Mawar kehidupan Aku bunga mawar Bunga yang berwarna-warni Putih merah hitam tiga warna Tetapi aku tetap sepohon bunga Bunga yang berwarna-warni Dengan pelbagai corak kehidupan Dengan pelbagai kerenah perbuatan Yang pasti mencari makna sebenar duniawi Tetapi bunga tetap hidup bunga Putih merah hitam tiada berbeza Terus meneliti menanti si penyiram Setia menunggu baja disembur Namun tidak akan berpenamat Si penyiram dan si penyembur hanya menyinggah Hanya mengambil peluang menangkan hati Tetapi aku tetap sepohon bunga yang mungkin layu akhirnya.