kepada alam sekeliling i. ii. iii.

Menghargai dan menyayangi alam sekitar Menjaga kebersihan Melindungi alam daripada kemusnahan persekitaran dan sumber alam

2. Budaya ikram merujuk kepada satu-satu budaya yang mementingkan kebajikan orang lain selain daripada ahli-ahli keluarga sendiri. Sesebuah masyarakat yang berbudaya ikram merupakan sebuah masyarakat yang dipenuhi dengan nilai-nilai penghormatan, kasih sayang, belas kasihan, bertimbang rasa, murah hati, saling faham memahami dan saling bermaafan. 3. Budaya ikram dapat dibentuk di sekolah melalui Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama Islam. Selain itu, penerapan nilai-nilai murni merentasi kurikulum akan terus ditekankan agar insan yang dihasilkan itu bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi akan juga merupakan insan yang sedia membantu rakan dalam kesusahan, jiran yang memerlukan bantuan atau orang lain yang memerlukan pertolongan. Melalui kegiatan kurikulum dan kokurikulum yang mengandungi nilai-nilai murni seperti baik hati, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat, maka adalah nyata bahawa budaya ikram dapat dipupuk dikalangan pelajar sekolah mahupun pusat pengajian tinggi.

Unit 5-18

PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA

A 1002 / Unit5/ halaman 19

PENILAIAN KENDIRI

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA.

1. Adakah anda seorang yang amanah ? Berikan alasan anda.

2. Anda seorang suami ! Bagaimanakah cara untuk menambahkan kemesraan suami isteri dalam melayarkan bahtera kehidupan anda ?

3. Warga tua merupakan salah satu komposisi penduduk yang perlu dikasihi dan dihormati oleh keluarga dan masyarakat termasuklah kanak-kanak.

Unit 5-19

PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA

A 1002 / Unit5/ halaman 20

Pada pendapat anda bagaimanakah cara untuk mendidik kanak-kanak ini supaya mereka dapat mengasihi dan menghormati warga tua.

4.

• • •

Mewujudkan perhubungan yang erat sesama anggota masyarakat Tidak mengamalkan sikap perkauman dan diskriminasi antara kaum Menganggap anggota masyarakat sebagai saudara

Kenyataan di atas adalah berkaitan ... A. B. C. D.

kerjasama kasih sayang hormat menghormati semangat bermasyarakat

Sekiranya anda merasa musykil dengan jawapan anda, sila lihat maklum balas di sebelah

Unit 5-20

PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA

A 1002 / Unit5/ halaman 21

MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

1. Kriteria oarang yang amanah : a.

bertanggung jawab yang dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain terhadap diri kita. Sikap ini penting diamalkan kerana dapat mengelakkan timbulnya perasaan pra sangka di antara anggota masyarakat. b. Orang yang amanah tidak akan menyalahgunakan kuasa yang dipertanggungjawabkan kepadanya, berpegang teguh kepada janji, mengendalikan hal-hal kewangan yang diamanahkan dengan baik dan segala tugas yang diberikan akan dilaksanakan dengan sempurna dan disiapkan tepat pada waktu yang dijangkakan. 2. Cara yang saya lakukan untuk menambahkan kemesraan keluarga ialah : i. ii. iii. iv. v. vi.

membeli keperluan bersama memasak dan makan bersama mandi bersama beri hadiah pada hari-hari istimewa bawa isteri dan anak bersiar memberi perhatian yang lebih terhadap isteri dan anak.

3. Cara-cara untuk mendidik kanak-kanak ini supaya mereka dapat mengasihi dan menghormati warga tua ialah : i. warga tua itu sendiri mesti menghormati menghargai kanak-kanak ii. warga tua perlu menyayangi kanak-kanak iii. warga tua memberi contoh teladan yang baik iv. masyarakat perlu mendidik kanak-kanak supaya menghormati warga tua 4. A. kerjasama

Unit 5-21

Related Documents

Unit 5
October 2019 45
Unit-5
June 2020 23
Unit 5
May 2020 17
Unit 5
October 2019 47
Unit 5
November 2019 38
Unit 5
May 2020 10

More Documents from ""

Unit 4
May 2020 6
Unit 0 Pm
May 2020 5
Unit 5
May 2020 9
Unit 10
May 2020 10
Auto Cad 6
June 2020 8
Auto Cad 3
June 2020 5