Tujuan Penyelidikan Perbandingan.doc(isi Laporan)

  • Uploaded by: Santai 86
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tujuan Penyelidikan Perbandingan.doc(isi Laporan) as PDF for free.

More details

  • Words: 853
  • Pages: 4
Tujuan penyelidikan perbandingan: Penyelidikan itu dilaksanakan semestinya mempunyai tujuan tertentu. Penyelidikan terhadap Cerita Pulau Labi-Labi ini juga adalah berdasarkan beberapa tujuan utama; a) Mempelbagai karya sastera tempatan: Negara Brunei Darussalam khasnya untuk para peminat pengkaji sastera tradisional masih lagi terdapat kekurangan dalam laporan-laporan kajian karya sastera tradisional tempatan. Oleh ini, penyelidikan ini memberikan suatu peluang untuk mempelbagaikan karya sastera tradisional tempatan seperti memperbincangkan sesebuah karya agar karya tersebut mudah untuk diperdebatkan. Contohnya, cerita Pulau Labi-Labi ini memiliki banyak perbezaannya dengan versi yang telah diterbitkan setelah penyelidikan ini dilaksanakan. Setelah laporan penyelidikan dihasilkan maka cerita tradisional ini akan terus dikaji dari pelbagai aspek yang tertentu. Bermula dari ini maka bermula juga peluang untuk para peminat pengkaji sastera tradisional mempelbagai jenis kajian yang menggunakan bermacam pendekatan penyelidikan. b) Menjadikan sesebuah karya itu hidup terus diselidiki: Apabila sesebuah karya sastera tradisional itu sudah memiliki banyak laporan penyelidikannya, hal ini memaksudkan karya itu akan terus hidup. Apa yang dimaksudkan terus hidup di sini adalah karya itu akan sentiasa dikaji dan diselidiki yang membuatkan sesebuah karya itu sentiasa diingati atau dengan kata lain karya tersebut akan menjadi bahan perbualan pengkaji sastera tradisional, di bibir-bibir mulut bak kata pepatah. Contohnya, cerita Pulau Labi-Labi tidak akan hanya ditertibkan dalam bentuk sebuah buku tetapi setelah penyelidikan ini dilaksanakan akan membuatkan cerita tradisional ini terus hidup mengikut arus zaman. Tanpa perlaksanakan ini, mungkin cerita ini sudah lama terkubur ditelan zaman serba canggih.

c) Membuka peluang untuk penyelidik lain untuk menambah atau merincikan lagi skop penyelidikan: Berganjak dari menghidupkan sesebuah karya sastera tadi, melalui laporan penyelidikan yang telah dihasilkan ini mampu memberi suatu peluang luas ketika merangka sesebuah proposal penyelidikan yang lain yang mungkin sama bahan asalnya. Selain itu, laporan ini boleh menjadi satu rujukan awal kepada penyelidik seterusnya. Hal ini telah membuatkan penyelidik tidak merasa terhalang dalam usaha ingin membuat penyelidikan susulan atau yang baru. Wujudnya laporan terdahulu, penyelidikan yang berikutnya mungkin akan menambah atau merincikan lagi terhadap sesebuah karya tradisional. Contohnya, laporan penyelidikan cerita Pulau Labi-Labi ini telah membuka minat kepada penyelidik yang lain yang cenderung terhadap sastera tradisional agar terbuka mata mereka bahawa negara sendiri masih lagi banyak karya sastera tradisional yang belum dikaji secara meluas. d) Mewujudkan suatu laporan yang lebih bersifat ilmiah: Wujudnya banyak laporan akan sesebuah karya sastera itu, ini bererti semakin banyak laporan penyelidikan yang dihasilkan maka bertambahlah laporan penyelidikan yang bersifat ilmiah. Dengan kata lain, banyak laporan yang bersaing dalam mencari laporan mana yang lebih tepat dan rinci maka cerita tradisional tersebut memiliki satu laporan yang semakin berkualiti. Apabila sesebuah laporan bersifat ilmiah, karya sastera tersebut sudah pun dikenali dan berjaya mengangkat karya-karya sastera tradisional tempatan ke peringkat tinggi yang mampu bersaing dengan karya-karya sastera tradisional di arena antarabangsa. Titik tolak dari semua hal ini, penyelidikan yang diungkayahkan itu telah menepati sasarannya yang tersendiri. Laporan penyelidikan cerita Pulau Labi-Labi yang dihasikan ini juga secara tidak lansung menonjolkan bahawa negara kita juga memiliki karya lisannya yang tersendiri. Dari itu, penyelidikan ini juga bertujuan meninggikan martabat sesebuah bangsa khasnya bangsa Dusun yang berada di Negara Brunei Darussalam. Disamping itu, laporan ini memberikan sebuah gambaran adanya perbezaan setelah

perbandingan dalam usaha ingin memberikan maklumat dan memastikan khalayak mengetahui adanya pelbagai versi di dalam sastera lisan itu sepertimana yang dikemukan pendapat oleh Chua Yan Piaw; ...penulisan laporan kajian mempunyai dua tujuan utama, iaitu memberi maklumat kepada pembaca tentang hasil kajian dan memastikan pembaca menerima maklumat yang sah dan dipercayai...1

Kesimpulan: Laporan penyelidikan perbandingan versi cerita Pulau Labi-Labi ini telah dapat disempurnakan setelah beberapa kali pergi ke tempat lapangan yang mengambil tempat di Tasek Merimbun. Hasil dari penyelidikan ini membuktikan terdapat ketidaksamaan antara versi baik dari versi yang telah dibukukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan versi-versi lisan dari keempat informan yang terlibat. Dari sini, sesebuah karya sastera lisan tradisional di Negara Brunei Darussalam masih lagi belum diselongkar sepenuhnya untuk dipamerkan kepada khalayak dan masih lagi kebanyakan berada di peringkat awal dalam mempelbagaikan karya sastera yang berdasarkan dari kajian awal. Keseluruhnya, cerita lisan Pulau Labi-Labi terkini lebih jelas berikutan banyak yang masih dikekalkan dengan dunia persekitaran bangsa Dusun yang berada di Tasek Merimbun.

1

Chua Yan Piaw, 2006:154, Kaedah Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan Buku 1, Malaysia: The

McGraw-Hill Companies

Sinopsis informan keempat: Kisah Pulau Labi-Labi bermula dengan seorang lelaki berbangsa Dusun bernama Imbun pergi berjalan mencari makanan yang telah menemui sebuah tasek. Tasek tersebut belum pernah dijumpai oleh orang lain. Imbun telah berkahwin dengan perempuan berasal dari orang Kampog Bukit. Hasil dari perkahwinannya ini, maka lahirlah seorang anak perempuan. Anak perempuan Imbun ini setiap malam menangis sehingga pada suatu malam ia berhenti menangis ketika terlihat bulan. Anaknya ini meminta kepada Imbun agar ayahnya mengambilkan bulan tersebut untuknya. Oleh kerana tidak ingin mengecewakan permintaan anaknya, dengan pertolongan orang kampungnya, dia membuat satu tangga yang seakan menara menuju ke bulan. Ketika perjalanan menaiki menara menuju bulan, dia terjatuh. Selepas terjatuh, dia telah diselamatkan oleh seekor labi-labi yang besar dan membawanya plang ke kampungnya. Kebetulan kemarau melanda, labi-labi tersebut tidak dapat kembali ke tempat asalnya yang akhirnya mati dalam keadaan terbalik dan kepalanya terkeluar. Setelah matinya labi-labi itu, bangkainya menjadi sebuah pulau yang diberikan gelaran oleh Imbun bahawa pulau itu adalah Pulau Labi-Labi.

Related Documents


More Documents from "Ni Made Ayu Nirmalasari Putri Erawan"

Hidupku
June 2020 10
Mawar Kehidupan
June 2020 13
Tarea 2
August 2019 41
Thesis 111.docx
November 2019 13