Ulasan Jurnal Remaja Dan Tidur

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ulasan Jurnal Remaja Dan Tidur as PDF for free.

More details

  • Words: 675
  • Pages: 3
Nama

: Suziati Binti Ibrahim

N. Matrik

: D20081032364

Kump

:I ULASAN : REMAJA DAN TIDUR

Remaja dan masa tidur mereka saling berkaitan antara satu sama lain. Pelbagai kaedah yang digunakan untuk mengkaji dunia remaja dan masalah serta pengalaman yang dihadapi mereka untuk tidur. Masalah ini telah dikaji secara mendalam ke akar tunjang di salah sebuah makmal di Stanford dan Brown. Antara gejala yang dihadapi pleh para remaja ialah masalah untuk tidur pada waktu malam, masalah tidur semasa berjalan kesan daripada tidak cukup tidur dan juga masalah-masalah lain lagi. Menurut kajian, tidur-berjaga merupakan satu sistem yang menang-menang situasi. Ini bermaksud proses tidur dan berjaga adalah sama dalam suatu jangka masa. Remaja akan mengantuk dan tidur jika mereka penat dan letih. Perasaan itu akan meningkat dalam diri remaja jika mereka berjaga sepanjang hari atau malam. Ini kerana badan mereka memerlukan rehat yang secukupnya. Namun begitu terdapat pelbagai jenis masa tidur yang mana tidak dikaji didalam makmal. Antaranya ialah masa yang dihadapi oleh orang dewasa yang mana akan tidur lewat dan bangun awal untuk bekerja. Tetapi menurut kajian di dalam makmal, bagi kebanyakan remaja mengalami jenis tidur yang sama. Jam Biologikal Hasil kajian yang diperolehi daripada masalah ini ialah Jam Biologikal. Jam Biologikal ini bermaksud kitaran tidur-berjaga para remaja. Badan remaja akan menunjukan satu aras bila mana badan letih. Ini akan menghantar isyarat kepada akal remaja untuk berehat. Kajian telah dibuat oleh Mary Carskadon, Universiti Brown dan Bill Dement, Stanford untuk menunjukan teori Jam Biologikal ini ke atas sekumpulan pelajar. Menurut Dement, polar tidur-berjaga

remaja adalah selari. Ini bermaksud jika remaja tidur secukupnya, mereka akan lambat letih dan kurang mengantuk dan jika remaja kurang tidur, hasilnya adalah sebaliknya. Namun pada satu tahap mereka akan masih berjaga walaupun mereka penat. Menurut kajian penunjuk jam dalaman hanya membantu para remaja sebelum mereka matang dan proses ini dipanggil ”fasa tangguh”. Menurut Carskardon remaja akan mengalami masalah jika mereka tidak tidur secukupnya seperti mengantuk di awal pagi. Namun begitu, terdapat juga remaja yang masih bersemangat walaupun mereka kurang tidur. Ini merupakan polarpolar yang dihadapi oleh remaja di awal keremajaan mereka. Kurang Tidur Masalah ini amat merunsingkan para penyelidik. Pelbagai masalah timbul jika mereka kurang tidur seperti akan terlibat dalam kemalangan, kurang aktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran dan mereka juga akan kurang bergaul dengan rakan mereka kerana masa untuk bersosial kurang. Para remaja akan berasa cepat penat dan ini akan melunturkan semangat mereka untuk terlibat dalam

sesuatu

aktiviti.

Para

penyelidikan

di

Amerika

Syarikat

telah

memanjangkan masalah ini kepada pihak sekolah supaya dikaji masa untuk pelajar di sekolah. Tidur, Belajar dan Ingatan Pelbagai kajian atau ujian telah dibuat untuk menghubungkaitkan tiga elemen iaitu tidur, belajar dan ingatan. Dan melalui kajian ini dapat disimpulkan ialah selepas tidur dan rehat yang cukup ingatan pelajar akan semakin bertambah baik. Mereka akan lebih faham dan dapat melakukan sesuatu dengan lebih baik selepas mereka berehat. Tidur dan rehat juga amat penting untuk pelajar sebelum mereka menduduki peperiksaan. Ini kerana otak mereka akan dapat berfikir dengan baik semasa menjawab soalan. Menurut, Dr. Robert Stickgold yang mana tidur yang baik ada kaitan dengan elemen tidur yang lain iaitu Rapid

Eye Movement yang mana proses pembelajaran berjalan setiap saat walaupun diri remaja itu sedang tidur. Ini sebenarnya dibantu oleh saraf-saraf dalam otak, kandungan protein yang cukup dan proses biokimia yang baik. Mereka akan lebih faham keesokan harinya kerana proses pembelajaran semasa tidur membantu para remaja. Amalkan Tidur yang Baik Sebenarnya para remaja menghadapi masalah untuk mereka tidur awal dan secukupnya. Mereka akan susah untuk diri dengan kadar yang betul. Tetapi jika mereka mengikut amalan yang betul seperti menjadikan tidur awal sebagai tabiat, tidur tanpa gangguan serta dalam keadaan yang amat selesa akan dapat membantu mereka tidur secukupnya. Mereka seharusya melatih mereka untuk tidur pada waktu yang sama agar Jam Biologikal mereka dapat membantu mereka untuk mengawal semangat dalaman mereka. Kesimpulannya, masalah kurang tidur dapat diatasi oleh para remaja itu sendiri. Mereka haruslah bijak menguruskan masa mereka sehari. Tidur juga dapat membantu kesihatan para remaja. Selain itu, kajian juga menunjukan tidur dapat membantu proses pembelajaran dan pengajaran remaja menjadi lebif efektif.

Related Documents