Unit 4

  • Uploaded by: balamurali
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Unit 4 as PDF for free.

More details

  • Words: 3,930
  • Pages: 30
R1001 / UNIT 4/ 1

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

UNIT 4

OBJEKTIF

Objektif am

:



Mengetahui Etika dan Protokol majlis rasmi.



Mengamalkan Etika dan Protokol ketika menghadiri majlis.

Objektif khusus

:

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat : mentakrifkan maksud Etika dan Protokol.  mengetahui protokol-protokol untuk menghadiri majlis rasmi  mengetahui dan mengamalkan etika dimeja makan.

R1001 / UNIT 4/ 2

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

INPUT

4.1 DEFINISI PROTOKOL DAN ETIKA SOSIAL Protokol merupakan perkataan yang berasal Yunani iaitu protokollen yang menggabungkan dua perkataan iaitu protos yang membawa maksud yang pertama dan perkataan koiI yang bermaksud pelekat Protokol merupakan etika dan tatasusila yang harus dipatuhi dalam perlaksanaan upacara-upacara tertentu berhubung dengan susunan keutamaan dalam pangkat dan status seseorang. Etika merupakan perkataan yang berasal dari Greek iaitu ethos yang membawa maksud satu bidang kajian yang dapat berfungsi sebagai penentu kepada perlakuan seseorang. Etika sosial yang hendak disampaikan dalam modul ini merupakan satu tingkah laku dan sopan santun yang seharusnya anda lakukan untuk berinteraksi dengan individu atau masyarakat sekeliling anda. Ia melibatkan amalan tingkah laku, budi pekerti, imej serta keyakinan diri yang baik yang diiktiraf dan diamalkan dalam masyarakat sama ada dalam majlis rasmi atau bukan rasmi.

R1001 / UNIT 4/ 3

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL 4.2 TATASUSILA DAN KELAKUAN Tatasusila atau adab tertib merupakan punca pengenalan peribadi seseorang. Tidak semua tatasusila orang barat itu sesuai dengan orang timur terutamanya yang beragama Islam. 4.2.1

Tatacara majlis rasmi

Majlis rasmi boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu: i.

Peringkat antarabangsa

ii.

Peringkat Kebangsaan

iii.

Peringkat Negeri

iv.

Peringkat Daerah

v.

Peringkat Agensi. (Kementerian, Jabatan, Swasta dan sebagainya)

Di peringkat persekutuan, semua majlis rasmi kerajaan dikelolakan oleh sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Majlis Rasmi. Apa yang akan diperbincangkan dalam modul ini adalah asas-asas kepada tatacara majlis rasmi agar anda tidak terpinga-pinga atau kekok apabila menghadir majlis rasmi.

a) Tatacara menghadiri majlis Tetamu-tetamu

bagi

majlis

rasmi

biasanya

diundang

menggunakan kad jemputan. Tanggunjawab anda sebagai tetamu

R1001 / UNIT 4/ 4

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL bagi

sesuatu

penerimaan

majlis kad

rasmi

jemputan

adalah dan

bermula berakhir

daripada apabila

hari anda

meninggalkan majlis tersebut. Oleh itu, sekiranya anda menerima kad

jemputan

bagi

sesuatu

majlis

rasmi,

adalah

menjadi

tanggungjawab anda untuk melakukan perkara-perkara berikut: i.

Anda hendaklah membaca kad jemputan dengan teliti. Perhatikan apakah kad jemputan tersebut perlu dijawab atau disediakan pelekat kenderaan.

ii.

Telitilah tujuan jemputan dan jenis majlis yang akan diadakan. Adakah ia majlis rasmi ataupun tidak rasmi. Ini adalah penting untuk menentukan jenis pakaian yang hendak dipakai sekiranya kad jemputan tersebut tidak menyatakan jenis pakaian yang patut dipakai.

iii.

Pastikan tarikh, hari, masa dan tempat majlis hendak diadakan.

iv.

Tentukan

jenis

pakaian

yang

hendak

dipakai.

Pada

kebiasaannya kad jemputan ada menyatakan jenis pakaian yang perlu dipakai tetamunya. v.

Buat keputusan sama ada anda hendak hadir atau tidak pada majlis tersebut. Jawablah segera jemputan tersebut untuk memudahkan penganjur majlis menentukan bilangan tetamu keseluruhannya.

b) Tatacara pergaulan sosial Pergaulan sosial merupakan pengenalan peribadi seseorang iaitu samada beliau seorang yang hidup dalam suasana sopan santun atau pun hanya seorang yang jahil dan kurang kesopanan.

R1001 / UNIT 4/ 5

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

Memperkenalkan seseorang i.

Orang yang penting kepada orang yang kurang lebih penting Anda memperkenalkan orang yang kurang penting kepada orang yang lebih penting. Misalnya anda mempunyai seorang kawan yang ingin berkenalan dengan ketua anda. Anda bersetuju

memperkenalkannya

kepadanya.

Ini

bermakna

kawan anda itu adalah orang yang diperkenalkan dan ketua anda adalah orang yang menerima perkenalan. ii.

Yang berpangkat rendah kepada yang berpangkat tinggi Jika kedua-dua orang yang hendak dikenalkan diketahui pangkatnya

maka

hendaklah

orang

yang

lebih

rendah

pangkatnya diperkenalkan kepada orang yang lebih tinggi pangkat.

Misalnya

memperkenalkan

seorang

penolong

setiausaha kepada setiausaha bahagian walaupun mereka bukan dalam satu kementerian iii.

Yang muda kepada yang tua Perkenalan seorang yang lebih muda usianya kepada seorang yang

lebih

kekeluargaan.

tua

usianya,

Sebagai

berlaku contoh

dalam apabila

lingkungan seseorang

memperkenalkan rakannya kepada bapanya ataupun anda hendak memperkenalkan rakan anda kepada bapa anda.

R1001 / UNIT 4/ 6

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL Dalam situasi ini bapa dianggap sebagai orang yang tua dan dengan itu dia merupakan orang yang menerima perkenalan. iv.

Lelaki kepada perempuan Perkenalan seorang lelaki kepada seorang perempuan. Ini dilakukan dengan cara menyebut nama perempuan yang berkenaan terlebih dahulu barulah disebut nama lelaki. Walau bagaimanapun sekiranya lelaki itu orang ternama atau mempunyai kedudukan tinggi, peraturan ini dikecualikan. Dalam keadaan ini nama orang yang ternama terlebih dahulu disebut sebagai tanda menghormatinya.

Perilaku dan lafaz perkenalan “Benarkan saya perkenalkan encik……………..” Sebutkan nama penuh orang yang diperkenalkan. Perkenalkan hanya apabila orang yang ditanya itu setuju. Perempuan yang diperkenalkan boleh tetapi tidak perlu menghulurkan tangan. Perempuan yang duduk tidak perlu berdiri. Tanda ‘acknowledgement’ dengan menunduk kepala dan senyum manis sudah mencukupi. Boleh minta sahabat yang memang kenal orang yang hendak dikenali memperkenalkan diri. Bagi orang Melayu, perempuan tidak diperkenalkan kepada lelaki melainkan oleh suami ataupun bapa perempuan sendiri.

R1001 / UNIT 4/ 7

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL Perempuan Melayu tidak perlu berjabat tangan dengan lelaki, hanya perlu tundukkan kepala sahaja. Umur merupakan faktor yang penting. Yang muda akan diperkenalkan dahulu kecuali dalam kes keluarga diraja, yang bukan keluarga diraja diperkenalkan dahulu. Gunakan gelaran jika ada seperti Yang Mulia, Yang Berbahagia, Yang Berhormat, Tuan Haji dan sebagainya.

Tingkah-laku di Majlis. i.

Lelaki buka pintu kereta.

ii.

Lelaki menarik dan menolak kerusi.

iii.

Berbaris untuk mengambil makanan.

iv.

Berbahasa sopan.

v.

Jangan goyang kaki/makan chewing gum.

vi.

Jangan menyampuk/mencelah perbualan.

vii.

Jangan gigit kuku, korek telinga, hidung dan merokok.

viii.

Jangan memakai bedak di khalayak ramai.

ix.

Jangan bercakap dengan mulut penuh.

x.

Jangan berlaga sudu dan garpu.

xi.

Jangan meninggalkan sudu di dalam gelas

xii.

Jangan letak siku di atas meja.

xiii.

Bawa makanan ke mulut dan bukan sebaliknya.

xiv.

Letakkan napkin di atas peha, bukan di kolar.

xv.

Jika datang berpasangan, perempuan hendaklah masuk dahulu.

xvi.

Jika membawa anak, yang muda mengikuti di belakang.

R1001 / UNIT 4/ 8

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL xvii.

Jika memakai baju luar (cloak), hendaklah di tanggalkan dan di letak di bilik kecil yang disediakan atau diserah kepada butler.

xviii. Biasanya ada bilik untuk tetamu membersihkan diri dan berhias sebelum masuk dewan. c) Tatacara menjadi pengacara majlis Juruacara dalam sesuatu majlis hendaklah terdiri daripada mereka yang berkebolehan dalam bidang ini. Tidak semua orang boleh menjadi juruacara yang baik. Juruacara adalah berperanan untuk memaklumkan kepada tetamu apa yang akan berlaku mengikut urutan majlis. Juruacara tidak semestinya Pengerusi Majlis tetapi Pengerusi Majlis boleh menjadi juruacara. Sebaiknya setiap majlis disediakan dua orang juruacara. Teks ucapan bagi juruacara hendaklah ditaip dengan menggunakan separuh dari kertas A4 dan satu muka hanya dimuatkan dengan satu pengumuman sahaja. Sekiranya anda menjadi juruacara untuk sesuatu majlis, pastikan anda mengetahui agenda atau turutan majlis dari permulaan sehingga majlis tamat. Pastikan anda membuat teks ucapan yang penuh.

Teks

anda

perlu

dipatuhi

sepenuhnya

kecuali

ada

perubahan yang berlaku disaat-saat akhir. Teks anda juga penting bagi memastikan atur cara majlis berjalan dengan licin serta lancar Sekiranya anda menjadi juruacara dalam majlis formal, anda tidak perlu memulakan majlis dengan kata-kata aluan atau berjenaka atau menyebut tetamu kenamaan yang hadir. Anda hanya perlu

R1001 / UNIT 4/ 9

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL mengumumkan apa yang berlaku. Tidak perlu untuk membuat ulasan dan tiada ucapan terima kasih. Berjenaka adalah dilarang sama sekali. Pengetahuan

anda

berdasarkan

gelaran

mengenai turun

panggilan-panggilan

temurun

ataupun

hormat

jawatan

yang

disandang akan memudahkan anda apabila untuk membuat pengumunan atau menyemput seseorang. PANGGILAN HORMAT Panggila n Hormat DYMM DYMM KDYMM DYMM DYMM KDYMM KDYMM

Lelaki

Perempuan/Isteri

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung Raja Perlis Sultan Kedah Sultan Selangor Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Sultan Pahang Al-Sultan Kelantan

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Perempuan Sultanah Tengku Ampuan

DYMM

Sultan Terengganu

DYMM DYMM

Sultan Johor Sultan Perak

DYTM

Raja Muda Selangor

DYTM

Raja Muda Perlis Tengku Mahkota Pahang

KDYTM DYTM DYAM DYTM DYTM YAM

Yang Dipertuan Muda Terengganu Tunku Mahkota Johor Raja Muda Kedah Raja Muda Perak Anak-anak Raja Yang Memerintah

Panggilan hormat DYMM DYMM DYMM DYMM

Tunku Ampuan

DYMM

Sultanah Raja Perempuan Tengku Ampuan Besar Sultanah Raja Pemaisuri Isteri Raja Muda Selangor Raja Puan Muda Isteri Tengku Mahkota Pahang Isteri Yang Dipertuan Muda Terengganu Isteri Tunku Mahkota Raja Puan Muda Raja Puan Besar Anak-anak Raja Yang Memerintah

DYMM DYMM DYMM DYMM DYMM YTM YTM YTM YTM YAM YTM DYTM YAM

R1001 / UNIT 4/ 10

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL Panggila n Hormat Tuan Yang Terutama Y.A.B Y.A.B Y.A.B Y.A.B Y.B Y.B Y.B

Lelaki

Perempuan/Isteri

Panggilan hormat

Yang di-Pertua Negeri

Isteri

Y.A.Bhg

Perdana Menteri Tim. Perdana Menteri Menteri Besar Ketua Menteri Menteri Timbalan Menteri Setiausaha Parlimen Yang Dipertua Dewan Y.B Negara Yang Dipertua Dewan Y.B Rakyat Tim. Yang Dipertua Y.B Dewan Negara Tim. Yang Dipertua Y.B Dewan Rakyat Y.Amat Arif Ketua Hakim Negara Ketua Setiausaha Y.Bhg Negara Y.B Ahli Dewan Negara Y.B Ahli Dewan Rakyat Ahli Dewan Undangan Y.B Negeri Y.Arif Hakim Besar Hakim Mahkamah Y.Arif Agung Hakim Mahkamah Y.Arif Tinggi Y.Bhg. Peguam Negara Panglima Angkatan Y.Bhg. Tentera Y.Bhg Ketua Polis Negara Y.Amat Tun Bhg Y.Bhg Tan Sri Y.Bhg Dato/Datuk Y.Mulia Tunku/Tengku Y.Mulia Ungku Y.Mulia Ku Y.Mulia Raja

Isteri Isteri Isteri Isteri Isteri Isteri Isteri

Y.A.Bhg Y.A.Bhg Y.A.Bhg Y.A.Bhg Y.Bhg Y.Bhg Y.Bhg

Isteri

Y.Bhg

Isteri

Y.Bhg

Isteri

Y.Bhg

Isteri

Y.Bhg

Isteri

Y.Bhg

Isteri

Y.Bhg

Isteri Isteri

Puan Puan

Isteri

Puan

Isteri

Y.Bhg

Isteri

Y.Bhg

Isteri

Y.Bhg

Isteri

Y.Bhg

Isteri

Y.Bhg

Isteri

Y.Bhg

Isteri

Y.A.Bhg

Isteri Isteri Tunku/Tengku Ungku Ku Raja

Y.Bhg Y.Bhg Yang Mulia Yang Mulia Yang Mulia Yang Mulia

R1001 / UNIT 4/ 11

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL Panggila n Hormat Tuan Tuan Tuan Sahibul Samahah Sahibul Fadillah Sahibul Fadillah

Lelaki

Perempuan/Isteri

Panggilan hormat Puan/Cik Puan/Cik Puan/Cik

Syed Sheikh Haji

Syed Sheikh Hajjah

Mufti

-

-

Kadi Besar

-

-

Kadi

-

-

d) Tatacara menjadi penyambut tetamu Penyambut tetamu merupakan orang yang paling hadapan sekali didalam sesuatu majlis. Sebelum majlis bermula penyambut akan menyambut tetamu-tetamu yang datang. Sebaiknya penyambut tetamu mempunyai perawakan yang menarik dan berpakaian kemas. Penyambut tetamu mempunyai tanggungjawab yang besar damlam melicinkan perjalanan majlis. Berikut ialah panduan bagi anda sekiranya anda menjadi seorang penyambut tetamu: i.

Penyambut

tetamu

hendaklah

mengetahui

maklumat

keraian yang sedang diadakan sekurang-kurangnya tujuan keraian itu tersebut diadakan dan masa keraian itu bermula dan berakhir mesti diketahuinya. ii.

Penyambut tetamu hendaklah tahu susunan tempat duduk keseluruhannya

supaya

senang

untuk

memandu

menunjukkan tempat-tempat duduk tetamu berkenaan.

atau

R1001 / UNIT 4/ 12

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL iii.

Penyambut tetamu hendaklah mengetahui tempat-tempat yang penting yang penting seperti tandas, pintu masuk, tempat keluar dan lain-lain.

iv.

Penyambut hendaklah mahir dengan tempat-tempat dan kawasan yang diuntukkan baginya.

v.

Penyambut mestilah mempunyai ringkasan keseluruhan senarai

tetamu

yang

akan

hadir

dan

sebaik-baiknya

mengenali tetamu tersebut. vi.

Selain daripada senarai kesemua tetamu yang dijemput, senarai tetamu khas yang akan disambut

vii.

Penyambut hendaklah memakai pakaian yang sempurna dan sesuai mengikut keraian yang sedang dijalankan.

viii.

Penyambut tetamu hendaklah tiba satu jam lebih awal daripada masa tetamu dijangka tiba. Penyambut hendaklah melaporkan diri kepada Pegawai Bertugas dan mengambil senarai tetamu. Ia hendaklah memeriksa semua tempat duduk

dan

bandingkan

dengan

senarai

tetamu

yang

dikhaskan untuknya. ix.

Jika ada apa-apa pertanyaan yang dimajukan, jawablah dengan sopan. Jika ada teguran dari tetamu yang kurang senang didengar, hendaklah mendiamkan diri sahaja tetapi ambil ingatan. Jangan sekali-kali bertengkar dengan tetamu atau memberi maklumat yang penyambut sendiri kurang pasti.

x.

Penyambut hendaklah senyum selalu.

R1001 / UNIT 4/ 13

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

AKTIVITI 1a

• •

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

Jawab soalan-soalan yang berikut:

R1001 / UNIT 4/ 14

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL 4.1

Berikan definisi protokol dan etika.

4.2

Senaraikan peringkat-peringkat majlis rasmi.

4.3

Semua majlis rasmi kerajaan di peringkat persekutuan dikelolakan oleh sebuah “Jawatankuasa” yang dikenali sebagai A. Jawatankuasa Majlis Tidak Rasmi B. Jawatankuasa Majlis Rasmi C. Jawatankuasa Istiadat Kerajaan D. Jawatankuasa ‘adhoc’

4.4

Perkara-perkara penting yang mesti diambil kira dalam penentuan TEMPAT majlis adalah seperti berikut kecuali; A. Diketahui umum dan mudah dituju B. Mempunyai tempat letak kereta memcukupi C. Mempunyai ruang legar yang kecil D. Mempunyai kemudahan asas yang memcukupi

4.5

Dalam penulisan dan pengedaran kad jemputan,butir-butir berikut perlu dinyatakan kecuali; A. Nama Majlis

B. Tempat Majlis diadakan

C. Tarikh majlis diadakan Jawatankuasa

MAKLUMBALAS 1a

Jawapan :

D. Senarai nama ahli

R1001 / UNIT 4/ 15

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL 4.1

Protokol merupakan etika dan tatasusila yang harus dipatuhi dalam dengan

perlaksanaan susunan

upacara-upacara

keutamaan

dalam

tertentu pangkat

berhubung dan

status

seseorang. Etika merupakan perkataan yang berasal dari Greek iaitu ethos yang membawa maksud satu bidang kajian yang dapat berfungsi sebagai penentu kepada perlakuan seseorang. 4.2

Ada lima peringkat i. Peringkat antarabangsa ii. Peringkat Kebangsaan iii. Peringkat Negeri iv. Peringkat Daerah v. Peringkat Agensi. (Kementerian, Jabatan, Swasta dan sebagainya)

4.3

B

4.4C 4.5D

INPUT

4.2.2 TATACARA BERPAKAIAN DI DALAM MAJLIS

R1001 / UNIT 4/ 16

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL Pakaian yang anda pakai di dalam sesuatu majlis memainkan peranan

yang

amat

penting

dalam

memperlihatkan

peribadi,personaliti dan imej anda. Jenis pakaian juga memainkan peranan dalam penyesuaian terhadap aktiviti dan majlis yang hendak anda hadiri. Pakaian yang anda pakai untuk aktiviti sukan pastinya berbeza dengan pakaian anda untuk menghadiri majlis rasmi umpamanya majlis konvokesyen. Pakaian bagi sesuatu majlis adalah tertakluk kepada tahap atau taraf majlis tersebut. Tahap atau kategori majlis adalah seperti berikut: i.

Majlis Penuh Istiadat

ii.

Majlis Formal

iii.

Majlis Separuh Formal

iv.

Majlis Tidak Formal

a)

Tatacara berpakaian

i.

Pakaian hendaklah bersih, sesuai dengan majlis.

ii.

Pakaian pasangan mesti setanding.

iii.

Jangan buka pakaian walaupun panas.

iv.

Wanita jangan memakai pakaian berkilau di waktu siang.

v.

Elakkan memakai pakaian yang menggunakan satu warna atau lebih dari empat warna.

vi.

Pastikan segalanya mencerminkan bahawa anda mempunyai citarasa yang tinggi, sederhana tetapi menyerlah.

R1001 / UNIT 4/ 17

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL vii.

Semak pakaian sebelum keluar rumah.

Amalan ini dapat

menyelamatkan kita dari situasi yang memalukan. viii.

Jangan terlalu mengikut fesyen semasa dan jangan menjolok mata.

ix.

Gunakan pewangi secara sederhana.

x.

Kita perlu mengetahui jenis kain yang dipakai untuk memudahkan di cuci sekiranya berlaku kemalangan yang mengotorkan pakaian seperti kuah tumpah.

b) Jenis-jenis pakaian rasmi Pada kebiasaannya penganjur majlis rasmi akan menyatakan jenis pakaian yang perlu dipakai oleh tetamu pada kad jemputan. Antara pakaian yang biasa digunakan pada majlis rasmi adalah: i.

Pakaian kebangsaan ( Baju lengkap)

ii.

Lounge suit

iii.

White tie atau tail coat.

iv.

Dinner jacket, black tie atau smoking

v.

Morning dress

vi.

Mess kit

vii.

Batik berlengan panjang

viii.

Pakaian istiadat

Pada kebiasaannya pakaian yang biasa dipakai di majlis rasmi adalah Pakaian Kebangsaan, Lounge suit dan batik berlengan panjang. i.

Pakaian Kebangsaan

R1001 / UNIT 4/ 18

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL Jika kad jemputan menyebut pakaian kebangsaan sahaja bermakna anda bebas untuk memilih warna kecuali warna larangan yang ditentukan jika membabitkan pihak istana. Pakaian kebangsaan tersebut terdiri dari: •

Songkok hitam.



Baju melayu, cekak musang.



Seluar Melayu, sama warna dengan baju.



Samping songket, dipakai di sebelah luar.



Stoking hitam.



Sepatu kulit hitam.

ii.

Lounge suit

Pada masa sekarang Lounge suit merupakan pilihan pakaian yang popular dan amat disenangi dikalangan para tetamu. Lounge suit biasanya terdiri daripada: •

lounge suit warna gelap untuk malam dan warna cerah untuk siang



Baju putih berkolar



Stoking hitam



Sepatu kulit hitam berkilat



Bersongkok jika dikehendaki.

Rajah 1: Pakaian sesuai untuk majlis rasmi.

R1001 / UNIT 4/ 19

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

iii.

White tie atau tail coat.



Tail coat panjang warna hitam



Waist coat putih



Kemeja putih berkanji di sebelah hadapan



Wing collar.

iv. •

Dinner jacket, black tie atau smoking Jaket hitam dengan berlapikkan sutera hitam di kelepak baju atau shell jacket putih.



Kemeja putih berkanji di senelah hadapan



Kolar lembut



Tie-bow hitam.



Kumerban (cummerband) hitam atau waist coat putih.



Seluar hitam dengan satu jalur sutera.



Stoking hitam



Sepatu kulit hitam berkilat.

v.

Morning dress

R1001 / UNIT 4/ 20

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL •

Tail coat hitam



Waist coat hitam



Kemeja putih



Plain (stiff turndown) collar



Tali leher warna kelabu



Stoking hitam



Sepatu kulit hitam berkilat

vi.

Mess kit

Mess Kit adalah pakaian istiadat untuk majlis makan malam seperti pakaian istiadat tentera, polis, pegawai kanan kerajaan, menteri dan penyandang darjah kebesaran. vii.

Batik

Batik sebenarnya tidak sesuai bagi majlis-majlis rasmi. Bagaimanapun oleh sebab-sebab tertentu kadangkala ditetapkan pakaian batik. Jika dikehendaki demikian maka, hendaklah memakai : •

Baju batik lengan panjang



Baju berkolar



Tidak perlu dimasukkan ke dalam seluar



Batik Malaysia



Tidak bercorak terlampau garang



Seluar hendaklah tidak bercorak dan berwarna gelap.

R1001 / UNIT 4/ 21

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

viii.

Pakaian istiadat

Pakaian istiadat adalah dikhususkan kepada mereka yang tersebut dibawah ini: •

Pakaian rasmi Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat, ahli-ahli jemaah menteri dan timbalan menteri.



Pakaian rasmi ahli-ahli Parlimen



Pakaian rasmi bagi penyandang darjah kebesaran DMN dan PSD



Pakaian rasmi bagi penyandang darjah kebesaran negeri dan pakainan istiadat bagi katogeri-katogeri lain yang ditetapkan oleh pihak negeri.



Pakaian istiadat bagi angkatan tentera, polis dan jabatan penjara.



Pakaian pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawaipegawai pekhidmatan yang mempunyai pakaian istiadat



Pakaian istiadat bagi duta-duta sebagaimana yang ditetapkan oleh negara masing-masing.



Pakaian istiadat bagi ahli-ahli jemaah hakim.

c)

Pakaian yang sesuai berdasarkan bentuk badan.

Struktur Pendek

Lelaki Berjalur, bergaris menegak

Tinggi

Baju dan seluar yang berlainan warna. Pakaian ketat akan memberi gambaran lebih tinggi Pakaian yang dijahit elok. Warna gelap.

Berat

Wanita Pakaian yang bergaris menegak. Pakai kasut bertumit tinggi tetapi jangan terlalu tinggi. Pakaian yang mempunyai dua bahagian. Warna pakaian atas dan bawah yang berbeza. Kasut mempunyai tumit rendah. Jauhkan dari corak-corak yang besar. Kain jangan jenis yang melekat di badan. Warna gelap. Wanita gemuk yang berdagu

R1001 / UNIT 4/ 22

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL Struktur

Lelaki

Wanita dua tidak harus memakai baju yang mempunyai turtleneck.

Kurus

Bebas berpakaian. Jika lengan kurus, pakai baju berlengan panjang

Bebas berpakaian. Jika ada bahagian tertentu yang kurang sedap dipandang,lindungi dengan skaf/high colar

Sederha na

Bebas berpakaian

Bebas berpakaian kecuali yang berkaki gemuk, tidak elok memakai mini skirt.

Rajah 2 : Pakaian yang sesuai ke pejabat atau majlis bagi wanita Islam

4.5.1

ETIKA DI MEJA MAKAN

Perkara asas mengenai etika di meja makan perlu diketahui supaya anda tidak berasa serba salah apabila berada di meja makan terutama dalam majlis rasmi.

R1001 / UNIT 4/ 23

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL Anda hendaklah mengelakkan diri dari meletakkan siku di atas meja semasa hidangan disediakan. Jangan sekali-kali condongkan kerusi ke belakang. Duduklah dengan bahagian belakang badan rapat kerusi dan kaki rata di atas lantai. Pengetahuan tentang adab dan tertib di meja makan amat berguna bagi mereka yang sering diundang ke majlis-majlis jamuan rasmi atau menghadiri jamuan di hotel-hotel atau di rumah orang kenamaan. a) Tertib di meja makan Biasanya mereka yang jarang menghadiri majlis rasmi akan terpandang-pandang antara satu sama lain untuk memulakan makan ketika makanan dihidangkan. Mereka yang pertama kali ke majlis rasmi tertunggu-tunggu untuk makan kerana takut salah menggunakan peralatan yang disediakan. Pada kebiasaannya sebelum sesuatu jamuan dimulakan para tetamu yang berlegar di ruang legar akan dihidangkan dengan minuman ringan sebelum jamuan. Lazimnya minuman dari jenis jus akan dihidangkan. Elakkan meminta minuman

kegemaran

seperti susu atau lain-lain minuman yang tidak dihidangkan oleh tuan rumah. Kebanyakan masyarakat kita tidak minum sebelum makan. Jangan paksa diri untuk minum jika tidak biasa. Bukan menjadi kesalahan jika anda tidak mengambil minuman tetapi adalah tidak manis jika mengambil minuman lebih dari dua gelas.

R1001 / UNIT 4/ 24

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL Minuman ini tidak perlu dibawa ke meja makan walau bagaimana sedap sekalipun minuman tersebut. Selepas minum, letekkan gelas di atas meja-meja kecil yang disediakan di ruang legar atau berikan semula kepada pelayan.

Berikut adalah beberapa panduan bagi anda apabila berada di meja makan: i.

Elakkan membelek-belek peralatan yang tersedia di atas meja walaupun cantik.

ii.

Jangan bercakap semasa mulut penuh dengan makanan.

iii.

Jangan mengelap sudu dan garpu dengan kain napkin kerana ia dianggap seperti menghina tuan rumah.

iv.

Elakkan menggunakan tangan untuk makan.

v.

Jangan terlalu bising bila menggunakan sudu dan garpu.

vi.

Jangan sekali-kali mencungkil gigi, mengorek telinga atau hidung.

vii.

Jika perlu meninggalkan meja letakkan napkin di atas kerusi menandakkan anda akan kembali semula. Jika napkin diletakkan di atas meja menandakan anda akan terus balik.

Rajah 3 : Kedudukan napkin yang menandakan anda akan kembali ke meja semula

R1001 / UNIT 4/ 25

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL viii.

Letakkan sudu dan garfu rapat di atas pinggan sekiranya telah selesai makan.

Rajah 4 : Kedudukan sudu dan pisau selepas selesai makan

ix.

Letakkan sudu dan garfu bersilang sekiranya belum selesai makan.

Rajah 5 : Kedudukan sudu dan garpu belum selesai makan.

R1001 / UNIT 4/ 26

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL Sekiranya makanan pembasuh mulut dihidangkan di dalam

x.

piring sudu boleh di ditinggakan di dalam bekasnya bila selesai makan. Sekiranya ia dihidangkan di dalam gelas berkaki yang berlapik, sudu hendaklah diletakkan di atas piring pelapik sebelah kanan.

AKTIVITI 1b

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA Jawab soalan-soalan yang berikut: 4.6

Terangkan kedudukan sudu dan garpu jika anda selesai makan.

4.7

Senaraikan TIGA perkara yang tidak boleh dilakukan semasa anda dimeja makan.

4.8

Perkenalan seorang lelaki dan perempuan. Ini dilaku dengan menyebut

nama __________________ dahulu, barulah nama

______________. 4.9

Panggilan hormat bagi mereka-mereka dibawah ialah Ketua Polis Negara Syed Menteri Kadi haji

R1001 / UNIT 4/ 27

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

4.10 Dalam majlis makan malam formal, pakaian lelaki yang sesuai adalah____________manakala perempuan yang sesuai adalah_____________.

MAKLUMBALAS 1b

Jawapan : 4.6Letakkan sudu dan garfu rapat di atas pinggan sekiranya telah selesai makan. 4.7

i.

Elakkan membelek-belek peralatan yang tersedia di atas

meja walaupun cantik. ii.

Jangan bercakap semasa mulut penuh dengan makanan.

iii.

Jangan mengelap sudu dan garpu dengan kain napkin kerana ia dianggap seperti menghina tuan rumah.

4.8

Perempuan, lelaki.

4.9 Ketua Polis Negara YANG BERBAHAGIA Syed TUAN Menteri YANG BERHORMAT Kadi SHAHIBUL FADILLAH Haji TUAN 4.10 Baju Kebangsaan/Lounge suit—baju kurung/kebaya labuh.

R1001 / UNIT 4/ 28

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan . Jika

ada

masalah

yang

timbul,

sila

berbincang

dengan

pensyarah anda. Selamat mencuba semoga berjaya !!! 1. Anda menerima kad jemputan majlis berbuka puasa di rumah Menteri Besar. Apakah tindakan yang perlu anda ambil. 2. Anda diberi tugas untuk menentukan susunan meja makan bagi majlis rasmi kerajaan. Maklumat adalah seperti berikut; - Jumlah tetamu 380 orang - Jumlah VIP 10 orang - Jumlah meja bulat untu sepuluh orang 38 buah - Sebuah meja panjang untuk sepuluh orang - Majlis ini mempunyai persembahan dan pancaragam

R1001 / UNIT 4/ 29

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

MAKLUMBALAS Adakah anda telah mencuba dahulu ??? Jika “ YA “ , sila semak jawapan anda . JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI 1. Tindakan anda adalah i. Anda bacalah kad jemputan dengan teliti. Perhatikan apakah kad jemputan

tersebut

perlu

dijawab

atau

disediakan

pelekat

kenderaan. ii. Telitilah tujuan jemputan dan ia adalah majlis rasmi.. iii. Pastikan tarikh, hari, masa dan tempat majlis hendak diadakan. iv. Tentukan jenis pakaian yang hendak dipakai. Pada kebiasaanya kad jemputan ada menyatakan jenis pakaian yang perlu dipakai tetamunya. Sekiranya tiada anda hendaklah memakai baju melayu lengkap bersamping. v. Jawablah

segera

jemputan

tersebut

untuk

memudahkan

penganjur majlis menentukan bilangan tetamu keseluruhannya. 2.

i. Susunan keseluruhan dewan

R1001 / UNIT 4/ 30

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

ii.

Susunan kerusi Vip dimeja khas.

Meja Utama 10

8 iii.

6

4

2

1

3

5

7

Susunan kedudukan dimeja bulat Nombor menunjukkan pangkat atau kekanan jawatan .

9

Related Documents

Unit 4
June 2020 7
Unit 4
December 2019 16
Unit-4
December 2019 12
Unit 4
May 2020 18
Unit 4
May 2020 7
Unit 4
April 2020 9

More Documents from ""

Unit 4
May 2020 6
Unit 0 Pm
May 2020 5
Unit 5
May 2020 9
Unit 10
May 2020 10
Auto Cad 6
June 2020 8
Auto Cad 3
June 2020 5